week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

24
KONSEP IBADAH KONSEP IBADAH م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل ه ا ل ل م ا س ب1

Upload: redrumming

Post on 27-Jul-2015

176 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

KONSEP IBADAHKONSEP IBADAH

الرحمن الله بسمالرحيم

1

Page 2: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

PENGERTIAN IBADAHPENGERTIAN IBADAH Bahasa: |عبادة|Ibadah

◦ ‘Abada’ |عبد|, ‘Ya Budu’ |يعبد|, ‘Abd’ |عبد| Bererti taat, patuh, setia, menyembah, menghina dan memperhambakan diri kepada yang lain.

Istilah Syara’:

-Al-Maududi: Makna ibadah ialah penyerahan diri secara total, tunduk menghina sepenuhnya serta ketaatan yang tidak berbelah bagi. Di samping ketundukan itu digabungkan pula unsur perasaan; iaitu pengabdian hati yang digambarkan melalui pelaksanaan upacara-upacara dan syiar-syiar tertentu.

Ibn Taimiyah, asal makna ibadah ialah taat dan menghinakan diri (kemuncak ketaatan dan ketundukan). 2

Page 3: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

As-Syeikh Muhammad Abduh:

Ibadah ialah ketaatan dan kepatuhan dengan sepenuh-penuh tunduk. Beliau berpendapat bahawa yang membezakan ibadat dengan jenis-jenis taat dan tunduk bukanlah kemuncak taat dan tunduk sebagaimana yang diperkatakan oleh ahli-ahli bahasa.

Menurut beliau jika punca ketaatan itu perkara lahiriah seperti pemerintah, kekuatan dan sebagainya tidaklah dinamakan ibadat

Sekiranya punca ketaatan itu kepercayaan bahawa yang disembah mempunyai kebesaran, kekuatan melebihi kuasa manusia biasa maka barulah dinamakan ibadat.

3

Page 4: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Firman Allah s.w.t. bermaksud: “ Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu’ (al-Zariat : 56)

Firman Allah s.w.t. : Ertinya : ”Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan sesuatu apapun denganNya” (Surah al-Nisa’ 4 : 36)Allah s.w.t. sahaja yang berhak disembah oleh manusia.

FirmanNya lagi: ”Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Tuhan) yang telah menjadikan untukmu bumi sebagai hamparan dan langit sebagai atap serta menurunkan air (hujan) dari langit lalu dengan air itu Dia menghasilkan segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu mengangkat sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui” (surah al-Baqarah 2 : 21 – 22)

4

Page 5: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

RUANG LINGKUP IBADAH DAN PEMBAHAGIANNYA

Ruang lingkup @ Skop ibadah dalam Islam amat luas.

Merangkumi mentaati suruhan dan meninggalkan larangan Allah.

Hubungan dengan Allah – hubungan dengan sesama manusia

5

Page 6: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Merangkumi seluruh aspek atau Merangkumi seluruh aspek atau aktiviti kehidupan manusia. aktiviti kehidupan manusia.

Menurut Ibn Taimiyah “ibadah adalah semua perkara yang disukai dan diredai Allah sama ada perkataan, perbuatan, zahir dan batin.

Oleh itu sembahyang, puasa, zakat, haji, bercakap benar, menunaikan amanah, berbakti kepada dua ibu bapa, menghubungkan silaturrahim, menunaikan janji, menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, berjihad terhadap orang-orang kafir dan munafiq, berbuat baik kepada jiran tetangga, anak-anak yatim, orang miskin, hamba, juga kepada binatang, berdoa, berzikir, membaca al-Qur’an dan seumpamanya adlah termasuk di dalam ibadah.

Seterusnya kasih kepada Allah dan RasulNya, takut kepadanya, taubat, ikhlas, sabar terhadap penentuan Allah, bersyukur terhadap nikmat-nikmat Allah, reda kepada qada’ dan qadar, bertawakal kepadanya, mengharap kepada rahmat Allah dan takut kepada azabNya, ini semua termasuk dalam ibadah”.

6

Page 7: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Menurut Prof Dr. Yusuf al-Qardawi:

“Ibadah merangkumi perkataan dan perbuatan yang disukai dan diredai oleh Allah. Maka dengan itu menegakkan syiar Agama Islam adalah ibadah, berbuat baik kepada ibu bapa adalah ibadah, menghubungkan silaturrahim adalah ibadah, memuliakan jiran adalah ibadah, menunaikan kewajipan, melakukan kebaikan berdakwah mengajak manusia kepada kebaikan, jihad di jalan Allah, mengimarah bumi, semuanya ibadah.”

7

Page 8: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

KONSEP BERSUCI (TOHARAH) DALAM ISLAM

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang suka mensucikan diri.”(Surah al-Baqarah 2 : 222)

Kesucian zahir mahupun batin

8

Page 9: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Sebelum melaksanakan tuntutan ibadah terutama fardu ain, perlu mengetahui perkara yg menjadi syarat sebelum melaksanakan - taharah/bersuci

Bersuci dari sifat tercelaBersuci dari hadasBersuci dari najis

9

Page 10: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Perkara yang dilarang: Tanda khas sesuatu agama-nandaa’,pupur di dahi, salib dsb

Tatu dan seumpamanya Merubah kejadian Allah – pertukaran jantina

dsb Menyerupai lelaki @ perempuan Meniru perbuatan orang bukan Islam;

bercukur sebahagian kepala,anting2 bagi lelaki, tindik2…dsb

10

Page 11: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Perkara khas orang2 kafir:sami, serban singh, jubah Kristian dsb

Menyamai pakaian lelaki-perempuan Tidak menutup aurat Emas & sutera bagi lelaki Meniru pakaian orang2 kafir

11

Page 12: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

patung / berhala Anjing Tempat maksiat; dipenuhi dengan

gambar lucah, minum arak, kelab malam

Bejana dari emas dan perak

12

Page 13: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Perkara yang diharam ketika junub:

Solat Puasa Tawaf Membaca al-Quran &

membawanya Menyentuh al-Quran Perkara yang diharam ketika haid

& nifas:

Tambahan:• Bersetubuh• Talak (menjatuhkan talak)

13

Page 14: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:“…Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

14

Page 15: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Rukun/fardu mandi wajib;

Niat Menghilangkan najis yang melekat

kalau ada Menyampaikan air ke seluruh

badan

15

Page 16: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

BERSUCI DARI NAJIS

Najis-najis : Mukhaffah – ringan; kencing bayi lelaki

yg belum sampai 2 tahun & hanya menyusu ibunya shj.

Mutawassitah – pertengahan; muntah, darah, nanah, bangkai selain bangkai manusia, ikan & belalang dsb

Mughallazah – berat; anjing dan babi & keturunannya

16

Page 17: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

ALAT UNTUK BERSUCI

Air mutlak: air hujan, air mata air, air sungai, air laut, air embun, perigi & salji (wudhu’, mandi, basuh najis)

Batu (3 bucu) atau benda-benda yang kesat seperti tisu dsb: (istinjak=membersihkan diri selepas qada’ hajat(besar/kecil) dengan air atau benda kesat)).

Debu: tayammum

Air & tanah: samak najis mughallazah

Tidak dengan sesuatu yang dihormati oleh manusia atau jin seperti daun dan buah yang dimakan oleh manusia dan tulang yang dimakan oleh jin. Rasulullah SAW bersabda: ”Dari Ibn Mas`ud r.a. Bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “janganlah kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang, kerana sesungguhnya tulang-tulang itu jadi makanan saudaramu bangsa jin.”(Riwayat Tirmizi)

17

Page 18: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Kadar 2 kolah; 200 kilogram/317 kati/13 tin minyak tanah: Tuntutan air melebihi dua kolah (216 liter) hanya

diwajibkan dalam Mazhab Shafie apabila air tersebut telah bercampur dengan sesuatu benda najis sehingga bertukar sifatnya dari 3 sudut, samada rasa atau bau atau warna.

Apabila satu dari sifat ini telah berubah maka untuk menggunakan air tersebut kuantitinya wajib melebih 2 kolah atau 216 liter.

Akan tetapi apabila air tersebut bersih, dan tiada kelainan pada rasa, bau dan warnanya, ia tetap boleh digunakan untuk tujuan berwudhu' sekalipun kuantitinya kurang dari 2 kolah

18

Page 19: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:

a) Air Mutlaq: Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat asal

kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.

Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut

Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .

Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan. 19

Page 20: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

b) Air Musyammas: iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh

menggunakannya. Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan

pada tubuh badan tidak pada pakaian. Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada

cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-

"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)

20

Page 21: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:

a) Air Musta'amal: Iaitu air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang

mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.

Yang dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota.

Yang dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah.

Air daripada pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu.

21

Page 22: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Air yang bercampur itu ada dua cara :- Majawir

Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.

Mukhalit Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.

b) Air Muqayyad: Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu

sifatnya (warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlaq lagi seperti air yang dicampur dengan madu, sirap dan lain-lain.

22

Page 23: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena benda najis. Ia terbahagi kepada dua:

a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.

b) Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.

23

Page 24: Week 7 konsep ibadah-pengertian&taharah

Tidak menghadap @ membelakang kiblat, Tidak memegang kemaluan dgn tangan

kanan, Bukan di tempat berehat, awam, di bawah

pohon berbuah, di dalam lubang tanah, Jangan bercakap kecuali perlu, Tidak membaca, Mencangkung, Menutup kepala, doa, Tidak membawa sesuatu yang tertulis nama

Allah/Muhammad s.a.w24