2021 10 teks penggulungan ybm kpkt (rmk12) 6 …
TRANSCRIPT
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
1
TEKS PENGGULUNGAN YB DATO’ SRI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE-12 DI DEWAN RAKYAT, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUNX 2021
6 OKTOBER 2021 (RABU) JANGKAAN 4.00 PETANG
DEWAN RAKYAT, PARLIMEN MALAYSIA, KUALA LUMPUR
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Tuan Yang di-Pertua,
1. Setinggi penghargaan dan terima kasih atas ruang yang diberikan untuk
saya menyampaikan ucapan penggulungan terhadap isu-isu yang
dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan
Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat yang berakhir pada 4 Oktober
2021.
2. Pada umumnya, terdapat 25 Strategi dan 48 Inisiatif yang melibatkan peranan langsung KPKT dalam rangka kerja RMKe-12. Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat di
dewan yang mulia ini bahawa tumpuan KPKT sepanjang tempoh pelaksanaan
agenda nasional ini akan melibatkan enam (6) bidang fokus utama seperti
berikut:
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
2
(i) Fokus 1 – Memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi,
berkualiti dan mampu milik;
(ii) Fokus 2 – Meningkatkan taraf hidup isi rumah miskin;
(iii) Fokus 3 – Memantau dan menilai usaha dan pelaksanaan ke arah
mencapai kemampanan bandar;
(iv) Fokus 4 – Mengarus perdana pendigitalan dalam penyampaian
perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
(v) Fokus 5 – Mengutamakan Pembangunan Bandar Hijau dan Berdaya
Tahan; dan
(vi) Fokus 6 – Mentransformasi pengurusan sisa pepejal ke arah
pembangunan ekonomi kitaran.
3. Secara keseluruhannya, 13 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan
perkara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 yang berkaitan dengan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), khususnya bagi
sektor Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kebombaan dan Pengurusan Sisa Pepejal.
4. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian adalah seperti
berikut:
a) YB Port Dickson;
b) YB Pengerang;
c) YB Bukit Bendera;
d) YB Beaufort;
e) YB Libaran;
f) YB Johor Bahru;
g) YB Sandakan;
h) YB Pontian;
i) YB Kuala Krai;
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
3
j) YB Rasah;
k) YB Sekijang;
l) YB Bagan Datuk; dan
m) YB Pematang Pauh
PERUMAHAN
A. Kuota Perumahan Bumiputera
[YB PORT DICKSON]
5. Saya ingin menjawab soalan Ketua Pembangkang, YB Port Dickson
mengenai kuota perumahan Bumiputera kepada golongan Melayu kaya
dan cadangan supaya menggunakan komisen atau diskaun dari pemberian
kuota tersebut untuk membina rumah kos rendah dan rumah awam.
6. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kuasa penetapan kuota Bumiputera
dan diskaun bagi pembelian hartanah serta kediaman adalah di bawah bidang
kuasa Kerajaan Negeri. Matlamat asal pengkhususan lot dan diskaun untuk
Bumiputera bagi setiap projek perumahan bertujuan membantu golongan
tersebut untuk turut memiliki hartanah yang bernilai tinggi dan
memudahkan pembiayaan hartanah tersebut.
7. Dalam konteks Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), matlamat utama kementerian adalah untuk menyediakan perumahan yang selesa, berdaya huni, selamat dan mampu dimiliki oleh semua golongan rakyat, khususnya B40 dan M40 tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
4
B. Program Perumahan Rakyat dan Rumah Mampu Milik 8. Saya menghargai keprihatinan YB Bukit Bendera, YB Beaufort, YB
Libaran, YB Sandakan, YB Pontian, YB Bagan Datuk dan YB Permatang Pauh berkait agenda perumahan negara di bawah RMK-12, khususnya isu-
isu berhubung Program Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah mampu milik (RMM).
9. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, segala hala tuju perancangan
dan pembangunan sektor perumahan di Malaysia adalah berpandukan
kepada dua dasar yang penting. Pertama, Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018-2025 dan yang kedua, Dasar Rumah Mampu Milik (DRMM).
10. Aspirasi mewujudkan industri perumahan yang berdaya saing dan mampan,
memerlukan kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sektor swasta.
[YB BUKIT BENDERA]
11. Bagi menjawab soalan YB Bukit Bendera yang meminta penjelasan kenapa
status projek PPR di kawasan pulau dan Seberang Perai tiada dalam RMK-
12. Saya telah membuat kenyataan media baru-baru ini bahawa terdapat
perancangan untuk membina 1 projek PPR di kawasan pulau dan juga 1 projek PPR di Seberang Prai bagi perancangan tahun 2022.
12. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hanya terdapat empat (4) projek Program Perumahan Rakyat (PPR) telah siap dibina di Pulau Pinang dari
tahun 2005 hingga 2018 seperti berikut:
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
5
(i) PPR Lorong Selamat, Georgetown;
(ii) PPR Jalan Tamby, Butterworth;
(iii) PPR Tok Suboh Seberang Perai Tengah; dan
(iv) PPR Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang.
Projek ini melibatkan peruntukan sebanyak RM85 juta bagi membina 999 unit
rumah. Ini bermakna, hanya terdapat 2.6% projek PPR yang telah
dilaksanakan di Pulau Pinang.
13. Secara keseluruhan, terdapat sebanyak 154 projek PPR yang telah siap
dibina yang merangkumi 97,196 unit rumah di seluruh negara. Pada masa
yang sama, terdapat 24 projek PPR dalam pembinaan yang tiada satu pun dilaksanakan di Pulau Pinang. Oleh itu, memang wajar projek PPR
dilaksanakan di negeri Pulau Pinang dalam masa yang terdekat dengan
mengambil kira keperluan yang tinggi serta harga hartanah semakin
meningkat di negeri ini.
14. Komitmen ini telah saya sampaikan sendiri kepada Exco Perumahan, Keraaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Pulau Pinang. Saya
amat berharap YB Bukit Bendera dan rakan-rakan dari Pulau Pinang dapat
memberikan sokongan penuh kepada pelaksanaan projek ini.
[YB BEAUFORT]
15. KPKT mengambil maklum akan saranan YB Beaufort mengenai keperluan
penyediaan perumahan mampu milik dan kos rendah yang sesuai untuk
penduduk setinggan yang tinggal di lereng-lereng bukit bagi menyelesaikan
isu setinggan.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
6
16. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek PPR di Sabah setakat ini merupakan bilangan yang terbesar iaitu sebanyak 33 projek yang telah siap dibina merangkumi 23,009 unit dan 5 projek dalam pembinaan merangkumi 3,090 unit. Secara keseluruhannya, bilangan PPR yang telah siap di Sabah merupakan 21.4% daripada bilangan PPR yang
telah dibina di seluruh negara.
17. Di Beaufort terdapat 1 projek PPR iaitu PPR Selagon yang dijangka siap
pada tahun hadapan yang merangkumi 67 unit. Oleh itu, saya akan
memanjangkan isu ini kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Perumahan Sabah untuk diberi keutamaan dalam proses pengisian PPR
nanti.
[YB LIBARAN]
18. Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat Libaran mengenai
penyediaan PPR untuk golongan B40 demi kesejahteraan rakyat, dimaklumkan bahawa terdapat beberapa projek PPR di kawasan sekitar
Libaran seperti PPR Taman Gum-Gum Jaya, PPR Sungai Manila, PPR Taman Muhibbah, PPR Jalan Army Camp dan PPR Batu Putih Fasa I yang sedang diuruskan dengan baik oleh Kerajaan Negeri.
19. Bagi program berkaitan dengan rumah mampu milik Perumahan Penjawat Awam (PPAM) di Sabah, sehingga tahun 2021 terdapat 3 projek telah siap yang merangkumi 1,594 unit rumah dan 3 projek dalam
pembinaan yang merangkumi 700 unit. Bagi perumahan PR1MA di Sabah
pula, terdapat 3 projek yang telah siap dibina merangkumi 1,591unit dan
4 projek dalam pembinaan merangkumi 3,733 unit.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
7
[YB SANDAKAN]
20. Bagi menjawab pertanyaan YB Sandakan, pelaksanaan projek PPR di Sandakan merupakan yang terbanyak jika dibandingkan dengan kawasan-
kawasan parlimen yang lain di Sabah, termasuk seluruh negara. Seperti
mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, bilangan projek PPR sedia ada di Sandakan adalah sebanyak 9 projek merangkumi 6,080 unit rumah.
21. Projek PPR Batu Putih Fasa I yang disiapkan pada bulan Oktober 2019 sebanyak 900 unit masih belum lagi dibuat pengisian kerana pihak Kerajaan
Negeri masih menggunakannya sebagai pusat kuarantin pesakit COVID-19.
Oleh itu, KPKT berharap pengisian unit oleh pemohon yang layak akan dapat
dilaksanakan dengan segera sebaik sahaja projek tersebut tidak lagi
digunakan sebagai pusat kuarantin.
22. Untuk cadangan projek PPR Batu Putih Fasa II yang bersebelahan dengan
PPR Batu Putih Fasa I dan melibat sebanyak 500 unit rumah, KPKT kini
sedang mengkaji untuk melaksanakan projek perumahan tersebut dalam
RMK12 dan mengambil kira:
(i) taburan penduduk yang berkelayakan mengikut daerah atau negeri; (ii) perancangan perumahan oleh Kerajaan Negeri; dan (iii) jumlah PPR sedia ada di kawasan tersebut.
Kaedah ini dilaksanakan bagi mengimbangi keperluan PPR di seluruh negara
dengan mengambil kira peruntukan Kerajaan yang terhad.
23. Selaras dengan teras RMK-12 yang baharu sahaja diumumkan, saya
akan memastikan perancangan dan pelaksanaan projek-projek perumahan
di seluruh negara terutamanya rumah mampu milik bagi golongan B40
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
8
dan M40 oleh agensi-agensi di bawah KPKT terus diberi perhatian demi
kesejahteraan rakyat.
24. KPKT akan teruskan komitmen dalam menyediakan PPR dan RMM
kepada golongan yang memerlukan dan berkelayakan di seluruh negara.
Kementerian memohon agar Kerajaan Negeri akan terus membantu
mengenal pasti cadangan lokasi yang bersesuaian untuk program-program
perumahan mampu milik di bawah KPKT, khususnya program PPR.
[YB PONTIAN]
25. Bagi pertanyaan YB Pontian, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang
berhormat kerana prihatin akan persoalan kecukupan perancangan RMM di
bawah RMK-12 dan kawalan ke atas harga rumah dan sewa rumah. KPKT
sememangnya bertanggungjawab menyediakan perumahan yang berkualiti,
kondusif serta berdaya huni (livable) kepada pelbagai kumpulan sasar,
termasuk golongan anak muda.
26. Buat masa ini juga, KPKT sedang meneliti cadangan untuk mencari kaedah
bagi mewujudkan satu model pembiayaan perumahan yang lebih bersesuaian dengan keadaan semasa untuk golongan orang muda. Antara faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah pembiayaan 100 peratus, kadar faedah yang rendah dan tetap, serta kelonggaran kriteria untuk kelulusan pinjaman.
27. Seperti yang saya tegaskan sewaktu sesi penggulungan Perbahasan Titah Di-Raja, sebuah jawatankuasa dalaman akan dibentuk bagi merealisasikan
hasrat ini. Jawatankuasa ini akan turut melibatkan panel of experts; pemain
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
9
industri perumahan dan pakar sektor perbankan untuk mencari “kaedah dan
strategi terbaik” yang boleh diperkenalkan oleh Kerajaan.
28. Bagi membantu golongan muda yang kurang berkemampuan, inisiatif
Rumah Transit Belia (RTB) akan diteruskan. Kementerian sedang
merancang untuk menyediakan RTB di beberapa lokasi di Lembah Klang
bagi menangani situasi harga rumah dan kadar sewa adalah tinggi di
kawasan tersebut. Sebanyak dua projek RTB dicadangkan di Mukim Batu,
Kuala Lumpur dan di Rawang, Selangor.
29. Bagi projek RTB Mukim Batu, Kuala Lumpur sebanyak 1,448 unit akan
dibina dan bagi RTB Rawang, Selangor sebanyak 6,000 unit akan dibina
yang menjadikan keseluruhan RTB sebanyak 7,448 unit. Inisiatif ini diharap
dapat membantu golongan muda untuk mengukuhkan kedudukan
kewangan sebelum mereka memiliki kediaman sendiri.
30. Agenda perumahan sedia ada juga akan kita teruskan. Ini termasuklah: -
(i) Program Perumahan Rakyat (PPR); Setakat ini terdapat 97,196 unit
yang telah siap dibina, 9,862 unit masih dalam pembinaan dan 2,893
unit masih dalam perancangan;
(ii) Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara
Berhad (SPNB); Setakat ini terdapat 47,714 unit yang telah siap dibina,
4,824 unit masih dalam pembinaan dan 1,921 masih dalam
perancangan;
(iii) Program Perumahan PR1MA untuk golongan M40; Setakat ini
terdapat 24,847 unit yang telah siap dibina, 21,072 unit masih dalam
pembinaan dan 3,482 unit masih dalam perancangan; dan
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
10
(iv) Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (kini dikenali sebagai
Perumahan Penjawat Awam Malaysia; PPAM). Setakat ini terdapat
12,652 unit yang telah siap dibina, 15,816 unit masih dalam pembinaan
dan 14,304 unit masih dalam perancangan.
31. Berhubung isu sewaan kediaman, KPKT telah pun meneliti perkara ini dan
semakan perundangan mendapati bahawa hubungan antara tuan tanah dan
penyewa adalah dikawal selia oleh perjanjian sewa antara pihak-pihak
terlibat. Ketika ini, penyediaan perjanjian penyewaan kediaman menggunakan tatacara Akta Kontrak 1950 dan perjanjian itu bersifat
umum yang tidak komprehensif serta tidak mencakupi klausa berkaitan anti
pengusiran.
32. Peruntukan undang-undang sedia ada menyatakan bahawa pemilik hartanah
tidak boleh menghalau penyewa dengan sewenang-wenangnya. Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik 1950 memperuntukkan pemilik premis sewa perlu
menggunakan prosiding mahkamah untuk mengusir penyewa.
33. Untuk kes Rasha Utara Enterprise & Makami Enterprise vs. Majlis
Perbandaran Sungai Petani (MPSP) [2017], di mana MPSP sebagai tuan
tanah telah bertindak masuk ke premis sewa dan menyita segala barang-
barang milik penyewa tanpa perintah Mahkamah. Mahkamah Tinggi
memutuskan bahawa MPSP perlu membayar sebanyak RM45,000 kepada
penyewa-penyewa atas tindakan yang membelakangkan undang-undang
tersebut.
34. Semakan kepada akta-akta lain yang berkaitan seperti Kanun Tanah
Negara [Akta 828], Akta Kawalan Sewa (Pemansuhan) 1997 [Akta 572] dan
sebagainya, juga mendapati tiada sebarang undang-undang yang
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
11
memperuntukkan berkenaan dengan larangan pengusiran penyewa sehingga mempunyai jaminan tempat tinggal baru atau yang berkaitan
dengan antipengusiran sementara penyewa rumah.
35. Pada masa ini, KPKT sedang menggubal Akta Sewaan Kediaman
(Residential Tenancy Act; RTA) yang bertujuan untuk lebih melindungi kepentingan penyewa dan pemilik, serta akan turut mengkaji kesesuaian
cadangan dasar antipengusiran sementara dalam akta ini. Akta ini dijangka dibentangkan di Parlimen pada tahun 2022.
36. Akta baharu ini digubal berdasarkan model Residential Tenancies Act 2010 (New South Wales) Australia kerana akta ini dilihat mampu
melindungi kepentingan pemilik kediaman dan penyewa. Pada masa yang
sama undang-undang berkaitan dari negara Jerman, United Kingdom, dan
Australia serta Rental Housing Act dari Afrika Selatan juga turut dibuat
perbandingan. Walau bagaimanapun, sebarang cadangan pewujudan anti pengusiran perlu diteliti secara komprehensif dari pelbagai aspek sebelum ianya boleh dilaksanakan kerana ianya boleh menindas hak pelbagai pihak terutamanya pihak tuan tanah. [YB PERMATANG PAUH]
37. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dasar Perumahan Negara (DRN)
2018 – 2025 bersifat holistik dan melihat kepada keseluruhan ekosistem
perumahan di peringkat pembeli, penghuni, pemaju, rantaian ekonomi, kualiti
serta inovasi pembinaan, pembiayaan dan lain-lain isu berkaitan dengan
perumahan. Sehubungan itu, secara prinsipnya dasar ini tidak meminggirkan ketua isi rumah wanita sama ada ibu tunggal, warga emas atau warga kelainan upaya yang termasuk dalam golongan
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
12
rentan. Mereka ini diberi perhatian dalam program-program insentif atau
bantuan Kerajaan.
38. Saya merasa cukup empati dengan kesusahan dan cabaran yang dihadapi
oleh Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita, lebih-lebih lagi apabila mengetahui hasil
kajian yang dikeluarkan oleh UNICEF pada bulan Mei 2021. Kajian tersebut
melibatkan 500 ketua isi rumah (KIR) di flat kos rendah di bawah seliaan
DBKL. Hasil kajian UNICEF ini menunjukkan bahawa kadar pengangguran
bagi KIR Wanita adalah pada purata 16%, iaitu 3 kali ganda lebih tinggi
daripada kadar purata pengangguran negara.
39. Kajian ini juga mendapati bahawa untuk KIR Wanita:
(i) 54% berpendapatan RM2,000 ke bawah; dan
(ii) 38% menghadapi kemurungan dalam tempoh pandemik COVID-19
akibat pelbagai masalah terutama kewangan dan bebanan pengurusan
keluarga sedia ada.
40. Sebagai Menteri yang menjaga keperluan dan bantuan perumahan kepada
pelbagai lapisan rakyat, saya memandang berat akan perkara tersebut dan
telah mengarahkan Kementerian saya supaya memberikan keutamaan
kepada KIR Wanita yang berkelayakan bagi Program Inisiatif Kediaman
Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM Keluarga Malaysia). Program ini
merupakan salah satu program bantuan segera bagi membantu golongan
yang terkesan dengan pandemik COVID-19 seperti dibuang kerja,
pengurangan pendapatan dan diusir dari rumah sewa akibat daripada
kegagalan membayar sewaan kediaman.
41. Sehingga 5 Oktober 2021, sebanyak 690 permohonan yang diterima bagi Rumah IKRAM Keluarga Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 310
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
13
permohonan diterima daripada Ketua Isi Rumah Wanita. Seramai 39 orang Ketua Isi Rumah Wanita daripada jumlah permohonan yang diterima telah ditawarkan menyewa di Rumah IKRAM Keluarga Malaysia.
42. Selaras dengan Strategi RMKe-12 untuk meningkatkan bekalan kepada kumpulan sasar, ketua isi rumah wanita atau ibu tunggal yang berkeluarga juga merupakan keutamaan kepada Kementerian ini dalam
pengagihan rumah mampu milik khususnya perumahan PPR.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
14
C. Penyelarasan Pembangunan Perumahan dan Usaha Mewujudkan Satu Entiti Sama Ada di Bawah Kerajaan Persekutuan
43. Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Bagan Datuk
kerana membangkitkan isu penyelarasan pembangunan perumahan yang tidak seragam sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Pada masa ini beberapa agensi penyedia perumahan telah dipusatkan (centralized) di bawah KPKT seperti PR1MA, SPNB dan PPAM.
44. Selain itu, terdapat 15 agensi penyedia perumahan lain yang wujud di pelbagai kementerian dan jabatan, yang mana kumpulan sasaran bagi
agensi tersebut lebih khusus kepada golongan tertentu seperti Kementerian
Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan, Kementerian Wilayah
Persekutuan dan lain-lain. Namun begitu, KPKT juga sedang meneliti
kemungkinan untuk menyelaraskan kesemua projek perumahan rakyat di bawah satu dasar dan akan mengeluarkan garis panduan yang bersesuaian sebagai rujukan kepada semua agensi penyedia perumahan
kelak.
45. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2021 telah bersetuju supaya KPKT
melaksanakan kajian penubuhan dan penggubalan RUU National Housing Corporation (NHC). Bagi tujuan ini, KPKT telah menubuhkan Task
Force dan Jawatankuasa Pemandu bagi melaksanakan kajian dan
penggubalan RUU tersebut. NHC akan memainkan peranan yang penting
dalam penyelarasan dan pelaksanaan projek-projek perumahan rakyat dan lain-lain skim Rumah Mampu Milik.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
15
46. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan itu akan
dipengerusikan sendiri oleh saya bagi melaksanakan kajian dan penggubalan
Rang Undang-Undang berkaitan National Housing Corporation (NHC).
Penubuhan NHC ini adalah sebagai strategi dan hala tuju untuk meningkatkan kecekapan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan bagi perumahan awam dan mampu milik. Rang Undang-Undang (RUU)
NHC kelak akan mengandungi peruntukan bagi penubuhan satu badan
berkanun yang akan mentadbir dan menguruskan NHC.
47. Dengan penubuhan NHC ini, dijangkakan projek perumahan awam dapat
dipusatkan di bawah satu agensi perumahan dan peruntukan berkaitan perumahan dapat dioptimumkan.
48. Pada masa ini, KPKT tidak mempunyai skim perumahan yang khusus
untuk anggota polis dan tentera. Walau bagaimanapun, anggota polis dan tentera boleh memohon mana-mana skim di bawah skim perumahan KPKT iaitu Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Perbadanan
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Kediaman Mampu Milik di bawah
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada harga mampu milik di
seluruh negara.
49. Bagi pesara atau anggota yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah,
mereka boleh memohon untuk mendiami PPR sama ada secara dimiliki atau disewa. KPKT boleh menimbang untuk memberi keutamaan kepada
anggota polis dan tentera yang memohon sepertimana Kementerian memberi keutamaan kepada anggota Bomba di bawah KPKT.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
16
D. Projek Rumah Mampu Milik Yang Lewat Siap, Sakit dan Terbengkalai
[YB JOHOR BAHRU]
50. Saya merujuk kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat Johor Bahru
mengenai isu rumah mampu milik yang lewat siap, sakit dan terbengkalai
seperti kes PR1MA Tebrau yang berlaku di kawasan parlimen beliau.
Memang tidak dapat dinafikan di dalam pelaksanaan projek-projek Kerajaan, terdapat sebilangan projek yang bermasalah dari segi tempoh penyiapan seperti projek perumahan mampu milik.
51. Berkaitan dengan apa yang dirujuk oleh Ahli Yang Berhormat mengenai
projek-projek residensi PR1MA di Tebrau, Port Dickson dan Melaka Tengah 2, ingin saya memaklumkan status terkini projek-projek tersebut:
(a) Bagi Residensi Tebrau
(i) Jumlah unit: 1,284 unit (apartmen) (ii) Tarikh Siap: 31 Mac 2021 (iii) Tarikh serah kunci: Bermula 24 April 2021 (iv) Pembayaran LAD: 405 pembeli (RM4 juta) daripada 508
pembeli (RM5.9 juta) yang layak (v) Harga Jualan: RM169,000 - RM315,000 (vi) Status Jualan: 976 unit terjual (76%)
(b) Bagi Residensi Port Dickson (i) Jumlah unit: 659 unit (Teres) (ii) Tarikh jangka siap: 31 Disember 2022*
*Tertakluk kepada kelulusan kementerian - 12 bulan dari tarikh pelantikan Kontraktor Penyelamat
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
17
(iii) Pembayaran LAD: 42 pembeli (RM163,467) daripada 83 pembeli (RM329,521) yang layak
(iv) Harga Jualan: RM265,500 - RM393,000 (v) Status Jualan: 541 unit terjual (82%) (vi) Status Terkini:
• Dalam pembinaan (75%) • Sedang menunggu Kelulusan daripada Kementerian
berkenaan untuk melantik Kontraktor Penyelamat.
(c) Bagi Residensi Melaka Tengah 2 (i) Jumlah unit: 980 unit (Apartmen) (ii) Tarikh jangka siap: 28 Mac 2023 (iii) Pembayaran LAD: 19 pembeli (RM140,640) daripada 37
pembeli (RM276,912) yang layak (iv) Harga Jualan: RM190,000 - RM356,000 (v) Status Jualan: 415 unit terjual (42%) (vi) Status Terkini:
• Dalam pembinaan (64%) • Kontraktor Penyelamat telah dilantik dan pembinaan
bermula pada 28 September 2021.
52. Isu prestasi kontraktor dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac
2020 juga telah memberi kesan terhadap kemajuan pembangunan projek -
projek PR1MA yang sedang dalam pembinaan. Ini secara tidak langsung
menyebabkan penangguhan tarikh siap dan penyerahan milikan kosong
kepada pembeli yang terbabit.
53. Walau bagaimanapun, PR1MA turut prihatin dengan masalah yang dihadapi
oleh pembeli-pembeli PR1MA yang terkesan dengan kelewatan projek-
projek PR1MA. Justeru itu, PR1MA telah mengambil inisiatif melalui
pembayaran awal sebahagian Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (Liquidated
Ascertained Damages, LAD) kepada pembeli-pembeli yang layak. Setakat 1
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
18
Oktober 2021, sebanyak 464 pembeli dengan sejumlah RM5.8 juta ganti rugi
telah menerima sebahagian LAD ini daripada 2,016 pembeli yang telah
ditawarkan.
54. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat juga projek perumahan
bermasalah terjejas pembangunannya akibat pandemik COVID-19 dan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Justeru, Kerajaan telah
mewartakan Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829].
55. Peruntukan di Bahagian XI Akta 829 tersebut bertujuan untuk memberi pelepasan sementara kepada para pembeli dan juga pemaju dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020, di mana peruntukan yang melibatkan caj
bayaran lewat, tempoh liabiliti kecacatan dan penyerahan pemilikan kosong
dan ganti rugi turut memberi manfaat kepada para pembeli seperti berikut:-
(i) Para pembeli telah diberikan pengecualian dari dikenakan sebarang caj bayaran lewat (Late Payment Charges);
(ii) Pembeli juga tidak boleh dianggap telah menerima milikan kosong
sepanjang tempoh dari 18 Mac hingga 31 Ogos 2020. Ini bermakna,
tempoh liabiliti kecacatan (Defect Liability Period - DLP) juga
hendaklah dianjak berdasarkan tarikh terima kunci selepas 31 Ogos 2020 walaupun notis penyerahan milikan kosong dikeluarkan
semasa tarikh tersebut; dan
(iii) Pemaju pula hendaklah memastikan tempoh 167 hari (5 bulan
setengah) tersebut digantikan dari tarikh sepatutnya DLP berakhir (24
bulan).
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
19
56. KPKT kini sedang mengkaji langkah yang terbaik untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan dapat dielakkan di
masa hadapan. Salah satu inisiatif yang sedang diambil oleh KPKT adalah
mengkaji dan meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan-Peraturan yang mana akan
secara langsung akan memastikan kepentingan pembeli akan lebih dijamin dengan lebih sistematik.
57. Antara aspek-aspek yang akan dibuat penambahbaikan seperti yang
dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah seperti:
(i) klausa tempoh pelaksanaan yang lebih realistik dan format
perjanjian jual beli yang lebih melindungi pembeli;
(ii) melindungi pembeli yang ingin menamatkan perjanjian jual beli (PJB) berikutan pemaju perumahan yang enggan atau berhenti kerja
bagi suatu tempoh yang ditetapkan;
(iii) melindungi pembeli daripada pemaju yang menggunakan sunset
clause untuk menamatkan PJB bagi menjual dengan harga yang lebih
tinggi kepada pembeli baru;
(iv) memperincikan peruntukan untuk projek terbengkalai bagi
memudahkan pihak penguatkuasaan KPKT untuk mengambil tindakan;
dan
(v) memberi perlindungan kepada pembeli rumah sub-sale di mana
rumah tersebut masih dalam tempoh Defect Liability Period (DLP).
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
20
58. Cadangan penambahbaikan juga akan melihat kepada struktur pembiayaan di peringkat pembeli, institusi perbankan dan pemaju bagi memastikan
bridging-loan oleh pihak perbankan dengan pihak pemaju serta end-financing
oleh pihak pembeli dengan pihak bank untuk tidak membebankan mana-mana pihak dan memberi keadilan yang sewajarnya terutama sekali
apabila berlaku kegagalan di pihak pemaju untuk menyiapkan perumahan
dalam tempoh yang ditetapkan.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
21
E. Projek Perumahan Swasta Yang Terbengkalai di Taman Tengku Abdul Rahman, Segamat, Johor
[YB SEKIJANG]
59. Berkenaan dengan pertanyaan YB Sekijang mengenai masalah rumah
terbengkalai di Taman Tengku Abdul Rahman, Segamat, Johor, saya ingin
memaklumkan bahawa KPKT sememangnya prihatin dan memaklumi
masalah yang dihadapi oleh para pembeli rumah di taman tersebut.
60. Kemajuan projek ini telah terhenti sekitar tahun 2005 disebabkan masalah
kewangan syarikat pemaju. Susulan itu, projek telah disahkan sebagai
terbengkalai oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
berdasarkan peruntukan Seksyen 11(1)(ca) Akta 118 pada 16 Mac 2012
dengan peratus kemajuan keseluruhan projek semasa disahkan terbengkalai adalah sebanyak 50%.
61. Syarikat pemaju Vital Landscape Sdn. Bhd. pula telah dikenakan perintah
penggulungan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Muar pada 21 September 2015 dan Pegawai Penerima Jabatan Insolvensi Malaysia (Cawangan Muar) telah dilantik sebagai pelikuidasi syarikat pada tarikh yang sama.
62. Pemulihan atau penyelesaian projek ini menghadapi kesukaran disebabkan
oleh faktor-faktor berikut:
(i) Tiada pelikuidasi swasta atau pemaju penyelamat yang ingin mengambil
alih projek ini daripada Pegawai Penerima; dan
(ii) Projek ini didapati kurang berdaya maju (not viable) untuk dipulihkan
disebabkan kos pemulihan dan kos infrastruktur yang agak tinggi.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
22
63. Buat masa ini, pihak Kementerian dan Pegawai Penerima sentiasa
mengadakan rundingan dan bekerjasama dengan Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Johor, Majlis Perbandaran Segamat, bank-bank pembiaya
dan para pembeli untuk mengenal pasti kaedah pemulihan atau penyelesaian
projek yang terbaik berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang
berkuat kuasa serta memenuhi keperluan di dalam Perjanjian Jual Beli.
64. Sebagai langkah proaktif ke arah melahirkan industri perumahan yang berdaya huni untuk Keluarga Malaysia, KPKT sentiasa memainkan
peranan untuk memudah cara dan menyediakan ruang mediasi bagi
pembeli yang berhadapan dengan pemajuan perumahan yang bermasalah
serta pertanyaan berkaitan isu-isu perumahan.
65. Selain itu, KPKT telah melancarkan Kempen Bijak Beli Rumah yang mana
melalui kempen ini banyak informasi berkaitan tanggungjawab pembeli
sebelum, semasa dan selepas proses pembelian rumah. Pada masa
yang sama, KPKT juga menggalakkan bakal pembeli untuk sentiasa melayari
portal rasmi Jabatan Perumahan Negara (JPN) yang mana terdapat
maklumat seperti berikut:
(i) Panduan Pembeli Rumah;
(ii) Informasi berkenaan hak-hak pembeli rumah dalam Akta Pemajuan
Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118];
(iii) Sistem carian maklumat pemaju seperti pendaftaran lesen pemajuan;
(iv) Pautan sistem TEDUH yang merupakan gerbang permohonan
perumahan KPKT; dan
(v) Saluran Sistem Aduan Bersepadu KPKT & Hotline Perumahan;
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
23
66. Bakal pembeli rumah boleh membuat semakan dan carian pemaju
perumahan yang berlesen dengan JPN, KPKT melalui portal
https://ehome.kpkt.gov.my. Semakan senarai projek- projek perumahan
swasta boleh dibuat seperti berikut:
(i) Senarai projek perumahan kategori Sakit (Pemajuan Strata Highrise,
Strata Landed & Landed); dan
(ii) Maklumat Senarai Hitam Pemaju Perumahan di atas beberapa
kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan
Pelesenan) 1966 [Akta 118].
67. Carian dan semakan maklumat mengenai pemaju perumahan ini akan
memudahkan bakal pembeli rumah untuk menilai sendiri kemampuan
sesebuah syarikat pemaju sebelum mengambil sebarang keputusan
membeli rumah projek perumahan berkenaan.
68. Selain itu, KPKT sedang membangunkan Housing Integrated Management
System (HIMS) sebagai One Stop Centre bagi pemaju perumahan
mengemukakan maklumat projek-projek perumahan yang dimajukan di
Semenanjung Malaysia mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan
Pelesenan) 1966 [Akta 118].
69. Melalui sistem ini semua maklumat berkaitan projek perumahan dan
maklumat pembeli boleh diakses secara real time bagi memastikan maklumat
sentiasa terkini. Melalui HIMS, Perjanjian Jual Beli juga akan dijana secara
atas talian (e-SPA) bagi memastikan maklumat pemajuan dan pembeli
adalah telus dan seragam. HIMS dijangka akan go live pada Januari 2022.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
24
KEBOMBAAN
70. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YB Kuala Krai kerana
membangkitkan permohonan untuk pembinaan Balai Bomba di Lakloh dalam DUN Manek Urai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT
sentiasa komited dalam memperluaskan capaian perkhidmatan kebombaan
bagi memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus
terjamin.
71. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan kini sedang dalam proses mengenal pasti
tapak tanah yang bersesuaian. JBPM Negeri Kelantan juga telah membuat
satu semakan status tapak tanah yang berkeluasan 5.7 ekar di kawasan
tersebut melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Negeri
Kelantan pada 3 Ogos 2021.
72. Kementerian melalui JBPM telah bercadang untuk membina sebuah balai bomba kategori D dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) mengikut keutamaan. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya berdasarkan
kepada ketersediaan tapak tanah berkenaan dan kos yang terlibat.
73. Bagi memastikan penduduk di kawasan Lakloh mendapat perkhidmatan
kebombaaan yang sewajarnya, Kementerian melalui JBPM juga telah
merancang untuk menubuhkan satu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di
kawasan tersebut yang akan bertindak sebagai pasukan tindak balas awal kecemasan (first responder) sementara menunggu ketibaan anggota bomba dari balai yang berhampiran. PBS yang baharu ini akan diberikan
latihan dan dibekalkan dengan peralatan perlindungan diri (PPE) serta
kelengkapan asas pemadaman kebakaran oleh JBPM melalui Bomba Negeri
Kelantan.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
25
74. Bagi mempertingkatkan aspek keselamatan kebakaran di kawasan tersebut,
Kementerian melalui JBPM akan melaksanakan dan meneruskan beberapa
program melibatkan komuniti setempat seperti berikut:
(i) Memperluaskan penubuhan Bomba Komuniti dimana kefahaman
tentang pencegahan kebakaran, latihan kebomban dan penyediaan
peralatan asas kawalan awal kebakaran seperti alat pemadam api
disediakan serta dibekalkan;
(ii) Mempertingkatkan kempen kesedaran keselamatan kebakaran termasuk
Program 1 Rumah Satu Alat Pemadam Api (1RAPI), penyediaan alat pengesan asap dan gas (MyAlert); dan
(iii) Mempertingkatkan pelaksanaan Program Sedia Urus Isi Rumah (SURI) dengan memberi taklimat tentang kesedaran berhubung bahaya
kebakaran dan juga sesi demontrasi pemadaman kebakaran.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
26
PENGURUSAN SISA PEPEJAL
75. Terima kasih juga di atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat Beaufort terhadap isu kelestarian alam sekitar dan cadangan beliau mengenai usaha
untuk mempergiat kempen kesedaran hingga ke peringkat akar umbi dan
pengaktifan pendekatan pelaksanaan di peringkat sekolah melalui
pengamalan 3R (Reduce, Reuse and Recycle) di Malaysia. Sebagai
Kementerian yang menjaga Dasar Kebersihan Negara (DKN) dan isu
berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan kemampanan bandar, KPKT
menyambut baik cadangan YB Beaufort ini.
76. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT melalui Jabatan Pengurusan
Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan SWCorp berusaha untuk meningkatkan kadar kitar semula kebangsaan kepada 40% menjelang tahun 2025
dalam usaha mencapai objektif zero waste to landfill serta mengalakkan
pertumbuhan ekonomi kitaran. Perkara ini juga selaras dengan perancangan
dan strategi pengurusan sisa pepejal yang lestari di bawah DKN dan RMK-
12. Oleh itu, amalan 3R amat penting bagi meningkatkan kadar kitar semula
dan perlu diamalkan oleh pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya di
peringkat akar umbi yang melibatkan para pelajar di tadika, sekolah dan
institut pengajian tinggi.
77. Menyedari hakikat ini, KPKT melalui SWCorp telah mengambil pendekatan
proaktif untuk melaksanakan program-program 3R di peringkat sekolah untuk
meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan dan kelestarian alam sekitar,
serta pemupukan tabiat pengamalan 3R di Malaysia. Antara usaha-usaha
yang sedang dan telah dilaksanakan bermula tahun 2010 sehingga kini (data
sehingga Ogos 2021) adalah seperti berikut:
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
27
i) 2,525 program Bank Kitar Semula di Tadika dengan pengumpulan
barangan kitar semula sebanyak 631,394.76kg dengan nilaian
RM214,562.94;
ii) 9,920 program Bank Kitar Semula di Sekolah dengan pengumpulan
barangan kitar semula sebanyak 5,738,921.26kg dengan nilaian
RM1,932,829.65; dan
iii) 740 program Bank Kitar Semula di Institut Pengajian Tinggi dengan
pengumpulan barangan kitar semula sebanyak 200,293.30kg dengan
nilaian RM45,561.62.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
28
KERAJAAN TEMPATAN F. Bantuan Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina
78. Secara dasarnya, Kerajaan bersetuju untuk memindahkan Bahagian
Kampung Baru dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi meningkatkan hubungan kemuafakatan dalam kalangan penduduk Kampung Baru melalui aktiviti pembangunan kesejahteraan komuniti yang selari dengan peranan dan fungsi Kementerian Perpaduan Negara. Urusan
pemindahan fungsi Bahagian Kampung Baru ke KPN akan dilakukan dalam
masa terdekat.
79. Berkenaan dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat Rasah mengenai
bantuan kepada isi rumah kaum Cina di Kampung Baru dan penambahbaikan
ke atas bantuan, sukacita saya memaklumkan bahawa Skim Pinjaman Khas
Penduduk Kampung Baru Cina (PKBC) yang dilancarkan pada tahun 2011
akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Skim ini akan ditambah baik supaya menjadi lebih inklusif dan kompetitif.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
29
G. Cadangan Perubahan Pesempadanan Daerah Baharu Bagi Pengerang
80. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Pengerang, secara
prinsipnya saya bersetuju dengan cadangan tersebut. Walau bagaimanpun,
permohonan kelulusan bagi cadangan perubahan persempadanan daerah
atau pewujudan daerah baharu adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri.
81. Dari segi prosedur, setelah cadangan tersebut diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pihak Berkuasa Negeri akan mengemukakan
pemakluman keputusan tersebut kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan untuk dibentangkan ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.
82. Sehubungan dengan itu, Ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan
cadangan tersebut kepada Kerajaan Negeri Johor untuk pertimbangan selanjutnya.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
30
BAHAGIAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI
83. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Beaufort, di atas pertanyaan
beliau mengenai keperluan strategi dan program-program untuk membantu
golongan miskin bandar, khususnya penduduk PPR untuk meningkatkan
pendapatan ketua isi rumah.
84. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak Rancangan Malaysia Ke-11
(RMKe-11), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah
melaksanakan program latihan keusahawanan melibatkan golongan berpendapatan 40% terendah (B40) iaitu Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB).
85. Objektif utama program ini adalah bagi meningkatkan kemahiran kumpulan
sasar supaya mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan
pendapatan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup serta
keluar dari kemiskinan. Terdapat 14 bidang latihan di bawah program PEKB yang ditawarkan iaitu:
(i) Makanan dan Minuman;
(ii) Peruncitan dan Pemasaran;
(iii) Jahitan;
(iv) Dandanan Diri;
(v) Reka Bentuk (Designing) dan Percetakan;
(vi) Perkhidmatan Domestik;
(vii) Pembaikan Rumah;
(viii) Kesihatan;
(ix) Dandanan Diri;
(x) Landskap Lembut;
(xi) Mobile Fast Photography;
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
31
(xii) Penyediaan hadiah/hamper cenderahati;
(xiii) Upcycling / Kitar Semula (Trash to cash); dan
(xiv) Asuhan Kanak-Kanak
86. Peserta yang menyertai program ini akan dipantau selama 6 bulan bagi
memastikan penjanaan pendapatan mengikut KPI yang telah ditetapkan.
Kementerian telah menetapkan KPI peserta iaitu, penjanaan pendapatan
sekurang - kurangnya RM600 sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan
pemantauan. Sepanjang pelaksanaan program ini di bawah RMK-11,
seramai 4,254 (76%) orang peserta telah mencapai KPI yang telah
ditetapkan oleh Kementerian. Sehingga kini, seramai 5,597 orang peserta
telah berjaya dilatih di bawah program PEKB ini.
87. Bagi pelaksanaan pada tahun 2021, sebanyak RM21 juta telah diluluskan
iaitu RM11 Juta di bawah Bajet Pembangunan (RMKe-12), manakala RM10 juta lagi diluluskan di bawah Bajet PEMERKASA (Program Strategik
Memperkasa Rakyat dan Ekonomi). Dengan peruntukan tersebut, dijangka
seramai 2,000 orang daripada Golongan B40 akan menerima manafaat melalui program PEKB.
88. Program PEKB ini telah melahirkan ramai usahawan yang mampu menjana
pendapatan lumayan (5 angka) seperti
(i) Encik Mohd Ismail Bin Abu Bakar, pengusaha keropok lekor/ satar
frozen dari Terengganu yang mampu menjana hampir RM50,000.00
sebulan;
(ii) Encik Ahmad Famizad bin Ibrahim dari Pulau Pinang yang
mengusahakan perniagaan makanan (kuih keria) juga mencapai
pendapatan sebanyak RM10,00.00 sebulan;
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
32
(iii) Encik Zuki Bin Zakaria, pengusaha bakeri dari Kelantan, pengusaha
makanan panas yang menjana pendapatan antara RM10,000.00 hingga
RM15,000.00 sebulan; dan
(iv) Puan Saripah Binti Che Wil, pengusaha makanan panas yang
menjana pendapatan antara RM10,000.00 hingga RM15,000.00
sebulan dan ramai lagi tetapi tidak dapat disebutkan satu persatu pada
hari ini.
89. Kejayaan peserta-peserta di atas membuktikan bahawa usaha inisiatif PEKB
berkesan dalam melahirkan usahawan kecil yang berjaya dan seterusnya
mampu mengembangkan perniagaan serta meningkatkan kualiti hidup
hingga keluar dari kemiskinan.
90. Pada 3 Ogos 2021, KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) juga
telah melancarkan Dasar Kebun Komuniti Bandar (DKKB) yang
memfokuskan kepada usaha mendaya upayakan komuniti terutamanya yang
mendiami kawasan perumahan berstrata di bandar. DKKB ini diguna pakai
sebagai panduan dan rujukan bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
ianya membantu PBT mengenal pasti tapak-tapak yang bersesuaian untuk
dijadikan sebagai tapak kebun komuniti di perumahan berstrata di kawasan
pentadbiran masing-masing.
91. KPKT juga telah berjaya menubuhkan 14 Kebun Komuniti di PPR melalui
Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (PSMK). Di PPRS Pinggiran Putra,
Kuantan, KPKT telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kuantan
untuk mengusahakan kebun komuniti dan hasil tuaian terkumpul sejak
Januari 2021 adalah sebanyak 406.9 kg yang dikongsi bersama penduduk PPRS.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
33
92. Pelaksanaan kebun komuniti di PPR Lembah Subang 2 pula berjaya
melibatkan seramai 35 orang penduduk yang mengusahakan tanaman
sayuran dan hasil tuaian ini dikongsi bersama oleh penduduk yang
mengusahakan tanaman di kebun tersebut.
93. Di PPR Hiliran, Kuala Terengganu pula, penduduk telah berjaya menjual
hasil tanaman mereka dan menjana RM1,409.00 sejak Januari 2021.
SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN
34
PENUTUP
Tuan Yang di- Pertua,
94. Ingin saya maklumkan dan menguar-uarkan di sini bahawa, bagi menjayakan
matlamat RMKe-12 ini, KPKT akan membawa agenda Liveable Malaysia atau Malaysia Yang Berdaya Huni sebagai fokus utama yang memberi
penekanan terhadap kesejahteraan Keluarga Malaysia dalam ruang lingkup fungsi serta peranan KPKT. Kejayaan dalam melaksanakan
agenda ini pastinya akan dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada
pembangunan semula sosio-ekonomi negara terutamanya bagi tempoh
pasca COVID-19.
95. Sehubungan itu, KPKT akan terus menggerakkan kerjasama secara inklusif
yang melibatkan agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PBT
serta pemegang taruh lain dalam menangani pelbagai isu dan cabaran
dengan melaksanakan langkah-langkah yang sewajarnya. Kesepaduan
usaha ini sangat penting agar Keluarga Malaysia secara keseluruhannya
dapat merasai dan menjiwai usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan demi
mencapai matlamat RMKe-12 ini .
96. Sekian dahulu jawapan daripada saya berhubung pertanyaan-pertanyaan
Ahli Yang Berhormat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan.
Sekian,
Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum Wrt Wbt.