820107145132- hbae3103 sept 2014.doc

Upload: muliana-muliana-dasrun

Post on 05-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

SEMESTER SEMBILAN / SEPTEMBER 2014

(HBAE3103 )

KRAF TRADISIONAL (SMP)

NAMA

: MULIANA BINTI DASRUNSJAHNO. MATRIKULASI : 820107145132001NO. KAD PENGNEALAN: 820107145132

NO. TELEFON

: 0176749495NAMA PENSYARAH: RASHIMAH BINTI NORDINE-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

PETALING JAYAIsi Kandungan

Muka surat1.0 PENGENALAN

3

2.0 SEJARAH KERIS

53.0 ISTILAH-ISTILAH KERIS MELAYU

104.0 PROSES PENGHASILAN KERIS

115.0 JENIS-JENIS KERIS

126.0 KESIMPULAN

197.0 RUJUKAN

201.0 PENGENALANSenjata tradisional di alam Melayu mempunyai kedudukan taburan yang paling luas. Berbicara tentang senjata bererti seseorang itu pasti mengulas tentang kehidupan masyarakat melayu dan daerah serumpunnya. Seni persenjataan dan budaya keris melayu adalah merujuk kepada bagaimana keris itu ditahapkan dikalangan masyarakat Melayu sehingga ia dijadikan sebagai senjata yang mempunyai susila penggunaan, pembuatan dan pemakaian.

Senjata rumpun Melayu yang paling terkenal di seluruh dunia dahulu dan sekarang ialah keris dan kini sungguhpun tidak lagi berfungsi sebagai alat mempertahankan diri, tetapi ianya masih diperagakan sebagai salah satu dari alat kebesaran dalam adat istiadat diraja. Pada sesetengah mereka yang masih teguh kepada pegangan hidup menyifatkan keris mempunyai pengaruh psikologi yang kuat dalam kehidupan, kepercayaan dan amalan. Oleh kerana pendapat ini telah sebati, maka keris dipuja dan menjadi barang keramat yang sakti dan dihormati. Kepercayaan sedemikian masih meresap hingga sekarang.

KerisKeris harus terdiri dari dua bahagian iaitu bilah dan ganja. Dalam falsafah Jawa Hindu, bilah merupakan lingga, sedangkan ganja merupakan yoni. Kesatuan lingga dan yoni membawa maksud harapan atas kesuburan, keabadian dan kekuatan. Bilah keris selalunya dibuat tidak tegak lurus. Kedudukan bilahnya lebih miring atau condong. Ini adalah sifat masyarakat melayu yang sentiasa tunduk. Namun jauh lebih hebat dari itu, masyarakat melayu telah menjumpai teknik menusuk yang baik. Dengan bilah yang condong, ini menghasilkan tusukan yang berskala lebih besar bila ia menusuk dalam tubuh.

Ukuran panjang bilah lazimnya antara 33 cm hingga 38 cm. Beberapa keris luar Jawa mencapai 58 cm, bahkan keris Filipina panjangnya mencapai 64 cm. Yang terpendek adalah keris Buda dan keris buatan Nyi Sombro Pajajaran iaitu sekitar 16-18 cm. Namun begitu wujud juga keris yang jauh lebih pendek tetapi ia tidak dirujuk sebagai sebilah keris. Keris dibahagiankan kepada 2 kelompok besar. Satu yang lurus dan satu yang berluk-luk. Jumlah luk ini mulai dari 3 luk hingga 13 luk. Keris yang lebih dari 13 luk bukanlah keris yang tidak baik tetapi disebut sebagai keriskalawija(keris yang dicipta untuk kegunaan tertentu).

Bahagian pamor pula, terdapat lebih dari 150 ragam pamor. Pamor dikatakan sebagai bahagian keris yang terpenting, menurut kepercayaan masyarakat umum, pamor mempunyai keuasa ajaib luar biasa yang sangat besar dan dapat mempengaruhi kehidupan si pemiliknya. Dalam semua ciptaan senjata tradisional Melayu dapat dihuraikan satu demi satu dan ceraian-ceraian bahagian yang terdapat padanya. Ini bolehlah dihuraikan sebagai berikut:hulubiasa diperbuat menggunakan kayu, tulang, tanduk, gading, juga dari logam seperti emas, perak dan tembaga yang padu atau membalut pada bentuk yang diperbuat daripada kayu.Matanyadiperbuat daripada berbagai jenis besi dan besi waja.Sarung dan sampirnyadiperbuat sama seperti hulunya menggunakan bahan yang hampir sama.Ganja dan matadibentuk daripada besi dan fungsi ganja ialah untuk menyelamatkan buku lalu tangan dari mata keris musuh semasa bertikam.Pendongkokiaitu perhiasan yang diletakkan menyarungi puting mata keris hingga ke ganja dan kemudiannya barulah hulu keris dipasang dengan putting rajam itu dan dicucukkan di lubang yang disediakan pada hulunya. Pendongkok ini juga biasanya diperbuat dari logam, tembaga, suasa dan emas.Mata keris memainkan peranan utama di mana baik buruknya dinilai pada matanya. Ciptaan mata keris ini mahupun berluk atau lurus, kita akan terbayang nyalaan api atau lidah api. Menifestasi ini merupakan imaginatif yang sangat tinggi nilainya.Keris Dalam Perspektif IslamIa merupakan satu persoalan yang bersabit dengan pengaruh Islam sama ada kepada golongan pemakai, pembuat atau pengukir. Islam meletakkan senjata sebagai suatu perkara yang penting dalam kehidupan, khususnya dalam konteks untuk mempertahankan diri. Mempelajari kemahiran bermain senjata adalah fardhu kifayah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

ajarilah anak-anak kamu bermain panah dan berenang..Hadis ini menunjukkan Islam menggalakkan umatnya yang cergas, tangkas dan cekap bermain senjata dan juga pandai berenang. Dengan memiliki kecekapan tersebut akan dapat mempertahankan diri dari serangan musuh dan menjadi orang yang berani untuk berjuan, khususnya menegakkan syiar Islam.

2.0 SEJARAH KERISKeris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak lebih daripada 600 tahun dahulu. Ia digunakan untuk mempertahankan diri dan sebagai alat kebesaran diraja. Keris selalu dikaitkan dengan kesaktian dan keistimewaan luar biasa dimana kononnya boleh membunuh dengan menikam bekas tapak kaki musuh berkenaan.Keris berasal dari kata kris, atau riris, atau aris yaitu sesuatu yang kecil runcing dan tajam. Walaupun belum dapat dipastikan kapan pertama kali keris berkembang di Nusantara akan tetapi Keris diperkirakan telah ada semenjak perkembangan seni perlogaman berkembang di Nusantara. Dalam beberapa artifak dan catatan sejarah keris telah ada dan berkembang pada masa awal-awal abad pertengahan, tahun 825 saka (907 M) telah dikenal istilah kris, di dalam tertulis antara lain kata Kres yang diduga artinya keris. Hal ini menunjukan bahwa masyarakat jawa telah mengenal keris semenjak abab ke-9.Beberapa kisah lainnya yang memberikan keberadaan keris antara lain: Pada yang di buat kira-kira tahun 750 M diterangkan raja keluarga Syailendra memerintahkan untuk membuat keris. Pada patung Rarajunggrang di candi Prambanan ( tahun 910 M) salah satu tangannya memegang senjata katga yang ertinya senjata tajam keris. Dalam salah satu dinding candi Sukuh yang berangka tahun 1456 tergambarkan suasana dalam penempaan pembuatan keris.2.1 Peranan Keris Dalam Budaya MelayuKeistimewaan keris dari segi fungsi dan peranannya boleh dibahagikan kepada dua, iaitu fungsi pada bentuk fizikal objek keris sendiri, dan fungsi penggunaannya. Berikut adalah peranan-peranan keris dalam budaya Melayu.Menurut teori functionalism, penghasilan sesuatu budaya benda(termasuk keris) adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu budayabenda berkenaan. Pada dasarnya, bentuk sesuatu budaya benda itu adalah jugadicipta berasaskan keperluan fungsinya (Norazit Selat, 1989) Teori determinism pula mengatakan, setiap kewujudan atau penciptaan adalah kerana sesuatutujuan, sebab, atau hikmah tertentu. Kedua-dua teori ini saling berintegrasi danberkoordinasi serta sangat relavan untuk dijadikan asas untuk membincangkanfungsi keris, sama ada dari segi bentuknya atau penggunaannya (Haji Hashim,2004).Berdasarkan kepada kedua teori ini, keris bukan sahaja dilihat dariaspek pertahanan tradisi, juga mencakupi aspek politik, sosiobudaya dan ekonomi. Jika hendak dibincangkan perkembangan, peranan, dan perubahan dari perspektif kebudayaan dan tamadun Melayu di alam Melayu, sememangnya banyak yang kita boleh lihat. Dalam perspektif kebudayaan di alam Melayu, keris berperanan dalam adat perkahwinan, pertabalan raja atau sultan, dan digunakan dalam kehidupan seharian sebagai senjata untuk mempertahankan diri.Namun pada hari ini, peranannya semakin meluas dan telah dipelbagaikan. Keris telahdijadikan sebagai bahan pameran dan tatapan oleh penggemarpenggemar kerispada hari ini. Keris juga telah dijadikan barangan komersial kerana terdapat banyak permintaan daripada penggumpul koleksi keris.Dahulunya kebanyakkan golongan lelaki masyarakat Melayu memiliki kepakaran dalam seni pembuatan keris. Hampir setiap orang menghasilkan keris untuk keperluan diri sendiri maka peranan keris sebagai barangan komersialagak kurang. Namun begitu, perkara yang sebaliknya berlaku pada masa ini dimana penempa keris agak kurang dan sukar dicari. Hal ini kerana hanya segelintir masyarakat yang masih berminat dalam seni penempaan keris dan masih memiliki peralatan yang lengkap untuk penempaan senjata ini.2.2 Keris Sebagai Alat Kebesaran Diraja Pada Pertabalan AgungKeris adalah sebahagian daripada pemakaian penting seorang sultan atau raja Melayu sebagai lambang legitimasi kerajaan dan kedaulatan baginda (Utusan Malaysia, 7 November 1985).

Sehingga kini, di nusantara hanya Malaysia sahaja yang mengamalkan sistem monarki berperlembagaan dan antara negara yang paling ramai mempunyai raja atau sultan iaitu 9 orang raja di sembilan buah negeri (propinsi) dan seorang Yang Di-Pertuan Agong sebagai tampuk tertinggi negara. Setiap negeri mempunyai seorang sultan atau raja. Alat-alat Kebesaran Diraja memainkan peranan penting dalam istiadat-istiadat rasmi Raja-raja Melayu di negara ini. Peralatan-peralatan itu yang melambangkan kedaulatan Baginda dan negara telah dicipta dan disesuaikan dengan alat kebesaran yang pernah menjadi warisan kegemilangan Raja-raja Melayu pada zaman keagungannya dahulu. Bagaimanapun, sesuai dengan fungsi dan kehormatannya, alat-alat berkenaan hanya boleh digunakan pada upacara rasmi sahaja, dan untuk kesekian kalinya, rakyat akan berpeluang menyaksikan penggunaannya pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke-14, pada 11 April ini.

Keris Panjang DirajaAlat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah keris. Keris panjang Diraja adalah kebesaran Negara yang utama dalam Istiadat Pertabalan. Keris panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan.Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang sebelas Negeri tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk Tapak Kuda, dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Sei Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam Istiadat tertentu sahaja. Setiap keris mempunyai lok dan ada makna yang tersendiri. Kebiasaannya lok dibuat dengan angka ganjil. Berikut adalah lok dan maknanya:Keris lurus- melambangkan keteguhan hati, iman, tauhid dan kepercayaan kepada Yang Esa.Keris lok 3- perlambangan permohonan kepada Tuhan dapat tercapai dan segalam rintangan dapat diatasi.Keris lok 5- permohonan kepada Tuhan agar pemilik keris diber kelancaran berbahasa dan berbicara dan orang yang diajak berbicara terpikat atau terpengaruh.Keris berlok 7- melambangkan permohonan kepada Tuhan agar pemilik keris memiliki kewibawaan dalam bicara, perintahnya ditaai, perkataannya mempengaruhi lawan dan teguran didengari serta ditakuti.Kaeris berlok 9- melambangkan pernohonan kepada Tuhan agar pemilik keris memiliki kewibawaab dab karisma sehingga menjadi pemimpin yang baik dan anak buahnya segan dan taatKeris berlok 11- melambangkan agar pemiliknya memiliki cita-cita besar dalam usaha meraih kedudukan ekonomi.Keris berlok 13- melambangkan permohonan kepada Tuhan agar pemilik keris memiliki jiwa yang stabil dan kukuh dalam masyarakat.

2.3 Keris Dalam Ilmu Perubatan/PerbomohanMasyarakat Melayu walaupun telah mengalami arus pemodenan, namun nilai-nilai tradisi warisan nenek moyang masih diamalkan sehingga kini. Pemilihan keris untuk tujuan ini tidaklah tetap. Apa juga jenis boleh digunakan.Keris dalam dunia perbomohan dan perubatan Ahmad Huzairi Ab. Halim (1999:hal.194) menjelaskan secara umum konsep bomoh dapat diertikan sebagai tabib kampung (yang mengubati orang sakit denganmenggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi) yang sama ertinya dengan dukun. Sementara itu pawang adalah orang yang mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan sesuatu(biasanya menggunakan kuasa ajaib) seperti pawang buaya yang pandai menangkap buaya, pawang hujan ialah orang yang boleh mengalih hujan dari satu tempat ke tempat lain dan sebagainya.Taib Osman (1989:hal.60) menjelaskan bahawa bomoh adalah pakar perubatan tradisi manakala pawang adalah pengamal magis yang mempunyai kebolehantertentu. Dalam konteks masyarakat Melayu seorang bomoh juga adalah seorang pawang. Ini adalah kerana pada waktu waktu tertentu seorang pawang juga seorang bomoh dan sebaliknya. Malah mengikut Muhammad Hj. Salleh (1989) seorang dukun juga seorang tukang cerita, seorang penyanyi, seorang pemuzik danseumpamanya. Penjelasan di atas hanyalah memberikan sedikit sebanyak pengertian bomoh dan pawang dalam budaya Melayu. Sesuai dengan fungsinya, dukun, bomoh dan pawing dianggap orang pandai untuk menutralkan sesuatu. Daripada gejala yang tidak baik dan buruk yang berasal dari roh, semangat, penunggu, saka, buatan orang dan lain-lain lagi. Usaha ini dianggap berfungsi mengembalikan keadaan seperti asalnya. 2.4 Keris Dalam PerkahwinanKeris pelengkap busana/perkahwinantidaklah segah seperti upacara pertabalan raja atau agong, Cuma keris-kerisan sesuai dengan Raja Sehari.

2.5 Keris Dalam PemujaanMenurut Ahmad Sunawari Long di dalam buku Sejarah Falsafah, falsafahTimur lebih bersifat kesusasteraan, intuitif, mistik, impian dan berkaitan dengan pancaindera. (2006:21). Edward Frey seorang pengkaji Keris dalam buku The Kris: Mystic Weaponof the Malay World (1988) membincangkan mengenai kuasa dan keajaiban keris berdasarkan sejarahnya di Indonesia dan Malaysia.Masyarakat Melayu amat menebal dengan berbagai kepercayaan yang diwarisinya turun temurun. Salah satu kepercayaan yang masih menjadi pegangan ialah keris mempunyai kuasa yang luar biasa. Kuasa dan keajaiban keris dipercayai berpunca daripada jenis besi yang digunakan dan pembuat keris itu sendiri. Contohnya keris Mataram (tahun 1600) diperbuat menggunakan sembilan jenis besi yang didapati daripada sembilan tempat yang berlainan. Pembuatannya memakan masa sehingga 17 tahun kerana hanya sekali pukulan pada setiap Jumaat kerja penempaanya dijalankan.Setelah siap, keris berkenaan dikatakan memiliki kesaktian yang luar biasa. Begitu juga dengan keris Taming Sari yang diperbuat daripada 20 jenis besi.2.6 Keris Dalam Ilmu PersilatanKeris juga digunakan sebagai pelengkap pakaian lelaki, azimat, pelindung diri dan rumah tangga untuk memperoleh kekayaan, menundukkan manusia, jin dan haiwan, menolak bala, pelaris dagangan (UtusanMalaysia, 2 Mac 1996). Fungsi keris di Alam Melayu bukan sekadar alat mempertahankan diri atau digunakan dalam pertarungan.Keris seni beladiri atau keris persilatanadalah keris yang digunakan dalam latihan persilatan boleh berupa apa sahaja jenisnya namun kualitinya adalah rendah berbanding dengan keris-keris tujuan lain. Menurut teori functionalism, penghasilan sesuatu budaya benda (termasuk keris) adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu budaya benda berkenaan.3.0 ISTILAH-ISTILAH KERIS MELAYUDalam budaya perkerisan ada sejumlah istilah yang terdengar asing bagi orang awam. Pemahaman akan istilah-istilah ini sangat berguna dalam proses mendalami pengetahuan mengenai keris. Istilah dalam dunia keris, khususnya di Pulau Jawa, yang sering dipakai: angsar, dapur, pamor, perabot ,tangguh, tanjeg ,dan sebagainya. Istilah ini lazim digunakan di Pulau Jawa dan Madura, juga digunakan di daerah lainnya, seperti Sulawesi, Sumatra, dan bahkan di Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam.

3.1 BAHAGIAN-BAHAGIAN KERIS

Bahagian-bahagian keris yang biasa diketahui oleh masyarakat adalah: hulukeris, mata keris, pamor, luk,dan warangka atau sarung keris.1. Hulu keris atau pemegang kerisSeringkali dilihat mempunyai ukiran padanya. Difahamkan bahawasanya sebelum kedatangan Islam di Nusantara Melayu, banyak seni ukir yang terdapat pada hulu keris berunsurkan gambar binatang seperti itik, burung dan juga berunsurkan dewa-dewa yang dipercayai banyak mempengaruhi akal pemikiran orang-orang dahulu. Namun setelah kedatangan Islam, banyak ukiran telah ditukar ganti dengan ukiran bentuk pada kayu tanpa menonjolkan sebarang bentuk berupakan binatang atau dewa-dewa.Bahagian hulu keris biasanya berukuran sepanjang lebih kurang 15sm,berkeadaan membengkok di bahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat,diukir dengan tangan sepenuhnya, dan mempunyai nilai estetik Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu , gading gajah, tandukbinatang, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang).a)Pamor:Dalam dunia perkerisan memiliki tiga macam pengertian. Yang pertama menyangkut bahan pembuatannya misalnya pamor meteorit, pamor Luwu, pamor nikel, dan pamor sanak. Pengertian yang keduamenyangkut soal bentuk gambaran atau pola bentuknya. Misalnya: pamor Ngulit Semangka, BerasWutah, Ri Wader, Adeg, dan sebagainya. Ketiga, menyangkut soal teknik pembuatannya, misalnya: pamor mlumah, pamor miring dan pamor puntiran.b)Warangka keris:Dikenali juga sebagai sarung keris. Sarung keris adalah tempat menyimpan keris supaya mata keris terselamat daripada sebarang kerosakan. Oleh itu ia boleh disifatkan sebagai keselamatan bagi mata keris ketika ia tidak digunakan dalam menentang musuh. Hampir sepanjang masa keris berada di dalam sarung keris. c)Luk :Istilah ini digunakan untuk bilah keris yang tidak lurus, tetapi berkelok atau berlekuk. Luk pada keris selalu gasal, tidak pernah genap. Kiraannya mulai dari luk tiga, sampai luk tigabelas. Itu keris yang normal. Jika luknya lebih dari 13, dianggap sebagai keris yang tidak normal, dan disebut keris kalawijan atau palawijan. Jumlah luk pada keris selalu ganjil dan tidak pernah genap. Selain itu, irama luk keris dibagi menjadi tiga golongan. Pertama, luk yang kemba atau samar. Kedua, luk yang sedang dan yang ketiga luk yang rengkol iaitu irama luknya tegas.d)Pendongkok kerisPendongkok ialah sebentuk cincin yang dipasang di bahagian pangkal hulukeris sebagai perhiasan dan juga pembahagi di antara hulu dan mata keris.4.0 PROSES PENGHASILAN KERISPandai besi merupakan satu gelaran bagi individu yang terkenal dan mahir di dalam bidang pertukangan besi. Seseorang yang menunjukkan ketokohan dan terbukti kebolehan biasanya diakui sebagai pakar di dalam bidang tersebut.Kemahiran "Pandai Besi" tertumpu kepada usaha menempa senjata tradisonal seperti keris, kelewang chalung, parang, pedang dan sebagainya di samping menghasilkan peralatan pertanian tradisional. Peralatan menempa, motif danragam pertukangan serta cara membentuk senjata memperlihatkan kepakaran"Pandai Besi" itu sendiri. Terdapat pelbagai alat yang dihasilkan oleh Pandai Besi. Kebanyakan barang-barang yang dihasilkan merupakan alat-alat senjatadan alat-alat yang digunakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Antaranya ialah keris, kelewang chalung, pedang, kerambit, golok, cangkul, lembing dan sebagainya Proses menghasilkan keris melalui beberapa proses tertentu iaitu proses penempaan, membentuk belalai gajah, mengikir, menyepuh dan menghasilkan pamor Besi dibakar dan diketuk secara berturut-turut sebelum dipotong.Setelah dipotong, mata besi itu dipanaskan lagi dan digodam berulang kali. Ini berterusan sehingga bentuk mata seperti mata keris atau kelewang mula terbentuk. Membentuk 'belalai gajah' yang menyerupai seekor gajah dengan kedudukan belalainya di bahagian atas. 'Belalai gajah' ini diketuk selepas dibakar. Kemudian dibiarkan sejuk dan seterusnya dikikir. Proses mengikir adalah bertujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata senjata. Senjata yang telah siap ditempa akan dibakar sehingga menjadi merah dan dimasukkan secara melintang ke tempat menyepuh yang mengandungi air. Ia akan dilakukan secara berulang kali. Alat senjata yang telah siap dikikir direndam ke dalam campuran larutan cuka getah dan air. Kemudian dicuci dengan air dan diberus menggunakan sabut kelapa (http://nurathirah5115.blogspot.com /2013/03/keris.htm , 2013).

5.0 JENIS-JENIS KERIS51. Keris Semenanjung

Keris Semenanjung boleh dikatakan keris yang menjadi asas kepada segala bentuk keris yang berasal daripada Tanah Melayu. Rupa bentuk keris ini ringkas serta mudah dikenali. Hulunya menyerupai satu lembaga yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh. Selain itu, hulu keris ini juga seringkali dihiasi dengan ukiran-ukiran mujarad dan adakalanya bermotifkan bunga. Sarung Keris Semenanjung ini mempunyai sampir bujur sangkar yang agak besar dan berbentuk segi empat. Sementara batangnya pula lebar, tidak begitu tirus dan mempunyai kasut atau buntut jalur bujur sangkar. Jika sarung atau sampir keris disalut perak, maka kasutnya akan berbentuk bulat tempurung.

5. 2 Keris Pekak

Keris Pekaka pula sejenis keris yang memiliki rupa bentuk hulunya yang menyerupai kepala burung Pekaka. Lazimnya, hulu keris ini diperbuat daripada kayu dan tanduk. Tetapi ada kalanya logam perak juga digunakan. Jika dikaji dan diperhatikan dengan teliti, kita akan dapati bahawa hulu keris ini juga jika sekali imbas kelihatan seperti salah satu watak dalam cerita wayang kulit. Mata keris ini biasanya lebih panjang daripada keris-keris lain dan bentuknya pula ada yang lurus dan ada yang berlok. Selain itu, keris ini juga dikenali sebagai keris Keris Ta Jong.

5. 3 Keris Panjang

Keris Panjang pula keris yang mempunyai bentuk mata yang panjang dan tirus, ada yang lurus dan ada juga yang berlok. Hulu keris ini biasanya diperbuat daripada kayu atau tanduk dan berbentuk bengkok. Kebanyakan hulu Keris Panjang dihiasi dengan ukiran kembangan bunga pada bahagian hujungnya. Selain itu, ada juga hulu keris ini yang berasaskan kepada bentuk tapak kuda dan kepala burung. Sementara itu, sampirnya pula berbentuk jalur bulat seperti buah jering, dengan kedua-dua hujungnya tinggi dan tajam.

5.4 Keris BaliKeris Bali biasanya mempunyai rupa bentuk yang besar dan panjang. Hulu keris ini diperbuat daripada kayu atau gading dan seringkali dihiasi dengan susunan permata yang berwarna-warni. Keris ini jarang menggunakan pendongkok dan hanya dilengkapkan dengan sebentuk cincin logam tebal yang dihiasi dengan permata. Lazimnya, sarung keris ini diperbuat daripada dua belah kayu yang dicantumkan ada adakalanya cantuman ini meliputi bahagian sampir serta bahagian batangnya yang berlainan.

5.5 Keris Madura

Keris Madura pada lazimnya mempunyai rupa bentuk hulu yang dihias dengan ukiran bermotifkan bunga yang diperbuat daripada gading. Keris ini juga jarang dilengkapkan dengan pendongkok dan hanya menggunakan sebentuk cincin logam yang dihiasi dengan permata. Sarung keris ini juga diperbuat daripada cantuman kayu dan adakalanya bahagian-bahagian sampir serta batangnya diperbuat daripada gading dan juga logam. Terdapat juga Keris Madura yang hulu dan pendongkoknya bertatahkan permata yang berwarna-warni. Mata keris jenis ini biasanya berkilat dan mempunyai pamur yang bercorak warna putih kelabu dan berlatarbelakangkan tanah yang berwarna kehitaman.

hulu ayam teleng akar baha

hulu tajung kemuning hitam

hulu patah tiga berukir separuh kemuning emas

tajung gerahang gajah

hulu burung kakak tua

hulu tajung gading gajah

hulu makara

hulu jawa demam perak

hulu pekaka gading gajah

motif-motif hulu keris

6.0 KESIMPULANKeris adalah salah satu artifak Melayu yang penuh dengan keindahan kesenian masyarakat Melayu. Melalui keris dapat dilihat falsafah, pemikiran dan cara kehidupan masyarakat pada waktu keris itu dihasilkan. Fungsi keris itu, baik dari segifizikal mahupun kepercayaan telah melalui banyak perubahan akibat peredaran zaman. Perubahan yang terjadi boleh bersikap positif dan negatif.Perubahan yang bersifat positif perlu digalakkan dan disokong kerana ia menjulang citra dan jati diri keris. Bagi yang negatif pula perubahan mungkin terjadi akibat kurangnya kefahaman dan ilmu tentang keris itu sendiri. Kesedaran tentang pentingnya keris harus dilakukan untuk tidak mencacatkan dan merendahkan maruah ciptaan nenek moyang kita dan meletakkan keris di tempat yang sepatutnya.7.0 RUJUKAN

1. Abdul Halim Nasir, (1987): Traditional Malay Wood Carving, Dewan Bahasa & Pustaka.

2. Ahmad Saifudin Abdullah, (2000): Kajian Klasifikasi Spesis-spesis Kayu Dalam Seni

3. Ukiran Melayu di Semenanjung Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

4. Ahmad, K. (1960): Kisah Pelayaran Abdullah, Kuala Lumpur, O.U.P,

5. Abdul Halim Bashah: (1994) Raja Campa & Dinasti Jembal dalam Patani Besar (Patani,

6. Kelantan& Terengganu) Percetakan dan Alatulis Jurnamin, Kelantan.

7. Abdul Halim Nasir, (1999): Motif & Ukiran Pada Ulu dan Sarung Keris, Seminar Keris

8. Muzium Kraf, Kuala Lumpur

9. Alkema, Theo; Ben Grishaaver Et. Al.(2010) Iron Ancestors: Kris Sajen, Kris Majapahit

10. And Other Related Objects. Netherlands, 1st Edition

11. Bakhtiar, L. (1973): The Sense of Unity. The University of Chicago Press, Chicago &

London.

20