1,000 kemasukan khas untuk pelajar cina b40 ke program ... · matrikulasi yb dr maszlee malik ......
TRANSCRIPT
BPPDP BIL. (03) 2018, EDISI MEI-JUN
Disember 2016
MEMBAWA 4 IDEA BAHARU
Pentingkan kepada konsep pembentukan karakter untuk melahirkan pelajar yang berinovasi dan kreatif.
Pendidikan berkualiti akan diberikan kepada semua termasuk golongan kurang berkemampuan di bandar dan luar bandar.
Beban guru akan dikurangkan dengan adanya sokongan pembantu pengajar dan kelas yang akan dikecilkan.
Studying should be fun! Pengajaran dan pembelajaran baru yang lebih seronok dan mengembirakan. Sumber: Utusan Malaysia, 19 Mei 2018
Maklumat dan Pertanyaan
Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras SB - 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya
Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284
1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik
Kerajaan mengumumkan penawaran khas kemasukan ke
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bumiputera daripada kaum Cina yang tergolong dalam golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, penawaran khas itu melibatkan penambahan sebanyak 1,000 kemasukan bagi sesi 2018/2019 dan sehingga kini terdapat sebanyak 89,891 permohonan telah diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan bumiputera.
Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik selain mereka yang mempunyai keperluan untuk dibantu berdasarkan tahap sosioekonomi masing-masing.
Penambahan 1,000 tempat kepada pelajar bukan bumiputera yang terdiri daripada kaum Cina ini adalah tambahan khas dan tidak menjejaskan langsung kedudukan, kemasukan serta hak pelajar bumiputera yang sedia ada selama ini.
Sumber: Utusan Malaysia, 28 Jun 2018
Artikel
Sumber: Utusan Malaysia, 5 Julai 2017
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 1
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 2
PERUTUSAN KSN
Salam Sejahtera,
Mei 2018 merupakan bulan yang penuh
bersejarah bagi Malaysia yang mana YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh dan warga Jabatan Perdana Menteri amat bertuah kerana dapat bertemu dan mendengar amanat YAB Perdana Menteri pada 21 Mei 2018.
Pada bulan ini juga bermulanya Ramadan bagi umat Islam seluruh dunia dan saya berharap kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan kesyukuran, serta memberi sedekah dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama memberi sokongan penuh kepada kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menjadikan perkhidmatan awam Malaysia disegani dunia.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
TAN SRI DR ALI HAMSA Ketua Setiausaha Negara
Sumber: Portal KPM
Transformasi
3 budaya dipopularkan di sekolah, universiti
YB Dr Maszlee Malik
Kementerian Pendidikan akan menerapkan
budaya kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati di sekolah dan universiti.
Ia bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan positif. Dr Maszlee Malik, berkata tiga budaya itu akan disemai dan dipopularkan dalam kalangan mereka di bidang pendidikan, termasuk pensyarah, guru serta murid sekolah dan pelajar universiti, selain ibu bapa.
Yang pertama, kita perlu menyebarkan kebahagiaan. Rakyat hidup dalam suasana tertekan dan mempunyai kehidupan yang tertekan. Tekanan tidak elok untuk kesihatan, emosi dan pertumbuhan.
Perkara kedua ialah budaya kasih sayang. Ada masanya, masalah (atau isu sosial) berlaku berikutan kekurangan kasih sayang.
Budaya ketiga adalah hormat-menghormati. Kita perlu menghormati antara satu sama lain walaupun ada perbezaan bangsa, agama, negeri mahupun latar belakang.
Ini semua adalah tiga budaya yang akan diterapkan dalam kehidupan kita, dalam bilik darjah dan dewan kuliah. Kita tidak mahu manusia yang hanya hidup dengan mengikut buku semata-mata. Kita juga mahu menghasilkan graduan yang mempunyai nilai moral yang tinggi.
Kita tidak mahu lagi mendengar mengenai kebencian atau prejudis terhadap bangsa, agama dan pihak lain. Kita mahu meraikan perbezaan dan perbezaan adalah kekuatan kita. Maszlee berkata, perkara itu tidak akan dipaksa kepada murid dan guru, sebaliknya mereka akan digalakkan untuk menjiwai ketiga-tiga budaya itu.
"Budaya itu bukanlah undang-undang, dasar atau pekeliling. Pada masa depan, kami akan cuba membuat draf program bagi menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya.
Sumber : Berita Harian, 3 Jun 2018
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 3
Kaedah PdP menyeronokkan, lahir murid kuasai pelbagai bahasa
YB Dr Maszlee di Masjid al Huda Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
YB Dr Maszlee Malek
Kementerian Pendidikan berharap dapat
melahirkan lebih ramai murid yang mampu menguasai pelbagai bahasa, selain berasa seronok melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), pada masa depan.
Dr Maszlee Malik, berkata ia susulan langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu menekankan kepentingan berbahasa Inggeris selain penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.
Yang penting kita menekankan pembudayaan bahasa Inggeris dengan tidak mengetepikan bahasa Melayu dan menggalakkan bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa keperluan dunia di sekolah.
"Dalam tempoh lima tahun ini kita berharap dapat menghasilkan murid yang 'multilingual' dengan membudayakan pembelajaran secara suka dan seronok. Kita tidak mahu beban," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan barangan keperluan harian kepada 40 penerima terdiri daripada golongan asnaf termasuk fakir miskin di Masjid al Huda Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
Sumber: Berita Harian, 25 Mei 2018
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, beliau sendiri bersama sektor berkenaan akan memastikan hasrat berkenaan mencapai matlamat menerusi pendekatan kebahagiaan, kasih sayang, hormat menghormati selain kerja kesukarelaan.
Kita akan galakkan banyak kerja kesukarelaan, tidak jadi dasar tetapi menjadi budaya. Kita mahu, pembelajaran kita berteraskan literasi dan saya sendiri akan cuba memastikan bersama sektor terbabit untuk membawa literasi seperti filem, dokumentari, kartun, untuk pembelajaran bahasa.
Pokoknya ialah hendak jadikan pembelajaran bahasa sesuatu yang menggembirakan. Kita hendak pelajar datang ke sekolah dengan gembira, mereka hendak datang sekolah, mereka tak mahu ponteng," katanya.
Beliau berharap menerusi pendekatan itu juga nanti dapat menghapuskan budaya curiga mencurigai, prejudis, dengki mendengki dan saling tidak percaya dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.
Tiga pokok utama dan harap sampai bila-bila, kita mahukan kebahagiaan, saling berkasih sayang antara murid dan guru, kaum, bangsa, agama, bandar dan luar bandar dan saling hormat menghormati.
"Perkara ini menjadi tonggak dasar dalam sesi P&P, menjadi budaya di sekolah, kita suka belajar bahasa kerana kita sayang satu sama lain dan saling menghormati,"
Sumber: Berita Harian, 25 Mei 2018
Artikel
PERINGATAN YB MENTERI PENDIDIKAN
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 4
Kata Kunci Kejayaan
“Pekerjaan hebat tidak dilakukan dengan kekuatan, tapi dengan ketekunan
dan kegigihan” (Samuel Johnson)
Amaran buat kakitangan Kementerian Pendidikan
YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan
tegas terhadap mana-mana kakitangannya yang terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan melanggar undang-undang.
Dr Maszlee Malik, berkata, perkara itu membabitkan integriti kakitangan itu sendiri. Tiada siapa yang melebihi daripada undang-undang dan pentadbiran baharu akan memastikan tadbir urus yang baik.
"Justeru, jika ada sesiapa yang mencuri peluang atau menyalahgunakan kuasa mereka, kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Karnival Karangkraf 2018.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu kes yang tersebar melalui laman sosial Facebook, baru-baru ini, membabitkan dakwaan seorang guru yang tidak berpuas hati dengan proses pertukaran guru.
Dr. Maszlee berkata, kementeriannya sudah membuat laporan di Balai Polis Presint 7 di Putrajaya untuk membolehkan pihak polis menyiasat perkara berkenaan.
Guru itu mendakwa kakitangan yang terbabit dalam pertukaran itu meminta wang untuk membolehkan pemohon mendapat sekolah yang diminta.
Katanya, kementerian juga akan menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan itu.
Dr. Maszlee berkata, proses meluluskan permohonan pertukaran guru ke negeri yang dikehendaki membabitkan tiga kriteria utama iaitu kepentingan perkhidmatan; kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di mana-mana sekolah di negeri terbabit.
"Perkara lain yang akan dipertimbangkan, termasuk jika guru berkenaan mempunyai penyakit kronik, alasan keselamatan, untuk mengikut pasangan masing-masing, selain tempoh perkhidmatan di sesebuah sekolah.
"Kami menasihati guru untuk menghubungi kami jika mereka berhadapan isu terbabit dan bukan meluahkannya kepada pihak ketiga untuk mengelakkan penipuan dalam proses pertukaran," katanya.
Pada masa sama, Maszlee turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak dalam bidang akademik yang melakukan plagiat atau menipu dalam kerja akademik masing-masing.
Kami akan memastikan semua pihak dalam sektor ini mematuhi undang-undang. Kami tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana salah laku dan plagiat.
"Mereka yang melakukan plagiat tidak akan terlepas. Kami mahu mereka mempunyai integriti dan berdisiplin," katanya.
Sumber : Berita Harian, 3 Jun 2018
Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar Sehingga 30 Jun 2018
3. STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI
BAGI BULAN MEI - JUN 2018
PERKARA MEI JUN
Bilangan Pengguna 103 62
Pendaftaran Baharu 4 7
Rujukan Tesis 161 143
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018
20172017 5
1. KOLEKSI ARTIKEL AKHBAR
BERITA HARIAN,
UTUSAN MALAYSIA, NEW STRAITS TIMES,
THE STAR
JUMLAH (Mei-
Jun)
JUMLAH
KUMULATIF
SEHINGGA
30 Jun 2018
JUMLAH 182 82,455
2. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN
BIL JUMLAH KOLEKSI
YANG DITERIMA
BILANGAN
DIKATALOG
143 376
Mulai 23 April 2018, Sektor Pusat Dokumentasi telah
menggunakan Sistem Pengurusan Perpustakaan
Bersepadu berasaskan web based dan mempunyai
Modul Digital Content untuk repositori bahan digital.
Pengguna perlu mengakses masuk ke dalam Sistem
EKCMS menggunakan url:
http://librarykpm.moe.gov.my
Username: No. KP
Default Password : 123456
ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR
BAGI BULAN MEI - JUN 2018
1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/
Sukatan Mata Pelajaran
- 2 isu
2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
- 4 isu
3. Pengurusan Pendidikan
- 2 isu
4. Keselamatan/ Disiplin Murid
- 1 isu
Untuk maklumat bahan rujukan
dan peminjaman koleksi, sila
layari laman sesawang berikut:
http://librarykpm.moe.gov.my
JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY
KPM SEHINGGA 30 JUN 2018 :
44,322 orang
Senyum Selalu
SEDIA BANTU 03-8884 6425
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 6
Bela nasib dan kebajikan kami – Guru
Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah kepada Dr. Maszlee
Malik atas pelantikannya sebagai Menteri Pendidikan yang
baharu. Sesungguhnya, pelantikan portfolio pendidikan ini sesuatu
yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat khususnya
warga pendidik.
Pendidikan adalah asas pembangunan dan kemajuan sesebuah
negara. Sejarah telah membuktikan bahawa runtuhnya sesebuah
tamadun adalah disebabkan kelalaian pemimpin yang tidak
memperkukuhkan generasi akan datang dengan mutu pendidikan
yang berkualiti.
Generasi muda seolah-olah dibentuk sebagai pengikut setia
pemimpin dan bukan sebagai pengikat antara pemimpin dan
rakyat yang dikuasai dengan ilmu. Sebab itulah portfolio
pendidikan ini sering mendapat perhatian masyarakat di mana-
mana negara.
Dalam kita mengalu-alukan kehadiran beliau, harapan warga
pendidik juga agak tinggi. Bebanan guru yang melampau telah
membawa keluar guru-guru daripada ‘core business’ mereka untuk
mengajar di dalam kelas kepada membuat kerja-kerja perkeranian.
Terlalu banyak fail yang perlu disiapkan oleh mereka.
Pengenalan kepada pelbagai dasar-dasar baharu juga telah
menjadikan guru menghabiskan lebih banyak masa di hadapan
komputer berbanding di hadapan murid. Semua kerja perlu
disiapkan dalam masa singkat. Tiada alasan boleh diterima. Walau
apa jua keadaan atau tekanan, guru tetap menyiapkan semua
tugasan atas dasar ‘saya yang menurut perintah’.
Sedihnya, tidak siapa yang melihat tekanan dihadapi oleh seorang
guru dalam mengejar masa menyiapkan segala kerja tersebut.
Untuk rekod, guru perlu membuat persediaan sebelum masuk ke
kelas, masuk ke kelas perlu mengambil peranan ahli magis
menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat murid,
mendidik anak muridnya, waktu lapang menanda buku,
menyiapkan fail-fail, selepas sekolah menghadiri pelbagai
mesyuarat, pulang ke rumah dengan begitu penat. Namun, tetap
pulang membawa kerja yang tak siap, di rumah bertukar peranan
sebagai ayah dan ibu, menjaga dan membantu keluarga,
membantu abak siapkan kerja rumah.
CIKGU SIVA @ CVA
Sumber : Utusan Malaysia, 7 Jun 2018
Perkhidmatan Kaunter
WAKTU OPERASI
Isnin - Khamis
8.00 pagi – 4.30 petang
Jumaat
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang
Ditutup pada Sabtu, Ahad dan
cuti umum
KEAHLIAN
Keahlian adalah percuma
Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia
Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)
Agensi Kerajaan
Penyelidik
Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:
Membawa kad matrik dan surat pengesahan
Melengkapkan borang pendaftaran
Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik
Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan Sirkulasi
Bilik Mesyuarat
Peti Pemulangan Buku (24 Jam)
Khidmat Nasihat dan Kepakaran
Bilik Tayangan
Informatif, Tepat &
Mesra Pengguna
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 7
Informasi
SMK Seafield cipta hatrik Koir Antarabangsa
SMK Seafield, Subang Jaya melakukan hatrik menjuarai ‘Gold Diploma' Pertandingan Koir Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLICC)
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield,
Subang Jaya melakukan hatrik menjuarai Gold Diploma' Pertandingan Koir Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICC) kategori remaja. SMK Seafield mengungguli kategori itu sejak 2016.
Dalam pertandingan yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), SMK Seafield yang mewakili Selangor menewaskan C-Breeze Choir dari Negeri Sembilan dan Kepong Shines, Kuala Lumpur pada pertandingan akhir.
Kejayaan itu membolehkan Sekolah Kluster Kecemerlangan itu membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM500; tempat kedua menerima `silver diploma' dan wang tunai RM300 serta ketiga `bronze diploma' dan wang tunai RM200.
Pasukan dari Indonesia, Medan Community Male Choir mengungguli kategori terbuka.
Turut mengambil bahagian adalah Sujatha Vidalaya Nugegoda Youth Choir dari Sri Lanka yang turut menampilkan peserta berbangsa Melayu Sri Lanka.
Sumber : Berita Harian, 18 Mei 2018
ISU SEMASA PENDIDIKAN
Amaran buat kakitangan Kementerian Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangannya yang terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan melanggar undang-undang. Ditegaskan oleh YB Menteri Pendidikan kerana ada dakwaan penyalahangunaan kuasa semasa proses pertukaran guru.
Kembalikan wibawa universiti awam – Dr Maszlee
3 budaya dipopularkan di sekolah, universiti
Guru Pendidikan Islam juara anugerah inovatif
110 murid manfaat kem motivasi UPSR
Kaedah PdP menyeronokkan, lahir murid kuasai pelbagai bahasa
Bela nasib, kebajikan kami – Guru Pelajar cenderung bekerja selepas
dibuang sekolah Hampir 40 peratus daripada 1,300 murid sekolah rendah dan menengah yang dibuang sekolah di Terengganu tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah dan lebih cenderung bekerja walaupun pada usia muda.
Murid SJKT Masai harumkan nama
negara
Seramai 11 murid SJKT Masai muncul sebagai
pemenang tempat ketiga Pertandingan Drama
Bahasa Inggeris Antarabangsa di Hong Kong
Sumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian, 2018
INOVASI PENDIDIKAN
2 sekolah wakil Malaysia ke pertandingan robotik
Murid SMK Putrajaya Presint 8(1) menjalani latihan sebagai persediaan menjelang pertandingan robotik World Adolescent Robot
Contest (WARC) 2018 di Guizhou, China
Malaysia akan diwakili dua pasukan dari Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8(1) dan Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor bagi pertandingan robotik World Adolescent Robot Contest (WARC) 2018 di Guizhou, China.
Dua pasukan itu pernah menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan anjuran syarikat Sasbadi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, tahun lalu, sekali gus layak mewakili negara pada kejohanan berkenaan.
Kejohanan membabitkan penyertaan daripada 58 negara itu akan berlangsung bermula 19 hingga 26 Julai ini di Guizhou University terletak di Bandar Guiyang.
Guru SMK Putrajaya Presint 8(1), Rizawani Mustafa merangkap mentor pasukan sekolahnya berkata, ini adalah kali pertama pasukan dari sekolah berkenaan dijemput menyertai pertandingan robotik di peringkat antarabangsa.
"Pelajar yang mewakili sekolah kami akan menggunakan model EV3 Mindstorms jenama Lego berharga kira-kira RM2,900 pada pertandingan di China nanti.
Sumber : Berita Harian, 27 Mei 2018
Januari 2018
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 8
INFO PERISTIWA
_____________________________
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
16 MEI 2018
MAJLIS PERSARAAN
YBHG. DATUK SERI KSU,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
25 MEI 2018
___________________________
SELAMAT
MENYAMBUT
BULAN RAMADHAN
DAN HARI RAYA
AIDIL FITRI 15 JUN 2018
Ikhlas daripada
Warga BPPDP
NOTA
Pengajaran subjek sains,
matematik dalam BM
tidak pernah gagal
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
menggesa kerajaan baharu Pakatan Harapan
(PH) supaya tidak melaksanakan pengajaran
subjek sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris.
Gesaan ini juga bertujuan untuk melindungi
kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan di negara ini. Timbalan
Presidennya Kamal Shukri Abdullah Sani
berkata, penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dalam pembelajaran sains
dan matematik telah terbukti berjaya selama
lebih 30 tahun.
KAMAL SHUKRI ABDULLAH SANI
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/pendidikan/ppsr-
perlukah-hentikan-pengasingan-murid-
1.639508#ixzz5BUq5cjSp
© Utusan Melayu (M) Bhd
APA PENDAPAT RAKYAT
Kerajaan perlu membezakan
kepentingan untuk menguasi
bahasa Inggeris dengan keperluan
memartabatkan bahasa Melayu
sebagai tunjang dan jati diri
masyarakat di negara ini.
Semua tamadun dunia dan sejarah membuktikan bahawa kemajuan dicapai melalui upaya bahasa sendiri yang dijulang oleh bangsanya, bukan dalam bahasa lain,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Online.
Dalam pada itu, beliau juga mendakwa pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai satu pembaziran.
Kegagalan PPSMI telah terbukti dan akhirnya dibatalkan setelah berbilion perbelanjaannya tetapi kini diberi ‘wajah palsu’ yang baharu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan nama ‘timangan’ Dual-Language Programme (DLP).
“Dasarnya sama iaitu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tetapi kononnya secara sukarela dan pilihan ibu bapa, bagaimana KPM boleh berlepas tangan jika berlaku sebarang masalah atau kegagalan,” soalnya.
Tambah beliau, usaha perubahan yang dilakukan oleh kerajaan diharapkan tidak mengenepikan asas jati diri dan citra terutama bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi.
Sumber : Utusan Malaysia, 21 Mei 2018
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 9
Kajian Penyelidikan Pendidikan
10
AMALAN PENGGUNAAN BAHAN
BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM
KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH BERDASARKAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT)
MOHD SYAUBARI BIN OTHMAN
Sekolah Kebangsaan Seri Samudera, Manjung,
Perak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
amalan penggunaan BBM di kalangan guru
Pendidikan Islam dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) berdasarkan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Negeri Perak.
Komponen Bahan Bantu Mengajar (BBM)
dilihat menerusi tiga komponen utama iaitu
BBM pola rutin, BBM pola sampingan dan BBM
bukan pola melalui aspek PdP guru yang
melibatkan pelaksanaan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) menerusi peringkat
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta. Kajian ini menggunakan analisis
deskriptif (melalui instrumen soal selidik).
Kesemua instrumen pengutipan data ini dibina
oleh pengkaji dengan pengubahsuaian
daripada instrumen KBAT Kementerian
Pendidikan Malaysia(KPM) dan kandungannya
disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai
kebolehpercayaan Alfa Cronbach yang
diperoleh adalah tinggi iaitu (0.82173). Seramai
400 orang guru Pendidikan Islam dipilih secara
rawak berstrata dan berkelompok untuk
menjawab instrumen soal selidik. Data kajian
dianalisis secara deskriptif menggunakan
frekuensi dan peratusan serta min.
ABSTRAK KAJIAN
Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati
amalan penggunaan BBM dalam pengajaran guru
berdasarkan KBAT adalah berada pada tahap tinggi
menerusi min bagi keseluruhan (4.43) dan
berdasarkan BBM pola rutin yang mencatatkan min
4.45, BBM pola sampingan mencatatkan min 4.44 dan
BBM bukan pola mencatatkan min 4.40. Implikasi dan
cadangan yang dikemukakan dapat memberi
gambaran yang bermanfaat kepada kementerian,
sekolah, guru dan masyarakat dalam meningkatkan
tahap amalan penggunaan BBM dalam pengajaran
guru berdasarkan KBAT seperti yang dihasratkan di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Kata kunci : BBM, KBAT, Guru Pendidikan
Islam
Sumber: Jurnal Penyelidikan Pendidikan, BPPDP
Jurnal
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018
Beri keutamaan pacu pendidikan taraf dunia
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 11
Transformasi Pendidikan
Hari ini 21 Mei, genap 10 hari kerajaan baharu
menerajui tampuk kepimpinan negara. Secara
matematiknya, 1/10 daripada tempoh janji 100
hari sudah berlalu dan tentunya rakyat Malaysia
menanti apakah perancangan Pakatan Harapan
terhadap sistem pendidikan untuk jangka
panjang.
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-
47 yang diadakan di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Mei
lalu memperlihatkan sambutan agak meriah
tetapi pada masa sama seolah ada ‘awan
mendung’ di wajah-wajah para hadirin.
Paling menarik perhatian adalah ucapan Ketua
Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri
Alias Ahmad yang bersara wajib hari ini,
mengucapkan terima kasih kepada guru-guru
dan warga kementerian sepanjang tiga tahun di
situ. Menyingkap nostalgia, beliau berkongsi
kisah memulakan perkhidmatan sebagai
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di
Kementerian Pendidikan pada 1984 dan
akhirnya menamatkan perkhidmatan di
kementerian sama.
“Lebih menarik ketika itu Menteri Pendidikan
ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana
Menteri ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, kini
pada akhir perkhidmatan saya Dr. Mahathir
kembali menjadi Perdana Menteri,” ujarnya.
Penulis yakin, Menteri Pendidikan baharu, Dr.
Maszlee Malik akan meneruskan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 memandangkan ia merupakan pelan
menyeluruh yang merangkumi hala tuju sistem
pendidikan negara bermula dari prasekolah
hingga pendidikan menengah.
Diharap Ahli Parlimen Simpang Renggam itu
boleh merealisasikan idea bagaimana kita dapat
mencontohi Finland dalam pendidikan terutama
aspek peranan guru dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc).
Harapan Pendidikan Negara
Hal ini sungguhpun bukan mudah tetapi tidak mustahil
direalisasikan apatah lagi Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) telah pun mengumumkan
pewujudan jawatan pembantu pengajar yang akan
meringankan bebanan para guru.
Sudah tentu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah
memegang portfolio Menteri Pendidikan sebelum ini,
dapat berkongsi kepakaran beliau mengenai PPPM
serta penambahbaikan yang perlu dibuat agar ia dapat
dijayakan seiring dan sejalan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Rakyat akan kembali merujuk kepada Buku Harapan
yang merupakan manifesto kerajaan hari ini sebelum
tarikh sejarah besar 9 Mei 2018 kerana banyak yang
menyentuh pendidikan seperti Janji 31 (muka surat
90), Janji 38 (106), Janji 40 (113) dan banyak lagi.
Namun yang paling penting adalah Janji 44:
Memperbaiki kualiti pendidikan dan khidmat kesihatan
(120, 121), Janji 49: Menjadikan sekolah-sekolah
kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik untuk rakyat
(130-133) dan Janji 50: Mengembalikan wibawa
universiti awam dan pengajian tinggi (134-136).
Ada yang mengatakan manifesto sebelum pilihan raya
bukanlah sebuah janji, namun kita berpandangan
positif kerajaan hari ini akan melakukan sedaya
termampu untuk memacu generasi muda menghadapi
masa depan yang lebih mencabar.
Tanpa menyentuh sebarang isu politik, adalah adil
untuk mengatakan kerajaan sebelum ini (termasuk
sewaktu Dr. Mahathir mentadbir) sudah melakukan
yang terbaik dalam menjayakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan baton yang diserahkan kepada
kerajaan yang baharu ini memerlukan pacuan untuk
sektor pendidikan terus maju dan diiktiraf dunia.
Sumber : Utusan Malaysia, 21 Mei 2018
Berita KPM dan Aktiviti Utama BPPDP
Bengkel Kerja Audit Bahasa
Melayu KPM Siri Pertama
Tahun 2018
Bengkel Kerja Audit Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Siri Pertama Tahun 2018 telah diadakan pada 2 hingga 3 Mei 2018 di Bilik Mesyuarat Kemuning, Blok E8, KPM, Putrajaya. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar melibatkan juruaudit-juruaudit Bahasa Melayu daripada bahagian-bahagian di KPM. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan latihan berterusan kepada juruaudit KPM seterusnya melaksanakan pengauditan terhadap kertas cadangan dan kertas makluman yang telah ditentusahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kualiti (MJPK). MJPK merupakan platform penting bagi membincangkan dan meneliti kertas cadangan dan kertas makluman yang dikemukakan oleh bahagian KPM sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (MPKPM). Hasil latihan yang diberikan semasa bengkel tersebut, pasukan juruaudit KPM telah berjaya melaksanakan pengauditan bagi 21 kertas cadangan dan 11 kertas makluman dengan jumlah keseluruhan 32 kertas pembentangan.
Sumber : Sektor Dasar BPPDP 2018
TRANSFORMASI GURU
Guru Pendidikan Islam juara anugerah inovatif
Jika sebelum ini banyak pihak beranggapan guru
agama hanya pandai mengajar kitab dan fardu ain sahaja namun telahan tersebut mungkin silap apabila guru Pendidikan Islam telah berjaya meraih Anugerah Ikon Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2018.
Lebih manis, kejayaan Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malim, Melaka, Jasmi Amin, 39, itu hadir selepas berjaya menerima Anugerah Guru Inovatif peringkat negeri Melaka selama lima tahun berturut-turut bermula 2013.
Menurut Jasmi, idea untuk mencipta inovasi tercetus hasil keinginannya untuk membantu murid-murid yang berada di dalam kelas tercorot memahami setiap subjek Pendidikan Islam yang diajar.
“Sebagai satu-satunya guru subjek Pendidikan Islam di sekolah tersebut saya sentiasa ditugaskan untuk mengajar kelas paling belakang.
Menurut Jasmi, antara inovasi yang diciptanya sejak empat tahun lalu sehingga ke hari ini ialah aplikasi Pintar Haji, permainan Global Zakat, Eksplorasi Solat dan buku Augmented Reality (AR) Cakna Solat.
Katanya, lebih membanggakan apabila ciptaannya itu telah berjaya dipasarkan di Brunei, Singapura dan Indonesia.
Jasmi Amin (kanan) dan Norhisham Jasmi bersama dengan anugerah dan sijil yang dimenangi masing-masing pada Malam Apresiasi
Pendidikan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2018 di PICC, Putrajaya, baru-baru ini.
Sumber : Utusan Malaysia, 28 Mei 2018
Program
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 12
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 13
Perancangan pelajaran lepasi Wawasan 2020
Oleh Prof Dr Ahmad Ismail Kementerian Pendidikan mungkin perlu memberikan
penekanan kepada Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991. Penekanan ini sangat penting bagi menilai pencapaian perancangan dan pelaksanaan kementerian selama hampir 30 tahun lalu. Semakan perlu dibuat segera sebagai persediaan sebuah negara maju pada 2020. Walaupun Selangor boleh dijadikan model negeri maju di Malaysia, banyak perkara lagi yang perlu dilihat terutama dari segi pembangunan sumber manusia untuk kesejahteraan rakyat. Kementerian Pendidikan perlu memainkan peranan berkenaan dalam menyediakan sumber manusia menerusi pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran. Tujuan semakan perancangan dan pencapaian Wawasan 2020 Kementerian Pendidikan ini juga untuk persediaan dan bagi menjayakan pelan tindakan bagi perancangan 10 hingga 30 tahun akan datang. Sumber manusia Negara memerlukan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam mengendalikan sebuah negara maju sama ada dari segi kemanusiaan, sistem dan infrastruktur. Justeru, prestasi sistem pendidikan negara mestilah mantap sesuai dengan zaman dan budaya Malaysia. Menjelang 2020 yang tidak sampai dua tahun lagi ternyata menjadikan cabaran semakin meningkat di samping tekanan politik dan persaingan ekonomi tempatan dan antarabangsa semasa.
Semua kementerian mestilah melihat Wawasan 2020 ini secara serius, khususnya Kementerian Pendidikan. Kajian terperinci berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pencapaian setiap kementerian mestilah dilihat secara bersepadu sebagai persediaan menghadapi negara maju 2020.
RENCANA KHAS
Kementerian Pendidikan antara yang penting bagi membantu mencapai matlamat Wawasan 2020 yang digariskan oleh Dr Mahathir ketika beliau melancarkannya pada 1991. Hampir 30 tahun dahulu semua aspek kemakmuran ekonomi, kebajikan sosial, pendidikan bertaraf dunia, kestabilan politik dan keseimbangan psikologi yang ditekankan dan diuar-uarkan ke seluruh negara, hanya dapat dicapai melalui sistem pendidikan dan pelaksanaan yang baik terancang dan teratur. Pencapaian Kementerian Pendidikan perlu membuat kajian segera sejauh mana pencapaian kementerian itu dalam membuat perancangan Wawasan 2020 menjadikan pendidikan bertaraf dunia dan menyumbang kepada sumber tenaga manusia bagi mencapai matlamat sebuah negara maju. Matlamat keenam misalnya, dalam memartabatkan sains dan teknologi, juga sepatutnya dapat diukur pencapaiannya. Adakah selama hampir 30 tahun ini Kementerian Pelajaran (dulu dikenali Kementerian Pendidikan) sudah dapat memenuhi keperluan sumber tenaga manusia pakar dalam bidang sains dan teknologi secara menyeluruh? Semua perancangan perlu diaudit pencapaiannya dan dilaraskan semula bagi menambah baik kepincangan atau kekurangan yang mungkin ada sejak hampir 30 tahun lalu. Kita tahu sains dan teknologi sangat penting terutama dalam membincangkan Revolusi Perindustrian 4.0, robotik dan kecerdasan buatan, teknologi maklumat, media baharu, inovasi dan persaingan antarabangsa. Dr Mahathir telah banyak menekan perkara ini dahulu terutama dalam membangunkan teknologi komunikasi maklumat (ICT) negara, koridor raya multimedia, pusat inkubator, kerjasama negara maju melalui Dasar Pandang Ke Timur dan banyak lagi. Samb - ms14
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 14
1
Samb-ms 13
Inovasi Semua ini mesti dilihat dengan lebih serius lagi merangkumi semua aspek budaya, kepercayaan, taraf ekonomi rakyat dan gaya hidup masyarakat Malaysia, kurikulum dan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran, kemahiran guru, pencapaian penyelidikan berimpak tinggi di universiti dan peranan agensi seperti Akademi Sains Malaysia, Pusat Sains Negara, pihak korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara. Sejauh mana pencapaian aliran STEM (sains teknologi kejuruteraan dan matematik) dan dasar STI negara perlu juga dikaji serta dibuat penambahbaikan dan pelaksanaannya yang mantap kerana STI penting dalam sebuah negara maju. Cabaran baharu Kementerian Pendidikan selepas 2020 bagi memastikan Malaysia mampu bersaing dengan kuasa besar seperti China dan negara jiran ASEAN yang juga agresif dalam pembangunan STI mereka. Kementerian ini mesti segera bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha membangunkan sumber manusia bagi memajukan negara untuk kepentingan semua rakyat dan maruah negara. Semua pemimpin berkaitan pendidikan dan pembangunan STI negara mestilah segera mengemuka pandangan berkaitan status STI negara dan laluan masa depan jangka pendek, 10 dan 30 tahun akan datang. Peranan universiti dan tenaga pakar semua bidang juga perlu digemblengkan untuk tujuan itu.
Sumber : Berita Harian, 22 Mei 2018
Pendapat Guru Kita
Pedalaman kekurangan guru
Suasana rentak pendidikan negara berada
dalam gelombang baharu dengan Kementerian
Pendidikan diterajui Dr. Mazlee Malik. Beberapa
perubahan drastik telah dilakukan bagi
memastikan pendidikan negara berada di
landasan lebih baik.
Antaranya penangguhan Pelaksanaan Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
(SKPMg2) yang menjadi keresahan dalam
kalangan warga pendidik.
Terbaharu, membekukan sementara kenaikan
pangkat pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Kita tidak hendak mempertikaikan keputusan
tersebut, pasti ada sebab tindakan diambil oleh
Menteri Pendidikan.
Namun, seperkara lagi yang perlu diberikan
perhatian serius oleh Menteri Pendidikan ialah
kekurangan guru di sekolah terutama sekali di
kawasan pedalaman yang sudah berlarutan
sehingga ke pertengahan 2018.
Saban tahun isu yang sama berlaku seolah-olah
tiada titik noktahnya sedangkan anggaran
belanja mengurus (ABM) dilakukan setiap tahun.
Di mana silapnya? Adakah sememangnya guru
tidak cukup atau pengurusan guru yang sambil
lewa?
Anehnya, mengapa banyak Institut Pendidikan
Guru (IPG) ditutup atau ditukar peranannya?
Kembalikan peranan IPG untuk membekal dan
melatih bakal-bakal guru secukupnya.
Sumber : Utusan Malaysia, 20 Jun 2018
GURU PEMACU
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
TRANSFORMASI PPPM 2013-2025
Membina generasi guru dan murid
berwawasan
Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, KPM mampu menyediakan
perancangan pendidikan negara kita Malaysia yang berjaya dan berwawasan setanding dengan
negara maju di dunia. Pendekatan PdPc guru serta kurikulum yang berkualiti dengan kepelbagaian
kemahiran berfikir aras tinggi, berteknologi serta komunikasi digital telah menghasilkan satu
generasi murid yang pintar, kreatif dan berinovasi. Lebih-lebih lagi selari dengan perkembangan
global semasa, antaranya Kemahiran Abad 21.
Kemahiran Abad 21 menekankan kepentingan kemampuan berfikir pada aras lebih tinggi, manakala
Revolusi Industri 4.0 amat mementingkan pengetahuan media serta maklumat, komunikasi dan
teknologi. Dalam usaha penambahbaikan kurikulum ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu
dijadikan rujukan utama.
Ini penting agar sesuatu pembaharuan pendidikan itu, baik dari segi sukatan pelajaran mahupun
pedagogi, dilakukan mengikut filsafat bahawa perlu adanya gabungan seimbang lagi harmonis
antara intelek, spiritual, emosi dan jasmani, yang didasari kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Ini penting untuk melahirkan rakyat Malaysia holistik yang bukan sahaja berilmu, cergas dan
rasional,tetapi juga berakhlak mulia.
Sumber : Berita Harian, 21 Jun 2018 dan Portal KPM
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 15
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP
2018
Pendapat Tokoh Pendidikan
Rujuk falsafah pendidikan tambah baik kurikulum
Oleh Prof Datuk Dr Teo Kok Seong
Dalam menyahut seruan masyarakat untuk
mengkaji semula sistem pendidikan negara, tindakan yang diambil kerajaan baharu untuk hanya meneliti kurikulum dan bukannya dasar, adalah langkah bestari. Dengan ini, kurikulum yang juga mata pelajaran di sekolah dan kursus di universiti akan diselidik untuk tujuan penambahbaikan. Dasar, yakni ketetapan yang telah dibuat mengenai hala tuju bidang pendidikan di negara ini tidak akan diusik. Untuk itu, satu jawatankuasa bakal ditubuhkan bagi memperbaiki kurikulum pada semua peringkat dalam sistem pendidikan negara dari segenap segi, agar bukan saja mutu pendidikan kita berdaya saing pada peringkat dunia dari segi tuntutan global. Pada masa sama, ia juga mendukung jati diri negara bagi tagihan lokal agar identiti budaya kita sebagai negara dan bangsa berdaulat tetap terpelihara dengan utuhnya. Ikut piawai dunia Selain sifat glokal sebagai gabungan global dan lokal, iaitu kurikulum kita mempunyai ciri pendidikan mengikut piawai dunia, di samping tidak sesekali mengabaikan sifat 'primordial' kita yang selalu kita jolok sebagai acuan sendiri, terdapat beberapa perkara penting lain yang perlu diberi perhatian. Antaranya termasuklah matlamat pembelajaran, sukatan pelajaran, kaedah penilaian, selain pedagogi. Matlamat pembelajaran, yakni sebilangan tujuan pendidikan sesuatu mata pelajaran, misalnya sejarah, perlu bukan saja jelas sifatnya dari sisi akademiknya, ia hendaklah juga jitu dari sudut kemasyarakatan, khususnya pembentukan negara bangsa yang bangga, sayang dan setia kepada negara. Sukatan pelajaran yang berupa senarai tajuk untuk mengajar sesuatu mata pelajaran perlu selengkap-lengkapnya untuk menentukan mutu yang patut ada pada pendidikan moral sebagai contoh, adalah selalu tinggi, selain mempunyai dampak pendidikan yang akan meninggalkan kesan yang melampaui zaman persekolahan.
Penilaian sebagai kaedah mengukur kemajuan
pelajar dalam sesuatu mata pelajaran,
walaupun terdiri daripada pelbagai cara, perlu
memberi tumpuan kepada jenis subjektif, iaitu
cara penyoalan yang memungkinkan
kewujudan lebih daripada satu jawapan betul.
Oleh itu, peperiksaan kita perlu mengandungi
soalan yang mempunyai maklum balas yang
luas dalam bentuk esei dan bukan lagi dalam
bentuk jawapan betul salah dan aneka pilihan
yang tersedia.
Pedagogi yang juga cara pengajaran,
hendaklah tepat pilihannya. Ia bukan sahaja
akan mempengaruhi pembelajaran pelajar,
tetapi akan juga memberi kesan, sama ada baik
atau sebaliknya kepada proses ini.
Oleh itu, keperluan pelajar di samping
pengetahuan mengenai latar belakang serta
minatnya sebagai individu dan bukan secara
kolektif, perlu terlebih dahulu diketahui guru
agar proses pembelajaran dapat berjalan
lancar.
Cadangan agar keanggotaan jawatankuasa ini
terdiri daripada pakar dari luar kerajaan
sebenarnya sudah pun diamalkan dalam usaha
untuk menambah baik bidang pendidikan di
negara ini.
Landasan betul
Hal ini dapat dilihat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia untuk Sekolah (2013-
2025) dan Pendidikan Tinggi (2015-2025).
Untuk sekolah, ini jelas tercatat pada anjakan
kesembilan yang ingin meraih kerjasama
secara meluas daripada ibu bapa, komuniti dan
sektor swasta. Bagi pendidikan tinggi, lonjakan
ketujuh dengan jelasnya menekankan peri
pentingnya jaringan dengan pihak swasta
dalam bidang penyelidikan.
Oleh itu, disarankan agar kedua-dua dokumen
pendidikan ini dirujuk sehemat-hematnya
dalam usaha pembaikan yang ingin dilakukan
itu.
Sumber : Berita Harian, 20 Jun 2018
Sumber : Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP, 25 April 2017
16
Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018
2018 17
Berita Inovasi Pendidikan
Kerajaan bakal perkenal pembelajaran pakar dari 'disk' dan 'thumb drive' - Dr Mahathir
Kerajaan akan mencari jalan memperkenalkan
sistem pendidikan yang menggunakan konsep tayangan oleh pakar yang dimasukkan di dalam 'disk' atau 'thumb drive'. Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penuntut akan mengikuti pengajian daripada pakar-pakar berkenaan selain guru akan menjadi fasilitator dalam setiap kelas.
"Saya sedar bahawa sistem pendidikan kita di Malaysia sudah agak usang dan tidak sesuai dengan zaman komputer.” Zaman itu kita masih bergantung harap guru dan kita dapati guru-guru bukan semua sama cekap atau sama pandai. Ada guru yang baik, maka untunglah penuntut, tetapi kadang-kadang ada guru kurang baik, maka rugilah penuntut. Kata beliau semasa sesi soal jawab selepas berucap di hadapan kira-kira 300 rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di sini dalam Sesi Khas Bersama Perdana Menteri. Dengan cara itu jelas Dr Mahathir, setiap penuntut akan mendapat pelajaran pakar yang sama selain menerima pelajaran terbaik yang dapat diguna semua penuntut sekolah. Di masa sama, kita kaji sistem pendidikan di negara lain, kita dapati umpamanya di Jepun dan Jerman memang cukup berjaya.
Sumber : Astro Awani, 28 Jun 2018
Syor Isu Pendidikan
Hanya 28 peratus daripada beg
berat adalah buku, selebihnya...
– Dr Maszlee Malik
Hanya 28 peratus daripada beg berat pelajar
sekolah rendah mengandungi buku teks dan
buku aktiviti manakala 72 peratus lagi terdiri
daripada alat tulis, buku kerja swasta, gajet dan
lain-lain.
Itu pendedahan Menteri Pendidikan, Dr
Maszlee Malik ketika mengulas mengenai isu
beg berat dalam kalangan murid-murid sekolah
rendah sebelum ini yang menjadi perbualan
hangat.
Katanya jumlah itu berdasarkan Kajian Berat
Beg Sekolah Rendah pada 2017 yang
dijalankan oleh kementerian setelah menerima
pelbagai aduan, pandangan dan cadangan
berhubung isu tersebut.
“Kita tidak mahu kanak-kanak kita dibebani di
dalam usia yang begitu muda dalam perkara
yang akan menjejaskan pertumbuhan fizikal
mereka dan pertumbuhan psikologi mereka,”
jelasnya pada sidang media Kementerian
Pendidikan.
Sehubungan itu, kementeriannya merangka
tiga strategi bagi menangani isu tersebut.
Antaranya Penguatkuasaan Surat Pekeliling
Ikhtisas (SPI) dan Surat Siaran sedia ada,
penggubalan garis panduan kepada murid,
guru, ibu bapa dan sekolah, serta menerusi
kempen kesedaran dan hebahan maklumat.
Sumber : Astro Awani, 28 Jun 2018