visiting report

Download Visiting report

Post on 20-Jun-2015

2.732 views

Category:

Business

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Visiting report

TRANSCRIPT

  • 1. PENGENALAN
    Projek yang telah dilaksanakan ialah program lawatan keusahawanan ke kilang-kilang yang berkaitan dengan keusahawanan seperti kilang roti, perabot, makanan dan sebagainya. Program lawatan ini dilakukan di lokasi dan masa seperti berikut :
    Lokasi : Kilang Roti Mee Ngar
    Tarikh Lawatan : 09 April 2011
    Masa Lawatan : 09.00-10.30
    Bilangan peserta yang terlibat dalam program lawatan pada kali ini ialah seramai 13 orang, termasuk seorang pensyarah Asas Pembudayaan Keusahawanan, iaitu Pn. Dyana Chang Mui Ling.
    TUJUAN/OBJEKTIF LAWATAN
    Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta dengan kaedah pengurusan perniagaan yang berkesan dan sistematik. Ini termasuklah dalam pelbagai kemahiran, seperti pengurusan kilang, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia, strategi pemasaran dan sebagainya. Setiap peserta akan mendapat peluang yang sama untuk menimba ilmu supaya ia akan dapat membantu mereka untuk memulakan sesuatu perniagaan keusahawanan kelak.
    SEJARAH SYARIKAT
    Kilang Roti Mee Ngar telah ditubuhkan sejak 34 tahun dahulu. Sebelum ini, kilang ini bertapak di Tanah Merah sejak tahun 1975. Walau bagaimanapun, kilang ini selalu menjadi mangsa banjir dan ini telah mengakibat kan kerugian kepada Kilang Mee Ngar. Bagi mengatasi masalah ini, pemilik kilang roti ini terpaksa mencari tapak baru yang lebih strategic dan tidak dibanjiri semasa hujan. Kini, Kilang Roti Mee Ngar telah bertapak di Bt. 8, Jalan Labuk, Sandakan.
    Kilang Roti Mee Ngar ini merupakan satu perniagaan keluarga. Ini bermaksud, perniagaan ini telah ditubuhkan oleh 8 orang adik beradik, yang diketuai oleh Dennis Low. Adik beradik lain yang masih bergiat aktif di kilang Sandakan ialah Lo Cheong Ming, Lo Cheong Fah dan Lo Cheong Fuh. Bagi menubuhkan kilang roti ini, ahli keluarga ini telah mengumpul wang sebanyak RM15,000.00 sebagai modal perniagaan mereka.
    Pada peringkat awal penubuhan kilang ini, hanya ahli keluarga yang menjalankan sepenuhnya operasi kilang ini, termasuk dalam penghasilan roti. Beberapa tahun kemudian, mereka telah menupah beberapa orang pekerja. Pada masa itu, penghasilan roti dilakukan menggunakan tenaga manusia. Namun, setelah mencapai kejayaan, pada hari ini, Kilang ini telah menggunakan mesin yang canggih untuk menghasilkan roti. Kilang ini juga telah mempunyai 40 orang pekerja. Selain kebajikan pekerja-pekerja di kilang ini dijaga dengan baik, pihak pengurusan kilang juga memberikan caruman KWSP, SOCSO kepada setiap pekerja supaya kehidupan pekerja-pekerja lebih terjamin dan selamat.
    STRATEGI
    Bagi melaksanakan program lawatan ini, berbagai-bagai strategi digunakan. Antaranya ialah mesyuarat untuk pemilihan ahli jawatankuasa pelaksana, penentuan lokasi, belanjawan dan sebagainya. Selain itu, setelah tugas-tugas diberikan kepada setiap ahli dengan spesifik, semua tugasan akan dipastikan selesai pada masa yang ditetapkan. Carta Gantt juga disediakan sebagai panduan kepada setiap ahli supaya melaksanakan tugasan mengikut rancangan.
    Selain daripada itu, beberapa kemungkinan kekangan atau masalah yang timbul juga dianalisis dan dikenalpasti. Oleh itu, bagi menangani masalah yang bakal timbul, beberapa jalan penyelesaian telah dibincangkan bersama. Antara masalah yang timbul ialah sumber pendapatan, masalah pengangkutan, masa dan sebagainya. Namun atas perbincangan dan kerjasama semua pihak, maka semua permasalahan ini berjaya diselesaikan.
    Selain itu, bagi mempromosikan program ini, pihak penganjur telah menggunakan pelbagai kaedah promosi, iaitu melalui surat-surat hebahan, poster, banner, suratkhabar, majalah dan juga iklan di TV. Ini supaya program ini sampai kepada kumpulan sasaran, dan menarik lebih ramai peserta untuk menyertai program lawtan ini.
    PENGURUSAN
    Carta Organisasi
    PENGARAHEN. MALIK TAJIM
    TIM .PENGARAHEN. FEDRIUS JUMI
    BENDAHARIEN. M. SARIP HAKIM
    SETIAUSAHAEN. M. SARIP HAKIM
    PROMOSIEN. ALSHARO ALIH MIJALTUGAS TUGAS KHASEN. ALSHARO ALIH MIJALKECEMASANEN. ABDULLAHSHIP ABD. WAHIDKESELAMATANEN. ABDULLAHSHIP ABD . WAHIDPENGANGKUTAN EN. ELMER AWANG
    Carta Organisasi Diamond Co-Operation Berhad
    VISI
    Visi syarikat ini adalah untuk menjadi syarikat yang terunggul dan berdaya saing di peringkat domestic dan antarabangsa.
    MISI
    Misi syarikat ini adalah dengan mengadakan beberapa program yang boleh menjadikan syarikat ini sebagai satu syarikat yang terunggul, terkenal dan berdaya saing. Justeru, syarikat ini menganjurkan berbagai-bagai aktiviti untuk meningkatkan tahap kemahiran dan profesionalisme dikalangan peserta yang terlibat.
    Antara program yang dijalankan ialah program lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang berkaitan seperti sector perkilangan, pusat perindustrian, syarikat-syarikat yang berkaitan dengan keusahawanan dan sebagainya.
    Selain itu, syarikat ini juga menganjurkan aktiviti seperti seminar, kem motivasi, kursus, bengkel dan sebagainya. Ini bertujuan supaya para peserta dapat meningkatkan produktiviti mereka dalam syarikat, mahupun dalam bidang pekerjaan mereka masing-masing. Di samping itu, para peserta juga dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam bidang pekerjaan mereka.
    Melalui program-program ini, para peserta dapat melihat dan mempelajari bagaimana untuk menguruskan sesuatu perusahaan, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia, pengurusan sumber dan bekalan, dan sebagainya. Para peserta juga dapat mempelajari aspek-aspek pengeluarah produk, pembungkusan produk, promosi dan pemasaran serta penjualaannya.
    OBJEKTIF
    Objektif lawatan ini adalah supaya para peserta lawatan ini dapat mengetahui atau menguasai sekurang-kurangnya 90% daripada kesemua bidang kemahiran dan bidang pengurusan yang berkaitan dengan bidang keusahawanan. Ini dapat meningkatkan tahap pencapaian mereka apabila bekerja dalam sesebuah syarikat atau menubuhkan ssbuah syaikat kelak.
    Selain itu,objektif lawatan ini pada jangka masa pendek adalah juga supaya kesemua peserta dalam lawatan ini akan mencapai status pekerja mahir dan menjawat jawatan professional dalam syarikat sekurang-kurangnya dalam masa 1 tahun
    Selain daripada itu juga, objektif jangka masa panjang lawatan adalah untuk melahirkan sekurang-kurangnya 100% usahawan daripada kesemua peserta yang terlibat dengan lawatan ini dan dalam masa 5 tahun dan dalam masa 10 tahun, 50% daripadanya akan berjaya menjadi usahawan yang berjaya.
    Objektif lawatan ini juga adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berwawasan dan celik dalam bidang keusahawanan. Walaupun mereka mungkin tidak tertarik untuk menjadi usahawan, sekurang-kurangnya peserta lawatan ini mempunyai ilmu dalam bidang keusahawanan dan mereka tidak menghadapi masalah jika mereka berminat pada suatu hari kelak.
    Objektif tak langsung daripada program lawatan ini ialah, untuk melahirkan seorang pemimpin yang berkarisma dan berwibawa. Seorang usahawan berjaya adalah seorang pemimpin yang berjaya. Justeru, mereka dapat belajar daripada usahawan yang ditemui untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.
    2252345349885
    Logo Syarikat
    Pengurusan Kilang Dilawati
    Carta Organisasi
    Pengurus
    Pembuat KekPenghantaran/ pengagihanPembuat RotiUnit KewanganKerani Kewangan dan AkaunKetua Operasi
    Supervisor
    Carta Organisasi Kilang Mee Ngar
    Visi Syarikat
    Membuka sebuah kilang roti popular yang menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan bentuk selain membukasebuah kedai yang menjual barang-barang-barang makanan segera lain seperti ayam gorang dan pelbagai jenis minuman.
    Misi Syarikat
    Memastikan pelanggan mempunyai pilihan altenative dan membeli produk yang berasaskan roti dan kek yang diyakini halal. Berdasarkan layanan mesra, ianya dapat menarik consumer daripada kalangan pelanggan yang dating daripada daerah-daerah lain, dan juga masyarakat Sandakan amnya.
    Objektif Syarikat
    Memberikan kepuasan kepada pelanggan berdasarkan kualiti produk yang tinggi. Selain rasa yang sangat enak, pihak kilang menjaga kebersihan produk keluaran supaya tidak mendatangkan masalah kepada pelanggan. Selain itu, syarikat juga komited memberikan layanan yang terbaik dan mesra kepada pelanggan.
    PEMASARAN
    Strategi Pemasaran
    Dari segi harga, pihak kilang memberikan harga yang sangat berpatutan dan tidak membebankan pihak kilang mahupun kepada pelanggan Harga juga ditentukan berdasarkan kepada harga bahan-bahan mentah di pasaran seperti tepung, gula, perasa dan sebagainya. Selain itu, pihak kilang juga memberi potongan harga istimewa bagi setiap musim perayaan dan hari-hari tertentu. Harga pengenalan juga akan diberikan kepada produk-produk keluaran yang baru dikeluarkan. Selain itu, pihak kilang juga memberikan komisyen kepada pelanggan secara berperingkat-peringkat.
    Strategi promosi yang digunakan syarikat ialah dengan memberi tawaran istimewa kepada pelanggan menjelang hari-hari perayaan bagi menggalakkan penjualan. Selainitu, pihak kilang juga mengadakan pakej atau pek istimewa khususnya kepada bakal-bakal pelanggan, pengantin dan sebagainya. Pihak kilang juga memberikan pek percubaan pada harga yang rendah bagi produk baru yang dihasilkan.
    Pengagihan produk kilang ini dilakukan dengan menggunakan sale vandi seluruh kawasan Sandakan, termasuk kedai-kedai runcit, Kedai serbaneka, kedai makanan dan restoran, supermarket dan juga kepada individu yang membuat tempahan.
    Strategi Penjualan
    Kilang Mee Ngar menjual terus produk keluaran mereka di premis yang disediakan di hadapan kilang mereka. Dengan ini pelanggan dapat membeli terus produk mereka seperti ayam goreng dan roti yang masih panas dan segar.
    Selain itu, pihak kilang juga memberikan pek percubaan kepada pelanggan dengan harga yang murah dan berpatutan. Pihak kilang juga menarik pelanggan dengan layanan yang baik dan mesra, serta dengan senyuman yang menarik supaya para pelangg