60569450-laporan-minggu-orientasi

Upload: munniswarran-sharon

Post on 06-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    1/21

    LAPORAN MINGGU ORIENTASI

    GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH

    SMK MUHIBBAH

    BATU 4, JALAN CECILY UTARA,

    90000, SANDAKAN, SABAH.

    DISEDIAKAN OLEH

    ABDUL GHAPAR BIN BAKRI

    851021-12-6063

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    2/21

    LAPORAN MINGGU ORIENTASI

    1.0 PengenalanSelepas melapor diri di sekolah masing-masing, pihak sekolah diminta untuk menjalankan satuprogram Orientasi serentak untuk semua Guru Baharu sama ada Guru Sandaran Siswazah tidak

    Terlatih (GSTT) atau Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST), sekurang-kurangnya selama 3 minggudan saya telah mengikuti Program tersebut. Semua guru baharu telah ditugaskan untukmenyediakan laporan berkaitan dengan program orientasi yang telah dijalankan sepanjang mingguorientasi tersebut sepertimana yang terkandung dalam lampiran C.

    2.0 Objektif Objektif program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada guru baharu untukmenjadi seorang pendidik dan modal insan yang cemerlang dan seterusnya merealisasikanmatlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

    Manakala tujuan laporan ini pula adalah untuk menganalisis perspektif:

    1. Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Dasar dan ProgramKPM serta haluan kerjaya keguruan.

    2. Budaya, Organisasi dan Persekitaran Sekolah.3. Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah4. Pengurusan Kurikulum, Ko-Kurikulum dan Hal Ehwal Pelajar.5. Pengurusan Sumber Manusia dan Kewangan sekolah6. Pengurusan Hubungan Komuniti (PIBG, Swasta dan Masyarakat).7. Penyediaan Kertas Kerja.

    8. Mengukur sejauh mana prestasi guru baharu dalam memulakan tugas danmenjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.

    3.0 Pelaksanaan Program Orientasi Guru BaharuSesi orientasi guru baharu peringkat sekolah dicadangkan bermula selepas guru baharu mendaftardi sekolah dan dijalankan selama 3 minggu. Pengisian aktiviti adalah seperti dalam lampiran A danLaporan Pemantauan Program Orientasi Guru Sandaran Siswazah seperti dalam lampiran B.

    4.0 KesimpulanPada Pendapat saya, pelaksanaan Program Orientasi ini penting untuk guru baharu kerana ianya

    bukan sahaja dapat mendedahkan guru tersebut terhadap persekitaran yang baharu sertapentadbiran sekolah malah dapat menambah pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dari segisemua aspek yang berkaitan dengan pendidikan termasuk tentang perancangan, pelaksanaan danpenilaian yang diperlukan sebelum terlibat sepenuhnya dalam bidang pendidikan oleh seorang guruyang cemerlang dan ada wawasan untuk Berjaya.

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    3/21

    5.0 CadanganTerdapat beberapa cadangan yang saya rasa amat penting bagi memantapkan lagi program orientasiini iaitu:

    1. Dilaksanakan secara menyeluruh diikuti dengan pendedahan kepada pelbagai tugas-tugassampingan selain tugas mengajar.

    2. Perlu dijalankan satu sesi khas perkenalan diri seluruh warga sekolah yang terdiri daripadaguru-guru dan staf sokongan untuk guru baharu mengenali mereka dengan lebih jelas dandapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara satu sama lain.

    Bil PERKARA Keterangan

    1 Nama Guru Abdul Ghapar Bin Bakri

    2 Sekolah SMK Muhibbah

    3 Opsyen Geografi dan Sejarah

    4 Fasilitator Datin Noorazizah Binti Sheikh Esmail

    5 Tempoh 3 Minggu

    6 Program Taklimat dan sesi soal jawab

    7 Maklumbalas Pengurusan Sekolah Baik dan sistematik

    8 Maklumbalas Guru Baharu Berkesan dan banyak membantu

    9 Penilaian Baik

    10 Rumusan Program ini dapat membantu gurudalam mempelajari tugas-tugas sertaperanan guru.

    Tandatangan Guru

    Tandatangan Penilai

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    4/21

    BUKU LOG PROGRAM ORIENTASI

    GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GST)

    BIL PERKARA KETERANGAN1 Tarikh 05 JANUARI 20102 Masa 8.30-9.30 PAGI3 Bidang BUDAYA ORGANISASI / PERSEKITARAN SEKOLAH / BERKENALAN DENGAN

    WARGA SEKOLAH4 Aspek Budaya kerja sekolah / pengurusan masa di sekolah / silaturahim antara

    warga sekolah5 Objektif 1. Mendedahkan kepada guru baharu budaya kerja sekolah supaya

    dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran.2. Mendedahkan kepada guru baharu kepentingan menepati masa

    sebagai etika penting seorang guru yang cemerlang.3. Memperkenalkan semua kakitangan sekolah kepada guru baharu.

    6 Aktiviti 1. Berjumpa dengan Penolong Kanan 1 dan diberi taklimatberkenaan budaya sekolah, organisasi, masa sekolah danberbincang tentang mata pelajaran yang akan di ajar nanti.

    2. Sementara menunggu Jadual Pengajaran, guru baharu salingberkenalan dengan guru-guru lain.

    7 Penilaian Program ini telah memberikan pendedahan awal kepada guru baharukepada budaya sekolah serta peluabg berkenalan dengan kakitangansekolah.

    8 Rumusan Pada akhir sesi ini, guru dapat memahami budaya kerja sekolah sertaberkenalan dengan para kakitangan sekolah.

    . ..

    Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    5/21

    BUKU LOG PROGRAM ORIENTASI

    GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GST)

    BIL PERKARA KETERANGAN1 Tarikh 06 JANUARI 20102 Masa 8.30-9.30 PAGI3 Bidang KURIKULUM4 Aspek Dasar dan Program KPM5 Objektif 1. Mengetahui misi dan visi KPM

    2. Memahami dasar / program KPM3. Mengetahui kesan terhadap aplikasi dasar / program KPM

    6 Aktiviti Berjumpa dengan Pengetua dan mendengar taklmat mengenai dasar-dasar KPM yang menjadi garis panduan dalam menjalankan tugas-tugas disekolah.

    7 Penilaian Program hari ini telah memberikan pendedahan awal serta maklumatlanjut tentang dasar / program KPM kepada guru baharu.

    8 Rumusan Pada akhir sesi ini, guru dapat mengetahui beberapa perkara yangterkandung dalam Manual Prosedur kerja seperti latar belakang pejabat,objektif sekolah, carta organisasi sekolah.

    . ..

    Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    6/21

    BUKU LOG PROGRAM ORIENTASI

    GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GST)

    BIL PERKARA KETERANGAN1 Tarikh 07 JANUARI 20102 Masa 8.30-9.30 PAGI3 Bidang KURIKULUM4 Aspek Proses Pengajaran dan Pembelajaran.5 Objektif 1. Mendedahkan proses P & P mengikut panduan yang dikeluarkan

    oleh KPM2. Mengetahui peraturan dan skema pengajaran sebelum

    memulakan kelas.3. Mengetahui cara menulis Buku Rekod Mengajar mengikut jadual

    harian dan tahunan.6 Aktiviti 1. Berjumpa dengan Ketua Bidang Kemanusiaan Puan Fuziah Binti

    Hassan2. Berjumpa dengan guru-guru yang akan berkerjasama dengan

    saya (Cikgu Ahmad Zahidi- Geografi dan Bahasa Melayu) untukmengetahui tugas dalam setiap mata pelajaran yang diberikanserta mendapatkan buku rujukan dan panduan yang berkaitan.

    7 Penilaian Program ini menekankan aspek terpenting di sekolah iaitu bidangkurikulum yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.

    8 Rumusan Pada akhir sesi ini, guru dapat mengetahui tugas sebagai pengajar sertabagaimana melaksanakan tugas P & P dalam mata pelajaran yangdiberikan.

    . ..

    Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    7/21

    BUKU LOG PROGRAM ORIENTASI

    GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GST)

    BIL PERKARA KETERANGAN1 Tarikh 08 JANUARI 20102 Masa 8.30-10.30 PAGI3 Bidang HAL EHWAL MURID4 Aspek Pengurusan hal-ehwal murid5 Objektif 1. Mengetahui dan memahami carta organisasi jawatankuasa

    pengurusan Hal Ehwal Murid.2. Pendedahan dengan beberapa bentuk bantuan yang diberikan

    oleh pihak sekolah kepada murid-murid serta bidang disiplin dankaunseling.

    3. Memahami lebih lanjut tentang Sistem Maklumat Murid (SMM)dan Borang Maklumat Murid (BMM).

    6 Aktiviti 1. Mengadakan perjumpaan dengan Penolong Kanan HEM, EnHusairi.

    2. Mendengar taklimat daripada Penolong Kanan HEM.7 Penilaian Program ini banyak menolong guru baharu mendapatkan maklumat

    berkaitan dengan bidang hal ehwal murid.8 Rumusan Pada akhir sesi ini, saya dapat menambah pengetahuan tentang bidang

    pengurusan HEM serta tugas setiap guru dalam membantu menerapkannilai-nilai murni dalam jiwa murid dan melahirkan murid yang berdisiplin.

    . ..

    Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    8/21

    BUKU LOG PROGRAM ORIENTASI

    GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GST)

    BIL PERKARA KETERANGAN1 Tarikh 11 JANUARI 20102 Masa 8.30-10.00 PAGI3 Bidang PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN4 Aspek Pengurusan Organisasi dan Pejabat5 Objektif 1. Memahami dan mengenali pihak-pihak yang terlibat dalam

    pengurusan dan pentadbiran sekolah.2. Memahami bidang tugas dalam pejabat

    6 Aktiviti 1. Mengadakan perjumpaan dengan Penolong Kanan 1.2. Mendengar taklimat daripada Penolong Kanan 13. Membaca dan memahami bidang tugas dalam Buku Manual

    Prosedur Kerja.7 Penilaian Pengurusan Organisasi dan Pejabat amat penting bagi melicinkan

    pentadbiran sekolah dan mengelakkan pertindihan tugas.8 Rumusan Pada akhir sesi ini, guru dapat mengetahui bahawa pengurusan dan

    pentadbiran sekolah diketuai oleh Pengetua, Penolong Kanan 1, PenolongKanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Penyelia Petangdan Guru Kanan Mata Pelajaran. Jawatankuasa seperti JawatankuasaPerancangan Sekolah, Jawatankuasa Kewangan, JawatankuasaHartabenda Sekolah, jawatankuasa Keselamatan sekolah, jawatankuasaKeceriaan sekolah, Jawatankuasa Kebajikan Murid, Jawatankuasa Datadan Maklumat dan Jawatankuasa PIBG juga ditubuhkan untuk melicinkanpentadbiran sekolah.

    . ..

    Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    9/21

    BUKU LOG PROGRAM ORIENTASI

    GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GST)

    BIL PERKARA KETERANGAN1 Tarikh 12 JANUARI 20102 Masa 8.30-9.30 PAGI3 Bidang KO-KURIKULUM4 Aspek Sukan dan permainan, Kelab/persatuan dan Unit Beruniform5 Objektif 1. Mengetahui senarai dan carta organisasi sukan permainan, kelab/

    persatuan dan unit beruniform yang terdapat di sekolah.2. Memahami definisi perancangan ko-kurikulum serta panduan

    perlaksanaan panduan perlaksanaan aktiviti kokurikulum disekolah.

    3. Mengetahui jadual aktiviti kegiatan ko-kurikulum.6 Aktiviti 1. Mengadakan perjumpaan dengan Penolong Kanan Ko-kurikulum,

    En Jumain.2. Mendengar taklimat daripada En. Jumain.

    7 Penilaian Perancangan dan jadual ko-kurikulum di sekolah ini amat teratur danberlandaskan matlamat KPM serta aktif dalam pelbagai program yangdirancang.

    8 Rumusan Guru perlu mengikuti aktiviti ko-kurikulum untuk membantu membinasahsiah murid di samping berkongsi pengetahuan demi menjayakanmatlamat ko-kurikulum.

    . ..

    Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    10/21

    BUKU LOG PROGRAM ORIENTASI

    GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GST)

    BIL PERKARA KETERANGAN1 Tarikh 13 JANUARI 20102 Masa 8.30-10.00 PAGI3 Bidang PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN4 Aspek Kewangan5 Objektif 1. Mengetahui keadaan kewangan dan prosedur-prosedur tertentu

    jika menggunakan wang sekolah, supaya nanti bila ingianmendapatkan peruntukan, setiap guru perlulah melalui proses-proses tertentu sebelum diluluskan oleh pihak atasan.

    2. Mengetahui sumber kewangan sekolah supaya program-programsekolah boleh dikendalikan dengan bantuan dan kewangansekolah.

    6 Aktiviti 1. PK 1 memberi penerangan tentang kewangan sekolah.2. Mendapatkan penerangan dari staf sokongan yang

    mengendalikan tugas sebagai pembantu tadbir di bahagiankewangan.

    7 Penilaian Bahagian kewangan adalah salah satu bahagian yang amat penting dansetiap pekerja yang terlibat harus berhati-hati dalam membuat kerja.Proses penerimaan dan pengeluaran duit perlu melalui prosedur-prosedur tertentu dan perlulah dikawal serta mendapat keizinan daripihak atasan seperti pengetua. Setiap rekod kewangan perlu mendapattandatangan dari pihak atasan (Pengetua).

    8 Rumusan Bahagian Kewangan adalah di bawah bidang tugas staf sokongan iaitupembantu tadbir yang bertanggungjawab dalam menyediakan tuntutan

    gaji, biasiswa, tuntutan elaun, tuntutan bantuan perkapita danpembayaran bil-bil tertentu. Bahagian kewangan juga perlu sentiasamengemaskini buku tunai iaitu yang mengandungi akaun kerajaan danakaun SUWA. Selain itu, bahagian kewangan juga perlu mengurus cek-cek,kira-kira yuran khas murid dan menyimpan menyimpan slip bank,pesanan barang-barang keperluan pejabat, stok pejabat dan lain-lainkeperluan yang berkaitan dengan kewangan sekolah.

    . ..

    Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    11/21

    BUKU LOG PROGRAM ORIENTASI

    GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GST)

    BIL PERKARA KETERANGAN1 Tarikh 14 JANUARI 20102 Masa 8.30-10.00 PAGI3 Bidang PENGURUSAN INFRASTRUKTUR DAN FIZIKAL SEKOLAH4 Aspek Latarbelakang dan Sejarah Pembentukan Sekolah5 Objektif 1. Memberi pengetahuan tambahan kepada guru baharu tentang

    latar belakang sekolah dan sejarah penubuhan sekolah.2. Mendedahkan kepada guru baharu tentang Cara Pengurusan dan

    Pengendalian Insfrastruktur dan Fizikal Sekolah.6 Aktiviti 1. PK 1 memberi gambaran yang jelas tentang keadaan sebenar

    bangunan, bentuk fizikal dan kemudahan yang ada di sekolahdalam sesi taklimat kepada guru baharu.

    2. Guru baharu mencatat nota dan mengemukakan beberapa soalanberkaitan dengan sejarah penubuhan bangunan dan infrastruktursekolah.

    7 Penilaian Pengurusan Infrastruktur dan fizikal di sekolah ini agak sistematik keranadikendalikan oleh pihak pentadbir yang terdiri daripada AhliJawatankuasa Tertinggi seperti Pengetua, PK 1, HEM, Penyelia danPegawai-pegawai lain yang terdiri daripada kalangan pendidik sekolah.Dari masa ke semasa, pihak pentadbir akan memantau keadaan fizikalsekolah untuk tujuan keselamatan dan keceriaan sekolah. Pihak sekolahakan mengambil tindakan segera sekiranya berlaku masalah tentanginfrastruktur dan bangunan sekolah.

    8 Rumusan SMK Muhibbah merupakan sebuah sekolah menengah gred A yang

    terletak di Jalan Cecily Utara, Batu 4, Sandakan. Sekolah ini telah dibukapada Disember, 1991 dan beroperasi di dua bangunan blok papan.Pengambilan murid bermula dan tingkatan peralihan, satu dan empat.Pada tahun 1995, SMK Muhibbah memiliki dua bangunan konkrit duatingkat dengan 48 orang pendidik dan 876 murid. Kelas tingkatan enamrendah bermula pada tahun 1998 dengan 63 orang murid. Pada tahun2001, SMK Muhibbah telah menjadi sekolah pilihan bagi mewujudkankelas khas bermasalah pembelajaran (Pendidikan Khas). Kini, setelah 18tahun berlalu, SMK Muhibbah telah memiliki seramai 91 orang tenagapengajar dengan sejumlah 1,289 orang murid yang sentiasa berusahamencapai kecemerlangan dalam bidang kukurikulum, kokurikulum,sahsiah dan teknologi. 3 blok bangunan 3 tingkat juga sedang di dalampembinaan bagi menampung bilangan murid yang semakin ramai.Bangunan ini dijangkakan siap pada akhir tahun ini.

    . ..

    Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    12/21

    BUKU LOG PROGRAM ORIENTASI

    GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GST)

    BIL PERKARA KETERANGAN1 Tarikh 15 JANUARI 20102 Masa 8.30-12.00 TENGAH HARI3 Bidang KURIKULUM4 Aspek Perlaksanaan Program dan Aktiviti Pengurusan Kurikulum (Program

    Pembestarian Sekolah)5 Objektif 1. Memberikan pendedahan kepada guru-guru tentang konsep

    sekolah bestari2. Memberikan pendedahan kepada guru-guru elemen bestari

    dalam P & P.6 Aktiviti Kursus dalaman pembestarian sekolah7 Penilaian Kursus ini telah Berjaya memberikan pendedahan kepada guru-guru

    tentang konsep sekolah bestari dan elemen-elemen bestari dalam P & P.Guru-guru juga dapat mempelajari beberapa perisian interaktif sepertihot potatoes dan mind maping.

    8 Rumusan Sesi kursus telah memberikan saya pendedahan awal kepada konsepsekolah bestari serta elemen yang diperlukan dalam P & P.

    . ..

    Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    13/21

    BUKU LOG PROGRAM ORIENTASI

    GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GST)

    BIL PERKARA KETERANGAN1 Tarikh 18 JANUARI 20102 Masa 8.30-10.00 PAGI3 Bidang PENGURUSAN HUBUNGAN KOMUNITI4 Aspek PIBG, Swasta Dan Masyarakat.5 Objektif Dapat didedahkan dengan Pengurusan Hubungan Komuniti yang

    merangkumi aspek PIBG, Swasta dan Masyarakat.6 Aktiviti Berjumpa dengan PK 1 dan mendengar taklimat berkaitan dengan

    Pengurusan Hubungan Komuniti di sekolah.7 Penilaian Hubungan Komuniti di antara pihak sekolah haruslah sentiasa baik dan

    dikekalkan untuk tujuan perpaduan integrasi yang erat di antara pihaksekolah dan pihak lain terutamanya pihak ibubapa murid.

    8 Rumusan PIBG yang ditubuhkan di sekolah adalah tujuan untuk mewujudkanpermuafakatan antara ibubapa dan Guru di sekolah. Dengan inidiharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dantanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu P & P disekolah. Selain itu, ini akan mempertingkatkan kerjasama danperkongsian antara pihak sekolah dan pihak luar serta komuniti setempat.Pengurusan hubungan komuniti yang baik akan meningkatkan mutusekolah dan peranan setiap individu akan melengkapkan fungsiKementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dansuasana sekolah yang kondusif kepada murid dan pendidik sekolah.

    . ..

    Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    14/21

    BUKU LOG PROGRAM ORIENTASI

    GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GST)

    BIL PERKARA KETERANGAN1 Tarikh 19 JANUARI 20102 Masa 8.30-10.00 PAGI3 Bidang REFLEKSI PROGRAM ORIENTASI4 Aspek Perbincangan dan Refleksi Program Orientasi5 Objektif 1. Menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah supaya semua

    guru baharu dapat menjalankan tugas dengan selesa dan mudah.2. Berkenalan dengan warga sekolah dengan lebih dekat, mengenali

    budaya-budaya yang wujud di sekolah serta corak kerja yangdiamalkan di sekolah.

    3. Menambahkan ilmu pengetahuan mengenal system-sistempengurusan di sekolah seperti bidang pengurusan kurikulum,kokurikulum, Hal Ehwal Murid, Sumber Manusia, Kewangan,

    Infrastruktur, serta organisasi dan pejabat sekolah.6 Aktiviti 1. Program Refleksi dijalankan di dalam Bilik Ketua Bidang

    2. Sesi perbincangan dan refleksi program orientasi melibatkan gurubaharu dan penyelaras program dijalankan

    3. Guru baharu memberikan pandangan dan pendapat terhadapsemua program dan aktiviti di dalam minggu orientasi.

    7 Penilaian Program orientasi ini bermanfaat dan perlu diteruskan bagi membantuguru dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baharu danmembentuk guru yang berkualiti.

    8 Rumusan Program orientasi ini banyak memberikan informasi dan input yangbermanfaat kepada guru baharu sebagai persediaan menjadi guru yang

    cekap.

    . ..

    Tandatangan Guru Tandatangan Fasilitator

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    15/21

    REFLEKSI LAPORAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

    1.1 Kurikulum1.1 Terdapat 4 bidang utama iaitu Bidang Bahasa, Sains & Matematik, Teknik & Vokasional dan

    Kemanusiaan. Setiap bidang mempunyai ketua bidang dan ketua panatia masing-masing untuk

    menjalankan aktiviti tersendiri. Sekolah juga menekankan dengan kepelbagaian BBM sertatanggungjawab guru-guru kelas dapat meningkatkan kemahiran belajar murid serta melancarkanproses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tanggungjawab staf dan hubungan baik antarapentadbir amatlah penting untuk melicinkan proses pentadbiran dan melancarkan urusan-urusan disekolah.

    1.2 Sekolah juga menawarkan mata pelajaran Fizik, Kimia Biologi, Matematik, Lukisan Kejuruteraan,Lanskap, MPV dan juga Sains Sukan untuk Tingkatan 4 dan 5.

    1.3 Jawatan Kuasa kemajuan Kurikulum juga diwujudkan dan dipengerusikan oleh Pengetua.1.4 Kurikulum sekolah sewajarnya mengikut Falsafah Pendidikan Negara iaitu lebih bermakna,

    bertanggungjawab sosial, pelbagai budaya, reflektif, holistik, global, berfikiran terbuka dan

    berteknologi. Oleh itu, pendekatan pengajaran juga haruslah lebih kepada pemikiran kreatif danmembentuk 2 hala. Ini kerana, ianya akan memberikan hasil yang lebih maksima dan berkualiti sertaberdaya maju.

    1.5 Cadangan pembentukan kurikulum yang sesuai adalah seperti berikut: Ia membantu murid mencapai pembangunan seimbang dari segi akademik, sahsiah, dan

    bukan akademik sahaja. Penyatuan ilmu, kemahiran, nilai dan juga penggunaan bahasa yang sesuai dan tepat. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keupayaan murid. Menawarkan pelbagai disiplin, tema dan pengajaran berterusan. Penyediaan modul dan BBM yang setara dan berteknologi tinggi.

    1.6 Pedagogi sekolah ialah untuk menjadikan pengajaran lebih menarik, bermotivasi, merangsangpenglibatan idea murid dan proses pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk membina kemahiran asasuntuk murid sebagai persediaan menghadapi cabaran kehidupan.

    1.7 Pedagogi yang boleh ditekankan ialah: Menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran unruk menarik minat murid. Penggunaan BBM yang bersesuaian dan berteknologi setara dengan jiwa murid yang agresif. Penggunaan kaedah dan teknik pengajaran berbeza berdasarkan tahap keupayaan murid. Kedudukan kelas, pengudaraan, pencahayaan yang baik membantu pedagogi yang berkesan.

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    16/21

    2.0 Kokurikulum2.1 Bidang Kokurikulum juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan murid yang

    cemerlang. Bidang kokurikulum juga seharusnya lebih bermakna, memupuk penglibatan pelbagaikaum, menarik, berfikiran terbuka dan lain-lain. Ianya juga dicadangkan supaya murid dapatmemupuk semangat berdaya saing yang tinggi, kreatif serta agresif.

    2.2 Kokurikulum yang dicadangkan dapat: Mencungkil bakat atau minat murid (membina modul yang setara) Mengasah bakat dan kecenderungan kemahiran murid (menggalakkan penyertaan luar sekolah) Lebih majmuk dan setara antara semua kaum di sekolah (pembahagian seimbang antara semua

    kaum dan jantina) Menggalakkan pelajar lebih berdaya maju. Memberikan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai rakyat (aktiviti luar seperti gotong-

    royong). Membina kepimpinan dalam diri murid dan kebolehan berdikari (perkhemahan di luar dan

    dalam sekolah).2.3 Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah menawarkan pelbagai aktiviti

    kokurikulum untuk memastikan murid mempunyai pilihan dalam membina bakat mereka. Sejakdaripada tahun 2002, terdapat pelbagai jenis kelab, badan beruniform, dan kelab akademik yangberjumlah 37 unit.

    I. Kelab Uniform Pengakap (Scouts) Kadet Remaja Sekolah (KRS, Scholls Youth Cadet) Pergerakan Puteri Islam Malaysia Kadet Polis (Police Cadet) Persatuan Sabit Merah (PBSM, St. John Ambulance Malaysia) Pandu Puteri PKBM (Laut)

    II. Kelab dan Persatuan: Persatuan Bahasa Melayu English Language Society Persatuan Bahasa Cina Persatuan Sains dan Matematik Persatuan Sejarah dan Geografi Persatuan Pendidikan Seni Visual

    Persatuan Ekonomi & Perdagangan Persatuan ERT Persatuan Katering & Penyajian Persatuan Lukisan Kejuruteraan Kelab Setia Kelab Pencinta Alam Kelab Teknologi Maklumat

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    17/21

    Kelab Sains Sukan Kelab Pencegah Jenayah Kelab Muzik

    III. Sukan & Permainan: Badminton Hoki Ping Pong Bola Jaring Bola Tampar Catur Sepak Takraw Sofball Kriket Bola Keranjang

    Bola Sepak Bola Baling

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    18/21

    REFLEKSI LAPORAN ORGANISASI DAN PEJABAT SUMBER MANUSIA

    3.1.1 Profil Sekolah3.1.2 Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah3.1.3 Gred dan Kod : A, XEA 2075

    3.1.4 Moto : Pintar, Harmoni, Cemerlang.3.1.5 Ditubuhkan : 19913.1.6 Jenis Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan3.1.7 Bahasa Penghantar : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris3.1.8 Pengetua : Cik Lim Li Li3.1.9 Lokasi : Batu 4, Jalan Cecily Utara, 90000 Sandakan3.1.10 Zon : Sandakan

    3.2 Latar Belakang Sekolah

    SMK Muhibbah merupakan sebuah sekolah menengah gred A yang terletak di Jalan Cecily Utara, Batu 4,

    Sandakan. Sekolah ini telah dibuka pada Disember, 1991 dan beroperasi di dua bangunan blok papan.Pengambilan murid bermula dari tingkatan Peralihan, satu dan empat. Pada tahun 1995, SMK Muhibbahmemiliki dua bangunan kongkrit dua tingkat dengan 48 orang pendidik dan 876 murid. Kelas tingkatanenam rendah bermula pada tahun 1998 dengan 63 orang murid. Pada tahun 2001, SMK Muhibbah telahmenjadi sekolah pilihan bagi mewujudkan kelas bermasalah pembelajaran (Pendidikan Khas). Kini,setelah 18 tahun berlalu SMK Muhibbah telah memiliki seramai 91 orang kakitangan mengajar dan 13orang kakitangan bukan mengajar dengan seramai 1,289 orang murid yang sentiasa berusaha mencapaikecemerlangan dalam semua bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan teknologi.

    3.2 Akademik

    Sekolah ini menawarkan pakej pendidikan yang bakal membentuk pewaris Negara masa depan danmodal insan yang lengkap dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan mengikut keperluan Negara.Sekolah ini menawarkan sekolah menengah atas, peralihan, tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6 serta 1 kelasperalihan.

    Bil Perkara Bilangan Kelas1 Peralihan 12 Tingkatan 1 4

    3 Tingkatan 2 64 Tingkatan 3 55 Tingkatan 4 56 Tingkatan 5 57 Tingkatan 6 Rendah 48 Tingkatan 6 Atas 4

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    19/21

    3.3 Pengurusan

    Pengurusan Sekolah diuruskan secara sistematik dan efektif untuk melicinkan urusan-urusanpentadbiran di sekolah. Selain itu, ia juga dapat membantu dan menyokong proses P & P sekolah serta

    meningkatkan kemahiran dan kualiti sumber manusia. Pengurusan juga hendaklah kukuh danprofessional supaya dengan adanya ilmu ini, guru akan lebih bersemangat mencapai objektif sekolah,mengetuai perguruan, elit dan membantu komuniti.

    Senario dan proses system pengurusan di sekolah ialah:

    Pengurusan teknologi menggunakan komunikasi berkomputer yang memusatkan kepada ITuntuk sekolah.

    Kebajikan murid menggunakan komputer dan database untuk mengawal profil murid.

    Pengurusan Kewangan melibatkan penggunaan computer yang efisien di mana databasesekolah disambungkan kepada bajet, perakaunan dan laporan kewangan.

    SMK Muhibbah menjalankan sisitem pengurusan yang memuaskan iaitu setiap arahan dibuat dandijalankan secara sistematik. Sistem kehadiran sekolah ini menggunakan s ystem Punch Card yangdiwajibkan kepada semua guru dan staf sokongan. Bagi kehadiran murid, rekod kedatangan akandiambil oleh guru kelas masing-masing pada perhimpunan setiap hari di dataran sekolah dan disemakoleh Pengetua dan Penolong Kanan 1 setiap hari.

    Takwim persekolahan pula dirancang bagi satu tahun persekolahan dan tugas merancang melibatkanguru-guru dan pengetua sekolah. Setiap rancangan tahunan yang dirancanga dalah mengikut kehendakKementerian Pelajaran Malaysia iaitu meliputi kurikulum dan ko-kurikulum.

    Bagi memastikan guru-guru menjalankan tugas, pada setiap hari Jumaat, semua guru harus menghantarBuku Rekod Mengajar Guru untuk disemak oleh pihak-pihak yang ditugaskan. Bagi pengurusankewangan pula, ianya diuruskan oleh pentadbiran sekolah dari segi gaji dan kebajikan guru-guru.

    REFLEKSI LAPORAN INFRASTRUKTUR DAN FIZIKAL

    4.1 Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah:

    i. Pejabat PentabdiranPejabat Pentadbiran SMK Muhibbah mempunyai keluasan dan keadaan yang selesa danmemuaskan. Di dalam pejabat ini, terdapat ruang pejabat Pengetua, Guru-guru Kanan danpemusatan staf sokongan. Selain itu, sebuah bilik fotostat diwujudkan bagi memudahkan guru-guru mencetak bahan bantuan mengajar atau nota untuk murid.

    ii. Bengkel dan Makmal

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    20/21

    Terdapat 6 buah makmak yang digunakan untuk mata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi dandilengkapi dengan projektor dan layar putih.

    iii. Bilik Bimbingan dan KaunselingIa merupakan bilik yang mampu memotivasikan murid serta memulihkan sahsiah diri murid

    menjadi lebih positif dan membantu murid untuk membentuk jati diri dan disiplin mereka.

    iv. Makmal ICTTerdapat 1 buah makmal computer yang mempunyai alat-alat multimedia yang lengkap sertakeperluan mengakses internet, mencetak dan perkhidmatan lain berkenaan.

    v. Tapak PerhimpunanTapak Perhimpunan terletak di hadapan sekolah dan hampir semua aktiviti yang melibatkanmurid-murid dijalankan di tapak ini seperti aktiviti Perhimpunan Hari Isnin, perhimpunan pagidan lain-lain.

    vi. Tempat Letak KeretaKemudahan untuk meletakkan kenderaan (tak berteduh) guru-guru juga disediakan untukmemastikan kenderaan dalam keadaan yang selamat.

    vii. Bilik GuruBilik guru dilengkapi dengan perabot seperti meja, kerusi dan almari khas bagi setiap guru untukmeletakkan bahan-bahan mengajar, buku-buku dan fail-fail yang berkenaan. Selain itu, Bilik guru juga mempunyai sinki, pengdingin hawa, ruang menunggu serta pencahayaan dan pengudaraanyang baik.

    viii. KantinKantin juga dilengkapi tempat makan murid dan guru yang diletakkan secara berasingan.

    ix. Bilik DarjahBilik Darjah juga dilengkapi dengan meja dan kerusi mengikut jumlah murid di dalam sesebuahkelas. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kipas angin, lampu, papan putih dan papankenyataan. Setiap bilik darjah mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik untukmelancarkan proses P & P.

  • 8/2/2019 60569450-LAPORAN-MINGGU-ORIENTASI

    21/21

    4.2 Cadangan Penambahan Infrastruktur dan Fizikal Sekolah

    4.1 Bagi Kecemerlangan sekolah dari segi infrastruktur dan fizikal, berikut adalah beberapa cadangan:

    i. DewanSekolah masih tidak mempunyai dewan yang sesuai bagi kesemua murid untuk aktiviti formal disekolah. Justeru itu, sekolah dicadangkan agar mempunyai sebuah dewan yang selesa dankondusif untuk kemudahan warga sekolah.

    ii. Pusat Pembangunan MultimediaIanya penting untuk diwujudkan bagi membina pelbagai cabang multimedia dan menjadikan ialebih sistematik. Selain itu, ianya juga dapat melengkapkan diri murid dengan keperluan globalkini yang berasaskan multimedia dan ICT.

    iii. Studio Muzik / Bilik TeaterBilik ini haruslah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan muzik, audio, studio, videoconferencing, tayangan video untuk kemudahan muzikal dan satu bilik khas untuk aktiviti dramadan teater bagi memupuk dan mengembangkan bakat murid. Dengan ini murid dapatmenjalankan kedua-dua aktiviti ini dengan selesa.

    iv. Bilik GuruDitambahkan dengan kelengkapan sedia ada dengan kelengkapan terkini, bilik guru akanmenjadi lebih mantap. Misalnya, guru-guru boleh online untuk akses catalog courseware dan juga database serta mengakses maklumat dan sumber terkini tentang system pengurusan.Selain itu, guru-guru harus mempunyai professional networking system individu seperti e-mail

    atau groupware. Ini adalah penting untuk berkongsi idea dan teknik P & P yang lebih berkesanbukan sahaja di dalam sekolah malah di luar sekolah juga.