95978622-bahan-tesis

9
7/28/2019 95978622-BAHAN-TESIS http://slidepdf.com/reader/full/95978622-bahan-tesis 1/9 http://raudhatul-qurra.blogspot.com/2010/10/kepentingan-ilmu-qiraat-mini-tesis.html KEPENTINGAN ILMU QIRAAT (mini tesis) MUQADDIMAH Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan satu tugasan yang diberi iaitu mengupas isu yang berkaitan dengan kepentingan ilmu Qiraat. Dalam tugasan ini kami akan cuba mengupas tajuk-tajuk yang berkaitan dengan isu ini. Antaranya ialah cara memanfaatkan ilmu Qiraat, tujuan pembelajarannya di peringkat tinggi serta satu persoalan kenapa ilmu Qiraat tidak berkembang. Ilmu Qiraat adalah ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan keadaan kalimah-kalimah tersebut seperti panjang, pendek dan sebagainya. Ilmu Qiraat dimasyhurkan dan diperincikan oleh imam-imam Qurra‟. Ilmu Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan al-Quran, manakala hukum mempelajari ilmu al-Qiraat adalah fardu kifayah. Proses pengajian dan pembelajaran ilmu al-Qiraat ini mestilah bersandarkan daripada guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W kerana al-Quran dan al-Qiraat merupakan sunnah Muttaba‟(yang diikuti). Semoga usaha yang kecil ini mendapat keberkatan dari Allah. PENGENALAN ILMU QIRAAT Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat Melayu kerana ia tidak dimasyhurkan di negara kita, sedangkan ia berkembang luas pada zaman Rasulullah S.A.W dan selepasnya. Sebenarnya ia bukanlah suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, bahkan Al- Quran yang dibaca sekarang adalah Qiraat, tetapi masyarakat kita tidak mengetahuinya. Sebagaimana Al-Quran dan Qiraat adalah suatu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan,  begitu juga pada ilmu Tajwid. Ini bermakna Al-Quran itu adalah Qiraat dan Tajwid itu adalah Al-Quran. Maksudnya jika seseorang itu membaca Al-Quran tanpa bertajwid ia tidak dinamakan Al-Quran, juga tidak menjadi suatu ibadat, bahkan ia berdosa di sisi syarak.

Upload: mohd-harief

Post on 03-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 95978622-BAHAN-TESIS

7/28/2019 95978622-BAHAN-TESIS

http://slidepdf.com/reader/full/95978622-bahan-tesis 1/9

http://raudhatul-qurra.blogspot.com/2010/10/kepentingan-ilmu-qiraat-mini-tesis.html 

KEPENTINGAN ILMU QIRAAT (mini tesis) 

MUQADDIMAH

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan satu

tugasan yang diberi iaitu mengupas isu yang berkaitan dengan kepentingan ilmu Qiraat.

Dalam tugasan ini kami akan cuba mengupas tajuk-tajuk yang berkaitan dengan isu ini.

Antaranya ialah cara memanfaatkan ilmu Qiraat, tujuan pembelajarannya di peringkat tinggi

serta satu persoalan kenapa ilmu Qiraat tidak berkembang. Ilmu Qiraat adalah ilmu yang

membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan keadaan kalimah-kalimah tersebut

seperti panjang, pendek dan sebagainya. Ilmu Qiraat dimasyhurkan dan diperincikan oleh

imam-imam Qurra‟. Ilmu Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana ianya mempunyai

kaitan yang rapat dengan al-Quran, manakala hukum mempelajari ilmu al-Qiraat adalah fardu

kifayah. Proses pengajian dan pembelajaran ilmu al-Qiraat ini mestilah bersandarkan

daripada guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W kerana al-Quran dan al-Qiraat

merupakan sunnah Muttaba‟(yang diikuti). Semoga usaha yang kecil ini mendapat

keberkatan dari Allah.

PENGENALAN ILMU QIRAAT

Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat Melayu kerana ia tidak dimasyhurkan di negara

kita, sedangkan ia berkembang luas pada zaman Rasulullah S.A.W dan selepasnya.

Sebenarnya ia bukanlah suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, bahkan Al-

Quran yang dibaca sekarang adalah Qiraat, tetapi masyarakat kita tidak mengetahuinya.

Sebagaimana Al-Quran dan Qiraat adalah suatu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan,

 begitu juga pada ilmu Tajwid. Ini bermakna Al-Quran itu adalah Qiraat dan Tajwid itu adalah

Al-Quran. Maksudnya jika seseorang itu membaca Al-Quran tanpa bertajwid ia tidak dinamakan Al-Quran, juga tidak menjadi suatu ibadat, bahkan ia berdosa di sisi syarak.

Page 2: 95978622-BAHAN-TESIS

7/28/2019 95978622-BAHAN-TESIS

http://slidepdf.com/reader/full/95978622-bahan-tesis 2/9

Firman Allah SWT,

"Bacalah Al-Quran dengan murattal (bertajwid dan menyebut hurufnya dengan baik)."(al-Muzammil: 4)

Qiraat adalah bentuk masdar daripada qara‟a atau jamak daripada qiraah yang ertinya bacaan.

Menurut istilah ilmiah, qiraat adalah satu mazhab(aliran) pengucapan Al-Quran yang dipilih

oleh salah seorang Imam qurra‟ sebagai suatu mazhab yang berbeza dengan mazhab lainnya.

Dengan kata yang lain ia membawa maksud perbezaan-perbezaan dalam membaca Al-Quran,

iaitu perbezaan lafaz-lafaz Al-Quran mengenai huruf-huruf dan cara mengucapkannya di segi

tebal atau nipis, panjang pendeknya dan sebagainya.

Muhammad Abdul Azim Az-Zarqani mengatakan: "Qiraat ialah suatu mazhab yang dipilih

oleh imam qiraat yang mana antara satu dengan lainnya tidak sama dalam menuturkan Al-

Quran."

Muhammad Salam Muhsin mengatakan: “Qiraat adalah satu ilmu yang membahaskan tentang

cara pertuturan kalimat-kalimat Al-Quran serta cara pelaksanaannya dengan menisbahkan

setiap wajahnya kepada seorang Imam pakar qiraat.” 

Muhammad „Ali Sha buni mengatakan: "Qiraat ialah suatu cara daripada beberapa cara

mengucapkan Al-Quran yang masing -masing imam itu memilih satu cara yang berbezadengan yang lainnya dalam mengucapkan Al-Quran.” 

Definisi tersebut di atas, dapatlah kita simpulkan qiraat adalah suatu ilmu pengetahuan

mengenai cara melafazkan Al-Quran secara praktikal dengan pengucapannya yang baik,

sama ada disepakati atau diperselisihkan kesahihannya dengan berpandukan pada mazhab-

mazhab yang diakui sanadnya hingga sampai kepada Rasulullah S.A.W. Qiraat yang

dianggap mutawatir dalam pembacaan Al-Quran adalah Qiraat Sab'ah atau Qiraat Tujuh.

Sebahagian orang menyangka bahawa qiraat atau kepelbagaian bacaan Al-Quran tersebut

direka oleh Rasulullah S.A.W atau oleh para sahabat dan para tabiin. Tidak kurang juga yang

membuat andaian ianya dibuat oleh pakar Al-Quran yang dipengaruhi oleh kabilah-kabilah

Arab atau bangsa „Ajam (bukan Arab) yang Islam. Anggapan tersebut adalah tidak benar 

 berdasarkan riwayat puluhan hadis sahih menerangkan pelbagai bacaan semenjak Al-Quran

diturunkan. Kesemua bacaan yang diriwayatkan oleh ketujuh-tujuh imam itu telah diakui dan

disepakati oleh para ulama sebagai sahih dari Rasulullah SAW yang dikenali dengan Qiraat

Sab'ah atau Qiraat Tujuh. Beberapa kitab ulum Al-Quran menyebut tentang qiraat tujuh yang

dianggap mutawatir oleh jumhur ulama.

Ibnu Subki mengatakan pula: "Qiraat tujuh dipandang mutawatir dengan sebenar-benarnya,

yakni yang dinukilkan daripada Rasulullah S.A.W oleh suatu jemaah yang diyakini mereka

tidak mungkin berdusta."

Para ulama bersepakat tentang kemutawatiran qiraat tujuh ini. Oleh kerana itu umat Islam

wajib mempercayai dan tidak boleh menolak kebenaran qiraat tujuh ini, yang telah dibawa

Page 3: 95978622-BAHAN-TESIS

7/28/2019 95978622-BAHAN-TESIS

http://slidepdf.com/reader/full/95978622-bahan-tesis 3/9

oleh orang-orang kepercayaan dengan sanad yang bersambung terus kepada Rasulullah

S.A.W. Al-Qadhi Jalaluddin Al- Balqini yang menyifatkan qiraat tujuh sebagai mutawatir 

lagi masyhur, katanya: "Qiraat itu terbahagi menjadi qiraat mutawatir, ahad dan syaz. Adapun

qiraat yang mutawatir adalah qiraat tujuh."

KEPENTINGAN ILMU QIRAAT DAN CARA MEMANFAATKANNYA

FASAL 1 : KEPENTINGAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU SYARIAH

Mempelajari ilmu Qiraat mempunyai kepentingan dan peranannya yang saling berkaitan di

dalam ilmu syariah . Qiraat adalah satu ilmu yang sangat penting dan mempunyai peranannya

yang tersendiri. Antara kepentingan dan peranannya ialah memudahkan ahli fuqaha‟ (ahlifiqh) untuk mendapatkan hukum. Qiraat menjadi dasar penting dalam bidang ilmu fiqh

kerana untuk mengetahui atau menentukan sesuatu hukum dan untuk menistinbat sesuatu

hukum, ahli fiqh mestilah mempelajari ilmu Qiraat disamping perlu menguasainya.

Mempelajari ilmu Qiraat di dalam ilmu syariah amatlah penting dengan penggunaan nas-nas

syara' di dalam al-Qur'an terhadap hukum yang bersifat umum (kulli) yang diutamakan dan

kemungkinan nas-nas tersebut untuk menerima pelbagai pemahaman. Penggunaan nas-nas ini

 juga merupakan faktor keluasan dan kehebatan yang terdapat dalam syariat Islam. Ini adalah

 pandangan yang diutarakan oleh Yusuf al-Qardhawi yang merupakan seorang professor yang

diiktiraf seluruh dunia sebagai pemikir Islam dan ulama' kontemporari.

Selain itu, kepentingan ilmu Qiraat ialah sebagai keperluan asasi bagi pelaksanaan syariat

Islam. Asasi bagi pelaksanaan yang perlu dilakukan bagi melaksanakan syariat Islam ialah

salah satu daripada berkaitan dengan peranan al-Qur'an iaitu pelaksanaan ajaran Islam secara

menyeluruh berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah

 pentingnya peranan ilmu Qiraat di dalam ilmu syariah bagi ahli fuqaha' untuk menentukan

sesuatu hukum. Sesungguhnya ilmu Qiraat sebahagian ilmu al-Qur'an dan merupakan ilmu

yang sangat luas.

Page 4: 95978622-BAHAN-TESIS

7/28/2019 95978622-BAHAN-TESIS

http://slidepdf.com/reader/full/95978622-bahan-tesis 4/9

 

FASAL 2 : MANFAAT ILMU QIRAAT DALAM ILMU SYARIAH

Penggunaan ilmu Qiraat di dalam ilmu syariah amat luas untuk digunakan oleh ahli Fuqaha'

untuk mendapatkan hukum melalui bacaan imam-imam Qiraat. Bukan sahaja ulama' fiqh

malah ulama' tafsir, ulama' hadis, ahli nahu dan sebagainya.

Dalam fasal ini, akan diterangkan penggunaan al-Qur'an sebagai sumber hokum di dalam

Islam. Tentu sekali keaslian ayat-ayat al-Qur'an ini boleh diyakini dan dirasai kebenarannya

 bahawa ianya diriwayatkan kepada kita dalam bentuk yang asal sebagaimana al-Qur'an

diturunkan dari Allah S.W.T melalui perantaran malaikat Jibril A.S. kepada Nabi Muhammad

S.A.W. Ini kerana ianya disampaikan kepada kita secara mutawattir, baik secara lisanataupun secara penulisan. Hasil dari kedudukan dan sifat tersebut, al-Qura'an adalah suatu

sumber hukum yang paling berautoriti dan utama di dalam alam pentadbiran syariat Islam.

Ini kerana apabila penetapan sesuatu hukum daripada Allah S.W.T, ianya mestilah ditaati

dalam setiap masa. Walau bagaimanapun pengertian ayat-ayat al-Qur'an tersebut tidak 

semuanya jelas. Bahkan ada yang jelas (   ) dan kurang jelas (   ), seperti di

dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:

" Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara

kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah

mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka selama-

lamanya; " ( Surah an-Nuur; 24:4).

Dalam ayat ini, perkataan 'lapan puluh' itu sangat jelas maksudnya. Begitu juga dengan

 perkataan 'selama-lamanya'. Ayat di atas berbeza dengan ayat-ayat lain yang kurang jelas

maksudnya. Seperti perkataan 'quru' dalam firman Allah S.W.T:

" Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan mereka (dari

 berkahwin) selama tiga kali suci (quru')." (Surah al-Baqarah; 2:228)

Page 5: 95978622-BAHAN-TESIS

7/28/2019 95978622-BAHAN-TESIS

http://slidepdf.com/reader/full/95978622-bahan-tesis 5/9

Maksud tiga kali suci itu adalah haid daripada perkataan 'quru' tersebut. Oleh itu, pengertian

tersebut adalah zanni atau kurang jelas. Tetapi tidak semua ayat-ayat al-Qur'an seperti

firman-firman di atas. Dengan ilmu Qiraat jugalah dapat membantu ulama fiqh

menistinbatkan hukum bahawa quru itu merujuk kepada haid.

Al-Qur'an menggunakan pelbagai gaya untuk menerangkan sesuatu hukum. Antaranya ialah

memberi keterangan secara keseluruhan (kulli) iaitu dengan menyebut kaedah dan prinsip

umum yang akan menjadi asas kepada hukum-hukum yang lebih terperinci. Selain itu, ia juga

menerangkan hukum secara umum (ijmal) sehingga memerlukan keterangan dan perincian

yang lebih lanjut. Seterusnya, keterangan secara lebih terperinci atau tafasili yang terdapat

 pada ayat-ayat al-Quran juga berkaitan mengenai hukum aqidah dan akhlak.

Impak ilmu Qiraat terhadap ilmu syariah mempunyai kesan yang membawa kebaikan yang

sangat besar. Sama ada faedah itu dapat dirasakan atau sebaliknya. Begitu juga di dalam

 perkara berkaitan ibadat yang merupakan bidang ilmu syariah, ada yang dapat difikirkan dan

sebaliknya. Kesan ilmu qiraat dalam ilmu syariah amatlah bernilai bagi umat Islam

seluruhnya.

Antara kesan kebaikannya ialah kita dapat menerangkan hukum yang telah diijma'kan ulama.

Contohnya ayat hukum tentang harta pusaka. Di dalam ilmu Qiraat ada bacaan yang

menerangkan tentang saudara lelaki dan perempuan dari pihak bapa atau ibu. Maka

diterangkan Qiraat oleh Saad bin Waqas bahawa saudara lelaki sebelah ibu walaupun

Qiraatnya adalah syaazah. Berikut maksud ayat tentang keterangan tersebut. Firman AllahS.W.T. yang bermaksud:

" Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka

 bersekutu pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan)." (Surah

an-Nisa', 4:12)

Kesan yang lain pula, menguatkan hukum yang khilaf. Selain itu juga, Qiraat memudahkan

hafalan dan ingatan serta memudahkan penerimaan oleh umat Islam kerana ia mempunyai

 pelbagai bidang ilmu. Ia juga menunjukkan kelebihan dan kemuliaan umat nabi Muhammad

S.A.W kepada umat yang lain.

Akhir sekali, ilmu Qiraat dapat membantu memahami segala aspek yang terkandung di dalam

al-Qur'an dengan lebih luas dan mendalam terutamanya ilmu syariah di dalam ilmu qiraat dan

al-Qur'an yang saling berkaitan. Oleh itu, sesungguhnya banyak lagi impak kebaikan Qiraat

terhadap ilmu syariah. Wallahua'alam...

Page 6: 95978622-BAHAN-TESIS

7/28/2019 95978622-BAHAN-TESIS

http://slidepdf.com/reader/full/95978622-bahan-tesis 6/9

 

PEMBELAJARAN QIRAAT DI PERINGKAT TINGGI

Sistem pembelajaran ilmu Qiraat di Malaysia terbahagi kepada beberapa peringkat yang

mencakupi dari semua tahap pembelajaran. Bermula dengan TASKA (TADIKA KEMAS)

atau PASTI (PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM) yang semakin popular di kalangan

masyarakat di Malaysia. Mereka mendedahkan tentang ilmu Qiraat ini kepada kanak-kanak 

yang berumur 5 tahun ke bawah mengenai kewujudan ilmu Qiraat ini. Namun begitu ia

tidaklah menyeluruh seperti yang diajar di universiti ataupun di pondok-pondok. Ilmu ini

diajar kerana selari dengan pengajaran ilmu Tajwid yang mana kita ketahui bahawa ilmu

Tajwid dan ilmu Qiraat merupakan ilmu yang tidak dapat dipisahkan sama sekali. Kemudian,

 pembelajaran ilmu Qiraat ini meningkat setapak di pondok-pondok. Pembelajarannya lebih

mendalam dan sistematik jika dibandingkan dengan peringkat kanak-kanak yang menuntut di

TASKA ataupun PASTI. Namun begitu, sistem pembelajaran di pondok-pondok tidak 

menitikberatkan toruq Jazari. Di pondok, mereka diajar dengan kaedah atau toruq Syatibi

yang mana selari dengan pengamalannya di Malaysia. Berbeza di universiti,di peringkat

Diploma, mereka diajar dengan toruq Syatibi dan didedahkan dengan matan ad-Durrah.

Secara tidak langsung, mereka sudah dapat menguasai asas-asas Qiraat sepuluh. Di peringkat

Ijazah pula, mereka diajar dengan kaedah toruq jazari. Ianya lebih luas, spesifik danmenyeluruh lagi. Di peringkat Master dan Phd, mereka akan mengkaji dan mencari dalil

setiap proses berlakunya perselisihan bacaan di dalam al-Quran. Di bawah akan disebut

tentang method pembelajaran dan juga kepentinagnan pembelajaran ilmu Qiraat di setiap

 peringkat.

• Mengetahui, mengenal dan mengamalkan pembacaan al-Quran secara tepat dengan proses

 pembelajaran yang berteraskan ilmu talaqqi dan mushafahah serta dapat membaca dengan

 penggunaan alunan lagu-lagu al-Quran yang muktabar demi memartabatkan al-Quran sebagai

kekuatan mental dan fizikal ummat serta menanamkan minat masyarakat pelajar terhadap

ilmu-ilmu al-Quran.

• Memahami, menganalisis, mengaplikasi, mensintesis dan membuat penilaian terhadap

maklumat-maklumat dalam al-Quran serta kekhilafan wajah-wajah bacaan serta mengkaji

ilmu yang berkaitan bagi membantu memperkasakan kemantapan penguasaan ilmu-ilmu

islam dalam bidang pengajian ilmu hafazan al-Quran serta ilmu-ilmu pembacaannya yang

diperolehi daripada mata pelajaran-mata pelajaran teras.

• Mengetahui, memahami, menganalisis, mengaplikasi, mensintesis dan membuat penilaian

terdapat pendapat- pendapat Qurra‟ dalam ilmu khilaf bacaan, usul Qiraat, perkaitan dengan

Page 7: 95978622-BAHAN-TESIS

7/28/2019 95978622-BAHAN-TESIS

http://slidepdf.com/reader/full/95978622-bahan-tesis 7/9

ilmu tafsir yang diperolehi daripada kursus-kursus elektif program.

• Membaca, menulis, mendengar dan berlafaz dalam mengikut lahjah al-Quran mengikut

fasahah Bahasa Arab hasil latihan daripada kursus yang ditawarkan dan juga menekankan

kedudukan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran kursus-kursus teras

 program.• Memantapkan penjagaan hafazan al-Quran supaya menyelamatkan umat Islam dari

 penentuan hukum fardhu kifayah terhadap pemeliharaan al-Quran dalam dada-dada insan

muslim agar ianya tetap terpelihara dari kehilangan, kepupusan dan kelupusannya.

SARANAN

Program pengajian pendidikan Islam di setiap IPTA khususnya, perlu diteliti agar 

 pengisiannya selaras dengan keperluan pembangunan insan dan negara. Misalnya, bidang

 pengajian tahfiz al-Quran dan Qiraat adalah antara cabang utama pengajian ilmu-ilmu

 berkaitan al-Quran. Tujuannya dapat dilihat dalam memelihara dan menjaga kesucian ayat-

ayat al-Quran daripada kesalahan dan penyelewengan. Satu kajian oleh Muhammad

Mustaqim Mohd Zarif et.al (2004), USIM bertajuk “Keperluan dan Prospek Program Tahfiz

dan Qiraat di

Malaysia: Kajian Kes di Semenanjung Malaysia” (asas/gunaan) bertujuan mendapatkan

 pandangan pelbagai pihak yang terlibat dengan penawaran program ini seperti pelajar, gurutahfiz, majikan dan ibubapa. Aspek-aspek dikaji termasuklah keperluan dan kesesuaian

 penawaran program berkenaan, kemampuan pelajar mengikutinya serta prospek pengajian

dan kerjaya dalam bidang berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa program pengajian

Tahfiz Qiraat di peringkat diploma di Malaysia dirasakan sudah memadai. Ini kerana,

walaupun terdapat keperluan dan pandangan sosial yang baik terhadap penawarannya di

 peringkat ijazah sarjana muda, tetapi kekangan perjawatan dan keperluan industri terhadap

 bidang ini amat terbatas dan memerlukan sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan..

KENAPA ILMU QIRAAT TIDAK BERKEMBANG

Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat Melayu kerana ia tidak dimasyhurkan di negara

Page 8: 95978622-BAHAN-TESIS

7/28/2019 95978622-BAHAN-TESIS

http://slidepdf.com/reader/full/95978622-bahan-tesis 8/9

kita, sedangkan ia berkembang luas pada zaman Rasulullah SAW. dan selepasnya.

Sebenarnya ia bukan suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, bahkan Al-Quran

yang dibaca sekarang adalah Qiraat, tetapi masyarakat kita tidak mengetahuinya.

Sebagaimana Al-Quran dan Qiraat adalah suatu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan,

 begitu juga pada ilmu Tajwid. Ini bermakna Al-Quran itu adalah Qiraat dan Tajwid itu adalahAl-Quran. Maksudnya jika seseorang itu membaca Al-Quran tanpa bertajwid ia tidak 

dinamakan Al-Quran, juga tidak menjadi suatu ibadat, bahkan ia berdosa di sisi syarak.

Firman Allah S.W.T,

"Bacalah Al-Quran dengan murattal (bertajwid dan menyebut hurufnya dengan baik)."(al-

Muzammil: 4)

 Namun, tidak cukup untuk kita membaca bacaan dengan tarannum dan tajwid yang hebat,

tetapi ayat-ayat ALlah kita nafikan dan buang dalam kehidupan. Na'uzubillah. Kedua-duanya

 perlu seiring dan selangkah; pembacaan, pemahaman dan penafsiran ayat-ayat ALlah itu

sendiri. Moga-moga kita semua tergolong dalam generasi al-Quran yang bakal

menyemarakkan syariat Allah di muka bumi ini. Antara sebab mengapa ilmu Qiraat ini tidak 

 berkembang di Malaysia adalah kerana setelah negara mencapai kemerdekaan sekolah-

sekolah rasmi kerajaan hanya menyediakan pengajian yang berhubung dengan tilawah al-

Quran dan perkara yang melibatkan ilmu Qiraat tidak di perluaskan. Ini adalah kerana

keutamaan dalam mempelajari bacaan al-Quran adalah membaca beserta dengan tajwid danmenjadi kewajipan bagi guru-guru al-Quran memberi penekanan serta tumpuan kepada

kaedah bacaan al-Quran beserta tajwid. Seperti mana yang di utarakan oleh Imam Ibnu al-

Jazari. Maksudnya:

“Mengamalkan tajwid itu ( ketika membaca al-Qur‟an ) satu kewajipan, Sesiapa yang tidak 

mengelokkan bacaan (membaca al-Qur‟an beserta tajwid) adalah berdosa, Kerana beserta

tajwidlah Tuhan menurunkan al-Qur‟an, Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan”. 

Justeru itu pengetahuan terhadap ilmu Qiraat ini di ketepikan dahulu agar masyarakat dapat

membaca dengan betul sebelum mendalami ilmu Qiraat ini. Di samping itu juga, pengetahuan

sebegini sebahagian besarnya hanya mampu di pelajari di Timur Tengah seperti Mesir,

Syiria, Arab Saudi dan sesetengah negara arab yang lain maka timbullah masalah kekurangan

 pakar-pakar yang khusus dalam bidang ini untuk menerangkan kepada masyarakat

 pengetahuan tentang ilmu ini.

Keghairahan masyarakat Islam di Malaysia mempelajari seni ilmu bacaan al- Quran ini

semakin meningkat. Ini terbukti dengan adanya sambutan yang menggalakkan terhadap

kelas-kelas pengajian al-Quran samada dibawah kerajaan, swasta mahu pun persendirian.

Walaupun begitu, sebahagian besar kelas-kelas tersebut masih lagi belum memperkenalkan

ilmu Qiraat ini kerana lebih menekankan kepada memperbetul dan memperelokkan bacaan.

Page 9: 95978622-BAHAN-TESIS

7/28/2019 95978622-BAHAN-TESIS

http://slidepdf.com/reader/full/95978622-bahan-tesis 9/9

 

PENUTUP

Qiraat merupakan suatu ilmu yang tidak dapat kita nafikan keutamaan dan kepentingannya.

Menjadi tanggungjawab kita para daie untuk menyebarkan ilmu ini dan memasyhurkan ilmu

ini dengan harapan masyarakat di Malaysia tidak melupai kesenian ilmu ini. Seterusnya

memartabatkan syariat Islam di atas muka bumi Allah ini. Allah S.W.T sudah berjanji

 bahawa Dia akan menjaga al-Quran dan ilmu yang berkaitan dengannya sampai hari kiamat.

 Namun begitu, janganlah kita mengambil mudah dan memandang remeh perkara ini. Semoga

kita tidak menjadi golongan yang rugi yang tidak memakmurkan ilmu Allah S.W.T.

Posted by alqurra' at 7:53 PM