vijay etika.docx

Upload: thana

Post on 01-Nov-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TUGASAN 11.0 PENGENALANEtika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermakna watak atau adat resam.Adat resam masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika dikaitkan dengan kemoralan dimana individu dalam sesuatu masyarakat bertindak tertakluk kepada budi pekerti moral yang dipersetujui (Keith Goree, 1966). Memang sukar menentukan maksud etika.Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995), etika bermaksud sebagai nilai-nilai yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan. Selain itu, menurut Institut Integriti Malaysia (2007) pula mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral.Dalam Islam, etika ialah tingkah laku baik yang dituntut al-Quran dan Hadith, Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang betul dan salah dalam kehidupan seharian manusia. Etika adalah penting, kerana ia menentukan tindak-tanduk manusia. Tanpa berpegang kepada suatu kod etika, segala usaha manusia akan gagal.

2.0 KOD ETIKA PROFESIONAL

Perkhidmatan yang diberikan oleh golongan profesional seperti jurutera, doktor, arkitek, peguam, akauntan dan lain-lain amat penting dalam membangun dan mempertingkatkan kesejahteraan hidup sesuatu masyarakat. Setiap profesion mempunyai kod etika yang tersendiri. Adalah penting ahli-ahli sesuatu profesion memberikan perkhidmatan dengan penuh dedikasi, jujur dan amanah. Tidak dapat dinafikan bahawa ahli sesuatu profesion sentiasa berhadapan dengan pelbagai dilema etika yang kalau tidak ditangani dengan baik akan menjejaskan imej dan profesion berkenaan. Seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan mudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika) seperti perbuatan mengambil rasuah, melakukan penipuan, pecah amanah, mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Contohnya, peguam yang melarikan duit klien atau akuantan mendedahkan maklumat perbadi kliennya. Kalau perbuatan ini berterusan dan berleluasa sudah pastilah masyarakat akan menanggung akibatnya. Oleh itu, pengetahuan dan penghayatan etika harus disemaikan dikalangan semua ahli sesuatu profesion. Kod etika merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan peraturan, peranan nilai, serta tingkahlaku profesion.

3.0 FUNGSI KOD ETIKA PROFESIONAL

Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai panduan mengawal selia tingakah laku ahli sesuatu profesion. Kod etika profesionalmempunyai EMPAT fungsi utama iaitu pedoman, pencegahan dan disiplin, memelihara maruah profesion, dan mengelakkan berlakunya konflik. Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongan kepada ahlinya. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang profesional. Semua etika profesional yang diguna pakai diseluruh dunia dalam bidang-bidang seperti perubatan, guaman, perniagaan, perakuanan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang sama. Ini kerana tujuan kod etika dibentuk adalah digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.

4.0 IKRAR GURU

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan.Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya.

5.0 PROFESIONALISME PERGURUAN

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar.

6.0 KOD ETIKA PROFESIONAL

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengemukakan prinsip-prinsip etika kerja bagi kakitangan dalam kementerian tersebut. Prinsip etika kerja KPM ada enam prinsip iaitu;

Berdisiplin dan BeradapPenggerak ke Arah KebaikanNiat yang BetulPerlakuan yang BaikMenghargai dan Bertanggungjawab Hasil Usaha OrganisasiMengotakan Apa yang Dikatakan

Nilai-nilai mulia etika kerja KPM terdapat enam perkara yang menjadi tumpuan iaitu ;AmanahBenarBijaksanaBersyukurDedikasiIkhlas7.0 ETIKA PROFESIONAL PERGURUANEtika profesion perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat, negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa. Kod etika harus dipatuhi oleh setiap individu yang menjalankan pekerjaan tidak kira bangsa dan agama. Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971) telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) sebagai membentuk tatasusila guru.

Terdapat 22 etika profesion perguruan yang perlu ditaati iaitu;1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.10. Dia harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid.16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya.19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.8.0 TANGGUNGJAWAB SEORANG GURU TERHADAP MURIDSeorang guru adalah pendidik, pembimbing dan pengajar di dalam kelas. Sekali gus, guru juga bertugas membabitkan murid dan pelajar di sesebuah sekolah. Guru juga bertanggungjawab terhadap masalah disiplin, kedatangan, kelakuan dan budi pekerti pelajar.Jelasnya,guru adalah orang terpenting di setiap sekolah. Guru pendidikyang mendidik akal budi murid dan pelajarnya adalah pendidik yang memahami tugasnya sebagai guru. Mendidik akal budi menjurus kepada kecemerlangan ilmu pengetahuan dan kecemerlangan akhlak serta budi pekerti pelajar itu sendiri.Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan Etika Profesion Keguruan.Profesion perguruanadalah satu profesion yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Di zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini, peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar. Guru memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta hubungannya dengan Tuhan. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama kerana guru yang baik adalah seorang guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan yang standard.Tanggungjawab utama yang digalas oleh guru tertumpu kepada tiga perkara yang menumpukan kepada kekuatan dalaman yang utama iaitu dari aspek agama, nilai dan etika. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan INSAN. Guru berperanan dan bertanggungjawab dalam membina Negara berlandaskan etika. Dimana etika menurut dewan Bahasa dan Pustaka etika membawa maksud Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.Manakala etika dalam kamus Oxford bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Secara umumnya tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan juga ketakwaan pada Allah. Guru bertanggungjawab mematuhi etika profesional dan mempraktikan semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Etika profesional mencakupi sebahagian besar ahli professional kecuali hal-yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta dan menanam bunga.Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. Selain etika professional guru juga perlu memahami etika perguruan dimana etika perguruan membawa maksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan Negara,pelajar,rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru juga perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan.Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar guru mesti bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,agama, politik, dan lain-lain. Guru perlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah tanpa mengambil bayaran. Di samping itu, guru mesti menunjukkan contoh berpakaian , pertuturan dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar. Selain daripada itu guru hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya proses pengajaran mencapaimutu yang setinggi-tingginya.Seorang Guru harus dapat meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai hidup. Guru harus mampu berperan sebagai pendidik dan dapat mengubah perilaku murid sesuai dengan ajaran yang baik dan benar. Bagaimana guru mendidik para siswanya agar menjadi manusia yang yang cerdas dan dapat berguna bagi nusa dan bangsa.Seorang Guru harus dapat meneruskan dan dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi yang baik dan benar. seorang guru dalam memberikan pengajaran terhadap materi yang benar-benar ia kuasai. Selain memberikan pengajaran terhadap materi, seorang guru juga memberikan pengajaran mengenai berbagai pengalaman diluar pelajaran tersebut yang mungkin berkaitan dengan hidup bermasyarakat.Seorang Guru harus dapat melakukan Pengembangan metode Kependidikan serta penelitian khusunya dibidang pendidikan. Dalam memberikan pelajaran dan pendidikan guru harus dapat memberikan materi dengan metode baru dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh adalah bagaimana seorang guru dalam mengajarkan metode dan cara meningkatkan daya ingat otak dalam menerima pelajaran. Mengembangkan ilmu yang dikuasai merupakan tugas guru dan tenaga pendidik lainnya. Mungkin dalam era modern sekarang ini masih banyak yang tidak peduli mengenai hal ini, Guru harus dituntut untuk rajin belajar sebab ilmu baru dan pengetahuan baru sebab ilmu pengetahuan semakin hari semakin berkembang dan seorang guru tidak mungkin memberikan pengajaran dan pendidikan terhadap murid dengan pengetahuan dan ilmu yang sudah using alias ketinggalan zaman.Seorang Guru harus mampu memberikan motivasi pada setiap siswa yang mereka didik, guru harus dapat memberikan semangat dan menjadi sumber energi untuk para muridnya. Bagi murid yang sedang lesu dan lemas, maka guru harus memberikan solusi sebagai penyemangat agar proses belajar mengajar akan sangat efektif dan efisien.Seorang Guru guru harus dapat berperan sebagai pendamping, yang artinya seorang guru dapat menganti peran orang tua. Ia harus dapat memberikan solusi dan jalan ketika muridnya ingin melakukan sesuatu dan ingin mengembangkan serta berpartisipasi dalam acara serta kejuaraan tertentu. Sosok Seorang guru tidak peduli apakah ia wanita atau pria, dan harus menjadi teladan yang baik untuk untuk seluruh siswanya. Karena ia berhadapan langsung dengan mereka yang otomatis menjadi contoh dalam berperilaku dan bertata karma dan mempunyai rasa soan santun terhadap sesama.Seorang Guru harus mampu menjadi wali yang baik untuk muridnya, ia harus berusaha mengetahui kondisi para muridnya dan berperan aktif untuk mencari solusi atas kesulitan tersebut. Ia harus memberikan solusi seperti cara menghindari stress saat belajar dan berbagai masalah lain yang muridnya hadapi. Tugas guru sebenarnya adalah menjadi orang tua wali yang baik bagi siswanya.Seorang Guru akan mendapatkan tempat yang lebih terhormat di lingkungannya karena dari seorang gurulah masyarakat dapat memperoleh pengetahuan. Ini berarti bahwa guru memiliki kewajiban untuk mencerdaskan masyarakat dan bangsa menuju pembentukan manusia seutuhnya. Karenanya pantaslah seorang guru dalam masa pembangunan diatakan sebagai pengabdi masyarakat.Seorang Guru perlu manatap dirinya dan memahami konsep dirinya. seorang guru harus mampu berkaca pada dirinya sendiri. Bila ia berkaca pada dirinya, ia akan melihat bukan satu pribadi, tetapi ada tiga pribadi, yaitu: Saya dengan konsep diri saya (self concept), Saya dengan ide diri saya (self idea), Saya dengan realita diri saya (self reality).Dalam penampilan, guru harus mampu menarik simpati para siswanya, karena apabila seorang guru dalam penampilannya sudah tidak menarik, maka kegagalan pertama adalah ia tidak akan dapat menanamkan benih pengajarannya kepada para siswanya. Maka guru harus memahami hal ini dan berusaha mengubah dirinya menjadi simpatik. Demikian juga dalam hal kepribadian lainya.Misi yang diemban seorang guru adalah misi kemanusiaan, Iaitu pemanusiaan manusia dalam ertian transformasi diri dan auto-identifikasi peserta didik sebagai manusia dewasa yang utuh. Sebab di sekolah, guru harus dapat menjadikan dirinya sebagai orang tua kedua bagi peserta didik, dan di masyarakat sebagai figur pautan.Sebagai seorang guru, tanggungjawab utama kita ialah membentuk anak didik agar mereka berjaya menjadi manusia yang mampu meneruskan kehidupan pada masa hadapan tanpa memerlukan bantuan. Guru Bertanggungjawab membina keyakinan para pelajarnya untuk menimba ilmu kehidupan secukup-cukupnya agar mereka tidak longlai di masa hadapan yang penuh dengan cabaran.Seorang guru matematik harus memastikan anak didiknya mampu menguasai subjek yang diajar bukan sahaja untuk lulus peperiksaaan, bahkan membimbing mereka agar memahami mengapa mereka wajar menguasai setiap yang diajar. Begitu juga dengan guru subjek Bahasa, Agama, Sejarah, Lukisan, Sastera dan sebagainya.Di waktu yang sama, guru menunjukkan contoh teladan yang diminati para pelajar seperti megamalkan nilai murni yang konsisten. Seorang guru yang mudah melepaskan perasaan marah tidak menunjukkan contoh teladan yang murni kepada para pelajar dan tidak salah sekiranya para pelajar juga sering bergaduh sesama mereka. Guru adalah agen terpenting untuk mempengaruhi sikap para pelajar mereka.Besar tanggungjawab guru sehingga perlu menidakkan dirinya sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan. Guru perlu melatih diri mulai saat ini untuk mengenepikan sikap marah yang sememangnya menjadi suatu penyakit bagi sesetengah individu.Jika seorang tentera tidak dapat memikul tanggungjawabnya dengan baik, akibat yang bakal terjadi ialah kematian. Walau semarah mana sekalipun, mereka perlu bertindak wajar dengan menyusun strategi untuk menumpaskan musuh kerana sebarang tindakan yang bersandarkan kepada nafsu bakal mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada dirinya tetapi kepada seluruh anggota pasukannya.Seringkali dilaporkan dalam media berhubung tidakan keterlaluan guru yang mendatangkan cedera terhadap para pelajarnya. Jika kita bertanggungjawab terhadap amanah kita, apakah mungkin tindakan kita tersebut menjadi suatu berita di media. Bagaimanakah perasaan pelajar yang dicederakan, kepercayaan ibubapa dan keyakinan masyarakat terhadap guru.Nyatanya, guru tersebut harus dianggap gagal memikul tanggungjawabnya kerana mengakibatkan beberapa pihak telah kurang keyakinannya terhadap kredibiliti beliau memikul amanah untuk menunjukkan contoh teladan yang murni.Setiap kali terpampangnya isu sedemikian di media, ianya akan menjadi bahan bualan di seluruh pelusuk negara. Rata-rata pembaca akan mengaitkan pula isu tersebut dengan peristiwa yang berlaku di sekolah persekitaran mereka. Hebahan sedemikianlah yang makin menyebabkan reputasi dan kualiti warga guru semakin terhakis di mata masyrakat.Secara ringkasnya, setiap guru harus bersedia mengubah sikap negatif dalam diri dan berusaha kearah memeditasikan diri agar menjadi seorang manusia sempurna.9.0 ASPEK-ASPEK YANG TERKANDUNG DALAM ETIKA PERGURUAN

Pembentukan Etika Perguruan Malaysia terbahagi dalam beberapa bahagian iaitu Profesionalisme, integriti, kejujuran intelektual, Neutraliti, Akauntabiliti, Berpakaian, Berbahasa, Pengurusan masa dan ketepatan waktu, dan Membuat keputusan. Kepentingan etika dalam profesion perguruan mengikut rentetan yang sempurna seperti Etika Perguruan, Etika Kerja KPM, Nilai-nilai Utama Kerja KPM, Etika Profesion Perguruan, Peranan Seorang Guru, Aspek Dalam Etika Perguruan. Pekeliling mengenai etika dalam profesion perguruan merupakan salah satu perkara yang penting untuk meningkatkan profesion perguruan agar mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia pada pandangan pelajar dan masyarakat. Antara pekeliling tersebut ialah Etika Berpakaian, Etika pengurusan masa, Tanggungjawab Asas Guru, Jadual Waktu, Sukatan Pelajaran, dan Tatakelakuan atau Larangan. Semua perkara-perkara ini sangat penting kerana untuk menjadi guru yang cermelang dari segi sahsiahnya maka perkara-perkara inilah yang perlu ditekankan sebagai seorang yang bergelar guru.

10.0 STRATEGI PEMBENTUKAN SAHSIAH GURU CERMELANGGuru yang mempunyai sahsiah cermelang sangat diharapkan oleh masyarakat bagi mendidik anak bangsa negara ini pada masa hadapan. Hal ini, masyarakat menyedari bahawa hasil didikan guru bersahsiah unggul kelak bakal melahirkan murid-murid yang dapat memimpin dirinya, ahli keluarga dan masyarakat pada masa hadapan ke arah kebaikan dan kesejahteraan kehidupan. Bagi membina sahsiah guru cemerlang terdapat tiga aspek penting yang perlu ada dalam diri guru iaitu perkembangan, pencegahan, dan pemulihan.

10.1 Perkembangan

Aspek perkembangan diri bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan guru untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kerjaya mereka. Oleh itu, guru perlu memperbaiki diri dengan ilmu pengetahuan dengan menanamkan minat yang mendalam terhadap bidang pengajian yang diambilnya. Minat yang mendalam terhadap disiplin ilmunya akan menyunting semangat mereka untuk bersungguh-sungguh di dalam pengajiannya. Guru juga perlu membuang sikap negatif seperti beranggapan bahawa menuntut ilmu itu membosankan dan membebankan kehidupannya. Malah, kecermelangan yang dikecapi itu bukan sahaja dengan usaha tetapi disusuli dengan pengharapan doa kepada Allah untuk mencapai kecemelangan tersebut. Selain itu, Latihan dalam perkhidmatan itu ialah proses membaiki diri bagi pembinaan sahsiah cemerlang. Guru perlu sedar bahawa menuntut ilmu itu tiada penghujungnya. Kaedah mengajar menggunakan papan hitam dan kapur atau membaca daripada buku teks sahaja tidak mencukupi kerana penggunan teknologi maklumat sangat penting masa kini sebagai pendedahan dan bantuan kepada guru. Pelbagai program latihan dalam perkhidmatan perlu sentiasa diingatkan dan diberikan latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan diri. Antaranya, bengkel komunikasi berkesan, bengkel penggunaan kaedah pengajaran terkini dan bengkel menagakses maklumat melalui internet.

10.2 Pencegahan Aspek pencegahan bertujuan untuk menghalang atau mencegah daripada berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas diri seseorang. Perkara ini bertepatan dengan konsep mencegah itu lebih baik daripada mengubat. Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru ialah stress di tempat kerja. Pengurusan stres boleh dikesan daripada aspek fisiologi dan psikologi yang juga merentasi jenis pekerjaan, kedudukan, dan pangkat. Ellis dan rakan-rakan (1997), dari aspek fisiologi seperti sakit perut memulas-mulas, migrain, dan sakit kepala malah aspek psikologi iaitu tekanan perasaan, kemurungan, panas baran, perasaan cemburu, benci dan buruk sangka. Ini ditambah lagi dengan perasaan takut, tidak upaya untuk bertindak dan panik yang menambahkan lagi stres individu tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia menyenaraikan stres ialah jantung berdengup kencang dan sukar bernafas, cepat marah, tiada selera makan, hilang minat terhadap kerja harian, menengking-nengking, dan berasa ingin membaling sesuatu. Ali Munis (1995) mengaitkan penyakit jiwa seperti stres dengan penyakit pada alat pencernaan dan hati seperti pahit pada mulut, bau mulut yang busuk, kerongkong yang kering, sakit pada kerongkong, sukar untuk menelan, sakit pada otot-otot perut dan muntah. Penyakit ini berkaitan dengan dengki, riak, takbur, sombong, dan kufur nikmat yang membawa kemudaratan diri dan menerima azab yang pedih di akhirat kelak. Stres boleh dilihat daripada perspektif teori Rational Emotive Behavior Therapy yang mencadangkan untuk menghilangkan stres. Antaranya, meningkatkan konsep kendiri yang baik, merancang tugasan dibuat secara kumpulan dalam mengikut kepakaran masing-masing, keputusan yang dibuat di atas sesuatu tindakan dilakukan secara bermesyuarat dan tanggungjawab perlu dipikul bersama dalam semua kalangan pentadbir. Selain itu, bersukan, beriadah bersama keluarga, mengambil permakanan yang seimbang dan memeriksa status kesihatan. Stres boleh ditangani oleh pendekatan biologikal. Kementerian Kesihatan Malaysia (2002) menetapkan tema tangani Stres. Sihat Sepanjang Hayat seperti menarik nafas panjang dan mengucap, kenal pasti kenapa kita marah, cuba mendengar penjelasan orang lain, tidak menghukum atau menyakiti hati, berbincang, dan memaafkan atau menerima kenyataan bahawa manusia ini tidak lari daripada membuat kesilapan. Unit Pendidikan Kesihatan Negeri Perak (2005) mencadangkan beberapa cara mengurangkan untuk marah iaitu berfikir secara positif, jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan, berlajar menyukai diri sendiri, belajar bertenang, adakan hobi, luangkan masa bersama keluarga, kerja dan beriadah, dapatkan teman untuk meluah masalah, bersifat tegas dan tetapkan matlamat realistik.

10.3 Pemulihan

Aspek pemulihan bertujuan untuk memulih seseorang guru daripada berterusan menghadapi permasalahan dalam kehidupannya. Perkara-perkara yang berkaitan dengan psikososial seperti tekanan dalam kehidupan, penyalahgunaan dadah, dan permasalahan dalam keluarga perlu diatasi dengan perkhidmatan kaunseling dan pusat rawatan psikososial.

Perkhidmatan kaunseling perlu diambil oleh guru yang mengalami ganguan emosi seperti guru yang mengalami pelbagai masalah mempunyai tempat untuk meluahkan apa yang dirasai, dialami dan difikirkan. Selain itu, muhasabah diri terhadap diri sendiri agar merenung kembali apa yang telah dilakukan dan bertaubat untuk meninggalkan perkara yang tidak baik itu. Guru juga perlu membuat rujukan iaitu dengan merujuk mereka kepada pihak yang berkaitan agar pertolongan dapat disalurkan dengan kadar segera untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Selain itu, tindakan tatatertib perlu diselaraskan sebagai satu bentuk hukuman dan peringatan kepada guru lain tentang perlakuan yang dikategorikan sebagai beretika dan tidak beretika. Sekiranya perlu, krusus dan bengkel dianjurkan dan kajian-kajian untuk melihat implikasi krusus menangani isu sahsiah guru di Malaysia. Ini bertujuan untuk membantu guru agar sentiasa diterapkan dan diberi peringatan agar sahsiah guru yang positif dapat ditingkatkan.

11.0 RUMUSAN Guru berhak mendapat ganjaran yang setimpal dengan beban tugasan mereka khususnya guru yang mengajar, memimpin, mendidik, dan yang menjadi lilin kepada kesamaran dan kegelapan di pedalaman walaupun mereka sendiri terpaksa bergelap. Semua kerjaya mempunyai peranan masing-masing. Peranan guru begitu besar dan amat penting kerana guru bukan sahaja mengajar tetapi lebih daripada itu, guru merupakan pemimpin dan juga ibu bapa semasa pelajar berada di sekolah. Elaun-elaun khas juga sewajarnya diberikan kepada guru-guru yang berkhidmat jauh di pedalaman selain elaun-elaun khas yang lain.

Di samping itu, guru juga merupakan insan yang paling rapat dengan pelajar semasa di sekolah. Guru akan dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan sekiranya belaku apa-apa perkara yang tidak diingini terhadap pelajar sewaktu berada di sekolah ataupun mengikuti program yang melibatkan pihak sekolah. Justeru itu, sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkan, ganjaran berupa gaji dan elaun juga haruslah setimpal dengan apa yang dilakukan.

Tuntutan-tuntutan yang dibuat para guru dan kesatuan guru juga bukanlah bermaksud guru-guru tidak ikhlas dalam menabur bakti tetapi merupakan jalan penyelesaian kepada masalah yang boleh membantutkan tugas guru semasa menjalankan tugas. Fahamilah tugas guru yang semakin mencabar dan bertambah dari semasa ke semasa.

Pensyarah Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohmad Noor Mohmad Taibada menyebutpendapatan guru di negara ini adalah tidak setimpal dan kurang mendapat pengiktirafan seperti kerjaya lain berbanding guru di negara maju. Biarlah gaji tidak setimpal, tetapi apa yang diharapkan guru adalah sekadar penghargaan mungkin yang diberi dalam bentuk sekuntum bunga mahupun sekeping kad ucapan daripada pelajar mahupun sekadar senyuman daripada masyarakat. Walaubagaimanapun, guru tidak harus menjadikan isu-isu berkenaan sebagai peluntur semangat untuk terus mendidik anak bangsa tetapi menganggap kritikan berkenaan sebagai dorongan untuk mencapai tahap yang lebih baik sekaligus membuktikan kesungguhan dan keikhlasan dalam bidang kerjaya yang diceburi.

Guru-guru harus memahami, pendidik zaman kini memang terlalu banyak cabarannya.cabaran ini harus dilihat dari sudut rasional dan kepentingan bersama. Seandainya guru yang tidak berfikir secara waras, maka timbullah perasaan tertekan terhadap dakwaan yang ditimbulkan ditambah bebanan kerja yang merupakan

tanggungjawab pendidik itu sendiri. Merungut bukanlah penyelesaian yang baik. Menyalahkan orang lain juga bukan suatu jawapan yang baik. Maka tidak lain dan tidak bukan, dalam menghadapi cabaran dan kekangan yang pelbagai ini, ketabahan amat dituntut dan kebijaksanaan dalam mencari penyelesaian merupakan keutamaan.

Antara profesion yang mulia di sisi Allah dan juga masyarakat ialah guru. Ini adalah kerana guru mewarisi tugas para nabi dan rasul untuk mendidik masyarakat. Guru mengajar masyarakat menjadi pandai dan berilmu, disamping itu mendidik anak-anak didik menjadi insan yang baik dan mampu berjasa kepada keluarga dan masyarakatnya. Oleh hal yang demikian, kita haruslah berterima kasih kepada guru, kerana jasa merekalah, kita hari ini pandai menulis, membaca dan mengira. Pada masa yang sama, kita juga patut bersyukur kepada Allah kerana memasukkan ilmu ke dalam dada kita dengan perantaraan para guru.

Guru memainkan peranan yang besar dalam pendidikan ummah. Justeru itu guru harus mempunyai sifat-sifat pemimpin yang baik. Guru juga adalah pendidik, kaunselor, pendakwah, ikutan dan pemimpin. Semua tugas ini dijalankan secara serentak dan memerlukan kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut. Pengorbanan guru yang sedemikian rupa memerlukan kerjasama dan sokongan daripada masyarakat dalam mewujudkan suasana harmoni dan kondusif kepada anak didik. Dekad yang mutakhir ini, pelbagai tohmahan diterima oleh warga pendidik. Semua tohmahan tersebut haruslah dijadikan batu loncatan untuk melonjakkan lagi prestasi serta membaiki diri seterusnya menjaga imej profesion keguruan negara kita. Gaji dan elaun serta penghargaan daripada masyarakat hanyalah ganjaran sementara yang diperolehi di dunia ini, namun ganjaran yang lebih utama menanti para guru yang mulia kelak.

Cabaran dan karenah persekitaran merupakan asam garam yang perlu dilalui oleh setiap guru. Mahu tidak mahu ianya pasti dan harus dilalui bukannya dielakkan. Emosi yang harmoni pasti menghasilkan hasil kerja berkualiti. Manakala, penglibatan warga pendidik dengan ahli masyarakat sebenarnya menguji daya tahan seorang guru mendepani masyarakat umum. Beruntung benar seseorang yang bergelar guru. Laksanakanlah tugas dengan ikhlas kerana setiap keringat yang dicurah pasti mendapat ganjaran dan dibalas.

TUGASAN 21.0 PENGENALAN

Penyelidik adalah satu perkataan yang memberi bayangan bahawa seseorang individu mengkaji sesuatu perkara untuk mencari dan menyelesaikan dalam dirinya. Penyelidik adalah orang yang bertanggungjawab melakukan penyelidikan berlandaskan kaedah-kaedah yang benar dan sahih. Menurut Rudduck dan rakan (1985), penyelidikan ialah melaksanakan siasatan secara sistematik terhadap perkara yang ingin diketahui. Ini bermakna penyelidikan yang dilakukan adalah berkaitan dengan perkara yang menimbulkan tanda tanya (masalah) hingga tercetusnya persoalan-persoalan dan akhirnya ingin diselesaikan untuk mendapatkan persoalan itu.Ramai antara ilmuwan, profesor, pensyarah dan profesion yang lain melaksanakan penyelidikan. Tujuannya hanya satu, untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi seterusnya menambahbaik kemahiran sedia ada. Namun begitu, adakah profesion keguruan terlepas daripada melakukan penyelidikan? Jawapannya, tidak. Guru juga tidak terlepas daripada melakukan tinjauan dan penyelidikan di sekolah. Sebagai guru, proses ini adalah sangat penting untuk memperbaiki mutu pengajaran terkini. Konsep guru sebagai penyelidik turut dibincangkan dalam literatur pendidikan guru terutamanya berkaitan dengan reformasi pendidikan dan peningkatan profesionalisme guru. Penyelidikan yang guru laksanakan dinamakan penyelidikan tindakan. Secara umumnya, kajian tindakan diasaskan oleh Kurt Lewin pada tahun 1940 an (Chow F. M et al., 2011). Beliau merangka kajian tindakan sebagai satu inkuiri oleh sekumpulan orang yang mengalami masalah. Inkuiri yang diketengahkan adalah berfokus kepada dinamika kumpulan. Lewin berpendapat bahawa sumbangan penyelidik dalam inkuiri tidak boleh diabaikan jika ingin memahami dan menambah baik tindakan sosial. Terkini, terdapat perbincangan yang menyeru agar guru-guru mengamalkan budaya penyelidikan. Amalan ini perlu dijadikan satu budaya memandangkan guru kurang melaksanakan penyelidikan secara berperingkat. Artikel yang berikut menyeru agar guru-guru melaksanakan penyelidikan tindakan dengan lebih kerap. Sumber artikel adalah dari Utusan Online bertarikh 22 Julai 2011 oleh Azizi Majid.

Artikel:ARKIB : 22/07/2011

Pupuk budaya penyelidikanOleh AZIZI [email protected] BAHRU 21 Julai - Bidang penyelidikan seharusnya diberi penekanan sewajarnya dalam bidang pendidikan di negara ini kerana ia bakal memberi manfaat bukan sahaja kepada pendidik malah kepada masyarakat.Rektor Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Haili Dolhan berkata, seluruh warga pendidik khususnya yang berada di IPG perlu meningkatkan budaya penyelidikan dalam kerjaya masing-masing kerana ia mampu meningkatkan integriti dan kredibiliti mereka seterusnya memartabatkan lagi profesion perguruan."Kita tidak mahu warga pendidik hanya menumpu perhatian untuk mengajar anak murid, sebaliknya mereka perlu menyumbang sesuatu kepada negara melalui bidang penyelidikan."Ini kerana cintakan ilmu, dahagakan pengetahuan dan belajar sepanjang hayat merupakan sifat yang harus ada pada diri setiap warga pendidik," katanya ketika berucap sempena Seminar Jiwa Penyelidik di IPG Kampus Temengggong Ibrahim (IPGKTI) di sini semalam.Turut hadir Pengarah IPGKTI, Mohd. Said Hasran.Mengulas mengenai seminar tersebut beliau berkata, pertemuan para intelek dalam seminar yang pertama kali diadakan itu mampu mencetuskan perkembangan baru dalam bidang pendidikan seterusnya membantu Kementerian Pelajaran mencapai wawasan 'Pendidikan Bertaraf Dunia'.Seminar bertemakan 'Penyelidikan Melestarikan Guru Bestari' adalah anjuran Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPGKTI bersama IPG Zon Selatan.Seminar selama tiga hari bermula hari ini antara lain melibatkan pembentangan 25 kertas kerja oleh warga pendidik dan pensyarah dari institut berkenaan.

Berdasarkan artikel, Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Haili bin Dolhan berkata bahawa seluruh warga pendidik perlu memupuk budaya penyelidikan agar berupaya meningkatkan integriti dan kreadibiliti mereka. Bukan bermakna pendidik yang telah berjaya mempunyai ijazah tertinggi berhenti menuntut ilmu, bahkan menyemai sikap belajar sepanjang hayat.2.0 KEPENTINGAN MENYELIDIKSetiap hari, guru perlu melakukan pelbagai keputusan yang berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan bilik darjah (Noriati A. Rashid et al. 2010). Sebenarnya, semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru telah terlibat secara tidak langsung dengan proses penyelidikan seperti merancang pengajaran, membantu murid dalam proses pembelajaran, menguruskan bilik darjah, menilai hasil kerja murid dan memberikan maklum balas pencapaian murid-murid kepada ibu bapa. Walaupun ia menyerupai proses pengajaran, namun jika dinyatakan semula dengan cara dan kupasan yang berbeza dan lebih ilmiah serta mengaplikasikan reka bentuk kajian, melaksanakan pelan tindakan, memerhati, mengumpul data, menganalisa data dan mengubahsuai strategi pengajaran mengikut keperluan murid, ia lebih menepati takrifan penyelidikan.Mengapa guru perlu menyelidik? Elliot,1991 (dalam Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran oleh Chow F. M et al.) menegaskan bahawa guru-guru memperoleh manfaat dengan melakukan penyelidikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran seperti:>Menyedari teori peribadi,>Melahirkan konsep nilai yang boleh dikongsi bersama,>Mencuba strategi baru agar dapat merealisasikan nilai yang dipegang dalam amalan,>Mendokumentasikan amalan mereka supaya mudah diakses dan difahami oleh penyelidik yang lain dan>Membina teori pengajaran yang boleh dikongsi melalui usaha penyelidikan.Pada pendapat saya, sebagai seorang guru, tugas mendidik bukannya mudah. Untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan tugas mendidik perlu menggunakan pelbagai cara dan teknik yang bersesuaian. Sehubungan dengan itu, penyelidik yang berkualiti seharusnya tidak berputus asa untuk terus mencuba strategi yang baru dan sentiasa memperbaharui kemahiran selaras dengan perkembangan murid-murid. Saya sebagai guru pelatih turut terlibat dengan penyelidikan tindakan sebagai syarat untuk melayakkan saya menerima ijazah. Syarat ini pada saya sangat bagus kerana ia sebagai alternatif dan pendedahan awal kepada bidang penyelidikan ini dan seterusnya menjadikan ia sebagai amalan apabila telah menjadi guru kelak.Seruan memupuk budaya penyelidikan bukan bermula sejak kebelakangan ini, malahan telah bermula sejak tahun 1993 di mana Dr. Wan Zahid (dalam kajian Guru Sebagai Penyelidik: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan Di Sekolah oleh Lee S. G, 1997) menyarankan supaya guru-guru besar menggalakkan guru-guru di sekolah masing-masing menjalankan kajian tindakan. Saranan beliau adalah berikutan daripada usaha Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu yang memperkenalkan Projek PIER (Programme for Innovation, Excellence and Research) yang salah satu tujuan utamanya adalah memupuk budaya penyelidikan di kalangan pengurus pendidikan dan pendidik melalui kajian tindakan. Ini membuktikan bahawa penyelidikan tidak dilaksanakan pada satu tempoh masa saja tetapi adalah berterusan dan koheren.Seruan demi seruan dihebahkan. Namun, adakah penyelidik itu sendiri sedar akan kepentingan melaksanakan penyelidikan? Jawapannya ialah sebagai guru yang berfikiran reflektif, sudah tentu mereka menganggap bahawa penyelidikan ini sebenarnya sangat-sangat membantu diri, rakan sejawat dan juga masyarakat dalam mengetahui sesuatu isu yang dikupas. Dalam melaksanakan penyelidikan, guru akan melakukan pelbagai carian, melaksanakan pemerhatian, merekod data, menganalisis dan melaporkan dapatan kajian masing-masing. Tinjauan yang dilakukan adalah bersesuian dengan amalan di bilik darjah. Kepentingannya ialah guru dapat mempertingkatkan profesionalisme melalui penyelidikan yang dilaksanakan. Saya berkata sedemikian adalah kerana guru merupakan individu yang menguasai kandungan kurikulum subjek yang diajar serta mengetahui cara pelaksanaannya. Ini bermakna, pengetahuan tentang kurikulum mestilah berdasarkan tugas yang dilaksanakannya. Pendapat saya, pengamal kurikulum seperti guru sepatutnya menjalankan kajian berdasarkan tugas-tugas mengajar. Dengan kata lain, guru mesti memahami dan menghayati matlamat serta hasil pembelajaran yang diharapkan daripada subjek tersebut. Seterusnya, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai. Namun begitu, tidak semua hasil pembelajaran berjaya dicapai. Oleh itu, refleksi penting untuk mengesan masalah yang dihadapi, membuat andaian punca wujudnya masalah tersebut.bagi membuktikan andaian adalah benar, kajian perlu dilaksanakan secara sistematik untuk memperbaiki masalah tersebut. Kepakaran sebagai seorang guru berupaya ditingkatkan dalam perkembangan kurikulum dan refleksi pengajaran seterusnya dapat melahirkan budaya profesional di sekolah.

Seterusnya, kepentingan penyelidikan adalah penyepaduan teori dan amali. Teori pengajaran dan pembelajaran telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidik seperti Teori Behaviorisme, Humanistik, Kognitif dan Konstruktivis. Di samping itu, terdapat juga pelbagai jenis pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penyelidikan, guru boleh menyepadukan teori pengajaran dengan amalan. Sebagai contoh, guru boleh mengaplikasikan teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner dalam bilik darjah dan melihat sejauh mana ia memberi kesan terhadap pembelajaran murid. Pada saya, tidak semestinya teori yang digunakan pada kali pertama terus berkesan kepada murid-murid. Guru perlu mencuba pelbagai kaedah yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid.3.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI AMALAN PENYELIDIKAN Dalam penyelidikan yang dilakukan oleh Lee S. G (1997) beliau mengemukakan faktor-faktor utama yang memenuhi kekerapan penyelidikan tindakan yang dilaksanakan oleh guru-guru iaitu persepsi mereka terhadap kepentingan penyelidikan, kemahiran melaksanakan penyelidikan, kesesuaian iklim sekolah bagi melaksanakan penyelidikan dan cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan penyelidikan. Di samping itu, terdapat juga faktor-faktor lain seperti faktor masa dan keterbukaan dalam mengakui kelemahan. Pada pendapat saya, faktor-faktor yang dinyatakan sememangnya membelenggu guru-guru yang menyebabkan mereka tertangguh untuk melaksanakan penyelidikan. Contohnya, tidak ramai guru yang menyedari akan kepentingan penyelidikan bagi jangka masa panjang. Ia membantu dari segi merancang strategi dan kaedah yang bersesuaian sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, berlainan pula dengan guru yang sedar dengan kebaikan melaksanakan penyelidikan, sudah tentu mereka tidak teragak-agak untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam bidang penyelidikan. Kemudian, faktor kesesuaian iklim sekolah turut mempengaruhi amalan penyelidikan. Pada pendapat saya, jika tiada dorongan daripada ketua iaitu guru besar, maka guru-guru kurang bermotivasi untuk melaksanakan penyelidikan. Begitu juga dengan situasi yang tidak mendesak contohnya guru tidak menghadapi masaalah pembelajaran yang berat dan sentiasa berjaya menyelesaikan setiap masalah, maka dia berasa tidak perlu untuk membuat penyelidikan tindakan. Disebabkan itulah Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Hashim Yaacob (Berita Harian,12 Mei 2005) berkata, ketua organisasi iaitu guru besar atau pengetua digesa membuat kajian tindakan bagi menjadikan ia budaya dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Beliau berkata lagi, penyelidikan membantu guru-guru membuat sesuatu keputusan yang lebih bijak, berkesan dan profesional selain berupaya menguji keberkesanan sesuatu teori pembelajaran dan kaedah P&P yang sesuai dengan persekitaran selain penerimaan masyarakat dan murid-murid. Tambah beliau lagi, pendidikan berkualiti memerlukan pengetua atau guru besar yang berkualiti bukan saja dari segi fizikal, malah kebijaksanaan dalam mewujudkan interaksi antara guru, kakitangan dan murid-murid. Seterusnya, halangan dan kekangan yang dihadapi oleh guru-guru menyukarkan mereka untuk menyelidik. Mungkin kerana faktor bebanan tugas yang semakin menimbun pada masa kini menyebabkan mereka mengabaikan kepentingan menyelidik dan melupakan kebaikannya. Tidak dinafikan, faktor kekangan masa mengakibatkan guru kurang mengamalkan penyelidikan. Warga pendidik seharusnya tidak mengelak dalam melaksanakan penyelidikan ini atas faktor-faktor seperti yang disebutkan tadi. Memetik kata-kata Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (EPRD) Kementerian Pelajaran Malaysia, Amir Mohd Salleh (DJ Dolasoh, Berita Harian, 29 September 2009), setiap guru perlu mencontohi guru di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea yang membuat kajian tindakan terhadap bidang kerjaya mereka. Ia sebagai alat penilai dan perlu menganggapnya sebagai sebahagian daripada bidang tugas untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Dengan kenyataan ini, maka terbuktilah bahawa untuk menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, guru-guru yang perlu memulakan langkah untuk melakukan transformasi agar kualiti pembelajaran semakin berkualiti dan bertaraf dunia. Maka, pendapat saya ialah guru-guru yang menginginkan pendidikan bertaraf dunia tidak seharusnya mengabaikan dan menangguh pelaksanaan penyelidikan ini kerana sudah tentu penyelidikan yang dibuat bukan saja meningkatkan kualiti pengajaran diri sendiri, bahkan dapat membantu meningkatkan atau menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran guru-guru lain yang menghadapi masalah yang sama 4.0 IMPLIKASI PENYELIDIKAN Sesuatu tindakan yang diambil sudah pasti ada pro dan kontranya. Tidak terkecuali dalam melaksanakan penyelidikan ini. Kebaikan kajian tindakan ialah: >Membantu memperbaiki amalan proses pengajaran dan pembelajaran >Meningkatkan pemahaman dan ilmu pengetahuan tentang amalan bilik darjah. >Memberi tumpuan kepada isu/masalah semasa. >Membantu guru lain menyelesaikan masalah yang hampir serupa. >Merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan >Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan Pencapaian objektif pembelajaran. >Menyediakan guru agar menjadi penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru dan sanggup menerima perubahan terhadap kurikulum. >Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan dan tindakanNamun begitu, ada pendapat yang mengkritik kajian tindakan ini. Hodgkinson (dalam kajian Lee S. G ,1997 yang bertajuk Guru Sebagai Penyelidik: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan di Sekolah) mengkritik kewibawaan guru untuk menjalankan penyelidikan. Pada pendapat beliau, guru tidak mempunyai ilmu yang secukupnya untuk menjalankan penyelidikan yang lengkap. Di samping itu, guru tidak mempunyai masa yang mencukupi disebabkan bebanan tugas yang berat. Antara lain, beliau berkata sekolah tidak mempunyai peruntukan untuk membiayai projek penyelidikan yang guru lakukan.Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hodgkinson tersebut. Pada pendapat saya, faktor masa tidak menjadi masalah kepada guru kerana kebanyakan kajian adalah berkaitan dengan masalah dalam bilik darjah. Maka, kajian juga dilaksanakan dalam bilik darjah semasa guru-guru mengajar. Justeru, tidak timbul isu kekangan masa untuk menyelidik. Mungkin laporan yang perlu disediakan memperuntukan masa yang banyak untuk menyiapkannya. Tetapi, laporan boleh disediakan selain waktu mengajar misalnya di rumah. Kemudian, pendapat beliau tentang guru tidak mempunyai ilmu yang cukup. Ini adalah tidak benar sama sekali kerana banyak seminar kajian tindakan yang dianjurkan untuk membantu guru lebih memahami proses untuk menyediakan kajian tersebut. Di samping itu, terkini, kajian tindakan telah diperkenalkan sejak di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan menjadi syarat untuk melayakkan guru pelatih mendapat ijazah. Maka, pendedahan yang telah diberi membuka ruang kepada guru-guru novis untuk meneruskan amalan penyelidikan ini.Bagi saya, melaksanakan penyelidikan tindakan tiada kelemahannya. Cuma guru itu sendiri perlu pandai membahagikan masa antara tugas hakiki dengan tugas-tugas lain. Jangan hanya fokus kepada bidang menyelidik, tetapi tugas mengajar diabaikan.

5.0 CADANGAN/TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPenyelidikan saintifik atau asas dilihat sebagai pendekatan utama dalam pendidikan yang selalu dilakukan oleh IPT di Malaysia sama ada untuk tujuan akademik oleh individu atau organisasi tertentu bagi tujuan pembentukan dan pengembangan dasar atau program yang berkaitan dengan pendidikan. Lazimnya, dapatan kajian digunakanuntuk membuat cadangan umum bagi penyelesaian masalah atau penambahbaikansesuatu dasar atau program kepada organisasi yang terlibat. Dalam konteks pelaksanaan penyelidikan, peranan penyelidik berakhir setelah laporan siap disediakan. Penyelidikanini biasanya dijalankan oleh ahli-ahli pendidikan di IPT, pelajar-pelajar peringkat sarjanadan PHD.Pada masa kini penyelidikan tindakan dilihat sebagai satu alternatif baru yang paling sesuai untuk menyelesaikan permasalahan dalam bidang perguruan. Hal ini keranakebanyakan penyelidik pendidikan menganggap dapatan penyelidikan saintifik mengambil masa yang lama untuk diterima oleh pengamal pendidik dan mempunyai nilai praktis yang sedikit. Lewin (1946 : 41 dlm Jamil. 2002) mengkritik penyelidikan saintifik yang tidak menyumbang kepada perubahan dengan menyatakan research that producesnothing but books will not suffice.Kenyataan ini diperkukuh lagi kajian yang dibuatoleh Sardo Brown (1995 dlm Jamil. 2002) ke atas enam orang guru yang melaksanakan penyelidikan pendidikan. Beliau mendapati penyelidikan tindakan menjadikan para gurulebih reflektif, sensitif kepada permasalahan pelajar, meningkatkan faham terhadapamalan pengajaran dan amalan komunikasi. Selain itu, menjadikan guru lebih bersikap positif untuk membaca dan mencuba kaedah pengajaran baru bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Memandangkan penyelidikan amat penting dalam meningkatkan kualiti perguruan maka KPM khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP/EPRD) telah memulakan insiatif untuk membudayakan kajiantindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan bawahProgram Excellence and Research (PIER). Program pembiayaian Bank Dunia ini bermula pada tahun 1993 hingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus kajian tindakan kepadaguru-guru di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek kajian tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek kajian tindakan telah berjayadilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah,1998)Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP mendapat peruntukan khas daripadaKementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bawah Program Kesedaran Sains untuk membolehkan aktiviti kajian tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projek kajian tindakanyang dilaksanakan oleh guru-guru matematik dan sains di seluruh negara. Bagi kursuskajian tindakan pula, sebanyak 20 kursus yang telah dijalankan kepada guru-gurumatematik dan sains di seluruh negara selama 3 tahun ini (Madzniyah,2000).Bermula pada tahun 2001, KPM telah menyediakan peruntukan sendiri dan berupaya mengagihkansebanyak RM3500 kepada setiap negeri bagi melaksanakan kajian tindakan.Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Kebangsaan telah diadakan olehBPPDP sebagai saluran untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, terutama dalamkalangan guru untuk dikongsi bersama. Beberapa orang guru yang terlibat diberi peluanguntuk membentangkan hasil kajian mereka (Prosiding Seminar, BPPDP, 2000). Di peringkat pendidikan guru, aktiviti penyelidikan dijadikan budaya kerja di kalangan pensyarah bagi meningkatkan kualiti kerja. Kompetensi dalam melaksanakan penyelidikan merupakan prasyarat utama untuk menjadikan pendidik guru sebagai pendidik reflektif (Premalatha et. al, 2003). Manakala pendidik sama ada praperkhidmatan atau dalam perkhidmatan melakukan penyelidikan secara individu ataukolaborasi sebagai latihan ilmiah bagi program siswazah dan pascasiswazah serta jugasebahagian daripada keperluan program latihan dalamperkhidmatan. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/kj/latar.htm) diakses pada 18 septemberSelain ini, KPM juga perlu membentuk satu jawatankuasa penyelidik yang terdiri daripada UKM, UPM, USM dan UM. Jawatankuasa ini ditubuh dengan tujuanmenghasilkan formula berkonsepkan universiti penyelidikan. Visi universiti penyelidikanmeluaskan falsafah yang sedia ada dan membekalkan latihan yang baik dalammemajukan seluruh sistem pendidikan serta bekerjasama dalam pembangunan negara.Sokongan dan usaha padu KPM sememangnya jelas dalam membudayakan penyelidikan di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Maka para pendidik perlulahmemahami konsep mereka sebagai penyelidik supaya pelaksanaan dasar ini tidak terbantut akibat sikap sambil lewa para guru. Dalam hal ini, Sachon (1983) menyarankan perubahan amalan guru dari berbentuk technical rationality kepada reflectiverationality yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan profesional.Schon juga mengemukakan konsep reflection-in-action danknowing-in-action sebagai proses penyelidikan untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional perguruan. Konsepreflection-in-action danknowing-in-action membantu guru dalammemastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan di sampingmemungkinkan idea-idea baru dicetus bagi membaiki amalan. Proses ini sebenarnyamemerlukan seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis maklumat bagimembuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalannya secara berterusan. Justeru,sewajarnyalah aspek penyelidikan menjadi elemen dalam pemilihan guru cemerlang dan pengetua cemerlang.Namun untuk perbincangan penulisan ini, fokus diberi kepada penyelidikan tindakan di peringkat mikro. KPM juga perlu berusaha meningkatkan budaya penyelidikan di kalanganguru melalui latihan dalam praperkhidmatan di IPG dan IPT, latihan dalam perkhidmatandan melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh BPPBP, JPNS, PSPN, denganusahasama IPT dan IPG. Tetapi budaya penyelidikan ini masih belum menyeluruh dikalangan guru. Kajian yang dilakukan oleh Jamil (2002) dan Lee (1997) menunjukkantahap pengetahuan dan kemahiran penyelidikan tindakan dalam kalangan guru adalahsederhana dan masih belum menyakinkan. Manakala penyelidikan yang dilakukan olehBahagian Pendidikan dan beberapa maktab (sekarang ini dikenali IPG) (Premalatha.2003) menunjukkan pendidik guru sendiri kurang kemahiran dalam melakukan penyelidikan pendidikan dan pengalaman dalam kompetensi penyelidikan masih rendah

6.0 PENUTUP Di sini, saya ingin mencadangkan supaya budaya penyelidikan diberi pendedahan sejak dari awal lagi supaya ia menjadi satu budaya di sekolah. Ini bermakna, penyelidikan tindakan dijadikan sebagai tugasan di Institut Pendidikan Guru (IPG) supaya guru pelatih menjadi mahir dari semasa ke semasa untuk menjalankan penyelidikan tindakan. Apabila mengajar kelak, tiada timbul isu guru kurang mahir dalam menyelidik kerana telah diberi latihan dan bimbingan yang cukup semasa belajar. Rasionalnya cadangan saya ini ialah untuk melahirkan guru-guru yang menyelidik agar dapat membantu meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Seterusnya, di sekolah, saya mencadangkan agar seorang guru melaksanakan penyelidikan tindakan sekurang-kurang satu kajian dalam setahun. Tujuannya adalah supaya mereka lebih peka dengan masalah dalam bilik darjah dan bersama-sama untuk menyelesaikan perkara ini bersama-sama tanpa hanya menyerahkan tugas kepada pihak lain. Justeru, pada setiap tahun, kaedah dan strategi pengajaran akan berubah-ubah mengikut situasi dan tahap murid-murid di samping meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran. Guru besar perlu mewajibkan setiap guru untuk membentangkan dapatan mereka kepada rakan sejawat yang lain. Dengan cara ini juga, sesi perbincangan akan diadakan dan isu tersebut dibincangkan dengan lebih mendalam serta cadangan dan idea baru dikemukakan supaya guru yang menyelidik itu mendapat maklum balas positif dan negatif terhadap kajiannya. Secara keseluruhannya, guru sememangnya tidak boleh lari daripada proses penyelidikan yang berupaya menaik taraf kualiti pendidikan negara. Guru bukan hanya berperanan untuk mengajar saja tetapi perlu memahami serta menghayati tujuan dan matlamat pendidikan dengan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Selaras dengan perkembangan dunia globalisasi, sememangnya tugas guru lebih mencabar. Sehubungan itu, guru perlu meningkatkan kepakaran khususnya dalam mata pelajaran yang diajar. Peningkatan kepakaran ini salah satunya boleh diperoleh daripada peranan guru sebagai penyelidik. Akhir kata, penglibatan guru dalam bidang penyelidikan tindakan adalah amat-amat digalakkan agar kualiti pendidikan semakin meningkat dan akan setaraf dengan kualiti pendidikan di negara maju.