1.full assign
DESCRIPTION
assignTRANSCRIPT
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menghabiskan tugasan ini pada masa. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya dalam proses penjalanan
kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi
matapelajaran Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran atas sumbangan dan dorongan beliau
semasa saya menjalankan tugasan yang bermakna ini.
Selain itu, saya juga ingin menunjukkan penghargaan saya kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang telah menghulurkan bantuan kepada saya. Apabila saya menghadapi
sebarang masalah, saya meminta tunjuk ajar daripada rakan-rakan saya. Rakan-rakan saya ini
mengajar saya dengan penuh kesabaran dan menjelaskan beberapa kali sehingga saya betul-betul
memahaminya. Tanpa tunjuk ajar dan kerjasama daripada rakan-rakan, sudah tentunya saya tidak
dapat menyempurnakan tugasan ini.
Bukan setakat itu sahaja, ucapan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada ibu bapa
dan isteri saya kerana memberikan sokongan dan dorongan dari segi kewangan kepada saya
sepanjang masa saya menjalankan tugasan ini. Secara keseluruhannya, tanpa ketiga-tiga pihak di
atas, sudah pastinya saya tidak dapat menyempurnakan tugasan ini dengan begitu lancar.
1
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN 4-7
2.0 ISI KANDUNGAN
2.1 Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/Budayav dan Peradaban
2.2 Kekuatan Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/
Budaya dan Peradaban Kelemahan
Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/
Budaya dan Peradaban
3.0 CADANGAN MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN DIALOG
4.0 KESIMPULAN RUJUKAN
2
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara mempunyai komposisi masyarakat yang majmuk dan
melibatkan berpuluh-puluh etnik dan bangsa meliputi Malaysia timur dan Malaysia barat.
Namun terdapat tiga bangsa yang bersifat majoriti di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan
India. Di Sarawak etnik yang paling ramai ialah etnik Iban yang mewakili 30 peratus dari
keseluruhan etnik di Sarawak. Di Sabah pula etnik yang paling ramai ialah etnik Kadazan-Dusun
yang terdiri 27 suku. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat cetakan 2007, masyarakat majmuk
bermaksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum dan suku. Menurut J. S Furnival
(1948) masyarakat majmuk terdiri daripada berbagai kaum/etnik yang mempunyai kebudayaan,
agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang
sama. Manakala menurut Kamarudin Jaafar masyarakat majmuk bermaksud kaum bercampur
tetapi kehidupan berasingan, interaksi terbatas, penuh prasangka serta ‘bersama’ tetapi tidak
bersatu.
Masyarakat majmuk boleh dibahagikan kepada tiga ciri utama iaitu dari sudut politik,
ekonomi dan sosial. Ciri-ciri masyarakat majmuk pertama dari sudut politik bermaksud setiap
etnik atau bangsa mempunyai tingkah laku tersendiri dalam pendirian politik. Parti politik
dominan lebih berteraskan perkauman dan mengamalkan politik perkauman. Selain itu terdapat
juga parti politik yang berasaskan keagamaan kerana mempunyai pendirian kepercayaan yang
berbeza. Dari sudut ekonomi masyarakat majmuk membawa erti setiap masyarakat mempunyai
pengkhususan pekerjaan yang berbeza. Perbezaan pekerjaan juga membawa kepada perbezaan
tempat tinggal, taraf kehidupan, dan komposisi kaum di setiap negeri.
Ciri-ciri yang terakhir ialah ciri-ciri dari sudut sosial iaitu setiap bangsa mempunyai
interaksi yang lebih di dalam kaum masing-masing dan kurang berinteraksi di antara kaum.
Masyarakat majmuk juga mempunyai azam sosial yang sama. Kewujudan pelbagai kaum dan
etnik juga mewujudkan kehidupan yang penuh berprasangka, konflik dan pertentangan dalaman
dan luaran.
3
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi
oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar
juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada
Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum
pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi
mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan
perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah
disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit
demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti
ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya
daripada China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara
China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh
itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina
ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri
yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut
W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan
dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah.
Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam
Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah
Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.
Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia
dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
4
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan
mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami
masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu
yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke
negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan
Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah
Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga
menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan
mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan
pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan
Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang
daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang
dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri
daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka
datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20.
Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah
bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih
berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya
sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik
yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik
berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan
garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan
menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi
mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana
yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki
Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada
5
luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu
selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia
telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa
singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti
penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada
masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India
sebagai komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan
India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut
berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud
beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok
Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-
Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
6
2.1 Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban
Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik, agama
dan budaya. Kepelbagaian inilah yang menjadikan negara ini unik dari segi hubungan antara
kaum. Budaya dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban amat perlu disuburkan dalam
konteks negara kita untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan
kunci kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identity negara.
Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tiada konflik keagamaan yang
membimbangkan, namun beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperti “konflik
kampung Medan” mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya juga
adalah isu-isu keadilan social dan ekonomi. Didalam konteks ini misalnya amat penting isu
kepimpinan kelompok atau budaya terus diberi perhatian.
Dalam konteks ini juga kita memperdalamkan apresiasi kita tentang soal peradaban.
Apakah dialog peradaban sebenarnya dan apakah faktor-faktor yang berkaitan dengan kegagalan
mahupun kejayaan sesebuah peradaban dan apakah situasi dialog di Malaysia serta di persada
global dan akhirnya bagaimanakah dialog berperanan dalam proses pemartabatan bangsa dan
umat melalui penghayatan agama.
Sepertimana yang kita teliti, dialog merupakan satu kaedah perbincangan dan perbahasan
tentang sesuatu tajuk atau isu yang kita kemukan. Dialog tidak boleh berbentuk perbahasan
ataupun diskusi. Ini kerana diskusi lebih kepada aspek penyelesaian sesuatu masalah. Walaupun
dialog juga mempunyai tujuan yang sama iaitu mencari sesuatu penyelesaian tetapi diskusi lebih
kepada membincangkan sesuatu perkara secara lebih mendalam dam juga mempunyai unsure-
unsur kalah dan menang dari segi ketengahan isu di antara beberapa orang yang terlibat secara
langsung. Tetapi seperti yang dihuraikan dialog lebih membincangkan sesuatu isu secara
mendalam dan teliti sam a seperti diskusi tetapi ia tidak mendasarkan unsur menang atau kalah
serta perbincangannya memberi kebaikan kepada semua orang.
Justeru itu, walaupun kelahiran sesebuah tamadun banyak bergantung kepada
kedudukannya yang strategik dari segi perolehan sumber-sumber semulajadi dan lokasi geografi
(contohnya kemunculan tamadun Cina di Lembah Huang-Ho dan Yang Tsi, tamadun India di
Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotonia di Lembah Tigris dan Euphrates,
7
tamadun Mesir di Lembah Nil dan tamadun Melaka dipinggiran Selat Melaka). Kemunculan
sesebuah tamadun banyak berkait dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama
dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan
yang tulus dan suci yang menghasilkan kehidupan yang bertamadun.
Kajian menunjukkan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati kehidupan
beragama ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang merupakan resipi kepada
kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta ketinggian budaya. Kemunculan tamadun
Islam yang telah mencapai tahap ‘golden age'nya (8-14 Masehi) itu misalnya adalah dipengaruhi
oleh ransangan nilai dan penghayatan cara hidup Islam bersumberkan risalah wahyu yang
digembelingkan dengan penguasaan ilmu keduniaan yang mantap.
Dengan berasaskan prinsip-prinsip kespiritualan yang jitu tersebut, sesebuah masyarakat
akan mampu melahirkan sebuah tamadun atau peradaban oleh kerana penghayatan moral dan
akhlak yang terpuji yang termasuk di dalamnya kecintaan kepda ilmu, ketekunan, kerajinan,
semangat berdisiplin dan kekreatifan. Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin pula sudah
pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab dan jujur yang mendorong
rakyatnya berganding bahu membangunkan negara atau tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni
telah ditekankan oleh tokoh-tokoh utama di dalam pelbagai tamadun seperti Lao Tse, Kung Fu
Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Sambara dalam tamadun India, serta al-Farabi, al-
Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam selain daripada tamadun ini
bersumberkan al-Quran dan Hadith serta model sebenar diri dan perbuatan Rasulullah SAW.
Sebaliknya para sarjana sependapat bahawa kemerosotan sesebuah tamadun bukanlah
disebabkan oleh hukum sejarah semata-mata. Kemerosotan, apatah lagi kejatuhan sesebuah
tamadun boleh dielakkan sekiranya faktor-faktor berikut (yang kini dapat kita saksikan berulang
lagi) boleh dibendung atau dielakkan di mana yang boleh:
a) Ketidakadilan yang membiarkan jurang perbezaan yang begitu ketara di antara golongan kaya
dan miskin seperti yang berlaku di penghujung tamadun Rom kurun ke-4 Masihi;
b) Penindasan dan kezaliman berleluasa; sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati
dan dicabuli;
8
c) Keruntuhan moral dan nilai di semua peringkat di dalam masyarakat yang menandakan
musnahnya penghayatan budi pekerti yang murni dan mulia;
d) Sikap tertutup dan tidak mahu belajar dari orang lain dan tidak mahu menerima perubahan
terutamanya dari segi perubahan teknologi mahupun struktur politk, ekonomi dan sosial. Sikap
tertutup ini boleh mencacatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat tersebut;
e) Malapetaka atau bencana yang mengakibatkan kerosakan secara besar-besaran yang
merupakan satu faktor yang di luar kawalan manusia.
Dialog ialah sebuah komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang mempunyai
pegangan atau pandangan yang berbeza mengenai subjek atau perkara yang tertentu, dengan
tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah lagi daripada pihak yang satu lagi. Mungkin
takrifan ini kelihatan mudah dan tidak penting. Anggapan ini tidak tepat kerana di dalam banyak
situasi yang kononnya merupakan suatu dialog, dialog sebenarnya tidak berlaku kerana ada
pihak yang menganggap dirinya sudah pun mempunyai penyelesaian mahupun kebenaran mutlak
mengenai sesuatu perkara dan apa yang dia inginkan daripada rakan dialognya hanyalah
penerimaan semata-mata.
Hari ini pakar bidang dialog menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age of
Dialogue) yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Pertukaran pemikiran ini
berlaku lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh perkembangan teknologi
informasi dan komunikasi yang begitu pesat. Dalam konteks Barat yang zaman kepenjajahannya
terbiasa dengan pandangan yang merendahkan tamadun-tamadun lain, dialog telah menjadi satu
keperluan baru akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa pelbagainya masyarakat manusia
di dunia ini dari segi geografi, budaya dan agamanya.
Dari perspektif lain pula, contohnya dari sudut pandangan kita di dunia/Kepulauan
Melayu ini, dialog telah berlaku sejak awal lagi hasil pertembungan bangsa Melayu setempat
dengan yang lain melalui aktiviti perdagangan yang membawa bersamanya proses
intelektualisasi dan keagamaan, untuk sekian lama. Oleh itu sepatutnya kemahiran berdialog
yang baik dan berhemah telah sebati dengan masyarakat kita. Namun dalam konteks dialog
9
dihargai secara sedar di dalam masyarakat hari ini ia bukanlah merupakan sesuatu yang menjadi
keutamaan sehinggalah dua dekad kebelakangan ini.
Untuk dialog menjadi mekanisme perpaduan yang berkesan, di antara lain kita
memerlukan pendedahan ilmiah (sejarah, sistem kehidupan dan lain-lain) untuk memungkinkan
kita membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing. Penilaian yang
tepat ini bukan hanya akan membantu kita meneruskan perasaan muhibbah antara
budaya/tamadun sekali pun di masa yang sama kita mengakui wujud perbezaan ketara antara
kita, tetapi juga dapat membantu memampankan konsep dan realiti kedudukan Melayu-Islam
sebagai contoh. Dalam keadaan dunia dilanda oleh unsur-unsur yang mengikis tradisi, adalah
tanggungjawab orang Melayu Islam misalnya untuk memberi kesedaran dan
assurance/pengesahan (kepada yang bukan Melayu) tentang betapa idea "kedudukan" mereka
tersebut adalah sesuatu yang positif bagi semua pihak. Di sinilah peri pentingnya dialog melalui
mana kita boleh membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati.
Kepimpinan Budaya Teras juga perlu dihayati bukan melalui pendekatan yang apologetik
mahupun defensif tetapi melalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta sejarah, realiti
kehidupan, keadaan dan sifat negara kita yang sebenarnya. Melalui dialog, boleh manfaatkan
keadaan di mana tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia mempunyai persamaan yang
penting dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kemanusiaan, kepentingan alam
sekitar dan keperluan hidup berharmoni dengannya.
Generasi hari ini mungkin telah banyak melupai pelbagai hikmah dan peninggalan
tamadun-tamadun yang diwarisi sehingga kadangkala kita merasakan kehidupan kita sudah
kehilangan paksi dan arah tuju. Oleh kerana itu cara mengembalikan atau mencungkil semula
khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan dan dialog adalah mekanisme utama proses tersebut.
Dialog sebenarnya tidak berlaku kerana ada pihak yang menganggap dirinya sudah pun
mempunyai penyelesaian mahupun kebenaran mutlak mengenai sesuatu perkara dan apa yang
dia inginkan daripada rakan dialognya hanyalah penerimaan semata-mata. Hari ini pakar bidang
dialog menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age of Dialogue) yang
menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Pertukaran pemikiran ini berlaku lantaran
berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh perkembangan teknologi informasi dan
10
komunikasi yang begitu pesat. Dalam konteks Barat yang zaman kepenjajahannya terbiasa
dengan pandangan yang merendahkan tamadun-tamadun lain, dialog telah menjadi satu
keperluan baru akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa pelbagainya masyarakat manusia
di dunia ini dari segi geografi, budaya dan agamanya.
Dari perspektif lain pula, contohnya dari sudut pandangan kita di dunia/Kepulauan
Melayu ini, dialog telah berlaku sejak awal lagi hasil pertembungan bangsa Melayu setempat
dengan yang lain melalui aktiviti perdagangan yang membawa bersamanya proses
intelektualisasi dan keagamaan, untuk sekian lama. Oleh itu sepatutnya kemahiran berdialog
yang baik dan berhemah telah sebati dengan masyarakat kita.
Namun dalam konteks dialog dihargai secara sedar di dalam masyarakat hari ini ia
bukanlah merupakan sesuatu yang menjadi keutamaan sehinggalah dua dekad kebelakangan ini.
Untuk dialog menjadi mekanisme perpaduan yang berkesan, di antara lain kita memerlukan
pendedahan ilmiah (sejarah, sistem kehidupan dan lain-lain) untuk memungkinkan kita membuat
penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing.
Penilaian yang tepat ini bukan hanya akan membantu kita meneruskan perasaan
muhibbah antara budaya/tamadun sekali pun di masa yang sama kita mengakui wujud perbezaan
ketara antara kita, tetapi juga dapat membantu memampankan konsep dan realiti kedudukan
Melayu-Islam sebagai contoh. Dalam keadaan dunia dilanda oleh unsur-unsur yang mengikis
tradisi, adalah tanggungjawab orang Melayu Islam misalnya untuk memberi kesedaran dan
assurance/pengesahan (kepada yang bukan Melayu) tentang betapa idea "kedudukan" mereka
tersebut adalah sesuatu yang positif bagi semua pihak. Di sinilah peri pentingnya dialog melalui
mana kita boleh membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati.
Kepimpinan Budaya Teras juga perlu dihayati bukan melalui pendekatan yang
apologetik mahupun defensif tetapi melalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta sejarah,
realiti kehidupan, keadaan dan sifat negara kita yang sebenarnya. Melalui dialog, boleh
manfaatkan keadaan di mana tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia mempunyai
persamaan yang penting dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kemanusiaan,
kepentingan alam sekitar dan keperluan hidup berharmoni dengannya. Generasi hari ini mungkin
telah banyak melupai pelbagai hikmah dan peninggalan tamadun-tamadun yang diwarisi
11
sehingga kadangkala kita merasakan kehidupan kita sudah kehilangan paksi dan arah tuju. Oleh
kerana itu cara mengembalikan atau mencungkil semula khazanah tamadun ini perlulah
dipergiatkan dan dialog adalah mekanisme utama proses tersebut.
Dari segi definisi Integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok
dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama. Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini
merupakan satu matlamat utama yang diusahakn agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan
keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu
contoh terbaik kejayaan proses intagrasi.
Manakala perpaduan pula adalah proses menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah
negara supaya mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya. Perpaduan rakyat
Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan
negara. Selain daripada aspek ekonomi, politik, perpaduan juga merupakan agenda penting
dalam kemajuaan sesebuah negara. Relatifnya, ekonomi dan politik yang stabil akan memberi
sumbangan yang besar dalam proses perpaduan.
Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai usaha untik mencapai matlamat
perpaduan. Antaranya ialah pembentukan sosioekonomi yang membolehkan semua kaum dan
etnik turut serta dalam proses pembangunan Negara. Kedua ialah penyusunan semula masyarakat
melalui Dasar Ekonomi Baru iaitu dengan memberi fokus kepada membasmi kemiskinan
berasaskan kaum. Ketiga ialah penglibatan golongan miskin dalam pelbagai corak pembangunan
ekonomi dengan menubuhkan beberapa agensi yang berkaitan seperti MARA, FELDA, UDA
dan sebagainya. Keempat ialah sistem pendidikan digunalan sebagai medium utama
pembentukan perpaduan dengan menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
dalam sistem pendidikan di Malaysia di semua peringkat pengajian dari pendidikan rendah,
menengah rendah, menengah atas, dan pengajian tinggi
12
2.2 Kekuatan Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban
Terdapat banyak kekuatan dialog yang ada di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban.
Di antaranya ialah Kajian menunjukan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati
kehidupan agama ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang merupakan resepi
kepada kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta ketinggian budaya. Kemunculan
tamadun islam yang telah mencapai tahap ‘Golden agenya’ (8-14 Masihi) itu misalnya adalah
dipengaruhi oleh rangsangan nilai dan penghayatan cara hidup islam bersumberkan risalah
wahyu yang digembelingkan dengan penguasaan ilmu keduniaan yang mantap.
Kekuatan seterusnya ialah dengan berasaskan prinsip-prinsip kespiritualan yang jitu,
sesebuah masyarakat akan mampu melahirkan sebuah tamadun yang mempunyai penghayatan
moral dan akhlak yang terpuji yang didalamnya terkandung kecintaan kepada ilmu, ketekunan,
kerajinan, semangat berdisiplin dan kekreatifan yang tinggi untuk memperkukuhkan perpaduan
dan integrasi nasional dalam kepimpinan negara.
Selain itu juga, kekuatan budaya dialog di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban
mewujudkan nilai-nilai murni pada pemimpin di negara kita yang pastinya akan menggalakkan
kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding
bahu membangunkan negara dan tamadun kearah perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi.
Penghayatan nilai-nilai murni ini telah ditekankan oleh tokoh-tokoh utama dalam pelbagai
tamadun seperti Lao Tse, Kung Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Sambara dalam
tamadun India, serta Al-Farabi, Al-Mawardi, Al-Ghazali dan juga Ibnu Khaldun dalam tamadun
islam selain daripada tamadun ini yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith serta model sebenar
diri yang mulia iaitu junjungan kita Rasulullah SAW.
Oleh itu, perbincangan yang dijalankan seharusnya dibincangkan supaya kita dapat
mencari jalan penyelesaian yang memberi kebaikan bersama dan bukan mengikut cara diskusi
atau perbahasan yang memberi manfaat kepada pihak yang berjaya mengukuhkan pendapat dan
fakta mereka. Sesorang yang melibatkan diri dalam perbincangan harus mempunyai minda yang
terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana
dalam semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah
negara. Misalnya, semasa kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum Cina, kaum India, kaum
13
Melayu melibatkan diri dalam dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya
mengetengahkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan yang diperlukan kaum mereka
sahaja. Sebagai contoh, isu-isu kebajikan dan sistem pendidikan yang mengkhususkan sesuatu
kaum tetapi ia tidak memberi manfaat secara bersama.
2.3 Kelemahan Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban
Antara kelemahan utama yang menjadi tribulasi kepada perkembangan proses dialog
peradaban di Malaysia adalah sikap fanatik dan juga perkauman. Semasa perbincangan dialog
diadakan kita tidak boleh membincangkan isu-isu yang bersifat fanatik dan perkauman. Inilah
yang menjadikan budaya dialog peradaban tidak menepati pencapaiannya dan hanya
menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini telah membolehkan masyarakat tidak lagi menaruh
harapan terhadap dialog peradaban kerana mengikut pandangan mereka hanya pihak yang
mendominankan perbincangannya sahaja yang dapat menikmati faedah manakala pihak yang
lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Di sini kita boleh mengatakan bahawa dialog yang
dijalankan pula tidak mengikut protokol yang sewajarnya serta prosesnya tidak berjaya. Ini
menyebabkan matlamat tidak akan tercapai untuk menyatukan kaum di Malaysia dan memepuk
perpaduan dan integrasi nasional serta mencari jalan penyelesaian yang disetujui oleh semua
kaum terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahan kaum dan perasaan
fanatic dalam diri masyarakat.
Seterusnya kelemahan yang lain, jika kita tidak menyetujui sesuatu pendapat yang hanya
melihatkan kebaikan perkauman tertentu dan bersikap fanatik ia boleh mengundang masalah
perkauman di negara kita. Jikalau kita tidak bersetuju untuk mengambil sesuatu keputusan
tersebut walupun ia lebih kepada kepentingan perkauman ia juga masih boleh mengundang
masalah seperti kaum yang tidak diendahkan akan melakukan pemberontakan dan menimbulkan
rasa tidak berpuas hati. Oleh itu, hubungan harmoni antara pelbagai kaum di negara kita tidak
boleh dilaksanakan dan ini boleh menimbulkan rusuhan antara kaum seperti peristiwa 13 Mei
1969 yang pernah berlaku. Sehingga hari ini, masalah sedemikian kian terus menular dan
menjadi satu cabaran yang tidak dapat ditandingi dalam proses dialog dialog peradaban.
Misalnya, Utusan Online mengatakan “MCA dan MIC semakin memupuk perkauman dengan
14
fahaman pembelaan ras supaya mereka mengangkat kembali kedudukan masing-masing semasa
pilihan raya ke 12 ini”. krisis yang melanda kedua-dua parti tersebut seperti menuntut supaya
mereka nkembali ke landasan asal yang bersifat perkauman itu.
Selain itu juga, kelemahan yang menjadi tribulasi kepada proses dialog peradaban di
Malaysia ialah perspeksi yang salah pihak tertentuterhadap pihak yang lain. Perasaan dan
tanggapan yang salah terhadap sesebuah peradaban adalah kerana menganggapnya sebagai satu
ancaman kepada kepentingan pihak yang tertentu. Dialog peradaban yang dijalankan di antara
dua pihak yang berbeza budaya, kefahaman dan nilai amalannya boleh mengundang perspektif
yang salah dan pihak yang tidak bersetuju dengan peradabannya akan berfikir bahawa ini
merupakan satu helah yang memberi peluang kepada pihak lain untuk mempengaruhi mereka
melalui budayanya serta meleburkan nilai jati diri sesebuah budaya tersebut.
Kelemahan budaya dialog peradaban yang seterusnya ialah salah tanggapan sejak
peringkat awal lagi terhadap sesuatu tamadun yang berpunca dari pelbagai aspek boleh memberi
kesan bahawa segala tindakan dan gerak-geri sesebuah peradaban adalah memberi ancaman serta
keburukan kepada pihak yang lain. Salah tanggapan ini mengundang pelbagai masalah yang
besar serta tidak diingini dan bukan hanya menyusahkan penganut sesebuah budaya tersebut
tetapi memberi kesan kepada tamadun lain di dunia ini. Oleh itu, semasa mengadakan dialog kita
tidak boleh mengutarakan sesuatu isu yang memberi kebaikan serta memanfaatkan diri dan
sesuatu kelompok tertentunya sahaja. Inilah yang menyebabkan dialog peradaban tidak menepati
pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini membolehkan masyarakat
tidak lagi menaruh harapan terhadap diskusi mahupun dialog kerana mengikut pandangan
mereka hanya pihak yang mendominankan perbincangan sahaja dapat menikmati faedah
manakala pihak lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Dialog perlu dilakukan dalam
keadaan yang menguntungkan semua pihak supaya sesuatu peradaban dapat ditingkatkan lagi.
15
3.0 CADANGAN MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN DIALOG
Politik di Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional melalui
sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng, Raminah
Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan
demokrasi yang berparlimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh
kaum-kaum tertentu.” Dalam kerajaan demokrasi yang berparlimen Malaysia, rakyat akan
memilih pemerintahnegara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti
politik yang akan memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah
negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) “satu cara untuk
mewujudkan perpaduan dalam politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini
bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan
rakyat melalui pilihan raya.” Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana
memenangi majority kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional
adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil melayu, MCA wakil cina
dan MIC wakil india yang melambangkan perpaduan antara ketiga-tiga parti etnik di Malaysia.
Oleh itu, antara cadangan yang dapat dikemukan di sini ialah seseorang yang melibatkan
diri dalam dialog dan perbincangan haruslah mempunyai minda yang terbuka serta perasaan
perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara
kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara. Contohnya, semasa
semua kaum-kaum di Malaysia iaitu kaum Cina, kaum India dan Melayu melibatkan diri dalam
dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya mengetengahkan isu0isu yang
menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja bahkan perlulah menjaga perasaan
sesame kaum. Hal ini membolehkan dialog di akhiri dengan aman dan tenteram tanpa ada
perasaan sesuatu kaum yang tidak berpuas hati sesama mereka.
Selain itu juga, media massa serta sekolah dan IPT perlu mengorak langkah untuk
merapatkan jurang antara kaum serta penginteraksian supaya proses dialog peradaban dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Contohnya, apabila kita berinteraksi antara pelbagai kaum, kita
16
dapat mengembleng tenaga bersama serta dapat menyelesaikan masalah atau kekangan isu
seperti globalisasi dan isu-isu global yang kompleks seperti dadah dan pencemaran secara
bersama. Melalui interaksi antara pelbagai kaum, kita dapat meningkatkan pendekatan dan
persefahaman di antara pelbagai kaum serta dapat kenal mengenali dan berkomunikasi untuk
menyelesaikan isu-isu yang mementingkan kepentingan bersama seperti kemiskinan dalam
negara serta masalah-masalah sosial secara bersama.
Cadangan lain ialah kerajaan perlu mewujudkan keharmonian dan kerjasama antara kaum
dalam masyarakat dan tamadun bertujuan untuk menyatu padukan seluruh negara dalam satu
kesatuan yang rapat dan harmoni . keadaan ini telah menunjukkan bahawa betapa pentingnya
wujud perpaduan dan integrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Contohnya, adanya program
rumah terbuka di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dan ia akan dihadiri oleh semua
rakyat tidak mengira bangsa dan agama. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan
Zulkifly (2006) “Masalah perpaduan bagi negara-negara yang mempunyai satu keturunan bangsa
tidaklah sebegitu serius berbanding dengan negara-negara yang mempunyai penduduk yang
terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik seperti Malaysia.”
17
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, tugas dalam menyatukan perpaduan rakyat Malaysia yang pelbagai
bukanlah satu tugas yang mudah. Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita
menunjukkan bahawa sesuatu yang dikira mustahil akhirnya dapat diselesaikan. Malahan jika
tersilap langkah ia boleh menjurus kepada kejatuhan sesebuah negara yang sedang membangun.
Maka dapatlah kita lihat bahawa pengukuhan hubungan etnik dalam masyarakat majmuk di
Malaysia adalah penting bagi menguruskan sesebuah negara yang mempunyai kelompok
masyarakat yang pelbagai. Nilai sosiobudaya yang positif dan dinamik akan membantu
mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan bermaruah. Senario masyarakat Malaysia
adalah berdasarkan rakyatnya yang berbilang kaum. Konsep bangsa Malaysia sebenarnya
bergantung kepada kesedaran dalam semua etnik dan masyarakat iaitu mereka harus bersatu
untuk memajukan diri sendiri dan negara bahkan umtuk mempertingkatkan perpaduan integrasi
nasional dalam masyarakat di Malaysia.
Mereka harus sedar bahawasanya mereka harus menjaga dan membina tamadundan
warisan bangsa mereka sendiri supaya ia tidak hilang di telan zaman. Perbezaan yang wujud
dalam kalangan masyarakat majmuk adalah satu keistimewaan yang harus dipeliharai oleh
semua kaum. Kerajaan tidak pernah untuk menghapuskan nilai tradisi dan warisan setiap kaum
di Malaysia seperti yang telah dijamin dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan
Malaysia. Maka, setiap kaum harus bangkit dan bekerjasama antara satu sama lain untuk
membentuk bangsa Malaysia. Melalui penerapan rukun negara dapat menyatupadukan dan
mengeratkan lagi perpaduan kaum, etnik, budaya dan peradaban di Malaysia. Dalam rancangan
Malaysia yang terbaru, banyak lagi program yang telah direncanakan supaya perpaduan dalam
kalangan Malaysia dapat dikukuhkan lagi. Perancangan untuk mewujudkan satu bangsa
Malaysia dalam rancangan Malaysia kedua telah dibawa semula ke rancangan Malaysia yang
kesepuluh iaitu didalam program “SATU MALAYSIA” yang bertujuan untuk mewujudkan satu
sahaja bangsa Malaysia. Rakyat Malaysia haruslah menyahut seruan Perdana Menteri kita. Hal
ini kerana ia mendorong bangsa dan kaum Malaysia terus bergerak maju ke tahun 2020.
18
RUJUKAN
A.Aziz Deraman. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M)
Snd.Bhd 2001.
Chong. K.K “Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah.” In Masyarakat
Malaysia. Zuraina Majid (Ed.). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 1985
Ismail Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyongsong abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua).
Selangor: UKM. 2001.
J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge University Press. 1939.
Kassim Ahmad. Soal Kebangsaan. Wednesday, November 09, 2005. _HYPERLINK
http://kassimahmad.blogspot.com/ _http://kassimahmad.blogspot.com/_
Leon Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong:
Heinemam Educational Books (Asia) Ltd. 1983.
McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964.
Mohd Redzuan Othman et. al. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: UM. 2006.
Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise. 1992
19