76766269-assignment-bmm-3101

28
IPG KAMPUS KENINGAU BEG BERKUNCI NO. 11 89009 KENINGAU, SABAH NAMA PELAJAR : GUSNAINI BINTI PASADDEI NO. KAD PENGENALAN : 700120-12-6132 KUMPULAN / UNIT : 2 / PPG (BM) KOD DAN MATA PELAJARAN : BMM 3101 -PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH NAMA DAN PENSYARAH PEMBIMBING : DRS. BAHAMAN BIN ISMAIL TARIKH SERAHAN : 24 SEPTEMBER 2011 1

Upload: ariputhiran-narayanan

Post on 15-Feb-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 76766269-Assignment-BMM-3101

IPG KAMPUS KENINGAU BEG BERKUNCI NO. 11 89009 KENINGAU, SABAH

NAMA PELAJAR : GUSNAINI BINTI PASADDEI

NO. KAD PENGENALAN : 700120-12-6132

KUMPULAN / UNIT : 2 / PPG (BM)

KOD DAN MATA PELAJARAN : BMM 3101-PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

NAMA DAN PENSYARAHPEMBIMBING : DRS. BAHAMAN BIN ISMAIL

TARIKH SERAHAN : 24 SEPTEMBER 2011

1

Page 2: 76766269-Assignment-BMM-3101

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 01

PENDAHULUAN 02

SOALAN 03

KONSEP 5P DALAM BAHASA MELAYU 04

PENGGABUNGJALINAN 05 - 08

PENYERAPAN 09 - 12

PENGAYAAN 12 - 13

PEMULIHAN 13 -14

PENILAIAN 15 - 16

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 17 – 20

LAPORAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 21 – 24

REFLEKSI 25 – 26

RUJUKAN 27

LAMPIRAN BORANG KOLABORASI 28

2

Page 3: 76766269-Assignment-BMM-3101

PENDAHULUAN

Guru adalah seorang yang mempunyai tugas yang cukup berat . Satu daripada

tugasnya ialah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi

tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana

pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan

pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana

pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa

memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Pelbagai cara dilakukan oleh guru seperti memberi tunjuk ajar cara atau

strategi belajar yang betul, mengadakan kelas tambahan, membincangkan soalan-

soalan peperiksaan lepas dan lain-lain lagi. Di sini, para guru seharusnya menyedari

bahawa pemilihan strategi belajar yang berkesan terletak di tangan pelajar

sendiri.

3

Page 4: 76766269-Assignment-BMM-3101

SOALAN:

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah bertujuan untuk memenuhi

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis. Seterusnya melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan

berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, hubungan sosial

dan memperoleh ilmu.

Secara individu anda dikehendaki:

1. Mengumpul bahan dan maklumat tentang konsep “5P” iaitu Penggabungjalinan,

Penyerapan, Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian. Berdasarkan bahan dan

maklumat tadi, jelaskan dengan contoh bagaimana konsep tersebut dilaksanakan

dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

2. Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap bagi mata

pelajaran Bahasa Melayu tahap 2. RPH yang disediakan hendaklah berpandukan

Huraian Sukatan Pelajaran bagi tahun berkenaan dan mengandungi aspek “5P”.

3. Menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan RPH yang telah

disediakan, seterusnya membuat laporan tentang sesi berkenaan yang

mengandungi butiran: persediaan sebelum, semasa pelaksanaan dan selepas

mengajar, kekuatan dan kelemahan pengajaran (fokuskan kepada aspek 5P), dan

lain-lain yang berkaitan. Melampirkan gambar-gambar semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran juga digalakkan.

4. Menulis refleksi yang tidak kurang daripada 500 patah perkataan berkaitan

tugasan. Refleksi perlu mengandungi proses awal penyiapan tugasan, kekangan,

dapatan baharu, cadangan untuk menambah baik tugasan dan lain-lain yang

berkaitan.

5. Berkolaborasi dengan pensyarah, rakan, guru dan pihak yang berkaitan. Bukti

kolaborasi hendaklah disokong dengan borang kolaborasi yang disediakan sendiri.

4

Page 5: 76766269-Assignment-BMM-3101

KONSEP 5P DALAM BAHASA MELAYU

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep

penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Semua ini

adalah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Kemahiran-kemahiran ini

adalah perlu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya sesi tersebut akan

menjadi lebih menarik perhatian murid dan berkesan kepada mereka.

5 Konsep ini sangat penting untuk semua murid jenis murid. Murid yang lemah

boleh menjadi lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar dan seterusnya murid

yang pandai boleh menambah pengetahuan mereka.

5

PENGGABUNGJALINAN

PENYERAPAN

PENILAIAN

PENGAYAAN

PEMULIHAN

Page 6: 76766269-Assignment-BMM-3101

1. PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Penggabungjalinan adalah satu sesi pengajaran dan pembelajaran

yang membolehkan beberapa bidang kemahiran lain dari mata pelajaran lain dapat

disampaikan dalam satu masa yang sama. Dengan itu sesi pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.

1.1 Tujuan strategi penggabungjalinan

Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.

Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.

Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.

Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai murid.

1.2 Prinsip-prinsip penggabungjalinan

Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.

Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.

Kemahiran fokus utama dan sampingan hendaklah ditentukan dan dirancang

dengan baik.

Penggabungjalinan mesti setaraf dengan kebolehan murid.

Semua aspek pembelajaran yang hendak digabungjalinkan itu hendaklah

benar-benar difahami dan diketahui oleh guru mengajar.

6

Page 7: 76766269-Assignment-BMM-3101

1.3 Bentuk-bentuk penggabungjalinan

A Penggabungjalinan kemahiran

K1 - Kemahiran Mendengar

K2 - Kemahiran Bertutur

K3 - Kemahiran Membaca

K4 - Kemahiran Menulis

BM - Bahasa Melayu

Rajah : Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa dalam satu mata pelajaran

7

BM

K1

K4

K2

K3

Page 8: 76766269-Assignment-BMM-3101

K1 - Kemahiran Bahasa

K2 - Kemahiran Muzik

K3 - Kemahiran Seni

BM - Bahasa Melayu

Rajah: Penggabungjalinan Kemahiran lebih daripada satu mata pelajaran

B Penggabungjalinan bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran

dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan

sokongan dan sesuai dengan keperluan psikologi murid, pengalaman dan tahap

pencapaian murid perlu ditetapkan sebelum menggunakannya.

Bahan

Bahan Utama(petikan)Rencana, Laporan, Berita, Ucapan

Komentar, Pengumuman, Ulasan, Iklan

Bahan

sokongan(rangsangan)Gambar, Data, Rajah, Graf, Carta

Bahan lisan (rakaman)Ucapan, Temu bual, Ulasan, Komentar,

Laporan, Pengumuman, Wawancara

Rajah : Penggabungjalinan Bahan

C Penggabungjalinan aktiviti

8

K3

K1

K2

Page 9: 76766269-Assignment-BMM-3101

Penggabungjalinan ini mementingkan ketelitian memilih jenis-jenis aktiviti yang

berkait rapat dan sesuai untuk digabungjalinkan. Sekurang-kurangnya dua atau lebih

aktiviti boleh digabungjalinkan mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu

merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan.

Aktiviti

LisanBerbual, berbincang, bertemu ramah,

berbahas, berceramah, bercerita, berlakon.

Bacaan dan Kefahaman

Memaham, mengecam isi penting,

meringaks, membuat ayat, memberi makna,

menghurai.

TulisanEsei, laporan, ulasan, ucapan, arahan, iklan,

mencatat isi

Rajah : Penggabungjalinan Aktiviti

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Kita membuat set induksi dengan mendengarkan lagu yang bertema atau berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran. Mendengar atau menyanyikan lagu itu

bermaksud kita menggabungkan kemahiran yang diambil dari mata pelajaran

Pendidikan Seni.

2. PENYERAPAN

9

Page 10: 76766269-Assignment-BMM-3101

Penyerapan merupakan proses menyatupadukan pengetahuan daripada satu mata

pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam

pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti

kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kajian masa depan boleh diserapkan.

2.1 Tujuan Penyerapan

Aspek Penyerapan adalah untuk:

a) Menambahkan kefahaman dan kemahiran melalui aktiviti yang dijalankan,

b) Mendorong sikap dalam diri untuk menambahkan ilmu pengetahuan,

c) Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati,

d) Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu,

e) Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif,

f) Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati,

g) Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan

kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan

bukan bahasa yang lain mengikut konteks,

h) Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk

perkembangan diri, dan

i) Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh

rakan sebaya dan masyarakat.

2.2 Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.

10

Page 11: 76766269-Assignment-BMM-3101

i. Pengetahuan atau isi pelajaran

Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti

Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian

Tempatan, Muzik, Sains dan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata

pelajaran lain.

Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair dan sajak.

Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.

Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakat.

ii. Nilai Murni

Penyerapan nilai murni adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang

menerapkan unsur-unsur yang baik iaitu nilai murni yang merangkumi aspek

kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Nilai-nilai murni itu pula hendaklah

merujuk kepada perkara-perkara baik, mulia dan luhur. Nilai murni boleh diterapkan

secara terancang dalam aktiviti pembelajaran seperti melalui penyampaian

pengetahuan tentang nilai yang dimasukkan dalam semua mata pelajaran yang

diajar oleh guru seperti melalui aktiviti-aktiviti bilik darjah, melalui aspek kognitif

seperti melalui kesedaran, keyakinan dan penghayatan. Pemupukan nilai murni ini

boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti aktiviti

kerja kumpulan dan kerja projek.

Antara adalah senarai nilai-nilai murni:

11

Page 12: 76766269-Assignment-BMM-3101

Baik hati

Berdikari

Hemah tinggi

Hormat menghormati

Kebersihan fizikal dan mental

Jujur

Rajin

Kerjasama

Sederhana

Bersyukur

Kasih sayang

Keadilan

Kebebasan

Keberanian

Rasional

Semangat bermasyarakat

Semangat kewarganegaraan

iii. Kewarganegaraan

Unsur patriotisme yang diserapkan dalam pengajaran Bahasa Melayu

mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia.

Tujuannya adalah untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan

komitmen individu (murid) terhadap bangsa dan negara Malaysia.

iv. Peraturan Sosio-Budaya

Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan

bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat

Malaysia yang mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

v. Kemahiran Bernilai Tambah

12

Page 13: 76766269-Assignment-BMM-3101

Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi

membolehkan murid dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar

murid. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa

depan dan kecerdasan pelbagai.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Petikan tentang seorang murid yang baik digunakan sebagai alat bantu mengajar.

Semua maklumat dalam petikan berkaitan dengan sikap murid tersebut. Oleh itu,

secara tidak langsung, guru telah memasukkan konsep penyerapan nilai murni

berkaitan dengan Pendidikan Moral.

3. PENGAYAAN

Konsep seterusnya ialah pengayaan. Konsep ini adalah sejenis aktiviti pembelajaran

yang menarik dan mencabar kepada murid untuk mengembangkan sifat ingin tahu,

semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan

disediakan untuk semua jenis murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau

lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas.

Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran

asas tertentu bagi meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan

kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.

Program ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah:

13

Page 14: 76766269-Assignment-BMM-3101

Pembelajaran akses kendiri,

Kerja projek,

Bacaan tambahan,

Permainan dan rekreasi, dan

Pembelajaran berbantukan komputer.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kita boleh menggunakan komputer di

makmal komputer. Murid-murid dikehendaki menaip karangan mereka

menggunakan komputer. Aktiviti ini adalah konsep pengayaan.

4. PEMULIHAN

Pemulihan adalah dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah

pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan satu strategi yang guru lakukan

untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan

mengira. (3M) Program ini hanya akan dilaksanakan setelah mengenalpasti

masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Murid-murid dalam kategori pemulihan

perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai

sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain

dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

4.1 Objektif pemulihan

14

Page 15: 76766269-Assignment-BMM-3101

Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:

a) Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai

dengan mereka,

b) Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan

kemampuan dan perkembangan mental individu,

c) Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru,

d) Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang

lebih maju,

e) Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial

sama ada di dalam atau di luar bilik darjah,

f) Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri

dan berdikari,

g) Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa

yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Aktiviti latih tubi merupakan satu konsep pemulihan. Dengan aktiviti ini kita boleh

menggalakkan mereka agar dapat menguasai kemahiran tertentu.

5. PENILAIAN

15

Page 16: 76766269-Assignment-BMM-3101

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik yang dijalankan untuk

memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penilaian merupakan satu proses

untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau

kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif Pengajaran dan

Pembelajaran.

5.1 Jenis-jenis Penilaian

A) Penilaian Formatif

Penilaian Formatif ini lebih dikenali sebagai ujian kemajuan (progressive test) yang

melibatkan penaksiran yang sistematik, yang dijalankan semasa pengajaran dan

pembelajaran sebaik sahaja guru dapat mengesan tahap pengurusan sesuatu unit

kemahiran pelajaran muridnya. Maklumat yang dikumpulkan boleh digunakan

dengan segera dan berterusan untuk membimbing murid dan membantu guru dalam

mencapai matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini

menggunakan pemerhatian, latihan dan senarai semak untuk mengesan sama ada

murid itu sudah menguasai sesuatu kemahiran yang sedang diajar. Guru boleh

menggunakan maklumat ini untuk membimbing murid memperbaiki kelemahan

mereka ketika pembelajaran berlangsung atau semasa membuat latihan. Penilaian

ini boleh menjadi satu dorongan kepada murid untuk pembelajaran seterusnya.

Murid yang lemah sepatutnya mendapat bimbingan sementara murid yang pintar

seharusnya disajikan dengan aktiviti pengayaan yang mencabar.

Semasa melakukan penilaian formatif secara tidak formal, guru perlu melaksanakan

langkah-langkah berikut:

a. Menentukan unit atau tajuk pembelajaran

b. Menentukan tahap atau peringkat pencapaian yang dikehendaki

c. Menyusun perkara yang akan diuji dalam unit

16

Page 17: 76766269-Assignment-BMM-3101

d. Membina item ujian

e. Mengesyorkan langkah pemulihan,pengukuran dan pengayaan bagi

kemahiran yang berkaitan.

B) Penilaian Sumatif

Penilaian kedua ini juga dikenali sebagai ujian pencapaian iaitu merupakan ujian

yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ia

mengukur pencapaian terhadap objektif yang luas merangkumi kesemua tajuk dan

bidang yang diajar dalam satu jangka masa tertentu. Dengan cara ini, guru dapat

menentukan satakat mana objektif pengajaran sudah dicapai di samping dapat

membandingkan pencapaian gred seseorang murid dengan murid lain. Penilaian

dijalankan dengan menggunakan ujian kertas pensel, kemahiran amali atau soal

jawab secara lisan (secara formal). Sebaik sahaja selesai memeriksa jawapan

murid, markah dan gred akan diberi untuk direkodkan dalam senarai semak dan

rekod profil murid. Maklumat yang diperolehi dapat membantu guru untuk menaksir

keberkesanan pengajarannya dan pembelajaran muridnya.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Guru menyediakan soalan-soalan di setiap akhir pengajaran dan pembelajaran

dalam kelas samada soalan lisan atau bertulis.

17

Page 18: 76766269-Assignment-BMM-3101

Tarikh : 20 September 2011

Masa : 8.30 a.m – 9.30 a.m

Tahun : 5 Amanah

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Tajuk : Kesihatan Asas Kesejahteraan

Kemahiran : Fokus Utama :

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan

daripada teks

Aras 1 : i. Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada

pelbagai bahan bacaan

Fokus Sampingan :

8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang

sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan bagi

sesebuah karangan.

Aras 1: ii. Menggunakan penanda wacana yang sesuai

dalam ayat.

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1) Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya

yang sesuai

2) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana dan kata hubung

BB Mengajar : Petikan, laptop, LCD, lembaran kerja

Hasil Pembelajaran : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi

sampingan daripada teks

18

Page 19: 76766269-Assignment-BMM-3101

Aras 1 : i. Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada

pelbagai bahan bacaan

8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana

yang sesuai dalam satu perenggan atau antara

perenggan bagi sesebuah karangan.

Aras 1: ii. Menggunakan penanda wacana yang sesuai

dalam ayat.

Nilai : Kebersihan fizikal dan mental

Ilmu : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

KBT : i) Kemahiran Berfikir

ii) Kemahiran Belajar

iii) Kemahiran Teknologi Maklumat

iv) Kecerdasan Pelbagai

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menghadiri ceramah kesihatan yang

disampaikan oleh jururawat di sekolah.

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata kerja, penanda wacana, ayat tanya

Kosa kata : kesejahteraan, karbohidrat, protein, vitamin

Kemahiran bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan

g k menulis

19

Page 20: 76766269-Assignment-BMM-3101

Langkah

Masa Isi KandunganAktiviti Pengajaran dan

PembelajaranCatatan

Set induksi

(5 minit)

Mendengar irama

muzik yang

dimainkan.

1. Guru mengarahkan semua

murid berdiri dan melakukan

senaman ringan mengikut

arahan guru.

BBM : laptop,

muzik

Penggabungj

alinan:

P.Muzik,PJK

Langkah 1

(5 minit)

Soal jawab tentang

senaman yang

dilakukan sebentar

tadi.

1. Guru mengaitkan aktiviti

senaman tadi dengan bahan

bacaan yang akan mereka

baca.

2. Guru menayang petikan

tentang kesihatan di komputer.

BBM : laptop,

LCD

Penyerapan :

PJK

Langkah 2

(15 minit)

Membaca petikan

mengikut bacaan

dan tunjuk ajar

guru

1. Murid membaca petikan

mengikut guru dengan sebutan

dan intonasi yang betul.

2. Guru mengarahkan murid

membaca petikan mengikut

kumpulan.

3. Murid membaca petikan

mengikut kumpulan.

BBM : laptop,

LCD, petikan

Pemulihan

Langkah 3

(20 minit)

1. Senaraikan

penanda wacana

yang terdapat

1. Murid menyenaraikan

penanda wacana yang terdapat

dalam petikan.

BBM : papan

tulis, buku

latihan

20

Page 21: 76766269-Assignment-BMM-3101

dalam petikan.

2. Membuat ayat

menggunakan

penanda wacana

Penilaian:

Guru melihat

semua hasil kerja

murid dari meja ke

meja.

2. Seorang murid mewakili

setiap kumpulan menulisnya di

papan tulis.

3. Guru mengarahkan murid

membuat ayat menggunakan

penanda wacana yang ditulis di

papan tulis ke dalam buku

latihan mereka.

Penilaian

Langkah 4

(10 minit)

Kelaskan makanan

mengikut

kumpulan

1. Guru mengedar lembaran

kerja yang mengandungi

borang pengurusan grafik.

2. Murid mengisi lembaran

kerja mengikut kumpulan.

BBM :

lembaran

kerja

Pengayaan

Penutup

(5 minit) Rumusan

Guru bersoaljawab dengan

murid tentang penanda wacana

yang telah mereka pelajari dan

penanda wacana lain yang

murid tahu selain yang terdapat

dalam petikan.

LAPORAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Persediaan sebelum

21

Page 22: 76766269-Assignment-BMM-3101

Kelas yang diajar merupakan kelas yang mempunyai beberapa orang murid yang

masih belum dapat membaca dengan sebutan yang betul beserta intonasi. Setiap

kali rancangan mengajar harian dibuat, guru memastikan agar kemahiran membaca

ada digunakan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran untuk membantu

murid-murid tersebut. Masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan murid mudah

lupa apa yang telah diajar oleh guru pada pembelajaran yang lalu. Selain itu murid-

murid ini juga cepat bosan dan malas menulis. Hasil kajian mendapati murid-murid

ini hidup dalam kalangan keluarga yang kurang mampu. Kurangnya pendidikan ibu

bapa mereka juga adalah faktor murid-murid tersebut menghadapi masalah ini.

Semasa pelaksanaan

Semasa set induksi dijalankan, murid-murid mula bersemangat untuk memulakan

sesi pembelajaran. Mereka rasa gembira dengan adanya muzik yang dimainkan

sebagai muzik latar dalam aktiviti senaman ringkas mereka. Dalam langkah satu

pula, murid-murid berebut-rebut mengambil bahagian dalam sesi soal jawab

berkaitan kesihatan yang dikemukakan. Mereka mempunyai banyak pengalaman

untuk dikongsikan. Dalam langkah yang kedua pula, murid akur dan mengikut

bacaan yang dibimbing oleh guru mengikut sebutan dan intonasi yang betul. Pada

langkah kedua juga, murid diminta melakukan aktiviti (membaca) secara

berkumpulan. Murid-murid telah bekerjasama dalam kumpulan. Pada langkah ketiga,

murid juga diminta melakukan aktiviti iaitu menulis penanda wacana yang terdapat

dalam petikan di papan tulis secara berkumpulan walaupun hanya seorang wakil

dikehendaki menulisnya. Di dapati murid-murid juga telah bekerjasama sesama ahli

kumpulan mereka. Pada langkah yang keempat, murid-murid berlumba-lumba

menyiapkan lembaran kerja yang diberi. Kebanyakan mereka siap sebelum sesi

pembelajaran tamat.

22

Page 23: 76766269-Assignment-BMM-3101

Keseluruhannya, objektif pengajaran ini telah tercapai. Ini menunjukkan teknik

pengajaran yang digunakan oleh guru dapat menarik minat murid untuk

mengikutinya sehingga tamatnya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kekuatan dan kelemahan

Kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah penumpuan

beberapa murid yang kurang ketika sesi pembelajaran. Selain itu masih terdapat

murid yang masih tidak dapat mengeja perkataan dengan betul walaupun telah

diberi penekanan latih tubi, begitu juga dengan tugasan yang diberi. Walau

bagaimanapun, kelemahan ini boleh diatasi bagi pengajaran yang berikutnya kerana

bilangannya adalah sedikit. Beberapa cadangan bagi penambahbaikan pengajaran

ke atas murid yang lemah telah disenaraikan. Antaranya ialah memperbanyakkan

bahan bantu mengajar yang menarik. Bahan bantu mengajar yang pelbagai pasti

dapat menarik perhatian murid tersebut. Penglibatan ibubapa juga diperlukan bagi

mengatasi masalah pembelajaran murid-murid. Ibubapa perlu didedahkan dengan

cara pembacaan yang betul. Dengan cara ini, kerja susulan yang diberi oleh guru

dapat dipantau oleh ibubapa mereka.

Kesimpulan

Pada keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran yang dibuat

perlulah sesuai dengan tahap pencapaian murid. Walaupun murid yang diajar adalah

kumpulan murid pintar tetapi jika teknik pengajaran yang digunakan tidak

bersesuaian, pasti objektif pengajaran tidak tercapai. Guru juga perlulah sering

membuat pemerhatian ke atas murid-murid yang bermasalah agar pengajaran yang

dijalankan boleh membantu mereka.

Gambar-gambar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

23

Page 24: 76766269-Assignment-BMM-3101

Gambar menunjukkan murid membaca petikan dengan bimbingan guru.

24

Page 25: 76766269-Assignment-BMM-3101

Gambar menunjukkan murid-murid sedang berbincang dalam kumpulan untuk

menyiapkan tugasan yang diberi

REFLEKSI

25

Page 26: 76766269-Assignment-BMM-3101

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan keizinan daripadaNya,

dapat juga saya meneruskan pencarian bahan untuk dimasukkan dalam tugasan

yang diberi ini. Walau begitu susah hendak memahami kehendak soalan, berkat

tunjuk ajar daripada pensyarah, Drs. Bahaman serta rakan-rakan sekelas, juga

rakan-rakan di sekolah maka dapatlah saya menyiapkannya. Begitu juga dengan

panduan-panduan yang terdapat di internet.

Memang banyak kekangan yang terpaksa dilalui semasa menyiapkan tugasan ini.

Saya sebagai seorang guru di sekolah, juga memegang jawatan Guru Data

Maklumat sangat kekurangan masa untuk mencari bahan. Masa mencari bahan

juga tidak mencukupi kerana hanya waktu selepas balik dari sekolah sahaja, saya

boleh mencari maklumat yang diperlukan. Ini amat menyukarkan saya. Alhamdulillah

kerana mata pelajaran di sekolah banyak membantu kerana opsyen saya di Maktab

Perguruan ialah Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kekurangan bahan dan

masa inilah yang menyebabkan saya sukar untuk menyiapkan tugasan ini. Selain

daripada itu, komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah

lebih diutamakan. Saya sebagai suri rumah juga perlu menjalankan tugas-tugas rutin

harian sebagai seorang ibu kepada 6 orang anak dan sebagai seorang isteri.

Jarak dari tempat pusat pengajian juga banyak menduga kesabaran saya. Ini

mengakibatkan sukarnya saya berjumpa dengan pensyarah-pensyarah yang boleh

membimbing saya dengan lebih kerap lagi. Begitu juga dengan perpustakaan di

pusat pengajian, saya tidak dapat berkujung ke sana kerana kekangan masa kuliah

yang hanya dijalankan 1 hari sahaja, memandangkan tempat tinggal saya nun jauh

di Pantai Timur Sabah, iaitu daerah Tawau. Syukur Alhamdulillah juga kerana

dengan adanya jalur lebar dan telefon mudah alih maka dapatlah saya

berkomunikasi dengan yang berkenaan walaupun masa yang terhad.

26

Page 27: 76766269-Assignment-BMM-3101

Walau bagaimanapun, berkat kesabaran yang ada dan atas keinginan yang

menebal, saya cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan segalanya walaupun

mempunyai kekurangannya.

Perkara pertama yang saya perlukan dalam tugasan ini ialah bimbingan daripada

pensyarah. Saya memerlukan contoh tugasan sebagai panduan saya untuk

membuat tugasan ini. Walaupun tidak banyak masa berbincang bersama pensyarah,

saya beruntung kerana mendapat beberapa orang rakan yang sudi membantu saya.

Saya juga amat berterima kasih kepada Drs Bahaman kerana beliau telah banyak

membantu saya terutama sekali semasa sesi perbincangan di dalam kelas.

Saya banyak membaca bahan dari internet untuk dimuatkan dalam tugasan

memandangkan ketiadaan buku yang sesuai yang saya peroleh. Perkara penting

yang saya mesti tahu ialah apakah kemahuan soalan yang diberikan. Setelah

mengumpul bahan-bahan, barulah saya membaca untuk memahaminya kemudian

membina ayat yang sesuai dari hasil dapatan saya itu. Saya amat mengelakkan diri

dari menciplak semua bahan yang saya kumpul kerana saya beranggapan bahawa

apabila kita membina ayat sendiri, kita lebih memahami apa maksud ayat-ayat yang

dibina. Syukur Alhamdulillah kerana saya boleh membuat tugasan dengan hasil

kerja sendiri.

Kesimpulannya, saya amat berpuas hati dengan semua yang saya perolehi kerana

semua itu adalah hasil usaha gigih saya yang tidak mengira penat lelah. Sekali lagi

saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak membantu

saya terutama sekali suami yang sentiasa memahami akan kesibukan saya, begitu

juga dengan anak-anak saya.

27

Page 28: 76766269-Assignment-BMM-3101

Rujukan

Tuan Jah Tuan Yusof (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia

Ahmad Mahmood Musanif (2001). Kamus Pelajar karisma. Kuala Lumpur: Tinggi Press Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin (1990) Pedagogi 4. Selangor Darul Ehsan- Siri pendidikan Longman

Tengku Sarina Aini Tengku Kassim(2006).Kaedah Mengajar Dan Kemahiran Interpersonal Guru.Selangor Darul Ehsan:PTS Profesional.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran dimuat turun pada 17 September 2011

http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/ dimuat turun pada 18 September 2011

28