uu panduan buku panduan - universiti teknologi mara · bagi pelajar yang membuat tambahan jam...

20

Upload: dophuc

Post on 11-Aug-2019

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus
Page 2: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

Diterbitkan oleh :

JABATAN PEMASARAN, PENGAMBILAN PELAJAR & JARINGAN INDUSTRIInstitut Pendidikan Neo (iNED)Aras 2, UiTM-MTDC Technopreneur CentreUniversiti Teknologi MARA40450 Shah AlamSelangorTel : +603-5544 8391WhatsApp : +6010-342 6089Faks : +603-5544 8331Web : www.ined.uitm.edu.my

BUKU PANDUANPENDAFTARANBUKU PANDUAN

PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPARUH MASA

PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPARUH MASA

PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPARUH MASA

PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPARUH MASA

PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPARUH MASA

PENERBITAN INSTITUT PENDIDIKAN NEO (iNED)UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

iNEDPELAJAR

TERBITAN 1/2017( Bilangan 1)

Page 3: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

iv v

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

KANDUNGAN

Mukadimah vii-xii

Tanggungjawab Pelajar 1-2

Yuran Pelajar 3-5

Kaedah Pembelajaran Mod Separuh Masa 6

Sistem Pembelajaran Maya (i-Class) 7

Pendaftaran Kursus 8-10

Peperiksaan 11-14

Kes Khas Status Pelajar 15-17

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) 18-19

Massive Open Online Courses (MOOC) 20-23

Maklumat Ketua Pusat Pengajian (KPP)/Koordinator iNED 24-25

Page 4: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

vi vii

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

MUKADIMAH

Buku Panduan Pelajar Institut Pendidikan Neo (iNED) (Terbitan 1/2017) Bilangan 1Program Diploma dan Sarjana Muda (Mod Separuh Masa)

Buku Panduan Pelajar iNED (Terbitan 1/2017) ini menyediakan maklumat yang perludiketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajarDiploma dan Sarjana Muda separuh masa UiTM, sepanjang tempoh pengajian di Institut Pendidikan Neo (iNED).

Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku panduan ini termasuklah apa-apa panduan dan peraturan yang buat dari semasa ke semasa serta apa-apa kaedah atauperaturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh iNED dan UiTM.

Pemakaian buku ini berkuatkuasa bagi pelajar program Diploma dan Sarjana Muda mod separuh masa bermula sesi akademik September 2017.

Buku Panduan Pelajar ini hendaklah dibaca bersama dengan Buku Peraturan Akademik UiTM.

Adalah diharapkan dengan tersedianya maklumat ini akan dapat membantu para pelajar untuk memahami dengan lebih jelas tentang peranan dan tanggungjawab sebagaimahasiswa UiTM.

SELAMAT MAJU JAYA

Page 5: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

viii ix

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yangpenuh visi, terutamanya bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Sepanjang era beliau sebagai ‘Bapa Pembangunan’, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum Bumiputera di negara ini. Allahyarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober 1967. Ia merupakan visi Allahyarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan Bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain.

Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada UniversitiTeknologi MARA (UiTM). Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahiluntuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini yang bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA.

MOTOUsaha, Taqwa, Mulia

VISIMenjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dankecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidangprofesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISIMempertingkatkan keilmuan dan kepakaran Bumiputera dalam semua bidangmenerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatankhidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

FALSAFAHSetiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Page 6: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

x xi

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

OBJEKTIF

• Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran guna tenagaH manusia tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global.• Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan di samping mendokong dasar pembangunan negara.• Menyediakan peluang maksimum kepada kaum Bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.• Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai di kalangan masyarakat UiTM.• Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang dapat menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk men capai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.

INSTITUT PENDIDIKAN NEO (iNED)

Institut Pendikan Neo (iNED) adalah sebuah jabatan yang diamanahkan oleh pihakPengurusan UiTM untuk mengendalikan program pengajian Diploma dan Sarjana Muda se-cara separuh masa di semua kampus UiTM seluruh Malaysia.

Semenjak penubuhannya pada tahun 1973, iNED telah melalui pelbagai revolusiperkembangan pendidikan dan telah berjaya membantu golongan Bumiputera yang bekerja untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

iNED juga bertindak sebagai pusat sokongan kepada aktiviti Pengajaran danPembelajaran (P&P) Universiti dengan menyediakan platform e-pembelajaran kepada semua pelajar UiTM. Selain itu juga, iNED berperanan menyedia dan membangunkanbahan-bahan kursus secara online dalam bentuk perisian kursus (courseware), Massive Open Online Courses (MOOC) dan Open Educational Resourses (OER) yang digunakan oleh semua pelajar UiTM (mod sepenuh masa & separuh masa) serta terbuka kepadapelajar daripada institusi pengajian tinggi yang lain.

MOTO Melonjak Prestasi

VISI Menjadi institut pembelajaran sepanjang hayat untuk Bumiputera yang menjadi pilihanutama dan terkemuka

MISI Menyediakan peluang tambahan untuk Bumiputera melanjutkan pengajian ke peringkatlebih tinggi

OBJEKTIF

1. Untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran modal insan kepada negara2. Untuk menyediakan pengalaman pembelajaran dan pengajaran berkualiti melalui penggunaan teknologi3. Untuk mengukuhkan perkongsian dengan pemegang taruh

AKTIVITI TERAS iNED

1. Pengajian Separuh Masa (Diploma & Sarjana Muda)2. Program Usahasama UiTM (Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM)3. Kursus Jangka Pendek (Program Pembangunan Profesional)4. Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)5. Blended Learning (BL) & Malaysia Open Online Courses (MOOC)

Page 7: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

1

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

xii

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

TANGGUNGJAWAB PELAJAR

Pelajar perlu menyempurnakan tanggungjawab berikut untuk membolehkan iNED dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan:

1. Memahami, menghayati dan mematuhi segala peraturan yang digariskan dalamPeraturan Akademik Diploma dan Sarjana Muda UiTM yang terkini dan manual pelajar.

2. Mengambil tindakan sewajarnya bersesuaian dengan peraturan-peraturan yangdigariskan dalam Peraturan Akademik Diploma dan Sarjana Muda UiTM yang terkini dan manual pelajar:

a) Menyempurnakan semua keperluan akademik seperti yang termaktub dalam kurikulum program pengajian yang diikuti di Universiti

b) Membuat pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkanc) Membuat validasi pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkand) Membayar yuran pengajian mengikut masa dan jumlah yang ditetapkane) Menghadiri kuliah/latihan amali/latihan industri/praktikum/klinikal yang ditetapkan

oleh UiTM

3. Mengambil tindakan proaktif untuk mendapatkan panduan dan nasihat daripadaKetua Pusat Pengajian (KPP)/Koordinator Program, pensyarah, staf pentadbiran dan pihak pengurusan iNED Shah Alam/iNED Cawangan sekiranya berhadapan dengan sebarang bentukpermasalahan.

KAD PELAJAR

Fungsi kad pelajar adalah sebagai dokumen rasmi untuk semua pelajar UiTM. Pelajar perlu mempamerkan kad pelajar mereka pada setiap masa di kampus UiTM. Pelajar yang kehilangan kad pelajar perlu melaporkan kehilangan tersebut kepada Pejabat Polis Bantuan UiTM Pelajar dikehendaki membayar RM30.00 di Pejabat Bendahari serta membuat kad pelajar baharu di Unit Kad Pintar, Aras 6, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), UiTM Shah Alam. Pelajar di UiTM kampus cawangan boleh membuat kad pelajar di kampus cawangan masing-masing.

PELEKAT KERETA

Pelajar yang memandu kenderaan persendirian dikehendaki mempamerkanpelekat kenderaan di kenderaan masing-masing sebelum mereka dibenarkanmemandu dalam kampus UiTM. Pelekat boleh diperolehi di Pejabat Polis Bantuan UiTM.

Page 8: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

2 3

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

KOD PAKAIAN

Pelajar dikehendaki mematuhi kod pakaian UiTM semasa berada di dalam kawasan kampus. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya pelajar gagal mematuhi kod pakaian (sila rujuk kepada Manual Kod Pakaian UiTM).

PORTAL PELAJAR

Portal ini menyediakan maklumat berkaitan proses akademik dan proses pembelajaran.Pelajar perlu menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi di dalam portal pelajar dari semasa ke semasa. Pelajar boleh mengakses portal pelajar dengan melayari http://istudent.uitm.edu.my atau melalui laman web iNED. Perkhidmatan utama portal pelajar termasuklah:

1. Pendaftaran kursus2. Pelan pengajian3. Jadual peperiksaan akhir4. Keputusan peperiksaan pelajar5. Semakan bil pelajar6. eKWSP

LAMAN WEB iNED

Pelajar perlu melayari laman web iNED di http://www.ined.uitm.edu.my untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan pengajian mereka. Pengurusan iNED tidak bertanggungjawab atas kegagalan pelajar untuk mendapatkan maklumat seperti perubahan tarikh peperiksaan, jadual dan sebagainya.

YURAN PELAJAR

KAEDAH PEMBAYARAN BIL

1. Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Islam.2. Pembayaran secara online melalui pautan Fine Portal menggunakan kad kredit / kad

debit. 3. Melalui ATM Bank Islam (hanya bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja)

Peringatan: Bayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM) adalah TIDAK DIBENARKAN

4. Resit pembayaran boleh dicetak secara online di dalam portal pelajar dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas bayaran dibuat.

PINJAMAN/TAJAAN

1. Pelajar mempunyai pilihan untuk membuat pinjaman atau memohon tajaan bagipembiayaan yuran pengajian.

2. Pelajar hendaklah menguruskan sendiri hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman/tajaan tersebut. Antara organisasi yang menawarkan pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut:

1. PTPTN2. JPA3. MARA4. Syarikat swasta 5. Bank/Institusi Kewangan6. Zakat & Baitulmal7. Pengeluaran KWSP (sila rujuk pautan portal pelajar e-KWSP)8. Insentif Pendidikan MDAB iNED (sila rujuk laman web iNED)

CARA-CARA PENGELUARAN KWSP

Langkah-langkah pengeluaran adalah seperti berikut:

1. Pelajar menjana Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar melalui Sistem e-KWSP pada pautan portal pelajar.

2. Pelajar mengisi borang permohonan pengeluaran pendidikan KWSP dan lampirkan bersama Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang telah dicetak.

3. Serahkan dokumen tersebut kepada pihak KWSP. Pelajar akan menerima notis Akuan Penerimaan Permohonan dari pihak KWSP pada hari yang sama semasa proses pengeluaran.

Page 9: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

4 5

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

4. Serahkan notis ini kepada Bhgn. Kewangan iNED melalui email sebelum tarikh akhir bayaran untuk menggelakkan status Gugur Taraf (GT). Semasa peringkat inidilakukan paparan di portal pelajar (FinePortal) masih berstatus belum bayar. Statuspelajar di sistem maklumat pelajar (SIMS) akan dikemaskini kepada Y3 (penangguhan bayaran) sementara menunggu urusan bayaran selesai untuk memberi pengecualian gugur taraf.

5. Kegagalan menghantar notis akuan penerimaan KWSP sebelum tarikh akhir bayaran yuran pengajian akan menyebabkan pelajar digugur taraf.

6. Jangkaan tempoh terimaan pembayaran daripada pihak KWSP adalah 1 hingga 2 bulan dari proses permohonan.

7. Jika pembayaran yuran pengajian melebihi jam kredit yang diambil pelajar boleh membuat tuntutan semula bayaran yuran pengajian terlebih bayar tersebut.

TATACARA PERMOHONAN PEMULANGAN BIL PENGAJIAN

1. Yuran pengajian terlebih bayar berlaku apabila pelajar membuat pengguguran kursus dalam tempoh daftar/tambah/gugur kursus mengikut kalender akademik yang dilulus-kan.

2. Untuk membuat tuntutan semula yuran pengajian bagi kursus yang digugurkan, pelajar perlu mengisi borang pemulangan bayaran yuran. Sila ke pautan iNED bagimendapatkan borang tersebut.

3. Pastikan dokumen tersebut disertakan:-

a) Salinan Bayaran Slip Bankb) Salinan Penyata Bank / Buku Bank c) Salinan Borang Pendaftaran Kursus

4. Hantarkan salinan berkenaan melalui emel kepada Bahagian Kewangan Zon 18 (iNED)(Emel Bahagian Kewangan Zon 18 boleh dirujuk pada laman web www.ined.uitm.edu.my)

5. Urusan pemulangan akan dilakukan dalam tempoh 7-14 hari dari tempoh penerimaan dokumen lengkap.

CARTA ALIR PEMULANGAN BIL PENGAJIAN

PROSES UNTUK BAYARAN TAMBAHAN JAM KREDIT

1. Bayaran tambahan berlaku apabila pelajar membuat penambahan kursus dalamtempoh daftar / tambah / gugur kursus mengikut kalender akademik.

2. Bahagian Kewangan akan menjana bil kedua secara kelompok kepada semua pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus tersebut.

3. Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus, pelajar diminta berurusan terus dengan pihak Kewangan bagipenjanaan bil tambahan.

4. Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh mencetak slip peperiksaan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:Bahagian Kewangan iNEDTelefon: 03-5544 8395 / 8396 / 8397 / 8394 / 8350 / 8360

Page 10: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

6 7

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

KAEDAH PEMBELAJARAN MOD SEPARUH MASA

SEMINARSeminar secara bersemuka dengan pensyarah akan diadakan sebanyak lima (5) atau tujuh (7) kali pertemuan bagi kursus tertentu dalam satu semester. Seminar tersebut dikendalikan oleh Seminar Facilitator (pensyarah).

KELAS MAYA (i-Class)

Pelajar akan berinteraksi secara atas talian (online) 24 jam sehari menggunakan platform i-Class yang akan dikendalikan oleh Learning Facilitator (pensyarah).

PENILAIAN

Penilaian ialah pengukuran terhadap pencapaian pelajar samada dalam bentuk ujianbertulis, kerja-kerja makmal,bengkel, studio, tugasan teknikal, projek, latihan ilmiah,latihan amali, latihan industri, praktikum, klinikal dan sebagainya. Contoh penilaian yang bolehdiukur berdasarkan peratusan berikut:

• 10% Kuiz • 10% Ujian 1• 10% Ujian 2• 20% Tugasan• 50% Peperiksaan Akhir

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada silibus dan fakulti.

PEPERIKSAAN AKHIR

Peperiksaan akhir ialah penilaian bertulis bagi sesuatu kursus yang dijalankan padapenghujung setiap semester. Soalan, tarikh dan masa peperiksaan adalah sama seperti pelajar sepenuh masa. Jadual peperiksaan akhir boleh di dapati portal pelajar atau di laman web iNED. Jadual muktamad peperiksaan akhir akan dipamerkan tidak lewat dari tiga (3) minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:Jabatan Hal Ehwal Akademik Pelajar (JHEAP), iNEDTelefon: 03-5544 4943 / 8294 / 8356 / 8295 / 8292 / 8355

SISTEM PEMBELAJARAN MAYA (i-CLASS)

i-Class ialah sistem pembelajaran maya yang boleh diakses melaluihttp://iclass.uitm.edu.my atau melalui laman web rasmi iNED http://ined.uitm.edu.my

Sistem ini merupakan satu kemudahan yang diwujudkan untuk memudahkan aktivitpengajaran dan pembelajaran.

Sistem ini digunakan oleh pelajar separuh masa iNED dan juga pelajar sepenuh masa di Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM. Pelajar perlu mengakses i-Class ini untuk tujuanpembelajaran mereka.

Manual i-Class boleh dimuat turun dari laman web iNED UiTM. Sila rujuk menu DOWNLOAD’ dan masuk ke pautan ‘Manual Guidelines’ untuk cara penggunaan sistem dengan lebih terperinci.

Antara kemudahan yang disediakan di dalam i-Class termasuklah:

1. Interaksi antara pelajar dan pensyarah2. Muat turun bahan pembelajaran dan tugasan3. Kuiz secara online4. Pengumuman terkini5. Statistik perbincangan pengguna (Monitoring i-Discuss)6. e-Modul (SIMS)7. Borang kaji selidik ‘LEO’ dan ‘Entrance-Exit Survey’

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:Unit ICT, iNEDTelefon: 03-5544 8369 / 8174 / 8171

Page 11: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

8 9

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

PENDAFTARAN KURSUS

PELAN PENGAJIAN

Pelan pengajian memberi maklumat mengenai komponen kurikulum dan tempoh pengajian yang terdiri daripada kursus-kursus yang ditetapkan untuk tujuan pembelajaran yang akan membawa kepada penganugerahan Diploma/Sarjana Muda.

Pelajar perlu mendaftar kursus-kursus seperti dinyatakan di dalam pelan pengajian program masing-masing mengikut jadual dan kumpulan yang telah ditetapkan.

Pelajar perlu mendaftar untuk kursus-kursus seperti yang dinyatakan dalam pelanpengajian. Pelan pengajian sebenar adalah tertakluk kepada perubahan oleh Fakulti dan boleh diperolehi daripada portal pelajar ataupun di laman web iNED.

Pelan pengajian perlu disimpan oleh pelajar sehingga tamat pengajian untuk rujukan mendaftar kursus pada semester seterusnya.

JADUAL SEMINAR

Jadual seminar adalah jadual kelas yang ditetapkan oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP)/Koordinator berdasarkan pelan pengajian sedia ada sebagai rujukan penting bagipelajar (boleh dimuat turun dari laman web iNED). Terdapat beberapa maklumat penting yangterdapat di dalam jadual iaitu:

1. Lokasi seminar2. Nombor bilik seminar3. Tarikh-tarikh seminar bagi sesi 1 dan sesi 2 (sesi 1 adalah untuk pelajar yang men-

daftar pada semester ganjil seperti semester 1, 3, 5, 7 & 9 manakala bagi sesi 2 adalah untuk semester genap seperti sem 2,4, 6, 8 & 10).

4. Masa bagi setiap seminar (setiap kursus) berlangsung

PENGECUALIAN KREDIT (PC) - bagi pelajar Sarjana Muda sahaja

Pengecualian kredit adalah jumlah jam kredit yang diberi pengecualian kepada pelajar yang tamat program Diploma UiTM, Diploma di Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM atau mana-mana universiti yang diiktiraf.

Permohonan untuk pengecualian kredit boleh dikemukakan setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Mendapat sekurang-kurangnya gred C atau mata gred 2.002. Unit kredit kursus adalah sama/setara3. Mempunyai kesetaraan kurikulum kursus tidak kurang 80%4. Kursus yang dipindahkan hendaklah daripada program yang telah mendapat

akreditasi/pengiktirafan

Pelajar boleh memohon pengecualian kredit untuk mana-mana kursus tertakluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:

1. Pelajar yang gagal/tidak menamatkan/ditamatkan/diberhentikan daripada mana-mana program pengajian tidak layak diberi pengecualian kredit

2. Bilangan maksimum pengecualian jam kredit tidak boleh melebihi satu pertiga (1/3) daripada jumlah jam kredit bagi sesuatu program

3. Permohonan boleh dibuat sekali sahaja pada semester pertama pengajian. Bayaran sebanyak RM100.00 dikenakan (bil pelajar akan dijana dan bayaran perlu dibuat di Bank Islam)

4. Permohonan hendaklah dikemukakan secara online dalam tempoh (14) hari daripada tarikh rasmi pendaftaran

Permohonan PC adalah perkara pertama yang wajib dilakukan oleh pelajar selepas sahaja status sebagai pelajar telah diaktifkan. Pelajar perlu memastikan PC telah diluluskan terlebih dahulu sebelum membuatpendaftaran kursus.

Permohonan boleh dilakukan dengan melayari http://iis.ined.uitm.edu.myatau melalui laman web iNED. Manual pengguna sistem PC juga bolehdiperolehi di laman web iNED dengan merujuk di bahagian Menu ‘DOWNLOAD’.

PENDAFTARAN KURSUS ONLINE

Semua pelajar diwajibkan mendaftar kursus secara online dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dengan melayari portal pelajar atau melalui laman web iNED. Jika pendaftaran kursus tidak dibuat, pelajar secara automatik akan diberikan status Gugur Taraf (GT).

Bagi mengelakkan daripada kesilapan semasa pendaftaran kursus, pastikan perkaraberikut:

1. Pelajar merujuk pelan pengajian yang telah ditetapkan dan jadual seminar terkinisebelum mendaftar kursus

2. Tidak mendaftar kursus yang mempunyai slot masa yang sama (kelas bertindih)3. Mendaftar sebelum tarikh tutup pendaftaran

Pendaftaran adalah terhad kepada jam kredit yang tidak melebihi 16 jam kredit dalam satu semester, KECUALI pelajar yang mendapat HPNG lebih daripada 3.50 atau pelajarsemesterakhir yang telah mendapat kebenaran khas daripada Pengarah iNED UiTM.

Manual pendaftaran kursus secara online boleh juga didapati di laman web iNED dengan merujuk di bahagian Menu ‘DOWNLOAD’ bagi rujukan pelajar.

Page 12: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

10 11

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS

Pelajar dikehendaki mengesahkan kursus yang telah didaftarkan di portal pelajar dalam masa 14 hari selepas tarikh akhir untuk menambah atau menggugurkan kursus (tempoh pendaftaran kursus).

Proses ini bertujuan untuk memastikan pelajar mendaftar kursus yang betul danmengelakkan daripada kesilapan pendaftaran kursus. Sekiranya pelajar tidak membuat pengesahan, pendaftaran kursus tersebut dengan sendirinya dianggap sah dan muktamad. Semua urusan pendaftaran kursus adalah tanggungjawab pelajar.

PEMBATALAN STATUS PELAJAR GUGUR STATUS SEBAGAI PELAJAR

Status pelajar akan dibatalkan dan pelajar akan diberikan status Gugur Taraf (GT) jikapelajar gagal mematuhi perkara berikut:

1. Kegagalan untuk mendaftar kursus yang diperlukan dalam pelan pengajian dalamtempoh masa yang dinyatakan

2. Kegagalan untuk membayar yuran pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan

Bagi mengaktifkan semula status sebagai pelajar (disebabkan mendapat status GT),pelajar perlu membuat permohonan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT) atau RayuanMeneruskan Pengajian (RMP) secara online melalui portal pelajar dan perlu membayar denda yang ditetapkan.

PENGGANTUNGAN PENGAJIAN

Pengajian pelajar boleh digantung oleh Universiti seperti yang diperuntukkan dalam Akta 174 (Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976). Tempoh penggantungan dianggap sebagaisebahagian daripada tempoh pengajian.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:Jabatan Hal Ehwal Akademik Pelajar (JHEAP), iNEDTelefon: 03-5544 4943 / 8294 / 8356 / 8295 / 8292 / 8355

PEPERIKSAAN

PENYATA KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Pelajar dikehendaki untuk mencetak penyata kelayakan menduduki peperiksaan atau slip peperiksaan secara online melalui portal pelajar. Pelajar perlu membawa slip peperiksaan di dalam dewan peperiksaan bagi pengesahan kursus oleh pelajar.

Pelajar yang GAGAL membawa slip peperiksaan TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki peperiksaan akhir.

MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN (CARRY MARKS)

Pelajar perlu menyemak markah penilaian berterusan sebelum mendudukipeperiksaan akhir dengan pensyarah program masing-masing. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan markah yang diberikan, pelajar perlu memaklumkan kepada pensyarah sebelum peperiksaan akhir bermula.

KEBENARAN TIDAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Permohonan tidak menduduki peperiksaan akhir perlu dibuat oleh pelajar seperti berikut:

1. Memajukan permohonan kepada Pengarah iNED dalam masa 24 jam setelah tamat peperiksaan kursus tersebut dengan menyertakan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor dari Pusat Kesihatan UiTM/klinik kerajaan/pusat kesihatan kerajaan/hospital kerajaan/Pegawai Perubatan dari Panel Perubatan majikan masing-masing; ATAU

2. Permohonan boleh dibuat secara bertulis untuk tidak menduduki peperiksaan akhir bagi kursus tertentu dan memberikan kepada Pengarah iNED dengan menyatakan sebab-sebab beserta dokumen sokongan dari majikan masing-masing dalam tempoh 14 hari berkerja sebelum tarikh bermulanya peperiksaan akhir.

BAYARAN TAMBAHAN (DENDA)

Pelajar yang gagal menduduki peperiksaan akhir tanpa kebenaran akan diberi status YY di mana markah kerja kursus yang diberi tidak diambil kira bagi kursus tersebut (gred F). Bayaran yang dikenakan sebanyak RM100.00 dan pelajar perlu membayar denda sebelum mendaftar kursus untuk ke semester seterusnya.

Page 13: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

12 13

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

PENGIRAAN PURATA NILAI GRED DAN TERKUMPUL

Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) ialah purata nilai gred yang di perolehi oleh seseorang pelajar dalam pelajar dalam semua peperiksaan yang telah diambil dan dikira seperti berikut:

PNG = Jumlah nilai kredit yang diperolehi di sesuatu semester Jumlah Unit Kredit yang terkumpul dalam semester yang sama

HPNG = Jumlah nilai kredit yang diperolehi (keseluruhan) di semua semester Jumlah Unit Kredit yang terkumpul dalam semua semester

STATUS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PENILAIAN

Berdasarkan kepada pencapaian HPNG, pelajar diberi status keputusan peperiksaan dan penilaian seperti berikut:

ANC : Tamat dengan Anugerah Naib CanselorTS : Tamat dengan Anugerah DekanTM : TamatLNT : Lulus Naik TarafAD : Anugerah DekanLU : LulusP : Perhatian (Tidak Memuaskan)D : Gagal dan Diberhentikan

Status Perhatian (P) diberikan kepada pelajar yang mencapai prestasi yang tidak memuas-kan dan dibahagikan kepada:

P1 : Perhatian Pertama - memperolehi HPNG di antara 1.80 sehingga 1.99 pada sesuatu semester

P2 : Perhatian Kedua - memperolehi HPNG kurang daripada 2.00 selepas

mendapat P1 pada semester terakhir sebelumnya.

Status Pemberhentian (D) diberikan kepada pelajar yang mencapai prestasi yang amat tidak memuaskan dan dibahagikan kepada:

D1 : HPNG kurang daripada 1.80D2 : HPNG kurang daripada 1.80 selepas status P1D3 : HPNG kurang daripada 2.00 selepas status P2D4 : Gagal dalam sesuatu kursus bagi kali ketigaD5 : HPNG kurang daripada 2.00 pada penghujung pada penghujung tempoh

pengajian dan masih mempunyai kursus yang belum disempurnakanD6 : Lulus semua kursus yamg dikehendaki oleh sesuatu program dan

memenuhi semua keperluan program tetapi memperolehi HPNG kurang daripada 2.00

D7 : Tidak menduduki peperiksaan bagi semua kursus terdaftar pada semester tersebut tanpa kelulusan Universiti

D8 : HPNG kurang daripada 2.00 pada penghujung tempoh pengajian dan masih mempunyai kursus yang belum disempurnakan

RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR

Sekiranya pelajar ingin membuat Rayuan Semak Semula (RSS) keputusan peperiksaan bagi kod kursus yang telah diambil, pelajar hendaklah membuat tindakan berikut:

1. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi

2. Penyemakkan semula hanya melibatkan kertas peperiksaan akhir sahaja (sila rujuk Peraturan Akademik UiTM yang terkini)

3. Semua permohonan perlu menggunakan borang rasmi UiTM/iNED/PPD/PPI/PSKP/16(1) sebanyak dua (2) salinan. Borang boleh diperolehi di laman web iNED dengan merujuk di bahagian Menu ‘DOWNLOAD’

4. Borang yang telah lengkap diserahkan kepada Pegawai Eksekutif (Akademik) iNED5. Membuat pembayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus dan boleh dilihat melalui

bil pelajar6. Sila lampirkan salinan penyata keputusan peperiksaan akhir yang terkini

Keputusan Rayuan Semak Semula (RSS) yang berjaya akan mencatatkan perubahan (jika ada perubahan) pada slip keputusan peperiksaan dan keputusannya boleh diperolehi diportal pelajar. Segala keputusan yang diumumkan adalah muktamad.

PEPERIKSAAN KHAS

Peperiksaan khas ialah ujian bertulis bagi kursus-kursus yang diambil secara ulangan oleh pelajar bergraduat yang gagal atau tidak menduduki peperiksaan akhir dengan kebenaran untuk membolehkan mereka menamatkan pengajian.

Peperiksaan khas ini hanya boleh dimohon oleh pelajar semester akhir yang mendaftar kursus tersebut dan maksimum kursus yang gagal atau tidak menduduki peperiksaan akhir dengankebenaran adalah sebanyak satu (1) atau dua (2) kursus sahaja.Permohonan hanya boleh dibuat di portal pelajar dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

PERATURAN PEPERIKSAAN

1. Pelajar dikehendaki mematuhi kod pakaian UiTM semasa peperiksaan dijalankan 2. Pelajar tidak dibenarkan membawa buku, nota, kertas, dokumen, gambar, kotak

pensil atau beg tangan ke dalam peperiksaan tanpa kebenaran pengawas. Jam digital juga dilarang dibawa masuk ke dewan peperiksaan

3. Pelajar tidak dibenarkan membawa segala jenis peralatan elektronik kecuali yang di benarkan untuk peperiksaan. Pelajar hanya boleh membawa telefon bimbit dan dimatikan dan diletakkan di atas lantai

Page 14: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

14 15

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

4. Pelajar tidak dibenarkan masuk dan menduduki peperiksaan selepas 30 minit peperiksaan dijalankan

5. Pelajar tidak dibenarkan keluar semasa 30 minit pertama dan 30 minit terakhir semasa peperiksaan dijalankan

6. Pelajar hanya boleh menduduki peperiksaan yang hanya disenaraikan di dalam slip peperiksaan. Jika tiada, skrip jawapan tersebut tidak akan disemak

7. Pelajar mesti membawa kad pelajar dan slip menduduki peperiksaan bagi menduduki setiap peperiksaan sebagai bukti dan pengesahan. Kad pelajar dan slip menduduki peperiksaan perlu diletakkan di atas kanan meja sehingga tamat peperiksaan

8. Pelajar mesti menjawab semua soalan di dalam Bahasa Inggeris kecuali bagikursus-kursus yang telah diluluskan oleh Senat UiTM

9. Pelajar tidak dibenarkan meniru semasa peperiksaan10. Pelajar tidak dibenarkan berkomunikasi dengan pelajar lain atau mengganggu

pelajar lain semasa peperiksaan11. Pelajar tidak dibenarkan keluar daripada dewan/bilik peperiksaan kecuali ke tandas

sahaja. Pelajar yang ke tandas perlu mengisi Borang Keluar Sementara dan tidak dibenarkan membawa telefon bimbit atau bahan-bahan yang tidak dibenarkan

Pelajar yang tidak mematuhi arahan ini atau segala arahan Ketua Pengawas/Pengawas boleh diambil tindakan untuk tidak dibenarkan menduduki peperiksaan atau boleh dibawa ke Lembaga Tatatertib Universiti. Jika didapati bersalah, pelajar boleh dijatuhkan hukuman tatatertib dibawah Akta 174 (Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976) atau akta yang berkaitan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:Jabatan Hal Ehwal Akademik Pelajar (JHEAP), iNEDTelefon: 03-5544 4943 / 8294 / 8356 / 8295 / 8292 / 8355

KES KHAS STATUS PELAJARR

RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN (RMP)

Pelajar yang gagal dan diberhentikan atau diberikan status Gugur Taraf (GT) pada satu (1) semester sebelumnya boleh membuat rayuan kepada Pengarah iNED dalam tempoh 14 hari selepas tarikh keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi.

Rayuan perlu dikemukakan secara bertulis atau menggunakan Borang Rayuan Meneruskan Pengajian. Borang boleh diperolehi di laman web iNED dengan merujuk di bahagian Menu ‘DOWNLOAD’. Setiap permohonan akan dikenakan bayaran RM50.00 (bil pelajar akan dijana dan bayaran perlu dibuat di Bank Islam).

Pelajar yang mendapat status D1 dan D2 tidak layak memohon RMP.

CUTI KHAS (CK)

Permohonan hendaklah dikemukakan secara online melalui portalpelajar tidak lewat dari 14 hari bekerja sebelum minggu peperiksaan bermula. Pelajar dibenarkan memohon CK bagi tempoh maksimum empat (4) semester termasuk mana-mana cuti khas yang pernah diambil sepanjang tempoh pengajian di Universiti.

Page 15: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

16 17

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

KADAR YURAN CUTI KHAS BAGI PELAJAR iNED ( JKP 201)

BIL. PERKARA KADAR1. Pelajar baharu yang memohon

cuti khas sebelum tarikh Gugur Taraf Pertama

• Pengecualian kadar yuran keseluruhan (yuran pengajian dan yuran perkhidmatan).

• Bayaran pengekalan status (CK) – RM130.00

2. Pelajar yang memohon cuti khas sebelum tarikh Gugur Taraf Pertama:

• Mendaftar kursus/tidak mendaftar kursus

• Telah membayar yuran/tidak membayar yuran

• Pengecualian yuran keseluruhan (yuran pengajian dan yuran perkhidmatan).

• Bayaran pengekalan status (CK) – RM65.00

3. Pelajar memohon cuti khas selepas tarikh Gugur Taraf Pertama dan sebelum tarikh Gugur Taraf Kedua:

• Mendaftar kursus/tidak mendaftar kursus.

• Telah membayar yuran/tidak membayar yuran.

• Pengecualian 50% yuran pengajian.

• Yuran perkhidmatan dikekalkan.

• Tiada bayaran pengekalan status (CK) – RM65.00

4. Pelajar memohon cuti khas selepas tarikh Gugur Taraf Kedua:

• Mendaftar kursus.

• Telah membayar yuran/status yuran Y3

• Tiada pemulangan yuran keseluruhan (yuran pengajian dan yuran perkhidmatan) dan bil tidak dibatalkan.

• Tiada bayaran pengekalan status (CK) – RM65.00

Pembayaran balik yuran pengajian sehingga maksimum 50% diberikan kepada pelajar yang memohon untuk cuti khas pada sebab-sebab seperti di bawah:

1. Permohonan cuti khas mestilah dilakukan dalam tempoh enam (6) minggu selepas tarikh pendaftaran rasmi

2. Melakukan tugas rasmi dan disokong arahan surat oleh majikan3. Masalah kesihatan dan disokong oleh keterangan/laporan daripada Pusat Kesihatan

UiTM/klinik kerajaan/pusat kesihatan kerajaan/hospital kerajaan/Pegawai Perubatan dari Panel Perubatan majikan masing-masing.

PERTUKARAN MOD PENGAJIAN

Pelajar separuh masa boleh memohon untuk menukar mod pengajian ke sepenuh masa berdasarkan syarat-syarat berikut:

a) Pelajar mendapat biasiswa kerajaan / badan-badan berkanun / swasta dan / ataupegawai-pegawai kerajaan / swasta yang diberi cuti belajar untuk mengikuti programsepenuh masa

b) Pelajar memenuhi syarat-syarat kemasukan pengajian sepenuh masac) Pelajar tidak pernah disabitkan tindakan tatatertibd) Pelajar mesti menjelaskan bayaran tertunggak kepada Universitie) Permohonan dikemukakan secara bertulis kepada Dekan Fakulti / Rektor Kampus

melalui Pengarah iNEDf) Permohonan dikemukakan dalam masa empat (4) minggu sebelum tarikh rasmi kuliah

bermula pada semester berikutnyag) Pertukaran hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajianh) Tempoh pengajian semester sebelumnya akan diambil kira setara dengan tempoh

pengajian mod sepenuh masai) Permohonan pertukaran mod pengajian akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa

Akademik Fakulti (JAF) / Jawatankuasa Akademik Negeri (JAN)

PERTUKARAN PROGRAM DAN KAMPUS

Pertukaran program dan kampus adalah dibenarkan untuk pelajar separuh masa dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik iNED (JAI). Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Pertukaran Program/Mod/Kampus iNED.

Nota: Untuk keperluan yang berkaitan dengan perubahan mod pengajian, sila rujuk kepada Peraturan Akademik Diploma Dan Sarjana Muda UiTM yang terkini

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:Jabatan Hal Ehwal Akademik Pelajar (JHEAP), iNEDTelefon: 03-5544 4943 / 8294 / 8356 / 8295 / 8292 / 8355

Page 16: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

18 19

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL)

Sebagai pelajar dewasa yang meneruskan pengajian di UiTM,pelajar perlu tahu bahawa pengalaman dalam kerjaya dan pengalaman dalam hidup (bukan formal dan tidak formal) boleh dinilai untuk peluang mendapatkan pengecualian kredit terhadap subjek-subjek yangberkaitan dengan pengalaman pembelajaran anda, melalui APEL (C). Sebagai contoh, persekolahan yang formal, pengalaman hidup dan pekerjaan, latihan, pengajian bebas, kerja suka rela, hobi dan seumpamanya.

Dengan APEL (C), pelajar boleh memohon pengecualian kredit terhadap subjek-subjek yang dirasakan bertindan dengan pengalaman terdahulu. Justeru, pelajar hanya perlu mengambil jumlah kredit yang berkurangan dan ini dapat memendekkan tempoh pengajian dan seterus-nya bergraduat dalam tempoh yang lebih singkat.

Berikut adalah proses permohonan APEL (C) yang dijalankan di UiTM:

Untuk permohonan APEL (C), layari http://iis.ined.uitm.edu.my atau layari laman web iNED di http://ined.uitm.edu.my/index.php/admission/apel/apel-c?id=492

Pelajar juga dinasihatkan untuk berbincang dengan Ketua Pusat Pengajian (KPP)/Koordinator iNED program masing-masing bagi mengenalpasti pengalaman terdahulu mere-ka yang berpotensi untuk diberi pengecualian kredit melalui APEL (C).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:Unit APEL, iNEDTelefon: 03-5544 8165 / 8192 / 8354 / 8182 / 8353

Page 17: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

20 21

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

MASSIVE OPEN ONLINE COURSES (MOOC)

Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan salah satu inisiatif KementerianPendidikan Tinggi Malaysia yang diperkenalkan semenjak tahun 2014 untuk menyokonganjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PendidikanTinggi) iaitu Pembelajaran Atas Talian Global. Program ini diwujudkan bertujuan untukmeningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Malaysia agar sejajar denganperkembangan pendidikan global.

Bermula dengan hanya empat (4) kursus Matapelajaran Wajib Institut PengajianTinggi Awam (MPW IPTA) iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia (UPM), Kesepaduan danHubungan Etnik di Malaysia (UKM), Introduction to Entrepreneur (UiTM), dan ICTCompetency (UNIMAS), kini bilangan kursus di MOOC Malaysia telah menjangkau lebih daripada 100 kursus sedia untuk penawaran oleh 20 universiti awam di Malaysia.

Kursus-kursus di dalam MOOC Malaysia boleh di capai di www.openlearning.com/malaysiamoocs. Selain daripada kursus-kursus yang ditawarkan oleh Malaysia MOOC,pelajar juga boleh mendaftar mana-mana kursus yang ditawarkan di openlearning.com.

MOOC UiTM

UiTM merupakan salah satu universiti awam terawal yang diberi kepercayaanmembangunkan satu kursus MPW IPTA. Berdasarkan pengalaman pembangunan dan penawaran MOOC ini dan juga kelebihan yang bakal diperolehi oleh pensyarah danpelajar, UiTM mengambil inisiatif membangunkan lebih banyak lagi kursus-kursus untuk MOOC UiTM.

MOOC UiTM sesuai digunakan untuk tujuan berikut:

1. Bahan rujukan kursus-kursus yang ditawarkan di UiTM2. Preview kursus yang akan dipelajari di UiTM3. Menyokong pembelajaran kendiri (self-learning)4. Membantu pelajar membuat ulangkaji5. Menyokong pembelajaran secara bersemuka (face-to-face)6. Menyokong pembelajaran secara blended / flipped learning7. Pelajar tidak terbeban dengan yuran penyertaan kerana kursus MOOC adalah percuma8. Pelajar bebas memilih mana-mana kursus untuk diikuti9. Pelajar bebas memilih masa, tempat dan kepantasan belajar mengikut kemampuan

sendiri10. Pelajar juga boleh memohon untuk pemindahan kredit MOOC (tertakluk kepada

keputusan permohonan)

AKSES DAN PENDAFTARAN MOOC UITM

MOOC UiTM boleh diakses di www.openlearning.com/uitm. Pelajar perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu di www.openlearning.com sebelum pendaftaran kursus dapat dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah nama dan email pelajar. Pelajar boleh memilih untuk mendaft-ar mana-mana kursus yang diminati dan tiada had maksima bilangan kursus yang ditetapkan.

Senarai dan sinopsis kursus MOOC UiTM adalah seperti berikut dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

www.openlearning.com/courses/-sains-dan-te-knologi-dalam-islam

www.openlearning.com/courses/analysis-of-algo-rithms-20/HomePage

www.openlearning.com/courses/business-mathe-matics-2-0/HomePage

Page 18: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

22 23

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

www.openlearning.com/courses/english-for-aca-demic-reading-v2/Home-Page

www.openlearning.com/courses/fundamental-of-is-lam-20/HomePage

www.openlearning.com/courses/integrated-lan-guage-skills-listening/HomePage

www.openlearning.com/courses/introduction-to-re-search-methodology/HomePage

www.openlearning.com/courses/introductiontoen-trepreneurship

www.openlearning.com/courses/introductory-ara-bic-level-1/HomePage

www.openlearning.com/courses/introductory-jap-anese-language-level-1/HomePage

www.openlearning.com/courses/introductory-man-darin-i-20/HomePage

www.openlearning.com/courses/introtofinancialac-counting/HomePage

www.openlearning.com/courses/is-lam-and-asian-civilization/HomePage

www.openlearning.com/courses/malaysia-history/HomePage

www.openlearning.com/courses/strategic-manage-ment-20/HomePage

www.openlearning.com/courses/pre-calculus-2-0/HomePage

www.openlearning.com/courses/personal-finan-cial-planning-2-0/Home-Page

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:Jabatan Teknologi e-Pembelajaran, iNEDTelefon: 03-5544 8186 / 5772 / 8352 / 8181

Page 19: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus

24 25

BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)BUKU PANDUAN PELAJAR iNED (TERBITAN 1/2017)

MAKLUMAT KETUA PUSAT PENGAJIAN (KPP) / KOORDINATOR iNED

KETUA PUSAT PENGAJIAN (KPP) & KOORDINATOR (SHAH ALAM)

BIL. PROGRAM / FAKULTI NO. TELEFON

1. KPP AC220 & AC110/120 Fakulti Perakaunan 03-5544 8188 / 8358 / 8297

2.KPP AM228/AM225 & AM110 Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

03-5544 8189 / 8296 / 8358

3. KPP BM111/119/114/115/117 & PD003 Fakulti Pengurusan Perniagaan 03-5544 8199 / 8297

4. KPP BM240/243/246 Fakulti Pengurusan Perniagaan 03-5544 8194 / 8359

5. KPP BM242/244 Fakulti Pengurusan Perniagaan 03-5544 8197 / 8359

6. KPP BM232 & BM118 Fakulti Pengurusan Perniagaan 03-5544 8193 / 8358 / 8348

7.KPP HS240/242/243/244/245 danHS110/111/112 Fakulti Sains Kesihatan

03-5544 8187 / 8357

8. KPP IM244/245/246 & IM110 Fakulti Pengurusan Maklumat 03-5544 8190 / 4943 / 8357

9.Koordinator AD241/245/247 & AD111/114/116/118 Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

03-5544 4083 / 8357

10. KPP LW213 Fakulti Undang-Undang 03-5544 8198 / 8358

11. KPP MC241/242 & MC110 Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media 03-5544 8191 / 4943

12.Koordinator HM240/241/242/245 & HM110/111 Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

03-5544 8183 / 4943 / 8296

13. Koordinator SR113/241 Fakulti Sains Sukan 03-5544 2946 / 8296 / 4943

14. KPP Kursus Bahasa Akademi Pengajian Bahasa 03-5544 8196

15. KPP Pendidikan Islam Akademi Pengajian Islam 03-5544 8214

KETUA PUSAT PENGAJIAN (KPP) & KOORDINATOR (iNED CAWANGAN)

BIL. KAMPUS UiTM NO. TELEFON1. iNED Cawangan Melaka 06-285 7142 / 70332. iNED Cawangan Johor 07-381 8000 samb. 8565 /

07-381 80233. iNED Cawangan Negeri Sembilan 06-634 25124. iNED Cawangan Kelantan 09-741 7700 / 77445. iNED Cawangan Terengganu 09-840 3811/ 3715 / 17156. iNED Cawangan Pahang 09-460 2382 / 09-514 4857

/ 09-513 81437. iNED Cawangan Kedah 04-456 2547 / 23778. iNED Cawangan Perak 05-374 2214/ 25769. iNED Cawangan Perlis 04-988 2122/ 2115 / 2120

10. iNED Cawangan Sabah 088-513 655/ 088-325 208 / 087-325 209

11. iNED Cawangan Sarawak 082-678 344 / 337

Page 20: UU PANDUAN BUKU PANDUAN - Universiti Teknologi MARA · Bagi pelajar yang membuat tambahan jam kredit selepas tempoh daftar / tambah / gugur kursus , pelajar diminta berurusan terus