1 malaysia

31
http://www.malaysianur.com/keharmonian-sosial-dalam-kepelbagaian- budaya-menurut-pandangan-badiuzzaman-said-nursi/ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/6721-satu-malaysia- dari-sudut-agama.html http://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-2011-islam-dan- hubungan-etnik http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/sp_hsp/moral/hsp_moral_f1.pdf http://islamintel.blogspot.com/2009/10/sosiologi-agama-agama-dalam- masyarakat.html http://free2talk2me.blogspot.com/2011/03/memahamai-nilai-nilai- pelbagai-agama.html 1MALAYSIA-RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN 1. PENGENALAN Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia. Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. • Gagasan 1Malaysia ber tujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

Upload: cindy-tong

Post on 05-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

tentang hubungan etnik

TRANSCRIPT

http://www.malaysianur.com/keharmonian-sosial-dalam-kepelbagaian-budaya-menurut-pandangan-badiuzzaman-said-nursi/ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/6721-satu-malaysia-dari-sudut-agama.html http://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-2011-islam-dan-hubungan-etnikhttp://apps2.moe.gov.my/kurikulum/sp_hsp/moral/hsp_moral_f1.pdfhttp://islamintel.blogspot.com/2009/10/sosiologi-agama-agama-dalam-masyarakat.htmlhttp://free2talk2me.blogspot.com/2011/03/memahamai-nilai-nilai-pelbagai-agama.html 1MALAYSIA-RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN1. PENGENALANCabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysiayang berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Gagasan 1Malaysia ber tujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

2. DEFINISI Gagasan 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.2.1 Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :Gagasan 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akanmelayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia. Nilai tambah dan pembaharuan dalam Gagasan 1Malaysia. Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.Melalui Gagasan 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Pen-dekatan mendekati rakyat, memahami masalah mereka dan bersikap mesra rakyat adalah perkara utama ditekankan oleh YAB Perdana Menteri kepada kepimpinan parti dan perkhidmatan awam.3.PERBEZAAN ANTARA GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIABerpandukan definisi yang dinyatakan,Gagasan 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total.Di samping menjaga kepentingan semua kaum, Gagasan 1Malaysia juga me-nekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa me-ngambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.Perpaduan yang digambarkan oleh Gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan meng-anggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.4. GAGASAN 1MALAYSIA Gagasan 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Gagasan 1Malaysia RakyatDidahulukan, Pencapaian Diutamakan lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalan-kan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Maksud Rakyat Didahulukan dalam Gagasan 1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah : Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Mengurangkan kadar jenayah.Memerangi rasuah.

Meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah.Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman.Menambah baik pengangkutan awam.Sementara bagi maksud PencapaianDiutamakan pula merujuk kepada komitmen kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pancapaian bagi setiap NKRA.

5.HUBUNGAN GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULUPerkaitan antara Gagasan 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.Gagasaninibukanlahsuatuperkara baru. Sebaliknya 1Malaysia merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6. MATLAMAT 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

7. HURAIAN 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan hubungan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, kebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati

masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dankelompoksendiri.Malaysiamerupakan sebuahnegarauntuksemuarakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya sertafahaman politik. Semua kaum perlu menganggapbahawamerekaadalah bangsa Malaysiadimanasegalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalammasyarakatataukaumtidak akandipinggirkandaripadamenikmati pembangunan dan mendapat pembelaan kerajaan yang sewajarnya.

1Malaysiaadalahpemangkinkepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negarabangsabergantungkepadaperkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi.

8.ASPEK-ASPEK UTAMA 1MALAYSIA1Malaysia yang digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut:8.1Aspek Pertama Penerapan Teras-Teras PerpaduanMenerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum.Teras Perpaduan ini disandarkan kepada tiga prinsip dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:

PRINSIP PENERIMAANPRINSIP KENEGARAANPRINSIP KEADILAN SOSIAL

8.1.1 Prinsip Penerimaan 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan di mana penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa ada unsur paksaan.Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa di mana ia berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

8.1.2 Prinsip KenegaraanKonsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini

Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran Bapa Perpaduan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.Prinsip-prinsip Kenegaraan berasaskan kepada dua perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.Perlembagaan PersekutuanSeperti yang dijelaskan sebelum ini, Gagasan 1Malaysia sesungguhnya sangat berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia. Ini kerana konsep 1Malaysia tidak sekali-kali akan menyimpang daripada kamus Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat mahupun secara tersirat.Malahan Gagasan 1Malaysia akan terus kekal menjunjung kesemua peruntukan teras, seperti yang telah disebutkan di dalam Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, Bahagian 2 dan Bahagian 3.Antara perkara teras yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara 3, (1) yang menyebutkan bahawa Agama Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.Bagi Perkara 4, Perlembagaan memberi penegasan mengenai perkara Undang-undang Persekutuan di mana perkara (1) menjelaskan bahawa Perlembagaan ini merupakan undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undangyang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini, maka ia terbatal dengan sendirinya.Perkara 152 (1) merujuk kepada BahasaKebangsaan Persekutuan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.Seperti yang telah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153 Fasal 1 Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Malah, jika kaum-kaum lain menghayati dengan mendalam mengenai keistimewaan hak orang Melayu seperti yang telah didokumenkan sejak dahulu lagi, maka tidak akan wujud perasaan negatif di dalam diri.Olehyangdemikian,usahlahmana-mana pihak berasa khuatir atau bimbang keranaGagasan1Malaysiainitidakakan sekali-kali terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh kepimpinan negara pada suatu ketika dahulu.

Sebagaimakluman,Perlembagaan Persekutuan yangberkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan undang-undang yang tertinggi di Malaysia dan mengandungi sebanyak 15 Bahagian dan 183 Perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada duadokumenterdahuluiaituPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Malaysia tahun 1957.

Rukun NegaraIa merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.Ia juga satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk dijadikan sebagai pedoman yang merupakan kunci kepada pembentukan masyarakat pelbagai kaum di Negara yang berintegriti.

8.1.3 Prinsip Keadilan SosialSemua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.Melalui Gagasan 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.Namun begitu, Gagasan 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah landasan bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan.

8.2 PENERAPAN NILAI-NILAI MURNIKetiga-tiga Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni termasuk nilai-nilai berikut:KESEDERHANAAN RENDAH HATI (TAWADHUK) BERBUDI BAHASA HORMAT-MENGHORMATI

8.2.1KESEDERHANAANRakyat yang tergolong dalam kategori ini termasuklah mereka yang sederhana dari segi pertuturan, berbelanja, berpakaian, makan minum, serta sederhana dari segi aspek bekerja dan berehat.Bagipertuturan,sabdaRasulullah telah menjelaskan bahawa Bercakaplah menurut tingkat kecerdasan pendengar Sementara sederhana dalam bekerja dan berehat bermaksud sentiasa menganggap kerja itu adalah suatu ibadah dan melakukannya demi untuk membantu rakyat.

8.2.2RENDAH HATI (TAWADHUK)Untuk maju, sifat rendah hati juga perlu diamalkan dalam diri setiap rakyat. Sifat sedia untuk mendengar, tidak sombong, tidak ego dan tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri kerana sesungguhnya Masyarakat Malaysia menghargai orang yang merendah diri atau Tawadhuk.

8.2.3BERBUDI BAHASASentiasalah amalkan sifat berbudi bahasa dengan siapa jua sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama.

Setiap tutur kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi.

8.2.4 HORMAT-MENGHORMATISetiap perbezaan yang ada di negara ini tidak kira perbezaan kaum, agama, budaya dankepercayaanharuslahdihormati dandihargai keranaitulah antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mata dunia.Selain itu, hormatilah juga dengan sejarah dan perjanjian yang berlaku pada satu ketika dahulu kerana tanpa sejarah, tidak mungkin kita akan berada pada tahap kemodenan yang kita sedang alami sekarang.8.3Aspek Kedua - Penerapan Nilai-Nilai AspirasiNilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju.Nilai-nilai aspirasi ini akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya akan membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Gagasan 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah :

BUDAYA BERPRESTASI TINGGIBUDAYA KETEPATANBUDAYA ILMUINTEGRITIKETABAHANKESETIAANKEBIJAKSANAANBUDAYA INOVASI

8.3.1 BUDAYA BERPRESTASI TINGGISifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa atau acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.Tidak boleh wujud budaya lebih-kurang iaitu sesuatu perkara dilakukan hanya setakat yang termampu tetapi bukan yang terbaik.Setiap perkara yang dijalankan haruslah mencapai tahap terbaik dan bertaraf dunia serta kepimpinan yang dijalankan adalah berasaskan prestasi. Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

8.3.2 BUDAYA KETEPATAN Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

Perkhidmatan yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada kualiti yang bagus dan perlu dijalankan secara berterusan.Ketepatan juga bermaksud setiap perkara termasuk tindakan, komunikasi, janji, masa dan ukuran haruslah dilaksanakan dengan tepat.

8.3.3BUDAYA ILMUSesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat. Kekuatan dan ketahananadalahberasaskan kepadamasyarakatyangberpendidikandan berpengetahuanmengatasi kekuatan ketenteraan. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan penge-tahuan dari segala-galanya. Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan mem-punyai minda yang sentiasa terbuka.

8.3.4 INTEGRITI Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

Berusaha memperbaiki kesilapan dan setiap perkara serta tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi men-dapatkan hasil yang sempurna.Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepen-tingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

8.3.5KETABAHANKetabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

Ketabahan dalam menghadapi per-ubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.8.3.6 KESETIAAN

Prinsipkesetiaanamatdiperlukandalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.Semuakaumperlumengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

Kesetiaansepenuhnyakepadanegara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.

Kesetiaankepadapemimpin atauketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dankecemerlangan.Pengikutperlu menunjukkankesetiaandanketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.Kesetiaan perlu disertai dengan ke-upayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang kerana kesetiaan atau perhubungan yang membuta-tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.

8.3.7KEBIJAKSANAANCara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.Nilai ini juga perlu diikuti dengan kebijaksanaan membuat sesuatu keputusan dengan tepat, tahu membezakan yang baik dan buruk, memiliki pemikiran danpandangan yang tepat, bijak meletak sesuatu kena pada tempatnya serta tidak mudah terpengaruh dengan nafsu dan kepentingan sendiri.Untuk memiliki nilai ini, beberapa ciri perlu dimiliki antaranya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, cerdik, tetap dengan pendirian, memiliki kemahiran mendengar, berdisiplin dalam berfikir serta sentiasa siap sedia tanpa perlu terburu-buru.

8.3.8BUDAYA INOVASINilai ini adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing.

Kita mesti berani berubah demi kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

9. KESIMPULAN Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah pe-rasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana

segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui Gagasan 1Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/7084-1malaysia-rakyat-didahulukan-pencapaian-diutamakan.html Pertelingkahan dalam masyarakat boleh dielak jika saling menghormati anutan bangsa lain

TINDAKAN pihak tertentu membakar beberapa gereja di negara ini diikuti insiden empat kepala babi bersama wang tunai di letakkan di pekarangan dua masjid di Petaling Jaya, yang masing-masing menjadi rumah ibadat penganut Kristian dan Islam, awal Januari lalu boleh disifatkan sebagai jahil terhadap pengetahuan agama.

Keharmonian, keamanan dan perpaduan rakyat pelbagai kaum, keturunan, etnik dan agama di negara ini dilihat begitu unik dan amat dikagumi. Namun, beberapa insiden seumpama itu sedikit sebanyak menggugat ketenteraman.

Kejahilan atau fanatik terhadap agama masing-masing secara melulu boleh mendorong dan mencetuskan perkara tidak diingini sehingga merencatkan perpaduan negara. Pada asasnya, semua jenis agama sama ada Islam, Kristian, Hindu atau Buddha menggalakkan pengikutnya melakukan kebaikan dan mengutuk perbuatan buruk.

Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman, berpendapat Islam memang menggalakkan umatnya banyak membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengelak seseorang itu terus jahil agama.

Dalam senario di Malaysia, kejahilan terhadap agama juga boleh mendorong seseorang melakukan perkara yang melangkaui batasan termasuk tidak menghormati agama lain.

Malah, Islam tidak pernah menyekat umatnya untuk bercampur atau bergaul dengan rakan lain yang berlainan agama sebaliknya yang lebih penting adalah menghormati dan memahami agama mereka supaya wujud kesejahteraan dalam masyarakat.

"Allah suka kepada kelembutan dan mengelakkan permusuhan. Kita digalakkan menjadi penyelamat serta berlaku adil untuk kepentingan hidup bermasyarakat. Kalau ada permusuhan antara Islam dan bukan Islam ia boleh diselesaikan dengan baik menerusi perbincangan," katanya pada majlis diskusi ilmiah bertajuk 'Jahil Agama Rencat Perpaduan Negara' di Universiti Malaya, baru-baru ini.

Diskusi ilmiah itu antara lain bertujuan mengenal pasti peranan dimainkan oleh agama dan memastikan perpaduan di antara kaum terus dikekalkan.

Namun, Fadlan berkata, dalam aspek global, negara yang memusuhi Islam seperti Yahudi tidak seharusnya diberi tempat untuk mengelakkan perpecahan yang semakin membarah dalam masyarakat Islam sendiri.

Sementara itu, Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 1, Bandar Kinrara, Dharma Lingam, berkata dalam Mazhab Saiva (Tamil) percaya bahawa pencapaian tertinggi adalah mendampingkan diri dengan tuhan yang memiliki nilai kasih sayang.

Sekiranya pencapaian tertinggi itu dapat dilakukan, maka sifat saling menyayangi mampu menjadi benteng kepada perpaduan tanpa wujudnya diskriminasi agama dalam apa juga bentuk. Bagaimanapun, kecetekan terhadap agama masing-masing menyebabkan wujud diskriminasi, selain mendatangkan rasa kurang senang dengan penganut lain dan menimbulkan ketegangan.

"Diskriminasi dan salah faham itu adalah disebabkan oleh agama, bangsa, bahasa, budaya, status, pendidikan, paras rupa dan warna kulit. Oleh itu, kita juga digalakkan faham apa yang terkandung dalam agama lain. Oleh itu, jika kita lihat masjid, kuil atau gereja masing-masing tahu menghormati apa fungsi rumah ibadat itu.

"Kalau kita tahu agama, tidak mungkin, ada orang Islam, Hindu, Kristian atau Buddha memaling muka masing-masing apabila melihat rumah ibadat yang bukan dianuti mereka. Sebenarnya arah dan destinasi setiap agama sama tetapi hanya cara saja berbeza," katanya.

Beliau berkata, seruan agama meminta umatnya memberi makanan, pakaian dan bantuan yang diperlukan kepada orang yang memerlukan tanpa mengira kaum budaya dan agama boleh mewujudkan perpaduan.

Seruan agama menyuruh mengikiskan sifat seperti ego, sombong, tamak, bernafsu tinggi, perasaan mudah marah, cemburu, tidak bersyukur dan prejudis.

"Oleh itu, kita dapati dengan memiliki agama yang sempurna ia mampu memperkukuhkan asas perpaduan negara khususnya yang dihuni oleh pelbagai anutan agama dan bangsa," katanya.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Kinrara Metta Buddhist serta Kumpulan Bodhi Buddish dan Rangkaian Perniagaan Buddha, Tan Huat Chye, berpendapat amalan beragama menuntut kehidupan yang sejahtera, keamanan serta mengelakkan permusuhan atau peperangan.

Malangnya, apa yang berlaku sekarang permusuhan masih bertapak dalam hati setiap penganut berlainan agama disebabkan kejahilan mereka terhadap agama yang dianuti.

"Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan dianggap bumi rahmat, sekiranya semua manusia memegang label kepada agama masing-masing yang mengutamakan persefahaman dan saling menghormati," katanya.

Felo Evengentical Siswazah dan Pelajar, Universiti Malaya, Prof Dr Lee Chai Peng, yang mewakili penganut Kristian, pula turut memberi pandangan sama dengan menegaskan agama adalah aspek penting kerana ia mempunyai peranan penting dalam memandu manusia ke arah kebaikan, keamanan dan kesejahteraan.

Seseorang itu tidak kira apa saja agama yang mereka anuti, perlu belajar agama masing-masing dengan mendalam supaya dapat memahami secara keseluruhan.

"Perselisihan faham antara kaum yang berlainan agama mengenai sesuatu isu berkaitan agama boleh diatasi jika mereka saling memahami kehendak dan kepercayaan agama masing-masing kerana semua agama mempunyai persepsi sama dalam aspek berbuat kebaikan.

"Kita juga boleh berbincang untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengelak kekecohan dan permusuhan berpanjangan," katanya.

Malah, seseorang itu digalakkan belajar memahami agama lain dan bukannya hanya bergantung kepada punca sekunder saja kerana ia lazimnya kurang tepat sehingga boleh mewujudkan ketegangan dan salah faham.Posted byAgama Berita Harianat8:19 PM1 comment:Labels:(A) Jami'ah Shukri,JahilKhalwat untuk beribadah diharuskanRASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Wanita dilarang berkhalwat dengan lelaki bukan muhrimnya bukan saja di dalam rumah tetapi juga di tempat sunyi tanpa dihadiri atau dilihat orang ramai seperti di taman, tasik dan pejabat.

Khalwat yang diharuskan Islam dalam erti kata 'mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah' seperti berlaku kepada Rasulullah SAW yang berkhalwat di Gua Hira'. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliah untuk beribadah kepada Allah.

Syaitan adalah makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan terkutuk.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjurus kepada zina.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam MalaysiaPosted byAgama Berita Harianat8:11 PMNo comments:Labels:Ibadah,KhalwatFRIDAY, MARCH 5, 2010Pertumbuhan ekonomi, kebajikan perlu seiringOleh Nik Mustapha Nik Hassan

Strategi berasas falsafah tauhid perlu jadi dasar pembangunan rakyat

SUASANA ekonomi di serata dunia walaupun angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sedikit memberangsangkan tetapi hakikatnya membimbangkan pada masa hadapan. Angka pengangguran berada pada tahap tinggi. Kos sara hidup terus meningkat. Hutang makin membesar dan kadar kemiskinan masih di tahap tinggi di serata dunia.

Pertumbuhan KDNK tidak mencerminkan kebajikan masyarakat turut meningkat. Bahkan angka KDNK yang menjadi penanda aras pertumbuhan ekonomi sekarang mula dipersoalkan terhadap kesan positif kepada kebajikan masyarakat.

Persoalan yang perlu diberi perhatian ialah adakah pengukuran pertumbuhan ekonomi sahaja mampu menyelesaikan keperluan guna tenaga, penurunan kadar kemiskinan dan penurunan kos sara hidup.

Dengan erti kata lain, pertumbuhan ekonomi dalam perjalanan sistem ekonomi semasa tidak semestinya menjamin kebajikan hidup rakyat akan berjaya dicapai, hatta menjana kepada kemajuan ekonomi seterusnya.

Jika sesebuah masyarakat mahu mencapai kemajuan ekonomi dan kebajikannya maka strategi penyusunan kehidupan yang menyeluruh perlu diberi perhatian pemerintah. Ini bermakna, tumpuan kepada perancangan membangun negara hendaklah secara menyeluruh dan perancangan kemajuan ekonomi hendaklah menjadi sebahagian daripada dasar pembangunan masyarakat.

Pendekatan ini memerlukan sesebuah negara menggubal hanya satu rancangan pembangunan negara meliputi semua aspek termasuk bidang kerohanian, pendidikan, kebudayaan, ekonomi, institusi keluarga, politik dan sebagainya.

Melalui pendekatan itu, semua aspek yang menghasil kepada kebajikan rakyat akan dirancang dan dilaksana secara komprehensif serta bersepadu. Maknanya, pendekatan itu mampu menghala masyarakat membina sebuah peradaban sempurna.

Dengan mengambil pendekatan syumul dan komprehensif dalam menggubal dasar pembangunan negara, semua aspek yang dikenal pasti akan menjadi pengukur kepada kemajuan sesebuah masyarakat. Pendekatan itu akan mengukur tahap kemajuan negara secara menyeluruh dengan cara sepadu. Ukuran kepada pencapaian semua perkara itu akan memberi gambaran lebih tepat kepada kedudukan kebajikan masyarakat yang sebenar. Matlamat akhir perancangan pembangunan negara yang menyeluruh hendaklah mampu menjana kesejahteraan rakyat.

Pendekatan bersifat syumul ini mengambil langkah untuk membangun peradaban masyarakat yang utuh. Peradaban atau cara hidup yang serba maju ini jika dijadikan pendekatan kepada usaha untuk membangunkan negara, hasilnya sudah pasti menjamin kepada pencapaian kesejahteraan rakyat yang sebenar.

Krisis dan kemelut ekonomi dihadapi masyarakat dunia kini adalah natijah daripada pendekatan negara memberi tumpuan kepada usaha mencapai pertumbuhan ekonomi.

Tidak menghairankan jika strategi ini menjadi panduan kebanyakan negara semasa kerana mereka yakin dengan kapitalisme. Walaupun kerenah kemanusiaan hasil daripada pelaksanaan sistem ini kepada masyarakat sangat teruk, manusia seolah-olah tidak mampu merujuk kepada pendekatan alternatif. Apa yang disarankan masih dalam gagasan ideologi itu.

Kapitalisme dibina atas falsafah kebendaan, individualisme dan naturalisme. Ia bersifat kebendaan kerana pada awal lagi manusia ditakrif sebagai makhluk kebendaan (economic man). Matlamat hidup manusia ialah memuaskan nafsu jasadnya (hedonisme). Kejayaan hidup manusia hanya di dunia melalui pengumpulan begitu banyak harta bagi memenuhi hedonisme.

Cara harta itu dikumpul bagaimanapun tidak menjadi perhatian. Hasilnya, banyak kerenah ketidakadilan berlaku dalam masyarakat pada hari ini.

Dalam menyusun perjalanan sistem ekonomi, sistem kapitalisme mengemukakan pendekatan laisse faire (kebebasan mutlak hendaklah diberi kepada individu) melalui institusi pasar. Melalui institusi pasar semua aktiviti ekonomi akan dijalankan.

Di samping itu, peranan sektor awam hendaklah diminimumkan. Jika sektor awam turut aktif dalam penyusunan ekonomi negara, sektor swasta (sektor individu) akan terhakis. Asas falsafah kepada penyusunan sistem ekonomi kapitalisme pada masa kini sudah tidak menepati ideologi dan pendekatan asal kapitalisme.

Pembabitan sektor awam sudah menjadi terlalu besar untuk menghadapi kekangan ekonomi yang dihadapi masyarakat pada hari ini. Kemelut ekonomi terus berlaku sehingga menyebabkan peradaban manusia semakin terhakis.

Dunia kini dalam keadaan sangat membimbangkan. Keadaan alam sekitar membuktikan kerakusan tingkah laku manusia membolot hasil bumi dalam proses mengumpul kekayaan.

Apa yang turut membimbangkan institusi keluargaan kini bertambah rapuh. Akibat masa yang lebih banyak terpaksa diperuntukkan sebahagian daripada masyarakat pada hari ini untuk menampung keperluan hidup akibat kos sara hidup yang tinggi sehinggakan masa untuk memenuhi keperluan keluarga terpaksa diabaikan.

Dalam suasana sedemikian, manusia terus gagal mencari pendekatan baru kembali kepada kesejahteraan. Pendekatan baru penyusunan ekonomi bernegara dan perhubungan ekonomi di peringkat antarabangsa masih kekal dalam kerangka kapitalisme.

Sudah tiba masa manusia kembali kepada agama. Malangnya pendekatan baru yang berunsurkan agama masih tidak dapat dikemukakan di luar kerangka kapitalisme.

Bahkan apa yang dianggap pendekatan menepati kehendak agama tidak bersifat syumul dan komprehensif. Ia hanya disandar kepada persoalan teknikal dan mekanikal hukum. Bukan semangat hukum untuk menjayakan matlamat syariah.

Justeru, pendekatan agama khususnya Islam mesti diasaskan kepada falsafah tauhid. Semangat keadilan dan memupuk muafakat di kalangan umat manusia dalam menyusun dan memajukan peradaban manusia, termasuk aspek ekonomi perlu menjadi gagasan model baru dasar pembangunan sesebuah negara.

Hanya melalui pendekatan ini kemelut ekonomi semasa dapat ditangani dengan memberi penyelesaian kepada akar umbi permasalahan itu. Jika kita hanya cuba mencari penyelesaian ekonomi melalui dasar fiskal dan kewangan smata-mata, permasalahan ekonomi seperti kemiskinan, pengangguran, kos sara hidup yang tinggi serta kebajikan hidup pada keseluruhannya tetap tidak berjaya dicapai.

Negara dan dunia pada masa ini memerlukan model pembangunan syumul yang menepati keperluan bagi membina semula tamadun manusia.Posted byAgama Berita Harianat8:09 PMNo comments:Labels:Ekonomi,Kebajikan,PembangunanIngatan bagi pelupa: Sedekah erat persaudaraan IslamRASULULLAH bersabda maksudnya: "Sesiapa mempunyai kenderaan melebihi daripada keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya Rasulullah menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun daripada kami yang benar-benar mempunyai kelebihan." (Hadis riwayat Muslim)

Islam menggalakkan umatnya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang yang susah serta memerlukan bantuan sama ada daripada segi harta benda, kewangan, makanan dan sebagainya.

Hikmah bersedekah ialah untuk mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan dalam Islam.

Bagi golongan hartawan yang mempunyai harta kekayaan juga digalakkan bersedekah dengan memberi bantuan makanan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti bantuan basikal untuk kanak-kanak ke sekolah atau apa-apa sumbangan diperlukan bagi mereka yang memerlukan.Posted byAgama Berita Harianat8:02 PMNo comments:Labels:(B) Ingatan Bagi Pelupa,SedekahKeganasan rumah tangga virus masyarakatOleh Ibrahim Abdullah

Suami isteri perlu berpandu hukum agama elak konflik dalam perkahwinan

RUMAH tangga tempat berteduh dan menjanjikan sejuta kedamaian dan kasih sayang harmonis dalam institusi kekeluargaan. Islam sebagai ad-Din yang sempurna mengatur dan mengurus bagaimana mewujudkan kebahagiaan, selain menciptakan rumah tangga.

Hadis Nabi Muhammad bermaksud: "Baiti Jannati" (Rumahku, Syurgaku). Rumah tangga yang ditemukan kedamaian, kasih sayang (mawwadah), kebahagiaan, dan rahmat Allah diibaratkan seperti syurga dunia.

Imam Hasan al-Banna mengatakan dalam wasiatnya: "Jangan tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar, kerana hal demikian adalah perbuatan bodoh dan mengganggu orang lain." Suara tinggi atau keras dalam percakapan, berbantah-bantahan, ketawa terbahak-bahak atau suara menengking yang kuat adalah hal yang sensitif. Ia mendorong tercetus perselisihan dan pergaduhan dalam rumah tangga. Ia bukan etika dalam Islam.

Dalam rumah tangga Islam, tentu penghuninya selalu berusaha menerapkan etika Islam dalam bermuamalah dengan sesama anggota dan jiran tetangganya, menjaga kesopanan dalam bercakap, menghormati hak orang lain dan menjaga rahsia dalam rumah tangganya.

Kebahagiaan hidup berkeluarga hanya dapat dicapai jika suami isteri melaksanakan tanggungjawab diamanahkan. Suami sebagai ketua keluarga bertanggungjawab memimpin isteri dan orang dalam tanggungannya mentaati Allah serta Rasul-Nya selain melaksanakan tuntutan ibadat dan memelihara daripada perbuatan maksiat dan dosa. Suami wajib memberi nafkah secukupnya dengan kadar termampu seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan keluarganya.

Isteri pula wajib mentaati suami (selagi tidak menyuruh yang haram) serta berkhidmat dan memelihara kebajikan rumah tangga dan anak. Rasulullah bersabda bermaksud: "Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin dalam urusan keluarganya dan dia diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya. Seorang isteri adalah pemimpin dalam mengurus rumah tangga suaminya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya." (Hadis riwayat Bukhari)

Jelas, keluarga yang tidak berasaskan pendidikan dan ajaran Islam boleh mengundang pelbagai masalah, konflik, tiada persefahaman, penderaan dan pergaduhan. Akhirnya, berlaku keganasan dalam rumah tangga bahkan terjadi pembunuhan yang menyayat hati.

Keganasan rumah tangga adalah perbuatan kejam terhadap ahlinya. Kes itu timbul dengan pelbagai sebab antara lain kerana tidak memberi nafkah kewangan dan keperluan asasi lainnya. Juga, keganasan emosi untuk memalukan atau membalas dendam terhadap seseorang.

Keganasan fizikal seperti menyebabkan kecederaan dan kematian, meninggalkan mangsa di tempat berbahaya, memukul dan sebagainya, menyekat mereka berjumpa keluarga dan saudara, terbabit orang luar bersubahat untuk mencederakan mangsa dan lain-lain.

Daripada kes dilaporkan menunjukkan kadar peningkatan dari tahun ke setahun terhadap penderaan kanak-kanak dan isteri. Keganasan rumah tangga berlaku berikutan dipengaruhi pelbagai faktor antaranya pengalaman pelaku sendiri, keluarga, rakan, masyarakat dan keadaan persekitaran.

Keganasan berlaku akibat tekanan emosi dan perasaan marah dan tidak puas hati terhadap isteri dan anak atau ahli keluarga lain. Sesetengah kes bagaimanapun disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana takut dan malu. Jiran pula bersikap acuh tak acuh kerana menyifatkan itu masalah peribadi dan keluarga terbabit dan tiada kaitan dengan mereka.

Semua pihak perlu memainkan peranan mencegah keganasan berterusan dalam rumah tangga supaya tidak bertambah teruk dan merebak menjadi virus yang mengancam masyarakat. Pihak terbabit seperti kementerian, badan berkanun, badan bukan kerajaan dan masyarakat juga perlu bekerjasama menangani masalah itu.

Pada masa sama, orang yang melakukan keganasan hendaklah bertaubat dan memperbaiki diri sendiri kerana pengabaian tanggungjawab kepada keluarga dan rumah tangga adalah penganiayaan pada dirinya sendiri selain dosanya besar dan berat. Setiap perkahwinan perlu diikat dengan perasaan kasih sayang, hormat menghormati, bantu membantu, sikap tolak ansur dan tanggungjawab dalam semua perkara.

Suami sebagai pemimpin, pelindung dan tempat bergantung perlu menjalankan tanggungjawab melindungi anak, isteri dan lain-lain. Rasulullah adalah contoh terbaik sebagai seorang suami bertanggungjawab mengasihi dan menyayangi ahli keluarganya.Posted byAgama Berita Harianat4:57 PMNo comments:Labels:(A) Ibrahim Abdullah,RumahtanggaSoal Jawab Agama: Anak luar nikah dilayan sama rataBersama Ustaz Jamanuddin Jusoh

Soalan:

BERKENAAN kedudukan anak luar nikah di sisi Allah jika dia beriman, apakah dia berhak ditempatkan di syurga? Adakah benar sabda Nabi, anak luar nikah dan keturunannya tidak akan mencium bau syurga? Harap dapat sedikit penjelasan.

Fatimah Abd Manaf,Pahang.

Jawapan:

ISLAM menganjurkan hubungan halal melalui pernikahan bagi meneruskan kesinambungan umat dan keturunan dan mengharamkan zina kerana membantutkan proses itu.

Persoalan saudari berkenaan anak luar nikah, dia tetap menjadi ahli syurga dan akan dilayan dengan sebaiknya oleh Allah seperti orang lain jika dia beriman dan beramal soleh.

Syeikh Ismail Muhammad A'jluni di dalam kitabnya Kashful Khafa, juz kedua halaman 372: Tidak akan masuk syurga anak yang dilahirkan secara haram diriwayatkan oleh Abu Naim dari Abu Hurairah RA. Imam Nasai juga meriwayatkan hadis ini dengan makna sama.

Namun demikian, Imam Daru Qutni menyebut sanad (silsilah perjalanan) hadis ini tidak sampai kepada sahabat Nabi iaitu Abu Hurairah RA.

Pengarang kitab Maqasid mengatakan hadis ini diragukan. Ulama hadis iaitu Abu Tahir dan Ibnu Jauzi mengatakan hadis ini maudu' (direka-reka). Pengarang kitab Safarus Saa'dah mengatakan hadis ini batil.

Al-hafiz Ibnu Hajar menyebut hadis ini bermaksud anak itu tidak akan masuk syurga jika sekiranya dia masih mengamalkan perbuatan terkutuk seperti yang dilakukan ibu bapanya.

Kebanyakan ulama bersepakat bahawa hadis ini tidak ditafsirkan mengikut zahir

lafaznya dan ia mestilah ditakwilkan maknanya (mengikut andaian lafaznya). Begitu juga maksud lafaz tidak akan masuk syurga bermakna dia tidak masuk syurga bersama golongan yang awal kerana orang yang melakukan maksiat akan diazab terlebih dulu dalam jangka masa yang ditentukan Allah dan tidak kekal di neraka.

Jika dia bertaubat maka dia akan terlepas melainkan jika dia menghalalkan hukum zina itu sendiri lalu menjadi murtad dan kekal di neraka.

Bagi menjelaskan maksud hadis di atas Abu Daud di dalam sunannya meriwayatkan sebuah hadis Nabi Muhamad dari Abu Hurairah RA bermaksud: Anak nia (luar nikah) adalah terkutuk jika dia terus mengamalkan amalan kedua orang tuanya. (al-hadis)Posted byAgama Berita Harianat4:48 PMNo comments:Labels:(A) Ustaz Zamanuddin Jusoh,(B) Soal Jawab Agama,Anak Luar NikahTHURSDAY, MARCH 4, 2010Berita palsu gugat keharmonianOleh Mohd Feruz Abu Bakar

SULTAN Azlan Shah ketika melawat Masjid Ihsaniah Iskandariah, di Padang Rengas berikutan kesilapan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai masjid ini yang kononnya terbiar dan tidak dimanfaatkan, kelmarin. - Foto Bernama

Sultan Azlan Shah murka laporan media kerana cuba cetus isu, provokasi

KESILAPAN keterangan gambar mengenai Masjid Lama Kuala Dal yang mungkin dianggap kecil sesetengah pihak, diambil serius oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hingga baginda mencemar duli melawat masjid itu di Kuala Kangsar, Isnin lalu.

Sultan Azlan Shah murka dengan laporan akhbar berbahasa Inggeris Isnin lalu kerana masjid bersejarah itu yang dikatakan terbiar reput sebenarnya sudah siap menjalani kerja pemuliharaan. Baginda bertitah, laporan itu boleh menimbulkan persepsi salah kepada masyarakat.

Tindakan baginda mempunyai asas kerana Islam adalah agama yang diberikan perlindungan undang-undang oleh Perlembagaan Negara. Islam diletakkan terus di bawah naungan kuasa Raja-Raja, manakala agama lain dibenar diamalkan dalam suasana aman tetapi tidak dibenarkan disebar atau diajar kepada umat Islam.

"Rakyat jangan sesekali cuba mencetuskan sesuatu isu dan provokasi yang boleh menggugat suasana harmoni yang sudah sedia terjalin antara pelbagai kaum dan agama. Perbuatan bersifat provokasi berpotensi menjejaskan perpaduan dan ketenteraman awam," titah baginda.

Baginda merujuk kepada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan agama bagi negara ini adalah Islam tetapi Perkara 11 menegaskan setiap orang berhak mengamalkan agama tetapi tidak boleh menyebarkan fahamannya kepada penganut Islam.

Perkara 38 pula memberi kuasa kepada Majlis Raja-Raja mengenai hal agama. Kedudukan ini wajib difahami dan dihormati semua pihak. Perlembagaan Negara dirangka berasaskan asal-usul sejarah negara ini dan sudah diterima semua pihak yang mewakili pelbagai kaum dan agama.

Kegagalan menghormati asas persetujuan ini, boleh menimbulkan suasana tidak harmoni yang berkemungkinan mencetuskan persengketaan.

Ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perak 1431 Hijrah, di Taiping, baru-baru ini, Sultan Azlan bertitah, Islam adalah agama yang paling benar di sisi Allah berasaskan firman yang terkandung dalam ayat 123 Surah Al-Baqarah yang bermaksud:

"Dan demikian itu kami jadikan kamu sekalian golongan umat pilihan, supaya menjadi saksi dan teladan bagi umat manusia seluruhnya; dan supaya Rasulullah juga menjadi saksi dan teladan bagi kamu sekalian."

Demikian janji Allah kepada umat Islam sebagai umat pilihan. Janji itu menuntut supaya umat Islam memenuhi bahagian mereka kepada Allah, supaya mereka dapat menjadi saksi dan teladan bagi umat manusia seluruhnya.

Baginda sudah menunaikan segala janji yang perlu diperlihatkan oleh seseorang hamba kepada Penciptanya, merangkumi aspek ibadat, amanah, pengorbanan, kesabaran, keimanan, kepemimpinan dan pelbagai aspek kehidupan termasuk dalam urusan berkeluarga, berumahtangga dan berjiran-tetangga.

Baginda mengamalkan contoh hidup mulia hingga perkataan dan tindakan baginda diterima sebagai sunnah yang dijadikan ikutan. Baginda berjaya memperlihat sebenar-benar teladan untuk disaksikan ummah.

Sultan Azlan bertitah, iman berperanan utama dalam membina kekuatan dan kemuliaan insan. Iman yang teguh akan dapat dibina jika umat Islam berpegang kukuh kepada ajaran Islam seperti dibuktikan oleh para sahabat dan umat Islam di era kegemilangan Islam.

"Peradaban dan tamadun Islam memuncak ketika bilangan umat Islam masih kecil. Namun, bilangan minoriti itu dapat mengatasi bilangan majoriti kerana umat Islam mengamalkan disiplin yang tinggi, memiliki fokus serta mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Allah," titahnya.

Elemen disiplin, fokus dan keyakinan adalah penting. Umat yang mengamalkan disiplin dalam hidup akan menghargai waktu, memenuhi janji, bersifat amanah, ikhlas dan jujur. Kerja yang diberikan akan disempurnakan dalam waktu yang ditentukan. Bila berjanji, janji dikota, bila berhutang, hutang dibayar selain tidak mengamalkan amalan mungkar.

Sultan Azlan bertitah, umat Islam di negara ini wajib merenung dan bertanya, memeriksa dan menyelidik kekuatan diri sendiri jika mahu berdaya saing.

"Dibimbangi jika umat Islam yang terlalu mabuk dilambung gelombang politik kelompok, nasib masa depan umat Islam akan tergugat. Akibatnya, umat Islam akan kehilangan apa yang sudah menjadi hak kepada agama dan bangsanya di bumi ini," titahnya.

Tanggungjawab yang diberi dilaksanakan dengan penuh amanah lagi ikhlas dalam semangat menunaikan fardu kifayah, semata-mata atas nama Allah Yang Maha Esa. Mereka tidak berpura-pura, tidak bersifat lain di depan, lain di belakang. Mereka mempunyai kekuatan menegur yang salah dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik.

Islam berjaya mencipta kegemilangan kerana umatnya memilih untuk bersatu walaupun mereka mewakili pelbagai bangsa dan suku kaum, pelbagai budaya dan bahasa dari pelbagai negara dan wilayah. Faktor penyatuan itu menjadi teras dan kunci, menjadikan mereka umat yang kuat lagi gagah, digeruni lagi dihormati. "Sudahkah umat Islam di negara ini berada dalam kedudukan yang boleh menjadi teladan kepada sekalian umat? Adakah umat Islam pada hari ini kukuh bersatu dalam mempertahan maruah dan kemuliaan agamanya jika cuba dipersenda oleh orang lain?

"Dibimbangi jika umat Islam yang terlalu mabuk dilambung gelombang politik kelompok, nasib masa depan umat Islam akan tergugat. Akibatnya, umat Islam akan kehilangan apa yang sudah menjadi hak kepada agama dan bangsanya di bumi ini," titahnya.

Bertepatan dengan tema 'Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah', baginda mengingatkan umat Islam untuk menghayati mesej yang terkandung di sebalik tema itu. Ingatlah bahawa umat Islam adalah bersaudara dan binalah hubungan persaudaraan yang ikhlas sesama Islam supaya umat Islam menjadi lebih kuat dan dihormati.Posted byAgama Berita Harianat3:10 PMNo comments:Labels:(A) Mohd Feruz Abu Bakar,Berita PalsuUbah perspektif elak wanita jadi mangsa kekejamanOleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

KETIKA Hari Wanita disambut di seluruh dunia tidak lama lagi, negara masih tidak sepi daripada penganiayaan terhadap golongan ini yang dianggap sebagai lumrah kepada yang lemah. Walaupun Barat meraikan kemenangan wanita dengan mewujudkan Hari Wanita Sedunia sejak 1911, Islam terlebih dulu memulihkan status kaum hawa yang terhina kerana amalan jahiliah, hatta memberi hak kesamarataan dalam soal ibadah.

Ketika Barat merangka undang-undang yang menolak diskriminasi terhadap wanita, Islam sudah lama memuliakan mereka dalam jaminan yang terkandung dalam Al-Quran. Bahkan sejak 15 abad lalu, Al-Quran merakamkan nas yang qat'i yang menyamakan kedudukan antara lelaki dan wanita dalam menjalankan kewajipan insani berbanding Revolusi Perancis yang berlaku di penghujung abad ke-18 dengan deklarasi piagam hak asasi manusia yang jelas mendiskriminasi wanita.

Firman Allah dalam Surah Ali 'Imraan, ayat 195 bermaksud: "Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amal orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki mahupun perempuan (kerana) sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain."

Dan Allah juga berfirman dalam Surah An-Nahl yang mafhumnya: "Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya kami akan beri balasan kepada mereka dengan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan."

Wanita hari ini bukan seperti isteri yang dijual suami di Barat sebelum 1930-an, bukan juga seperti di Jazirah Arab di era jahiliah yang menjadi objek hinaan dan celaan serta punca keaiban keluarga. Malah wanita yang melahirkan bayi perempuan menanggung rasa bersalah yang tidak terhingga, begitu juga suaminya.

Sambutan Hari Wanita pada tahun ini pasti melonjakkan agenda pemerkasaan wanita seperti dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Tiada siapa berani menafikan, apatah lagi menidakkan rencana ke atas wanita kerana umum mengetahui kecemerlangan wanita hari ini tidak boleh diragui dan terbukti.

Hampir semua undang-undang sedia ada, khususnya Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf kesaksamaan gender dan menolak sebarang diskriminasi terhadap wanita, melainkan wujud beberapa peruntukan yang perlu dimurnikan agar konsisten dengan peruntukan undang-undang dalam Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskiminasi Terhadap Wanita (Konvensyen Wanita) dan prinsip syariah yang sebenar.

Sekiranya wanita dianggap sebagai khalayak yang mulia seperti makhluk Allah lain, sudah tentulah mereka tidak dianiaya semata-mata untuk memuaskan nafsu buas sehingga terpaksa mengandungkan anak dengan susah payah sembilan bulan lamanya.

Selepas itu, melahirkan dan membunuh zuriatnya sendiri kerana tidak sanggup ditohmah masyarakat. Cabaran kini ialah mengubah perspektif bahawa fizikal manusia ialah sama, maka tiada siapa menjadi mangsa kekejaman.

fizikal kepada sesiapa. Walaupun tidak mudah direalisasi, banyak hakikat membuktikan wanita perkasa kerana percaya mereka berupaya.

Wujud peruntukan undang-undang yang masih tidak bersifat adil terhadap wanita kerana memberi kesamarataan hak tanpa mengambil kira kesamarataan matlamat yang hendak dicapai. Wawasan, gagasan dan seruan negara direalisasikan melalui pelbagai suara agar wanita dihormati dan dipelihara, melindungi mereka dengan menyempurnakan tanggungjawab serta membahagiakan mereka, sama ada mereka seorang ibu, isteri, anak mahupun pekerja dan rakyat jelata.

Sungguhpun begitu, ia tidaklah begitu ketara menganiaya wanita berbanding amalan dalam budaya dan sosial masyarakat yang memandang wanita sebelah mata sekali gus menjadikan mereka mangsa jenayah seksual dan pembunuhan.

Ini adalah pembawaan jahiliah yang masih tidak berkurangan, malah hari ini kerana dizalimi juga, wanita sanggup membunuh anak yang baru lahir ke dunia kerana takut mendepani masyarakat akibat perbuatan berzina yang terang-terangan terbukti dengan kelahiran zuriat dari darah dagingnya, manakala si bapa haram pula hilang entah ke mana.

Sekiranya wanita dianggap sebagai khalayak yang mulia seperti makhluk Allah lain, sudah tentulah mereka tidak dianiaya semata-mata untuk memuaskan nafsu buas sehingga terpaksa mengandungkan anak dengan susah payah sembilan bulan lamanya. Selepas itu pula, melahirkan anak sendirian dan membunuh zuriatnya sendiri hanya kerana tidak sanggup menghadapi tohmah masyarakat.

Tambahan pula, teori konstruktif sosial meneguhkan kepercayaan bahawa wanita dan kanak-kanak adalah makhluk yang lemah, sedangkan tidak semua mereka lemah, begitu juga tidak semua lelaki kuat. Tetapi kerana masyarakat umum terbina dengan pengaruh sosial dan budaya begitu, maka realiti membenarkan bahawa wanita dan kanak-kanak adalah lemah dan boleh dibelasah.

Cabaran terkini ialah mengubah perspektif bahawa fizikal manusia ialah sama, maka tiada siapa yang akan menjadi mangsa kekejaman fizikal kepada sesiapa. Walaupun tidak mudah direalisasi, banyak hakikat membuktikan wanita perkasa kerana percaya mereka berupaya.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pengajian di United Kingdom.Posted byAgama Berita Harianat3:09 PMNo comments:Labels:(A) Nik Salida Suhaila Nik Saleh,WanitaWEDNESDAY, MARCH 3, 2010Peguam Syarie Menulis: Perkahwinan campur tuntut toleransi pasangan, keluargaOleh Mohamad Isa Abd Ralip

PERKAHWINAN berlainan agama tuntut pengorbanan dan komitmen daripada dua pihak. - Gambar hiasan

Asas agama jadi tiang seri kerukunan rumah tangga

KAHWIN campur bukan janggal di kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Secara umumnya, masyarakat dapat menerima hakikat kahwin campur dapat memperkaya budaya dalam masyarakat serta mengukuhkan hubungan antara kaum.

Namun begitu, tidak kurang juga masyarakat berpendapat kahwin campur akan mengundang pelbagai masalah pada masa akan datang sehingga sampai ke tahap perceraian.

Soal hati dan jodoh, memang sukar dimengerti. Kalau sudah jodoh berkahwin dengan orang yang asalnya berlainan agama dan bangsa itu sudah suratan takdir.

Sebenarnya tidak ada nas yang menggalakkan berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa. Cuma sesetengah fuqaha menggalakkan agar berkahwin dengan pasangan yang tidak ada hubungan kekeluargaan kerana melihat beberapa maslahah terutama aspek mengembangkan zuriat serta kesihatan sekiranya perkahwinan membabitkan saudara terdekat dibenarkan.

Justeru, walau tidak ada larangan syarak berkaitan perkahwinan sesama keluarga, ia menjadi suatu yang biasa dalam masyarakat hari ini. Jika kita lihat kepada sejarah Islam, Nabi Muhammad SAW pernah mengahwini sepupunya iaitu Zainab Jahsy. Selain itu, Baginda sendiri pernah mengahwinkan anaknya Fatimah dengan Syaidina Ali iaitu sepupu baginda.

Isu kahwin campur ini juga tidak diperuntukkan secara khusus di dalam undang-undang. Namun, peruntukan dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, misalnya, Seksyen 7 memperuntukkan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah Persekutuan harus mengikut peruntukan di dalam akta dan diakadnikahkan menurut hukum syarak.

Seksyen ini memberi mahkamah bidang kuasa dalam mana-mana perkahwinan di Wilayah Persekutuan. Merujuk kepada Seksyen 10 (1) akta yang sama, peruntukan seksyen itu memperuntukkan bahawa 'tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah.'

Dalam mentafsirkan 'Kitabiyah' Seksyen 2 akta berkenaan menyatakan bahawa 'Kitabiyah' adalah seorang perempuan keturunan Bani Ya'qub atau seorang perempuan nasrani keturunan orang nasrani sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul atau seorang perempuan Yahudi keturunan orang Yahudi sebelum Nabi Isa menjadi Rasul.

Jika kita lihat senario hari ini, perkahwinan campur adalah satu tekanan besar terhadap pasangan serta keluarga masing-masing dan memerlukan sikap toleransi semua pihak yang terbabit, bukan hanya suami dan isteri berkenaan saja. Oleh itu, kahwin campur mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Aspek agama misalnya mestilah mengatasi segala perkara. Bagi budaya, ia satu elemen yang mewarnai kehidupan pasangan kahwin campur. Perbezaan dari segi budaya, tradisi dan amalan keluarga pihak suami serta isteri sebenarnya akan menceriakan kehidupan, mengeratkan ikatan hubungan pasangan berkenaan dan anak-anak mereka.

Walaupun wujud beberapa halangan serta tentangan terhadap kahwin campur, tetap terselit keistimewaan bagi situasi itu. Pendedahan terhadap budaya dan amalan kaum lain akan membuatkan individu terbabit memahami dengan lebih baik kebudayaan dan tradisi orang lain.

Selain itu, anak hasil kahwin campur akan mendapat kebaikan daripada pendedahan terhadap budaya ini dan mereka boleh mahir dalam sekurang-kurangnya tiga atau empat bahasa termasuk bahasa ibunda ibu bapa serta juga bahasa Inggeris selain boleh menikmati pelbagai masakan kaum masing-masing.

Dari segi saintifik dikatakan bahawa perkahwinan campur ini akan melahirkan generasi yang lebih genius. Kahwin campur sebenarnya memberi satu sinar dan keceriaan bagi mereka yang bijak mengadaptasi kelebihan ini dalam rumah tangga dengan sentiasa cuba mempelajari dan mengenali amalan, budaya serta tabiat keluarga pasangan masing-masing.

Pemikiran akan lebih terbuka dan positif selain dapat menerima dan memahami adat resam masing-masing. Namun, apa yang paling penting dan menjadi keutamaan adalah asas agama kerana ia adalah tiang seri kepada kerukunan sebuah rumah tangga.

Allah menjadikan manusia pelbagai bangsa, rupa serta budaya yang berbeza namun pada hakikatnya agama saja yang boleh menyatukan mereka. Kegagalan daripada kahwin campur pula dapat dilihat sekiranya pasangan tidak dapat memahami dan bertolak ansur dalam semua perkara.

Jurang perbezaan yang begitu ketara terutama adat dan budaya menjadikan mereka tewas dalam melayari perkahwinan yang bahagia. Alam percintaan sebelum perkahwinan menjadikan pasangan dibuai mimpi indah tanpa memikirkan realiti selepas perkahwinan yang menuntut tanggungjawab lebih besar.

Segala kekurangan mahupun kegagalan dalam perkahwinan campur ini dapat diatasi apabila pasangan tahu apakah sebenarnya perkahwinan itu. Perkahwinan adalah satu perhubungan intim di antara dua individu (lelaki dan perempuan) yang bergelar suami dan isteri.

Ia bukan setakat hanya untuk menikmati kepuasan seksual, tetapi juga merangkumi melakukan aktiviti harian bersama serta berkongsi minat, kegemaran dan kepentingan.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)Posted byAgama Berita Harianat3:03 PM1 comment:Labels:(A) Mohamad Isa Abd Ralip,(B) Peguam Syarie Menulis,Kahwin CampurIqra: Kaedah mendidik perspektif Rasulullah# Judul: Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik# Penulis: Razali Saaran# Penerbit: Mustread Sdn Bhd# Pengulas: Hasliza Hassan# Harga: Semenanjung Malaysia (RM19.90) Sabah/Sarawak (RM22.90)

SEPANJANG bulan Rabiulawal bermula tanggal 12 Rabiulawal hingga penghujungnya, sambutan Maulidur Rasul memenuhi program anjuran surau, masjid, persatuan penduduk dan agensi agama sebagai manifestasi ingatan serta perasaan cinta terhadap Nabi Muhammad SAW.

Sebagai Rasul pilihan, sejarah kehidupan Baginda sentiasa menjadi inspirasi umat Islam dalam meningkatkan ketakwaan dan mencari kebahagiaan hidup di dunia serta akhirat.

Oleh itu, selain ceramah, seminar atau perbincangan dianjurkan untuk mengimbas sejarah hidup Baginda yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, buku dihasilkan mengenai Muhammad bin Abdullah sewajarnya menjadi pilihan bacaan.

Buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik memfokuskan peranan guru sebagai pembimbing melalui penekanan terhadap akhlak guru ketika mengajar supaya dapat diterima seterusnya menjadi contoh kepada pelajar yang dibimbing.

Perkara dikupas penulis buku ini ialah kaedah digunakan Rasulullah SAW menyampaikan ilmu serta nasihat kepada sahabat seperti sesi soal jawab, bergurau senda, memberi nasihat dan cara meraikan pelajar.

Kaedah soal jawab diguna pakai Rasulullah ketika menyampaikan ilmu kepada sahabat dan interaksi antara guru dan pelajar mempunyai kesan positif memberi kefahaman serta percambahan idea berbanding kaedah satu hala.

Rasulullah juga sering meminta diulang soalan dan menjawab semula selain menggunakan pendekatan bergurau senda seperti dijelaskan melalui sunnah Baginda dalam buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik.

Perkembangan hari ini memberi cabaran kepada guru untuk mendidik menyebabkan guru memerlukan panduan yang dapat membantu menghadapi kerenah pelajar dan dalam masa sama menunaikan tanggungjawab sebagai guru.

Bagaimanapun, guru adalah insan terpilih seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang berilmu yang berusaha mencipta, orang yang mahu mengajarkan ilmunya akan didoakan oleh seluruh penghuni kerajaan langit." (Hadis riwayat Tirmizi)

Menariknya, buku ini cuba memahami profesion perguruan dengan melihat guru sebagai pendidik, pengurus, pemimpin, pemudah cara dan kaunselor.

Tujuannya, supaya guru dapat melihat serta menilai diri mereka daripada pandangan orang lain dan mengambil langkah proaktif ke arah memartabatkan profesion ini di mata masyarakat. Buku ini bukan saja sesuai untuk guru tetapi juga ibu bapa untuk membimbing anak.

http://agamaberitaharian.blogspot.com/ http://azctu553kandungan.blogspot.com/