174089635 peribahasa dalam cerpen
DESCRIPTION
peribahasaTRANSCRIPT
1.0 Definisi Semantik
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata
dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna.
Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan
dan keperibadian manusia.
Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan
Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi
yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan
membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik
merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna
bahasa (Abdul Chaer, 1994).
Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna
perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti
sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-
lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna
dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat.
2.0 Konsep Semantik
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani
“semantickos” yang bermaksud „penting‟ atau „bererti‟. Kata „bererti‟
membawa maksud „makna‟ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang
diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna
sesuatu kata.
Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang
diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa
semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan
konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk
kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik
sejarah” (M.Breal, 1893)
Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada
linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan
sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam
bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam
aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna
dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada
hubungan semantik.
Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis
makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim
(perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi
berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai
makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian
daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai
bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan
yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan
yang mempunyai satu makna).
3.0 Makna Ayat
Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat,
makna terselindung dan makna tersirat.
3.1 Makna Tersurat (denotasi)
Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada
makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa
bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika
sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita
menganggapnya sebagai betul.
Contohnya:
1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar
menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang
sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.
3.2 Makna Terselindung
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat
kerana perkataannya tidak dihadirkan.
Misalnya dalam ayat
Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan
adik ialah „pergi‟.
Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan
oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak
hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan
adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca.
Contoh lain adalah seperti berikut:
Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.
Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang
memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah
kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah
guru Bahasa Melayu di sekolah kami.
3.3 Makna Tersirat (konotasi)
Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna
yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan,
ada bercincin ada tidak”.
Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya
keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini
dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.
Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu.
Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk
bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk
ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.
3.3.1 Kiasan
Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran
dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan
tidak tepat pukulannya.
Contoh:
Tangkai jering
Panjang tangan.
Mulut tempayan.
3.3.2 Simpulan Bahasa
Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda
lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada
dua tiga patah perkataan:
Contoh:
Abu Nawas.
Kaki Kaki bangku bangku.
Kaki ayam.
3.3.3 Perbilangan
Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi
pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau
peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman
pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan
bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah:
Contoh:
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit
dahulu bersenang dahulu bersenang-senang senang kemudian.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ada padi semua kerja jadi, , ada beras semua kerja deras.
Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara
dengan sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak.
3.3.4 Perumpamaan
Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan
menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti,
bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya.
Contoh:
Seperti kaca terhempas ke batu.
Bagai tikus jatuh ke beras.
Seperti bumi dengan langit.
3.3.5 Bentuk Bidalan
Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di
mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk
melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan,
pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.
Contoh bidalan:
.Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak
mahir
dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.
3.3.6 Bentuk Pepatah
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah
mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.
Contoh:
diam ubi berisi, diam besi berkarat
bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada
orang yang pendiam tetapi bodoh.
Peribahasa dalam Cerpen “Mencari Hakiki”.
Setiap cerpen mengandungi peribahasa tersirat di dalamnya. Setiap
peribahasa yang digunakan mempunyai maksud yang tersendiri bagi
menggambarkan sesuatu keadaan itu sama ada suasana sedih, sakit,
gembira dan sebagainya.
Melalui petikan di atas, perumpamaan sesuai dimasukkan ke dalam
petikan tersebut. Perumpamaan yang boleh digunakan dalam petikan ini ialah
„Seperti ayam berak kapur‟. Maksudnya ialah muka pucat dan tidak
bermaya. Seperti yang kita ketahui, ayam berak akan mengeluarkan tahi.
Tetapi dalam perumpamaan ini ingin menunjukkan bahawa ayam yang berak
kapur merupakan ayam yang tidak sihat dan berpenyakit. Oleh itu, ayam yang
berak kapur ini akan menunjukkan sikap yang tidak bermaya dan pucat.
Tetapi dalam konteks Cerpen „ Mencari Hakiki „ ini menggambarkan Ana yang
tidak bermaya dan suka termenung jauh tanpa menghiraukan orang di
sekelilingnya. Ini menyebabkan umi menegur supaya tidak memikirkan
perkara yang difikirnya kerana mereka datang ke pantai untuk berehat dan
berseronok bukan untuk menambahkan masalah.
Dalam konteks realiti amalannya pada hari ini, peribahasa yang
digunakan ini sudah biasa didengar oleh masyarakat kerana kebanyakkan
daripada mereka menggunakan peribahasa ini semasa mereka berada di
sekolah rendah dan menengah lagi. Oleh sebab itu peribahasa yang
digunakan mudah difahami oleh kelompok masyarakat masa kini.
Kronologi Cerita Yang Pertama
“Sudah-sudahlah fikir tu. Kata nak datang sini nak berehat, nak
berseronok-seronok. Ni bila dah sampai, monyok saja macam ayam
berak kapur.
Teori pembuktian yang terdapat dalam cerpen “Mencari Hakiki” ialah
teori imejan. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui peribahasa yang digunakan
iaitu “Seperti ayam berak kapur”. Orang tua-tua pada zaman dahulu
menggambarkan keadaan dipersekitaran mereka untuk mencipta sesuatu
peribahasa. Misalnya dalam peribahasa ini iaitu ayam dan kapur merupakan
benda yang berada dipersekitaran mereka. Ayam yang sihat dan normal akan
berak mengeluarkan tahi. Bagi perumpamaan ini, ayam yang berak
mengeluarkan kapur merupakan ayam yang tidak normal dan sesuatu yang
pelik yang berlaku ke atas ayam tersebut. Oleh itu, Ayam yang berak
mengeluarkan kapur itu melambangkan ayam yang tidak sihat dan tidak
bermaya. Ini merupakan perlambangan yang dibawa oleh masyarakat
terdahuku. Oleh sebab itu terciptanya sesuatu peribahasa.
Selain itu juga, peristiwa yang berlaku kepada Ana juga boleh di kaitkan
dengan pepatah:
„Tidur tak lena, mandi tak basah‟
Dalam masyarakat Melayu, pepatah “Tidur tak lena, mandi tak basah”
diertikan sebagai bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu. Pepatah
ini juga sesuai dengan situasi petikan di atas. Ana bersusah hati kerana
memikirkan masalah rumah tangga yang dialaminya. Ana suka termenung
mengenang nasib yang dialami sampaikan keindahan pantai tidak dapat
menarik perhatian ana untuk melupakan masalah tersebut. Melalui pepatah
ini, masyarakat melayu terdahulu ingin mengatakan bahawa masalah yang di
hadapi oleh seseorang boleh mengganggu kelakuan dan perbuatan kita
terhadap sesuatu kerja.Pepatah ini amat bertepatan untuk diaplikasikan ke
dalam masyarakat masa kini kerana situasi ini boleh terjadi dalam kehidupan
kita seharian.
Selain itu juga, peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas juga
boleh di kaitkan dengan simpulan bahasa:
“Makan angin”
Simpulan bahasa „makan angin‟ ditakrifkan sebagai bersiar-siar untuk
berehat. Simpulan bahasa ini juga sesuai untuk melambangkan situasi di
atas. Ini kerana Ana dan umi, kawannya pergi ke pantai untuk merehatkan
minda dan melupakan masalah yang dihadapi. Dalam realiti kehidupan, kita
juga akan memilih jalan yang sama untuk melupakan masalah iaitu dengan
bersiar-siar di sesuatu tempat yang indah dan tenang. Penggunaan simpulan
bahasa ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat masa kini dan boleh
dikategorikan simpulan bahasa yang tersohor digunakan oleh masyarakat.
Melalui kronologi cerita di atas, peribahasa “ada udang di sebalik batu”
amat sesuai untuk melambangkan situasi diatas. Maksud peribahasa “ada
udang di sebalik batu” ialah ada maksud yang tersembunyi di
sebalik sesuatu perbuatan. Seseorang itu melakukan sesuatu untuk
mendapatkan tujuan yang lain. Udang itu melambangkan tujuan sebenar
mereka melakukan sesuatu kerja manakala batu itu sebagai helah untuk
melindingi dan menyorok tujuan yang sebenar. Dalam konteks petikan di
atas, Ana mengajak kawan lamanya, umi itu pergi ke pantai bukan untuk
berseronok dan bersantai, tetapi Ana mengajak mereka berdua ke pantai
untuk melupakan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh Ana. Ibunya
dan sahabat lamanya itu tidak tahu bahawasanya Ana mempunyai tujuan lain
pergi ke pantai. Peribahasa ini sudah lama meresap dalam pemikiran
masyarakat masa kini kerana peribahasa ini selalu digunakan oleh
masyarakat. Masyarakat boleh mengaitkan situasi yang di alami dengan
peribahasa ini.
Selain itu juga, peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas juga
boleh di kaitkan dengan peribahasa yang lain tetapi mempunyai maksud yang
sama iaitu:
Kronologi Cerita Yang kedua
Ana menarik nafas dalam-dalam. Dia sedar umi, sahabat lamanya itu tidak tahu
tujuan sebenar kedatangan dia ke Pantai Timur itu.
“Berlurah di balik pendakian”
Peribahasa “Berlurah di balik pendakian” sama maksud dengan “ada
udang disebalik batu”. Bezanya ialah peribahasa “berlurah di balik pendakian”
jarang sekali digunakan oleh masyakat. Kadang-kadang, Peribahasa ini
merupakan peribahasa kali pertama didengari oleh masyarakat sedangkan
maksudnya sama dengan peribahasa “ada udang di sebalik batu”.
Seterusnya, peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas juga boleh
di kaitkan dengan simpulan bahasa :
“Mengabui mata”
Maksud simpulan bahasa “mengabui mata” ialah cuba memperdaya
seseorang. Dalam konteks petikan di atas, Ana mengabui mata umi dengan
mengajak mereka ke pantai untuk berseronok sedangkan Ana ingin pergi ke
pantai untuk melupakan masalah yang di hadapi. Dalam realiti kehidupan,
kalau kita mahu mengabui mata seseorang untuk kebaikan, kita boleh
teruskan usaha itu. Jika kita mengabui mata seseorang untuk niat yang tidak
baik, lebih baik kita lupakan sahaja niat itu kerana ia boleh mendatangkan
keburukan kepada masyarakat. Penggunaan simpulan bahasa ini telah biasa
digunakan dalam masyarakat. Ada yang menganggap “mengabui mata” ini
ialah bahasa biasa bukan simpulan bahasa kerana kerap digunakan dalam
masyarakat.
Ana telah memberanikan diri untuk mengatakan kepada umi bahawa dia
mempunyai masalah. Umi terkejut dengan pernyataan Ana itu. Lalu, umi
menanyakan Ana adakah masalah itu ada kaitan dengan suami Ana. Ana
mengangguk untuk mengaku masalah tersebut adalah masalah dengan
Kronologi Cerita Yang ketiga
“Aku ada masalah, umi,” katanya perlahan tanpa mahu memandang wajah umi.
Dia malu. “Masalah?” Umi menoleh lama ke arah Ana. “Kau ada masalah dengan
suami kau?”. Mahu tidak mahu, Ana angguk perlahan. Rasanya eloklah dia
berterus-terang sahaja kepada umi. Lambat laun umi akan tahu juga.
suaminya. Oleh itu, Ana merasakan lebih baik dia berterus-terang kepada umi
tentang masalah yang dihadapi dengan suaminya kerana lambat laun umi
akan ketahui juga.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi ini ialah “Sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Maksud peribahasa ini ialah
sepandai-pandai seseorang melakukan sesuatu pekerjaan, sekali pasti akan
tersilap juga. Keputusan yang dibuat oleh Ana untuk berterus-terang kepada
umi merupakan keputusan yang amat tepat sekali. Kalau Ana tidak berterus-
terang pada masa itu, mungkin masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan
sebaik mungkin.
Teori pembuktian yang terdapat dalam cerpen “Mencari Hakiki” ialah
teori imejan. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui peribahasa yang digunakan
iaitu “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Orang
tua-tua pada zaman dahulu menggambarkan keadaan dipersekitaran mereka
untuk mencipta sesuatu peribahasa. Misalnya dalam peribahasa ini, mereka
menggunakan tupai sebagai perlambangan. Walaupun tupai sangat handal
dalam melompat di atas wayar elektrik misalnya, kadang-kadang tupai
tersebut tersilap langkah juga dan jatuh ke tanah. Begitu juga dengan
manusia, sebijak mana kita dalam sesuatu bidang, kadang-kadang kita
tertewas juga. Oleh itu, beringat-ingatlah kita supaya tidak menjadi seperti
peribahasa tersebut. Dalam kontek situasi di atas yang terdapat dalam cerpen
“Mencari Hakiki”, berterus-teranglah daripada berdiam diri kerana berdiam diri
tidak dapat menyelesaikan masalah.
Ana sudah mula berterus terang kepada ibunya. Ana menceritakan kepada
ibunya bahawa suaminya sudah ada perempuan lain. Lantas itu, perasaan
Ana terus berasa terlalu sakit sedangkan baru sedikit Ana menceritakan
kepada ibunya.
Peristiwa di atas boleh dikaitkan dengan kiasan Melayu iaitu:
"Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu".
Berdasarkan kepada kiasan di atas, orang Melayu dahulu telah
membuat perbandingan dengan alam semulajadi iaitu batu. Batu disifatkan
sebagai sesuatu yang keras dan apbila sesuatu yang terhempas ke atasnya
akan hancur relai. Maksud disebalik kiasan di atas ialah perasaan yang begitu
kecewa seperti hati yang terhempas ke atas batu dan hancur relai. Begitulah
yang digambarkan perasaan Ana apabila menceritakan kepada umi bahawa
suaminya sudah mempunyai perempuan lain. Kiasan ini sering kali kita
dengar dalam kehidupan seharian. Lumrah dalam percintaan, ada yang
berakhir dengan kebahgiaan dan ada juga yang berakhir dengan
kekecewaan.Perasaan seseorang akan kecewa dan harapannya akan hancur
apabila sesuatu yang dirancang berakhir dengan perkara yang tidak
diinginkan.
Kronologi Cerita Yang keempat
“Suami aku ada perempuan lain.” Oleh Ana. Itu pun perasaannya sudah rasa
terlalu sakit. Jika melafazkannya sahaja sudah terlalu sukar, apatah lagi menerima
hakikat bahawa, kasih suaminya sudah terpecah dua.
Air mata Ana terus mengalir sambil menceritakan masalahnya kepada umi.
Ana tidak menyangka sifat pendiam suaminya itu boleh menduakan dirinya.
Dia terus rasa ditipu dan dianiaya. Peribahasa yang sesuai dengan situasi ini
ialah :
“Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.”
Maksud peribahasa ini ialah sesuatu perkhabaran yang di ingatkan indah dan
meriah yg berpanjangan tetapi ianya tidak berlaku sebegitu. Dalam konteks
situasi di atas, Ana mengingatkan kebahagiaan rumah tangganya berkekalan
hingga akhir hayat, rupanya kebahagiaan itu hanya sementara kerana
suaminya telah ada perempuan lain. Perlambangan “panas hingga ke petang”
itu merupakan kebahagiaan yang dihadapi manakala “hujan di tengah hari” itu
merupakan ujian yang harus diharungi dalam kebahagiaan yang dihadapi
sebelum ini. Oleh itu, kita tidak boleh mengharapkan sesuatu kebahagiaan itu
berkekalan. Kita perlu berjaga-jaga dengan ujian yang akan kita hadapi.
Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada. Peribahasa ini juga sudah
biasa digunakan dalam masyarakat kita. Ianya sudah sebati dalam
penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat.
Selain itu juga, peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas juga
boleh di kaitkan dengan simpulan bahasa:
“Hancur hati”
Kronologi Cerita Yang Kelima
Dia tidak sangka disebalik sifat pendiam suaminya, dia sanggup menduakan
isterinya. Dia rasa ditipu dan dianiaya.
Berdasarkan simpulan bahasa tersebut, “hancur hati” bermaksud
sedih, dianiaya, kecewa dan berputus asa. Ana begitu kecewa dengan sikap
suaminya itu yang sanggup menduakannya. Tambahan lagi, suaminya
seorang yang pendiam, ini merupakan tamparan hebat kepada ana kerana
dia mempercayai suaminya sepenuh hati tetapi suaminya mengkhianati
kepercayaan tersebut. Ini menyebabkan Ana “hancur hati” dengan sikap
suaminya itu.
Selain itu juga, peristiwa yang berlaku kepada Ana juga boleh di
kaitkan dengan pepatah:
“Harapkan pagar, pagar makan padi”
Maksud pepatah ini ialah orang yang diberi kepercayaan untuk
menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu. “Pagar” itu boleh
dilambangkan kepada suami Ana manakala “padi‟ pula disimbolkan kasih
sayang antara Ana dan suaminya. Suaminya telah meragut kasih sayang
yang telah dicipta bersama Aina semata-mata kerana perempuan lain.
Ana telah membawa umi ke hotel mewah. Ana telah membelanja umi
dengan tinggal di hotel mewah itu. Umi sangat gembira dengan pelawaan
Ana itu. Ini kerana, dia teringin sangat untuk tinggal di hotel mewah. Sebelum
ini pun, suaminya jarang-jarang bawanya pergi makan di kedai apatah lagi
tinggal di hotel.
Peribahasa yang sesuai digunakan bagi situasi ini ialah “Orang
Mengantuk di Sorongkan Bantal ”. Peribahasa ini amat sesuai di gunakan
untuk menggambarkan situasi yang berlaku di dalam cerpen ini. Peribahasa
Kronologi Cerita Yang Keenam
“Terima kasih sebab kau sudi nak belanja aku tinggal di hotel mewah macam ni,
Ana. Harapkan aku, aku memang tak mampu. Makan di kedai pun, jarang-jarang
suami aku bawa.” Suara umi tenggelam timbul dibawa angin.
yang dikategorikan sebagai pepatah ini yang membawa maksud mendapat
sesuatu yang diidamkan atau diinginkan sejak lama lagi. Ini menunjukkan
semua impian Umi untuk tinggal di hotel mewah telah tercapai.
Selain itu juga, peristiwa yang berlaku kepada Umi juga boleh di kaitkan
dengan peristiwa:
“orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”
Maksud peribahasa tersebut ialah tiap-tiap pemberian orang hendaklah
dibalas dengan pemberian. Sebagai contoh, kita harus tahu berterima kasih
selepas mendapat pemberian daripada orang. Dalam konteks situasi
kronologi cerita di atas, Umi mengucapkan terima kasih kepada Ana kerana
telah belanjanya menginap di hotel mewah. Pemberian Ana itu telah dibalas
ucapan terima kasih oleh Umi. Ini merupakan nilai murni yang baik
ditunjukkan oleh Umi dan Ana. Setiap pemberian (berbudi) kepada kita, kita
hendaklah membalas dengan ucapan terima kasih (berbahasa). Sebagai
masyarakat Malaysia berbilang kaum, peribahasa ini amat sesuai diserapkan
dalam jiwa masyarakat.
Namun, pada zaman yang penuh dengan arus pemodenan ini,
peribahasa sudah jarang digunakan dalam perbualan seharian masyarakat
pada masa kini. Peribahasa ini amat jarang digunakan dan amat jarang
didengari oleh masyarakat pada masa kini. Hal ini mungkin peribahasa ini
tidak selalu diguna pakai oleh orang-orang tua dahulu kala semasa
berkomunakasi dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, kita sebagai
warisan perlu memperkenalkan dan menggunakan peribahasa ini bagi
memastikan peribahasa ini tidak di tinggalkan begitu sahaja
Dalam kronologi cerita ini, bukan Ana sahaja yang mempunyai
masalah, bahkan juga kepada Umi. Ana mempunyai masalah rumah tangga
menyebabkan dia kemurungan dan tidak bermaya. Umi pula, walaupun ada
masalah, dia tetap boleh melontarkan senyuman apa jua situasi yang
dilaluinya bahkan ketawa untuk melindungi masalahnya. Ini merupakan
perbezaan antara Ana dan Umi. Situasi ini boleh dikaitkan dengan Pepatah
orang terdahulu iaitu:
„Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam’
Pepatah di atas boleh membawa maksud setiap orang mempunyai
karenah,kemahuan dan keinginan yang berbeza. Jelas di sini ditunjukkan
oleh sikap Ana dan Umi. Ana tidak boleh menyembunyikan masalah yang
dihadapinya manakala Umi boleh menyembunyikan masalah yang dihadapi
dengan senyuman. Orang disekeliling tidak akan mengetahui masalah yang
dihadapi oleh Umi kerana dia menyembunyikan dengan senyuman dan
ketawanya. Begitu juga dengan kehidupan realiti kita, setiap orang
mempunyai perlakuan dan personaliti yang berbeza. Setiap orang ada
matlamat dan tujuan masing-masing dan melakukan pelbagai cara untuk
mencapainya.
Pepatah lain yang boleh mengaitkan dengan situasi kronologi cerita
yang ketujuh ini ialah :
“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”
Maksud pepatah di atas ialah betapa susah orang yang melihat
penderitaan orang lain , lebih susah lagi orang yang mengalami penderitaan
Kronologi Cerita Yang Ketujuh
“Senyuman umi, ketawa umi... menimbulkan rasa hairan di hati Ana. Umi masih
boleh ketawa dengan segala masalah rumah tangganya? Diam-diam dia
mengkagumi umi. Ketabahan umi.
itu. Dalam konteks situasi cerpen “Mencari Hakiki” di atas, walaupun muka
Umi penuh dengan senyuman, tetapi di dalam hatinya penuh penderitaan
masalah yang dihadapinya. Ana mendengar masalah yang dihadapi oleh umi
dan Ana mengerti kerana nasib mereka berdua adalah sama iaitu mempunyai
masalah rumah tangga. Masing-masing mengetahui masalah yang di
tanggung tetapi untuk mengharungi kehidupan dengan masalah tersebut lagi
bertambah pahit. Kita sering kali mendengar ungkapan „kita hanya
merancang,Tuhan yang menentukannya‟. Ungkapan ini memberi maksud kita
hanya mampu untuk merancang apa sahaja yang kita inginkan namun yang
menentukan Tuhan kerana Nya berhak dan berkuasa atas apa yang kita
rancangkan. Oleh itu, kita perlu bersabar dengan ketentuan yang kita perolehi
kerana dengan kesabaran itu akan ada manisnya di kemudian hari.
Umi telah menegur Ana dengan mengatakan Ana tidak menjaga
suaminya dengan baik dan tidak menjaga makan minum suaminya dengan
baik. Sebab itu suaminya mencari orang lain. Lantas itu, Ana terus melenting
dan meninggikan suara kepada Umi kerana semua perkara yang di
ungkapkan oleh Umi adalah tidak betul.
Berdasarkan kepada petikan cerpen di atas, saya boleh kaitkan
peristiwa tersebut dengan kiasan orang Melayu dahulu iaitu :
“Marahnya bernyala-nyala”
Bernyala-nyala biasanya digunakan untuk menyatakan keadaan api, tetapi
dalam ungkapan di atas, sifat bernyala-nyala telah dipindahkan kepada
keadaan marah. Dengan kata lain, sifat marah telah dibandingkan dengan
Kronologi Cerita Yang Kelapan
“Ah! Dia curang bukan sebab aku tak pandai masak. Selama ni pun, dia hidup
juga. Kedai makan banyak di Kuala Lumpur, pilih saja nak makan apa. Dia bukan
tak mampu. Nak makan di hotel setiap hari pun boleh.” Selera Ana terus hilang.
Panas hatinya dengan teguran umi.
keadaan api yang bernyala-nyala. Perasaan marah Ana digambar dengan
mendidih kepanasan apabila mendengar teguran daripada Umi. Dalam realiti
kehidupan,kita sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada mengalami
perasaan marah. Namun, perasaan marah kita boleh digambar dengan kata-
kata melalui percakapan dengan menggunakan unsur kiasan. Unsur kiasan
ini akan difahami oleh orang yang mendengar kata-kata kiasan yang
dituturkan dan dapat ditafsirkan sebagai seseorang itu berada dalam keadaan
marah.
Selain itu juga, sikap yang ditunjukkan oleh Ana juga boleh
digambarkan seperti simpulan bahasa :
‘telinga nipis”
Telinga nipis bermaksud seseorang yang cepat marah. Ana berasa
cepat marah apabila mendengar teguran dripada umi. Baginya ,dia tidak
melakukan sebarang kesalahan kepada suaminya. Perkara ini sering terjadi
dalam kehidupan kita seharian. Kita akan berasa cepat marah apabila
sesuatu keinginan kita dihalang oleh seseorang sedangkan keinginan kita itu
sesuatu yang baik tapi dihalang oleh sebab-sebab yang tertentu.
Selain itu juga, sikap yang ditunjukkan oleh Ana juga boleh
digambarkan seperti pepatah :
“Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongkit”
Maksud pepatah ini ialah tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri.
Dalam konteks petikan cerpen “Mencari Hakiki” di atas, Ana tidak mengakui
teguran yang ditegur oleh Umi sedangkan apa yang ditegur oleh Umi itu
adalah betul. Mungkin Ana berasa malu dengan teguran sebegitu. Oleh
sebab itu, Ana dengan spontan membantah teguran Umi itu. Dalam realiti
kehidupan, kita perlu mengakui kesalahan jika kita membuat kesalahan.
Jangan menuding jari kepada orang disekeliling. Ini bagi mengelak kita
daripada terjebak dengan fitnah.
Akhirnya, Ana mengakui kesalahannya bahawasanya dia tidak
menjaga suaminya dengan baik. Banyak perkara yang diabaikan Ana kepada
suaminya.
Simpulan bahasa yang sesuai dengan situasi ini ialah :
“Salah Langkah”
Maksud simpulan bahasa ini ialah melakukan kesalahan. Situasi ini
juga boleh dikatakan tidak bernasib baik. Ana telah tersalah langkah dalam
menjaga rumah tangganya menyebabkan suaminya mencari orang lain. Oleh
itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam melakukan setiap perbuatan yang
kita dilakukan. Ini kerana kalau tersilap langkah boleh membawa kepada
penyesalan.
Kronologi Cerita Yang Kesembilan
Mungkin benar, salahnya sendiri apabila kasih suaminya beralih arah. Sungguh
banyak yang diabaikan.
Petikan cerpen di atas menunjukkan peleraian bagi cerpen ini. Ana
mengucapkan terima kasih kepada Ana kerana memberi teguran dan nasihat.
Ana juga telah boleh terima kesalahan yang telah dibuat. Ana menyesal
dengan kesalahannya yang telah mengabai tanggungjawabnya kepada
suaminya. Peribahasa yang sesuai dengan petikan cerpen ini ialah :
‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’
Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah difikir
terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari. Dalam peristiwa
ini, Ana berasa bersalah sangat kepada suaminya dan menyesal atas
kesalahan yang dia telah dilakuan. Dalam realiti masyarakat, penggunaan
peribahasa ini perlu kerap digunakan dalam masyarakat supaya setiap
perkara yang dibuat bukan berakhir dengan penyesalan. Peribahasa ini amat
sesuai diterapkan kepada murid-murid sekolah rendah supaya mereka dapat
mengamati maksud yang ingin disampaikan dan aplikasinya dalam kehidupan
supaya kehiduapan kita sentiasa dalam kebaikan dari semasa ke semasa.
Kronologi Cerita Yang Kesepuluh
“Terima kasih, Umi. Selama ini aku abaikan semua itu kerana suami aku tak
pernah kisah atau merungut apa-apa...” katanya bercampur kesal.
Kesimpulannya, dalam kehidupan seharian kita pada hari ini walaupun
telah penuh dengan arus pemodenan namun masih banyak lagi peribahasa
dalam masyarakat melayu kita kini masih lagi diguna pakai dalam komunikasi
seharian mereka.
Pelbagai peribahasa yang kita selalu dengar daripada percakapan atau
komunikasi yang digunakan dalam masyarakat kini. Mereka sudah tidak pelik
jika kita menggunakan peribahasa semasa bercakap dalam urusan seharian
kita. Oleh sebab itu, kita bebas menggunakan peribahasa semasa urusan
seharian kita walaupun negara kita lama mengalami arus perubahan bahasa
dan arus pemodenan bahasa yang lebih canggih berbanding bahasa dulu
kala. Namun, terdapat juga pelbagai peribahasa yang kita jarang gunakan
atau tidak pernah gunakan dalam urusan seharian kita kerana jarang kita
dengar atau kita gunakan atas sebab-sebab yang tertentu seperti peribahasa
yang panjang atau sukar di hafal.
Oleh hal yang demikian, kita sebagai ahli yang menggunakan dan
memperlajari ilmu simantik perlu bertindak untuk menjadikan semua
peribahasa ini sebagai satu kebiasaan dalam masyarakat seharian mereka
agar mereka tidak lagi asing menggunakan dan mendengar peribahasa
melayu dalam urusan seharian mereka.
5.0 Pengistilahan Bahasa Melayu
5.1 Pengenalan
Pembakuan dalam bidang peristilahan berkait rapat dengan proses
pemodenan bahasa dan kemajuan masyarakat. Ini disebabkan istilah perlu
dihasilkan apabila sesuatu bidang ilmu itu diwujudkan. Dalam konteks
pembentukkan budaya ilmu, penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu
juga menjadi penanda berlakunya proses intelektualisasi dalam Bahasa
Melayu.
5.2 Sejarah Ringkas Istilah Bahasa Melayu
Pembinaan istilah Bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1957. Jawatankuasa Istilah, jawatan dan jabatan
ditubuhkan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan kerajaan yang
digunakan di seluruh Tanah Melayu. Jawatankuasa ini telah mengadakan
sesi kerja kali pertamanya pada 15 Januari 1957. Hasilnya buku Istilah
Jawatan dan Jabatan telah diterbitkan pada tahun 1960 dan terciptalah 2514
istilah baru. Kerja peristilahan secara terancang atau sistematik bermula
pada tahun 1975.
Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku Pedoman Umum
Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM) hasil kerjasama kebahasaan
Malaysia Indonesia menerusi Majlis Bahasa Indonesia Malaysia
(MBIM). Bahagian Peristilahan terus dipertanggungjawabkan untuk
mengumpul, membentuk, menggubal, memperbanyakkan istilah dan
menerbitkan istilah Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang
ilmu. Tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan melantik ratusan
profesional yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan
kepakaran dalam bidang ilmu di seluruh negara. Dianggap sebagai pakar
bidang mewakili Institusi Pengajian Tinggi, sektor swasta, sektor awam, dan
sektor pendidikan negara.
Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar
glosari istilah dengan sejumlah 1002438-Istilah telah dibentuk dalam pelbagai
bidang. Penubuhan MABBIM di peringkat serantau juga turut
bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123885 istilah ilmu pengajian
tinggi dan profesional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara anggota
MABBIM.
5.3 Peristilahan Bahasa Melayu
Proses menggubal kata-kata untuk bidang ilmu yang
tertentu. Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan
Bahasa Melayu. Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkayakan
kosa kata Bahasa Melayu. Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaan
Dasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awal.
Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, melalui Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP), istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah
digubal sebanyak mungkin untuk memenuhi keperluan penggunaannya
dalam bidang-bidang berkaitan. Penggubalan istilah ini dilakukan melalui
sistem Mesyuarat Jawatankuasa Istilah yang ahlinya dilantik oleh DBP
daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan Pusat Pendidikan.
Walaupun peristilahan berkembang seiring dengan perkembangan
ilmu dan teknologi, tetapi peristilahan Bahasa Melayu agak terkemudian
daripada perkembangan ilmu dan teknologi itu sendiri. Keadaan ini berlaku
disebabkan penggubalan istilah dalam Bahasa Melayu lebih merupakan
penggubalan istilah sekunder. Penggubalan istilah-istilah dalam Bahasa
Melayu dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti
pinjam langsung, pinjam suai dan pinjam terjemah. Dengan kaedah pinjam
suai pula, istilah-istilah asing dipinjam dengan beberapa penyesuaian, sama
ada suai bentuk penuh.
6.0 Kensep Dasar Dalam Pembentukan Istilah
Beberapa konsep dasar digunakan dalam pembentukan istilah :
6.1 Takrif Istilah
Istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep,
proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Contohnya
cecair, hablur, inflasi, budaya, medan magnet, metamofosis, dan lain-lain lagi
6.2 Tataistilah dan Tatanama
Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah
kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tatanama ialah kumpulan peraturan
yang menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama
yang dihasilkan)
6.3 Istilah dan Kata Umum
Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang
tertentu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Namun demikian,
kata umum boleh menjadi istilah.
6.4 Morfem dan Proses Peristilahan
Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi
makna atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan
yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah
Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan penggabungan.
1. Kata Akar : Kata yang belum dapat imbuhan misalnya rumah, asid,
pekat, mentah
2. Imbuhan dan Pengimbuhan : Imbuhan ialah morfem yang digunakan
untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya, ber-
(berkomunikasi), -an (siaran), peN-.-an (pendebungaan)
3. Penggandaan : Ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut
rerambut ) atau seluruh ( kacang kacang-kacang ) untuk membentuk
istilah.
4. Gabungan : Cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah
melalui proses penggabungan. Contohnya setiausaha, warganegara,
bumiputera dan lain-lain.
7.0 Konsep Peristilahan, Ciri-Ciri dan Masalah
7.1 Perbezaan Antara Kata dan Istilah
Konsep merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata
dan istilah pula merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan
sesuatu konsep. Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat
biarpun mempunyai perbezaan.
Kekeliruan tentang kata dan istilah berlaku sejak kegiatan peristilahan
di negara ini. Kumpulan yang terlibat dalam peristilahan adalah Pakar
Bidang, Ahli Bahasa, Pegawai Peristilahan. Pengguna tidak dapat melihat
perbezaan ini dengan jelas sehingga kata dan istilah seringkali digunakan
secara selari dan ditukarganti.
7.2 Bagaimana Istilah Diperolehi
Istilah dapat dibentuk daripada kata atau gabungan kata.Penggunaan
kata yang sedia ada untuk menggambarkan sesuatu konsep baru, tidak
menjadikan kata itu sebagai istilah menjadi suatu kata.
7.3 Konsep Peristilahan
Pertumbuhan konsep yang pesat dalam semua bidang kegiatan
mausia telah menimbulkan masalah komunikasi yang begitu serius. Konsep
yang tidak terhitung jumlahnya telah mewujudkan komunikasi yang taksa dan
sekaligus memberikan kesan yang tidak sedikit terhadap komunikasi antara
orang mesin, mesin mesin atau individu individu. Walaupun istilah seringkali
dapat dikaitkan dengan kata, tetapi kata pula tidak sentiasa dapat dikaitkan
dengan istilah kerana tidak semua kata adalah istilah. Perbezaan antara kata
dan istilah ini diperlihatkan dalam huraian tentang kata dan istilah daripada
beberapa sumber. Istilah dan kata dapat dibezakan melalui kekhususan
sesuatu makna. Kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada
konteks penggunaannya. Istilah mempunyai makna khusus dan tidak berubah
maknanya walaupun digunakan dalam konteks yang berlainan.
Setiap konsep baru harus dilambangi dengan kata-kata yang dapat
diperoleh dengan menggunakan kaedah yang tertentu, seperti :
a. Membentuk kata baru dengan mengubah bunyi kata yang sedia ada.
Contoh nya :
Lejas daripada jelas
Legap daripada gelap
Jerap daripada serap
b. Membentuk kata baru dengan menggabungkan bahagian
kata. Contohnya:
Asbut daripada asap dank abut
Puyam daripada puyuh dan ayam
Selembu daripada seladang dan lembu
c. Dengan meminjam kata asing. Contohnya :
Proses
Material
Hos
Hasil daripada penelitian di atas maka dapat disimpulkan bahawa konsep
merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah
merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep.
Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Istilah terdiri
daripada kata, singkatan, huruf, lambing grafik dan sebagainya. Kata
mempunyai pelbagai makna yang bergantung pada penggunaannya,
sedangkan istilah mempunyai makna khusus dan tidak terikat pada konteks
penggunaan.
7.4 Ciri-ciri Pembentukan Istilah
Ciri konsep membantu kita menjelaskan konsep dan membina sistem
konsep. Bagi penyelarasan, perkara ini amat berguna untuk melihat
hubungan benda dengan benda menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi,
kedudukan dan kegunaannya. Jumlah kata akar dalam bahasa kecil
berbanding dengan jumlah konsep yang ingin dibentuk istilahnya. Justeru,
kebanyakan istilah hanya boleh berupa gabungan unsur perkataan atau
istilah terpindah. Gabungan kata dan kata terbitan merupaka kombinasi
unsur perkataan.
Ketika membentuk istilah, hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut :
a. Sebarang kesamaran istilah hendaklah dielakkan. Kekeliruan boleh
wujud sekiranya satu istilah diperuntukaan kepada dua atau lebih konsep
sedangkan ia berbeza antara satu sama lain.
b. Sebarang sinonim hendaklah dielakkan. Sinonim boleh membebankan
ingatan dan mewujudkan tanggapan yang salah, iaitu lebih daripada satu
konsep. Bagaimanapun, istilah kebangsaan dan antarabangsa sebagai
sinonim hendaklah dibenarkan. Ini kerana, istilah itu memudahkan
komunikasi yang luas.
c. Penggunaan istilah yang mantap hendaklah diteruskan; tidak boleh
ditukar istilahnya tanpa alasan yang cukup kuat.
d. Juzuk-juzuk istilah hendaklah menggambarkan ciri konsep yang paling
diperlukan.
e. Istilah-istilah hendaklah berbentuk luaran supaya boleh mewujudkan
kata turunan.
Kerapkali perkataan atau unsure kata daripada bahasa asing dipinjam
untuk pembentukan istilah. Dalam pendekatan yang digunakan ialah melalui :
a. Pemindahan secara langsung seperti atom dalam Bahasa Inggeris
dipindahkan kepada atom juga bagi Bahasa Melayu.
b. Penterjemahan secara literal. Contohnya, guide line dalam Bahasa
Inggeris diterjemah ke dalam Bahasa Melayu secara literal iaitu garis
panduan.
Untuk melancarkan komunikasi, kadang-kadang perlulah disingkatkan
istilah itu. Penyingkatan yang perlu dibuat seharusnya tidak melanggar
peraturan linguistik. Syarat-syarat umum istilah baku seharusnya tidak samar,
sebaliknya harus tepat, ringkas, mudah dieja sesuai untuk pembentukan
istilah terbitan dan ahli suatu sistem istilah.
7.5 Sumber Istilah
Istilah dicipta dari kata / gabungan kata.
Kaedahnya :
a. Bentuk kata baru
b. Gabungkan bahagian kata
c. Peminjaman
7.6 Cara Pembentuka Istilah
Tujuh cara pembentukan istilah dalam bahasa Melayu adalah :
1. Kata bahasa Melayu yang lazim dan difokuskan maknanya. Contohnya
:
a. Gaya
b. Garis pusat
c. Tapak
d. Hasil keluaran
e. Daya
2. Kata bahasa Melayu yang kurang lazim. Contohnya :
a. Peka
b. Cerakin
c. Mendap
d. Hablur
e. Jisim
3. Kata bahasa Melayu sekeluarga / dialek Melayu yang lazim.
Contohnya :
a. Dermaga ( klasik )
b. Labur ( Negeri Sembilan )
c. Gambut ( Banjar )
d. Mangli ( Kedah )
4. Kata bahasa Melayu sekeluarga / dialek Melayu yang tidak lazim.
Contohnya :
a. Dening ( Kelantan )
b. Riam ( Johor )
c. Engkabang ( Iban )
d. Nyeri ( Sunda )
5. Kata / istilah daripada bahasa Inggeris. Contohnya :
a. Atom
b. Koine
c. Artikel
d. Frasa
e. Klausa
f. Sintaksis
6. Kata / istilah daripada bahasa lain. Contohnya :
a. Welstanchauung
b. Esprit de corp
c. Ad hoc
d. In toto
e. De facto
7. Pemilihan yang terbaik antara langkah 1-6 berdasarkan beberapa
kemungkinan
Dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menggunakan ketujuh-tujuh
cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu :
a. Ungkapan yang paling singkat
b. Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang
c. Ungkapan yang tidak berkonatasi buruk
d. Ungkapan yang sedap didengar
8.0 Proses Pembentukan Istilah
Istilah dalam bahasa Melayu dibentuk melalui dua proses iaitu pinjam
terjemah dan peminjaman terus. Secara gambarajah, hal ini dapat
diperjrlaskan seperti berikut :
Proses Pembentukan Istilah
Pinjam Terjemah Peminjaman Terus
terjemah langsung
dose sukatan
humidity kelembapan
gabungan dua kata umum
honeymoon bulan madu
right angle sudut tepat
ciptaan kata baru
up date kemas kini
subsidence antaman
peluasan makna
biji bijirin
dengan penyesuaiaan
geography geografi
structure struktur
tanpa perubahan
linear linear
export eksport
protein protein
gelap legap
ciptaan baru dengan gandaan separa
radius jejari
capillary - rerambut
9.0 Kesimpulan
Menurut Kamus Dewan, istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau
rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan (pekerjaan atau kesenian). Istilah ini seharusnya dilakukan
secara berterusan supaya tidak berlaku ketandusan istilah. Tanpa istilah
bahasa itu dianggap tidak berkembang dan mati.
Mendokong sesuatu konsep bagi bidang tertentu (satu konsep satu
bidang). Istilah dan kata tersebut sesuai dengan konteks
penggunaannya. Ianya mestilah dilakukan dengan teliti dan produktif ke
arah memartabatkan Bahasa Melayu.
Pembentukan peristilahan berkait rapat dengan proses pemodenan
bahasa dan penting dalam pembinaan budaya ilmu. Terdapat beberapa
konsep dasar dalam peristilahan iaitu takrif istilah, tataistilah dan
tatanama, istilah dan kata umum, morfem peristilahan dan bentuk istilah.
10.0 ANALISIS CERPEN “MENCARI HAKIKI”
Cerpen “Mencari Hakiki”
Kata akar Imbuhan Gandaan Gabungan Prototaip
Mandi
Menghancurkan Celah-celah Ibu bapa Siber
Jatuh
Kemesraan Sudah-
sudahlah
Buah tangan
Indah Bersama
Berseronok-
seronok
Sopan susila
Jauh
Melihat Dalam-dalam Lambat laun
Kapur
Senyuman Jangan-
jangan
Suri rumah
Wajah
mencumbui Kedua-
duanya
Rumah
tangga
Kereta Menunaikan
Bintang-
bintang
Kasih sayang
Nafas Bertaburan
Kedua-dua
Sedar memayungi
Jarang-jarang
Arah Pengasuh
Tiap-tiap
Makan Menghiris
Lain-lain
Lambat menjunjung Sekurang-
kurangnya
Alat
Menguis Berjalan-jalan
Pantai
Mentafsirkan Pagi-pagi
Tangan
Melimpah Naik-naik
Kasih
Mencari Masak-
memasak
Sukar
Kebahagiaan Kuih-muih
Air
Bertanya Terkelip-kelip
Budak
Bertenaga Perlahan-
lahan
Zaman
Mencencang Hotel-hotel
Cakap
Kesalahan Semata-mata
Patah
Berdiam
Kata-kata
Buruk
Teringatkan
Sejauh-jauh
Bapa
Menghela Kejap-kejap
Orang Perkahwinan
Sifat
Menanti
Solat
Kehancuran
Bahu
Berbeza
Langit
Memasak
Cerah
Makanan
Hajat
Seharian
Ibu
Bersama
Kerja
Dikongsi
Pagi
menggelengkan
Pejabat
Tercurah
Tangga
Melayan
Keluarga
Membaja
Cakap
Terdiam
Tahun
Membalas
Nampak
Perhatian
Ketawa
Bertuahlah
Malam
Meratap
ANALISIS GOLONGAN KATA DI DALAM CERPEN “MENCARI HAKIKI”
Bil Perkataan Golongan kata Catatan
1 Merebahkan Kata kerja Kata kerja terbitan
2. di Kata sendi Kata sendi menunjukkan tempat
3. Umi Kata nama Kata nama Khas Hidup (manusia)
4. masih Kata bantu Kata bantu aspek
5. Melontar Kata kerja Kata kerja terbitan
6. Kecil Kata adjektif Kata adjektif
7. fahaman Kata nama Kata nama am (abstrak)
8. diri Kata nama Kata nama (orang)
9. mereka Kata ganti Kata ganti diri orang ketiga
10. jodoh Kata nama Kata nama am (abstrak)
11. ditetapkan Kata kerja Kata kerja terbitan
13. kakak Kata nama Kata nama am (orang)
14. kau Kata ganti Kata ganti diri orang kedua
15. Wajah Kata nama Kata nama konkrit
16. tidak Kata tugas Kata naïf
17. hendak Kata tugas Kata bantu ragam
18. belum Kata tugas Kata bantu ragam
19. mendengar Kata kerja Kata kerja terbitan
20. kereta Kata nama Kata nama am (kontrik)
21. Kuala Lumpur Kata nama Kata nama khas (tempat)
22. daripada Kata tugas Kata sendi
23. menghiris Kata kerja Kata kerja terbitan
24 dia Kata nama Kata ganti diri nama ketiga
24 musuh Kata nama Kata nama am (orang)
25 perempuan Kata nama Kata nama am (orang)
26 gatal Kata adjektif Kata adjektif (sifat)
27 bubun Kata nama Kata nama am
28 belum Kata tugas Kata bantu ragam
29 datang Kata kerja Kata kerja
30 ke Kata tugas Keta sendi
31 bilik Kata nama Kata nama am (tempat)
32 Syakirah Kata nama Kata nama khas (orang)
33 Syazirah Kata nama Kata nama khas (orang)
34 yang Kata tugas Kata hubung relatif
35 untuk Kata tugas Kata hubung komplemen
36 dari Kata tugas Kata sendi
37 tetapi Kata tugas Kata hubung keterangan
38 setengah Kata adjektif Kata adjektif (bilangan)
39 pisang Kata nama Kata nama am
40 kerana Kata tugas Kata hubung (keterangan)
41 Melayu Kata nama Kata nama khas
42 dan Kata tugas Kata hubung gabungan
Analisis teks dalam bidang leksikal dilihat dari sudut:
1. Sinonim:
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai
makna yang sama atau hampir sama.
Perkataan Perkataan Seerti
Indah Aman
Kahwin Nikah
Kegembiraan keriangan
Ada Mempunyai
Sukar Payah
Lihat Pandang
Sangka Ramal
dipamerkan ditunjukkan
Diam Senyap
Menghiris Memotong
Benar Betul
Kamar Bilik
Pantas Laju
Cantik Lawa
Memeluk Mendakap
Merepek Membebel
Petir Kilat
Lawatan Menziarahi
Sejuk Dingin
Mendidih Menggelegak
Celoteh Telatah
Hajat Niat
Pulang Balik
Lusuh Buruk
Cakap Tutur
Kampung Desa
2. Antonim:
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang
mempunyai makna yang tidak sama.
Perkataan Perkataan Berlawanan
Basah Kering
Jatuh Bangun
Malas Rajin
Jauh Dekat
Dalam Luar
Atas Bawah
Dahulu Sekarang
Perlahan Laju
Lambat Cepat
Sakit Sihat
Sukar Senang
Sebelum Selepas
Manis Pahit
Turun Naik
Cerah Gelap
Kaya Miskin
Kecil Besar
Sedikit Banyak
Berkahwin Bercerai
Sejuk Panas
Buruk Baru
Benar Bohong
Kampung Bandar
Menangis Ketawa
Keluar Masuk
Ayah Ibu
3. Hiponim
Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang
lain. Sebagai contoh, melur, mawar, melati ,kemboja dan cempaka ialah
hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum
yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Hiponim ialah kata yang
maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur,
mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.
Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti
kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya
terdiri daripada kata yang khusus.
Rumah :
Rumah banglo
Rumah teres
Rumah pangsa
Rumah papan
Rumah berkembar
Rumah rehat
Rumah sewa
Rumah kedai
Rumah kongsi
Rumah mayat
Rumah pam
Bilik :
Bilik kecil
Bilik besar
Bilik utama
Bilik rehat
Bilik bacaan
Bilik isolasi
Bilik tamu
Bilik penginapan
Bilik sewa
Bilik sembahyang
Bilik kongsi
Kereta :
Kereta sewa
Kereta kongsi
Kereta kebal
Kereta perisai
Kereta tempatan
Kereta import
Kereta api
4. Homonim:
Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau
lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi
berlainan makna. Contoh petikan dalam cerpen yang mempunyai unsur
homonim ialah „Apa yang dilihat beberapa minggu yang lalu itu sudah cukup
untuk menghancurkan kepercayaan kepada suaminya yang dibina selama
hampir sepuluh tahun‟. “Lalu” dalam petikan cerpen ini adalah membawa
maksud sesuatu yang sudah berlaku. Dalam cerpen ini, Ana menceritakan
kepada Umi tentang kepercayaan yang dikhianati oleh suaminya pada
beberapa minggu yang lepas. “Lalu” dalam konteks lain pula membawa
maksud tiada selera untuk melalukan sesuatu. Contohnya: Azman tidak lalu
makan kerana demam.
Contoh lain yang terdapat dalam cerpen ini ialah “nipis”. Contoh
petikan ialah „Ana tersenyum nipis‟. “Nipis” dalam cerpen ini membawa
maksud sedikit atau biasa. Selepas dinasihatkan oleh Umi, Ana hanya
tersenyum biasa-biasa sahaja. Senyumannya sama banyak antara mahu
senyum dengan tidak mahu senyum. Dalam konteks lain “nipis” membawa
maksud bentuk fizikal sesuatu benda. Contoh: buku yang dibeli oleh Abu itu
sangat nipis. Antara contoh petikan lain yang mempunyai unsur homonim
ialah “Makan di kedai pun, jarang-jarang suami aku bawa.” Suami Umi
tenggelam timbul dibawa angin. Maksud “tenggelam” dalam petikan tersebut
ialah semakin perlahan/hilang dimana suara Umi semakin perlahan kerana
dibawa angin. Dalam konteks lain pula, tenggelam membawa maksud
terbenam. Contoh: Kapal itu tenggelam dalam lautan.
Contoh lain ialah seperti petikan ini “Umi tersenyum pahit”. Maksud
pahit dalam petikan tersebut ialah Umi melontarkan senyuman yang sinis
kepada Ana. Dalam konteks lain, Pahit membawa maksud rasa sesuatu
makanan. Contohnya ialah Air nescafe yang dibeli oleh Ahmad itu sangat
pahit.
Selain itu, contoh yang lain ialah melalui ayat “Aku jadi suri rumah
sepenuh masa sahajalah sampai mati,” balas umi. Perkataan “mati” dalam
petikan tersebut membawa sampai bila-bila hingga ke hujung hayat. Umi
menyatakan dia akan menjadi suri rumah sampai penghujung hayatnya.
Dalam konteks lain, “mati” membawa keluarnya ruh dari jasad atau meninggal
dunia. Contohnya : Ahmad terlibat dalam kemalangan di Jalan Ampang lalu
mati di tempat kejadian.
5. Polisem
Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang
berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain,
polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau
lebih dan mempunyai etimologi yang sama.Perkataan “berdiam” di dalam
petikan cerpen ini adalah membawa maksud sedang menetap di sesuatu
tempat. Dalam situasi lain perkataan “berdiam” boleh membawa maksud
membisu atau tidak bercakap apa-apa.
Kami analisis pula teks ini dari sudut grammatikal.
1. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang
menggambarkan kekecewaan.
(i) “Betapa remuk hatiku.”.
Perkataan “remuk” dalam ayat di atas membawa maksud perasaan yang
sedih kerana suami Ana mempunyai perempuan lain. Perasaan bertambah
kecewa apabila suaminya mengkhianati kepercayaan Ana terhadap
suaminya.
2. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang
menggambarkan kemarahan .
(i) “Ah! Dia curang bukan sebab aku tak pandai masak. Selama ini pun, dia
hidup juga. Dia bukan tak mampu. Nak makan di hotel setiap haru pun boleh.”
Selera makan Ana terus hilang. Panas hatinya dengan teguran umi.
Perkataan “panas” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerpen ini iaitu
Ana sangat marah kepada umi. Hal ini kerana Umi menyalahkan dirinya tidak
menjaga makan dan minum suaminya dengan baik.
3. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang
menggambarkan perasaan kekesalan.
(i) “Terima kasih, Umi. Selama ini aku abaikan semua itu kerana suami aku
tak pernah kisah atau merungut apa-apa..” katanya bercampur kesal.
Perkataan “kesal” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerpen ini begitu
kesal dan menyesal atas apa yang berlaku. Dia kesal dengan sikapnya yang
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.
4. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang
menggambarkan malu.
(i) “Aku ada masalah, Umi,” katanya perlahan tanpa mahu memandang wajah
umi. Dia malu..
Frasa “malu” membawa maksud watak dalam cerpen ini iaitu Ana malu untuk
meluah masalah rumah tangganya kepada Umi.
11.0 Rujukan
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. (2002). Koleksi terindah peribahasa
Melayu. Kuala Lumpur: PTS Sdn. Bhd.
Eugene A. Nida. (1979). Componential analysis of meaning: an introduction to
semantics structures. The Hague: Mouton.
Fodor, J. A. (1975). The Language of Thought. New York: Thomas Y. Crowell.
Komlev, N. G. (1976). Components of the content structure of the word.
The Hague : Mouton.
Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
(1979). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Lyons, John. (1994). Bahasa, makna dan konteks ; penterjemah Zahrah Abd.
Ghafur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
LAMPIRAN