54728251-assigment-psikologi.doc

52
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI: PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER: JANUARI (PERTAMA) / TAHUN: JANUARI 2011 KOD KURSUS: HBEF2103 TAJUK KURSUS: PSIKOLOGI PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 840528126122001 NO. KAD PENGNEALAN : 840528126122 NO. TELEFON : 0166397787 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE

Upload: sangkari-suppaiah

Post on 26-Sep-2015

219 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI: PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER: JANUARI (PERTAMA) / TAHUN: JANUARI 2011 KOD KURSUS: HBEF2103TAJUK KURSUS: PSIKOLOGI PENDIDIKANNO. MATRIKULASI

: 840528126122001NO. KAD PENGNEALAN: 840528126122NO. TELEFON

: 0166397787E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: SHAH ALAM LEARNING CENTREpegenalanSalah satu cabaran guru yang amat besar sekali ialah pengurusan disiplin dan bilik darjah. Guru sentiasanya dihantui oleh soalan-soalan berkonflik seperti Adakah saya ataupun murid-murid saya memerlukan peraturan untuk mengawal disiplin? atauAdakah saya perlu menyediakan senarai konsekuen terhadap salah laku yang berlaku dalam bilik darjah ini? Sesetengah pentadbir dan guru berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah dan disiplin adalah sinonim. Golongan ini sentiasa mentakrifkan pengurusan bilik darjah sebagai kebolehan guru untuk (i) mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran, dan (ii) mengurangkan tingkah aku disruptif/mengganggu. Manakala, mereka yang cenderung kepada pendekatan pemusatan murid pula dilihat pengurusan bilik darjah sebagai satu persediaan murid-murid untuk kehidupan apabila mereka dewasa nanti. Kian lama disiplin dan pengurusan bilik darjah menjadi tajuk perbincangan hangat dalam kalangan para pendidik dan orang ramai. Perkara yang biasa menjadi isu ialah betapa serius masalah-masalah disiplin di sekolah hari ini. Apakah sekolah-sekolah masa kini jauh berbeza berbanding dengan sekolah-sekolah 10 atau 20 tahun yang lalu? Apakah kesan tingkah laku bermasalah ke atas pembelajaran murid-murid dan pengajaran guru dalam bilik darjah?Bab ini akan menghuraikan beberapa aspek berkaitan dengan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah bilik darjah termasuk konsep, jenis-jenis masalah disiplin tingkah laku bermasalah bilik darjah dan punca-punca tingkah laku bermasalah bilik darjah serta penyelesaian masalah-masalah pembelajaran tersebut.bahagian 1:

senario pengajaran pembelajaran

Ramai guru yang melantangkan suara mereka untuk menyuruh murid-murid diam apabila masing-masing sibuk berbual ketika beliau sedang mengajar dan ketika keadaan kelas mula sukardikawal. Murid-murid di dalam sesebuah kelas umumnya mempunyai pelbagai perbezaan latar belakang dan sikap yang tersendiri sama ada positif atau negatif. Perbezaan tersebut kadang kala membawa kepada masalah disiplin dan masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara tingkah laku bermasalah yang menyebabkan masalah disiplin dan masalah pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:a) Tingkah laku distruktif Ciri-ciri murid distruktif secara lisan ialah member arahan secara kasar kepada orang lain, mengejek dan mengkritik kerja orang lain. Manakala ciri-ciri murid yang distruktif secara fizikal pula ialah menendang, memukul, meludah, menggigit, merampas, melempar dan bergaduh serta merosakkan harta benda sekolah.b) Tingkah laku disruptif tingkah laku murid disruptif merupakan tingkah laku yang mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara lisan atau fizikal.c) Tidak minat belajar murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang lemah dan sering tidak membawa buku.

d) Tingkah laku masalah bergantung murid tidak dapat berdikari sebaliknya amat bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Mereka juga cepat berputus asa membuat aktiviti di dalam dan luar kelas mahupun di rumah. Sering mengadu kepada guru dan menjerit ketika diganggu oleh rakan dan.

e) Degil dan tidak menghiraukan arahan serta teguran guru sikap degil dan tidak menghiraukan arahan guru. Kalangan murid seperti ini kerap kali dilihat dalam bilik darjah. Mereka tidak takut dengan ketegasan guru. Sering melawan teguran guru dan memberi banyak alasan.BAHAGIAN 2:HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.

Tingkah Laku Bermasalah

Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku distruktif, tingkah laku disruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal.

Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk tingkah laku bermasalah dari konteks pendidikan sebagai sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah. Tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku bermasalah semata-mata tetapi juga merangkumi tingkah laku bermasalah positif iaitu seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.

Walau bagaimanapun, tingkah laku bermasalah yang merangkumi tingkah laku disruktif (anti sosial), distruptif (mengganggu) dan bergantung termasuklah hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.Tidak Minat Belajar

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh Cikgu Aishah ketika mengajar Kelas 4 Melati ialah terdapat di kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang lemah dan sering tidak membawa buku. Dalam hal ini, Omardin Ashaari (1999) menyatakan bahawa biasanya murid yang lemah dalam pelajaran mempunyai hubung kait dengan soal minat, sikap, kaedah mengajar, kesihatan dan kelembapan pemikiran serta kesukaran murid mengikuti pengajaran guru. Justeru, guru hendaklah mengenalpasti murid yang mempunyai masalah tersebut dan bijak merancang serta mengambil kaedah dan strategi yang sesuai agar dalam masa yang sama tidak menjejaskan pembelajaran murid-murid yang sudah cekap dalam pelajaran.

Di samping itu, guru juga seharusnya sentiasa memberi galakan dan rangsangan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada murid yang lemah sebagai motivasi agar mereka sedar dan berusaha meningkatkan tahap pembelajaran mereka. Jika tahap pembelajaran murid masih di tahap yang sangat lemah dan tidak mampu diatasi dengan melalui kaedah pemulihan yang dijalankan di dalam kelas, guru boleh mengadakan kelas pemulihan untuk memberi perhatian khusus kepada murid yang bermasalah tersebut agar mereka tidak keciciran sebaliknya mereka mampu mengikuti pembelajaran mengikut keupayaan mereka.Tingkah Laku Distruktif

Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang amat berbahaya kerana pelaku bukan sahaja melakukan aktiviti jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan-kemudahan sekolah. Sikap agresif mereka dapat dilihat dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain dan hal ini boleh membawa kepada permusuhan nyata. Pelaku juga mungkin bertindak agresif kepada pihak lawan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam.

Zirpoli & Melloy (2001) dalam Nora Mislan (2007) menjelaskan bahawa tingkah laku distruktif boleh berlaku tidak kira sama ada secara lisan, bukan lisan atau fizikal yang boleh mencederakan orang lain secara sengaja ataupun tidak. Dipercayai semua bahasa badan yang ditunjukkan oleh murid untuk kesemua tingkah laku yang distruktif dan agresif ini menunjukkan kemarahan, keberangan, kekecewaan, kehinaan atau sebagainya yang menyebabkan kelakuan distruktif . Ciri-ciri murid yang distruktif secara lisan ialah memberi arahan secara kasar kepada orang lain, mengejek dan mengkritik kerja orang lain. Manakala ciri-ciri murid yang distruktif secara fizikal pula ialah menendang, memukul, meludah, menggigit, merampas, melempar dan bergaduh. Contohnya di dalam Kelas 4 Uranus, Ammar Ehsan dan Abbas menunjukkan tingkah laku bermasalah disruktif apabila mereka saling bersaing dan bergaduh semata-mata untuk menarik perhatian guru.

Tiwi Kamidin (2004) berpendapat bahawa tingkah laku distruktif sering berlaku dikalangan pelajar berusia 10 hingga 15 tahun. Kebiasaannya tingkah laku distruktif dikalangan pelajar pada usia 15 tahun dianggap membahayakan kerana berkemungkinan besar mengakibatkan kecederaan pada individu yang dimusuhi. Sekiranya ia berlaku, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul bukan sahaja di dalam bahkan di luar sekolah. Hal ini mungkin berpunca daripada konflik keluarga, terpengaruh dengan suasana persekitaran, keganasan yang dilihat daripada televisyen, bergaul dengan murid yang nakal yang bertujuan ingin mendapatkan perhatian.Tingkah Laku Disruptif

Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara lisan atau fizikal. Manakala Kerr & Nelson (1998) dalam Nora Mislan (2007) pula menyatakan perlakuan disruptif sebagai apa sahaja perlakuan yang mengganggu proses pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Cara-cara tingkah laku disruptif ini termasuklah untuk mendapat perhatian tidak kira positif atau negatif, mengelak dari melakukan tugasan, berkelakuan agresif dan kasar.

Tiwi Kamidin (2004) menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkah lakudisruptif akan sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku menganggu ini bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah sama ada terhadap adik beradik atau rakan sebaya. Jika tidak dikawal, tidak mustahil tingkah laku tersebut membawa kepada tingkah laku distruktif dan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya. Jenis-jenistingkah laku disruptif antaranya termasuklah hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, pelaku adalah daripada kalangan murid lelaki berusia 10 hingga 11 tahun.

Merujuk situasi di dalam kelas 4 Uranus, didapati beberapa orang murid mempunyai tingkah laku bermasalah disruptif contohnya Thirumallraj yang agak nakal sering mengganggu rakan-rakannya yang sedang belajar dan Aidil Ikhwan pula suka mengusik murid-murid perempuan. Keadaan seperti ini akan mengganggu tumpuan murid-murid sekelas yang lain seterusnya menyebabkan guru sukar untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut. Sekiranya masalah perlakuan disruptif bermula di bilik darjah ini tidak ditangani dengan berkesan maka tidak mustahil pelbagai perlakuan destruktif pula yang akan berlaku di dalam dan di luar bilik darjah. Tingkah Laku Masalah Bergantung

Menurut Tiwi Kamidin (2004), tingkah laku bermasalah juga mungkin berbentuk pergantungan berlebihan yang menunjukkan murid tidak dapat berdikari sebaliknya amat bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Tingkah laku bermasalah ini biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah tetapi ada kalanya berlarutan sehingga usia remaja. Mereka mudah berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya jika tidak berada disamping orang yang diharapkan.

Antara symptom-simptom yang ditunjukkan oleh murid yang mempunyai tingkah laku masalah bergantung adalah seperti sukar untuk membuat keputusan seharian tanpa mendapatkan nasihat dan jaminan dari orang lain, memerlukan orang lain untuk bertanggunjawab ke atas kebanyakan perkara dalam kehidupan, tidak berani untuk mengambil sesuatu tindakan kerana kekurangan keyakinan diri dan tidak yakin akan kebolehan diri, mengambil langkah yang berlebih-lebihan untuk mendapatkan sokongan dari orang lain sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia sesuatu yang tidak baik, berasa tidak selesa atau lemah apabila bersendirian kerana takut tidak dapat menjaga diri sendiri dan sebagainya. Contohnya di dalam Kelas 4 Pluto, Farah Amani yang sering menangis di dalam kelas, selalu menjerit, dan mengadu kepada guru apabila diejek oleh murid lelaki dan sering meniru jawapan kawan semasa membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini menunjukkan dia mempunyai masalah bergantung kerana tidak cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi tetapi sebaliknya terlalu bergantung kepada rakan sebaya dan mengharapkan guru untuk bertindak membelanya dari diganggu dan tidak berusaha untuk membuat akiviti tersebut tanpa bantuan guru atau rakan sebaya.

Selain itu, murid yang mempunyai tingkah laku masalah bergantung biasanya mudah mengikut percakapan orang lain dan dipengaruhi. Pendirian mereka juga kurang tegas khasnya apabila berkaitan dengan sesuatu pendapat. Hal ini akan menimbulkan masalah pembentukan kendiri diri murid apabila mudah dipengaruhi oleh orang lain. Kesannya mungkin akan menimbulkan tingkah laku bermasalah yang lebih agresif seperti desruptif atau destruktif akibat terlalu bergantung kepada orang disisinya. Kebanyakan individu yang mempunyai masalah tingkah laku bergantung merupakan seorang yang pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan. Ia mungkin berpunca daripada sikap ibu bapa yang mengamalkan perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak.

Degil dan Tidak Menghiraukan Arahan serta Teguran Guru

Secara umumnya, sikap degil dan tidak menghiraukan arahan guru di kalangan murid kerap kali dilihat dalam bilik darjah. Walaupun tidak semua murid bersikap demikian, termasuklah sebahagian besar murid-murid di kelas 4 Pluto. Tetapi terdapat seorang murid dari kelas 4 Pluto bernama Nabil yang selalu membawa barang mainan berbahaya dan tidak berbahaya seperti pisau lipat, pistol mainan, daun judi dan VCD ke sekolah untuk di tunjukkan kepada rakan-rakannya. Walaupun telah ditegur oleh guru beberapa kali. Menurut Omardin Ashaari (1999), golongan murid bersikap degil ini gemar menentang guru dan apa yang dilakukan hanya untuk menjaga kepentingan diri semata-mata. Mereka mempunyai nilai yang berlainan dalam hidup mereka. Sifat ini mungkin berpunca daripada salah didikan dan pengaruh persekitaran. Jika tidak dikawal, mereka mungkin menjadi lebih liar di luar bilik darjah. Malah masalah akan menjadi lebih berat lagi jika mereka dapat mempengaruhi rakan-rakan lain di dalam dan luar sekolah.

Murid yang mempunyai masalah kesihatan selalunya gagal memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran guru. Keadaan ini boleh mengganggu kawalan guru dibilik darjah. Murid tersebut tidak dapat menerima arahan guru yang diberikan dan secara tidak langsung menimbulkan masalah disiplin. Beberapa takrifan masalah disiplin yang diutarakan oleh ahli-ahli teoris dalam bidang tersebut. Kindsvatter (Levin & Nolan,2004) yang melihat disiplin dari perspektif tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah mendefinisikan masalah disiplin sebagai tingkah laku bermasalah atau salah laku.Feldhusen (Levin & Nolan, 2004) pula menggunakan istilah tingkah laku disruptif yang ditakrifkan sebagai gangguan terhadap pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Berpegang kepada pengertian ini, maka apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru boleh dianggap sebagai masalah disiplin. Bagi Emmer dan rakan-rakan (Levin & Nolan, 2004) tingkah laku murid boleh ditakrifkan sebagai disruptif apabila ia mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid untuk satu jangka masa tertentu.Manakala Shrigley (Levin & Nolan, 2004) menegaskan bahawa apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau yang bersifat tidak selamat dari segi psikologi mahupun fizikal boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku disruptif. Justeru, perbuatan seperti berbual-bual dengan rakan-rakan kelas, berbuat bising, berlari-lari dalam makmal sains, tidak mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan radas sains, mengugut murid-murid yang lain, membuli, dan ejek-mengejek dikatakan tingkah laku bermasalah bilik darjah.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Bermasalah dan kaitan dengan Pendekatan Teori.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku bermasalah dikalangan murid-murid. Justeru, guru perlu mengetahui pendekatan teori yang berbeza agar dapat memahami tingkah laku bermasalah di kalangan pelajar dan sebab berlakunya perkara tersebut. Seterusnya dengan maklumat yang diperolehi, membolehkan guru membuat penyesuaian langkah intervensi yang wajar diambil. Terdapat teori-teori tertentu yang mempunyai pendekatan yang sesuai dapat dikaitkan dengan tingkah laku bermasalah ini antaranya Teori Sosial Albert Bandura, Teori Tingkah Laku Behaviorisme yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh popular iaitu Ivan Petrovich Pavlov, John B. Watson, Edward L. Thorndike dan B. F Skinner, Teori Humanistik seperti Teori Motivasi Maslow yang terkenal dengan Hierarki KeperluanMaslow dan Teori Kognitif.

Faktor Pelajar

Faktor murid adalah faktor yang paling utama dan dominan penyebab tingkah laku bermasalah. Jika dilihat lebih luas lagi, perkara ini merangkumi beberapa aspek yang berkait rapat dengan diri murid itu sendiri iaitu latar belakang murid dan pengaruh keluarga khususnya peranan ibu bapa dalam membentuk diri murid serta sosio-ekonomi keluarga.

Omardin Ashaari (1999), menjelaskan bahawa keluarga khususnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi perhatian terhadap pembelajaran murid kerana mereka mempunyai pengaruh kuat terhadap cara hidup murid. Sebagai tenaga penggerak, pengajar, dan sumber ilham kepada pelajar, mereka hendaklah sentiasa diberi galakan dan perangsang kepada murid agar mereka cemerlang dalam pencapaian akademik. Persengketaan yang wujud dalam sesebuah keluarga pasti sedikit sebanyak menimbulkan ketidaktenteraman dalam fikiran murid sekaligus menjejaskan ketenangan jiwa lantas menjadi penyebab masalah disiplin di dalam dan luar bilik darjah.

Selain itu, masalah tingkah laku murid juga mungkin berpunca daripada sosio ekonomi keluarga sekaligus boleh dikaitkan dengan masalah penyesuaian diri. Hal ini, biasanya berlaku di kalangan murid daripada keluarga kelas sosio-ekonomi rendah. Mereka akan membawa nilai-nilai yang menjadi kebiasaan dan diamalkan di rumah semasa di sekolah seperti dalam soal pengurusan masa, pergaulan dan sebagainya. Kehidupan mereka di rumah sememangnya menjadi pengaruh besar kepada tingkah laku mereka di sekolah. Teori Humanistik menekankan tentang kebolehan dan potensi dari keputusan yang murid ambil dalam mengawal kehidupan mereka. Manakala Teori Motivasi Maslow dibangunkan oleh Abraham H. Maslowmelalui Hierarki Keperluan Maslow pula merupakan salah satu Teori Humanistik yang boleh membantu guru memahami sebab mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian. Melalui teori ini, Maslow menegaskan bahawa seseorang individu perlu memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder.

Menurut Nora Mislan (2007), Abraham Maslow telah membahagikan keperluan manusia kepada lima peringkat iaitu keperluan fisiologi dan biologi (air, makanan,udara, tempat tinggal, tidur dan sebagainya), keperluan keselamatan (dilindungi daripada elemen ancaman, undang-undang, limitasi, emberti dan sebagainya), keperluan dibelai dan disayangi (kasih dari keluarga, sekolah, rakan-rakan dansebagainya), keperluan estim (keperluan estim kendiri, pencapaian, masteri, berdikari dan sebagainya) serta kesedaran kendiri (kesedaran dalam potensi diri, mengembangkan kebolehan dan mencapai apa yang diinginkan). Walaubagaimanapun, teori ini menekankan bahawa keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, dan penghargaan kendiri manusia perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu dapat menceburkan diri ke dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik.

Mengikut Prof. Madya Dr. Aminah Ayob dari Universiti Sains Malaysia (USM),terdapat segelintir ibu bapa yang tidak cuba untuk memahami dan mendalami kesukaran yang dihadapi oleh anak-anak mereka di sekolah. Mereka kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak dari segi perasaan dan bimbingan akademik. Oleh sebab itu, murid ke sekolah hanya untuk memenuhi kehendak autoriti. Akibat tiada dorongan, murid tidak bersemangat untuk belajar apatah lagi untuk mencapai kejayaan atau berlumba-lumba dalam pendidikan. Kajian beliau yang seterusnya mendapati kesibukan mencari rezeki menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai cukup masa berkualiti dengan anak-anak. Perasaan tidak puas hati, marah, geram, sedih dan lain-lain mulai bercampur baur lantaran tidak siapa yang ambil peduli. Oleh itu, pelajar bertindak meluahkan perasaan melalui tindakan yang dilarang. Teori kognitif menyatakan manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun dan mengeluarkan semula pengalaman mereka. Teori ini lebih menekankan kepada penggunaan pemikiran seseorang bertujuan membentuk struktur kognitif dalam ingatan dan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Ia adalah suatu proses mental dalaman.

Menurut Asmah Bee Mohd Noor (1999), ahli teori kognitif percaya bahawa pemikiran mempengaruhi perasaan dan tingkah laku manusia. Jika individu mengubahcara berfikir, maka perasaan dan tingkah lakunya juga akan mengalami perubahan melalui modifikasi tingkah laku. Oleh itu, teori ini memfokuskan kepada proses disebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhatikan adalah petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar (Prof. Aminah Ayob, 2005).

Justeru, ibu bapa perlu sedar hakikat kepentingan membentuk peribadi anak-anak. Perhatian yang lebih serius secara keseluruhan terhadap perkembangan mereka dari pelbagai aspek harus diberikan. Mereka perlu lebih terbuka dalam melayani pertanyaan anak-anak, berbincang dan memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk memberikan pandangan dan pendapat, membuat pilihan serta menyatakan sebab-sebab mengapa mereka menggemari sesuatu atau sebaliknya dalam usaha membentukan peribadi dan tingkah laku murid yang positif.Faktor Guru

Masalah tingkah laku di dalam bilik darjah turut mempunyai hubung kait dengan guru dari segi sikap dan keprihatianan guru, gaya kepimpinan dan kaedah sert abahan pengajaran guru. Ini disebabkan guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sesebuah pengajaran dan pembelajaran serta memastikan kelicinannya sekaligus mempunyai autoriti dalam mengawal tingkah laku murid di dalam kelas.

Guru hendaklah mempunyai sikap dan sahsiah yang positif agar dihormati murid. Selain itu, bagi menjadi guru yang berkesan, popular, disukai ramai dan disanjung pelajar, mereka perlu menguasai dan sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran komunikasinya bagi membolehkan murid mudah bergaul dengan mereka dan lebih terbuka dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di antara kedua-duanya. Secara tidak langsung, murid akan berasa diri mereka dikasihi, dihargai dan dimuliakan. Hal ini pastinya dapat membantu guru dalam mengatasi masalah tingkah laku di kalangan murid-murid di dalam bilik darjah.

Abd. Rahim b. Abd Rashid (1999) menyatakan bahawa punca tingkah laku bermasalah di kalangan murid ialah wujudnya proses demoralizing murid di dalam kelas. Terdapat amalan yang tidak sihat dan bersifat Demoralizing murid sama ada secara sengaja atau tidak sengaja oleh guru dan juga dalam amalan ember ember yang tidak sihat di sekolah. Demoralizingadalah proses yang meruntuhkan moral murid sehingga mereka merasakan diri tidak berguna, tidak dihormati, dan tidak dihargai. Kecaman yang sering dilemparkan oleh guru terhadap murid serta memburuk-burukkan murid boleh membunuh segala motivasi dan harga diri murid. Murid menjadi benci dan anti kepada sekolah dan masyarakat. Memberi gelaran yang buruk dan menghina adalah satu proses Demoralizingyang boleh memusnahkan maruah murid. Motivasi diri menjadi hancur disebabkan proses demoralizingyang dialami secara berterusan oleh individu.Omardin Ashaari (1999) menjelaskan guru yang bersifat autokratik dan melaksanakan tugas secara kuku besi dan terlalu dominan dalam tindak tanduk mereka ketika mengawal bilik darjah boleh menyebabkan murid tidak bebas dan berfikir. Murid perlu diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan pembelajaran seperti mengeluarkan pendapat dan saranan agar tidak menjejaskan keupayaan dan kemampuan mereka untuk menerima pelajaran. Jangkaan guru yang rendah terhadap murid juga boleh menjadikan mereka lebih suka mengikut daripada berfikir. Hal ini kerana jangkaan guru yang rendah memberi kesan buruk terhadap pencapaian murid. Murid akan berasa guru kurang menunjukkan perhatian dan minat untuk membantu meningkatkan kebolehan mereka. Sikap atau imej ini terbentuk disebabkan jangkaan guru yang tidak mendorong kemajuan murid terutama di kelas-kelas yang lemah. Persepsi guru dan jangkaan guru yang rendah pastinya melemahkan lagi semangat dan harapan mereka. Motivasi menjadi berkecai dan lumpuh disebabkan jangkaan guru yang tidak merangsangkan kemajuan murid-muridnya.Teori tingkah laku behaviorisme yang dipelopori oleh ahli-ahli psikologi behavioral seperti John B. Watson, Ivan Pavlov, Edward L. Thorndike dan B. F. Skinner merupakan teori pembelajaran yang mengaitkan pembelajaran dengan perubahan tingkah laku. Mereka menjalankan kajian ke atas haiwan bagi membuktikan teori ini dan kemudian mengaplikasikannya terhadap tingkah laku manusia yang boleh dilihat dan diukur di dalam pembelajaran dengan tujuan untuk menghurai, menerang, meramal dan mengawal tingkah laku manusia. Melalui teori ini, tokoh-tokoh ini berpendapat bahawa tingkah laku adalah hasil daripada interaksi antara baka dan persekitran dan boleh diperhatikan, dikawal serta diramal melalui penggunaan konsep peneguhan dan jadual peneguhan (Nora Mislan, 2007). Mereka juga menekankan bahawa perkaitan gerakbalas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru dan teori pembelajaran ini disebut sebagai Teori Rangsangan dan Gerak Balas. (Mok Soon Sang, 2003)

Skinner melalui Teori Pelaziman Operan Skinner (1953) telah menekankan tentang proses pembiasaan dalam membentuk tingkah laku dan mengemukakan beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia. Menurut beliau, pembelajaran berlaku melalui pelaziman dan peneguhan positif pula merupakan rangsangan yang penting dalam menambahkan kebarangkalian gerak balas murid. Oleh itu, peneguhan positif perlu diberi dari semasa ke semasa untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini sekaligus menjayakan proses pembiasaan ini. Manakala peneguhan negatif pula membawa kesan yang tidak menyeronokkan dan murid akan mengulangi tingkah laku yang tidak diingini. Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.Selain itu, kaedah dan bahan pengajaran guru yang kurang atau gagal menarik perhatian murid juga menjadi penyebab masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Murid mungkin sukar untuk menerima dan memahami pengajaran yang disampaikan atau murid merasakan isi dan kandungan pelajaran yang disajikan membosankan kerana kurang mencabar. Kamaruddin Haji Husin (1994) menyatakan bahawa hal ini kerana kesediaan guru amat penting bagi menjamin ketenteraman serta tingkah laku murid. Guru yang kreatif mampu menarik minat pelajar dan seterusnya menghindarkan masalah tingkah laku di kalangan mereka. Oleh itu, guru perlu menggunakan kaedah dan bahan pengajaran yang sesuai untuk meransang murid agar mereka dapat memberi tumpuan terhadap penyampaian pengajaran guru.

Menurut Mok Soon Sang (2003), berdasarkan rumusan teori tersebut, guru disaran melaksanakan modifikasi tingkah laku berpandukan kepada langkah-langkah berikut:

i. Mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditonjolkan oleh pelajar dalam bilik darjah.

ii. Menetapkan matlamat tahap pencapaian tingkah laku yang dikehendaki.

iii. Memilih dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku yang dikenal pasti. Sehubungan dengan itu, Teori Pembelajaran Operan Skinner menjadi pertimbangan asas untuk proses pembiasaan itu.

iv. Peneguhan positif hanya diberi selepas perubahan tingkah laku negatif murid kepada positif mengikut matlamat tahap pencapaian yang ditentukan. Sekiranya murid masih menonjolkan tingkah laku yang tidak diingini, guru perlu memastikan tiada sebarang peneguhan diberi dan melalui proses penghapusan ini, lama kelamaan tingkah laku ini akan lenyap sama sekali.Omardin Ashaari (1999) menjelaskan bahawa peneguhan dapat menarik perhatian murid untuk memahami pengajaran guru di samping menggalakkan murid untuk lebih giat mencuba dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Peneguhan juga membantu murid untuk menghayati bahan dan fakta pelajaran yang disajikan oleh guru mereka. Secara tidak langsung, murid akan lebih bermotivasi untuk mempertingkatkan tahap pembelajaran murid sekaligus mampu memperoleh kejayaan dalam bidang tersebut. Tingkah laku bermasalah yang timbul di kalangan pelajar dapat dikurangkan dan disiplin murid akan dapat diperbaiki jika guru konsisten dalam mengamalkan konsep peneguhan. Murid akan terus menunjukkan perubahan tingkah laku positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan rohani. Malah keyakinan diri murid juga akan dapat dipertingkatkan dan dipupuk seterusnya dapat membentuk murid yang berilmu pengetahuan, cinta membaca dan berakhlak mulia.Faktor Fizikal Bilik Darjah dan Sekolah

Menyentuh isu fizikal bilik darjah, Prof. Atan Long (1980) berpendapat bahawa keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan masalah tingkah laku di kalangan murid. Kelas yang terlalu ramai, dengan alat kelengkapan yang tidak sesuai, cuaca yang panas, alat bantu mengajar yang tidak mencukupi, gangguan dari luar semuanya boleh menimbulkan ketidakselesaan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas. Murid juga tidak dapat memberi tumpuan kepada pengajaran guru sehingga menyebabkan murid mengambil kesempatan untuk bertingkah laku yang tidak baik seperti menganggu kawan, berbuat bising dan sebagainya. Perkara ini akan menyebabkan murid tidak dapat menerima isi pelajaran dengan baik yang menjadikan mereka melakukan perlakuan yang tidak sepatutnya di dalam bilik darjah.

Manakala dari segi keadaan sekolah pula, Omardin Ashaari (1999) berpendapat keadaan ceria di persekitaran sekolah pula perlu diwujudkan untuk murid bergiat cergas dalam aktiviti pembelajaran. Persekitaran sekolah seperti organisasi, struktur dan suasana persekitaran belajar yang kurang baik dan kurang sesuai akan mendorong terjadinya masalah pembelajaran dan masalah disiplin. Hal ini biasanya berlaku di kalangan murid yang lemah pencapaian akademik di mana keadaan tersebut akan mengurangkan motivasi serta tidak memberi peransang untuk mereka belajar.Faktor Masyarakat

Menurut Mok Soon Sang (2003), masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi seseorang individu dari aspek sosioemosi, fizikal dan mental. Misalnya, perbezaan nilai hidup membentuk falsafah hidup di kalangan individu dan perbezaan kebudayaan serta agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. Masyarakat yang sihat mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Manakala masyarakat yang mementingkan kebendaan pula akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan mengabaikan nilai kerohanian dan kejiwaan.

Teori Pembelajaran Sosial yang diasaskan oleh Albert Bandura menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan agen penentu persekitaran. Teori pembelajaran kognitif ini menekankan peranan kognitif dan persekitaran atau masyarakat dalam perkembangan individu. Secara khususnya, teori ini mengatakan bahawa kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Melalui proses memerhati orang lain, seseorang individu akan membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya. Menurut teori ini lagi terdapat empat elemen utama yang telah dikenalpasti dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian dan permodelan iaitu tumpuan, penyimpanan, penghasilan dan seterusnya motivasi.

BAHAGIAN 3: Pelan Menagatasi Masalah Tingkah Laku Berlandaskan Teori Pembelajaran.Tugas penting guru dalam pengurusan bilik darjah ialah mencorakkan sikap dan tingkah laku yang baik serta bertanggungjawab. Mengubah sikap murid pastinya memerlukan kesabaran dan ketegasan. Namun begitu, guru juga perlu memiliki beberapa kemahiran berkaitan agar dapat meringankan bebas tugas yang dipikul. Kemahiran komunikasi dan pengurusan disiplin merupakan dua kemahiran yang patut dikuasai oleh guru serta perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.Kemahiran Komunikasi dan motivasi.Implikasi teori pembelajaran GagneProses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Hal ini juga melibatkan komukasi antara individu dengan pelajar. Menurut Mok Soon Sang (2003), komunikasi di bawah konteks pendidikan boleh ditakrifkan sebagai sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara dua individu atau di antara seorang individu dengan sekumpulan orang. Dengan perkataan lain, komunikasi merupakan satu interaksi ember di antara orang melalui aktiviti pemindahan mesej. Komunikasi boleh berlaku sama ada secara lisan atau bukan lisan. Khairul Azam Bahari (2005) mentakrifkan komunikasi lisan sebagai suatu bentuk komunikasi yang menggunakan suara dan bahasa (percakapan) sebagai medium dalam perhubungan. Manakala komunikasi bukan lisansebagai suatu bentuk komunikasi yang menggunakan pergerakan anggota badan sama ada badan dan memek muka. Intonasi suara juga dikategorikan sebagai salah satu daripada bentuk komunikasi bukan lisan.IMPLIKASI PENGAJARAN:

Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanya berlaku di antara guru dengan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau di antara murid dengan murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Dengan adanya komukasi yang mempunyai peneguhan akan mendorong pelajar untuk meningkatkan prestasi dan berusaha untuk mendapatkan penghargaan atau pengiktirafan positif. Secara tidak langsung perasaan pencapaian ini merupakan motivasi kepada mereka.Contoh:

Guru menyampaikan pengajarannya dengan suara yang jelas, kuat dan lantang serta menggunakan perkataan-perkataan yang ringkas dan mudah difahami. Di samping itu, guru juga dapat memberikan peneguhan positif kepada murid melalui komunikasi bukan lisan bagi memberi dorongan kepada pelajar untuk meningkatkan usaha mereka dalam pembelajaran seperti mengangguk kepala dan senyuman setelah melihat mereka mencuba sesuatu.

Justeru, amat penting bagi guru untuk menguasai kemahiran komunikasi dan mempertingkatkan kemahirannya dari semasa ke semasa kerana komunikasi yang tepat membantu guru meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran danpembelajaran.

Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) menegaskan bahawa guru yang cekap semestinya perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Sifat peramah serta dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai kelompok ember yang berbeza memerlukan guru menguasai kemahiran komunikasi yang baik. Penguasaan dan penggunaan bahasa yang baik dan cekap sangat penting bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan. Kemahiran komunikasi juga sangat penting bagi membolehkan seseorang guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan jelas dan mudah difahami. Adalah lebih baik sekiranya, seseorang guru mampu menguasai beberapa bahasa agar dapat mendedahkan dirinya dengan dunia yang lebih luas dan intelektual yang lebih menyeluruh.Gaya KepimpinanSelain itu, gaya kepimpinan guru juga dilihat sebagai satu salah aspek yang perlu diberi perhatian supaya kawalan kelas dapat dilakukan dengan berkesan. Lippit dan White (1958) menjelaskan bahawa kawalan secara kekerasan dan mengikutsesetengah golongan menganggapnya sebagai berwibawa. Segala aktiviti pelajardiarahkan oleh guru dan hanya guru yang akan menentukan pujian dan kritikanterhadap pelajar-pelajarnya. Namun begitu, Ee Ah Meng (1998) menganggap kepimpinan guru menerusi pendekatan ini bersifat autokratik dan biasanya pendekatan sebegini jarang melibatkan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru merasakan penglibatan pelajar boleh mengancam kewibawaan merekadan menimbulkan gangguan kepada aktiviti mereka.Terdapat juga guru yang memainkan peranan pasif dan membiarkan murid dalam kumpulannya mempunyai kebebasan penuh untuk melakukan apa yang mereka suka dan mereka tidak memberi sebarang saranan dan penilaian positif atau negatif terhadap tingkah laku pelajar (Lippit dan White, 1958). Kepimpinan sebegini pula dikelaskan oleh Ee Ah Meng (1998) sebagai kepimpinan laissez-fairedi mana murid akan menjadi kurang produktif di hadapan guru kerana banyak masa yang dihabiskan hanya untuk bertanya dan mendapatkan maklumat sahaja.Adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan pendekatan kawalan terpimpin yang bersifat sederhana dengan jenis kepimpinan demokratik demi mewujudkan keadaan kondusif yang sesuai di samping menjamin proses pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Omardin Ashaari (1999) berpendapat pelajar perlu diberi bimbingan dan pimpinan mengikut pelbagai langkah dan peringkat pembelajaran dengan menggunakan kaedah yang sistematik bagi membolehkan mereka maju dengan seberapa cepat yang boleh. Ini kerana pelajar adalah seseorang yang perlu berkembang dan guru sepatutnya membiarkan mereka berkembang secara semula jadi. Oleh itu, pelajar seharusnya belajar melalui peringkat demi peringkat secara teratur mengikut kehendak dan keperluan mereka untuk menentukan arah yang sesuai bagi diri mereka sendiri. Pendekatan sebegini menjadikan pelajar lebih matang dan mempunyai rasa percaya diri kerana pelajar akan mempelajari apa yang perlu mereka ketahui. Manakala guru pula hendaklah memainkan peranan yang aktif dalam memberi pandangan dan saranan semasa merancang dan mengelolakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Jenis kepimpinan demokratik ini bertujuan memberi kebebasan kepada pelajar untuk bertindak dalam kumpulan. Guru akan memilih ahli dan sentiasa melakukan penyerahan tugas. Hasilnya, pelajar akan berusaha menghasilkan kerja yang baik dan aktif dalam semua keadaan tidak kira sama ada dengan kehadiran guru atau sebaliknya. Perbezaan di antara diri pelajar dengan persekitaran pula membantu menambahkan ketentuan dan keyakinan diri. Suasana rapat dan mesra dapat Proses komunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan memainkan peranan yang amat penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Malah proses tersebut berlaku dalam memberi semua jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti soal jawab, perbincangan, membaca, menyanyi, bercerita, penerangan dansebagainya. Implikasinya, keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat bergantung kepada kebolehan murid mentafsir mesej yang disampaikan oleh guru. Komunikasi berkesan hanya berlaku jika guru menyampaikan pelajaran dengan carayang mudah dan mudah difahami pelajar berdasarkan tahap kemampuan mereka. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan suara yang lantang dan jelas serta perkataan-perkataan yang mudah difahami oleh pelajar semasa menyampaikan pelajaran.Kementerian pendidikan juga telah meletakkan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar, bahan dan berasaskan aktiviti menjadi memberi utama dalam pengajaran dan pembelajaran menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dengan perubahan tersebut, kurikulum latihan perguruan di institusi-institusi perguruan telah diubahsuai untuk melatih guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengajaran yang memusatkan bahan, pelajar dan aktiviti (Lai KimLeong,et. Al., 2001) Bahkan kini kerajaan sedang berusaha untuk membestarikan sekolah-sekolah dan memberi kemudahan-kemudahan seperti komputer agar lebih banyak sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran dan bahan bantu mengajar yang merangkumi pelbagai media. Ini bertujuan dapat mencetus dan menarik minat pelajar serta dapat memaksimumkan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran demi membangunkan potensi pelajar khususnya dari segi kecerdasan, bakat, kemahiran dan kreativiti pelajar. Sekiranya hal ini tidak dapat dilaksanakan, pelajar akan mudah berasa bosan dan gelisah, mereka mungkin memberontak dan seterusnya menimbulkan masalah tingkah laku di dalam kelas sehingga menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Pendek kata, guru juga perlu kreatif dalam mencorakkan budaya belajar di bilik darjah.Bahan Bantu Mengajar.Implikasi Teori Tingkahlaku(behaviorisme)

Mengikut pendekatanteoritingkah laku,setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaranyangberlakuakibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalasserta peneguhan.Implikasi pengajaran:

Penggunaan bahan bantu mengajar adalah terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan alat bantu mengajar yang sesuai memainkan peranan sebagai suatu medium yang boleh menimbulkan komunikasi diantara guru dan pelajar. Contoh: Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981), Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, iaitu alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh EdgarDale (1964) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting dan merupakan sebahagian keperluan daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada pelajar. Walau apa jua kaedah pengajaran yang digunakan, guru tetap perlu menyediakan bahan bantu mengajar supaya komunikasi guru dan murid berjalan dengan baik. David Berlo (Musa Sulaiman, 1999) menyatakan bahawa terdapat empat perkara penting dalam proses komunikasi iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima. Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, bahan bantu mengajar dan tulisan. Ciri-ciri tersebut diperlukan bagi pelajar menguasai empat jenis kemahiran komunikasi iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru perlu menggunakan pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa bahan bantu mengajar termasuk yang lama dan baru bagi mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.Pengurusan DisiplinKeberkesanan pengajaran dan pembelajaran sukar untuk dicapai sekiranya masalah tingkah laku masih tidak dapat ditangani dengan baik. Mencorakkan tingkah laku positif di kalangan pelajar dapat mengurangkan masalah-masalah yang timbul sekaligus dapat membantu guru mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, guru sewajarnya komited dengan peranannya sebagai pendidik, pembimbing, pengubah sikap, pembentuk sahsiah dan generasi bermoral serta berhemah tinggi. Oleh itu, guru seharusnya bijak menangani masalah yang timbul dalam menguruskan disiplin pelajar dari aspek tingkah laku, dan kognitif. .Tingkah Laku.Implikasi Teori Tingkahlaku(behaviorisme)Watson, seorang ahli behaviorisme, mengatakan bahawa aspek yang berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya unsur dalaman.Implikasi pengajaran: Pengurusan bilik darjah umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana dan persekitaran pembelajaran yang kondusif, menarik dan ceria. Hal ini penting kerana ia merupakan satu aspek penting bagi memaksimakan pembelajaran dan meningkatkan pencapaian serta peluang-peluang pendidikan kepada setiap pelajar untuk mencapai perubahan dan kemajuan. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), selain perancangan dan pengurusan bilik darjah yang baik, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi keadaan dan suasana bilik darjah seperti jumlah pelajar, komposisi jantina dan etnik, kegunaan ruang, interaksi dan pergerakan bilik darjah, organisasi dan keselesaan peranan kepimpinan guru, sosialisasi pelajar, stail pengajaran, kaedah dan aktiviti pelajar, disiplin dan peraturan-peraturan bilik darjah, keceriaan dan hiasan serta kebersihan dan keteraturan bilik darjah. Selain itu, guru perlu bijak menggunakan pelbagai langkah dan tindakan bagi membentuk peneguhan dalam usaha manggalakkan tingkah laku positif di kalangan pelajar. Lazimnya, peneguhan dilakukan dalam bentuk lisan, gerak isyarat dan sentuhan. Contoh: Guru boleh meminta pelajar mengulang sesuatu perlakuan yang positif bertujuan mengubah tingkah laku pelajar. Manakala dari segi pembelajaran pula, guru boleh membuat latih tubi untuk mengekalkan pelajaran yang disampaikan oleh guru agar ia kekal dalam ingatan dan tersemat dalam hati pelajar. Kepelbagaian bentuk dan jenis peneguhan adalah penting bagi menghindarkan perasaan bosan dan jemu dikalangan pelajar. Guru juga perlu bijak menentukan jenis dan bentuk peneguhan yang sesuai bergantung kepada umur dan jantina.Setiap rangsangan akan mewujudkan gerak balas dan seterusnya proses pembelajaran akan berlaku. Proses pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapatnya perubahan tingkah laku. Mok Soon Sang (2003) berpendapat tingkah laku positif boleh diajarkan dengan rangsangan yang sesuai. Dalam proses pengajaran, guru hendaklah menggunakan rangsangan yang menyeronokkan dan tidak membawa kesan yang negatif. Rangsangan yang positif juga berperanan dalam memotivasikan murid supaya mereka berminat untuk belajar. Terdapat perkaitan langsung antara rangsangan dan gerak balas iaitu latihan pengulangan yang efektif, ganjaran, peneguhan, pemulihan, motivasi, persediaan dan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Ganjaran merupakan peneguhan terhadap sesuatu pembelajaran. Sekiranya sesuatu pembelajaran tiada peneguhan, tingkah laku tersebut mungkin akan terhapus begitu sahaja. Guru boleh memberikan peneguhan boleh melalui kata-kata pujian ataupenghargaan terhadap seseorang pelajar apabila mereka telah menyelesaikan sesuatu latihan atau menjawab soalan dengan betul. Sebagai contoh perkataanbagus, syabas, tahniah, teruskan usaha anda, dapat mempengaruhi minat dan kesungguhan pelajar untuk terus berusaha atau beralih ke aktiviti-aktiviti lain yang semakin mencabar. Hal ini akan menjadikan pelajar berasa seronok dan akan berusaha untuk mencuba menguasai aktiviti pembelajaran seterusnya. Peneguhan dan rangsangan positif membuatkan pelajar berasa segala usaha mereka amat dihargai dan hasilnya mereka akan memberi tindak balas dan perilaku yang menggalakkan dan hubungan antara guru dan pelajar menjadi lebih erat dan mesra. Masalah tingkah laku dapat dikurangkan dan seterusnya melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.Humanistik.Implikasi Teori HumanistikMenurut Atan Long (1976), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi barulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Ini merupakan fitrah manusia termasuklah pelajar yang perlu difahami.Implikasi pengajaran: Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta embertic yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya. Dari segi embertic, Omardin Ashaari (1999) pula berpendapat guru seharusnya mewujudkan hubungan yang sesuai dan mesra serta kerap berbincang dengan pelajar untuk menyelesaikan masalah pelajaran mereka di samping menggalakkan suasana pembelajaran. Contoh: Guru harus tegas dengan arahan dan ketetapan yang telah dibuatnya. Adalah lebih mudah mengurangkan ketegasan daripada melebihkannya apabila kekuasaan sudah musnah. Jika guru terlalu rapat dengan pelajar seolah-olah sebagai rakan biasa dan sentiasa pula mengubah fikiran dan keputusan, ini akan mengurangkan kesan kepimpinan. Pelajar akan hilang kepercayaan dan kurang menghormati guru. Mengikut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) amat penting bagi guru untuk memberi penghormatan dan penghargaan terhadap kerja-kerja dan sebarang daya usaha yang ditunjukkan oleh pelajar. Di samping, guru perlu berperanan sebagai pendorong kepada pelajar kerana sokongan dan dorongan guru amat bermakna kepada mereka. Guru juga harus sentiasa bermurah hati memberi pujian dan menggunakan pujian bagi mengukuhan konsep kendiri pelajar-pelajar. Pembelajaran di bilik darjah dan sekolah perlu menyuburkan rasa kejayaan di kalangan pelajar.Kognitivisme.Implikasi Teori KognitivismeMenurut teori perkembangan kognitif Jean Piaget dua proses penting di dalam kefahaman tentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Di mana kebolehan kita memisahakan antara idea yang utama dengan idea kurang penting. Sama seperti dari sukar kepada mudah. Implikasi pengajaran: Guru perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran pelajar dimulakan dengan prinsip mudah kepada susah dan konkrit kepada abstrak. Guru perlu memulakan pengajaran yang mudah terlebih dahulu dan kemudian diikuti dengan bahan pengajaran yang lebih susah. Contoh: Langkah ini dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini merupakan prinsip asas dalam menyampaikan pengajaran guru di bilik darjah. Dengan menggunakan pendekatan ini juga, pelajar akan dapat mengikuti urutan guru peringkat demi peringkat. Ini disebabkan pelajar biasanya lebih mudah memahami benda-benda yang konkrit terlebih dahulu kerana ia lebih khusus dan nyata. Gambaran bahan dan benda yang konkrit akan memberikan latar belakang terhadap pengajaran guru diperingkat permulaan dan barulah disusuli dengan benda dan bahan pengajaran yang bercorak abstrak seperti konsep dan takrif (Omardin Ashaari, 1999).Selain itu, guru juga seharusnya memaksimumkan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi berpusatkan pelajar seperti kaedah perbincangan dan menyelesaikan masalah. Ini boleh diwujudkan melalui kepimpinan guru yang bersifat demokratik di mana murid-murid digalakkkan untuk berinteraksi di antara satu sama lain, tidak merasa segan untuk bertanya dan mengemukakan pendapat. Mok Soon Sang (2003) menyatakan diantara punca timbulnya masalah disiplin di dalam bilik darjah yang berlaku adalah disebabkan penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai. Pelajar merasa bosan hingga mereka memberontak dan mencetuskan masalah disiplin di dalam bilik darjah.

KesimpulanKesimpulannya, kemahiran mengawal kelas perlu dilaksanakan mengikut budi bicara dan kebijaksanaan guru. Guru bertanggungjawab untuk menyelia dan mengarah semua aktiviti dalam kelas termasuk disiplin pelajar. Pelajar berdisiplin dapat menjamin ketenteraman dalam kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan licin dan berkesan. Sebarang masalah yang wujud semasa mengawal kelas hendaklah diselesaikan dengan cara mengenal pasti punca masalah di samping mengenali latar belakang pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan yang diambil akan memberi kesan yang positif terhadap diri pelajar.

(6000 patah Perkataan)APENDIKSRUJUKAN / REFERENSIAbdullah Hassan et. al (1999),Komunikasi Untuk Guru, Utusan Publication &

Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan et. al (2006),Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd, Selangor.

Abdullah Sani Yahaya (2005),Mengurus Hal Ehwal Pelajar, PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd, Selangor.

Abd. Rahim Abd. Rashid (1999),Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik

Darjah, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Kamarudin Hj. Husain (1994),Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah, Utusan

Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Leonard M.S Yong (1996),Guru Yang Kreatif: Isu-isu Teoritikal & Aplikasi

Praktikal, Arenabuku Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1991),Pedagogi 3 Bahagian A (Pengajaran

dan Persediaan Mengajar, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang (1997),Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2,

Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Omardin Ashaari (1999),Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sulaiman Md. Yassin et. al (2002),Komunikasi dalam Pengajaran dan

Kepemimpinan Pendidikan, Karisma Publications Sdn. Bhd, Shah Alam.

Prof. Dr. Isahak Haron et. al (1982),Asas-asas dalam Amalan Pedagogi, Utusan

Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur Khairul Azam Bahari (2005),Amalan Komunikasi Guru-Murid di dalam Bilik Darjah:Satu Kajian Kes didapati pada 31 Mac 2008 daripada

http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/AmalanKomunikasi.htm

Musa Sulaiman, Back To Basics Fokus Kepada Inovasi Sumber Pengajaran dan

Pembelajaran didapati pada 31 Mac 2008 daripada

http://mpkt.edu.my/penerbitan/04%20Back%20to%20basics.doc

Mengenali Pembelajaran Orang Dewasa didapati pada 31 Mac 2008 daripada

http://pts.com.my/v2/modules.php?name=News&file=print&sid=83

Prof. Aminah Ayob (22 September 2005), Syarahan Umum Pembelajaran Berasaskan

Minda dan Implikasinya Kepada Pendidikan didapati pada 31 Mac 2008 daripada

http://www.penerbit.usm.my/pen2006/teks.pdf

Teori Maslow didapati pada 31 Mac 2008 daripada

http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.html

PAGE 32

_1253083327.bin