up2 mei 2015 kme

13
SULIT 2215 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HAJJAH LAILA TAIB SAMARAHAN, SARAWAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015 TINGKATAN LIMA KESUSASTERAAN MELAYU Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua. 2. Jawab semua soalan Bahagian Satu. 3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya terdapat kertas jawapan tidak mencukupi, sila tulis jawapan di helaian yang baru. 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. 2215 © 2015 Sekolah Menengah Kebangsaan Hajjah Laila Taib [Lihat sebelah SULIT 2215 Kesusasteraan Melayu MEI 2015

Upload: mohamad-burhanuddin-fadzil

Post on 16-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sastera

TRANSCRIPT

SULIT22156

2SULIT22152215Kesusasteraan MelayuMEI 20152 jam 30 minit

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HAJJAH LAILA TAIBSAMARAHAN, SARAWAK

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015

TINGKATAN LIMA

KESUSASTERAAN MELAYU

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.

2. Jawab semua soalan Bahagian Satu.

3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya terdapat kertas jawapan tidak mencukupi, sila tulis jawapan di helaian yang baru.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Disediakan oleh,Disemak oleh,Disahkan oleh,

....(M. BURHANUDDIN BIN FADZIL)(NOOR BINTI ADENAN)(HAJJAH HAJIJAH BINTI MOKHTAR)Guru SubjekKetua Panitia KMPenolong Kanan Pentadbiran

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak

Bahagian Satu

[40 markah]

Jawab semua soalan.

Puisi A

Setelah sudah berkata-kata,Lalu terbanglah Nuri Gempita;Demi bertemu Si Burung Dewata,Berjabat tangan duduk beserta.

Burung Dewata yang bijaksana,Ia bertanya dengan sempurna;Tuanku datanglah dari mana,Apakah maksud muda teruna.

(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)

1. (a)Apakah jenis puisi di atas?[1 markah](b)Nyatakan tiga ciri puisi di atas.[3 markah]

2. Kapal belayar menimbang arus,Patah kemudi menyusur pantai,Tuan laksana cindai yang halus,Sama padan maka dipakai.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan asonansi dan nyatakan satu contoh yang terdapat dalam petikan di atas?[2 markah](b) Apakah yang dimaksudkan dengan aliterasi dan nyatakan satu contoh daripada rangkap di atas?[2 markah]

3. Selama ini bininya membatu terus kepala. Terbayang dimatanya Berahim yang akan menerima lading itu. Mungkin pecah. Mungkin terkoyak pipinya. Mungkin luruh bahunya. Bagaimana dengan suaminya? Dia pasti ditangkap. Dikurung sampai mati. Lehernya digantung hingga terjelir lidah macam hantu puaka. Tahun sudah Lebai Karim ditangkap dan dikurung kerana menetak Penghulu Sudin. Tiga bulan penghulu itu berkurung di rumah sakit.(Dipetik daripada Cerpen Gelungnya Terpokah)

Berikan dua teknik plot beserta contoh dalam petikan di atas.[4 markah]

4. Berdasarkan drama Menggapai Pelangi karya Taha Abdul Kadir:

(a) Nyatakan sebab mengapa Imran menghadapi konflik jiwa.[2 markah]

(b) Senaraikan dua latar tempat dalam drama berkenaan.[2 markah]

5. Berdasarkan drama Sidang Para Dukun Dan Sindrom, berikan dua permasalahan utama yang dihadapi oleh penduduk dunia.[4 markah]

Aku tunduk dengan tikaman kata ibu. Aku tahu ibu juga seperti ayah. Ibu juga mahu aku berusaha, berdikari. Bukan meminta-minta seperti peminta sedekah di kaki lima jalan. Ibu mahu aku melewati hidup ini seperti ayah. Ayah tegas dalam segala hal. Ayah juga pemimpin. Ayah bukan sahaja memimpin satu keluarga kecil tapi memimpin sebuah keluarga yang besar.(Dipetik daripada cerpen Benar Kata Ayah oleh Ria Asmira)

6.

Nyatakan dua nilai murni dalam petikan di atas.[4 markah]

7. Berdasarkan Hikayat Indera Nata, berikan dua persoalan yang terdapat dalam prosa berkenaan.[4 markah]

8. Berikut merupakan nama-nama judul prosa Kesusasteraan Melayu yang telah anda pelajari. Namakan watak utama bagi setiap judul berkenaan:(a) Anak-Anak Pejuang : ___________________________________(b) Gelungnya Terpokah: ___________________________________(c) Jeriji Kasih: ___________________________________(d) Hikayat Seri Kelantan: ___________________________________[4 markah]

9. Nyatakan dua sebab kenapa Zaniyah ingin membuang anaknya ke dalam hutan dalam cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang.[4 markah]

Setahun selepas memulakan pengajian, Jalil terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda. Prestasi cemerlang dalam pengajiannya menyebabkan pihak fakulti memilihnya untuk diberikan biasiswa. Jalil amat bersyukur dengan rezekinya itu. Melimpah-limpah rezekinya kini.

(Dipetik daripada novel Dari Lembah Ke Puncak,oleh Ghazali Lateh)

10.

Nyatakan dua pengajaran dalam petikan di atas.[4 markah]

Bahagian Dua

[60 markah]

Bahagian A(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PUISI

Tanam delima di tengah padang,Raja berarak dari Asahan;Terimalah saya anaknya dagang,Datang dengan kain basahan.

Buah langsat gendong di kain,Pokok rendang bergantung-gantung;Bukan dagang datang bermain,Dagang datang mencari untung.

Kedidi di pasir gosong,Anak murai putih dadanya;Tarik nafas kenangkan untung,Jatuh berderai air matanya.

Ada anjung tingkapnya empat,Satu pintu hadap ke laut;Anak dagang mencari tempat,Sebagai ajal ditunda maut.

Sengkalan kayu sengkawang,Ketiga dengan kayu kelat;Dagang saya sudah terbuang,Sebagai ikan di luar belat.

(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)

(a) Jelaskan dua ciri bentuk puisi di atas. [4 markah](b) Huraikan maksud rangkap dua dan rangkap tiga puisi di atas. [4 markah](c) Huraikan empat gaya bahasa beserta contoh dalam puisi di atas. [12 markah]

2. Berdasarkan cerita Hikayat Indera Nata :

(a) Jelaskan empat persoalan beserta contoh dan satu tema dalam cerita ini.[10 markah](b) Berikan dua helah yang digunakan untuk melepaskan diri daripada tawanan raksasa-raksasa tersebut. [4 markah](c) Jelaskan tiga perwatakan Indera Nata. [6 markah]

Bahagian B(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

PENGGILAP REZEKIDi celah-celah pasar kesibukan hidupsekujur kecil bersalut kemiskinanmelaung perhatian minta didekatipeti kecil tersandang di bahu kerdildia bukan pengemis jalanantapi menjual perkhidmatandia bukan pencopet buruantapi menagih pengertian.

Semir sepatu, pak! Semir sepatu, bu!Itulah suara kegigihanDari gubuk kelaparan pinggir kotaDia merungkai segala rasa maluDari sepasang kaki ke sepasang kakiDi kulit sepatu, tangan menggilap rezekiHingga memancar puas si pemilikMenyinar ruang sekolahan hari esokDan pembungkus rezeki buat sehari.

Semir sepatu, pak! Semir sepatu, bu!dia lebih khuatir pada kulit dan hargasepatu di kaki orang laindaripada rabik selipar di kaki sendiri.

Herdik peril adalah simbahan bajayang menyuburkan ladang perjuangansi tubuh kecil penggilap sepatusebelum malam bertandang.

Waktu-waktunya, dalam diam anak itumenabung azam mahu jadi imigranmenggali emas di bumi seberangyang anak-anak sebangsa dan sebayanyatak pernah kenal berus penggilapwalau untuk sepatu sendiri.

MOHD HASHIM OSMAN

(a) Huraikan tema sajak tersebut.[4 markah](b) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.[8 markah](c) Huraikan empat pengajaran beserta huraian contoh.[8 markah]

4. Berdasarkan drama Menggapai Pelangi karya Taha Abdul Kadir:

(a) Jelaskan lima perwatakan watak utama. [10 markah](b) Huraikan lima persoalan drama tersebut. [10 markah]

Bahagian C(Cerpen dan Novel)

Jawab sama ada Soalan 5, Soalan 6 atau Soalan 7

5. Berdasarkan cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi :

(a) Huraikan tema cerpen tersebut. [4 markah](b) Jelaskan lima persoalan beserta contoh yang terdapat dalam cerpen tersebut.[10 markah]

(c) Huraikan tiga pengajaran dalam cerpen tersebut. [6 markah]

6. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid :

(a) Jelaskan lima teknik penceritaan novel tersebut. [10 markah](b) Huraikan lima nilai murni dalam novel. [10 markah]

7. Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali Lateh :

(a) Jelaskan lima peristiwa yang menunjukkan kegigihan Jalil. [10 markah](b) Huraikan lima pengajaran dalam novel tersebut. [10 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT2215 2015 Sekolah Menengah Kebangsaan Hajjah Laila Taib[Lihat sebelahSULIT

2215 2015 Sekolah Menengah Kebangsaan Hajjah Laila TaibSULIT