v1ebook 62ms-buat duit dengan rumah tamujomurusduit.com/wp-content/uploads/2018/01/jentayu...saya...
TRANSCRIPT
2
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Penulis: SYAHNAZ AKHTAR MAT ALI
3
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Hakcipta Terpelihara Buku ini ditulis untuk berkongsi pengalaman dan maklumat dengan pembaca. Adalah diharapkan tuan/puan yang membeli buku ini tidak menyebarkan apa jua maklumat di dalamnya tanpa meminta kebenaran bertulis daripada penulis terlebih dahulu. Mudah-mudahan perkongsian ini akan memberi manfaat dan nilai tambah kepada semua pembaca, Insyaa’Allah.
4
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
DEDIKASI
Buat kedua ibu-bapa Thakiyah Hj. Md. Amin dan Mat Ali Hj. Mat Noor yang telah membesarkan dan memberi didikan agar menjadi insan
berguna dan tidak pernah jemu menuntut ilmu.
Buat isteri tercinta, Nor dan anak-anak tersayang, Dania, Adam, Adib dan Dayana yang sentiasa memberi sokongan.
5
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi kesyukuran kepada
Allah S.W.T kerana dengan Izin-Nya jualah saya dapat menyiapkan buku
ini untuk berkongsi pengalaman dengan semua pembaca berkenaan
perniagaan rumah tamu.
Penulisan buku ini terhasil daripada cetusan idea setelah mendapat
inspirasi daripada mentor Dr. Azizan Osman agar berkongsi ilmu dan
kepakaran yang saya miliki sekarang. Mudah-mudahan ianya akan dapat
disebarluas kepada lebih ramai orang dalam membantu mereka untuk
melakukan sesuatu yang belum lagi mereka mulakan.
Setinggi penghargaan kepada semua individu yang telah terlibat sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam penerbitan buku ini.
Jutaan terima kasih kepada pembaca kerana sudi membelanjakan
sejumlah wang untuk membeli serta membaca catatan pengalaman saya
ini. Semoga perkongsian ini akan dapat memberikan sesuatu yang
bermanfaat kepada semua yang terlibat, atau bakal terlibat dalam
perniagaan rumah tamu.
Selamat membaca!
Syahnaz Akhtar Mat Ali [email protected]
6
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
PENDAHULUAN
Sehingga buku ini ditulis, saya telah terlibat dalam perniagaan Bed &
Breakfast (B&B) atau rumah tamu selama hampir 2 tahun. Sebelum ini
saya hanyalah bermula sebagai tetamu, tetapi turut menjadi hos selepas
itu kerana tertarik dengan konsep penginapan B&B semasa tinggal di luar
negara. Apa yang mengejutkan, selepas tempoh setahun bermula saya
telah berjaya mengumpul jualan tempahan sebanyak 6 angka!
Jumlah angka ini sebenarnya tidaklah begitu besar (hanya belasan ribu
ringgit sebulan) bagi pengusaha resort, hotel bajet ataupun hostel tetapi
bagi saya yang pertama kali mengendalikan rumah tamu secara
bersendirian, ia adalah sesuatu yang amat mengujakan. Lebih-lebih lagi
kesemua rumah tamu saya ini bukanlah milik saya sendiri (akan
diceritakan dalam bab seterusnya).
Setakat ini saya telah mempunyai sebanyak 10 unit rumah tamu yang
kebanyakannya adalah di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Manakala rumah tamu di luar Kuala Lumpur pula dikendalikan oleh
pengurus/pemiliknya sendiri. Saya hanya mengambil peranan dalam
membuat promosi dan mengambil sedikit komisyen daripada jualan yang
diperolehi.
Sepanjang menjadi hos, terdapat juga tetamu yang bertukar menjadi
kawan sehinggalah ke hari ini dan menjadi pengunjung setia rumah tamu
saya setiap kali mereka datang ke Kuala Lumpur. Kesemuanya ini bermula
dengan perniagaan rumah tamu!
7
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Bab 1
I definitely recommend to stay at Syah’s place. Great location and Syah was very helpful and cheerful, intelligent and easy going person –
Katerina, Ukraine
Bagaimana Saya Bermula?
Beberapa tahun yang lalu, saya pernah berkhidmat sebagai Penasihat
Kedutaan di Moscow, Rusia selama 2 setengah tahun. Sepanjang berada
di sana, saya banyak terlibat dalam membuat persediaan serta membantu
dalam setiap aktiviti rasmi Kedutaan seperti sambutan Hari Kebangsaan,
Hari Raya Aidilfiri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain.
Bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu kunjungan beliau ke Moscow atas jemputan
Presiden Rusia (kredit gambar: Wan Zuharuddin)
8
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Dalam setiap acara, pihak Kedutaan perlu memastikan agar majlis
berjalan dengan lancar dan para tetamu/jemputan berada dalam keadaan
yang selesa sepanjang ianya berlangsung. Agensi lain yang berada di
bawah Kedutaan juga turut memainkan peranan penting dalam
menganjurkan pelbagai acara/majlis yang antara tujuannya, untuk
mempromosikan Malaysia kepada warga asing di sana.
Sepanjang tempoh itu, saya banyak belajar bagaimana untuk menjadi hos
yang baik, melayan tetamu dengan penuh komited dan membina
rangkaian dengan rakan-rakan baru dari pelbagai negara. Kesempatan
untuk berkunjung ke negara-negara Eropah juga digunakan sepenuhnya
dan sewaktu itulah juga idea untuk memulakan perniagaan rumah tamu
di Kuala Lumpur diperolehi, selepas pulang ke tanah air pada akhir tahun
2011.
Sewaktu berkhidmat di Kedutaan, kesempatan melancong digunakan
sebaik-baiknya kerana kebanyakan negara Eropah termasuk Scandinavia
(Nordic countries) dan negara Baltik (Baltic states) adalah berhampiran.
Kos pengangkutan juga tidak begitu mahal kerana terdapat beberapa
syarikat penerbangan tambang murah seperti Ryan Air, Air Berlin, Air
Baltic dan Norwegian Air (serta banyak lagi) yang terbang ke negara-
negara Eropah ini di samping adanya rangkaian keretapi yang moden dan
efisyen.
Alhamdulillah, setakat ini saya telahpun berkunjung ke 19 buah negara
termasuk Asia dan Timur Tengah serta mendapat banyak idea serta
inspirasi dengan merasai pengalaman tinggal di pelbagai jenis penginapan
seperti hostel, hotel dan termasuklah kediaman penduduk tempatan.
9
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Sekembali ke Malaysia, isu utama ketika saya mula mencari unit hartanah
untuk dijadikan rumah tamu di tengah bandaraya Kuala Lumpur ialah
harganya yang sangat tinggi menyebabkan rancangan saya hampir
tergendala. Sehinggalah saya diketemukan dengan saudara Zaidi Ismail
(seorang pakar kewangan dan pelabur hartanah), ketika sesi perkongsian
beliau dalam Seminar Pelaburan Hartanah pada awal tahun 2012.
Pertemuan dengan saudara Zaidi Ismail di salah sebuah apartment saya di KLCC (kredit gambar: Zaidi Ismail) Idea saudara Zaidi saya telah kembangkan dengan pencarian unit
pertama kategori 'mewah' atau high end di sekitar kawasan KLCC yang
telah sedia dilengkapi perabot dan peralatan asas yang lain. Di sinilah
bermulanya perniagaan rumah tamu saya yang menggunakan kaedah
sublet walaupun pada awalnya perasaan ragu-ragu turut timbul dalam diri
saya. Alhamdulillah, kini ramai usahawan yang telah nampak potensi
perniagaan ini untuk pergi lebih jauh adalah amat memberangsangkan.
10
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Pengalaman Sebagai Tetamu dan Menjadi Hos
Pada tahun 2005, saya telah berpeluang mengikuti satu program di Jepun
di bawah tajaan Japan International Cooperation Agency (JICA). Program
selama 3 minggu ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali
dengan lebih dekat lagi budaya hidup masyarakat Jepun. Ini termasuklah
peluang untuk tinggal dengan keluarga angkat yang menjadi hos saya
selama 3 hari yang telah melayani saya dengan sangat baik.
Setelah pulang ke Malaysia, beberapa bulan kemudian keluarga angkat
saya ini telah mengadakan kunjungan ke Malaysia pula dan tinggal di
rumah saya selama seminggu. Keterujaan saya untuk memperkenalkan
Malaysia serta memberi layanan terbaik kepada mereka membuatkan
saya mengambil keputusan untuk bercuti selama seminggu sepanjang
mereka berada di negara ini.
Tidak berapa lama selepas itu, barulah saya sedar bahawa sebenarnya
saya mempunyai minat serta sangat passionate dalam melakukan perkara
sedemikian. Cuma bezanya sekarang, tetamu-tetamu yang datang tidak
lagi tinggal bersama saya dan keluarga. Pada waktu itu juga, saya belum
lagi terfikir untuk bermula dalam perniagaan rumah tamu dan tidak
mengetahui langsung mengenai platform untuk memasarkannya.
11
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Bab 2
Fantastic location, walking distance to the twin towers, bars, public transport and shopping malls. Apartment was great, heaps of sleeping
room, WIFI worked really well, pool and gym were great to have. Everything you could want in the place was there! – Ella, Australia
Tidak Perlu Modal Besar
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, kesemua rumah tamu saya
bukanlah milik saya sendiri. Saya hanyalah menyewa dan mengurus
rumah-rumah kediaman tersebut tanpa membelinya kerana nilai hartanah
di sekitar KLCC adalah tinggi. Untuk memiliki sebuah serviced apartment
di kawasan ini, harga bagi sebuah unit studio bersaiz 500 kaki persegi
boleh mencecah sehingga RM700 ribu ke RM sejuta lebih!
Walau bagaimanapun, teknik sublet (atau sewa atas sewa) yang telah
saya aplikasikan ke atas semua rumah tamu saya ini telah berupaya
memberikan saya pendapatan sampingan secara tetap. Pada setiap bulan,
saya berupaya memperoleh keuntungan daripada kesemua unit yang
diuruskan setelah menolak kos sewaan kepada tuan rumah serta kos-kos
yang lain juga seperti bil utiliti dan sebagainya.
Sebelum menandatangani surat perjanjian sewa rumah, saya akan
memaklumkan kepada ejen atau tuan rumah bahawa saya sememangnya
akan tinggal di unit-unit tersebut. Pada masa yang sama, saya turut
memaklumkan bahawa saya juga akan membenarkan tetamu saya tinggal
di situ apabila mereka datang ke Kuala Lumpur. Sedikit sebanyak, ia boleh
mengurangkan kos sewaan yang perlu ditanggung pada setiap bulan.
12
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Sekiranya tuan rumah ingin memeriksa rumah mereka secara mengejut
pun, saya tidak pernah risau kerana rumah mereka sentiasa berada dalam
keadaan yang terbaik. Kebanyakan tuan rumah tahu bahawa unit mereka
disewa dan dijadikan rumah tamu, tetapi ianya tidak dinyatakan secara
khusus dalam surat perjanjian atas persetujuan bersama.
Apa yang membuatkan tuan rumah gembira ialah apabila mereka sentiasa
menerima bayaran sewa bulanan tepat pada masanya. Sehinggakan
dalam kes saya, ada tuan rumah yang memujuk saya supaya terus tinggal
dan menyambung lagi kontrak perjanjian sehingga tempoh 2 tahun,
apabila kontrak hampir tamat kerana tidak mahu bertukar penyewa.
Dalam hal ini, pengusaha rumah tamu yang mempunyai hartanah mereka
sendiri adalah lebih beruntung, apatah lagi jika terdapat potensi di
kawasan mereka (kawasan tarikan pelancong, kawasan pantai peranginan
dan sebagainya). Jualan penginapan hasil daripada perniagaan rumah
tamu juga kadangkala boleh menjana keuntungan yang berlipat kali
ganda berbanding jika disewakan secara bulanan.
Saya juga mengenali beberapa orang hos yang mempunyai kediaman
mereka sendiri serta dijadikan rumah tamu. Apa yang menariknya, salah
seorang hos yang tinggal di sebuah kondominium mewah di Kuala
Lumpur memaklumkan bahawa beliau berupaya membayar balik pinjaman
bank pada setiap bulan tanpa menggunakan duit sendiri dengan
menjadikan biliknya sebagai penginapan tetamu.
13
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Banyak penulisan serta ebook berkaitan unit sublet yang boleh didapati di
luar sana. Untuk mengetahuinya, pembaca juga boleh membeli dan
membaca penulisan saudara Mohd Safuan atau lebih dikenali sebagai
Wan Infolelong, seorang pakar hartanah dalam ebook beliau di
http://sublet.com.my di samping ebook yang lain.
Modal dan Kadar Keuntungan
Perniagaan rumah tamu menjanjikan keuntungan yang lumayan sekiranya
tetamu menginap melebihi tempoh minimum bagi mendapatkan semula
kos operasi. Dalam situasi saya, sekiranya jumlah keseluruhan tetamu
menginap mencecah ke 15 malam, ia telah dapat menanggung kos
bayaran sewa bulanan kepada tuan rumah dan kos bayaran bil elektrik,
air, internet dan lain-lain. Manakala baki malam yang seterusnya
merupakan keuntungan bersih yang akan saya perolehi.
Contoh kiraan mudah bagi situasi rumah tamu saya adalah seperti
berikut:
Modal untuk Bermula bagi Kediaman jenis Apartment Studio di KLCC
i. Deposit dan sewa bulan pertama (2+1)
ii. Deposit elektrik dan air
iii. Pembelian kelengkapan rumah tamu (set cadar, tuala, toiletries dan lain-lain) *
RM 6,000
RM 1,000
RM 1,000
Jumlah RM 8,000 * Kelengkapan lain tidak perlu dibeli kerana unit ini adalah fully-furnished
14
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Perbelanjaan bulanan
Kos terlibat Kadar
i. Sewa bulanan (kadar 2 tahun lepas)
ii. Bil elektrik
iii. Bil air
iv. Internet (pakej Unifi VIP5)
v. Pelbagai (toiletries, kopi, teh, gula dan lain-lain)
RM 2,000
RM 300
RM 36
RM 149
RM 200
Jumlah RM 2,685
Pendapatan daripada Perniagaan Rumah Tamu:
i. Kadar satu malam
ii. Jumlah penginapan (minimum)
RM 220
15 malam
Jumlah jualan (RM220 x 15 malam) RM 3,300 * Kadar yang dikenakan kepada tetamu luar negara adalah dalam matawang USD
Keuntungan (15 malam) : RM3,300 – RM2,685 = RM 615
Manakala baki penginapan sebanyak 15 malam lagi adalah merupakan
keuntungan tambahan, sekiranya jumlah tempahan melebihi tempoh
minimum dalam bulan tersebut. Sepanjang menjadi hos, saya telah
beberapa kali menerima tetamu yang menginap lebih daripada 2 bulan
kerana urusan kerja di Kuala Lumpur. Kos penginapan yang beliau bayar
ialah USD1,500 sebulan dan dianggap masih rendah berbanding tinggal di
hotel. Bayangkan keuntungan yang saya perolehi sepanjang bulan-bulan
tersebut, dengan hanya membantu tetamu menjimatkan kos tinggal di
hotel.
15
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Kelebihan Apartment Perkhidmatan
Memilih apartment perkhidmatan (juga kondominium) atau serviced
apartment sebagai rumah tamu memberi kelebihan kepada penyewa
seperti saya kerana kemudahan yang disediakan adalah sangat lengkap.
Segala keperluan yang terdapat dalam apartment telah disediakan oleh
tuan rumah, daripada sebesar-besar TV LCD dan kelengkapan perabot
sehinggalah sekecil-kecil pembakar roti dan pengering rambut!
Sewaktu ketiadaan tetamu, kadangkala saya akan datang bersama
keluarga untuk bermalam di apartment terutamanya pada hujung
mingggu. Dapatlah juga menggunakan kemudahan kolam renang, spa
dan gymnasium secara percuma di samping membuat pemeriksaan
berkala ke atas semua kelengkapan yang ada di apartment.
Unit kediaman rumah tamu pertama saya di kawasan KLCC yang sering ditempah oleh tetamu
16
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Satu lagi kelebihan serviced apartment apabila dijadikan rumah tamu
ialah persekitarannya yang eksklusif. Penyelenggaraan bangunan
dijalankan secara teratur dan jarang timbul masalah kerosakan lif atau
sampah dibuang merata-rata sebagai contoh, kerana terdapat pengawal
keselamatan yang bertugas selama 24 jam.
Di serviced apartment saya, kebanyakan penghuni terdiri di kalangan
warga asing atau expatriate yang rata-ratanya adalah dari golongan
profesional dan pelajar institut pengajian tinggi swasta di ibu negara.
Pemilik-pemilik apartment pula terdiri daripada warga tempatan sendiri
dan juga warga asing yang kebanyakannya membeli hartanah di sini
sebagai pelaburan jangka masa panjang.
Tetamu akan berasa selesa dan selamat apabila tinggal di rumah tamu
sebegini kerana dari segi keselamatan ianya adalah terjamin. Penggunaan
kad elektronik (access card) untuk menggunakan lif turut membuatkan
rumah tamu di serviced apartment lebih mendapat perhatian di kalangan
tetamu sebelum mereka membuat tempahan. Faktor keselamatan
merupakan salah satu kriteria penting terutamanya kepada tetamu luar
yang pertama kali datang ke negara ini.
17
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Bab 3
I had such a great time at Syah's apartment. He was the perfect host: leaving water and juice and picking me up when I got lost on the way there. The apartment was clean and spacious; the shower was hot. I
loved the pool – Emma, Australia
Bed and Breakfast
Istilah ‘bed and breakfast’ atau B&B telah lama digunakan secara meluas
di Eropah yang merujuk kepada hotel kecil dan rumah persendirian,
dijadikan rumah tamu dan turut menyediakan sarapan pagi. Berdasarkan
rujukan Wikipedia, sejak tahun 1980-an istilah B&B juga telah
dipanjangkan kepada penginapan yang turut dikenali sebagai penginapan
self-catering yang biasanya terdiri daripada rumah persendirian,
mempunyai kurang daripada 10 bilik serta digunakan untuk kegunaan
komersial.
Rumah persendirian yang dijadikan rumah tamu (23 Love Lane), di Georgetown, Pulau Pinang (kredit gambar: www.tripadvisor.com)
18
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Para tetamu perlu mengambil ‘inisiatif’ untuk menguruskan sendiri
kebersihan rumah tamu serta menyediakan sarapan pagi mereka sendiri
kerana segala kelengkapan dalam rumah tamu tersebut telahpun
disediakan oleh pihak hos.
Berdasarkan satu artikel (Bed, Breakfast and Beyond) di majalah Times
pada November 2002, Penginapan B&B adalah sangat popular di kalangan
pengunjung dari Britain, Jerman, Kanada, Perancis dan Australia yang
sudah biasa menggunakan perkhidmatan tersebut di negara mereka.
Bagi saya, walau apapun panggilan atau gelaran yang diberikan kepada
rumah tamu, ia telah menjadi satu trend di kalangan tetamu yang
mungkin tidak lagi gemar menginap di hotel. Kemudahan dan
perkhidmatan yang ditawarkan juga mungkin jauh lebih baik daripada
hotel bertaraf 3-5 bintang, dengan harga yang lebih rendah.
Homestay
Di Malaysia, terdapat kekeliruan tentang penggunaan istilah homestay di
kalangan pengusaha rumah tamu. Mengikut laman web Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (http://www.motac.gov.my/),
program homestay adalah pengalaman di mana pelancong tinggal
bersama keluarga yang dipilih, berinteraksi dan menimba pengalaman
kehidupan seharian keluarga homestay dan juga mempelajari budaya
masyarakat luar bandar di Malaysia.
19
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Produk homestay tidak digolongkan sebagai kemudahan penginapan. Ia
lebih memfokuskan kepada gaya hidup dan pengalaman, termasuk
budaya dan kegiatan ekonomi.
Istilah homestay yang digunakan oleh ramai pengusaha hanyalah merujuk
kepada tempat penginapan dan bukannya program kerana kebanyakan
daripada mereka tidak menyediakan aktiviti berikut:
(i) Budaya dan Gaya Hidup
• Sejarah
• Tarian tradisional, lagu tradisional dan makanan tradisional
• Permainan dan sukan tradisional
• Budaya: perkahwinan, majlis korban, dan upacara keramaian
(ii) Aktiviti Ekonomi
• Menoreh getah
• Penternakan ikan
• Pertanian: padi, koko, minyak sawit, buah-buahan
(iii) Rekreasi
• Melawat kawasan-kawasan sekitar homestay (sightseeing)
• Merentas hutan (jungle tracking)
• Arung jeram (white water rafting)
• Melawat produk pelancongan berdekatan
20
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
(iv) Pemuliharaan Alam Sekitar
• Program menanam pokok: para pelancong digalakkan untuk menanam
pokok di homestay yang dilawati dengan tujuan untuk memulihara
alam sekitar dan juga mencantikkan lagi lanskap homestay tersebut.
Program homestay di Malaysia menawarkan peluang kepada tetamu untuk tinggal di kampung tradisional Melayu yang programnya telah diatur oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (kredit gambar: www.malaysiantour.org)
Homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan mempunyai logo
‘Program Homestay Malaysia’ dan juga surat kelulusan daripada pihak
Kementerian. Maklumat lengkap berkenaan homestay yang dikendalikan
secara rasmi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
ialah: http://www.go2homestay.com/.
21
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Bukan Sekadar Rumah Tamu Ramai yang beranggapan bahawa menguruskan perniagaan rumah tamu
atau B&B adalah satu perkara yang mudah, dengan hanya menerima
tempahan, menunggu tetamu ketika daftar masuk dan seterusnya ketika
daftar keluar. Sebenarnya dalam menguruskan rumah tamu,
tanggungjawab yang dipikul oleh seorang hos sangatlah besar kerana
ekspektasi sebilangan tetamu adalah sangat tinggi.
Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh setiap hos
dalam menguruskan rumah tamu ialah:
i. Ketepatan maklumat
Gambar-gambar yang diiklankan secara on-line (atau offline)
hendaklah gambar sebenar unit yang hendak dijadikan rumah
tamu. Gunakan khidmat jurugambar profesional untuk mendapat
gambar yang lebih cantik dan meyakinkan. Lokasi rumah tamu
juga perlu dijelaskan dengan lebih spesifik setelah tempahan
telah diterima.
Pada peringkat awal, untuk menarik lebih ramai tetamu
berpotensi untuk membuat tempahan, seseorang hos bolehlah
menurunkan sedikit kadar sewa sebanyak 20% daripada kadar
biasa yang dikenakan oleh hos yang lain (di kawasan yang sama)
bagi mendapatkan lebih banyak tempahan. Kalendar tempahan
(secara offline) juga perlu sentiasa dikemaskini.
22
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
ii. Komunikasi
Maklumbalas dan jawapan kepada bakal tetamu yang
bertanyakan soalan perlu dilakukan sepantas mungkin oleh
seorang hos. Kesegeraan memberikan maklumbalas bakal
menentukan rating dan populariti seorang hos dalam
penyenaraian unit dan turut menyumbang kepada lebih banyak
pertanyaan dan seterusnya, tempahan.
Hos juga perlu maklumkan kepada tetamu dari semasa ke
semasa sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam
penyediaan rumah tamu (sebagai contoh, kolam renang ditutup
sementara untuk penyelenggaran atau terdapat kebocoran yang
perlu dibaiki) supaya tidak timbul perasaan tidak puas hati
apabila tetamu mendaftar masuk kelak. Peraturan rumah juga
perlu dijelaskan kepada tetamu sekiranya ada.
iii. Komitmen
Sebagai seorang hos, komitmen sepenuhnya perlu diberikan
kepada semua tetamu dari segi menyalurkan maklumat
tambahan kepada tetamu walaupun tidak diminta. Hos perlulah
meletakkan dirinya di tempat tetamu agar beliau lebih peka
dengan keperluan dan kemahuan tetamu apabila mereka berada
di rumah tamunya.
23
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Berbekalkan komitmen berpanjangan, perkhidmatan seorang hos
serta rumah tamunya akan lebih dikenali lebih-lebih lagi apabila
tetamunya memberikan maklumbalas positif. Sebagai contoh,
salah sebuah rumah tamu saya telah dibuat video review oleh
pasangan tetamu dari New York dan dimuatnaik ke dalam laman
Youtube. Ini telah memberikan satu kelebihan kepada saya
berbanding hos yang lain, apabila tetamu ingin membuat
tempahan.
iv. Kebersihan
Kebersihan rumah tamu menjadi satu kemestian agar tetamu
berasa selesa dan seronok untuk tinggal di sini. Adalah penting
untuk memberikan first impression yang baik kepada tetamu
tentang tahap kebersihan yang ditekankan oleh hos. Lapisan
habuk nipis di atas rak buku atau TV sebagai contoh, juga tidak
boleh dipandang remeh kerana ia akan memberikan tanggapan
kepada tetamu bahawa unit yang disediakan adalah tidak bersih.
Kelengkapan untuk tetamu seperti tuala mandi, tuala dapur serta
set cadar perlu diganti terus dengan yang baru setelah melepasi
tempoh yang tertentu. Walaupun ianya bersih setelah dibasuh,
kadangkala ianya masih nampak kusam sekiranya telah lama
dipakai (wear and tear) dan mungkin dilihat tidak lagi sesuai
untuk digunakan oleh tetamu.
24
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Bab 4
I discovered Airbnb just a day before checking in at Syah's apartment. Airbnb website is very impressive and easy to decide where you want to stay. With the many positive reviews about Syah, I gain confidence and
sure enough he was a man of his words – Hisham, Johor
Apa itu Airbnb?
Menggunakan slogan ‘Travel Like a Human, Stay Like a Local’, Airbnb
(www.airbnb.com) ialah sebuah syarikat yang diasaskan oleh 3 orang
pemuda iaitu Brian Chesky (Ketua Pegawai Eksekutif), Nathan Blecharczyk
(Ketua Pegawai Teknologi) dan Joe Gebbia (Ketua Pegawai Produk) pada
bulan Ogos 2008 yang beribu pejabat di San Francisco, Calfornia.
Laman web Airbnb menyediakan platform yang komprehensif tetapi mudah difahami untuk digunakan oleh tetamu dan juga hos di serata dunia.
25
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Setakat ini sahaja, terdapat lebih 500 ribu penyenaraian (listings) tempat
tinggal (selain bilik hotel) boleh ditemui di lebih 34 ribu bandar, di 192
negara di seluruh dunia. Jumlah tetamu yang menggunakan Airbnb pula
adalah lebih daripada 9 juta orang (data Airbnb, September 2013). Airbnb
menyediakan satu platform atau sistem secara atas talian (on-line) dan
melalui telefon pintar (menggunakan aplikasi Android dan iOS) yang
menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk membuat tempahan
tempat tinggal di serata dunia.
Gambar di dalam Air truck, sewaktu Airbnb mengadakan roadshow di sekitar Kuala Lumpur (kredit gambar: Airbnb)
Kemudahan turut disediakan kepada hos untuk memasukkan ‘listing’
mereka dalam memantau serta menerima tempahan daripada tetamu.
Selain daripada Airbnb, syarikat lain seumpamanya yang turut
menyediakan kemudahan tersebut adalah seperti:
i. www.roomorama.com
ii. www.travelmob.com
iii. www.pandabed.com
26
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
iv. www.9flats.com
v. http://www.wimdu.com
vi. www.ibilik.my
Mengapa Pilih Airbnb?
Daripada kesemua senarai platform yang disenaraikan di atas, saya telah
memilih untuk menggunakan platform Airbnb kerana sistem yang
dibangunkan oleh mereka adalah amat komprehensif dan sangat menarik.
Terbaru sekali, pihak Airbnb turut menawarkan ‘Airbnb Host Guarantee’
atau ‘Jaminan Hos Airbnb’ (https://www.airbnb.com.my/guarantee)
sehingga RM3 juta sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ke atas
penginapan yang disenaraikan di bawah syarikat mereka.
Perlindungan yang ditawarkan oleh Airbnb adalah hasil kerjasama dengan
syarikat insuran terkemuka iaitu Lloyd’s of London. Sehingga ke hari ini
terdapat 26 negara yang telah disenaraikan di bawah jaminan hos ini
termasuklah Thailand, Indonesia dan Australia. Walau bagaimanapun,
perlindungan insuran ini tidak merangkumi barang kemas dan wang tunai,
barang koleksi serta karya seni, haiwan peliharaan dan juga liabiliti
peribadi.
Jaminan Hos daripada Airbnb, memberikan satu ketenangan fikiran (kredit gambar: www.airbnb.com)
27
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Airbnb juga mempunyai pejabat di Singapura untuk memantau operasi
mereka di seluruh Asia Tenggara. Sepanjang saya menjadi hos, wakil
daripada pejabat Singapura telah beberapa kali mengadakan pertemuan
dengan hos yang dijemput di Kuala Lumpur termasuklah mengadakan
jamuan makan tengahari dan makan malam. Ketika pertemuan inilah
wakil Airbnb akan memaklumkan segala perkembangan terbaru mengenai
Airbnb yang turut memberi kemudahan kepada hos terutamanya yang
masih baru.
Sewaktu pertemuan dengan JJ Chai, Pengarah Urusan Airbnb Asia Tenggara (kredit gambar: Airbnb)
Sewaktu berada di luar negara, saya sempat merasai pengalaman
menggunakan kemudahan Airbnb sebagai tetamu ketika melancong ke
Istanbul, Athens, Venice, Amsterdam, Paris, Copenhagen, dan Madrid.
Layanan daripada kesemua hos yang saya temui adalah amat
mengkagumkan.
Daripada situ jugalah sebenarnya saya telah jatuh cinta dan tertarik untuk
terus menggunakan perkhidmatan Airbnb sebagai hos dan tidak
bercadang untuk tinggal di hotel sebagai tetamu sekiranya saya bercuti ke
luar negara pada masa hadapan.
28
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Caravan Airstream turut disenaraikan oleh seorang hos di Andalusia, Sepanyol sebagai rumah tamu (kredit gambar: www.airbnb.com) Keunikan Airbnb tidak hanya terletak kepada penyenaraian rumah yang
biasa-biasa sahaja, tetapi juga terdapat rumah pondok, rumah bot,
banglo persendirian, istana lama sehinggalah villa mewah di pulau
persendirian. Terpulanglah kepada citarasa dan bajet tetamu sendiri
untuk memilih dan tinggal di kediaman yang mereka ingin rasai sendiri
keunikannya.
29
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Bab 5
It was our first time using Airbnb for accomodation in KL and our experience has definitely superseded our expectations – William,
Singapore
Menjadi Hos dengan Airbnb Airbnb memberi kemudahan kepada pengguna sebagai hos (atau tetamu)
dengan hanya perlu mendaftar menggunakan emel atau melalui akaun
Facebook. Selepas itu, pengguna hanya perlu mencari senarai penginapan
yang diinginkan ataupun memasukkan maklumat penginapan mereka
untuk bermula menjadi hos. Berikut adalah langkah-langkah asas yang
perlu dilakukan oleh setiap hos untuk menggunakan Airbnb sebagai
platform sistem rumah tamu mereka:
Membuka Akaun
Untuk membuka akaun dengan Airbnb, seorang hos perlulah mengakses
ke laman web www.airbnb.com terlebih dahulu. Pendaftaran akaun
adalah sama seperti pendaftaran akaun emel dengan memasukkan profail
(maklumat peribadi, gambar) dan seterusnya mendapatkan verifikasi
daripada Airbnb dengan melengkapkan alamat emel, nombor telefon dan
lain-lain (ikuti langkah-langkah yang disediakan di laman web).
30
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Menyenaraikan Rumah Tamu
Untuk menyenaraikan rumah tamu, tekan butang ‘List Your Space’
selepas semua maklumat asas dilengkapkan. Seterusnya masukkan segala
maklumat yang diperlukan seperti deskripsi jenis penginapan (rumah,
apartment, B&B dan lain-lain), set lokasi dan peta, kalendar, gambar,
kadar harga, sistem pembayaran dan lain-lain (ikuti langkah-langkah yang
disediakan di laman web). Setelah kesemua maklumat dilengkapkan,
rumah tamu tersebut telahpun sedia disenaraikan apabila carian dibuat
melalui laman web Airbnb.
Mengaturkan Sesi Fotografi
Apa yang menarik tentang Airbnb ialah, mereka juga turut menyediakan
perkhidmatan fotografi profesional secara percuma. Jurugambar yang
telah dilantik oleh Airbnb akan mengatur pertemuan dengan hos untuk
mengambil gambar rumah tamu. Setelah gambar-gambar profesional
dimuatnaik (selepas seminggu ke dua minggu sesi fotografi) ke laman
web Airbnb, terpulanglah kepada hos untuk mengekalkan gambar-gambar
lama atau boleh digantikan terus dengan gambar baru yang tampak lebih
profesional.
Promosi
Seorang hos boleh menggunakan pautan akaun Airbnb beliau dengan
meletakkan di laman sosial ataupun mana-mana laman web serta blog
untuk mempromosikan penginapannya. Airbnb merupakan sebuah
syarikat yang menyediakan platform yang terbaik kepada hos (juga
31
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
tetamu). Antara lokasi yang amat berpotensi untuk disenaraikan dalam
Airbnb ialah seperti tempat pelancongan di sekitar Malaysia, termasuklah
pulau-pulau peranginan seperti Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Pulau
Perhentian dan banyak lagi.
Caj Perkhidmatan dan Kaedah Pembayaran
Pihak Airbnb mengenakan caj perkhidmatan yang minimum kepada hos
iaitu sebanyak 3% apabila tempahan telah dibuat oleh tetamu. Sebagai
contoh, bagi tempahan penginapan yang berjumlah USD100 bayaran
yang akan diperolehi oleh hos ialah sebanyak USD97 setelah ditolak USD3
sebagai caj daripada Airbnb.
Rekod transaksi akaun Paypal saya yang menunjukkan jumlah tempahan penginapan bagi tempoh 30 hari
Tetamu pula perlu membayar caj tambahan di antara 3-7% daripada
jumlah keseluruhan yang akan dibayar kepada hos (bergantung kepada
bilangan tempoh bermalam, jika lebih lama lebih rendah cajnya).
32
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Kaedah pembayaran kepada hos pula amat mudah iaitu dengan
menggunakan transaksi Paypal (3-4 jam), Western Union (1 hari),
pindahan terus ke bank tempatan (5-7 hari) atau Prepaid Master Card (1
jam). Bayaran hanya akan dipindahkan ke akaun hos selepas tempoh 24
jam tetamu mendaftar masuk. Ini bagi memastikan kedua-dua pihak telah
berjaya memuktamadkan urusan daftar masuk (check-in) tanpa sebarang
masalah.
Selepas 24 jam, Paypal akan memaklumkan melalui emel tentang bayaran yang telah dibuat oleh Airbnb. Sekiranya terdapat pihak yang tidak berpuas hati atas sebab-sebab yang
tertentu, sebelah pihak lagi boleh menghubungi Airbnb dengan segera
untuk menyekat pembayaran tersebut dan akan dipulangkan kepada
tetamu setelah diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak Airbnb.
33
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Bab 6
The apartment is maintained to a very high standard (it's practically new) and excellent value for money. It's like a home away from home and my wife and I
already miss staying there – Asad, U.K
Tips Mencari Kediaman Sesuai
Saya belajar menjadi hos bermula dengan rumah kediaman saya sendiri
(secara percuma), sewaktu keluarga angkat Jepun saya datang ke
Malaysia untuk bercuti selama seminggu pada 9 tahun yang lalu.
Beberapa tahun selepas itu, saya mendapat ilham pula untuk
menjalankan perniagaan rumah tamu saya sendiri kerana minat saya
untuk mengenali lebih ramai orang dari segenap pelusok dunia.
Apa yang saya lakukan ketika mula-mula mencari kediaman yang sesuai
ialah dengan melihat kepada lokasi. Lokasi rumah tamu yang strategik
akan menarik minat tetamu untuk membuat tempahan dan tinggal di situ.
Untuk memastikan lokasi tersebut sesuai ataupun sebaliknya, pastikan
ianya berada berhampiran dengan kemudahan awam atau tempat tarikan
pelancong. Sebab itulah saya memilih kawasan Menara Berkembar KLCC
sebagai kawasan pilihan utama rumah tamu saya.
Selain membuat carian melalui syarikat hartanah, carian bagi lokasi
kediaman untuk dijadikan rumah tamu boleh juga dilakukan melalui
laman web seperti berikut:
i. http://www.propwall.my/
ii. http://www.iproperty.com.my
34
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
iii. http://www.propertyguru.com.my/
iv. http://www.mudah.my/
Setiap kediaman untuk rumah tamu yang saya pilih kebanyakannya
adalah daripada jenis serviced apartment dan kondominium yang telah
dilengkapkan dengan perabot dan kemudahan asas yang lain (fully-
furnished). Walaupun kadar sewanya agak tinggi, saya tidak perlu lagi
memikirkan tentang kelengkapan yang perlu dimasukkan sebelum rumah
tamu boleh terus beroperasi.
Perlu dipastikan juga rumah tamu yang bakal diuruskan seboleh-bolehnya
berada dekat dengan rumah kediaman kita sendiri bagi memudahkan
kerja-kerja operasi seperti pembersihan dan penyediaan unit sebelum
tetamu datang menginap.
Kelengkapan dalam Rumah Tamu
Bagi memastikan rumah tamu kita adalah yang terbaik di kalangan hos
yang lain, kelengkapan utama perlu disediakan kepada tetamu di samping
kelengkapan tambahan yang lain. Antara kelengkapan utama yang biasa
disediakan oleh seorang hos ialah:
i. televisyen
ii. set sofa
iii. penghawa dingin/ kipas angin
iv. peti sejuk
v. set meja makan
vi. peralatan dapur untuk memasak
35
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
vii. minuman seperti teh, kopi dan gula
viii. kelengkapan bilik tidur: almari, katil, tilam, bantal, cadar dan
selimut
ix. seterika dan ironing board
x. peralatan mandian: tuala, sabun dan syampu
Walau bagaimanapun, pada hari ini ekspektasi tetamu adalah berbeza
terutamanya bagi yang datang dari luar negara. Antara kemudahan
tambahan yang saya berikan kepada tetamu ialah:
i. internet / WIFI
ii. pemain DVD
iii. permainan konsol
iv. katil sofa (sofa bed)
v. pengering rambut
vi. mesin basuh
vii. penyedut hampagas
viii. katil bayi
Walaupun tidak semua unit rumah tamu perlu disediakan dengan
kemudahan-kemudahan tambahan ini, talian internet/WIFI kini telah
menjadi satu keperluan asas yang diharapkan oleh kebanyakan tetamu
dan perlu dipasang di setiap rumah tamu. Kemudahan inilah yang akan
membuatkan para tetamu berasa gembira apabila mereka berada di
rumah tamu.
36
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Bab 7
Syah is a legend! Such a friendly welcoming host and he really goes the extra mile to help you enjoy your stay – Sharon, Australia
Tips Menjadi Hos yang Hebat
Sebenarnya tidak susah untuk menjadi hos yang nampak hebat di mata
tetamu sekiranya ia dilakukan dengan penuh kesungguhan, minat serta
niat yang ikhlas untuk buat yang terbaik demi keselesaan tetamu. Apabila
kita meletakkan diri kita di situasi atau tempat mereka, kita sendiri akan
dapat mengetahui tentang keperluan yang diinginkan apabila kita
menginap di sesuatu tempat.
Dengan cara inilah seorang hos akan menjadi lebih peka tentang
kemudahan sedia ada yang perlu ditambah atau ditambah baik dalam
memastikan rumah tamunya sentiasa berada dalam keadaan yang
terbaik, dengan kemudahan yang lengkap.
Bagi tetamu yang datang dari luar negara, tidak ada yang lebih baik
apabila mereka dapat berhubung dengan hos sebelum mereka sampai ke
Malaysia. Segala tips dan maklumat asas yang diperlukan dapat diperolehi
dengan mudah apabila seorang hos mengambil inisiatif untuk memberikan
maklumat yang berkaitan sebelum tetamu menjejakkan kaki di negara ini.
Apabila tetamu membuat tempahan di hotel, apa yang biasa mereka
dapat hanyalah maklumat asas yang diperolehi di laman web hotel
tersebut. Tetamu juga mungkin perlu mencari sendiri maklumat-maklumat
37
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
lain yang diperlukan seperti jenis dan kos pengangkutan ke pusat bandar
daripada lapangan terbang, tempat-tempat yang boleh dilawati dan
sebagainya.
Seorang hos boleh memberikan perkhidmatan tambahan dengan caj
minimum (atau tanpa caj) kepada tetamu seperti membawa mereka
menikmati makanan tempatan, menghantar tetamu ke stesen LRT atau
bas ketika hari hujan atau membawa mereka membuat city tour singkat
di sekitar kawasan rumah tamu.
Hos juga boleh meletakkan minuman tambahan selain air mineral seperti
teh dan kopi serta makanan ringan seperti biskut dan mi segera untuk
kegunaan tetamu secara percuma. Dengan melakukan perkara-perkara
mudah seperti ini, tetamu secara tidak langsung akan lebih gembira
dengan perkhidmatan tambahan tersebut yang mungkin tidak dijangka
oleh mereka ketika di peringkat awal membuat tempahan.
Dalam menjalankan perniagaan ini, sedikit sebanyak kita telah membantu
tetamu dan secara tidak langsung boleh menjana pendapatan tambahan
lain pula. Sebagai hos, kita juga boleh melakukan perkara-perkara
berikut:
i. Menawarkan khidmat airport transfer kepada tetamu
ii. Menyediakan pakej lawatan ke lokasi tarikan pelancong
iii. Menyediakan perkhidmatan membersihkan apartment (sekiranya
tetamu tinggal untuk jangka masa panjang)
iv. Menawarkan perkhidmatan kereta sewa
v. Mewujudkan rangkaian perniagaan dengan tetamu (ramai tetamu
yang saya kenali mempunyai perniagaan mereka sendiri)
38
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Testimoni Tetamu Tiada yang lebih bermakna daripada menerima maklumbalas serta
testimoni positif daripada para tetamu yang memaklumkan bahawa
mereka amat berpuas hati dengan penginapan dan perkhidmatan yang
telah diberikan. Segala persediaan dan penat lelah yang dicurahkan akan
turut hilang selepas itu.
Maklumbalas positif inilah yang sebenarnya akan menaikkan reputasi
seorang hos dan memastikannya akan terus kekal dalam perniagaan
rumah tamu ini. Bagi hos yang menjalankan perniagaan ini secara sambil
lewa dan tidak disertakan dengan minat serta kesungguhan, risiko untuk
tidak bertahan lama akan terjadi lebih-lebih lagi apabila banyak
maklumbalas negatif diterima daripada tetamu.
Sehingga ebook ini ditulis, saya telah menerima sebanyak 140 maklumbalas yang kesemuanya adalah positif.
Apa yang cuba ditekankan ialah, untuk menjadi seorang hos ianya perlu
disertakan dengan minat mendalam atau passion. Seorang hos hendaklah
sentiasa cuba sedaya-upaya untuk memastikan semua tetamu yang
datang berada dalam keadaan yang selesa.
39
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Berikut adalah antara maklumbalas yang saya terima daripada para
tetamu:
“This is the first time I have used airbnb and all I can
say is how positively surprised I was about the outcome.
But that wouldn't be without having such a wonderful
and accommodating host like Syah. Not only a host
anymore but also a friend.” – Chris, Germany
“From start to finish, Syah made my stay in Kuala
Lumpur extremely easy and one that I'm going to be
doing fairly frequently. The booking process was
extremely quick and Syah's response times and
information were quick and filled with all the information
I needed.” – Glen, U.K
“From all the great reviews from other travellers,
needless to say I only have positive things to say. Firstly,
Syah is really a great host. He's really helpful from when
I first booked this apartment to when i needed directions
to go to places when I was already in KL.” – Filza,
Singapore
“Syah was super accommodating and flexible with my
ever changing work schedule. I would highly recommend
anyone to stay with him if they visit KL!” - Candice, U.S
40
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
“We spent a good week at this apartment. Unbeatable
location, breathtaking vistas from the pool into the
Petronas Towers, and a comfy place to relax. The best
part of it is the host. Syah is as nice as they come and
super helpful. We'll definitely rent this apartment again if
we get the chance to visit KL again.” - Enrique, Spain
“My friends and I had a wonderful stay at Syah's
apartment. Syah was a wonderful host and provided us
with all information and assistance required by us.
Though we arrived earlier than the usual check in time,
he was accommodating and provided us with the option
of an early check in.” - Aswathy, India
“Syah was a really fantastic host. He waited for us at the
apartment to arrive from the airport so that we could
check in straight away, and provided us with a very
affordable trip back there for our flight home (which
included a drive-thru tour of Putrajaya!). He also gave us
many great suggestions for different things to do in KL.”
- Clare, Australia
“Our first experience with Airbnb was great, thanks to
Syah. He is a great host, very kind and friendly person!
He was responding to all our emails/sms in short time,
we felt very positive about him even before the
meeting.” - Gulnaz, Netherlands
41
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Bab 8
Syah is the epitome of a true Airbnb host. Always proactive and very responsive. He was not able to attend to me checking in but I had no problems
doing so with his clear directive – Ryana, Singapore
Cabaran Menguruskan Rumah Tamu
Terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh pengusaha rumah
tamu apabila menjadi hos. Sekiranya rumah tamu diuruskan sendiri tanpa
bantuan orang lain, banyak masa perlu dihabiskan untuk memastikan
perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada tetamu. Ini termasuklah
kerja membersih dan menyediakan unit, menunggu tetamu tiba untuk
daftar masuk dan juga melayan serta membalas pertanyaan tetamu
sebelum/selepas tempahan dimuktamadkan.
Tetamu yang datang daripada latar belakang berbeza mempunyai
pelbagai tingkah laku yang kadangkala memerlukan kesabaran yang
tinggi. Antaranya sebagai contoh, meminta hos untuk menukar cadar
selepas sehari menginap kerana sangat sensitif dengan habuk, meminta
hos datang di tengah malam kerana kehilangan kunci atau meminta
selesaikan masalah talian internet, membatalkan tempahan sejurus
selepas tiba hanya kerana kad elektronik tidak berfungsi di salah satu lif
(masalah teknikal) serta banyak lagi.
Secara ringkasnya, perkara-perkara tersebut merupakan asam garam
dalam menguruskan ragam serta gelagat manusia yang menggunakan
perkhidmatan yang ditawarkan. Setelah sehabis baik melakukannya,
tetapi masih tidak mencapai ekspektasi atau harapan tetamu, kita hanya
42
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
perlu terima dan tidak perlu mengeluh kerana pelanggan adalah sentiasa
betul dan mereka juga adalah raja.
Persiapan Menerima Tetamu Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh seorang hos
sebagai persiapan sebelum, semasa dan selepas menerima tetamu. Saya
sering menerima ‘nota terima kasih’ (thank you note) daripada para
tetamu apabila mereka keluar dari rumah tamu saya kerana persiapan
yang saya lakukan untuk mereka. Janganlah terlalu berkira dengan duit
yang perlu belanjakan, cuba fikirkan tentang keselesaan tetamu terlebih
dahulu.
‘Thank you note’ yang ditinggalkan oleh tetamu kerana berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Sebelum :
i. Membersih dan menyiapkan rumah tamu.
ii. Menyediakan barang-barang keperluan seperti tuala, sabun
mandi, syampu serta tisu tandas.
43
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
iii. Menyediakan teh, kopi, gula, air minuman/mineral, air
berkarbonat serta makanan ringan seperti mi segera, biskut dan
roti.
iv. Memastikan peralatan dapur adalah lengkap (gelas, cawan,
sudu/garpu, pinggan-mangkuk serta set memasak).
v. Memastikan terdapat penyangkut baju digantung dalam almari
pakaian di samping pengering rambut dan seterika.
vi. Menyediakan tuala, bantal serta selimut tambahan.
vii. Meletakkan bahan bacaan, buku, majalah, peta dan brosur
berkenaan restoran serta tempat-tempat menarik yang boleh
dilawati.
viii. Menghubungi tetamu beberapa hari sebelum tarikh ketibaan
untuk peringatan bersama.
ix. Mendapatkan maklumat penerbangan/perjalanan tetamu supaya
dapat merancang waktu daftar masuk (check-in) pada masa
yang dipersetujui (saya agak fleksibel dengan masa, tidak seperti
hotel).
x. Memberikan maklumat yang tepat kepada tetamu berkenaan
lokasi rumah tamu dan cara-cara untuk sampai ke lokasi.
xi. Memberikan nombor-nombor telefon penting untuk dihubungi
seperti teksi, polis dan hospital.
Semasa :
xii. Menghubungi atau menghantar pesanan ringkas kepada tetamu
pada hari perjalanan/ketibaan untuk mengetahui status lokasi
tetamu dan mengesahkan sekali lagi tempat pertemuan.
xiii. Membawa tetamu ke unit yang telah ditempah setelah mereka
sampai.
44
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
xiv. Memaklumkan kepada tetamu peraturan rumah tamu (sekiranya
ada), kata laluan internet, cara menggunakan mesin basuh,
ketuhar gelombang mikro, TV dan lain-lain lagi.
xv. Membawa atau menunjukkan kepada tetamu restoran/kafe
berdekatan sekiranya mereka berasa lapar dan ingin makan.
Selepas :
xvi. Mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan mereka.
xvii. Memberikan maklumbalas kepada tetamu yang telah menginap.
Airbnb akan menghantar emel kepada hos meminta maklumbalas dan rating untuk diberikan kepada tetamu.
xviii. Menghantar emel kepada tetamu beserta gambar-gambar yang
telah diambil sekiranya ada.
xix. Menghantar emel/sms bertanya khabar, memberi ucapan ringkas
pada hari-hari tertentu seperti ucapan tahun baru, hari lahir dan
sebagainya.
Senarai di atas adalah antara perkara-perkara yang saya lakukan
sebagai persiapan menerima tetamu. Para pembaca pasti boleh
lakukan yang lebih baik dengan menambah lagi senarai semak di atas
untuk membuatkan tetamu rasa gembira dan mengingati anda sebagai
seorang hos yang hebat.
45
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Catatan dan Kenangan Menjadi Hos Banyak pengalaman serta kenangan yang saya perolehi dan kadangkala
turut dikongsikan di status laman Facebook saya sepanjang menjadi hos.
Pengalaman-pengalaman tersebut juga banyak membantu saya belajar
tentang tetamu, sejarah serta budaya negara mereka yang memberikan
pelbagai perspektif baru kepada cara saya berfikir. Berikut adalah antara
cerita-cerita menarik untuk tatapan pembaca.
Tetamu Jutawan Sepanjang saya menjadi hos dan menerima tetamu, ada di kalangan
mereka yang datang dari golongan kaya/berada tetapi tidak suka tinggal
di hotel mewah dan memilih untuk tinggal di rumah tamu. Tidak lama
dahulu, seorang tetamu yang berasal dari Perancis telah menempah
penginapan saya dan tinggal di sini selama sebulan.
Sepanjang tempoh tersebut, saya tidak tahu bahawa beliau adalah
seorang yang dikenali di kalangan penonton rancangan kewangan di
saluran berita TV CNBC dan Bloomberg. Di Malaysia pula, beliau telah
beberapa kali ditemuramah oleh pihak akhbar dan stesen radio untuk
membicarakan tentang pasaran saham di Malaysia.
Kedatangan beliau ke Malaysia adalah untuk melihat pembangunan projek
sekolah yang diasaskannya (bersama beberapa orang rakan Malaysia) di
Kuala Lumpur yang ditubuhkan untuk pembelajaran anak-anak pelarian.
Setelah saya membuat carian tentang sekolah tersebut dan nama beliau,
beliau rupa-rupanya adalah seorang Pengurus Dana (Fund Manager) yang
mempunyai sebuah syarikat Pengurusan Modal (Capital Management) di
46
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Florida yang menguruskan portfolio pelanggan yang nilainya mencecah
ratusan juta USD.
Beliau yang banyak meluangkan masa di Jogjakarta, telahpun memohon
untuk menetap di Malaysia di bawah program Malaysia My Second Home
(MM2H) dan membeli sebuah hartanah di Bukit Bintang yang dijangka
akan siap 2 tahun lagi.
Tempahan daripada ‘Tauke’ Hotel
Saya pernah menerima tempahan daripada seorang tetamu yang
menguruskan 4 buah hotel bajet di Bukit Bintang dan ianya membuat
saya sedikit sangsi tentang tujuan sebenar beliau menempah unit B&B
saya di KLCC. Beliau adalah seorang expatriate daripada Timur Tengah
(dibesarkan di Amerika Syarikat) yang telah tinggal di Malaysia lebih 3
tahun.
Setelah berjumpa dan berbicara dengan beliau, barulah saya tahu bahawa
beliau mahu ahli keluarganya yang datang melawat berasa lebih selesa
tinggal di unit B&B berbanding tinggal di hotel bajetnya. Setelah
memancing beliau dengan pelbagai soalan, saya berjaya mendapat
maklumat bahawa kesemua hotel-hotel bajet tersebut disewa daripada
beberapa orang pemilik dengan kadar lebih kurang RM15 ribu sebulan.
Secara kasarnya setiap hotel memberi pendapatan sebanyak RM45 ribu
sebulan. Walaupun setelah ditolak kos operasi, saya rasa ianya masih
berbaloi-baloi. Siapa kata nak buat perniagaan ini perlu ada hartanah
sendiri? Ini telahpun dibuktikan oleh rakan expatriate kita ini yang tidak
perlu pun mempunyai bangunan sendiri untuk menjadi tauke hotel.
47
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
‘Taiko’ Rumah Sewa
Sepanjang saya menjadi hos, saya selalu ternampak seorang wanita
berbangsa Cina dalam lingkungan umur 50an yang sering keluar masuk
ke apartment dan kadangkala menunggu klien beliau di lobi. Sebelum ini
saya membuat andaian bahawa beliau juga adalah seperti ejen lain,
membawa pelanggan untuk melihat dan memilih unit-unit yang sesuai
untuk didiami mereka.
Kemudian barulah saya tahu, wanita ini adalah seorang 'taiko' kerana
beliau sebenarnya menguruskan lebih daripada 70 unit apartment ini
secara berseorangan! Setelah berpeluang mengenalinya, barulah saya
tahu beliau dibayar oleh pemilik-pemilik rumah untuk menguruskan unit-
unit mereka (sebelum ini beliau pernah menguruskan hampir 100 unit).
Bagi penyewa dari luar negara, mereka perlu membayar duit sewaan
secara tunai setiap bulan kepada beliau untuk dimasukkan pula ke akaun
pemilik rumah. Memang tiada ruang untuk penyewa untuk bayar lambat.
Jenis sewaan pula hanyalah untuk jangka panjang, tidak seperti saya
yang juga menerima tetamu untuk jangka pendek.
Sewaktu berbual-bual dengan ketua pengawal keselamatan, barulah saya
tahu rupa-rupanya wanita ini adalah di antara ejen yang terawal sejak
apartment ini siap dibina. Sehinggakan beliau sendiri telah dapat membeli
unit sendiri di bangunan yang sama hasil daripada kerja menguruskan
unit-unit yang diamanahkan kepadanya.
48
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Perekabentuk Dalaman Ketika sedang menunggu tetamu dari India di luar lobi, seorang lelaki
yang baru pulang dari kerja menghampiri saya kerana ingin merokok di
luar sebelum naik ke apartment beliau. Saya memulakan perbualan
dengan bertanyakan nama dan negara asal beliau. Berasal dari Hungary,
Zoltan baru saja dua bulan berada di negara ini.
Zoltan bekerja sebagai Perekabentuk Dalaman (Interior Designer) dengan
sebuah syarikat ID antarabangsa yang sedang menyiapkan rekabentuk
dalaman sebuah pusat membeli-belah terbesar di Putrajaya yang terletak
berhampiran dengan hotel Marriot Putrajaya.
Beliau menceritakan tentang tugasan beliau yang dijangka siap tidak lama
lagi dan sekiranya ada projek yang lain, beliau akan terus berada dan
bekerja di sini. Beliau turut teruja apabila mendengar bahawa saya juga
pernah ke Budapest dan kelihatan ceria apabila saya memuji-muji tentang
kecantikan ibu negaranya.
Perbualan ringkas dan pendek kadangkala amat memberi makna kepada
seseorang walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain.
Terpulanglah siapa dulu yang ingin memulakannya.
49
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Tetamu Azerbaijan Setelah menghantar tetamu dari Libya ke KLIA, tetamu dari Azerbaijan
yang bernama Faiq pula memaklumkan telah sampai di LCCT bersama
keluarganya. Nasib saya agak baik kerana timing saya tidak tersasar dan
sempat bergegas ke terminal Air Asia pula untuk membawa mereka ke
Kuala Lumpur. Faiq hanya membuat tempahan apartment melalui telefon
sebulan yang lalu setelah memperolehi nombor saya daripada rakannya
yang pernah menginap di Parkview ketika bercuti tahun lalu.
Faiq bersama isterinya dan dua anak comel mereka terbang dari Australia
setelah bercuti dan menziarahi ibunya yang tinggal di sana bersama
kakaknya. Beliau yang bertugas sebagai jurutera dalam bidang Oil & Gas
pernah bertugas di Qatar selama 5 tahun dan kini di Taiwan pula (hampir
setahun) kerana kepakarannya.
Walaupun Azerbaijan adalah bekas negara Soviet, namun ia adalah
sebuah negara Islam. Isu perebutan wilayah Nagarno-Karabakh antara
Azerbaijan dan Armenia juga masih belum selesai hinggalah ke hari ini.
Menurut Faiq, pihak Rusia terus menyebelahi Armenia kerana terdapat
kepentingan di pihak mereka dalam isu minyak.
Faiq turut menjemput saya untuk ke sana dan mempelawa saya tinggal di
rumahnya. Azerbaijan adalah negara yang sangat unik dan cantik,
membuatkan ramai pelancong terpesona dengan keindahan negaranya
serta ingin terus tinggal di sana menurut beliau. Dalam perjalanan ke
apartment, Faiq turut melahirkan hasrat untuk bekerja dengan Petronas
dan tinggal di Kuala Lumpur pula satu hari nanti.
50
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Tuan Rumah Budiman
Saya pernah berada dalam dilema, kerana keputusan telah dibuat untuk
menyerahkan kembali salah sebuah apartment kepada tuan rumah
setelah hampir 2 tahun menyewa. Sejak kebelakangan ini sering berlaku
kebocoran kecil di siling bilik mandi dan tompokan air yang menembusi
dinding di ruang tamu.
Puncanya adalah daripada kebocoran di tingkat atas dan penghuninya
pula enggan memberi kerjasama kepada pihak pengurusan bangunan
untuk diperiksa. Hampir sebulan juga tidak diduduki kerana beberapa
orang tetamu yang sepatutnya tinggal di situ turut saya pindahkan ke unit
lain yang lebih selesa.
Setelah memaklumkan kepada tuan rumah sehari sebelumnya, pertemuan
diadakan untuk menunjukkan masalah yang dihadapi dan ingin
mencadangkan waktu serahan unit. Beliau nampak sedikit gusar apabila
mengetahui saya ingin menyerahkan kembali apartment tersebut. Beliau
juga meminta maaf berkali-kali atas kesulitan yang dihadapi kerana saya
merupakan pelanggan beliau yang paling lama menyewa di situ.
Tanpa diduga, beliau menawarkan kepada saya untuk terus menyewa dan
tidak perlu membayar sewa selama sebulan agar beliau dapat
menjalankan kerja-kerja pembaikan serta naik-taraf. Agak mengejutkan,
beliau juga bersedia untuk menurunkan harga sewaan kepada kadar
sewaktu saya mula-mula menyewa dahulu. Sekarang, kadar sewa sudah
kembali kepada yang asal!
51
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Tukang Cuci
Saya sedang menunggu tetamu dari Rusia dengan pasangannya yang
akan sampai ke apartment. Saya sepatutnya datang ke sini pada malam
sebelumnya untuk membersih dan menyediakan unit, tetapi berasa sedikit
penat untuk memandu lalu membatalkan hasrat tersebut.
Setiap kali terjadi perkara seperti ini, saya tahu siapa yang patut dicari.
Wanita tukang cuci yang bekerja di apartment ini sentiasa bersedia untuk
membantu apabila khidmat beliau diperlukan. Hanya dengan satu
panggilan telefon, saya tidak perlu risau lagi kerana beliau sudah tahu apa
yang perlu dibuat untuk menyediakan unit saya ini. Setibanya saya di
apartment, semuanya sudah dibereskan seperti yang dijangka.
Kesemua unit saya selalunya mudah dibersihkan kerana sikap baik
tetamu. Setiap kali check-out, kebanyakan daripada mereka akan
meninggalkannya dalam keadaan seperti mula-mula masuk. Maka
mudahlah kerja wanita pencuci, hanya membersihkan tandas dan
membersihkan lantai/karpet yang berhabuk sebelum saya datang
menukar cadar dan tuala yang baru.
Bayaran kepada beliau tetap sama (tidak pernah dikurangkan) walaupun
beban kerja kadang2 berbeza dan sangat ringan. Tidak salah rasanya
memberi, mudah-mudah apa yang saya lakukan diberkati. Seperti kata
mentor saya, hidup ini perlu sentiasa memberi kerana ia akan membuka
lebih banyak pintu rezeki.
52
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Bekerja Sambil Bercuti
Ramai tetamu yang saya temui sebenarnya datang bercuti sambil bekerja,
atau bekerja sambil bercuti tanpa perlu berada di pejabat. Antaranya
ialah:
i. Pasangan tetamu dari Sepanyol yang bekerja sebagai games developer
untuk applikasi iPad dan iPhone.
ii. Blogger sepenuh masa dari New York yang hanya membuat review
berkenaan produk telefon terbaru dan dibayar oleh Nokia.
iii. Pengurus dana berjuta dollar dari Perancis dan tinggal di ceruk
kampung di Indonesia.
iv. Tetamu dari Rusia, seorang Chief Technology Officer (CTO) di Moscow
tetapi bermastautin di Bali dengan isterinya, seorang pengamal yoga.
Dengan teknologi internet jalur lebar sekarang, bekerja di pejabat bukan
lagi satu kemestian asalkan momentum dan produktivi kerja dapat
dikekalkan.
53
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Tetamu Pretoria dan Pengawal Keselamatan Pakistan Sekembali dari outstation, rutin biasa saya diteruskan iaitu bertemu
dengan tetamu yang telah membuat self check-in sewaktu ketiadaan saya
beberapa hari sebelumnya. Dua orang tetamu wanita tersebut datang dari
Pretoria dan bekerja sebagai doktor perubatan di sana.
Mereka telah mengambil cuti selama dua bulan untuk melawat negara-
negara di Asia termasuk Malaysia sebelum mula bertugas semula pada
bulan hadapan. Salah seorang daripada mereka memaklumkan beliau
sangat tertarik dengan Malaysia dan akan kembali untuk bekerja di sini.
Kebetulan pula, bapa saudaranya yang bertugas di Dubai telah berhijrah
dan menetap di Kuala Lumpur.
Ketika hendak pulang, salah seorang pengawal keselamatan berbangsa
Pakistan di lobi memberitahu bahawa abangnya yang turut saya kenali
telah berjaya mendapat pekerjaan di syarikat 'oil & gas' setelah beberapa
bulan menjadi pengawal keselamatan di apartment ini.
Ruang dan peluang pekerjaan di negara kita ini amatlah banyak,
hinggakan orang luar pun berlumba-lumba untuk mencari rezeki di sini.
54
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Bayar untuk Jadi Hos
Mungkin agak pelik bila mendengar saya pernah membayar tetamu saya
untuk menghoskan beliau beberapa tahun yang lalu. Peristiwa ini berlaku
sewaktu saya di Moscow dan orang yang saya maksudkan itu ialah Saiful
Nang, seorang jurugambar tersohor tanah air.
Saya amat meminati hasil kerja beliau sehingga pada satu hari saya dapat
tahu beliau akan ke India untuk satu tugasan fotografi perkahwinan di sana.
Kebetulan, pada waktu itu tarikh ulangtahun perkahwinan saya juga semakin
hampir. Saya dapat idea untuk lakukan sesuatu!
Saya cuba hubungi beliau melalui emel dan sangat terkejut apabila beliau
sanggup terbang dari New Delhi ke Moscow dan sudi menjadi tetamu saya
selama 4 hari untuk melakukan family photoshoot atas kadar yang
dipersetujui. Paling mengujakan, seorang lagi Principal Photographer, Ahim
Rani dari Brunei turut datang bersama beliau.
Pertemuan dengan pelajar Malaysia di Moscow turut diaturkan untuk sesi
santai fotografi di Red Square. Sepanjang mereka berada di sana, banyak
ilmu fotografi secara hands-on yang saya pelajari dari dua orang sifu
fotografi ini. Sesi family photoshoot juga berjalan dengan lancar sehingga
hari terakhir.
Saya dapat rasakan dengan menjadi hos mereka, saya telah dapat
mempelajari sesuatu yang berharga daripada dua jurugambar hebat ini, a
priceless knowledge and experience!
55
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Pasangan Tenusu
Saya pernah menjadi hos kepada dua orang pasangan dari New Zealand
yang berkecimpung dalam perniagaan produk tenusu. Menurut mereka,
semua produk yang berasaskan susu adalah seperti susu lembu segar dan
keju. Ia adalah kali pertama mereka menggunakan rumah tamu walaupun
pernah beberapa kali datang ke Kuala Lumpur dan tinggal di hotel.
Perniagaan produk tenusu mereka mendapat sambutan yang
menggalakkan dan mereka perlu melawat negara-negara di Asia termasuk
Malaysia untuk menghadiri mesyuarat serta memasarkan produk mereka
di negara ini. Walaupun bekerja, mereka sangat gembira kerana masih
dapat bersama walau ke mana-mana saja mereka pergi.
Mereka juga berasa amat bertuah kerana mempunyai minat yang sama
dalam perniagaan yang dijalankan dan mengembangkannya bersama-
sama ke peringkat yang lebih tinggi.
56
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Ditemuramah oleh Majalah ‘Business Circle’ Pada bulan Disember 2013, saya telah dihubungi oleh seorang wartawan
dari ‘Business Circle’, sebuah majalah on-line bisnes dan ekonomi di
Malaysia. Wartawan tersebut memaklumkan bahawa beliau ingin menulis
satu artikel mengenai perkembangan Airbnb di Malaysia dan mahu saya
menjadi subjek penulisan beliau. Pertemuan dibuat di sebuah kafe di
Suria KLCC dan dijalankan secara santai. Sebulan kemudian artikel
tersebut telah diterbitkan!
Visit Malaysia Year 2014: Airbnb adds a new dimension to tourism By T.K. Tamby
Malaysian Airbnb hosts meet up.
To quote the celebrated Sufi mystic Rumi, travel brings power and love
back into your life. For a traveller nothing is more valuable than
experiencing everything the country has to offer, and the best way to do
it is to live like a local.
57
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
This was what Syah Mat Ali discovered when he stumbled unto Airbnb
when trawling the Internet for reasonably priced accommodation for a
family holiday. It provided an alternative that not only significantly
reduced the cost of accommodation but also offered a more personal
dimension to travelling.
“Our first experience was in Greece where we stayed in our host’s master
bedroom and it was an eye-opening experience that not only helped us
forge a wonderful friendship but also allowed us to experience Greece
like a local,” said Syah (pic-far right), who was on holiday with his wife
and three very young children.
That experience turned Syah into an Airbnb convert, and pushed him to
venture into Airbnb in Malaysia. “In the last five years, Airbnb has
evolved from being a backpackers’ or budget travellers’ preferred choice
to a better way to travel as it offers a unique experience not found when
staying in conventional hotels.
“I see more professionals opting for this kind of experience and have
even hosted a millionaire fund manager who prefers travelling this way
as it allows him to experience a country at a more personal level,” said
Syah.
58
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
Over the years, our reason for travelling has evolved from just a holiday
to de-stress, to one that could offer a more meaningful experience. As
needs evolve, it’s only natural for travellers look for alternatives that
allow for all that, Syah explained.
Airbnb, founded in August 2008 in San Francisco, when then
roommates, Brian Chesky and Joe Gebbia who could not afford the rent
for their loft in San Francisco, decided to turn their living room into a bed
and breakfast for the attendees of an Industrial Design Conference who
were unable to make any hotel reservation. As they did not have any
beds, they inflated Gebbia’s airbeds and charged their first three
customers US$80 (RM266) a night.
In doing so, they created the initial concept for AirBed & Breakfast which
offered short-term living quarters, breakfast and a unique business
networking opportunity for the attendees. What started out with air
mattresses grew into a highly successful online service company that
provides a platform for individuals – referred to as “hosts” – to rent
unoccupied living space and other short-term lodgings to guests.
Airbnb Inc is now worth about US$2.5 billion and it offers more than
airbeds; accommodations include private rooms, entire apartments,
castles, boats, manors, tree houses, tepees, igloos, private islands and
other properties.
As of September 2013, the company had over 500,000 listings in 34,000
cities and 192 countries. According to its head of communications for
Asia Pacific, Lena Sönnichsen, Airbnb has had nearly 10 million guests
and, for peak nights in the summer of 2013, Airbnb establishments
around the world hosted 175,000 people. This numbers is said to have
surpassed the bookings in many popular hotel chains.
59
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
More than just a new dimension to travelling
Airbnb has done more than provide a new dimension to travelling – it
has empowered local property owners to monetise their unoccupied
living space, and, more importantly, spawned a sharing economy
ecosystem powered by micro entrepreneurs.
In his interview with the New York Times in July last year Brian Chesky’s
pointed out that more than 50 percent of Airbnb hosts depend on it to
pay for their rent or mortgage. He said monetising unoccupied living
space has also given rise to related micro jobs opportunities, which
allows ordinary people to perform services normally done by corporations
and hotels such as cleaning, cooking and providing car rentals to
travellers.
In the United States Forbes Magazine has estimated revenue flowing
from shared economy provided by companies such as Airbnb will surpass
US$3.5 billion (RM11.7 billion) in 2013, with growth exceeding 25
percent. It is fast moving from a mere income boost to a significant
economic force.
An Airbnb truck in Kuala Lumpur.
Syah pointed out that Airbnb greatest innovation is the creation of an
economic community based on trust, and more so during Visit Malaysia
Year 2014. “Both host and travellers build a relationship even before they
meet each other through an online platform that not only enables
60
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
verification but also allows guests and hosts to rate each other. This is a
huge incentive to deliver a good experience and the best part of this
business are the relationships you build.”
In December last year, Airbnb held a roadshow in Kuala Lumpur and,
according to Sönnichsen, Malaysian travellers are already embracing the
Airbnb experience.
“Here’s an opportunity that creates a simultaneous boost for both our
tourism industry and local real estate market and, not forgetting, the
ripple of opportunities in local economies,” said Syah, who added that,
collectively, all these are significant enough to push for real growth in the
national economy.
Syah with visitors from France at the National Monument, Kuala Lumpur. (Untuk melihat laporan asal beserta gambar sila lawati: http://www.businesscircle.com.my/visit-malaysia-year-2014-airbnb-adds-new-dimension-tourism/)
61
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
PENUTUP
Mentor saya selalu berkata, jika kita sentiasa mencari jalan untuk
selesaikan masalah dan menambah nilai hidup orang lain, kita akan lebih
kaya serta berjaya dalam hidup dan mendapat ganjaran di akhirat.
Apabila kita memberikan sesuatu yang terbaik kepada orang lain tanpa
mengharapkan sebarang balasan, secara tidak sedar lebih banyak rezeki
yang akan datang dalam bentuk yang lain pula.
Saya percaya, perniagaan rumah tamu juga dapat dikategorikan sebagai
salah satu cabang dalam menyelesaikan masalah orang lain, akan
mendapat keberkatan serta kejayaan jika kita bersungguh-sungguh dan
ikhlas melakukannya, Insyaa’Allah!
“The magic formula that successful businesses have discovered is to treat customers like guests and employees like people.”
– Tom Peters
62
Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet
BIODATA
Syahnaz Akhtar Mat Ali merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik
yang telah berkhidmat hampir 12 tahun dalam perkhidmatan awam. Beliau
juga pernah bertugas sebagai Jurutera Sistem di sebuah syarikat
multinasional dan sebagai Pegawai Penyelidik (kontrak) di Tourism Malaysia
sebelum menyertai sektor awam.
Sewaktu di Kementerian Luar Negeri, beliau telah ditempatkan di Kedutaan
Besar Malaysia di Moscow, Rusia. Sebagai Penasihat Kedutaan, beliau telah
berpeluang melawat ke bekas negara-negara Soviet sewaktu mengiringi Duta
Besar Malaysia ke lawatan rasmi dan ke Eropah ketika bercuti bersama
keluarga.
Sepanjang tempoh itu juga, beliau berpeluang melihat pelbagai keunikan
bangunan serta keindahan rekabentuk dalaman bilik hotel, hostel dan rumah
tamu yang memberikan inspirasi kepada beliau untuk memulakan perniagaan
rumah tamu beliau sendiri di Kuala Lumpur. Kini beliau sedang bercuti
belajar dan mengikuti kursus Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran
Perniagaan (DBA) di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Kuala
Lumpur.
Buku ini menceritakan tentang pengalaman beliau dalam menjalankan
perniagaan rumah tamu menggunakan platform mudah, tanpa membeli
kediaman tersebut dan hanya menyewanya daripada pemilik rumah.
Sepanjang menjadi hos, banyak pengalaman dan cerita menarik yang beliau
perolehi daripada tetamu yang datang ke Kuala Lumpur.