abstrak lestari

2
EVA NATHYLEA WASTIN (950519-12-5096) ABSTRAK LESTARI (POSTER) Pembangunan lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO ( 2002 ) diertikan sebagai “..balancing the fulfillment of human needs with the protection of the natural environment so that these needs can be met not only in present, but in the indefinite future”. Dalam erti kata yang lain, pembangunan lestari merupakan satu usaha untuk memenuhi keperluan manusia tetapi pada masa yang sama alam sekitar tetap dijaga dan dilindungi bukan sahaja pada masa kini tetapi pada masa-masa akan datang. Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan unutk hidup secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan, mahupun antarabangsa. Perkara ini menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak dalam memandang isu alam sekitar yang semakin hari semakin tenat disebabkan pencemaran dari pelbagai sudut seperti tanah, air, dan udara.

Upload: eva-nathylea

Post on 26-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

abstrak kitar semula

TRANSCRIPT

EVA NATHYLEA WASTIN (950519-12-5096) ABSTRAK LESTARI (POSTER)Pembangunan lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO ( 2002 ) diertikan sebagai ..balancing the fulfillment of human needs with the protection of the natural environment so that these needs can be met not only in present, but in the indefinite future. Dalam erti kata yang lain, pembangunan lestari merupakan satu usaha untuk memenuhi keperluan manusia tetapi pada masa yang sama alam sekitar tetap dijaga dan dilindungi bukan sahaja pada masa kini tetapi pada masa-masa akan datang. Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan unutk hidup secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusiadengan keupayaansistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan, mahupun antarabangsa. Perkara ini menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak dalam memandang isu alam sekitar yang semakin hari semakin tenat disebabkan pencemaran dari pelbagai sudut seperti tanah, air, dan udara.Salah satu langkah bagi menghindari pencemaran alam yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan adalah dengan menitikberatkan cara pembuangan dan pelupusan sampah. Masalah pembuangan sampah di merata-rata tempat berlaku secara berleluasa dan hal ini sememangnya sangat tidak elok kerana ia bukan sahaja mempamerkan imej sesuatu bangsa atau masyarakat yang tidak bertamadun tetapi juga membawa impak negatif kepada alam sekitar itu sendiri. Justeru itu, bagi menangani masalah pembuangan sampah yang boleh menyebabkan kesuburan tanah terjejas akibat pereputan bahan kimia berbahaya, kempen kitar semula perlu disemai dan dikuatkuasakan lagi dalam kalangan semua pelajar sama ada dari IPTA, IPTS mahupun Institut Pendidikan Guru (IPG). Banyak faedah dapat diperolehi jika aktiviti kitar semula dijadikan amalan oleh semua pihak. Contohnya, mengurangkan penggunaan sumber baru seperti pokok bagi menghasilkan barang 1an seterusnya dapat melindungi alam seperti tumbuh-tumbuhan daripada ditebang.