ifolio.ukm.my · web viewmemperkenalkan variasi keilmuan sains dan agama yang menakjubkan melalui...
TRANSCRIPT
LAPORAN AKHIR:
MINGGU KEUSAHAWANAN KELAB AKADEMIK
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI (FST)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
HHHC701 PENGURUSAN DAN KEUSAHAWAN
NAMA: AMIRAH IZZATI BINTI SHAMSUDIN
NO MATRIK: A145842
NAMA PENSYARAH: Prof. Dr. SARANI BT.
ZAKARIA
LAPORAN AKHIR: KERTAS KERJA FIESTA SAINS DAN
TEKNOLOGI III FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI (FST)
Fiesta sains & teknologi Fakulti Sains & Teknologi (FST) merupakan aktiviti
tahunan yang dianjurkan oleh FST.Fiesta ini diinspirasikan pentadbiran (FST)
sendiri bagi memberi kefahaman yang mendalam kepada para mahasiwa dan
orang ramai mengenai kehebatan sains.
OBJEKTIF PROGRAM
a) Memberi kesedaran tentang keseimbangan ilmu sains dan agama agar para
pelajar dapat menghayatinya dengan lebih mendalam.
b) Mengetengahkan pengaplikasian ilmu sains dalam kehidupan melalui
pelbagai medium.
c) Mewujudkan jaringan hubungan antara pelbagai fakulti dan persatuan bagi
meluaskan jaringan keilmuan yang ada.
CARA PERLAKSANAAN.
Tema bagi fiesta kali ini adalah “Pembudayaan sains pemangkin mahasiswa berintelek”. Fiesta ini diadakan pada 22 April 2014 sehingga 23 April 2014.Bermula dari pukul 9 pagi sehingga 11 malam di Sekitar Fakulti Sains & Teknologi dan Dewan Anuar Mahmud (DAM).Seramai 120 orang ajk terlibat dalam menjayakan fiesta ini.Saya memegang jawatan sebagai ajk pemasaran yang berperanan mencari dana bagi menjayakan fiesta kali ini.
AKTIVITI
1.Nama Program Explorace
Objektif Program Matlamat program ini ialah:
a) Mengaplikasikan konsep sains dalam kehidupan seharianb) Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan
Tema Program Sains dalam kehidupan
Sasaran Pelajar UKM.
Cara PelaksanaanSetiap sekolah perlulah menghantar 3 @4 orang wakil. Setiap kumpulan haruslah menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam setiap ‘checkpoint’. Bagi kumpulan yang menyiapkan semua tugasan paling awal dikira sebagai pemenang.
2.Nama Program Khidmat Masyarakat di Taman Tasik Cempaka
Objektif Program Matlamat program ini ialah:
a) Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat dan persekitaran
b) Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam
kalangan diri individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran
c) Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain.
SasaranMasyarakat di sekitar Bangi.
3.Nama Program Forum Intelek Sains dan Teknologi 2014
Objektif Program Matlamat program ini ialah:
a. Memperkenalkan variasi keilmuan sains dan agama yang menakjubkan melalui perbincangan forum antara ahli panel yang pakar dalam bidang sains dan agama kepada seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dan masyarakat amnya.
b. Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang ilmu sains dan agama terutamanya
c. Memupuk minat mahasiswa/i bagi terus menerajui bidang sains dan teknologi.
Tema Program ‘Mempelopori Sains Islam, Memimpin Keilmuan’
Cadangan Penceramah dan moderator
Moderator: Zaim Zain
Panel : 1)IM Nazrul
2) Ustaz Husni Abd Rahman
Sasaran Warga Fakulti Sains dan Teknologi seramai 4,000 orang serta masyarakat luar.
4.Nama Program Science For Fun
Objektif Program Matlamat program ini ialah:
a) Memperkenalkan ilmu sains dalam gaya santai dan mudah difahami
b) Memupuk minat dalam ilmu sains serta pengaplikasian dalam kehidupan
Tema Program Menghidupkan dunia sains
SasaranMahasiswa UKM
Cara PelaksanaanDibuka sepanjang sesi pameran diadakan. Penyertaan adalah terbuka kepada semua. Menawarkan pelbagai jenis permainan berkaitan sains serta diselitkan dengan ilmu sains melalui eksperimen-eksperimen ringkas.
5.Nama Program Pameran
Objektif Program Matlamat program ini ialah:
a) Menampilkan kelebihan dan keistimewaan yang ada dalam FST
b) Sebagai satu ruang bagi perkongsian ilmu dan pertukaran pendapat
Tema Program Inovasi dalam sains
SasaranMasyarakat setempat dan Mahasiswa UKM
Cara PelaksanaanPempamer terdiri daripada pelajar UKM serta jemputan dari mana-mana institusi. Pengunjung boleh mendapatkan maklumat berkaitan pameran melalui para pempamer yang telah ditugaskan.
6.KEUSAHAWANAN Objektif :
1) Menarik lebih ramai pengunjung2) Memperkenalkan produk-produk
keusahawanan yang berasaskan inovasi dalam sains
3) Memupuk minat masyarakat akan sains dan teknologi
Pihak yang terlibat :
- Memberi peluang kepada usahawan-usahawan yang ingin memasarkan produk masing-masing
- Memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk-produk yang berasaskan sains untuk memasarkan produk mereka
Cara program dilaksanakan :
- Syarikat-syarikat dan usahawan-usahawan yang terlibat memberi penerangan tentang produk mereka sepanjang FIESTA berlangsung di samping memasarkan produk masing-masing
- Menjual poster-poster yang unik seperti poster jenis batu, kumbang dan bunga untuk memperkenalkan produk hasil daripada inovasi dalam sains dan teknologi
-Sasaran :
Semua lapisan masyarakat dan mahasiswa yang datang untuk memeriahkan FIESTA.
KESAN FIESTA SAINS & TEKNOLOGI
Sepanjang berlangsungnya fiesta sains & teknologi,pelbagai perkara yang saya
dapat pelajari.Saya memegang jawatan ajk pemasaran dimana kami terpaksaa
mencari dana bagi menjayakan fiesta ini.Kami berkerjasama dengan ajk
keusahawanan bagi menambahkan dana yang sedia ada.Pelbagai cara yang kami
lakukan bagi mendapatkan dana selain memohon dana dari syarikat-syarikat
korporat malah kami membuat khidmat masyarakat di sekitar Bangi dan
menjalankan jualan ketika program sukan merebut piala dekan diadakan.Ketika
jualan diadakan kami didedahkan dengan strategi promosi jualan.Pelbagai cara
digunakan untuk menarik pelanggan.Kami juga belajar mengenai pengurusan
modal dan keuntungan.Bukan senang untuk mendapat keuntungan melebihi
modal yang disumbangkan.Kami juga terpaksa melayan pelbagai ragam &
kerenah pelanggan namun kami seronok kerana inilah yang akan membantu kami
untuk masa hadapan.Pendapat dan kritikan yang mereka berikan telah membantu
kami melariskan hasil jualan kami. Kami berpegang kepada satu rangkap ayat
“customer always right”.Terpulang kepada peniaga untuk menilainya. Kami juga
dapat belajar nilai-nilai yang baik dan semangat kerjasama dalam usaha
menjayakan hasil jualan kami.Secara keseluruhannya saya percaya bahawa semua
objektif yang dinyatakan diatas telah berjaya dicapai
LAMPIRAN