v12 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3986/1/pelancongan... ·...
TRANSCRIPT
V12 Apakahyans dimaksudk dengan pelan-
ongan dkIik J: Pelancongan pendidikan merujuk kepada lawatan sambil bela jar ke universiti atau institusi pendidikan bagi mempelajari dan menikmati suasana kampus termasuk meninjau kemudahan prasarana, lokasi menarik dan mencabar di samping menimba pengetahuan dan kemahiran di universiti yang dikunjungi.
Universiti awam (UA) antara destinasi pelancongan pendidikan yang menyediakan peluang kepada pengunjung meneroka dan menjelajah keunikan dan keistimewaan di universiti berkenaan.
Menyasarkan pelbagai kelompok pengunjung termasuk pelajar sekolah, orang dewasa, pelancong tempatan dan luar negara, pakej pelancongan pendidikan boleh dilak-sanakan secara bebas atau formal de-· ngan menawarkan pelbagai pakej menarik bersesuaian dengan kekuatan universiti masing-masing.
Sdauh manalilili nganpendkUkaJ1_
ifD81DJl:1U memberi man t~
J: Potensi bidang pendidikan untuk menyumbang kepada perkembangan dan pemba-
+ ngunan industri pelancongan tempatan amat luas dengan jumlah universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang banyak dan kemasukan pelajar antarabangsa yangmenyediakan asas kepada pertumbuhan pelancongan pendidikan.
Menerusi sektor ini, universiti dapat memperkenal kebitaraan dan keistimewaan masingmasing dengan menyediakan pusat sehenti untuk pelancong mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan universiti.
Pada masa sarna, universiti juga berpeluang mempromosikan produk penyelidikan
masing-masing, sekali gus membuka peluang kepada usaha pengkomersialan.
Bagi pelajar sekolah pula, kunjungan atau lawatan ke universiti membolehkan mereka meneroka maklumat berkaitan kursus, kemudahan pembelajaran yang dapat membantu mereka memilih bidang pengajian bersesuaian selepas menamatkan zaman persekolahan.
Berbeza dengan pelancong luar negara, pendedahan menerusi pakej pelancongan pendidikan membantu memperkaya pengetahuan mereka mengenai budaya pembelajaran di Malaysia, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pengajian selain berpeluang mempelajari adat dan warisan pelbagai bangsa di negara ini.
Kerajaan menyedari potensi sektor pelancongan pendidikan sebagai langkah memberi pulangan lumayan kepada negara dalam bentuk tukaran asing.
Oleh itu, pelbagai lokasi yang berpotensi dalam aspek pelan-
congan pendidikan sudah dibangunkan di sekitar kawasan kampus seperti ladang ternakan, hutan simpan dan rekreasi dan tasik. -
Penawaran pakej pelancongan pendidikan yangmenarik dan berpatutanmampu menarik kemasukan pelancong ke dalam kampus selain membantu menjana pendapatan tambahan kepada universiti.
ngan pendidikan menarik
J: Setiap universiti perlu mencari keunikan masing-masing yang boleh dijadikan tarikan kepada pelancong, tidak kira melalui aktiviti yang boleh dilakukan di universiti atau menonjolkan penemuan baharu atau produk penyelidikan masing-masing.
Konsep pelancongan pendidikan juga boleh bersifat santai tetapi bermanfaat dan perlu bersesuaian dengan semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan pelajar sekolah.
Sebagai contoh, pakej Edu-
KITA MAHU M EMAN FAATKAN PELUANG INI DENGAN LEBIH AKTIF MERANGKA PAKEJ PELANCQNGAN PENDIDIKAN YANG MENARIK UNTUK DILAWA-TI DENGAN CAJ MINIMUM,NAMUN MENJANJIKAN PENGALAMAN MENAKJUBKAN"
J Penawaran pakej pelancongan pendidikan turut membolehkan pelajar sekolah meninjau kemudahan pembelajaran ditawarkan di universiti.
Park yang ditawarkan Universiti Putra Malaysia (UPM), menjanjikan pengalaman pembelajaran sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak bagi meneroka dunia akademik dan menimba pengetahuan dari pakar akademik dalam suasana pelancongan.
Pakej berkonsepkan aktiviti lasak juga mampu menarik pelancong dengan menjadikan hutan rekreasi di universiti sebagai lokasi bagi pencinta alam melihat pelbagai spesies flora dan fauna.
lni juga lokasi sesuai bagi pelajar dan orang ramai melakukan riadah seperti perkhemahan, jejak rimba dan program motivasi.
KellanYCU[an universiti sudah mulamenawarkan pakej pelancongan mereka secara persendirian dania mendapat sambutan cukup mengalakkan.
Di UPM contohnya, data merekodkan seramai 8,223 pelancong sudah menyertai program pelancongan pendidikan universiti itu, tahun lalu.
Kita bukan hanya menyasarkan pelancong dewasa, malah pelajar sekolah dan universiti untuk mengikuti pakej pelancongan pendidikan ini memandangkan negara mempunyai kira-kira 6.3juta pelajar sekolah dan universiti.
Dengan jumlah yang besar itu, kita mahu universiti memanfaatkan peluang ini dengan lebih aktif merangka pakej pelancongan pendidikan yang menarik untuk dilawati dengan caj minimum, namun menjanjikan pengalaman menakjubkan sepanjang berada dikampus.
u.".uu.u ..... "'" .. u pelan-cong tempatan dan luar negara meraih maklumat mengenai sektor ini, UA dengan kerjasarna Tourism Malaysia, barubaru ini melancarkan 101 Edutourism Packages in Malaysia bersempena dengan program Higher Education Week Malaysia (HEWM) 2015).
Pakej lawatan pendidikan tinggi ke universiti di Malaysia itu ditawarkan sembilan UA iaitu UPM, Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti utara Malaysia (DUM).
Menerusi pakej itu juga, 20 agen pelancongan yang berdaftar akan terbabit membantu pihak Wliversiti memasarkan pakej pelancongan pendidikan masing-masing.