94637029-sumber-alam

Upload: sharifah-nurulhuda

Post on 16-Oct-2015

114 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • TEMA : SUMBER (7)

    ARAS : UNIVERSITI

    Nama Samaran: ummuahhh the kisser

    SUMBER

    ALAM

    JENIS-JENIS SUMBER ASLI,

    SUMBER MANUSIA, SUMBER

    MODAL SERTA KEPENTINGAN

    DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

    SUMBER-

    SUMBER

    MINERAL

    SUMBER

    TANAH

    SUMBER

    HUTAN

    SUMBER

    AIR

  • TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA JENIS-JENIS SUMBER ASLI, SUMBER

    MANUSIA DAN SUMBER MODAL SERTA KEPENTINGAN SUMBER DALAM

    KEHIDUPAN MANUSIA

    ALAM

    SEKITAR

    KOMPONEN ALAM

    SEKITAR: FIZIKAL DAN

    MANUSIA

    PENGURUSAN

    ALAM SEKITAR

    ETIKA DAN

    FALSAFAH

    ALAM SEKITAR

  • 1.1 DEFINISI SUMBER ALAM

    JENIS-JENIS SUMBER ASLI

    SERTA KEPENTINGAN

    SUMBER DALAM

    KEHIDUPAN MANUSIA

    DEFINISI

    SUMBER ALAM

    JENIS-JENIS

    SUMBER

    KEPENTINGAN

    SUMBER

  • Sumber merupakan sesuatu yang mempunyai nilai dan boleh digunakan oleh

    manusia

    Sumber merupakan sesuatu yang membolehkan manusia mencapai matlamat

    bernilai disisi masyarakat.

    Sumber juga merupakan mana-mana bahagian alam sekitar yang mempunyai nilai

    kepada manusia dalam jangka masa, keadaan sosiall, politik, ekonomi dan rangka

    kerja institusi.

    Sumber bersifat subjektif, relatif dan fungsional.

    Sumber boleh dibahagikan kepada dua iaitiu sumber asli dan sumber bukan

    utilatari.

    1.2 PENGKELASAN SUMBER

    1.2.1 SUMBER ASLI

    PENGKELASAN

    SUMBER

    SUMBER

    ASLI

    SUMBER ASLI

    BOLEH

    DIPERBAHARUI

    SUMBER ASLI

    TIDAK BOLEH

    DIPERBAHARUI

    SUMBER ASLI

    TIDAK AKAN HABIS

    SUMBER ASLI

    BOLEH ULANG

    GUNA

    SUMBER

    UTILITARI

  • Sumber asli adalah apa sahaja fenomena biologi dan fizikal yang wujud secara

    semula jadi dan boleh digunakan oleh manusia untuk tujuan tertentu.

    Sumber yang mempunyai kegunaan yang praktikal.

    Sumber asli wujud sama ada dalam bentuk fizikal yang merangkumi apa jua

    jenis bahan atau benda yang dalam bentuk biologi seperti benda-benda hidup

    yang terdiri daripada haiwan dan tumbuhan.

    Mempunyai kegunaan yang praktikal bermaksud memberi faedah atau manfaat

    kepada manusia.

    Misalnya air diperlukan untuk bermacam-macam kegunaan seperti memenuhi

    keperluan biologi manusia, pertanian, pengangkutan, menjana kuasa elektrik

    dan sebagainya.

    Sumber asli ditentukan oleh tiga faktor utama iaitu ekonomi, sosial dan

    teknologi.

    Sumber asli boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu sumber asli boleh

    diperbaharui, sumber asli tidak boleh diperbaharui, sumber asli tidak akan

    habis, dan yang boleh diulang guna.

    1.2.1.1 SUMBER ASLI BOLEH DIPERBAHARUI

    Boleh diperbaharui semula selepas digunakan.

    Misalnya, hasil pertanian dan kayu balak boleh diperoleh lagi sama ada

    melalui proses semula jadi atau usaha penanaman semula.

    Walaubagaimanapun sumber ini tidak semestinya terus kekal kerana akan

    kehabisan jika kadar penggunaannya melebihi kadar penghasilan.

    1.2.1.2 SUMBER ASLI TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI

    Boleh digunakan sekali sahaja.

    Contohnya seperti gas asli dan petroleum yang proses kejadiannya memakan

    masa yang sangat lama.

    Kadar penghasilannya terlalu perlahan dibandingkan dengan kadar

    penggunaan.

    Sumber ini adalah terhad dari segi kuantiti dan terdapat di tempat-tempat

    tertentu sahaja.

    1.2.1.3 SUMBER ASLI TIDAK AKAN HABIS

  • Sumber jenis ini berkekalan selama-lamanya dan boleh diperoleh dalam

    kuantiti yang tidak terhad.

    Contonya air, udara dan cahaya matahari.

    Walaupun sumber jenis ini berkekalan, tidak bermakna boleh digunakan

    sesuka hati.

    Air dan udara akan musnah dan tidak sesuai digunakan jika tercemar teruk.

    Sumber jenis ini perlu diurus dengan baik.

    1.2.1.4 SUMBER ASLI BOLEH ULANG GUNA

    Contohnya logam yang boleh diguna berkali-kali tidak shaja dalam bentuk

    yang sama tetapi juga dalam bentuk yang berlainan.

    Perkembangan teknologi membenarkan sisa dalam pelbagai bentuk diproses

    dan ditukar kepada bentuk yang berguna.

    Perkembangan teknologi ini boleh mengurangkan jumlah sisa yang dibuang.

    1.2.2 SUMBER BUKAN UTILATARI

    Merupakan sumber yang tidak mempunyai kegunaan yang praktikal sebagai

    sumber bukan utilitari.

    Dikelaskan sebagai sumber ekstrinsik dan sumber ameniti.

    Contoh sumber bukan utilitari ialah keindahan alam, kawasan lapang, bentuk

    muka bumi yang menarik, anak sungai dan air terjun.

    Sumber bukan utilitari mempunyai nilai yang subjektif dan abstrak.

    TAJUK 2: SUMBER-SUMBER MINERAL: PEMBENTUKAN PETROLEUM, GAS

    ASLI DAN LAIN-LAIN MINERAL, EKSPLOITASI DAN

    KEPENTINGAN SERTA KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER.

  • 2.1 PEMBENTUKAN ARANG BATU

    SUMBER-

    SUMBER

    MINERAL

    ARANG

    BATU

    GAS

    ASLI

    PETROLEUM

    EKSPLOITASI DAN

    KEPENTINGAN

    SUMBER MINERAL

    PENGURUSAN

    SUMBER

    ARANG

    BATU

    GAS

    ASLI

    PETROLEUM

  • Arang batu adalah pepejal hitam yang boleh terbakar, kaya dengan karbon dan

    wujud secara berlapis-lapis di kawasan batuan sedimen.

    Terbentuk melalui proses penguraian anaerobik bahan-bahan tumbuhan di

    kawasan berpaya.

    Penguraian ini pada peringkat awalnya menghasilkan gambut.

    Gambut melalui pengaruh suhu dan tekanan yang tinggi di bawah timbusan

    sendimen lamma-kelamaan berubah bentuk kepada arang batu.

    Arang batu dikelaskan kepada tiga jenis iaitu jenid Lignit, jenis Bitumin dan

    jenis Antrasit.

    Lignit merupakan arang batu yang paling muda dan Antrasit merupakan arang

    batu yang paling tua.

    Unsur utama yang terdapat dalam arang batu ialah karbon, hidrogen, oksigen,

    nitrogen dan sulfur.

    2.2 PEMBENTUKAN GAS ASLI

    Gas asli ialah hidrokarbon ringan yang diperoleh dari stratum bawah tanah.

    Biasanya ditemui dalam tiga jenis takungan iaitu takungan gas kering,

    takungan terkondensasi dan takungan minyak.

    Di malaysia takungan gas asli boleh ditemui di beberapa kawasan di luar pantai

    Sarawak dan terengganu.

    Di sabah satu lagi takungan yang besar ditemui di Erb West.

    Kandungan utama gas asli ialah hidrokarbon alkana ringan, iaitu metana dan

    etana.

    2.3 PEMBENTUKAN PETROLEUM

    Pembentukan petroleum adalah melalui proses pemampatan bahan-bahan

    organik terutama tinggalan atau sisa organisma laut yang tertimbus dalam

    timbunan pasir dan tanah liat.

    Dalam masa berjuta-juta tahun, timbunan pasir dan tanah liat ini menebal dan

    mengeras menjadi batuan.

    Tekanan daripada timbunan batuan ini beserta dengan haba yang tinggi di

    dalam bumi membuatkan bahan-bahan organik tadi bertukar kepada titisan-

    titisan minyak dan gas.

  • Titisan-titisan ini perlahan-lahan bergerak ke atas dan berkumpul di perangkap

    batuan yang pejal.

    Apabila petroleum ditemui dalam kuantiti ekonomi untuk diusahakan

    pengeluarannya, pelantar khas dibini dan telaga minyak memulakan

    penghasilannya.

    2.4 EKSPLOITASI DAN KEPENTINGAN SUMBER MINERAL

    2.4.1 ARANG BATU

    Sebagai sumber haba.

    Digunakan juga untuk menghasilkan kok.

    Kok merupakan bahan penurun yang digunakan dengan meluas dalam industi

    besi dan keluli.

    Kok digunakan untuk penghasilan gas asetilena.

    Asitilena digunakan secara langsung sebagai gas kimpalan.

    2.4.2 GAS ASLI

    Kegunaan utama gas asli ialah dalam industri penghasilan baja urea, metanol,

    besi brikuet panas dan penjanaan kuasa.

    Penghasilan tenaga elektrik.

    Bahan bakar kenderaan.

    Gas memasak di dapur.

    Alat pemanasan di rumah.

    Industri petrokimia.

    2.4.3 PETROLEUM

    Sebagai bahan bakar, pelarut, minyak pelincir dan sebagainya.

    Bahan mentah penting untuk industri petrokimia.

    Kegunaan untuk menghasilkan petrol dan gasolin.

    Kegunaan untuk menghasilkan bahan antisedak.

    2.5 KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER

    Memastikan sumber alam tidak tercemar.

  • Menjamin kesejahteraan hidup manusia yang berterusan.

    Menjamin bekalan sumber yang berterusan.

    Menjamin keseimbangan ekologi.

    Memastikan generasi akan datang dapat menikmati sumber alam.

    Memajukan industri berasaskan sumber.

    Memastikan penggunaan sumber secara optimum.

    Sebagai langkah pemuliharaan alam sekitar.

    TAJUK 3: SUMBER TANAH: DEFINISI, PROFIL TANAH SERTA KEGUNAAN

    TANAH DI MALAYSIA. KEPENTINGAN TANAH, ISU-ISU PENGGUNAAN

    TANAH SERTA PENGURUSAN TANAH SECARA LESTARI.

  • 3.1 DEFINISI TANAH

    SUMBER

    TANAH

    DEFINISI PEMBENTUKAN

    TANAH

    PROFIL

    TANAH

    GUNA

    TANAH

    ISU

    PENGGUNAAN

    TANAH

    PENGURUSAN

    TANAH SECARA

    LESTARI

    HAKISAN KEMEROSOTAN

    KESUBURAN

    TANAH

    PENGGUNAAN

    BAHAN KIMIA

    KEMUSNAHAN

    HUTAN

  • Tanah ditakrifkan sebagai permukaan bumi, mempunyai ciri-ciri biosfera yang agak

    stabil dengan sistem atau pusingan semula jadi yang boleh dijangka.

    Tanah sebagai ruang tempat kehidupan dijalankan.

    Tanah sebagai elemen semula jadi dan sentiasa terdedah kepada faktor-faktor iklim.

    Tanah sebagai elemen semula jadi merujuk kepada tanah yang belum dibangunkan.

    Tanah juga didefinisikan sebagai bahagian permukaan bumi yang tertakluk kepada

    hak kepunyaan.

    3.2 PEMBENTUKAN TANAH

    Tanah terbentuk melalui proses semula jadi.

    Terdapat lima faktor utama mempengaruhi proses pembentukan tanah iaitu bahan

    induk, faktor topografi, aktiviti biologi, iklim dan masa.

    Bahan induk yang membentuk tanah berasal daripada batuan induk yang telah

    mengalami proses luluhawa.

    Terdapat tiga jenis batuan utama induk iaitu batuan ignius, batuan endapan dan batuan

    metamorfik.

    Batuan ignius berasal daripada magma cair yang telah menyejuk menjadi pepejal.

    Batuan enapan terbentuk hasil mampatan pasir, kelodak dan lumpur.

    Batuan metamorfik berasal daripada sama ada batuan ignius dan endapan yang telah

    terdedah kepada tindakan haba dan tekanan.

    Topografi mempengaruhi proses pembenyukan tanah.

    Kawasan bercerun curam mempunyai tanag tetap.

    Kawasan yang landai seperti di lembangan sungai membentuk tanah aluvium.

    Kawasan dataran rendah yang air mengalami pasang surut mempunyai tanah berasid

    sulfat.

    Faktor biologi mempengaruhi proses pembentukan tanah melalui pengaruhnya

    terhadap sifat fizikal dan kimia bahan induk serta menggalakkan proses luluhawa.

    Faktor iklim dan masa mempengaruhi pembentukan tanah mempunyai kaitan rapat

    dengan tindakan luluhawa dan pada jangka masa yang lama.

    3.3 PROFIL TANAH

  • Tanah terdiri daripada beberapa lapisan mendatar yang dipanggil horizon.

    Setiap horizon mempunyai ciri dan biologi tersendiri dan berbeza daripada horizon

    lain di bahagian atas dan bahagian bawahnya.

    Susunan horizon dikenali sebagai profil tanah.

    Haya tanah matang sahaja yang boleh membentuk profil tanah.

    Profil tanah yang terbentuk berbeza-beza dan menjadi salah satu asas penting untuk

    menentukan jenis tanah.

    Bahagian teratas adalah bahagian yang kaya dengan bahan organik.

    Bahagian subtanah mengandungi kurang sedikit bahan organik dibandingkan dengan

    bahagian teratas.

    Bahagian bawah sekali ialah substratum yang merupakan bahan induk yang

    membentuk tanah melalui proses luluhawa.

    3.4 GUNA TANAH KEPENTINGAN TANAH DI MALAYSIA

    Guna tanah perumahan-merupakan kawasan yang digunakan secara keseluruhannya

    bagi tujuan kediaman.

    Guna tanah perdagangan-merupakan guna tanah penting di kawasan bandar disamping

    guna tanah perumahan. Lebih tertumpu di kawasan pusat bandar.

    Guna tanah tanaman-kawasan tanah yang ditanam dengan tanaman makanan dan

    jualan.

    Guna tanah padang ragut-digunakan untuk ternakan seperti kambing dan lembu.

    Guna tanah perhutanan pula terdiri daripada hutan semula jadi.

    Kegiatan ladang hutan juga dianggap sebagai guna tanah perhutanan.

    Guna tanah untuk perlombongan pula adalah untuk melombong sumber mineral.

    3.5 ISU-ISU PENGGUNAAN TANAH

  • 3.5.1 HAKISAN

    Hakisan tanah ialah pengikisan tanah oleh agen hakisan seperti air, angin, ombak dan

    ais.

    Proses ini merupakan sebahagian daripada proses semula jadi.

    Namum demikian tindakan manusia telah mempercepatkan tindakan hakisan tanah.

    Aktiviti pertanian memdedahkan permukaan tanah kepada hakisan.

    Sistem pertanian tertua yang menggunakan kaedah tebang dan bakar melibatkan

    penebangan tumbuhan semula jadi dan kemudian dibakar untuk mendapatkan kawasan

    terbuka bagi tujuan bercucuk tanam.

    Hakisan teruk berlaku semasa proses meneroka dan juga setelah kawasan berkenaan

    dikosongkan.

    Amalan pertanian di kawasan curam mengakibatkan hakisan tanah yang sangat serius.

    Pembajakan membuatkan tanah menjadi gegai dan mudah terhakis oleh tiupan angin.

    Hakisan akan menyebabkan masalah kehilangan bahagian permukaan tanah,

    kehilangan bahan mineral dan organik tanah, mengakibatkan pencemaran air dan

    sebagainya.

    3.5.2 KEMEROSOTAN KESUBURAN TANAH

    Hakisan menyebabkan kemerosotan kesuburan tanah.

    Amalan pertanian menyebabkan kemerosotan kesuburan tanah.

    Tanaman sejenis setiap musim atau setiap tahun boleh mengurangkan kandungan jenis

    mineral tertentu.

    Penanaman pelbagai jenis tanaman di satu kawasan setiap musim boleh merosakkan

    kualiti tanah.

    3.5.3 PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

    Kesan penggunaan baja kimia turut ditanggung komponen alam sekitar yang lain.

    Sebahagian besar penggunaan baja kimia dalam bidang pertanian ialah sebagai racun

    perosak seperti racun serangga, racun rumpai dan racun kulat.

    Penggunaan racun perosak memberi kesam sampingan yang negatif.

    Sesetengah racun perosak bertahan lama dan boleh merosakkan alam sekitar.

    3.5.4 KEMUSNAHAN KAWASAN HUTAN

  • Pembukaan kawasan pertanian baru merupakan salah satu faktor pendekatan

    terpenting di bawah Dasar Pertanian Negara.

    Isu yang timbul daripada pembukaan kawasan pertanian ialah pengurangan keluasan

    kawasan hutan.

    Kadar kemusnahan hutan dianggap begitu pantas di sekitar tahun 60-an, 70-an dan

    awal 80-an.

    Masalah kedua ialah hakisan tanah yang berlaku akibat pembersihan kawasan hutan

    secara besar-besaran.

    3.6 PENGURUSAN TANAH SECARA LESTARI

    Pengurusan tanah secara lestari boleh dilakukan melalui usaha pemuliharaan tanah.

    Pemuliharaan tanah bermaksud menggunakan tanah berdasarkan keupayaan bagi

    memastikan tanah terus produktif untuk kepentingan manusia.

    Mengekal dan memperbaik struktur tanah serta menggelakkan kemusnahan tanah dari

    segi fizikal terutamanya akibat hakisan.

    Melibatkan kawalan guna tanah pertanian.

    Mengelakkan pertanian di kawasan lereng curam, mengelakkan kemusnahan tanah di

    peringkat aktiviti pertanian.

    Pembangunan pertanian secara pesat dilaksanakan bersama-sama dengan langkah

    pemuliharaan.

    Kaedah yang boleh digunakan untuk mengurus tanah secara lestari ialah pengkelasan

    keupayaaan tanah, konsep pelbagai guna tanah, pengkelasan kesesuaian tanah,

    pemuliharaan tanah melalui amalan pertanian dan undang-undang pemuliharaan tanah

    di Malaysia.

    TAJUK 4: SUMBER HUTAN: DEFINISI, JENIS-JENIS HUTAN, KEPENTINGAN

    HUTAN. EKSPLOITASI SUMBER HUTAN DAN PENGURUSAN SUMBER HUTAN

  • 4.1 DEFINISI HUTAN

    Hutan ialah kawasan sumber alam yang sangat penting kepada manusia.

    SUMBER

    HUTAN

    DEFINISI

    HUTAN

    JENIS-

    JENIS

    HUTAN DI

    MALAYSIA

    KEPENTINGAN

    HUTAN

    EKSPLOITASI

    SUMBER

    HUTAN DI

    MALAYSIA

    PENGURUSAN

    HUTAN

  • Hutan merupakan ekosistem yang dipenuhi tumbuhan dan kaya dengann sumber asli.

    Terdapat pelbagai jenis hutan yang terdapat di dunia.

    Hutan ini berbeza-beza mengikut iklim sesuatu kawasan.

    4.2 JENIS-JENIS HUTAN DI MALAYSIA

    Terdapat beberapa jenis hutan di Malaysia yang dipengaruhi faktor-faktor seperti

    kedudukan dari segi geografi dan ketinggian muka bumi.

    Hutan di Malaysia terbahagi kepada 4 jenis iaitu hutan pamah, hutan bukit,hutan bukit

    tinggi dan hutan gunung.

    Hutan pamah merupakan yang terluas dan memenuhi kawasan yang ketinggiannya

    sehingga 760 meter dari aras laut.

    Hutan pamah terdiri daripada tiga lapisan silira.

    Hutan bukit terdapat di kawasan di ketinggian 300-760 meter dari aras laut.

    Ciri unik hutan bukit ialah terdapat banyak pokok seraya terkumpul di permatang.

    Hutan bukit penting dari segi pembalakan.

    Hutan bukit tinggi pula terdapat di ketinggian 760 meter hingga 1220 meter dari aras

    laut.

    Hutan gunung terletak di kawasan yang tertinggi dibandingkan dengan jenis-jenis

    hutan yang lain.

    4.3 KEPENTINGAN HUTAN

    4.3.1 FIZIKAL

    JENIS-JENIS

    HUTAN DI

    MALAYSIA

    HUTAN

    PAMAH HUTAN

    BUKIT

    HUTAN BUKIT

    TINGGI HUTAN

    GUNUNG

  • Dari segi ekologi hutan memainkan peranan penting sebagai pelindung, pengawal dan

    penghasil kepada alam sekitar.

    Hutan merupakan habitat kepada flora dan fauna.

    Hutan turut mengawal dan mengimbangi kandungan gas di atmosfera seperti

    kandungan oksigen dan karbon dioksida di udara.

    Mengekalkan kestabilan kitaran air seperti mengimbangi kadar pemeluwapan dan

    kandungan air bawah tanah.

    Mengimbangi suhu harian dan mempengaruhi pergerakan udara.

    Menghasilkan berbagai-bagai jenis kayu, daun dan herba yang sangat penting kepada

    alam semula jadi dan manusia.

    4.3.2 PEMBANGUNAN SOSIAL DAN EKONOMI

    Penggunaan hutan kepada manusia boleh dikelaskan sebagai kegunaan secara

    langsung atau tidak langsung.

    Kegunaan secara langsung diberikan kepada dua iaitu sama ada barangan dalam

    bentuk asal atau barangan yang telah ditukar ke bentuk lain.

    Hasil hutan dalam bentuk asal ialah seperti kayu api, gabus, gam dan lilin yang telah

    lama digunakan manusia.

    Kegunaan hutan secara tidak langsung pula ialah seperti menggunakan kawasan hutan

    sebagai tempat rekreasi, kawasan simpanan hidupan liar, kawasan tadahan air dan

    sebagainya.

    Selain itu juga petempatan merupakan antara fungsi sosial hutan kepada manusia di

    samping membekalkan sumber makanan kepada manusia.

    4.4 EKSPLOITASI SUMBER HUTAN DI MALAYSIA

    4.4.1 INDUSTRI PERKAYUAN

  • Industri perkayuan merupakan salah satu industri yang paling pesat berkembang di

    Malaysia.

    Industri ini telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negara.

    Industri perkayuan bergantung sepenuhnya kepada sumber bahan mentahnya.

    Hasil utama hutan ialah dalam bentuk kayu balak, kayu jaras, kayu api, kayu arang

    dan rotan dari jenis manau dan sega.

    Terdapat juga keluaran kecil rotan,selain menau dan sega, buluh, nipah, berbagai-

    bagai jenis damar dan getah.

    Kayu balak yang dikeluarkan dari hutan diproses dikilang untuk ditukarkan menjadi

    kayu gergaji, papan lapis, venir dan barangan lain seperti kayu kumai, perabot,

    serpihan kayu dan parket.

    Industri kayu kayan sangat penting bukan sahaja sebagai sumber kewangan tetapi juga

    dari segi menyediakan peluang pekerjaan.

    Industri kayu kayan menghadapi masalah misalnya kekurangan sumber kayu kayan

    akibat kadar pengambilan yang terlalu pantas ditambah dengan usaha pemulihan yang

    perlahan.

    4.4.2 PEMBANGUNAN PERTANIAN

    Sebahagian besar daripada kawasan hutan telah dibangunkan untuk aktiviti pertanian

    dan penempatan.

    Selepas merdeka pembukaan kawasan pertanian khususnya untuk tanaman jualan

    terutama kelapa sawit dan getah tleh dijalankan oleh beberapa agensi pembangunan

    pertanian dan luar bandar.

    FELDA dan FELCRA merupakan antara agensi yang membangunkan sektor

    pertanian.

    4.4.3 AKTIVITI LAIN

    Aktiviti lain yang mengakibatkan kemusnahan hutan ialah pembinaan empangan,

    perlombongan, pertanian pindah dan pembinaan lebuh raya.

  • Pembinaan empangan bagi tujuan janakuasa elektrik dilaksanakan di kawasan hutan

    yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air.

    Sebahagian besar kawasan hutan akan ditenggelami air.

    Pertanian pindah akan meyebabkan wujudnya hutan dara.

    Pelombongan pula akan menyebabkan kawasan tinggalan seperti lombong dan

    longgokan tanah.

    4.5 PENGURUSAN HUTAN

    Pengurusan hutan membawa maksud menggunakan sumber hutan dengan bijaksana.

    Antara langkah pengurusan hutan ialah undang-undang, polisi dan dasar, agensi yang

    terlibat, strategi dan teknik yang digunakan dalam pengurusan hutan.

    4.5.1 UNDANG-UNDANG

    Undang-undang yang menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar ialah Akta

    Pemuliharan Tanah,1960, Kanun Tanah Negara, 1965, Akta Perlindungan Hidupan

    Liar 1972, Akta Taman Negara, 1980 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

    Akta ini ditubuhkan sebagai usaha untuk menjaga kepentingan hutan.

    Melalui akta ini terdapat sesetengah kawasan hutan diwartakan sebgai kawasan hutan

    simpan.

    Akta ini juga mengawal kegiatan pengambilan sumber hutan secara rakus.

    Sebahagian besar daripada peruntukan akta ini ialah mengenai pengurusan dan

    pembangunan hutan yang meliputi perkara seperti hak keempunyaan hasil hutan

    dalam kawasan hutan simpanan kekal dan tanah kerajaan.

    4.5.2 POLISI DAN DASAR PERHUTANAN

    Memberi panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam sektor perhutanan.

    Dasar yang terlibat dalam perhutanan menganjurkan pembentukan ladang hutan kekal

    dengan keluasan yang mencukupi.

    Hutan perlindungan diwujudkan bagi mengawal iklim dan keadaan fizikal, mengawal

    sumbber air, mengekalkan kesuburan tanah dan mutu alam sekitar serta

  • meminimumkan kemusnahan sungai dan kawasan pertanian daripada banjir dan

    hakisan.

    Dasar Perhutanan meninikberatkan pengurusan hutan khususnya ladang hutan kekal.

    Dasar Perhutanan Negara turut menitikberatkan penyelidikan bagi mendapat hasil

    maksimum dari ladang hutan kekal, mendapat pulangan terus pada tahap maksimum.

    Dasar perhutanan digubal bertujuan untuk memastikan hutan terus menjadi sumber

    penting kepada ekonomi negara dan dalam jangka masa panjang menekankan

    pemuliharaan hutan.

    TAJUK 5: SUMBER AIR

    5.1 PENGENALAN

    Air merupakan sember semula jadi yang tidak akan habis.

    Air menutupi kira-kira daripada permukaan bumi.

    Kira-kira 97 peratus adalah air masin dan selebihnya adalah air tawar.

    Air masin wujud di lautan.

    Air tawar wujud dalam berbagai bentuk seperti air bawah tanah, lembapan tanah,

    tasik, paya, wap air di atmosfera dan air sungai.

    5.2 KEGUNAAN AIR

    5.2.1 MEMENUHI KEPERLUAN FISIOLOGI

    Air sangat penting bagi memenuhi keperluan fisiologi manusia, haiwan dan tumbuhan.

    Air adalah komponen utama di dalam sel organisma.

    Sel manusia mengandungi kira-kira 80% air dan keseluruhan badan manusia terdiri

    daripada 60% air.

    5.2.2 MEDIUM UNTUK HIDUP

    Habitai bagi hidupan akuatik.

    Hidupan bermula di air.

    Sebahagian besar organisma hidup di dalam air.

    5.2.3 FUNGSI SEBAGAI PELARUT

  • Molekul air mempunyai sifat berpolar yang terdiri daripada satu atom oksigen bercas

    negatif dan aton hidrogen bercas positif tersusun secara tak simetri.

    Menjadikannya bahan pelarut yang baik.

    5.2.4 MEDIUM PENGANGKUTAN

    Merupakan pengangkutan utama bagi pengangkutan kargo.

    Menjadi jalan perhubungan kepada kawasan bandar dan luar bandar.

    Jalan perhubungan utama bagi kawasan pedalaman di Sarawak.

    Contohnya sungai Rajang, Sarawak.

    Pengangkutan untuk tujuan pengangkutan kayu balak.

    5.2.5 SUMBER TENAGA

    Sumber tenaga yang berpotensi kerana mempunyai simpanan yang berkekalan dan

    tidak mencemar.

    Memainkan peranan besar dalam penghasilan tenaga elektrik dan menjadi sumber

    tenaga alternatif kepada sumber tenaga lain seperti petroleum, arang batu, gas dan

    bahan radioaktif yang agak terhad dari segi kuantiti.

    5.3 ISU-ISU SUMBER AIR

    Terdapat dua isu sumber air iaitu isu kuantiti dan isu kualiti.

    Sumber air mempunyai taburan yang tidak sekata.

    Tidak semua tempat mempunyai taburan air yang banyak.

    Kuantii simpanan air ridak sekata sepanjang tahun.

    5.4 PENGURUSAN SUMBER AIR

    Melibatkan pengurusan dari segi kualiti dan kuantiti.

    Memajukan sumber air bawah tanah.

    Memajukan sumber air permukaan.

    Pengagihan dan pemulihan kembali air.

    Daripada aspek undang-undang, pengurusan sumber air tertakluk kepada pengagihan

    kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.

    TEMA 6: KOMPONEN ALAM SEKITAR FIZIKAL DAN MANUSIA

  • 6.1 DEFINISI ALAM SEKITAR

    Alam sekitar terdiri daripada faktor-faktor fizikal, ekonomi, teknologi, politik,

    sosial dan kebudayaan.

    Alam sekitar merupakan fenomena yang wujud di sekeliling manusia pada satu-

    satu titik dalam ruang dan masa.

    Alam sekitar sebagai keseluruhannya faktor sosial, biologi, fizikal dan kimia yang

    membentuk persekitaran manusia.

    Alam sekitar merupakan faktor-faktor di sekeliling manusia termasuklah tanah, air,

    atmosfera, haiwan dan tumbuhan.

    6.2 ELEMEN-ELEMEN ALAM SEKITAR

    Elemen-elemen dalam alam sekitar terbahagi kepada 4 iaitu:

    Alam sekitar fizikal (merujuk kepada air, udara, tanah dan bahan galian)

    Alam Sekitar biologi (terdiri daripada elemen bernyawa seperti haiwan dan

    tumbuhan)

    Alam sekitar sosial (merangkumi keseluruhan sistem sosial seperto kebudayaan

    dan sistem politik)

    Alam bina yang dibangunkan oleh manusia (kawasan perbandaran, penempatan,

    pertanian dan sebagainya untuk kepentingan manusia)

    6.3 HURAIAN LANJUT MENGENAI ALAM SEKITAR FIZIKAL DAN MANUSIA

    6.3.1 ALAM SEKITAR FIZIKAL

    Alam sekitar fizikal merujuk kepada semua keadaan dan pengaruh luaran yang

    memberi kesan pada kehidupan dan perkembangan organisma.

    Alam sekitar fizikal meliputi litosfera, atmosfera, hidrosfera dan biosfera.

    6.3.1.1 LITOSFERA

    Terdiri daripada unsur batuan, tanah dan tanih.

    Lapisan litosfera merupakan struktur asas yang membina bentuk muka bumi

    dan unsur asas bagi kebanyakan hidupan.

    Lapisan litosfera merupakan habitat bagi sebahagian spesies yang hidup di

    dalamnya.

    Manusia banyak menjalankan kegiatan mereka atas permukaan bumi yang

    terdiri daripada daratan.

    Contohnya aktiviti perkilangan, pembinaan, pengangkutan, cari gali

    minyak,gas dan sumber mineral, pertanian dan pembalakan.

  • Pencemaran yang melibatkan litosfera adalah seperti hakisan tanah, tanah

    runtuh, gelunsur tanah dan tanah mendap.

    6.3.1.2 ATMOSFERA

    Terdiri daripada beberapa lapisan sfera yang berbeza-beza sifatnya antara satu

    sama lain.

    Ruangan atmosfera berada dalam lingkungan kira-kira 100 km dari muka bumi

    hingga ke angkasa lepas.

    Terdapat empat sfera dalam ruangan atmosfera yang dibezakan mengikut beza

    antara suhu udara yang terdiri daripada lapisan troposfera, straosfera,

    mesosfera dan termosfera.

    Unsur udara yang mempunyai oksigen, nitrogen, hidrogen, dan lain-lain dalam

    persekitaran akan menentukan tahap kebersihan udara.

    Pencemaran yang melibatkan atmosfera adalah pencemaran udara dan jerebu.

    6.3.1.3 BIOSFERA

    Meliputi unsur hidupan yang bernyawa dan juga melibatkan elemen yang tidak

    bernyawa.

    Unsur bernyawa dapat dicontohkan seperti manusia, haiwan, serangga,

    organisma dan mikroorganisma.

    Manakala unsur tidak bernyawa pula seperti tumbuhan atau flora.

    Lapisan ini penting bagi kestabilan fizikal litosfera.

    Kestabilan litosfera seperti tanah-tanih boleh disokong dengan tumbuhan.

    Kehidupan manusia juga dibantu oleh tumbuhan yang mengeluarkan oksigen

    serta manusia juga menggunakan sumber daripada biosfera untuk makanan.

    6.3.1.4 HIDROSFERA

    Hidrosfera merupakan lapisan yang terdiri daripada komponen berair dan ini

    melibatkan punca, proses kejadian air, kegunaan, kitaran dan kawasan yang

    terlibat dengan punca-punca air.

    Air wujud di permukaan bumi, bawah tanah dan udara yang kesemuanya

    memainkan peranan penting dalam pergerakkan sistem dunia.

    Kepentingan air bagi tujujuan pengangkutan, merendahkan suhu dan

    sebaginya.

    6.4 HUBUNG KAIT ANTARA ALAM SEKITAR DENGAN MANUSIA

  • Kajian mengenai alam sekitar tidak boleh lari daripada melihat hubungan antara

    manusia dan alam sekitar.

    Manusia mesti bertanggungjawab bagi menjaga alam sekitar dan guna pelbagai

    strategi pengurusan yang bersesuaian berdasarkan prinsip ekologi.

    Hubungan antara manusia dan alam sekitar dirumuskan dalam dua cara iaitu

    manusia dipengaruhi oleh alam sekitar dan manusia mempunyai keupayaan

    merubah alam sekitar.

    Interaksi manusia terhadap alam sekitar mempunyai impak terhadap kualiti alam

    sekitar.

    Hubungan manusia dan alam sekitar berdasarkan beberapa tahap iaitu tahap awal

    yang mudah kepada tahap yang canggih.

    Manusia adalah sebahagian daripada alam sekitar.

    Manusia telah banyak mengubahsuai kebanyakan unsur alam sekitar semula jadi di

    atas permukaan bumi.

    6.4.1 PENGARUH MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

    Secara logiknya manusia lebih berkuasa daripada alam sekitar dan mempunyai

    potensi untuk mengawal alam sekitar keseluruhannya.

    6.4.1.1 PENGARUH MANUSIA TERHADAP BIOSFERA

    Manusia guna haiwan untuk kegiatan pertanian, pengangkutan dan binatang

    ternakan.

    Manusia salah guna kuasa dan membawa ancaman kepada binatang.

    Tindakan manusia melibatkan pembiakan spesies yang menjadi parasit,

    dijinakkan oleh manusia, pengurangan dan pemupusan spesies untuk bulu dan

    sebagainya.

    Pembiakan tiruan abnyak spesies baru dicipta.

    Haiwan liar dijinakkan.

    Tindakan manusia terhadap tumbuhan pula akibat penggunaan api untuk

    membakar telah memusnahkan banyak jenis hutan di dunia.

    Pembukaan tanah pertanian menyebabkan kemusnahan spesies flora.

    6.4.1.2 PENGARUH MANUSIA TERHADAP LITOSFERA

  • Tumbuhan dan tanih saling berkait rapat.

    Pembalakan hutan bagi tujuan pembangunan dedahkan tanih kepada hakisan

    oleh air dan angin.

    Pertanian moden buka kawasan pertanian luas dan lebih banyak hakisan.

    Hakisan tanah menyebabkan larut resap bawa zat-zat galian keluar daripada

    profil tanah, pencemaran tanah akibat resapan hujan asid dan sisa buangan

    kilang, kemarau dan tanah runtuh.

    6.4.1.3 PENGARUH MANUSIA TERHADAP ATMOSFERA

    Masalah pencemaran udara.

    Secara semula jadi- hasil pencemaran daripada habuk dan fenomena alam.

    Aktiviti manusia seperti urbanisasi dan perindustrian.

    Kepekatan bahan pencemar dapat mempengaruhi beberapa unsur cuaca dan

    iklim.

    Kandungan karbon dioksida meningkat apabila banyak hutan dimusnahkan.

    6.4.2 PENGARUH ALAM SEKITAR TERHADAP MANUSIA

    Aktiviti manusia dipengaruhi oleh alam sekitar.

    Manusia tidak berupaya menguasai alam sekitar fizikal yang ada.

    Alam sekitar menentukan perlakuan manusia di atas muka bumi.

    Misalnya ttinggal berkelompok untuk melakukan aktiviti pertanian, tidak

    berupaya untuk melawan proses semula jadi seperti gempa bumi, banjir,

    letusan gunung berapi, ribut taufan dan sebagainya.

    Manusia hanya mampu bertindak berdasarkan apa yang ada di sekitar tempat

    tinggal mereka.

    Amat dipengaruhi okleh keadaan bentuk muka bumi, iklim, cuaca, kesuburan

    tanah dan bekalan air.

    6.4.3 KESEPADUAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

    Daripada perspektif ekologi penekanan diberikan kepada manusia sebagai

    bahagian penting dalam alam sekitar.

    Pertalian antara manusia dan alam sekitar sehaluan dan bukannya pemusnah

    atau penindas.

    Sekiranya sumber bekalan habis, tindakan harus diadakan bagi menjamin

    pengekalan sumber tersebut.

  • Manusia perlu jalankan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber semula

    jadi seperti hutan, tanah, udara dan sebagainya.

    TAJUK 7: ETIKA DAN FALSAFAH ALAM SEKITAR

    7.1 DEFINISI ETIKA DAN FALSAFAH ALAM SEKITAR

    Etika merupakan pertimbangan dan perbahasan tentang apakah amalan baik atau

    buruk berdasarkan kebenaran dan pengetahuan dalam sesuatu bidang.

    Beri batasan kepada tingkahlaku manusia.

    Etika alam sekitar membawa maksud satu set peraturan atau prinsip yang

    mempengaruhi tingkahlaku moral manusia iaitu hubungan manusia dengan alam.

    Suatu disiplin pengajian yang membahaskan tentang sistem nilai yang perlu wujud

    bagi menjustifikasikan tindakan manusia.

    Membentuk sistem nilai yang sesuai dengan alam sekitar.

    Falsafah alam sekitar merupakan penggunaan cara tertentu seperti logik dan

    perbahasan untuk perolehi kebenaran dan pengetahuan tentang persoalan yang

    berkaitan dengan alam.

    7.2 KEPENTINGAN ETIKA DAN FALSAFAH ALAM SEKITAR

    Memberi batasan kepada tingkahlaku yang berkaitan dengan alam sekeliling kita.

    Misalnya mengenakan denda.

    Undang-undang yang berkaitan dengan alam sekitar tidak cukup tanpa adanya etika

    alam sekitar.

    Manusia boleh terlepas dari undang-undang tetapi etika akan sentiasa memastikan

    tingkahlaku manusia tidak merosakkan alam sekitar.

    Memastikan tanggungjawab manusia terhadap pengurusan, perlindungan dan

    pembangunan alam sekeliling.

    Falsafah alam sekitar adalah bagaimana manusia berinteraksi dengan alam.

    Manusia lakukan kajian untuk dapatkan kebenaran dan memahami makna kehidupan

    sebenar.

  • TAJUK 8: PENGURUSAN ALAM SEKITAR

    8.1 PENGENALAN

    Matlamat pengurusan alam sekitar:

    Memelihara sumber sedia ada untuk kegunaan semasa dan masa hadapan.

    Menambah stok sumber demi kepentingan masa hadapan.

    Meminimunkan kesan alam sekitar akibat daripada aktiviti pembangunan.

    Meningkatkan kualiti kehidupan.

    Pengurusan alam sekitar melibatkan dua jenis aktiviti iaitu:

    Aktiviti pro-aktif

    Aktiviti inter-aktif

    Aktiviti pro-aktif:

    Merupakan langkah-langkah yang dirancang dan dilaksanakan khusu untuk

    meningkatkan mutu alam sekitar.

    Misalnya menguatkuasakan undang-undang, mengawal pencemaran, menjalankan

    usaha memelihara kawasan tadahan air, mengawal pembangunan di kawasan sensitif,

    dan melindungi hidupan lair.

    Aktiviti inter-aktif:

    Merupakan aktiviti yang tidak dilaksanakan khusus untuk menjaga alam sekitar.

    Lebih merupakan usaha menyepadukan pertimbangan alam sekitar dalam proses

    pembangunan.

    Contohnya melaksanakan Penilaian Kesan Alam Sekitar dalam proses perancangan

    projek pembangunan.

    8.2 POLISI DAN DASAR ALAM SEKITAR

    Terbahagi kepada dua:

    Polisi dan dasar khusus mengenai alam sekitar

    Polisi dan dasar sektor lain yang menekankan pemeliharaan alam sekitar.

  • Matlamat dasar dan polisi:

    Mengambil kira kesan terhadap alam sekitar disebabkan pertambahan bilangan

    penduduk dan aktiviti manusia dalam usaha memajukan sumber semula jadi.

    Pentingnya pengekalan mutu alam sekitar selaras dengan kehendak penduduk

    terutama dari segi keupayaan pengeluaran sumber tanah dalam bidang pertanian,

    perhutanan, perikanan dan air.

    Keperluan mengekalkan keadaan alam sekitar yang sihat bagi kehidupan manusia

    sempurna.

    Keperluan mengekalkan pusaka asli negara yang unik dan pelbagai jenis.

    8.3 PROGRAM PENGURUSAN ALAM SEKITAR

    Kawalan Pencemaran:

    Terdapat dua pendekatan utama iaitu melalui peruntukkan undang-undang dan bukan

    undang-undang.

    Kaedah undang-undang melibatkan penguatkuasaan peruntukan di bawah undang-

    undang Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

    Kaedah bukan undang-undang melibatkan peranan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

    Pengawasan:

    Mengetahui keadaan alam sekitar dan mencari punca masalah.

    Misalnya program pengawalan kualiti udara.

    Pengawasan digiatkan dari masam ke masa.

    Pengawasan kualiti air pula bertujuan untuk melindungi sungai daripada pencemaran

    bahan toksik.

    Mengetahui perubahan kualiti air sungai secepat mungkin supaya langkah-langkah

    pembaikan dapat diambil segera.

    Menilai keberkesanan piawai kualiti air.

    Menyediakan sumber maklumat untuk menjangka kesan projek pembangunan

    terhadap kualiti air.

    Penilaian Kesan Alam Sekitar;

    Menilai kesan alam sekitar akibat pembangunan.