ya allah ya rahim

1
Ya Allah Ya Rahim sempena majlis perpisahan…. Yang diraikan pada saat ini, kami menadah tangan agar mereka dikurniakan keberkatan, nikmat dan berkat serta sihat wal afiat. Kami berdoa agar dipermudahkan segala urusan mereka dengan diberikan segala kekuatan fizikal dan mental bagi meneruskan tugasan mereka dalam suasana berbeza dengan jayanya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim bantulah mereka menjalankan urusan demi meninggikan kalimahmu, limpahkanlah keikhlasan di jiwa mereka untuk membangunkan masyarakat dan negara ke arah kehidupan yang lebih baik. Jauhkanlah mereka dari segala mara bahaya, hindarilah mereka dari segala keburukan hati dan kejahatan lisan. Ya Allah Ya Azhim Jadikanlah kami yang masih di sini dapat meneruskan tugasan dengan cemerlang, perkhidmatan yang berkualiti dan gemilang demi memajukan anak bangsa dan negara. Lembutkanlah hati kami dan satukanlah jiwa kami agar wujud persepakatan dan persefahaman di antara kami dalam usaha menunaikan amanah yang dibeban dengan lebih baik dan berkesan. Ya Allah Jadikanlah majlis kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami ini selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Janganlah Engkau jadikan pada diri kami dan mereka yang bersama kami kebinasaan dan menjauhkan kami dari memperolehi rahmatmu. Ya Allah Ampunilah dosa kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, para pemimpin kami dan seluruh kaum mukminin dan mukminat di mana sahaja mereka berada. Ya Allah Perteguhkanlah iman kami, perkukuhkanlah amalan fardu kami, perkuatkanlah azam kami dalam melaksanakan suruhanmu dan meninggalkan segala laranganmu. Kepadamulah kami berserah dan kepadamu jualah kami bakal kembali nanti.

Upload: bryan-sanders

Post on 06-Jul-2016

267 views

Category:

Documents

6 download

DESCRIPTION

Ya Allah Ya Rahim

TRANSCRIPT

Page 1: Ya Allah Ya Rahim