6159750 kaedah mengajar sejarah mohd anuar
DESCRIPTION
HistoryTRANSCRIPT
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PULAU PINANG
KAEDAH MENGAJAR SEJARAH 1
JPK 225
TAJUK TUGASAN : SATU KAJIAN MENGENAI KURIKULUM DAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH KBSM
NAMA : MOHD.ANUAR B. IBRAHIM NO.MATRIK : JD/1212/98 KOD : JPK 225 NAMA KURSUS : ILMU PENDIDIKAN TAJUK TUGASAN : SATU KAJIAN MENGENAI KURIKULUM DAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH KBSM UNTUK PERHATIAN : PN. ZAIMUNAH AHMAD NAMA : AZIANA BINTI ABDUL MAJID @ IBRAHIM NO. MATRIK : JD 1011/98 KOD : JPK 225 NAMA KURSUS : ILMU PENDIDIKAN TAJUK TUGASAN : SATU KAJIAN MENGENAI KURIKULUM DAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH KBSM UNTUK PERHATIAN : PN. ZAIMUNAH AHMAD
KANDUNGAN MUKA SURAT
A. Latar belakang sejarah KBSM 3
B. Objektif dan matlamat pengajaran sejarah sekolah
Menengah 4-6
C. Matlamat mata pelajaran sejarah 6
D. Pendekatan dan penekanan mata pelajaran sejarah 6-10
E. Huraian sukatan pelajaran sejarah tingkatan 2 11-15
F. Huraian aspek sejaran tempatan tingkatan 2 15-16
G. Huraian sukatan pelajaran tingkatan 3 15-18
H. Pembentukan negara Malaysia 18-19
I. Pengisian kemerdekaan 19-20
J. Huraian aspek sejarah tempatan tingkatan 3 20
K. Perbandingan format huraian sukatan KLSM dan KBSM 20-21
L. Ulasan dan cadangan 21-22
M. Rumusan 22
N. Bibliografi 23
2
A. Latar Belakang Sejarah KBSM Mata pelajaran sejarah merupakan satu mata teras yang wajib di ambil oleh semua pelajar
pada peringkat menengah rendah. Sejarah bukanlah sesuatu yang asing pada masyarakat
kita . Ini kerana negara kita juga memiliki sejarahnya yang tersendiri.
Sejarah sebagai satu mata pelajaran teras mengikut konsep yang ditetapkan seperti
dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara. Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5 perlu pelajari sejarah. Unsur-unsur sivik telah diterapkan dalam mata
pelajaran sejarah supaya semua pelajar dapat menghayatinya.Guru sejarah di masa lalu
mengajar sejarah mengikut kaedah biasa dan tidak menekankan nilai-nilai estetika
seperti pada hari ini. Banyak perbezaan proses pengajaran berlaku dalam KBSM
berbanding dalam KLSM dahulu. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan teknik inkuiri
penemuan bagi mengaji sesuatu projek kajian. Dengan teknik ini, pelajar dapat
didedahkan dengan lebih mendalam tentang sesuatu peristiwa yang berlaku berkaitan
dengan sejarah. Teknik ini juga dapat memberikan peransang kepada setiap pelajar
untuk terus meminati mata pelajaran sejarah.
3
B.OBJEKTIF DAN MATLAMAT PENGAJARAN SEJARAH SEKOLAH
MENENGAH
2.1 Objektif Mata Pelajaran Sejarah:
Objektif mata pelajaran sejarah ialah untuk membolehkan pelajar :
a. Memahami perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik , ekonomi
dan sosial.
Objektif ini memberi tumpuan kepada semua pelajar supaya dapat memahami
perkembangan masyarakat dari aspek politik di mana pelajar akan mengetahui
perkembangan politik tanah air . Perkembangan ekonomi dan sosial bermula
dari zaman Melaka sehingga kini.
b. Memahami dan menghargai ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia
serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Objektif ini memberikan penjelasan kepada murid tentang ciri-ciri masyarakat
berbilang kaum di Malaysia dan mengamalkan segala bentuk nilai yang baik
daripada budaya tersebut untuk keharmonian negara.
4
c. Menghargai usaha-usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan
kedaulatan dan kemerdekaan , dan tokoh-tokoh yang menghasilkan
pembangunan negara.
Peranan yang dimainkan oleh tokoh-tokoh tanah air untuk negara Malaysia
merupakan satu pergorbanan yang besar. Oleh itu pelajar perlu menghargai jasa-
jasa tokoh tersebut dan mengambil iktibar dalam perjuangan mereka .
d. Mempunyai kesedaran sejarah dalam permahaman hakikat dan keadaan
masyarakat dalam masa kini.
Perubahan dalam masyarakat hari ini berbanding pada masa lampau harus
diketahui oleh semua pelajar. Bagaimana masyarakat berubah ke arah perpaduan
walaupun negara kita mempunyai perbagai bangsa, agama dan budaya.
e. Menganilisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah negera secara rasional.
Para pelajar perlu menganalisis, merumus dan menilai setiap fakta-fakta sejarah
dengan secara yang rasioanal dan bukan mengikut perasaan. Mencari dan
mengumpul bukti-bukti yang relevan bagaimana sesuatu peristiwa berlaku dengan
cara yang tepat dan sistematik. Hasil daripada kajian mereka dapat dibuat
penakulan pada diri sendiri bersaskan apa yang dikaji.
f. Mempertingkatkan daya pemiran dan kematangan yang bersasakan iktibar
daripada pengalaman sejarah.
5
Pelajar dapat mengambil iktibar serta pengajaaran yang berguna daripada setiap
peristiwa yang dipelajari. Daripada peristiwa ini, pelajar dapat berfikir secara
rasional untuk membuat penafsiran positif sebagai pengajaran.
g. Mempunyai kesedaran, kepekaan dan semangat ini melibat diri dalam usaha-
usaha mempertahankan kedaulatan , pembangunan dan kemajuan negara.
Pelajar difokuskan semangat kendiri seperti yakin, berani, rajin dan sebagainya
untuk mempertahankan negara dari sebarang penjajahan bentuk baru. Nilai-nilai
positif dapat disemai dalam diri pelajar untuk memajukan negara seantaro dunia.
C. MATLAMAT MATA PELAJARAN SEJARAH
Matlamat pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan
perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui penghayatan sejarah tanahair,
pelajar-pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam
mewujudkan keharmonian dan semangat perpaduan di kalangan masyarakat bebilang
kaum dalm sebuah negara yang mempunyai satu bahasa.
D. .PENDEKATAN DAN PENEKANAN MATA PELAJARAN SEJARAH
3.1 Tema-tema Tingakatan Satu dan Huraiannya
a. Keagungan kesultanan Melayu Melaka menjadi kebanggan kita bersama
Tema ini menceritakan kemunculan kesultanan Melayu Melaka sebagai
sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 15
dan awal abad ke 16. Pada zaman kegemilangannya kesultanan Melayu
6
Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomoi yang kekal
diwarisi sehingga kini. Kegemilangan dan kemakmuran menyebabkan
Portugis datang untuk menawan pada tahun 1511. Tema ini juga menyentuh
kewujudan pertempatan-pertempatan dan kerajaan-kerajaan awal di gugusan
kepulauan melayu sebagai latar belakang serta pendedahan konsep sejarah dan
sejarah sebagai satu disiplin.
Tajuk-tajuk dalam tema ini ialah;
a. i Sejarah dan kita
ii Keagungan Kesultanan Melayu Melaka menjadi kebanaggan kita bersama
iii Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dan kerajaan yang kuat
di Gugusan Kepulauan Melayu.
iv. Melaka menjadi pusat penyebaran agama islam
v. Berakhirnya Pemerintahan Kesultanan Melayu yang berpusat di Melaka.
b. Kerajaan –kerajan Melayu selepas Melaka menadi asas kerajaan-kerajaan
negeri masa kini.
Tema ini adalah tentang kemunculan semula kerajaan –kerajaan lain seperti
Brunei , Sulu dan Acheh di Gugusan Kepulauan Meayu setelah kejatuhan
Melaka ke tangan Portugis. Pada zaman kekuasaannya , pengaruh Brunei dan
Sulu meliputi beberapa kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak . Di
Semenenjung Tanah Melayu , kerajaan –kerajaan negeri masa kini. Walaupun
7
terdapat kegiatan kuasa-kuasa kuar serta pergolakan dalam negei , namun
struktur masyarakat bumiputera tidak berubah .
Tajuk-tajuk di dalam tema ini :
i. Johor menegakkan semula kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
ii. Kerajaan –kerajaan Melayu Kedah , Kelantan , Negeri Sembilan , Pahang ,
Perlis, Selangor dan Terengganu..
iii. Sabah dan Serawak
D. HURAIAN ASPEK SEJARAH TEMPATAN
Objektif pengajaran dan pembelajaran Sejarah Tempatan bagi Tingkatan 1
a. Mengenali diri dan keluarga
b. Mengenali dan memahami perkembangan sekolah
c. Mencari, mengumpul , memahami serta mentafsirkan maklumat fakta-fakta
sejarah.
d. Mengamalkan nilai-nilai hidup yang diwarisi bersama keluarga dan sekolah.
Mengandungi dua tajuk iaitu :
a. Sejarah diri dan keluarga
b. Sejarah sekolah
8
Tajuk-tajuk yang terdapat dalam Sejarah Diri dan Keluarga
a. Salasilah keluarga
Mengandungi nama-nama ahli keluarga ,tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia
dan pertalian persaudaraan.
b. Perkembangan Diri dan Keluarga
Mengandungi tempat dan tarikh lahir diri dan ahli keluarga, tempat asal dan
tempat tingal ,pendidikan dan perkerjaan.
c. Tokoh-tokoh dalam keluarga
Mengandungi nama dan biodata , kejayaan yang diperolehi dan sifat-sifat
istmewa.
d. Peristiwa bersejarah dalam keluarga
Peristiwa-peristiwa luar biasa ataupun istimewa yang berlaku dalam keluarga
dan kepentingan peristiwa berkenaan .
Tajuk-tajuk yang terdapat dalam Sejarah Sekolah
a. Nama dan lambang-lambang kemegahan sekolah.
Mengandungi asal-usul nama sekolah, tarikh nama itu mula digunakan ,
sebab-sebab nama itu dipilih, lambang-lambang sekolah , logo-logo moto
dan lagu serta akna lambang-lambang tersebut.
9
b. Infrastruktur dan kemudahan asas
Menceritakan tentang bangunan asal, bangunan tambahan, kemudahan-
kemudahan yang disediakan seperti asrama, perpustakaan , bilik
komputer , makmal , bengkel dan kantin sekolah.
c. Pengetua-pengetua dan guru-guru
Biodata , sumbangan penting terhadap sekolah , sumbangan terhadap
masyarakat dan sifat-sifat istimewa.
d. Badan pengurus dan PIBG
Tarikh penubuhan, nama ahli jawatankuasa dan ketokohan , kegiatan-
kegiatan penting dan sumbangan terhadap sekolah.
e. Tokoh-tokoh yang dihasilkan
Biodata tokoh, sumbangan tokoh berkenaan , dan sifat-sifat istimewa.
f. Peristiwa-peristiwa bersejarah
Peristiwa luar biasa ataupun yang istimewa, dan kepentingan peristiwa
berkenaan .
10
g. Prestasi dan kejayaan akademik dan kokurikulum
Mendedahkan murid murid tentang kejayaan gemilang dalam bidang
akademik dan kejayaan dalam bidang kokurikulum.
h. Persatuan , kelab dan Pasukan Pakaian seragam
Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai jenis-jenis persatuan , kelab dan
pasukan pakaian seragam yang ditubuhkan , kejayaan yang dinikmati dalam
setiap peringkat.
E. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN DUA
Tema Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua
1. Kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik kuasa luar untuk menjajah
negara kita.
Tema ini membicarakan tentang perluasan pengaruh dan penjajahan British di
negara kita. British mengubah sistem ekonomi tradisional kepada bentuk
dagangan industri dan penggunaan teknologi moden . Perubahan ekonomi ini
membawa berbagai-bagai kesan dalam kehidupan Masyarakat . Akibat dalam
campur tangan British dalam hal ehwal tempatan ini, beberapa tokoh telah bangun
menentang British.
11
Tajuk-tajuk di dalam tema ini:
1. Negara kita menghadapi dan mengalami proses perluasan pengaruh dan
penapakkan kuasa British.
a. Pengambilan Pulau Pinang , Singapura dan Melaka
Mengisahkan masalah Kedah dan hubungan dengan kuasa luar, British
mengambil Pulau Pinang, percubaan Kedah mengambil semula Pulau Pinang ,
perpecahan kerajaan Johor – Riau Lingga , Singapura diambil oleh Bitish, Melaka
menjadi hak milik British dan penyatuan pentadbiran negeri-negeri Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka.
b. Campur tangan di Perak , Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Mengisarkan cerita kekayaan hasil perlombongan di Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan serta Pahang. Perkembangan revolusi perusahaan di Eropah,
persengketaan merebut kuasa dan hasil kekayaan, negeri Perak Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang.
c. Sarawak di bawah pemerintahan Brooke, dan Sabah di bawah Syarikat Berpiagam
Borneo Utara.
Megisarkan tajuk kemunculan Sarawak sebagai sebuah negeri , Sarawak di bawah
pemerintahan keluarga Brooke, kemunculan Sabah senbagai sebuah negeri dan
sistem pentadbiran di Sabah.
12
d. Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis,dan Johor menerima penasihat British.
Mengisarkan pengetahuan tentang perkembangan negeri Kedah-Perlis dan
hubungan Kelantan-Siam, Kelantan –Terengganu, Terengganu –Siam, Siam
British, Kedah menerima pensihat British dan perkembangan negeri Johor.
2. Perjuangan tokoh-tokoh tempatan menentang penjajah
a. Asas dan tujuan perjuangan
Menceritakan pengetahuan tentang tokoh-tokoh tempatan yang terlibat menentang
British dan tujuan penentangan mereka.
b. Bentuk Pejuangan dan kesan-kesan
Menceritakan pengetahuan tentang penentangan bersenjata, kegagalan perjuangan
dan pengukuhan pentadbiran British akibat kegagalan penentangan orang Melayu.
3. Penguasaan terhadap hasil bumi, kita dan kesan-kesannya
a. Peruasahaan pertanian
Mengisarkan tentang pertanian , faktor-faktor yang membawa perubahan dalam
kegiatan ekonomi,tanaman lain yang diusahakan,pengutipan hasil laut dan lain-
lain.
b. Perusahan perlombongan dan pengeluaran hasil hutan.
Perlombongan secara besar-besaran , faktor-faktor yang membawa perubahan
kepada kemodenan, pemungutan hasil-hasil hutan dan usaha-usaha pembalakan.
13
c. Kesan-kesan
Perubahan dalam bidang pentadbiran, kemasukan buruh asing secara terancang,
kemunculan masyarakat majmuk, dan perubahan dalam bidang pendidikan.
Tindak balas untuk menebus maruah bangsa dan negara.Tema ini memberi
tumpuan kepada kebangkitan semangat kebangsaan secara tersusun untuk
membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Semangat kebangsaan ini
diperjuangkan oleh badan-badan dan kesatuan-kesatuan yang mempunyai corak
perjuangan dan matlamat tertentu. Melalui pendidikan, karya penulisan dan
persuratkhabaran, semangat perjuangan dapat disebarkan kepada masyarakat
umum.
Tajuk-tajuk dalam tema ini :
1. Kebangkitan semangat kebangsaan untuk membebaskan tanah air.
a. Perkembangan dalam negeri : pendidikan, penulisan kreatif dan
persuratkhabaran. Unsur pengetahuan yang diterapkan ialah definisi semangat
kebangsaan ,kemajuan pendidikan, persuratkhabaran dan penulisan kreatif.
b. Pengaruh gerakan nasionalisme negara luar
Unsur pengetahuan yang diterapkan ialah gerakan nasionalisme di Turki, Mesir,
Indonesia, India dan China serta kesannya ke atas perkembangan semangat
kebangsaan di tanah air.
2. Perjuangan badan-badan dan kesatuan-kesatuan menentang penjajahan
14
a. Asas dan tujuan kegiatan
Kesedaran untuk memajukan taraf hidup, perjuangan membebaskan diri daripada
penjajahan , gerakan Islah Islamiah iaitu semangat perjuangan berlandaskan Islam
dan gerakan yang menghala ke negara asal.
b. Corak dan bentuk perjuangan
Badan dan kesatuan yang bergerak secara sederhana iaitu yang bekerjasama
dengan British yang radikal iaitu yang tidak bertolak ansur.
F HURAIAN ASPEK SEJARAH TEMPATAN TINGKATAN DUA
1. Sejarah kawasan temapat kediaman/ tinggal
2. Sejarah kawasan persekitaran sekolah
Pengkajian tentang sejarah tempatan adalah sebahagian daripada pelajaran sejarah
yang akan dikendalikan secara projek bagi tingkatan 2, tumpuan kajian meliputi
aspek-aspek sejarah yang terdapat di kawasan terdekat dengan pelajar. Pemilihan
aspek kajian bergantung kepada keupayaan pelajar, bahan dan sumber setempat
yang boleh didapati.
Pengkajian sejarah tempatan ini haruslah menekankan penguasaan kemahiran
belajar seperti mengumpul maklumat , mengelas, menganalisa secara sistematik.
Aspek pengkajian bagi kedua-dua tema adalah sama. Tajuk-tajuk kecil,
pengetahuan dan iktibar serta nilai dalam huraian kandungan yang sama bolehlah
digunakan.
15
Tema dan tajuk yang terdapat dalam huraian aspek sejarah tempatan tingkatan
dua ialah :
a. asal-usul nama tempat / bersejarah
b. bangunan/ tempat bersejarah
c. tokoh
d. pekerjaan penduduk
e. perkembangan penduduk
f. perkembangan infrastruktur dan kemudahan asas
g. peristiwa yang bersejarah / tradisi setempat
h. lagenda dan cerita rakyat/ pentadbiran setempat
G. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN TIGA
Tema : Perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air
Tema ini memaparkan detik-detik perjuangan yang dialami oleh rakyat ke
arah menuntut kemerdekaan tanah air. Pengalaman semasa pendudukan
Jepun menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di kalangan rakyat.
Pembentukan Malayan union di tentang hebat oleh orang Melayu sehingga
memaksa British menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu .
Ancaman komunis tidak menghalang perjuangan rakyat dalam menuntut
kemerdekaan.
16
Tajuk-tajuk yang terdapat dalam tema ini ialah :
1. Pendudukan Jepun di negara kita
a. Pemerintahan Jepun dan kesan-kesan pemerintahan Jepun
Serangan tentera Jepun terhadap Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, reaksi
penduduk tempatan terhadap pemerintahan Jepun dan kekalahan Jepun terhadap
British. Jepun juga telah memberi kesan terhadap politik , ekonomi, sosial serta
pengalaman negara-negara jiran.
2. Penentangan terhadap Malayan Union
a. Pembentukan Malayan Union, penubuhan UMNO dan penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu.
Menceritakan tentang Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun. Gagasan
Malayan Union, tindak balas orang Melayu, kemunculan Umno dan rundingan ke
arah penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3. Ancaman Komunis dan pengisytiharan darurat
a. Penyusupan anasir komunis dan langkah-langkah membenteras ancaman komunis
di Tanah Melayu.
Unsur pengetahuan yang diterapkan ialah kegiatan komunis sebelum penubuhan
Parti Komunis Malaya( PKM) 1930. Kegiatan komunis di Sarawak , ancaman dan
keganasan komunis, tindak balas kerajaan dan pengharaman PKM dan parti-parti
berhaluan kiri.
17
4. Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan
a. Kemunculan dan perkembangan parti-parti siasah, pembentukan parti Perikatan
UMNO,MCA,MIC dan pilihanraya ke arah pembentukan kerajaan sendiri.
5. Detik-detik pengisytiharan kemerdekaan
a. Tajuk-tajuk di bawahnya menceritakan rombongan merdeka 1956, perundingan
antara kaum dan penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ,
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan perisytiharan kemerdekaan.
Unsur pengetahuan yang diterapkan ialah Rundingan Kemerdekaan, Suruhanjaya
Reid, Asas Perlembagaan, kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu,
Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan.
6. Perubahan pentadbiran di Sabah dan Sarawak
a. Tajuk-tajuk dibawahnya ialah berkaitan dengan Gerakan Anti-Penyerahan
Sarawak, serta langkah-langkah kerajaan sendiri. Unsur pengetahuan yang
diterapkan ialah Penyerahan Sarawak kepada British, kemunculan Gerakan Anti-
Penyerahan 1946-1961 dan di Sabah 1946-1961.
H. PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA
Tema ini membincangkan tentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang
terdiri daripada Singapura , Sabah , Brunei dan Sarawak. Penyatuan 11 buah
negeri Semenanjung Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak
bertujuan untuk menjamin perpaduan , kemakmuran dan keselamatan bersama .
18
Gagasan ini telah menghadapi berbagai rintangan dalam dan luar negeri pada
peringkat awal pembentukannya.
Tajuk di bawah tema ini :
a. Gagasan Penubuhan Malaysia, cabaran-cabaran terhadap penubuhan Malaysia
dan perjanjian serta perisytiharan Malaysia.
I. PENGISIAN KEMERDEKAAN
Tema ini memaparkan perjuangan kita untuk membina sebuah negara yang
berdaulat, aman , bersatu padu dan makmur.Sebagai negara yang merdeka dan
berdaulat, kita perlu membina identiti yang tersendiri dan berusaha mencapai
kemakmuran bersama. Mempunyai sistem pemerintahan dan penradbiran
tersendiri, rancangan pembangunan yang menjamin perpaduan dan kesejahteraan
rakyat.
Tajuk-tajuk di bawah tema ini ialah :
a. Kedaulatan dan keperibadian negara kita , sistem pemerintahan dan pentadbiran
negara, peningkatan perpaduan dan kemakmuran bersama dan Malaysia dalam
hubungan antarabangsa.
Antara unsur pengetahuan yang diterapkan ialah ketua negara serta bidang
kuasanya , struktur dan organisasi Parlimen, lambang-lambang negara , Hari
Kebangsaan , Rukunegara , Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri ,
struktur Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri serta bidang kuasanya. Usaha-usaha
19
ke arah mewujudkan kebudayaan kebangsaan , prinsip dan matlamat dasar luar
Malaysia serta kerjasama dalam pelbagai bidang serantau dan antarabangsa.
J. HURAIAN ASPEK SEJARAH TEMPATAN TINGKATAN 3
Pengkajian Sejarah Tempatan bertujuan memberi pengalaman secara langsung
kepada pelajar mengkaji pelbagai aspek sejarah yang terdapat disekeliling
mereka. Melalui pengkajian ini, pelajar-pelajar dapat didedahkan kepada beberapa
kemahiran yang dapat mempertingkatkan minda mereka terutamanya dalam
pencarian maklumat, , pengkelasan dan penulisan pelaporan yang dibuat.
K. PERBANDINGAN FORMAT HURAIAN SUKATAN KLSM DAN KBSM
Terdapat sedikit perbezaan format huraian sukatan pelajaran sejarah di antara
yang lama dan yang baru ( 1995 ). Jadual di bawah ditunjukka perbandingan
perbezaan tersebut :
Kurikulum Lama Sekolah Menengah ( KLSM )
BIL ISI KANDUNGAN
1 Mengandungi tajuk pelajaran sejarah
2 Mengandungi unsur-unsur luar
3 Jalinan tidak jelas dan mengandungi unsur-unsur kemanusiaan
4. Mementingkan bahan dan isi
5 Menekankan soal politik
6 Menjaga kepentingan barat
20
7 Lebih luas tetapi mengandungi banyak unsur-unsur luar terutamanya daripada
Barat untuk mengukuhkan kedudukan dan kuasa.
Kurikulum Baru Sekolah Memengah
BIL ISI KANDUNGAN
1 Matlamat Am dan matlamat khusus
2 Mengandungi unsur-unsur tempatan
3. Jalinan antara kandungan bagi tiap-tiap peringkat
4 Menekankan aspek afektif sikap, perasaan dan penghargaan
5 Menitikberatkan soal ekonomi dan sosial
6 Melihat sejarah dari kaca mata tempatan
7 Ulangan beberapa tajuk untuk penegasan dan pendekatan yang lebih mendalam
lagi.
L. ULASAN DAN CADANGAN
Daripada 3 huraian yang telah kami terangkan di atas, maka jelaslah bahawa tajuk-tajuk
yang terdapat di dalam Tingkatan 1 lebih menekankan kepada unsur-unsur sejarah asas.
Dalam huraian sukatan pelajaran Tingkatan 2 pula, memperlihatkan penekanan kepada
unsur-unsur keruntuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka kepada kuasa asing dan
kemunculan semangat nasionalisme yang memperjuangkan tanah air daripada kuasa
penjajahan. Manakala bagi huraian sukatan pelajaran Tingkatan 3 pula ianya lebih
menekankan kepada perjuangan menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajahan .
21
Setelah pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi akhirnya Tanah Melayu telah
mencapai kemerdekaan dan bermulalah sistem pentadbiran dan pemerintahan sendiri
oleh rakyat tempatan.
M. RUMUSAN
Usaha yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan memperkenalkan
Kurikulum Baru bagi sukatan mata pelajaran sejarah di sekolah menengah merupakan
satu langkah yang bijak di mana usaha ini telah berjaya melahirkan pelajar yang
mempunyai jiwa patriotisme dan semangat cintakan tanah air mereka. Dengan adanya
semangat seperti ini sudah tentu negara kita akan mempunyai satu bentuk masyarakat
yang bersatu padu, kuat dan berjiwa murni. Keharmonian dan kerukunan hidup rakyat
negara ini dapat dikekalkan selamanya.
22
BIBLIOGRAFI
1. Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan, 1992, “Sejarah
Dalam Pendidikan” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2 Kem.Pen. Malaysia, 1996 Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah : Tingkatan 3 “
Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.
3 Abd.Rahim Abd. Rashid, 1997, Modell & Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM,
“ Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
4 Bloom, B.S, 1995, “ Taxonomy of Educational Objecties, Handbook 1: Cognitive
Domain, New York: David Mckay .
23