velvet durham

40
1 1 Daffodil. Prifysgol Caerdydd. Cardiff. “Ya Allah Ya Tuhanku, walau di mana saja aku berada, kurniakanlah aku sahabat- sahabat yang baik, pensyarah-pensyarah yang baik, dan masyarakat yang baik. Rahmatilah, lindungilah dan peliharalah aku, seorang pengembara di bumi-Mu…” FID SUDAH meninggalkan Cardiff, Wales, United Kingdom. Tempat itu kini menjadi kenangan. Pahit manis perjuangan telah dia lalui. Tempat itu tempat dia berpijak dengan kaki dan berasa dengan deria. Mana mungkin dia melupakan Cardiff University; tempat yang bermotokan ‘Truth, Unity and Harmony’, bangunan-bangunan sekitar Cathays Park yang tersergam indah penuh keilmuan, keharmonian Bute Park ; tempat dia menghabiskan masa terluang, begitu

Upload: nur-khairina-rosli

Post on 09-Aug-2015

59 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

read it

TRANSCRIPT

Page 1: Velvet Durham

1

Aishah Madadiy

1Daffodil. Prifysgol Caerdydd. Cardiff.

“Ya Allah Ya Tuhanku, walau di manasaja aku berada, kurniakanlah aku sahabat-sahabat yang baik, pensyarah-pensyarahyang baik, dan masyarakat yang baik.Rahmatilah, lindungilah dan peliharalah aku,seorang pengembara di bumi-Mu…”

FID SUDAH meninggalkan Cardiff, Wales,United Kingdom. Tempat itu kini menjadikenangan. Pahit manis perjuangan telah dialalui. Tempat itu tempat dia berpijak dengan kakidan berasa dengan deria.

Mana mungkin dia melupakan CardiffUniversity; tempat yang bermotokan ‘Truth,Unity and Harmony’, bangunan-bangunansekitar Cathays Park yang tersergam indahpenuh keilmuan, keharmonian Bute Park;tempat dia menghabiskan masa terluang, begitu

Page 2: Velvet Durham

Velvet di Durham

2

juga dengan Cardiff Bay, sungai yang mengalir,burung-burung yang bernyanyi, dan kesegarandafodil yang mekar di musim bunga. Fid teringatakan sajak yang bertajuk The Daffodils, karanganseorang penyajak Inggeris bernama WilliamWordsworth (1770-1850):

I wandered lonely as a cloudThat floats on high o’er vales and hills,When all at once I saw a crowd,A host, of golden daffodils;Beside the lake, beneath the trees,Fluttering and dancing in the breeze.

Continuous as the stars that shineAnd twinkle on the Milky Way,They stretch’d in never-ending lineAlong the margin of a bay:

Ten thousand saw I at a glance,Tossing their heads in sprightly dance.

The waves beside them danced; but theyOut-did the sparkling waves in glee:A poet could not but be gay,In such a jocund company:

I gazed, and gazed, but little thoughtWhat wealth the show to me had brought:

For oft, when on my couch I lieIn vacant or in pensive mood,They flash upon that inward eye

Page 3: Velvet Durham

3

Aishah Madadiy

Which is the bliss of solitude;And then my heart with pleasure fills,And dances with the daffodils.

Dia memandang ke luar tingkap, melihatkepulan-kepulan awan kelabu. Penerbangansemakin rendah, dan dia dapat lihat dari atas,bangunan-bangunan yang sekecil tapak tanganbertaburan di bumi.

Newcastle. Kapal terbang Eastern Airways4032 mendarat di Newcastle upon Tyne, UnitedKingdom. Waktu masih pagi. Perjalanan dariCardiff International Airport ke NewcastleAirport mengambil masa selama lebih kurangsatu jam setengah. Alhamdulillah segalanyaberjalan dengan lancar.

Aza akan menjemputnya di Durham nanti,dan membawanya pulang ke Bowburn.

Perjalanan masih agak jauh. Fid tidakmembawa banyak barang iaitu sekadar sebuahbagasi dan sebuah beg sandang.

Kini dia perlu ke Durham County. Fidmemilih untuk ke Durham menggunakanperkhidmatan kereta api. Dari LapanganTerbang Newcastle, Fid menaiki Metro, yangbergerak laju terus ke Newcastle CentralStation di Newcastle upon Tyne. Perjalananmengambil masa selama 25 minit. NewcastleCentral Station dihubungkan denganperkhidmatan Metro, di bawah tanah. Iamenjadi tempat persinggahan utama bagi EastCoast Main Line. Bangunannya mempunyaikeunikan tersendiri, dengan gaya binaan neo-

Page 4: Velvet Durham

Velvet di Durham

4

klasik.Fid menunggu kereta api ke Durham yang

akan sampai dalam beberapa minit. Ramaipenumpang yang menanti kereta api diplatform, dengan ragam mereka sendiri. Limaminit menanti, kereta api tiba. Fid menaikinyadan mendapatkan tempat duduk. Dia penat.Perjalanan dari stesen itu ke Durhammengambil masa lebih kurang 20 minit.

Pandangan dilemparkan ke luar. Trenbergerak laju di atas landasan. Sekarang musimluruh. Dapat dilihat dedaunan kilauan oren dankuning, bersinar dilimpahi sinaran matahari, disepanjang perjalanan. Di sini nampaknya lebihsejuk berbanding di Wales. Bagaimanalahagaknya winter di sini nanti? Fikir Fid sendiri.

Kembara di luar negara ini mengajar beribuperkara kepada Fid. Ramai manusia yangmempersoalkan erti keberanian. Fid,mencabarnya. Berani itu mesti, perlu dan patut.Berani melawan ketakutan, kerana ketakutantidak akan membina diri. Berani berdiri sendiridan menjadi hero untuk diri sendiri. Beraniperlukan definisi yang lebih terang. Berani itubukanlah bererti tiada ‘ketakutan’ tetapikeadaan di mana ketakutan telah berjayadiketepikan untuk perkara yang lebih utama,seperti kata-kata Ambrose Redmoon (1933-1966), “Courage is not the absence of fear, butrather the judgment that something else is moreimportant than fear.”

Fid berani kerana dia yakin akankebergantungannya kepada Tuhan. Manusia

Page 5: Velvet Durham

5

Aishah Madadiy

mesti sedar bahawa kebergantungan kepadamanusia itu hanyalah sekadar ‘harus’, akantetapi kebergantungan kepada Tuhan adalah‘wajib’. Itu falsafah Fid. Falsafahnya dikuatkandengan hujah bahawa kewujudan Tuhan adalah‘necessary’ (mesti!), dan kewujudan manusiapula adalah ‘potential’ (berpotensi, tetapibukan mesti!).

Fid menyeluk poket kot hitamnya, diamengeluarkan satu nota kecil yang bertulis.Lipatan kertas dibuka. Dia membacanya,

My dear Velvet,

There may be times when thingsare not the way we hope it to be,everything looks impossible and wefeel like just giving up, but sometimes,we have to give it another chance,another try, another hope, just onemore time. Be strong, my friend.

Love,Caitlin

Fid menarik nafas panjang, ada sebak didadanya. Dia melipat kembali nota kecil itu danmeletakkannya ke dalam poket beg. Nota itumerupakan catatan daripada Caitlin yangdiletakkan ke dalam tapak tangannya di CardiffAirport sebelum berlepas tadi. Nota yang berisipesanan agar dia tidak putus asa dan terus kuat.Dia masih terbayangkan air mata Caitlin yang

Page 6: Velvet Durham

Velvet di Durham

6

jernih jatuh menitis di pipi sewaktumenghantarnya di lapangan terbang. Caitlintidak mahu dia meninggalkan Cardiff, namun Fidtelah memilih ‘kembara’ untuk mencatat satulagi perjalanan kehidupan.

Ke mana jua aku jatuh, di situ akuberjalan,Bosan berjalan, aku berlari,Tak mampu berjalan dan berlari, akumengengsot,Hancurkan aku dengan derita,Musnahkan aku dengan senjata,dan kau masih tidak mampumembunuh jiwaku,wahai kesedihan...

Dia hampir tertidur, ketika kereta api sudahpun tiba di Durham Railway Station. Stesen ituterletak di utara Bandar Durham. Kapasiti danbangunannya lebih kecil dibandingkan denganNewcastle Central Station. Durham Stationhanya mempunyai dua platform; Northbounddan Southbound, walau bagaimanapun stesenitu mempunyai pelbagai kemudahan lengkapuntuk kegunaan awam seperti tandas, tempatmenunggu yang selesa, lif dan kedai.

Fid kini berada di Durham. Dia dapat lihatbangunan-bangunan bersejarah yang tersergamindah, masih kekal binaannya sejak berabadyang lalu, dan memaparkan keunikan strukturserta ceritanya yang tersendiri. Suhu Durhamialah lapan darjah Celsius. Cuaca agak mendung.

Page 7: Velvet Durham

7

Aishah Madadiy

Fid menanti Aza, yang akan menjemputnyapulang ke Bowburn. Mujurlah juga ada Aza disitu, seorang teman yang dikenalinya diperhimpunan musim sejuk pelajar Malaysia,yang diadakan di Birmingham, tahun lepas.

Beberapa minit menunggu, Aza tiba dengankereta Ford Zetec Fiesta berwarna biru muda.Ada dua orang lagi bersama Aza; Aida danMimi. Fid mengangkat beg dan meletakkan kedalam trunk kereta. Kemudian, dia masuk kedalam perut kereta dan bersalaman denganmereka.

“Welcome to Durham!” seloroh Aida danMimi.

Yea, now ‘Velvet is in Durham’. Fidsenyum. Aza memandu mereka pulang.Bowburn menanti. White coffee. Custard cake.

Page 8: Velvet Durham

Velvet di Durham

8

2Autumnus. Bangunan-bangunan lama.Durham.

“VELVET MANA?” Aza menyoal. Aida danMimi sudah pun berada di luar rumah. Tidaklama kemudian Si Velvet muncul di hadapanpintu.

“Sorry, overslept...” Fid muncul di mukapintu, siap berjaket labuh, jean longgar biru tua,dan selendang ungu. Dia menyarungkantrainers Adidas di kaki, dan melangkah menujuke kereta yang telah mereka sewa. Pintu rumahdikunci. Aza mengambil tempat pemandu, disebelahnya Aida, dan yang lain duduk dibelakang.

“Aza, kita pergi Saddler Street kejap eh?Semalam dah cakap kan...” ujar Fid sambilmemandang ke luar tingkap, melihat keindahanDurham pada pagi Sabtu itu.

“Yup... Mimi pun nak beli sesuatu kat situ,”

Page 9: Velvet Durham

9

Aishah Madadiy

Aza memandu dengan berhati-hati. Yang laincuma asyik melihat jalan-jalan dan persekitaransepanjang perjalanan mereka dari Bowburn keNew Elvet. Kenderaan tidak banyak, jalan rayalengang saja. Dua puluh minit memandu,mereka tiba di Saddler Street. WaterstoneBookshop sudah di depan mata. Fid keluar dariperut kereta. Dia menjengah ke tingkap Aidayang diturunkan.

“Wait ya, ten minutes...” ujar Fid.Aza mengangguk, “Tapi kita orang tunggu

kat depan sikit okey, ada kedai kat depan sana.Nak beli barang sikit. Apa-apa, aku call. Tenminutes je tau!” Aza mengingatkan. Perjalananmereka masih tidak kurang jauhnya, merekaperlu sampai ke Carricks Picnic Area sebelumtengah hari. Mereka telah berjanji untukberkumpul dengan rakan-rakan yang datangdari Manchester dan Leeds di sana bagimengeratkan silaturahim dan merehatkanfikiran.

“All right,” Fid melangkah meninggalkankereta yang sudah pun bergerak ke hadapan,mencari kedai, seperti kata Aza. Fid masuk kedalam Kedai Buku Waterstone. Ting! Locengpintu berbunyi. Kelihatan seorang lelaki beradadi kaunter buku sambil tersenyum lebar.

“Hey Fid, long time no see. How are you?”lelaki Inggeris itu menyapanya. Bunyinyaseperti howaya.

Fid senyum lebar, “Jamie, ah... bit busywith my things. I’m good, as you see.”

Seminggu yang pertama dia di Durham,

Page 10: Velvet Durham

Velvet di Durham

10

kedai itu menjadi persinggahannya setiap hari.Jamie pun sudah mengenalinya. Masuk minggukedua, Fid tidak mempunyai masa terluanguntuk singgah ke situ. Sibuk.

Kelihatan Jamie bertugas seorang diri padapagi itu. Sudah ramai pelanggan yang masuk kesitu mencari buku. Inilah United Kingdom. DiDurham, Waterstone menjadi pilihan utamabagi penggemar buku kerana koleksi bukunyayang pelbagai jenis dan pilihan.

“Where are the others?” soal Fid sambilmenghampiri kaunter.

“On the way. Bit late today. Searching forbooks?”

“Yeah, a book,” Fid menyeluk beggalasnya, dia mengeluarkan sekeping kertaskecil selebar tapak tangan.

“Do you have this?” Nota dihulurkankepada Jamie.

Jamie membacanya dan menaip dikomputer, ruangan ‘search’: The Moral Maze,‘author’: Crook, David.

“Yea, we do. Just go to shelf three, see, the‘Philosophy and Religion’ sign there?” Jamiemenunjukkan telunjuknya ke bahagian belakangkaunter, terdapat banyak rak yang tersusun,penuh dengan buku-buku di situ.

“All right, thanks...” Fid cepat-cepatmelangkah mencari buku itu. Masa perluditepati. Sepuluh minit!

Ada beberapa orang pelanggan masuk kedalam kedai buku. Loceng berbunyi dua tiga kali.Dua orang lelaki; seorang sudah berumur dan

Page 11: Velvet Durham

11

Aishah Madadiy

seorang masih muda, dan segak dalam jaketlabuh warna hijau lumut dan mafela kelabuterlilit pada lehernya. Mereka bercakap-cakapdengan Jamie di kaunter.

“Oh, damn. It’s stuck!” keluh Jamie.Fid mengambil buku The Moral Maze yang

telah dijumpainya, dan membawanya kekaunter. Dua orang pelanggan tadi sedangmenanti.

“What’s wrong?” Fid menyoal, sambilmengeluarkan beberapa keping duit kertas daridalam poket jaket hitamnya yang labuh paraslutut.

“The connection is lagging... and thesearch engine stucked. Huh.”

“Owh... uhm. Jamie, this is eight pounds.”Fid membayar harga bukunya. Dia menolehkepada kedua-dua orang pelanggan yang sedangmenanti di kaunter. Senyum.

“Yea, Fid, can you help me just once?Before I manage to get the connection back.This guy’s searching for this book and he’s newhere,” Jamie menunjukkan nota yang ditulisoleh lelaki muda itu; The Dawkin’s Delusion.

“I think it’s philosophy, isn’t it?” soal Jamie.“Oh, yea. It is. I know this book, I bought

it last week.”“Cool, so you can show it to him, while I’m

helping the other one.”“Yea, of course. Come on, it’s right there,”

Fid lancar berbicara menggunakan aksenBritish. Lelaki itu mengikutnya.

Mata Fid aktif mencari buku yang

Page 12: Velvet Durham

Velvet di Durham

12

dikehendaki, dan... “Come on... come on.... Yes,got it!”

“Oh, thank you. Have you read this?” tanyalelaki itu teruja.

“Yeah,” Fid melihat jam di tangan. Sudahlebih sepuluh minit dia di kedai itu, terfikir akankawan-kawannya yang sedang menunggu. “So,are you new here?”

“Exactly, I am from US... just came here,to study... and you?”

“Uh... I’m staying here. Uhm... sorry, myfriends are waiting, I gotta go now,” Fid cepat-cepat pergi. Seketika, dia berpaling, “And yeah,enjoy your reading!”

Lelaki berkulit putih, mata biru dan rambuthitam pekat itu melihat sahaja Fid berlalu.

Fid keluar dari kedai buku itu. Telefonbimbitnya berbunyi. Dia menyeluk tangan kedalam beg, dia tertarik keluar telefon bersamadengan kertas resit pembelian buku tadi. Fidgelabah, menjawab telefon sambil cubamendapatkan resitnya yang terbang di atasjalan. Gosh.

“Hello, yea. Aza I’m sorry, I’m out of theshop now and am heading to you. I’ve to helpJamie just now, finding a book. Yea, I’m on myway...” Fid lihat sekumpulan lelaki dihadapannya, dan resit tersebut terhentimelayang di kasut salah seorang daripadamereka. Fid tidak memandang, dan cuba tundukingin mengambilnya. Belum sempat diamendapatkan resit itu, lelaki tersebutmengutipnya di atas lantai dan menghulurkan

Page 13: Velvet Durham

13

Aishah Madadiy

kepadanya, “Nah...” Telefon bimbit masih aktif, suara Aza

kedengaran sayup di hujung telinga. Fidmendongak dan berdiri membetulkankedudukan. Melayu. Tiga orang lelaki Melayudi hadapannya. Fid menjadi segan, diamengambil resit itu dan mengucapkan thanksdi hujung lidah. Secepat itu juga, Fid berlalu.Mereka hanya memerhati Fid pergi.

“Thanks?” Aza menyoal.“No, I’m not talking with you. Yea, now I

can see the car, but where are you?” Fidberjalan menghampiri kereta mereka.

Aza menjawab, “In the shop. Dah siapbayar dah.” Aza dan dua yang lain keluar darikedai. Masing-masing masuk ke dalam kereta.Kelihatan mereka membeli makanan danminuman, buat bekalan.

“Sorry...” Fid masih tercungap-cungap.“Yang kau ni, kenapa? Cakap phone gelabah

je...” ujar Aza. Kereta sudah berjalan di jalanraya menuju ke Carricks Area, Consett,Durham.

“Aku lambat, buat kau orang tertunggupulak.”

“Ala, relaks la. Bukan kita orang nak tinggalkau pun. Ha, ada tak apa yang kau cari?” Aidamenyoal.

“Ada... tapi lambat tadi sebab Jamie mintatolong carikan buku untuk pelanggan dia,connection lembap, network stucked. Buku tufasal philosophy, so aku tolong la cari kejap...”Fid menerangkan. Mimi hanya mendengar

Page 14: Velvet Durham

Velvet di Durham

14

perbualan mereka. Perjalanan diteruskan. Fidmemandang ke luar tingkap. Indahnya Durham!

DI KEDAI BUKU, lelaki berjaket hijau lumuttadi menghampiri kaunter. Dia mengeluarkanwang sepuluh paun untuk buku yang dibelinya.Selesai urusan pembayaran dia bertanya,“Excuse me, do you know the girl just now?”

“Girl?” Jamie mengangkat kening.“Yeah, the one who helped me searching

for this book.”“Oh, Fid. Yea, why?”“Is she staying here?”“She’s an Asian, studying here... if I’m not

mistaken. Durham University,” ulas Jamie.“I see. Right. Thanks. Uh, does she often

come here?”“Rarely.”“Okay, thanks,” lelaki itu senyum. Dia

keluar dari Waterstone Bookshop.

“ARE WE following the car?” soal Fid kepadaAza. Fid memaksudkan kereta biru tua dihadapan mereka. Sejak dari tadi, Aza tidakmemintas mereka walaupun ada peluang, keretajuga tidak begitu sibuk di jalan raya. Mimi danAida sudah terlelap, diam.

“Haha,” Aza ketawa kecil, “We’ve beenfollowing the car since at Saddler Street.”

Page 15: Velvet Durham

15

Aishah Madadiy

“Huh?” Fid hairan. “When? I didn’t notice.”“You always didn’t. Haha. Gelabah sangat

tadi kan. Mereka ni memandu kita ke arah yangbetul, ke Carricks. Aku kurang ingat jalan kesana, lama dah tak pergi sana.”

“Mereka ni siapa?”Sedar tak sedar, 40 minit perjalanan,

mereka telah pun tiba di destinasi, setelahmelalui Humberhill, Longedge dan Rowley.Carricks terletak di antara Edmundbyers danBlachland, masih lagi dalam Durham. Aida danMimi sudah terjaga dari lena, macam tahu sajamereka sudah sampai. Masing-masing turundari kereta dan meregangkan badan. Lenguh.

Aza mengambil tikar dan menghamparkanke atas rumput yang menghijau. Mereka yangberada dalam kereta biru tadi, turut keluarmenghampiri Aza dan rakan-rakan yang lain.Tiga orang lelaki, Melayu. Fid sibuk membawabarangan dan meletakkannya ke atas tikar.

“Fid, sini...” panggil Aza. Fid melangkahmenghampiri mereka dan, terkejut tiba-tiba.

“Fid, kenalkan... ni Alif,” ujar Azamemperkenalkan lelaki yang kurus, berkulitcerah, bercermin mata, dan memakai sweaterbiru tua bertulis ‘Manchester’. Fid kenalakannya! “Ini pula Apis, dan Peja...” ujar Azalagi. Hafiz berambut keriting dan berkulit sawomatang, manakala Faizal agak berisi dan hampirbotak. Aza memperkenalkan, “Kau orang semua,ni Fid... student baharu yang aku ceritakan tu...yang lain ni, Aida dan Mimi, kau orang dah kenalkan. Hehe”.

Page 16: Velvet Durham

Velvet di Durham

16

Fid cuma boleh melemparkan secebissenyuman dan mengangguk. Dia seganmemandang wajah-wajah mereka yang asyiktersengih dari tadi. Dia terpandang Alif, Alifmengangkat kening, dan senyumannya masihtak pudar, dengan lesung pipit di pipi.

“We’ve met, before,” Alif bersuara, masihlagi dia senyum lebar. Aza sedikit terkejut.

“Huh? You’ve met? So you know eachother?” Aza memandang Fid.

“Accidentally, near the bookshop thismorning,” jawab Fid. Riak wajahnya kosong.

“Oh, I see. Okay guys, we’re here now. Let’sloosen up!” ujar Aza.

Mereka bergerak duduk di atas tikar, adajuga yang sengaja duduk di atas rumput. Daun-daun kekuningan gugur ke bumi. Sungai Derwentyang jernih, mengalir dengan lembut, sepanjangtempat itu. Di dalamnya, dapat dilihat ikan-ikanmenari-nari di celah-celah batu. Beberapakeluarga mat salih juga berkelah di tapak itu,jarak sedikit dari kedudukan mereka. Ada jugapasangan yang berjalan-jalan sekadarmengambil angin. Kanak-kanak berlari-lari danbermain bersama. Suasana nyaman. Cantik.Itulah yang dapat digambarkan.

Nada dering telefon, lagu Maher Zain-Insya-Allah kedengaran.

“Eh, telefon sape???” Hafiz cubamemastikan.

“Mimi!” Aza memberitahu. Mimi bangundan berjalan berganjak sedikit dari kedudukanmereka. Setelah beberapa minit bercakap

Page 17: Velvet Durham

17

Aishah Madadiy

melalui telefon, Mimi kembali ke tempatmereka. Fid yang memilih duduk di atas rumputhijau, melihat pemandangan sungai, turutberpaling menumpukan perhatian kepada Mimiyang berbicara, “Budak-budak Leeds tak dapatdatang. Katanya ada hal yang tak dapatdielakkan.”

“Ala ye ke… tak dapat kita orang jumpaMira. Ekeke...” gelak Hafiz, Faizal turut sama.Aza, Mimi dan Aida menggelengkan kepala. Alifcuma tersenyum biasa. Fid cuba memahamiwalaupun dia tidak pasti apa yang berlaku.

“Ada-ada je kau orang ni. Tak apalah Mimi.Nak buat macam mana, kan. Next time ada lagi,insya-Allah...” ujar Aida.

“Insya-Allah… insya-Allah… insya-Allah… we’ll find the way...” Hafiz, Faizal danAlif menyanyikan lagu mengikut alunan suaraMaher Zain. Ketawa berderai. Mereka berbual-bual tentang pelajaran dan tugas mereka diuniversiti. Hafiz, Faizal dan Alif, ketiga-tigamereka belajar di University of Manchester,England. Masing-masing di tahun akhirpengajian, dan Alif di semester akhir. Alifmengambil jurusan Mechanical Engineering (B.Eng), manakala Hafiz dan Faizal mengambiljurusan yang sama; Mechatronic Engineering(B. Eng).

Aza pula baru sahaja menyambungpengajian dalam Teaching English to Speakersof Other Languages (TESOL-MA), Aida danMimi merupakan pelajar tahun tiga jurusanBusiness and Management (BA), ketiga-tiga

Page 18: Velvet Durham

Velvet di Durham

18

mereka belajar di Durham University.“Kau best la Aza, dah sambung. Kami jugak

bertungkus-lumus nak menghabiskan. Alif semni je tinggal,” keluh Faizal.

“Ha ye la... memang sem ni je, tapi researchproposal dengan projek akhir belum siap-siaplagi... huh,” balas Alif.

“Kau orang nanti habis studi sini, nak balikMalaysia, or nak terus sambung?” Aidamenyoal.

“Aku, tak tau lagi la. Satu sem sangkut.Kalau pointer hebat macam Aza, boleh la kutsambung. Hehe,” sempat Hafiz mengusik Aza.

“Aku macam nak sambung lagi, tapitengoklah kalau berdaya...” celah Faizal.

“Kau Alif?” soal Aida. Yang lain mendengar.“Entah la. Aku sekarang fikir nak habiskan

sem ni, dengan final project... lepas tu apa jadilepas tu, aku fikir kemudian la…”

“Ha yang cik adik di sana?” Hafiz bertanya,masing-masing memandang Fid yang diam sejakdari tadi. Fid senyum.

“Dia ambik master dah la...” Aza menjawab.Hafiz berpaling kepada Aza, “Eh, aku tanya

dia... sibuk je kau nak jawab...” Aza sengih. Hafizmemang begitu, suka mengusik dan bergurau.Dia sudah kenal Hafiz lama, sejak dari Malaysialagi, sewaktu mengikuti program persediaan keluar negara.

“Me? ... baru je sambung sarjana, katDurham. Ambik philosophy...”

“Wah, ahli falsafah la ni ya. Segan aku,semua dah sambung sarjana.” Hafiz meneruskan

Page 19: Velvet Durham

19

Aishah Madadiy

bicara, dan yang lain menahan gelak.“Apa da semua... hiperbola la kau,” Aida

dan Mimi ketawa.“Eh, asyik bercakap je, bila nak rasminya

bekalan tu semua? Aku dah lapar ni,” Faizalduduk di atas tikar sambil melunjurkan kaki. “Ehdalam kereta kita ada juga kan, kau beli apa tadi,kenapa tak ambil bawak ke sini?” Faizalmemandang Hafiz.

“Ni banyak dah ni... nanti jap lagilah. Aza,apa tu? Warna merah bersinar-sinar dalamTupperware putih tu? Macam sodap je... hehe,”tanya Hafiz.

“Nampak je kau. Hehe. Ni kek la, nah,” Azamembuka penutup bekas, dan meletakkannyadi tengah-tengah.

“Aza, aku pergi sana jap ye…” Fid bangundari rumput dan memberi isyarat kepada Azadan yang lain. Fid suka melihat pemandangandi situ. Sungguh indah. Dia mahu berjalanmelihat persekitaran di situ. Aza mengangguk.Fid melangkah menyusuri tepian. Sungaimengalir, bunyinya tenang sekali. Suara kanak-kanak juga kedengaran, dengan gelak tawa. Satukeluarga juga sedang menikmati keindahanalam, di depan sana. Dua orang kanak-kanak,seorang lelaki dan seorang perempuan, berkulitputih gebu dan memakai baju sejuk bertopikepala, sedang asyik bermain. Umur merekalebih kurang tiga atau empat tahun. Terdengaraksen British yang mereka tuturkan.

“Aza, me too... am gonna see the view,”Alif cepat-cepat pergi, menuruti langkah Fid

Page 20: Velvet Durham

Velvet di Durham

20

dari belakang. Yang lain diam seketika.“Eh...?” Hafiz dan Faizal saling

berpandangan. Kemudian, ketawa pecah. “Akupun nak lihat pemandangan jugaklah,” Hafizbangun. Faizal menarik baju Hafiz dan terdudukdia.

“Kau sibuk apa? Biarlah dia orang.”“Haha... entah kau ni, biarlah. Kau makan

je la kat sini ha,” Aza mengangkat kening.“Hurm,” Mimi membetulkan kerongkong,

“Aku risau je Si Alif tu… hehe.” Masing-masingmemandang Mimi, seolah-olah memintapenerangan.

“Meaning?” Faizal buat-buat tak tahu.“Dah, dah. Tak ada apalah kau orang ni. Fid

kan baru kat sini, biarlah dia jalan-jalan.” Azamembetulkan situasi.

Fid sudah agak jauh meninggalkankedudukan mereka. Suasana Durham lebihkurang sama dengan Cardiff, tapi dia akuiDurham lebih cantik. Tulip. Bangunan-bangunan lama. Dingin.

“Hey,” Alif muncul di sisi Fid. Langkah Fidterhenti. Dia memandang wajah Alif, lelaki yangtak pernah lekang dengan senyuman. KemudianFid berpaling ke belakang, mereka yang lain disana sedang rancak berbual, dia dapat lihat riakmereka dari jauh.

“Durham cantik, berbeza denganManchester,” Alif memandang sekeliling.Langkah mereka diteruskan ke hadapan.

“Saya pernah ke Manchester sebelum ni.Not bad...” Fid membayangkan keadaan kota

Page 21: Velvet Durham

21

Aishah Madadiy

metropolitan itu. Sesak, hiruk-pikuk kota.Pelbagai ragam manusia. Kecanggihan.Kemodenan. Melayu pun ramai di sana.

“You were in Cardiff, right?” soal Alif, inginpengesahan tentang tempat belajar Fid sebelumini. Sesekali dia memandang gadis yang berjalandi sebelahnya, berkaca mata, berselendangungu.

“Three years, there.” Tiga tahun Fid diCardiff.

“... and you were studying….” Alif memintapenjelasan tentang pengajian pula.

“... in Cardiff University. I did a jointhonours, BA in English Literature andPhilosophy.”

“Wow, you finished your study in threeyears time and you did a joint honours...amazing! You must be brilliant,” Alif terujamendengar kebijaksanaan Fid. Memperolehdua sarjana muda dalam masa tiga tahun.

“Brilliant is subjective,” tegas Fid. Bijak itusubjektif. “What about you?”

“Hee, seganlah...” Alif sengihmenampakkan lesung pipit di pipi. “Saya ambilMechanical Engineering. Sepatutnya dah habis,tapi kena buat final project dan researchproposal... lagi tiga minggu.”

“I see. Tak payahlah segan. Awak tu buatcourse kritikal kan...” Fid berbicara lancar.Sebiji bola yang sedang dimainkan oleh anakmat salih di hadapan mereka, tergolek ke kakiFid. Fid mengambilnya. Kanak-kanak lelaki itumenghampiri Fid, sambil diperhatikan ibunya

Page 22: Velvet Durham

Velvet di Durham

22

yang sedang menyuapkan seorang lagi anaknyamakan.

“Here it is,” Fid menundukkan sedikit posisibadannya dan menghulurkan bola tersebutkepada kanak-kanak lelaki itu. Kanak-kanak itumalu-malu sambil mengambil bola daripadatangan Fid.

“Nick, say what? You must say what, tothe sister?” ujar ibunya sambil tersenyumkepada Fid dan Alif, mengajar anaknya apa yangperlu diucapkan kepada Fid. Kanak-kanak itumemandang ibunya dan membuat gerakanbibir perlahan ‘thank you’.

“Yes, say it to the sister. She helps you toget the ball, right?” ujar ibunya lagi.

“Thank you,” kanak-kanak itu bersuara dantersipu-sipu malu. Kedua-dua pipinyakemerahan. Alif menggosok kepala kanak-kanakitu.

“My pleasure,” balas Fid.“Uhm... let’s go back. I’m thirsty...” Fid

memandang Alif sekilas.Alif mengangguk. Mereka berpatah balik,

menuju ke tempat mereka berkumpul.“So how’s Durham University?” tanya Alif.“Nice. Baru dua minggu lebih kat sini. So

many things to explore yet.”Mereka sudah pun tiba ke tempat

berkumpul.“Hurm… hurm... sakit tekak pulak

rasanya,” Apis berseloroh, “Mana kau orangpergi, nanti habis semua makanan ni Pejamakan, tak sempat dengan kau orang.”

Page 23: Velvet Durham

23

Aishah Madadiy

Fid dan Alif senyum.“Duduklah...” Aza mengengsot sedikit

memberikan ruang untuk Fid. Hafizmenghulurkan secawan air blackcurrant yangmasih sejuk, kepada Alif. Alif mengambilnya.

“Nah,” Alif memberikan air itu kepada Fid.Fid mengambilnya, “Thanks...”“Peja, kau rasa tak, salji nak turun awal

bulan ni. Winter Sonata kut sekarang,” Hafizmengusik lagi. Alif kebingungan. Dia tidakfaham dengan maksud Hafiz. Hafiz dan Faizaldipandangnya dengan penuh tanda tanya. Yanglain hanya tersengih-sengih mengawal ekspresi.

Fid pula diam, wajahnya bersahaja.“Apalah kau orang ni, tak faham aku,” Alif

membiarkan saja kata-kata Hafiz. Seketika itudia terpandang hirisan-hirisan merah dalambekas lut sinar, “Eh, red velvet. Bak sini satu...”

Kek red velvet itu diletakkan toppingcream cheese di atasnya.

“Cool, this is totally… amazing!” Alifmakan dengan penuh berselera. Semua orangtahu Alif teramat gemar dengan kek red velvet.Pada tahun lepas, mereka mengadakan kejutanhari jadi buat Alif dengan menghidangkan kekkegemarannya itu. Hanya Fid yang tidak tahu.

“Sape buat ni?” soal Alif, teruja ingin tahu.Mimi, Aida, Aza dan Fid berpandangan.

Malam semalam, Aida telah meminta Fidbuatkan kek itu untuk mereka. Fid mempunyaikepandaian dalam membuat kek. Sewaktu diCardiff dulu, Fid mengambil tempahan daripadakawan-kawan, tetapi sekarang tidak lagi. Fid

Page 24: Velvet Durham

Velvet di Durham

24

lebih dikenali dengan panggilan ‘Velvet’ dalamkalangan penggemar kek di Cardiff. Kata Fid,‘Velvet’ nama samaran, nama rahsia dan namapena.

“Erm... makan je la... tak kisah sape punbuat, asalkan sedap, betul tak?” soal Aza.

“Ye la, kena tau jugak. Buat ke, beli? Kalaubeli, kat mana?” soal Alif kembali.

“Buatlah… buat sendiri... makan je la. Alipni banyak tanya la,” Aza menyelamatkankeadaan.

“Ye la, Cik Aza. Janganlah marah...” Alifsempat mengusik. “Want some?” Diamenghulurkan bekas yang berisi kek itu kepadaFid. Fid menggeleng. Fid hanya mengambilsekeping sandwic cheese and chicken.

“Okey, jomlah teruskan dengan sharingmoment. Nanti nak balik awal...” ujar Aida,mengharapkan persetujuan semua.

“Sharing moment?” Fid tidak faham.“Kita selalu buat sharing moment setiap

kali ada perjumpaan macam ni,” Aidamenjelaskan, “Kali ni kita nak minta sesiapayang terpilih, untuk berkongsi tentang sebuahbuku menarik yang sedang dibaca atau telahdibaca. Tak kisahlah, apa-apa buku sekalipun...”

Yang lain mengangguk faham.“Oh... tapi macam mana nak tau siapa yang

terpilih?” soal Fid lagi. Dia masih baharu danmasih perlu banyak belajar tentang itu.

“Macam ni...” Aida mengambil sebuahbotol air mineral kecil yang kosong danmemusingkannya. Botol air itu menghala tepat

Page 25: Velvet Durham

25

Aishah Madadiy

ke arah Faizal. Faizal senyum.“Hari ni kita pilih tiga orang sahaja,

memandangkan kita tak ada banyak masa...”jelas Aida lagi.

“Faizal, yang pertama. Yang kedua pula…”“Meh, aku pusingkan,” Aza memusingkan

botol air itu di atas tikar. Botol air berputar lajudan akhirnya berhenti mengarah kepada Alif.

Alif senyum dengan tenang.“And the last one, Fid,” ujar Aida. Masing-

masing memandang Fid.“Eh?” Fid hairan dia terpilih sedangkan

botol air belum dipusingkan untuk kali yangketiga.

“Atas permintaan. Memandangkan ni kalipertama Fid ikut aktiviti ni, kami rasa mesti Fidada banyak perkara untuk dikongsi...” jelas Aza.

Fid tidak dapat menolak lagi. Dia cumaperlu berfikir akan sebuah buku yang menarikuntuk dikongsi bersama mereka.

Faizal memulakan bicaranya.“Aku baru je habis baca buku hasil tulisan

Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid. Tajuknya,Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains Islam. Dalamdunia sekarang, kita selalu didedahkan denganpara pemikir bukan Islam sampai satu tahapgenerasi alaf baharu ni kurang informasi tentangpara ilmuwan Islam, sedangkan ilmuwan Islamsebenarnya menjadi pelopor dalam pelbagaibidang. Jadi, buku ini tadi membawa kita keluardaripada lingkungan biasa, untuk mendalamilagi kehidupan dan sumbangan para sarjanaIslam. Buku ni padat dengan informasi tentang

Page 26: Velvet Durham

Velvet di Durham

26

kehebatan sarjana dalam bidang sainscontohnya al-Khawarizmi sebagai pengasasilmu algebra, al-Buzjani sebagai pakar geometri,dan al-Battani sebagai pakar ilmu falak. Dalambidang falsafah pula, diterangkan sumbangannama-nama besar ilmuwan Islam contohnya al-Kindi, Ibn Sina, al-Farabi dan ramai lagilah…”

“Buku ni ditulis dalam bahasa Melayu, jaditak ada masalahlah untuk kita memahamipenyampaian isi penulis. Aku rasa, ni buku yangbagus untuk dibaca, terutama bagi sesiapa yangtak tahu ataupun kurang ambil tahu tentangsarjana-sarjana Islam.”

“Menarik! Boleh pinjam tak nanti?” soalAza.

“Boleh, insya-Allah. Memang menarik danbagus. Aku kadang-kadang terfikir, budak-budak sekarang tak minat dah nak membacabuku-buku macam ni. Sebab tulah kita semakinhari, semakin tak tahu. Sumber ilmu dah ada didepan mata, cuma terpulang kepada diri sendiriuntuk ambil peluang itu ataupun tak.”

“Betul tu...” Aida mengiakan. Yang lainmengangguk bersetuju.

“Patutlah aku tengok kau bersemangat jebelajar kebelakangan ni...” Hafiz sengih.

“Eh, bukan aku sentiasa bersemangat ke?Nanti aku bagi kau baca, mana tau kau pun naiksemangat macam aku…”

Mereka ketawa.“Ha, kita dah dapat ilmu tentang sebuah

buku yang menarik untuk dibaca. Lepas ni bolehla, masing-masing cari buku tu, tak pun...

Page 27: Velvet Durham

27

Aishah Madadiy

pinjam daripada Faizal.” Aza memberikankesimpulannya.

“Okeylah. Sekarang, giliran Alip pulak...”Alif dijadikan tumpuan.“Giliran aku eh? Okey. Kau orang kenal tak

dengan Dr. Zakir Naik?” soal Alif.Kesemua mereka mengangguk.“Bagus kau orang kenal. Pernah baca buku

dia tak?”Ada yang mengangguk dan ada juga yang

menggelengkan kepala.“Aku pernah baca, The Most Common

Questions about Islam.”“Dr. Zakir Naik memang dah tulis banyak

buku. Aku minat dia, terutama apabila tengokvideo dia berdialog dengan agama-agama laindan menerangkan Islam. Kau orang tau kan, akuni minat juga membaca tapi kadang-kadang takde masa. Hee...” Alif senyum lebar, matamasing-masing masih tertumpu kepadanya.

“Baru-baru ni, aku sempat la baca buku Dr.Zakir, tajuknya Qur’an and Modern Science. Tupun sebab aku nak bersedia jawab soalanprofesor aku, dia ada tanya beberapa soalantentang keserasian al-Quran dengan sains…”

“Ye la, kita semua tahu kan al-Quranmemang sebuah kitab yang lengkap danmenyeluruh. Semua perkara diterangkan dalamal-Quran, jadi tanpa ragu kita tahu sains jugaditerangkan dalam kitab al-Quran... tapi adakahkita tahu secara ‘mendalam’ tentangnya?Maksud aku, secara general kita tahu... tapiwaktu kita nak terangkan kepada orang lain, kita

Page 28: Velvet Durham

Velvet di Durham

28

tak pasti pulak ayat mana, surah mana, kan?”Aza, Aida, Mimi, Fid, Hafiz dan Faizal

mengangguk. Pernyataan Alif adalah benar. KitaMuslim, tetapi kita tidak tahu secara terperinciakan kitab al-Quran. Masing-masing terkesandengan penyataan Alif, dan rasa malu sendiri.

“Jadi, lepas baca buku karangan Dr. ZakirNaik ni, aku secara personal rasa ilmu akubertambah. Dalam buku ni, Dr. Zakir membantukita memahami konsep keserasian al-Quran dansains. Penerangannya sangat jelas, sebut sahajabidang sains macam astronomi, fizik, geografi,biologi… semuanya telah dikupas denganmenarik oleh penulis dan semua bidang ni telahpun diterangkan dalam al-Quran. Dr. Zakirbukan setakat bagi kupasannya, tapi diasertakan sekali bukti-bukti daripada ayat-ayatal-Quran, surah-surah yang tertentu, dan jugapenemuan sains terkini. Pada akhirnya buku inibukan setakat buat kita tahu, tapi faham denganbaik tentang hujah-hujah keserasian al-Qurandengan sains….”

“Bagus la kan. Harapkan kita nak mencarisendiri hujah-hujah tu, kita tak sampai lagi tahapilmu macam tu...” tambah Aza.

“Memang betul, kita manusia. Kalau kitanak kuasai semua benda dalam satu masa agakmustahillah. Itu memang kelemahan manusia.Jadi sebab tulah kita kena ada bantuan-bantuandaripada para sarjana dan cendekiawan untukmemahami sesuatu perkara...” Fid mencelah.

“All right, that’s it from me. Siapa yang nakbaca? Aku boleh hantar kat e-mel sebab aku ada

Page 29: Velvet Durham

29

Aishah Madadiy

softcopy je...” Alif menamatkanperkongsiannya.

“Fid?” Mimi mengingatkan giliran Fid pula.“Oh ya. Fid nak kongsi tentang buku

Tazkiyatun Nafs: The Purification of the Soul.Buku ni sebenarnya himpunan daripadapenulisan Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn al-Qayyimal-Jauziyya, dan Imam al-Ghazali…”

“Sufism!” ujar Hafiz spontan.“Yup, sort of. Fokus buku ni ialah ‘dalaman

diri manusia’. Umumnya, buku ni menerangkanapa, kenapa dan bagaimana, berkenaan denganjiwa. Fid tak nak cakap banyak, cuma nak bagikesimpulan bahawa mencuci jiwa lebih susahdan berat daripada mencuci luaran. As Ayyub(may Allah have mercy on him) said, “It is muchharder for the people of action to purify theirintentions than it is to execute any of theiractions…”

Page 30: Velvet Durham

Velvet di Durham

30

3Senja. Curry Mile. Manchester.

DARI Sackville Street ke Rusholme. Alif sampaidi depan pintu rumah. Pintu tidak berkunci.

“Assalamualaikum,” salam diberikansebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalamrumah.

“Wa’alaikumsalam,” Faizal muncul keruang tamu, dari dapur. “Mana kau pergi Alip?Lambat balik...”

“Rindu ke? Haha.”“A’ah Alip. Peja tu rindu, sibuk dia bertanya

sejak petang tadi, mana kau pergi! Ekeke...”gelak Hafiz. Kuat suaranya kedengaran daridalam bilik. Faizal hanya sengih menggeleng-gelengkan kepala. Dia duduk di sofa, sudahbersedia dengan pakaian bersih dan berkopiahputih.

“Ye ke. Haha.” Alif ketawa, “Aku pergijumpa supervisor, group discussion, lepas tu

Page 31: Velvet Durham

31

Aishah Madadiy

pergi library,” Alif melangkah masuk ke dalambilik. Dia melihat jam di dinding. Sudah tidaklama lagi, isyak akan tiba. Biasanya di sini, waktuisyak masuk lebih kurang pukul enam petang.Lebih baik dia segera mempersiapkan diri. Pintuditutup.

Tidak lama kemudian, Hafiz keluar daribilik.

“Alip, aku dengan Apis nak pergi masjid.Lepas solat, kita pergi makan,” beritahu Faizal.

“Dah nak pergi?” Alif membuka daun pintudan menjengah kepalanya ke luar.

“Kita orang pergi dulu la ye. Kau nak mandibagai lagi...”

“Okey. Tak pe la. Pergi dulu,” Alif menutupdaun pintu biliknya kembali. Diam. Faizal danHafiz sudah pun ke Masjid Shahjalal yangletaknya tidak jauh dari kediaman mereka.Seusai mandi, Alif bergegas mengunci pintu danberjalan kaki ke masjid itu.

Petang berlabuh perlahan, malam mulamenjelma. Rusholme bercahaya dan dingin.Lampu-lampu menyinari jalan. Selesaimenunaikan kewajipan solat dan menghabiskansedikit waktu membaca al-Quran di masjid, Alif,Faizal dan Hafiz berjalan ke Curry Mile. ‘TheCurry Mile’ adalah nama gelaran bagisebahagian kawasan Wilmslow Road, diRusholme. Ia juga digelar ‘dunia makanan halal’di Manchester, dan terkenal dalam kalanganpelajar-pelajar Melayu terutama mereka yangmenuntut di University of Manchester. Sebutsahaja apa jua jenis makanan, pasti terdapat di

Page 32: Velvet Durham

Velvet di Durham

32

situ. Sepanjang Curry Mile, terdapat banyakrestoran halal yang menyajikan pelbagai jenispilihan juadah terutamanya dari Asia dan TimurTengah, seperti restoran al-Jazeera, al-Bilal, al-Nawaz, Lal Haweli, Lal Qila dan banyak lagi.

Restoran al-Jazeera menjadi pilihan utamabagi Alif, Faizal dan Hafiz, untuk makan malam.Ini kerana al-Jazeera menawarkan hidanganyang banyak dan sedap dengan harga yangberpatutan. Mereka masuk ke dalam restorantersebut. Kebetulan, pelanggan tidaklah terlaluramai. Masing-masing memesan kopi panassebagai minuman. Untuk makanan pula, Alifmemesan half chicken with rice manakala Faizaldan Hafiz memilih untuk mengisi perut denganhidangan qabily palaw. Qabily palaw ialahhidangan terkenal di Afghanistan iaitu nasikukus berwarna kuning, yang dihidangkandengan lobak merah, kismis, kacang dan laukkambing. Qabily palaw lebih kurang samadengan konsep nasi mandy yang popular diArab Saudi.

“So macam mana final project kau, Alip?”tanya Hafiz sambil menyuapkan nasi ke dalammulut.

“Okey la so far. Project dah siap. Reportpun tinggal analysis findings, possibleoutcomes dan conclusion.”

“Projek kau fasal stirling engine, kan?” soalFaizal.

“Yup. Grup aku buat perbandingan antaraAlpha stirling engine dengan Beta stirlingengine. Model, design semua kena buat

Page 33: Velvet Durham

33

Aishah Madadiy

sendiri.”“Apa beza enjin Alpha dengan Beta?” Hafiz

bertanya.“Alpha stirling ada dua power pistons

dalam dua silinder; satu panas, satu sejuk.Kuasa janaannya tinggi tapi Alpha stirling selaluada masalah teknikal, sebab suhu tinggi kat hotpiston, kan. Beta pulak ada satu je power piston,tapi dalam silinder yang sama dengan displacerpiston. Displacer piston ni tak jana kuasa tau,tugasnya cuma tolak atau gerakkan gas darikawasan panas ke sejuk. Bezanya dengan Alpha,Beta ni kurang masalah teknikal,” bersemangatAlif menerangkan dengan pergerakan tanganuntuk menunjukkan kedudukan piston atauomboh kuasa enjin.

“Kau buat perbandingan model umum ataubandingkan penggunaan enjin tu sebagaiaplikasi tertentu?” Faizal sudah punmenghabiskan sepinggan qabily palawnya.

“Kita orang buat aplikasi micro-CHP.”“Micro-CHP?” tanya Hafiz.“Micro Combined Heat and Power.

Sinonimnya cogeneration, enjin kuasa untukjana elektrik dan pemanasan. Stirling engine nifleksibel, boleh jadi pemanas untuk musim sejukdan penyejuk untuk musim panas.”

“Macam yang digunakan kat Denmark, apanama tempat tu, Alip?” Faizal cuba menambahpenerangan.

“Masned CHP power station, pemanasanrumah hijau. Kalau thermal power plant,contohnya kat Ferrera Erbognone, Itali. Kat US,

Page 34: Velvet Durham

Velvet di Durham

34

dia orang dah bina eight clean energyapplication centres, untuk kaji lagi teknologiclean energy ni untuk industri.”

“Nuclear power plant pun guna jugakcogeneration kan?” Hafiz meminta kepastian.

“Tak jugak. Selalunya nuclear power plantguna turbin stim. So, kalau kita ganti turbin stimtu dengan stirling engine, proses jana kuasa jadilebih ringkas. Hasilnya lebih bagus la. Lagi satu,kurang sikit kesan sampingan radioaktif, kalaunak bandingkan dengan turbin stim. Stirlingengine ni tak guna air, bukan macam steamplant, jadi senanglah kalau nak bina nuklear katnegara atau kawasan kering.”

“I see,” Hafiz mengangguk faham.“Dah, sekarang dah masuk bab nuclear

power plant pulak. Haha,” Alif ketawa. Diamenyedari bahawa perbincangan merekasudah pun jauh lebih serius, “Projek aku tak adakena-mengena dengan nuklear, okey. We justdo micro-CHP, hehe.”

“Huh, nasib tak ambil mechanicalengineering,” kata Hafiz. Faizal mengangguk.

“Apis, projek kita nanti, nak buat apa ye?”soal Faizal sambil menghabiskan minumannya.

“Kita boleh buat electronic circuit design,tak pun, fasal microcomputer,” Hafiz membericadangan, “Nanti la kita fikir, banyak lagi masani... hehe.”

Masing-masing sudah pun kekenyangan.Restoran semakin sibuk dengan pelanggan yangkeluar masuk. Tanpa membuang masa, merekaberedar dari situ.

Page 35: Velvet Durham

35

Aishah Madadiy

Jalan Curry Mile agak sesak dengan keretayang lalu-lalang dan manusia yang pelbagai.Tempat itu tidak akan sunyi sampai lewat pagi.Alif, Faizal dan Hafiz berjalan kembali ke rumahmereka.

“Abang Mahdi, bila balik sini ye?” soal Alif.Mahdi ialah house-mate mereka yang sedangmengikuti seminar Thermodynamics di Belfast,Ireland selama dua minggu. Alif masuk ke dalamrumah, diikuti Faizal dan Hafiz.

“Katanya minggu ni,” jawab Faizal ringkas.Di dalam bilik, Alif duduk di meja studi. Dia

membuka komputer riba VAIO-nya,mendapatkan Wi-fi connection dan terusmembuka ruangan laman web sosial Facebook.Setelah memasukkan username dan password,dia berjaya masuk ke homepage.

“Wah!” Alif teruja mendapat notificationyang banyak, lebih 40 komen. Tidak hairanlah,dia tidak melayari laman itu sudah seminggulebih.

“Banyak notification la tu,” Faizalmenjengah ke muka pintu biliknya. Daun pintuterbuka luas.

“Hee. Dah seminggu tak bukak, bro.” Alifmelihat semua notification tersebut,kebanyakannya daripada sahabat-sahabatperempuan, University of Manchester. Huh.

Faizal menghampiri, melihat ke skrin,“Haha... ramai peminat kau! Sya, Fiza, Hunny,Bella, tambah Chatrine... and, jangan lupa, Mirabudak Leeds sekali!” Faizal ketawa sendiri.

“Mana ada bro. Ni komen je...”

Page 36: Velvet Durham

Velvet di Durham

36

“Alip… Alip… kau on YM tak? Skype ke?”Hafiz berlari-lari dari dapur ke bilik Alif.

“Tak, kenapa?”“Aku nak tumpang kejap…”“Hurm... on YM je la,” Alif klik dua kali pada

ikon Yahoo! Messenger di skrin. Dia menyuruhHafiz memasukkan username dan password.Paparan terbuka. Senarai nama rakan-rakanterpampang di skrin. Mata Hafiz meniti satu persatu senarai nama, dan ya! Aza_Durham!

“Okey, cantik! Jap aku nak buat air jap, airdah mendidih tu kat dapur. Jap lagi aku pinjamlaptop kau ya, lima minit,” Hafiz berlalu, “Anymocha for you guys?”

“Tak nak la,” Alif menjawab.“Aku pun tak nak,” Faizal mencelah.Alif kembali ke homepage Facebook. Dia

membuka wall akaunnya. Nampaknya ada postterkini di wall.

“Peja, baca ni.”Alif dan Faizal sama-sama membaca post

yang tertera di skrin komputer riba.

Jamuan kesyukuran Dr. Affendi Majiddan keluargaTempat: Western Avenue, LondonMasa: 11 pagi - 5 petang

“Jamuan ni minggu depan kan? Akuterlupa, Abang Fendi ada hantar mesej kat Hafizsemalam.”

“Eh? Apasal aku tak tau?” Seingat Alif, diamasih belum diberitahu.

Page 37: Velvet Durham

37

Aishah Madadiy

“Hah, kenapa?” Hafiz muncul lagi, kali inidia memegang mug merah putih, berisi airmocha suam. Dia memandang ke skrinkomputer riba, “Aisey... aku terlupa nak bagitau kau fasal ni... hehe... sorry.”

“Ape da, kau. Buatnya aku dah buatappointment group discussion ke ape, kang takdapat nak pergi. Dah la kamceng aku AbangFendi nih...”

“Hehe.” Hafiz sengih menampakkan gigi.“Ni minggu ni, kan, Apis?” soal Faizal tidak

pasti. “Tengok phone kau... tak de tulis tarikhkat sini...”

Hafiz hilang seketika. Kemudian, diamuncul kembali, “A’ah. Sabtu minggu depan.Abang Fendi dah habis studi la. Bestnya la, dahnak balik Malaysia pun... tu yang dia nak buatjamuan sikit.”

“Okey la macam tu…” Alif bangun darikerusi. Dia menghampiri rak buku setinggipinggang, yang terletak di tepi dinding biliknya.Rak itu penuh dengan pelbagai jenis buku yangterdiri daripada pelbagai judul daripadakejuruteraan, motivasi, dan agama. Tersusunkemas di bahagian atas: Horsley’s EngineeringThermodynamics, Skakoon’s DetailedMechanical Design, Parmley’s MechanicalComponents, Mechanical Engineering Design,Organ’s the Regenerator dan beberapa buahbuku kejuruteraan yang lain. Alif mengambilbuku The Regenerator, sebatang pen, dan bukunotanya. Kemudian, dia duduk di atas karpetdan meletakkan buku di katil. Katil dijadikan

Page 38: Velvet Durham

Velvet di Durham

38

mejanya, untuk menulis.Hafiz mengambil tempat Alif, duduk di meja

studi dan menggunakan komputer riba. Faizalpula duduk di karpet sebelah Alif sambilmembelek-belek buku The Regenerator yangdiambil Alif tadi.

“Ni rujukan kau, Alip?”“Yup, campur-campur. Banyak jugak yang

aku refer kat buku tu.”“Research proposal kau dah siap belum?”“Belum... em... aku buat lewat sikit kut...”“Apasal?”Perbualan mereka terganggu seketika,

mendengar Hafiz ketawa sendiri. Kedua-duamereka memandang Hafiz.

“Ni ha... Aza ni lawak. Ape da.... Aku tanyabenda lain dia jawab benda lain.”

“Kau chat apa? Tak de kerja ke kau ni?Haha.” Faizal bertanya. Kemudian Faizalmemandang Alif, “Tengok... relaks je dia ni.”

Alif hanya senyum, dan mengangguk.“Jap... aku tanya Aza. Dia orang pergi tak

jamuan tu minggu depan?” Tangan Hafiz lajumenaip di papan kekunci.

Pergi ke tak? Pergi je la. Bukan jauhpun dari Durham ke London... ekeke.

Seketika, balasan daripada Aza diterima.“Aza kata tak tau lagi la,” kata Hafiz. Alif

dan Faizal hanya mendengar.Hafiz menaip lagi.Keluar la dari Durham tu sekali-

Page 39: Velvet Durham

39

Aishah Madadiy

sekala. Bila lagi...

Aza membalas.

Haha... saje nak uji kau, sebenarnyakami insya-Allah, pergi.

Hafiz menaip lagi.

How dare you. Haha. Okey, jumpa diLondon.

Hafiz berpaling memandang dua orangsahabatnya yang duduk bersila di bawah.

“Dia orang pergi. Hee. Saje je aku ajakjejalan London.”

“Oh,” Alif memandang Hafiz. Dia terfikirakan sesuatu. Semua ke akan datang? …naksuruh Hafiz tanya atau tak…. Lama dia berfikir…haih, lupakan....

Hafiz menaip laju.

Okey la Aza. Aku nak off, study.

Aza membalas.

Okey.

Hafiz menaip.

Kirim salam Fid. Ada yang teringatkat sini.Aza bertanya.

Page 40: Velvet Durham

Velvet di Durham

40

Huh. Sape?

Hafiz membalas untuk yang terakhir.

Alip. Hahaha.

Sejurus kemudian, dia sign out daripadaYahoo! Messenger.

“Dia cakap apa lagi?” Faizal ingin tahu.“Dia cakap okey. Aku suruh Aza sampaikan

salam. Hahaha.” Hafiz sudah gelak.“Salam? Kat siapa?” Faizal dan Alif sama-

sama hairan.“Fid.”“Huh???”“Daripada Alip!”Riak wajah Alif berubah. Ada senyum di

bibirnya.