-krm 3073-pengj math sek rendah.-latihan

Upload: zumariah-ahmad

Post on 11-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KRM 3073(PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH)1. Kepentingan mengajar kemahiran menyelesaikan masalah.(kplbgian kecerdasan)Kaedah penyelesaian masalah merupakan kaedah pengajaran y digunakan di dalam kelas. Berasaskan pengalaman dan memerlukan pelajar berfikir secara aktif. Tujuan menjana pelbagai idea yang bernas untuk membentuk beberapa penyelesaian y lebih paktikal dan efektif. melibatkan pelajar aktif dalam kumpulan kecil & menyelesaikan masalah yang diberikan secara berhati-hati (Glen & Wilkie, 2000). dapat menggerakkan minda mereka secara aktif dan ini dapat membantu proses pembelajaran mereka. pelajar mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori y telah dipelajari. menggalakkan pemikiran kritis, analitis, logis dan rasional. membina sifat keyakinan dan melengkapi pelajar-pelajar dengan kemahiran menyelesaikan masalah.

2. Nyatakan bahan pengajaran yg digunakan oleh guru dan kaedah/strategi yang sesuai digunakan. (pengajaran berpusatkan guru)Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid (Mohamad Johdi, 2007).Pemusatan Guru : Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang meletakkan guru sebagai ketua, orang yang serba tahu dan ada ciri kepimpinan autokratik. Contoh pengajaran yang berpusatkan guru ialah demostrasi, bercerita dan syarahan. Satu aktiviti pengajaran yang mudah dirancang dan diurus.3. Apakah dimaksudkan kemahiran berfikir. Kenapakah perlu dipupuk kepada murid sekolah rendah?Kemahiran berfikir - kemahiran intelek spti kemahiran menghafal mengingat kembali fakta dan penerangan, memberi penjelasan, membuat analisis, mengeluarkan pendapat, membuat keputusan, menyelesaikan masalah atau merancang.Tujuan mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif , afektif, seterusnya perkembangan intelek mrd. bersikap terbuka dalam menerima / memberi pendapat, membina keyakinan diri utk berhujah, buat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti.

4. pembelajaran koperatif- kunci utama.Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah: saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan

5.Apakah dimaksudkan pendekatan induktif dan deduktif. Nyatakan perbezaan.Pendekatan Indukif - pendekatan yang melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya.Pendekatan Deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus.INDUKTIFDEDUKTIF

Takrif

Ee Ah Meng (pedagogi 2, pelaksanaan pengajaran) cara mendekati sesuatu.objktif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu pelajaran.Suatu pengajaran yang dimulakan dengan melihat hukum atau mempelajari peraturan tertentu dan diaplikasikan menjadi suatu fakta.

Konsep

- perkenal pengetahuan & memberi pengalaman- membentuk kesimpulan umum- memperkenal pengetahuan dan pengalaman- selaras dengan teori pembelajran Gestalt- lebih menekankan aspek tulisan- Pelajari sesuatu berdasarkan hukum

Ciri-ciri-penglibatan murid aktif-suasana pembelajaran menarik ,berkesan.-bimbinganguru diperlukan-Mementingkan pengetahuan terhadap murid-Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan.

Kaedah(-kenalpasti bahan mengikut masa.terus atau semulajadioral-aurallingusitikfonetiklingusitiksemulajaditerus

Teknik

Berbincang-perbualan antara pelajarBranstoarming-berfikir secara kreatif dan aktif bagi melahirkan pendapatSoal Jawab-interaksi antar guru dan pelajar.

Main peranan-gambaran situasi@pengalaman- spontanBercerita- guru =cerita + isi pengajaranLakonan/Drama- jalan ceritaTunjuk Cara-pertuturan yang betul, guru guru memberi panduan.

6.Pendekatan koperatif.Definisi- Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif - suatu strategi pengajaran dimana pelajar membantu antara satu sama lain dalam kumpulan kecil. (berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan bantuan guru.

Kebaikan- Motivasi lebih tinggi untuk berjaya kerana seseorang bukan sahaja mencapai kejayaan untuk diri sendiri, tetapi untuk rakan sekumpulan juga. pelajar dengan strategi pembelajaran yang lemah mendapat lebih peluang untuk melihat model pelajar lain yang mempunyai strategi y lebih berkesan.

Perhubungan interpersonal bertambah baik, disebabkan oleh kemahiran bekerjasama dan keperluan untuk saling membantu antara satu sama lain.

Suasana sosial pembelajaran kerjasama yang seronok. Berinteraksi dengan orang lain menggalakkan seseorang menyusun semula pemikiran mereka, misalnya meringkas, menjelas dan memberi contoh. Penyusunan semula kognitif ini menambah pemikiran peringkat tinggi. vii. Pelajar mempunyai lebih peluang untuk melihat strategi pemikiran orang lain, di samping berkongsi strategi sendiri. Kerisauan akan berkurangan dan ini menggalakkan seseorang mengambil risiko, Contoh-program mentor-menti7. Teori Kecerdasan Pelbagai- Howard Gardner.Definisi Gardner (1983) - kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. Pendapat ini menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner:1. Logikal Matematik2. Spatial / Visual Ruang3. Linguistik4. Kinestetik5. Muzik6. Interpersonal7. Intrapersonal8. Naturalis9. Spiritual / Eksistensialisme

8. Cari 5 daripada 8 ketegasan InterpersonalKecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain.

IntrapersonalKecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri.

Logikal MatematikKecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka,

Spatial / Visual RuangKecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek.

LinguistikKecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari.9. Apakah aktvt yang sesuai menggunakan komputer dalam proses pdp.Penggunaan ICT dalam p&p bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p&p.Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut

Penghasilan Bahan KurikulumLatih TubiTutorialUlangkajiPemulihan dan PengayaanSimulasiPengiraanAlat Bantu Mengajar

Cth-1. Dalam tajuk bentuk dan ruang- guru menggunakan komputer untuk mempamerkan gambar gambar yang menunjukkan bentuk 2d dan 3d.2.Dalam tajuk data3.Dalam tajuk wang