virginia satir
DESCRIPTION
kaitan dengan teori satir dalam terapi keluargaTRANSCRIPT
EXPERIENTIAL FAMILY THERAPY
VIRGINIA SATIR
DISEDIAKAN OLEH:
AFIDAH BT MOHD ALIROSLINA BT CHE
NOOR
ISI KANDUNGAN
SEJARAH HIDUP VIRGINIA SATIRKONSEP-KONSEP UTAMA TEORIBAGAIMANA MASALAH DI DALAM KELUARGA TIMBULMATLAMAT TERAPIPROSES DAN TEKNIK TERAPI YANG DIGUNAKANKEBAIKAN TEORIKELEMAHAN TEORIPERBEZAAN SATIR DAN WHITAKER
SEJARAH HIDUP VIRGINIA SATIR
Dilahirkan pada 26 Jun 1916 di Neillsville, Wisconsin. Anak sulung dari lima orang adik-beradik. Bapa - Oscar Alfred Reinnard Pagenkopf dan ibu - Minnie Happe Pagenkopf.Usia lima tahun, Satir mengidap penyakit apendik. Ibunya enggan membawanya berjumpa doktor. Apendik beliau pecah. Beliau dapat diselamatkan tetapi terpaksa tinggal di hospital selama berbulan-bulan.
PETA WISCONSIN
PETA NEILLSVILLE, WISCONSIN
1929, keluarga Satir telah berpindah ke Milwaukee untuk membolehkannya bersekolah tinggi.
Semasa persekolahannya, negara mengalami kemelesetan ekonomi. Beliau telah bekerja sambilan untuk membantu keluarganya membayar yuran pengajian
Beliau juga mengambil banyak mata pelajaran agar dapat bergraduat awal.
Pada tahun 1932, menerima diploma sekolah tingginya dan didaftarkan belajar di Milwaukee State Teachers College (kini University Wisconsin-Milwaukee)
Milwaukee
1936, bekerja sebagai seorang guru dan kemudiannya sebagai pengetua sekolah.
1941- berkahwin dengan seorang perajurit muda, Gordon Rodgers.
1949 - beliau telah diceraikan.
1951 - berkahwin dengan Norman Satir.
Namun perkahwinan berakhir dengan perceraian pada tahun 1957.
1959 – dijemput oleh Jackson dan rakan-rakan bagi membantu menubuhkan Mental Research Institute (MRI) di Palo Alto, California.
1964 – menerbitkan buku pertamanya Conjoint Family Therapy dan mendapat pengiktirafan antarabangsa
Beliau telah meninggal dunia pada 10 September 1988.
MENTAL RESEARCH INSTITUTE, PALO ALTO,
CALIFORNIA
PETA PALO ALTO, CALIFORNIA
Palo Alto
PETA MENTAL RESEARCH INSTITUTE,
PALO ALTO, CALIFORNIA
BUKU-BUKU TULISAN VIRGINIA
CONJOINT FAMILY THERAPY (1964)
PEOPLEMAKING (1972)
SATIR STEP BY STEP (1983)
THE NEW PEOPLEMAKING (1988).
SUMBANGAN UTAMA
Kepimpinan berkarisma (Beels & Ferber, 1969)
Corak komunikasi yang berkesan dan tidak berkesan (Satir, 1972 : Satir & Baldwin, 1983)
Pembinaan nilai diri dan harga diri di dalam diri individu
Beliau disifatkan sebagai pakar komunikasi dan pengasas teori komunikasi keluarga iaitu pendekatan yang memberi fokus kepada penyelesaian masalah di antara ahli keluarga
ANUGERAH YANG DI SANDANG
1976 beliau dikurniakan Pingat Emas "Khidmat Cemerlang Dan Konsisten Kemanusiaan" oleh University Of Chicago.
1978 ijazah kehormat kedoktoran Sains Sosial daripada University Wisconsin-Madison.
1982 dipilih oleh Kerajaan Jerman Barat antara dua belas pemimpin-pemimpin berpengaruh di dunia
KONSEP-KONSEP UTAMA TEORI1. Individual growth and development
Semua manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan. Terdapat 3 faktor perkembangan manusia iaitu:
Baka (genetic) Apa yang dipelajari semasa proses
pertumbuhan Interaksi minda dan tubuh badan
sambungan
2. Self-esteem and self worthSatir percaya terdapat 8 perkara yang dapat menggalakkan potensi manusia :Fizikal (tubuh badan)IntelektualEmosiDeria (pendengaran, penglihtan, sentuhan, rasa dan bau)Interaksi (interaksi dalam diri dan orang lain)Keadaan (warna, bunyi, cahaya, suhu, ruang, masa)PemakananSpiritual (berhubung dengan makna kehidupan)
sambungan
3. KomunikasiCara komunikasi keluarga memberi , gambaran bagaimana mereka rasa terhadap diri sendiri. Ahli keluarga yang penghargaan kendiri tinggi akan bercakap secara terus, terbuka, jelas, genuin dan autentik.Seseorang yang self-esteemnya rendah selalu menggunakan komunikasi yang sebaliknya
sambungan
Contoh corak komunikasi :
Corak komunikasi peranan ketika stres
Placater service
Blamer power
Super reasonable intellect
Irrelevant spontaneity
Ahli terapi keluarga ini, terutama Virginia Satir, cuba membawa anggota keluarga lain dalam proses kaunseling
Satir keyakinan bahawa klien yang sedang dikaunseling mempengaruhi dan dipengaruhi oleh anggota keluarga lain.
Dalam terapi keluarga, yang hadir tidak hanya individu yang dianggap bermasalah, tetapi juga anggota keluarga yang lain (yang mungkin menganggap dirinya tidak bermasalah).
Anak-anak yang bermasalah dipengaruhi oleh masalah di rumahnya.
Apa yang terjadi di rumah seseorang mempengaruhi kerja mereka di sekolah, di tempat kerja dan lain-lain.
Ketidakfungsian keluarga adalah kesan daripada masalah komunikasi di antara ahli keluarga.
Masalah komunikasi adalah berkait rapat dengan penghargaan diri yang rendah di kalangan ahli keluarga.
BAGAIMANA MASALAH DI DALAM KELUARGA TIMBULMasalah-masalah psikologikal berlaku akibat dari konteks sosial keluarga.
Masalah keluarga berpunca daripada perasaan yang dipendamkan, rigid, penafian impuls, tidak wujud kesedaran, kematian emosi dan terlalu banyak penggunaan mekanisme helah bela diri.
Anak-anak yang bermasalah dipengaruhi oleh masalah di rumahnya. Apa yang terjadi di rumah seseorang mempengaruhi kerja mereka di sekolah, di tempat kerja dan lain-lain.
Ketidakfungsian keluarga adalah kesan daripada masalah komunikasi di antara ahli keluarga.
Masalah komunikasi berkait rapat dengan penghargaan diri yang rendah di kalangan ahli keluarga.
Interaksi dan tingkah laku dapat menjelaskan kewujudan masalah emosi.
Klien perlu menyelesaikan masalah mereka sendiri.
Yang menjadi masalah bukan masalahnya, yang menjadi masalah adalah cara mengatasi masalah - Satir
Satir percaya, ketika seseorang meminta pertolongan menyelesaikan masalah yang dihadapinya, sebenarnya yang perlu ditolong adalah ketidakmampuan mereka menangani masalah, bukan masalah itu sendiri.
MATLAMAT TERAPI
Membantu setiap ahli keluarga membentuk penghargaan kendiri untuk terus berkembang.
Terapis bekerja untuk mengubah dan membetulkan empat elemen di dalam keluarga:-
Penghargaan kendiriKemahiran berkomunikasiSistem Perikatan dan Gabungan (Alliance and coalition system)Peraturan-peraturan yang menguasai keluarga
Penekanan dalam rawatan ialah pertumbuhan, perubahan, kreativiti, fleksibiliti, kespontanan dan keceriaan.
Menjadikan perkara yang tersembunyi dan yang tidak diluahkan itu menjadi jelas dan nampak.
Meningkatkan kekuatan emosi antara pasangan dan mengelak bergantung kepada peraturan.
Melepaskan mekanisme helah bela diri, meningkatkan harga diri, dan mengumpul potensi baru untuk menikmati pengalaman seterusnya.
Mulanya teori ini dikenali dengan Conjoint Therapy - terapis memberi tumpuan tehadap seluruh keluarga nuklear di dalam proses kaunseling
Conjoint Therapy - memberi penekanan kepada patologi dalam keluarga. (Patologi - kajian mengenai penyakit).
Menerangkan cara-cara untuk berinteraksi dengan individu dan ahli-ahli keluarga bagi membantu mereka memperbaiki gaya berkomunikasi dan rasa diri dihargai.
Simptom-simptom yang ditunjukkan oleh ahli-ahli keluarga adalah kesan dari masalah-masalah yang telah menghalang pertumbuhan emosi mereka.
Setiap ahli di dalam keluarga berupaya mengatasi halangan pertumbuhan emosi itu.
Ketiadaan kesakitan di dalam keluarga tidak bermakna wujudnya kesihatan yang baik.
Penghapusan simptom-simptom yang menyebabkan kesakitan untuk memastikan pertumbuhan yang positif.
Kesejahteraan adalah berkait rapat dengan perkembangan penghargaan kendiri.
Peningkatan komunikasi positif di kalangan ahli adalah perkara yang penting untuk memulihkan sesebuah keluarga.
Model ini juga menekankan kepada konsep kongruen.
Kongruen di antara sesuatu kejadian dengan persepsi seseorang tentang kejadian itu adalah penting.
Apabila (Kejadian yang berlaku + persepsi terhadap kejadian) tidak kongruen = timbul lah masalah.
Jika didapati wujud tanda-tanda masalah di dalam keluarga, terapis akan mencari peraturan-peraturan komunikasi keluarga yang menguasai sistem keluarga.
Peraturan-peraturan di dalam keluarga ini membentuk pola-pola yang mempengaruhi penghargaan kendiri kanak-kanak.
Sistem ini untuk mempertahankan penghargaan kendiri ahli-ahli.
PROSES DAN TEKNIK TERAPI
Model Satir adalah transformational therapy.
Beliau berusaha membuat perubahan dalam hidup seseorang.
Perubahan ini muncul dari dalam diri seseorang, menjadi lebih kuat dan bertahan berbanding perubahan yang datang dari luar.
TEKNIK TERAPI1. Model komunikasi berkesan dengan
menggunakan perkataan sayaPlacater - Pendamai/menenangkan Blamer - Menyalah orang lain Computer or Rational Analyzer - menyelidikDistractor - menarik perhatian
2. Sculpting - mengarca 3. Choreography – koreografi4. Humor - jenaka5. Touch - sentuhan6. Props – sokongan
Sambungan
7. Family Reconstruction - pembinaan semula keluarga
Family Map - Peta KeluargaFamily Life Fact Chronology – Kronologi Kehidupan Sebuah KeluargaWheel or Circle of Influence
8. Family Drawings - Lukisan Keluarga9. Puppet Interviews - Temubual Boneka
1. MODEL KOMUNIKASI BERKESANMENGGUNAKAN PERKATAAN
SAYA
Keluarga dysfunctional menggunakan perkataan kami bila bercakap
Ahli terapi keluarga mahu setiap ahli keluarga menggunakan perkataan saya di dalam komunikasi supaya lebih berkesan
Saya – akan menggambarkan perasaan individu tersebut, lebih bertanggungjawab dan melahirkan pendapat peribadi.
Komunikasi ini – komunikasi kongruen, terus-menerus, genuine, ekspresi sebenar seseorang
Sambungan
Apabila capai kongruen, berlaku peningkatan dalam komunikasi, tidak stereotaip, penghargaan kendiri dan nilai diri bertambah baik. (Satir, 1972)
Apabila leveling tidak kongruen, manusia akan memegang 4 peranan iaitu :
Placater - Pendamai/menenangkan Blamer - Menyalah orang lain Computer or Rational Analyzer - menyelidikDistractor - menarik perhatian
Placater - pendamai - seorang yang cuba melicinkan keadaan dengan memohon maaf, mengaku salah dan cuba untuk menyukakan hati orang lain supaya mereka tidak menjadi marah
Blamer - menyalah/menuduh - seorang yang menyalahkan orang lain dan suka mencari kesilapan orang untuk menampakkan dirinya kuat.
Komputer - orang yang suka memberikan alasan-alasan intelek, supaya lebih imun kepada ancaman. Tidak emosional dan bersikap menyendiri.
Distraktor - menarik perhatian – orang yang bercakap dan melakukan perkara yang tidak relevan. Tidak mahu terlibat dengan apa yang berlaku
2. Sculpting - Mengarca
Ahli keluarga diminta untuk membentuk arca atau situasi keluarga yang sering menimbulkan masalah.
Arca ini akan diproses dengan perspektif yang lebih objektif untuk menerangkan implikasi sesuatu tingkah laku yang telah diarcakan.
Arca keluarga merupakan proses yang statik.
3. Choreography – Koreografi
Lakonan simbolik ahli keluarga tentang situasi keluarga yang telah menimbulkan masalah.
Lakonan ini akan berupaya menimbulkan perasaan sebenar ahli-ahli yang terlibat di dalam permasalahan.
Koreografi dijalankan tanpa suara hanya pergerakan.
4. Humor - Jenaka
Menimbulkan sama ada kesan yang positif atau negatif. Positif - membantu ahli keluarga membentuk suasana keluarga yang terbuka agar perubahan boleh berlaku. Negatif – ahli keluarga akan enggan terlibat di dalam proses. Penggunaan jenaka boleh digunakan untuk membuat keadaan yang serius menjadi kurang serius Membuka ruang yang agak selesa untuk berinteraksi
5. Touch - Sentuhan
Digunakan untuk berkomunikasi di dalam sesi terapi keluarga
Berpelukan, menepuk bahu
Perlu hati-hati agar tidak melebihi batasan peribadi klien
Mungkin membawa makna sayang atau mengambil berat
Sentuhan tidak bermakna jika disalahgunakan
6. Props – SokonganMenggunakan tali dan kain penutup mata
Tali – mewakili cara bagaimana ahli keluarga saling berhubungan sesama mereka
Tali diikat dipinggang semua ahli dan seorang ahli dalam kelompok diminta berjalan.
Semua ahli akan mendapat pengalaman /perasaan berjalan di dalam kelompok berbanding seorang.
Semua ahli akan ditanya pengalaman selepas proses berlaku.
7. Family Reconstruction – Pembinaan Semula
Keluarga
Bertujuan - membantu ahli keluarga mencari pola-pola ketidakfungsian keluarga mereka. Memberi tumpuan kepada :
Mendedahkan kepada ahli keluarga sumber-sumber pembelajaran mereka yang lampau.Membantu ahli keluarga melihat secara realistik kedua-dua ibu dan bapa mereka sebagai individu.Mengadakan cara atau keadaan di mana ahli-ahli keluarga mencari diri mereka sendiri.
Bermula dengan individu yang cuba mengesan asal usul keluarga secara visual.
Individu dibantu membuat carta kronologi mengenai peristiwa signifikan yang berlaku dalam keluarga.
Bertujuan - mencari fakta yang telah membawa pembelajaran yang salah dalam diri klien,
Proses ini akan membawa kepada pembentukan
1. Family Map - peta keluarga, 2. Family Life Fact Chronology – Kronologi
Kehidupan Sebuah Keluarga
3. Wheel or Circle of Influence - roda pengaruh.
Peta keluarga - gambaran struktur keluarga individu bagi tiga generasi
Menerangkan personaliti ahli-ahlinya dan perhubungannya dengan individu.
1. Family Map - Peta Keluarga
Family Map - Peta Keluarga
Family Life Fact Chronology Kronologi Kehidupan Sebuah
Keluarga
Menggambarkan semua peristiwa yang signifikan yang telah berlaku di dalam keluarga,
Bermula dengan kelahiran datuk dan nenek, maklumat demografi, kesihatan, kelahiran dan mana-mana maklumat yang boleh memberi manafaat kepada terapi.
Family Life Fact Chronology Kronologi Kehidupan Sebuah
Keluarga
Sumber : Samuel T. Gladding, 1998, muka surat 163
Gambaran roda di mana individu berada di pusat roda berkenaan.
Beredar dari pusat akan dilakarkan garis-garis perhubungan di antara individu dengan individu yang mungkin signifikan atau tidak di dalam kehidupan mereka.
Semakin tebal garis-garis itu semakin rapat atau signifikan perhubungan dan begitulah sebaliknya.
3. Wheel or Circle of Influence(roda pengaruh).
Wheel or Circle of InfluenceRoda Pengaruh.
Sumber : Samuel T. Gladding, 1998, muka surat 164
Apabila roda ini lengkap, ia menggambarkan kekuatan dan kelemahan dalaman individu.
individu akan memberi makna yang baru kepada peristiwa-peristiwa yang telah ditemui melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa keluarga yang penting.
Idea disebalik proses ini ialah memberi perspektif yang baru kepada keluarga, mendapatkan jawapan yang tepat, maklumat yang salah boleh diperbetulkan dan persefahaman boleh diperolehi dan bukan saling tuduh menuduh atau rasa bersalah.
8. Family Drawings - Lukisan Keluarga
Teknik untuk menggambarkan kedudukan keluarga.
Ahli keluarga diminta untuk membuat lukisan yang tertentu dan setiap lukisan akan diproses.
Terdapat 3 jenis lukisan iaitu : Joint Family Scribble Conjoint Family Drawing Symbolic drawing of family life
space
Joint Family Scribble
Setiap ahli keluarga diminta untuk membuat lukisan yang ringkas, kemudian lukisan-lukisan itu akan dicantumkan untuk menjadi satu lukisan yang besar.
Ahli keluarga akan ditanya bagaimana rasanya untuk membuat kerja seorang diri dan secara berkumpulan.
Hasil lukisan itu juga turut dibincangkan bersama.
Conjoint Family Drawing
Ahli keluarga diberi arahan untuk melukis bagaimana mereka melihat diri mereka sebagai sebuah keluarga. Setiap ahli keluarga akan membuat lukisan berkenaan dan kemudian akan berkongsi untuk membincangkan lukisan masing-masing. Mereka akan menyemak persepsi mereka selaras dengan apa yang diperhatikan dalam lukisan.
Symbolic Drawing Of Family Life Space
Ini merupakan teknik projektif.
Terapis akan membuat lakaran bulatan dan meminta ahli keluarga memuatkan semua yang berkaitan dengan keluarga dalam bulatan.
Keluarga juga diminta memuatkan apa yang tidak berkaitan dengan keluarga diletakkan di luar bulatan.
Keluarga diminta secara simbolik melukis mana-mana ahli keluarga yang rapat atau renggang di antara satu sama lain.
Kesemua kedudukan data ini dibincangkan dikalangan ahli keluarga.
Lukisan Simbolik Ruang Kehidupan Keluarga
Sumber : Gladding (1998, muka surat 165)
9. Puppet Interviews - Temubual Boneka
Media untuk menggambarkan situasi keluarga yang telah menimbulkan kesulitan. Salah seorang ahli keluarga diminta untuk bercerita dengan boneka tersebut tentang masalah yang dihadapi. Teknik ini mungkin kurang sesuai kepada orang dewasa yang lebih senang untuk meluahkan perasaan mereka. Teknik lebih sesuai kepada kanak-kanak yang terlalu muda dan pemalu. Untuk menjalankan teknik ini, terapis memerlukan banyak pilihan boneka untuk menjadi pilihan klien.
KEBAIKAN TEORIPendekatan ini meningkatkan kreativiti dan kespontanan dalam keluarga melalui teknik-tekniknya.Terapi eksperiensial menggalakkan ahli keluarga menukar peranan dan meningkatkan kefahaman tentang diri mereka dan orang lain.Terapi keluarga eksperiensial bercorak humanistik. Ia melayan setiap ahli sebagai setara dan setanding.
Sambungan
Pendekatan eksperiensial meningkatkan kesedaran perasaan di kalangan ahli keluarga.Melalui teknik-teknik yang berstruktur, pendekatan eksperiensial memecah benteng ketahanan mekanisme helah bela diri di dalam diri setiap ahli keluarga dan di kalangan mereka.Terapi keluarga eksperiensial memberi tekanan dan galakan terhadap perkembangan.
KELEMAHAN TEORI
Kurang memberi tekanan kepada penyelidikan. Data yang menunjukkan hasil dan keberkesanan penggunaan teori ini amat berkurangan.
Banyak perkara yang diamalkan oleh terapis eksperiensial tidak mementingkan orientasi sistemik
Pendekatan eksperiensial ini terlalu mementingkan emosi
Sambungan
Pendekatan eksperiensial dikatakan terlalu berorientasikan memberi nasihat dan bersifat individualistik.
Teknik-teknik dalam pendekatan ini banyak diambil daripada sumber yang lain, tidak pernah diuji secara empirikal
Keberkesanan pendekatan eksperiensial ini banyak bergantung kepada kespontanan, kreativiti dan waktu terapis.
PERBEZAAN SATIR DAN WHITAKER
Satir mengendalikan latihan berdasarkan pengalaman, Whitaker menekankan pendekatan tidak berstruktur dan tidak berdasarkan teori.
Satir menggunakan aktiviti berstruktur tinggi seperti sculpting dan choreography, Whitaker lebih bergantung kepada personaliti, kespontanan dan kreativiti masing-masing