unsur unik dialek melayu
TRANSCRIPT
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘dialektos’ yang pada
mulanya digunakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Di Yunani,
terdapat perbezaan-perbezaan kecil dalam bahasa yang digunakan oleh penuturnya
masing-masing, dan dengan itu ada kalanya tidak sampai kepada mereka
menyebabkan mereka berasa mempunyai bahasa yang berbeza. Mengikut Mario A.
Pei, dialek adalah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan
berlainan daripada bentuk standard dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan
kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidak begitu besar untuk dianggap sebagai
satu bahasa yang lain. Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor
alam, politik, penjajahan dan masa. Demikian pula halnya dengan ekonomi, cara hidup
dan sebagainya. Ini tercermin juga di dalam dialek yang bersangkutan.
Dialek merupakan ragam atau variasi daripada satu bahasa yang sama yang
dapat dibezakan melalui ciri-ciri sebutan, kosa kata, atau tatabahasa. Dialek
berkembang daripada bahasa yang pada asalnya seragam tetapi lama-kelamaan
mengalami perubahan, dan perubahan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang
antaranya ialah faktor masa dan faktor geografi (Newton,1972).
Berpuluh-puluh dialek Melayu kini tertabur di seluruh Nusantara dari pesisiran
barat Pulau Sumatera hingga ke teluk dan pantai terpencil di Pulau Irian dan dari
wilayah Negeri Thai di daratan Asia di utara hingga ke jajahan Australia di Pulau Cocos-
Keeling yang jauh di samudera selatan itu. Bahkan beberapa masyarakat minoriti, yang
tetap berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, bertahan malah berkembang, di Sri
Lanka dan di negeri Belanda pun. Gejala ketersebaran dialek-dialek Melayu ini bukan
kejadian baru seperti pernyebaran bahasa Inggeris melalui pentadbiran, perdagangan
1
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
dan politik. Berbeza dengan itu, penyebaran dialek Melayu sudah lama wujud. Sebelum
abad yang keenam belas pun, bahasa Melayu telah bertugas sebagai bahasa utama
bahkan di Kepulauan Filipina dan Kepulauan Maluku juga dipinggiran Lautan Pasifik.
Waima, sudah banyak bukti yang menunjukkan peranan bahasa Melayu di Pulau
Madagaskar di tepi pantai timur benua Afrika lima ratus tahun sebelum Lautan Hindi
dilayari kapal Eropah. Hadirnya lebih daripada enam puluh dialek daerah yang masih
tergolong dalam jaringan bahasa Melayu membuktikan keunggulan penutur Melayu
sebagai perintis budaya, niaga dan teknologi. Ada dialek Melayu yang wujud melalui
penghijrahan kelompok-kelompok penutur Melayu ke kawasan baru. Ada pula dialek
Melayu yang timbul sebagai hasil perkembangan bahasa pergaulan dan perdagangan
tanpa penghijrahan penutur Melayu dan pembentukan masyarakat imigran di
perkampungan baru. Setiap dialek Melayu ini dilatari dan diwarnai dengan sejarahnya
masing-masing. Sememangnya, sesuatu dialek hanya dapat dihargai dan dihayati
dalam lingkungan sosialnya sendiri. Kepelbagaian dialek Melayu yang diwariskan oleh
penutur purba itu harus disanjung sebagai pusaka dan khazanah yang tidak ternilaikan.
(Collins,1996).
Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor geografi, politik,
penjajahan, perdagangan, penghijrahan, masa dan sebagainya. Di Semenanjung
Malaysia misalnya, di samping terdapat alam semula jadi yang terdiri daripada hutan
rimba, bukit bukau dan gunung ganang yang merupakan rintangan kepada
perhubungan antara penduduk-penduduknya, faktor politik telah membahagi-bahagikan
negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil menjadikannya negeri Perlis, Kedah,
Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu
dan Kelantan. Daripada nama negeri-negeri tersebutlah timbulnya nama dialek-dialek
di Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Dialek Perlis, Dialek Kedah, Dialek
Pulau Penang, Dialek Perak, Dialek Selangor, Dialek Negeri Sembilan, Dialek Melaka,
Dialek Johor, Dialek Pahang, Dialek Terengganu dan Dialek Kelantan. Dialek-dialek
yang berdasarkan tempat itulah dipanggil dialek tempatan. Dialek-dialek tempatan di
Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu (Abdul
Hamid Mahmood, 1994: 1-2).
2
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
Dalam satu-satu dialek tempatan terdapat pula idiolek-idiolek, iaitu kelainan-
kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik
yang terjadi akibat perbezaan konteks. Semua kelainan ini disebut dialek.
Sungguhpun terdapat kelainan-kelainan tersebut ia harus tidak terkeluar daripada had
saling kesefahaman yang menentukan bahawa kelainan-kelainan itu masih tergolong di
dalam satu bahasa.
1.2 Objektif Kajian
Kajian Unsur-unsur yang Unik dalam Dialek Melayu ialah bertunjangkan :
a. Mengenal pasti unsur-unsur yang unik yang terdapat dalam dialek-dialek
Melayu Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang,
Terengganu, dan Kelantan.
b. Menyenaraikan kosa kata dialek Perak yang unik.
1.3 Kaedah Kajian
Kajian unsur-unsur unik dalam dialek-dialek Melayu khususnya dialek
Perak dilakukan dalam kerangka kajian seperti yang berikut:
3
Pe
rin
gka
t P
ers
ed
iaa
n
- Mengenal pasti masalah kajian- Mengkaji sumber berkaitan- Menentukan jangka masa kajian- Menentukan prosedur kajian- Merangka reka bentuk kajian
Pe
ng
um
pu
lan
Da
ta - Pemilihan sampel
dialek- Mengumpul data dari sumber sekunder dari kajian lepas :a. Asmah Haji Omar (2008)b. Zaharani Ahmad
Pe
rin
gka
t A
khir - Menganalisis
data- Menginterpretasi data- Menyemak semula objektif kajian - Menulis dapatan kajian
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
1.4 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan dalam ruang lingkup :
a. melihat unsur-unsur unik dalam dialek Perak
b. menyenaraikan kosa kata yang unik dalam dialek Perak.
1.5 Definisi Operasional
Dialek Melayu
Variasi sesuatu kawasan juga juga dikenali sebagai loghat, dialek atau dialek kawasan.
Berbagai- bagai variasi kawasan juga merupakan anggota bahasa yang sama. Dengan
itu, didapati bahawa dialek Melayu seperti dialek Kedah, dialek Perak, dialek Johor, dan
sebagainya adalah anggota bahasa Melayu. Kawasan dialek Melayu di Malaysia pada
umumnya dibahagikan kepada 12 kawasan dialek. Di Semenanjung Malaysia, terdapat
sembilan dialek utama, masing-masing dengan kawasannya dan subdialeknya.
Kawasan-kawasan dialek ini ada kalanya sejajar dengan kawasan negeri, ada kalanya
tidak. Dialek Melayu di Sabah dan Sarawak terdiri daripada dialek Sarawak, Brunei dan
Kedayan. Kita dapat mengenal pasti sesuatu pertuturan itu bervariasi dengan dialek
kita sendiri apabila kita dapat memahami apa yang dituturkan oleh penutur variasi
berkenaan. Perbezaan antara variasi berkenaan dan dialek kita terdapat pada cara
kata-kata dibunyikan, dan pemilihan kata-kata tertentu. Namun sistem nahunya tetap
sama. Perbezaan itu dapat kita dengar dan alami apabila kita bergerak dari satu
kawasan ke satu kawasan. Sesuatu kawasan mempunyai ciri-ciri bahasanya sendiri,
baik dari segi bunyi atau perbendaharaan kata, yang membezakannya dengan
kawasan yang lain. Setiap dialek tersebar dalam kawasan tersendiri; ada dialek yang
kawasannya luas, dan ada dialek yang kawasannya sempit. Jika dikaji sesuatu
kawasan dialek dengan teliti, kita akan dapati bahawa bahasa yang dituturkan dalam
kawasan berkenaan memperlihatkan perbezaan kecil dari satu mukim ke satu mukim
lain, atau dari satu kampung ke satu kampung yang lain. Oleh itu wujud subdialek, dan
4
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
kawasan yang ditempati subdialek, dinamakan kawasan subdialek. Sesuatu dialek tidak
seragam dengan dialek-dialek lain. Setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang
membezakannya dengan dialek-dialek lain. Ciri-ciri itu boleh dilihat dari segi bunyi,
penggunaan imbuhan, perbendaharaan kata, dan aspek-aspek tertentu dalam
pembentukan frasa dan ayat. Pada keseluruhannya, dialek-dialek Melayu mempunyai
enam vokal : a, e, (taling), e (pepet), i, o, u. Kekecualian terdapat pada dialek Brunei
yang mempunyai tiga vokal : a, i, u. Ada juga dialek-dialek Melayu yang mempunyai
tujuh atau lapan vokal, yang merupakan perkembangan vokal tersebut Sungguhpun
dialek-dialek Melayu berkongsi vokal-vokal yang sama, tetapi perbezaan dapat dilihat
apabila vokal-vokal itu dimasukkan ke dalam suku kata. Sesuatu vokal yang sama
boleh menghadapi peraturan yang berbeza dalam dialek yang berbeza. Semua dialek
Melayu berkongsi hampir semua konsonan dalam perbendaharaan konsonan yang ada.
(Asmah Haji Omar, 2010:54-55)
2.0 SOROTAN LITERATUR
Adi Yasran Abdul Aziz (2011) menulis tentang “Suku kata dasar dialek Kelantan
berdasarkan teori optimaliti” memberikan penjelasan tentang interaksi kekangan bagi
suku kata dasar dialek Kelantan berdasarkan teori Optimaliti (TO). Analisis terhadap
suku kata dasar bahasa Melayu sebelum ini hampir keseluruhannya membincangkan
aspek polanya sahaja.
Zaharani Ahmad (1991) dalam bukunya yang bertajuk “The Phonology &
Morphology of the Perak Dialect” mendapati bahawa terdapat 24 fonem segmental
berbanding dengan 18 konsonan dan 6 vokal. Beberapa idiosinkrasi fonologi dialek
Perak telah diterokai dan dirumuskan menjadi peraturan menggunakan notasi fonologi
generatif standard. Interaksi antara peraturan-peraturan ini juga ditunjukkan, terutama
sistem panggilan. Analisis ini menjelaskan bahawa sistem panggilan adalah penting
dalam dialek Perak. Berhubung dengan proses pembentukan perkataan, dua aspek
morfologi dibincangkan, iaitu pengimbuhan dan pengulangan. Imbuhan dikelaskan
kepada awalan, akhiran, dan apitan. Penyebarannya dibincangkan dengan contoh yang
5
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
diberikan. Turut dibincangkan ialah makna dan fungsi gramatikal memperoleh
perkataan baharu, Harus ditegaskan bahawa kajian sebelum ini yang mendakwa
bahawa dialek Perak telah sepenuhnya hilang / awal / m awalan / m / (Wulff, 1926;
Brown, 1956 dan Harun, 1983) adalah salah. Generalisasi ini hanya benar pada kata
akar yang bermula dengan vokal, meluncur, atau sisian. Tetapi, apabila / m / bergabung
dengan kata akar yang bermula dengan sisian / l / dan / / itu, / m / sentiasa hadir di
permukaan. Ini bukti sebenarnya, membuktikan dakwaan bahawa / l / dan / / adalah
sisian.
Zaharani Ahmad. et.al. (2011) dalam kajian “Fonologi Rangkap Vokal dan
Kepelbagaian Dialek Melayu: Analisis Teori Optimaliti” membincangkan perilaku
fonologi rangkap dalam empat kumpulan dialek Melayu, iaitu dialek Johor, dialek
Kedah, dialek Perak dan dialek Kelantan. Data kajian terdiri daripada sumber sekunder
yang dipetik daripada beberapa kajian terdahulu. Analisis fonologi yang dikemukakan
berdasarkan pendekatan kekangan daripada teori optimaliti. Dapatan kajian
menunjukkan kesemua dialek ini secara umumnya tidak membenarkan kehadiran
rangkap vokal di peringkat permukaan kerana ini melibatkan pengingkaran onset. Dari
sudut pendekatan rumus, rangkap vokal di pelingkat dalaman akan ditangani melalui
proses fonologi, seperti diftongisasi, ambisilabifikasi, peleburan vokal dan pengguguran
vokal. Setiap dialek menggunakan strategi yang berbeza dalam menangani rangkap
vokal ini dan kesannya menyebabkan wujudnya kepelbagaian dialek dalam bahasa
Melayu. Dari sudut pendekatan kekangan dalam kerangka teori optimaliti pula,
kewujudan kekangan yang bersifat universal, dan setiap dialek itu mempunyai susunan
tatatingkat kekangannya yang tersendiri.
Nuwairi Haji Khaza’ai (1998) dalam artikelnya yang berjudul “Kawasan Geografi
di dalam Kajian Dialek Melayu : Satu Perbincangan” mendapati bahawa kajian
dialektologi Melayu perlu memberi tumpuan kepada kawasan dialek. Dialek sebagai
satu khazanah, mempunyai hubungan yang erat dengan kawasan dialek. Sebagai
contoh, dalam kes di negeri Perak, dialek yang dikaji itu merupakan subdialek Perak,
Kedah atau Patani. Kata beliau lagi, dalam konteks kajian di alam Melayu, persoalan
6
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
yang berkaitan dengan kawasan dialek tidak boleh dipandang remeh walaupun
persoalan sosial dianggap penting. Beliau turut melontarkan beberapa persoalan,
antaranya :
i. Apakah yang terjadi pada dialek yang kawasan geografinya kini berada di
tengah-tengah kawasan pembangunan? Belum ada kawasan dialek baru yang ketara
di negeri Perak walaupun terdapat bandar-bandar yang mempunyai tradisi yang agak
lama atau kawasan-kawasan pertanian yang bersifat mega.
ii. Persoalan metodologi perlu diperkemaskan memandangkan pola penempatan
penduduk kini sudah berubah. Mereka tidak lagi mendiami taman-taman perumahan
yang baharu malah sudah ramai yang mendiami rumah-rumah pangsa dan
kondominium.
iii. Kajian terhadap dialek Melayu akan menjadi lebih menarik lagi apabila pengkaji
memberi perhatian kepada amalan berbahasa penutur dialek Melayu yang semakin
terdedah kepada bukan sahaja dialek lain, malah bahasa asing.
Rabiana Syahid Badudu (1998) dalam penulisannya yang bertajuk “Beberapa
Hal yang Menarik pada Penggunaan Dialek Melayu Manado” merungkaikan keunikan
dialek Melayu Manado yang dituturkan dalam wilayah di Sulawesi Utara yang
menuturkan dialek ini sebagai bahasa perhubungan atau pergaulan berbanding dengan
bahasa Indonesia. Hal ini ditemukan, bukan sahaja di pasar-pasar atau di desa-desa
bahkan di tempat-tempat rasmi melainkan ketika acara rasmi yang mana bahasa
Indonesia dituturkan. Dialek Melayu Menado (DMM) ini mendapat pengaruh bahasa
Belanda seperti contoh-contoh berikut:
DMM BB BImami mammie ibuopa opa kakekbrur broer kakak laki-lakihem hemd kemejaforok vork garpu
Dapatan kajian turut mendapati DMM memang sudah cukup memiliki kosa kata yang
berbeza dari bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Dengan wilayah penggunaannya
7
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
yang cukup luas dan digunakan sebagai bahasa perhubungan dan pergaulan yang
sangat praktis di seluruh wilayah, dapatlah dikatakan bahawa DMM memang akan
dituturkan kerana masih dapat menandingi bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi
walaupun kelihatannya tidak lagi mengalami perubahan dan perkembangan dibanding
dengan bahasa Indonesia.
Norsimah Mat Awal, et.al (2012) dalam kajian mereka “Pemerian Semula Dialek
Negeri Sembilan : Satu Laporan Awal” melaporkan penelitian awal secara formal
mengenai dialek Negeri Sembilan ialah kajian Hendon (1966) yang mengkaji aspek
fonologi dan morfologi dan kawasan kajiannya ialah mukim Ulu Muar di daerah Kuala
Pilah. Manakala kajian Norsimah dan rakan-rakannya menggunakan dialektologi sosial
bandar. Daerah Rembau merupakan kawasan pengumpulan data, kajian tersebut
bertujuan membangunkan satu senarai kata arkaik dialek Negeri Sembilan dan
seterusnya menguji kelangsungan penggunaannya. Untuk memperoleh data senarai
kata, kaedah temubual digunakan dan penceritaan daripada informan yang terdiri
daripada warga emas. Dapatan awal menunjukkan bahawa banyak leksikal dari
kategori kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang boleh dimasukkan dalam senarai
kata arkaik dialek Negeri Sembilan. Senarai kata yang dibina terdiri daripada dua
pengkelasan kosa kata yang berasaskan pengkategorian Arbak Othman (1994) dan
ditambah dengan satu kategori lagi iaitu kategori a(ii) kosa kata yang disenaraikan
dalam Kamus Dewan tetapi mempunyai pengertian lain dalam dialek Negeri Sembilan.
Che Hasniza Che Noh (2010) dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Dialek
Kelantan vs Bahasa Melayu:Tinjauan dari perspektif komunikasi silangbudaya”
mendapati dialek Kelantan mempunyai banyak perkataan yang sama dengan bahasa
Melayu, tetapi mempunyai makna yang berbeza sama sekali. Ada juga perkataan
dalam dialek Kelantan yang langsung tiada dalam bahasa Melayu. Keadaan ini
menimbulkan kesukaran komunikasi silangbudaya. Kajian ini membincangkan aspek
latarbelakang dialek Kelantan, perkataan-perkataan yang hanya terdapat dalam dialek
Kelantan tetapi tiada dalam bahasa Melayu, serta mengetengahkan perkataan dan ayat
8
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
yang biasa digunakan dalam petuturan harian tetapi membawa maksud yang berbeza
khususnya dalam bahasa Melayu. Implikasi bahawa setiap dialek mempunyai keunikan
tersendiri dan harus diterima sebagai satu keistimewaan bagi setiap penutur dalam
sesuatu masyarakat untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi silangbudaya telah
diketengahkan.
Dayang Sariah Abang Suhai dan Mary Fatimah Subet (2012) telah mengkaji
“Homonim antara dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melanau” dari aspek bentuk
istilah yang sama ejaan dan sama sebutannya dalam dialek Melayu Sarawak (DMS)
dengan bahasa Melanau. Data-data kajian lapangan digunakan untuk membincangkan
hal ini. Sumber data sekunder yang digunakan ialah Kamus Melanau Mukah-Melayu
Dewan (2011) dan Daftar Kata Dialek Melayu Sarawak Edisi Kedua (1998). Analisis
mendapati bahawa terdapat kosa kata yang sama ejaan dan sama sebutan dalam
bahasa Melanau sememangnya mempunyai persamaan dan juga perbezaan makna
dalam DMS.
Ibrahim Mustapa dan Ibrahim Daud (1990) dalam kajian mereka “Analisis dialek
daerah Kuala Pilah daripada aspek fonologi” memetik kata-kata Chambers (1983),
bahawa bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek-dialek. Penutur-penutur dialek itu
pula saling memahami antara satu sama lain (hlm:3). Kajian mereka menerangkan
dialek Kuala Pilah mempunyai kelainan-kelainan berbanding dengan bahasa Malaysia
baku daripada aspek fonologi. Malahan, antara dialek daerah-daerah lain di Negeri
Sembilan pun, dialek Kuala Pilah mempunyai kelainan daripada aspek fonologi. Ciri-ciri
unik yang ada pada dialek Kuala Pilah menyebabkan wujudnya perbezaan antara
dialek Kuala Pilah dengan dialek-dialek lain di Negeri Sembilan, dan bahasa Malaysia
dalam bidang sebutan, intonasi, penggunaan imbuhan, kosa kata dan ayat.
Chong, S. (2009) dalam makalahnya yang bertajuk “Dialek-dialek Melayu di
Lembah Baram” telah menelusuri dialek-dialek Melayu di Lembah Baram, Bahagian
Utara, Sarawak. Dapatan kajian telah menemukan tiga varian Melayu di kawasan itu,
9
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
iaitu (1) Dialek Melayu Sarawak (DMS) (2) Dialek Melayu Brunei (DMB); dan (3)
Bahasa Melayu Baram (BMB). Dari segi ciri linguistik, DMS di Lembah Baram dikenal
pasti sama seperti golongan DMS yang lain di Sarawak, misalnya DMS Rejang, Saribas
dan Kuching. DMB pula adalah subdialek Melayu Brunei yang memperlihatkan sistem
tiga vokal.
Kesimpulannya, dialek-dialek Melayu yang menjadi bahan kajian para ahli
akademik memperlihatkan keistimewaan dan keunikan tersendiri. Persamaan dan
perbezaan dapatan kajian jelas menunjukkan setiap dialek itu unik dan
menambahkayakan lagi bahasa Melayu. Dialek digunakan dalam bahasa lisan dan
tidak dalam bentuk tulisan. Oleh itu, kajian-kajian yang melibatkan fonologi dialek lebih
menonjol sebagai keunikan dialek itu sendiri.
3.0 DIALEK-DIALEK MELAYU DAN DAERAH PENYEBARANNYA
3.1 Dialek Kedah
Dialek bahasa Melayu Utara (DBMU) merupakan dialek bahasa Melayu yang
dipertuturkan di bahagian Utara Semenanjung Malaysia berdasarkan pemetaan
geografi kawasan utara seperti yang dirungkaikan oleh Asmah Haji Omar (1985).
Antara negeri-negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara
Perak, iaitu sehingga kawasan Taiping. Asmah Haji Omar (2008) juga telah
memberikan pandangan bahawa dialek Kedah juga dikenali sebagai dialek utara yang
meliputi kawasan Perlis, Kedah (termasuk Pulau Langkawi), Pulau Pinang, dan utara
Perak hingga ke Taiping. Terdapat perbezaan kecil yang menimbulkan beberapa
subdialek bagi dialek ini. Contohnya, ada perbezaan yang kecil antara dialek yang
dituturkan di Perlis, terutamanya di kawasan utara negeri itu dengan yang dituturkan di
Kedah. Selain itu, di negeri Kedah juga terdapat beberapa perbezaan berdasarkan
subkawasan.
10
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
Dalam Salasilah Kedah, dikatakan bahawa kawasan pemerintahan negeri Kedah
pada mulanya ialah meliputi negeri Setol di utara (yang sekarang ini merupakan
bahagian dari Thailand), negeri Perlis, negeri Kedah yang ada sekarang ini, dan pulau-
pulau di baratnya. Ketika Siam menawan negeri itu, maka negeri tersebut dipecahkan
menjadi empat bahagian. Dua dari bahagian yang dimaksudkan itu ialah negeri Setol
(yang diberi kepada Tengku Bisnu untuk memerintahnya), dan negeri Perlis. Dengan itu
tidak hairanlah jika bahasa Melayu yang dituturkan di Setol itu tidak banyak bezanya
dengan yang dituturkan di Perlis dan Kedah.
Penyebaran dialek Kedah ke Perak Utara itu berlaku di luar pentadbiran
kerajaan. Adanya dialek Kedah yang dituturkan hingga ke Taiping itu menggambarkan
kesinambungan bahasa dalam kawasan geografinya, apa lagi mengingat bahawa
kawasan itu tidak mempunyai ciri-ciri topografi yang menghalang komunikasi dua hala,
seperti gunung yang tinggi-tinggi atau hutan yang tebal-tebal. Alam yang luas
membentang dari Perlis ke Taiping itu memberi kemungkinan untuk penduduk-
penduduk berkomunikasi dengan mudahnya, bahkan dalam zaman sebelum adanya
kenderaan bermotor sekalipun.
Di samping itu, di Kuala Kangsar terdapat juga ciri-ciri dialek yang bercampur
aduk dengan ciri-ciri dialek Perak. Kawasan Kuala Kangsar ini boleh dianggap sebagai
kawasan peralihan dialek Kedah-Perak. Di sinilah boleh dikatakan titik menipisnya ciri-
ciri dialek Kedah.
Terdapatnya ciri-ciri dialek Kedah di Perak boleh dirujuk kepada gejala
kesinambungan bahasa. Di samping itu peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah
juga boleh menyebarkan ciri-ciri berkenaan ataupun juga memperteguhkan ciri-ciri yang
sudah terlebih dahulu menyebar ke kawasan baru itu. Dalam sejarah Kedah dan Perak,
kita diberitahu bahawa pada awal abad ke 19 Kedah telah dipaksa oleh Siam melanda
Perak sebanyak dua kali, iaitu dalam tahun 1813 dan 1818 (Haji Buyong Adil, Sejarah
Perak, hlm 43). Askar-askar Kedah menawan Perak hingga ke Kota Lama Kiri, dekat
Kuala Kangsar sekarang ini. Peperangan tidak berkekalan dengan suasana
permusuhan, kerana penamatan peperangan itu disusul pula oleh hubungan
11
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
silaturahim, termasuk juga perkahwinan antara askar-askar Kedah dengan wanita-
wanita Perak. Misalnya, seorang Menteri Kedah dan seorang keluarga diraja Kedah
yang dikenal sebagai Tengku Akil (Tengku Ya’akub) dikatakan berkahwin dengan
wanita Perak dari golongan bangsawan (Haji Buyong Adil, Sejarah Perak, hlm 43-44).
Sungguhpun askar-askar Kedah kebanyakannya pulang ke negeri mereka, tetapi ada
yang menetap di Perak. Faktor inilah yang menyumbang kepada peneguhan ciri-ciri
dialek Kedah yang terdapat di Kuala Kangsar itu.
Dialek Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek, iaitu subdialek-
subdialek Perlis-Pulau Langkawi, Kedah Persisiran ,Kedah Utara, dan Pulau Pinang. Di
bawah akan dibandingkan fonologi subdialek-subdialek yang berkenaan, dan dari situ
akandibuat kesimpulan mengenai penyebaran ciri-ciri tertentu.
Di samping itu, di Kedah terdapat apa yang dikenal sebagai pelet Siam atau
pelet Petani. Bahasa yang dituturkan di Padang Terap, Sik dan Baling, jika dituturkan
oleh orang-orang Melayu yang asli Kedah sebenarnya adalah dialek Kedah yang
berasaskan subdialek Kedah Persisiran. Ketiga-tiga daerah ini mempunyai kedudukan
yang bersempadan dengan Thailand dan Perak, dan dengan itu memungkinkan bukan
sahaja peresapan bahasa dari kedua-duar arah itu, tetapi juga perpindahan penduduk,
khususnya dari Thailand. Kawasan yang berkenaan ialah Petani, yang penduduknya
adalah orang Melayu yang menuturkan bahasa Melayu yang dikenal sebagai dialek
Petani.
Perpindahan orang-orang Petani ke Padang Terap, Baling dan Sik telah
menjadikan daerah-daerah ini sebagai kawasan peralihan antara dialek yakni antara
dialek Kedah dan dialek Petani. Di tiap-tiap kawasan pertembungan dialek yang
berkenaan, ada golongan penduduk yang menuturkan dialek Kedah, dan ada golongan
penduduk yang lain yang menuturkan dialek Petani yang di Kedah dikenali sebagai
pelet Petani. Di samping itu, kita juga tidak mengenepikan kenyataan bahawa ada
penduduk yang mencampuradukkan kedua-duanya.
12
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
Penduduk golongan pertama ialah orang-orang Melayu Kedah yang menuturkan
bahasa yang sama dengan subdialek Kedah Persisiran, sedangkan penduduk golongan
kedua ialah pendatang dari Petani. Penduduk golongan ketiga pula boleh terdiri dari
keturunan hasil dari perkahwinan golongan pertama dan kedua.
Daerah Baling, oleh kerana bersempadan juga dengan Perak Utara, diresapi
oleh unsur-unsur dari dialek Perak, khususnya dalam perbendaharaan kata. Sebagai
contoh, di daerah itu perkataan untuk mereka ialah dema yang sama dengan dialek
Perak, dan bukan depa seperti halnya dengan subdialek-subdialek Kedah. Dialek
Petani seperti yang dituturkan di Baling dan Sik itu juga memperlihatkan banyak
persamaan dengan dialek Kelantan dan Terengganu. Ini tidaklah bermakna bahawa
orang-orang Kelantan dan Terengganu telah berpindah ke Baling (sungguhpun
kemungkinan ini tidak diketepikan), tetapi ini sebenarnya membuktikan gejala
kesinambungan dialek dalam kawasan geografinya.
Sebelum dan sesudah Perang Dunia Kedua, terdapat penghijrahan secara agak
besar-besaran juga dari Thailand Selatan ke daerah Kubang Pasu. Di sebelah barat
pecan Jitra misalnya terdapat perkampungan orang-orang Melayu yang asalnya dari
Thailand Selatan, yang bahasa pertama mereka (yakni generasi pertama penghijrahan
tersebut) adalah bahasa Thai Selatan. Kampong itu dikenal sebagai Padang Tok
Kesop. Penduduk-penduduknya tidak boleh dikatakan membawa dialek Melayu dari
arah sempadan kerana mereka tidak bertutur dalam bahasa itu. Generasi yang lahir di
tempat itu, jika dilahirkan dalam zaman Perang Dunia Kedua masih menuturkan bahasa
Thai, tetapi dengan persekolahan yang turut diceburinya, maka bahasa Melayu makin
lama makin dikuasainya. Boleh dikatakan bahawa mereka yang lahir sesudah merdeka
sudah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Keadaan yang
sama terdapat juga di kawasan-kawasan yang lebih ke utara, iaitu di Hosba, Asun, dan
Konluang. Hingga sekarang ini generasi yang lebih tua masih menggunakan bahasa
Thai sebagai bahasa pertama mereka.
13
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
3.2 Dialek Perak
Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang begitu unik dari segi bahasa
dialeknya. Hal ini kerana negeri ini mempunyai lima jenis dialek yang utama iaitu dialek
Utara, dialek Patani, dialek Lembah Sungai Perak, dialek Kepulauan Indonesia dan
dialek Selatan Semenanjung. Sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan
negeri lain, Perak juga tidak 'lari' daripada menerima pengaruh dialek lain. Misalnya
penduduk Perak di bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai,
Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis lebih terpengaruh dengan dialek
Kedah. Lagipun menurut sejarah, sebahagian besar penduduk di kawasan berasal dari
Kedah yang berhijrah akibat ancaman Siam pada tahun.
Di bahagian Hulu Perak iaitu Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di kawasan
ini banyak menggunakan dialek Patani. Ia menyebabkan dialeknya seakan-akan serupa
dengan dialek Kelantan. Sepertimana di utara, penduduk Hulu Perak juga
kebanyakannya terdiri daripada penduduk dari Patani dan Reman. Seterusnya di
daerah Kinta, dialeknya turut berbeza mengikut masyarakatnya juga. Majoriti penduduk
di sini datang dari kepulauan Indonesia seperti Rawa, Mandheling, Banjar dan banyak
lagi. Manakala di selatan iaitu daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh,
dialeknya pula lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti Selangor
dan Johor. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri daripada golongan pendatang dari
Selangor (Jawa dan Bugis) semasa Perang Saudara di Selangor sekitar 1860an-70an.
Peta 4 : Kawasan Perak Tengah
14
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
Kemudian di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong, Karai,
Bota, Parit, Lambor Kg. Gajah dan Tg.Blanja, dialeknya agak berbeza iaitu Dialek
Lembah Sungai Perak dengan hujung perkataan diubah kepada bunyi 'e pepet';
contohnya perkataan "tiga" disebut "tige". Dialek ini yang dikatakan asli ialah dialek
Negeri Perak. Bagaimanapun, dialek lain juga masih digunakan di kawasan ini. Perak
sahaja yang sinonim dengan ayat prosa lama, iaitu "ate" (hatta);
Contoh ayat: Ate, ngape kamu idak ke sane? (Hatta, mengapa kamu tidak ke sana?)
Kata ganti nama pertama adalah seperti berikut: Saya/Aku disebut teman/keme
Awak/Kamu disebut mike/ kome
Contoh ayat:
1. Teman maghah beno dengan mike ni!
(Saya marah sangat terhadap awak ini!)
2. Kome udah makan?
(Awak/ Kamu sudah makan?)
Ada beberapa frasa yang kerap digunakan dalam dialek Perak. Antaranya:
a. Apa dihajapnya Maksud: Apa dibuatnya (frasa sinonim-buat peghojang ape).
Contoh ayat: Apa dihajapnya MB Peghak pegi ke London tu? (Apa dibuatnya MB Perak ke London itu?)
b. Tengin bebeno Maksud: terlalu bodoh. Contoh ayat: Tengin bebeno deme yang nak meraghampeh kuase di Somalia tu. (Terlalu bodoh mereka yang cuba merampas kuasa di Somalia itu)
c. Joghennye Maksud: gedik/ miang (perangai gatal).
15
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
Contoh ayat: Bebudak pompuan la ni, nampak beno joghennye. (Remaja perempuan hari ini, ramai yang berperangai gatal)
d. Bior dilantaknye Maksud: biarkan apa yang berlaku. Contoh ayat: Bior dilantaknye budak tu, degey bebeno. (Biarkan apa yang berlaku terhadap budak itu, dia degil sangat)
Di dalam konteks negeri Perak, di samping kawasan dialek seperti yang telah
disebutkan oleh pengkaji-pengkaji awal, terdapat beberapa bandar utama lain yang
mempunyai tradisinya yang tersendiri. Sekiranya pertumbuhan dialek mempunyai
kaitan dengan kawasan-kawasan seperti yang disebutkan di atas berikut dipaparkan
bebrapa buah bandar di negeri Perak.
Antaranya adalah Teluk Intan, Parit, Kuala Kangsar dan Tanjung Malim dan satu
lagi kumpulan bandar ialah Taiping, Ipoh, Lumut dan Sitiawan. Kesemua bandar di
dalam kumpulan pertama boleh dikaitkan dengan tradisi-tradisi dialek Melayu tertentu
manakala bandar dalam kumpulan kedua pula mempunyai tradisinya yang tersendiri.
Sekiranya sungai atau lembangan sungai diambil kira, di negeri Perak terdapat
beberapa batang sungai tidak kesemuanya mempunyai jumlah penduduk yang padat.
Di antaranya ialah Sungai Kerin, Sungai Kurau, Sungai Merah, Sungai Gula, Sungai
Selinsing, Sungai Sepetang, Sungai Jaha, Sungai Teruhg, Sungai Beruas, Sungai
Manjung, Sungai Perak, Sungai Bidor, Sungai Kinta, Sungai Tumboh, Sungai Kampar
dan beberapa buah sungai yang terdapat di sekitar Sungai Kampar dan beberapa buah
sungai yang terdapat di sekitar kawasan Lenggong-Gerik. Beberapa batang sungai
mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan telah membentuk tradisi dialek
Melayu mereka yang tersendiri. Namun demikian, terdapat juga sungai-sungai yang
tidak mempunyai tradisi dialek Melayu.
Di samping itu terdapat pula kawasan yang jumlah penduduknya secara nisbi
tinggi seperti di sepanjang pantai Selat Melaka seperti Kuala Sepetang, Pantai Remis,
Lumut dan juga Lekir. Kawasan-kawasan ini membentuk kawasan dialek masing-
masing yang tersendiri. Memandangkan kawasan ini merupakan kawasan nelayan dan
ramai daripada penduduknya terdiri daripada orang Melayu yang datang daripada
16
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
kawasankawasan lain di Semenanjung Malaysia, dialek setempat tidak lagi dominan.
Dialek yang dominan merupakan sesuatu yang dicorakkan oleh dialek yang dibawa
masuk oleh penutur yang mendiami kawasan berkenaan seperti dialek Kedah atau
dialek Kelantan-Besut.
3.3 Dialek Selangor
Apabila orang pada amnya menyebut dialek Selangor, mereka biasanya
memaksudkan tutur yang digunakan di Kuala Lumpur, yang biasanya juga disamakan
dengan bahasa standard kelainan pepet. Memang sebelum merdeka lagi, sebelum
begitu ramainya orang-orang dari negeri-negeri lain datang bermaustatin di Selangor
dan dalam zaman itu bahasa Melayu belum menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi,bahasa yang dituturkan oleh orang-orang Kuala Lumpur adalah dialek yang sama
atau hamper sama dengan bahasa standard kelainan pepet, yang juga sama dengan
subdialek Johor Bahru. Subdialek ini boleh dikatakan berpusat di Kuala Lumpur,
menyebar dari kawasan Petaling di selatannya dan terus ke utara meliputi Perak
Selatan hingga ke Ipoh. Tentu sahaja dalam kawasan yang luas seperti itu, terdapat
perbezaan-perbezaan kecil di sana sini. Namun begitu, ciri-ciri bahasa pada amnya
memperlihatkan persamaan yang mengasaskan penamaan subdialek Kuala Lumpur itu.
Untuk tujuan kajian ini, Kuala Lumpur dimasukkan di dalam kawasan Selangor.
Secara kasar, negeri Selangor sebagai kawasan dialek dapat dibahagikan
kepada subkawasan-subkawasan yang berikut:
i) Subkawasan timur yang menyebar dari Petaling dan Hulu Langat di
selatan, meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan terus ke utara
hingga ke Ipoh. Untuk mudahnya subdialeknya dinamakan subdialek
Kuala lumpur (KL).
ii) Subkawasan barat yang membentang dari selatan Sungai Selangor
hingga ke selatan meliputu daerah Kuala Langat. Penentuan subkawasan
subdialek SelangorBarat (SB) ini meliputi Kelang. Sungguhpun sekarang
ini Kelang merupakan kawasan campuran yang banyak dari penduduknya
17
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
adalah pendatang yang menuturkan bahasa yang sekeluarga dengan
bahasa Melayu, misalnya bahasa Jawa, kita dapat membuat andaian
bahawa suatu waktu yang lalu, memang daerah tersebut menuturkan
subdialek Selangor Barat ini.
Di antara dua subdialek dari dialek Selangor ini, subdialek Kuala Lumpur
dianggap sebagai subdialek asas.
Kawasan yang membentang dari bahagian utara Sungai Selangor hingga ke
sempadan Perak, yakni meliputi Sabak Bernam, sudah termasuk dalam kawsan dialek
Perak. Subdialek di kawasan ini sama dengan subdialek Parit, dan demikian boleh
dinggap sebagai subdialek Parit.
Di samping itu, perlu juga disebut tentang adanya dialek Melayu pendatang, iaitu
bahasa Melayu Minang yang mempunyai perkaitan dialek dengan berbagai-bagai
kelainan bahasa Melayu di Semenanjung, sungguhpun dilihat dari asal usulnya, bahasa
Melayu Minang itu merupakan dialek pendatang dari Sumatera, seperti halnya dengan
bahasa Melayu Rawa di Gopeng, Perak.
Selain dari dialek pendatang itu terdapat juga bahasa Jawa di beberapa tempat,
misalnya di Klang dan Kuala Selangor. Oleh kerana bahasa Jawa adalah bahasa yang
berbeza dengan bahasa Melayu, sungguhpun ada perkaitan kekeluargaan di antara
keduanya, maka bahasa tersebut tidak akan diperkatakan lagi dalam bab ini. Demikian
juga halnya dengan bahasa Kerinci di Hulu Langat.
3.4 Dialek Negeri Sembilan
Negeri Sembilan terkenal sebagai sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu
yang mengamalkan adat perpatihnya iaitu adat yang berlandaskan sistem matrilineal
(Khoo Kay Kim, 1994). Sebagai satu masyarakat yang berpegang pada budaya dan
adat, adat perpatih dijadikan sebagai satu cara hidup. Keakraban ikatan antara
masyarakat Negeri Sembilan dan adat perpatih memang tidak dinafikan lagi dan telah
banyak penulisan telah ditulis mengenainya. Di Negeri Sembilan, bukan sahaja sistem
18
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
budaya dan adat yang diamalkan berbeza dari negeri-negeri lain di Semenanjung
Tanah Melayu tetapi dialek atau variasi bahasa yang digunakan juga berbeza. Dialek
Negeri Sembilan telah menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Negeri
Sembilan. Perkaitan antara bahasa dan masyarakat dan budaya sesuatu tempat tidak
dapat disangkal lagi. Menurut Kramsch (1998) bahasa adalah perantara dalam
kehidupan sosial kita. Kata - kata atau ungkapan kita gunakan untuk berkomunikasi
bagi menyampaikan maklumat dan idea yang boleh dikongsi bersama dan di samping
itu kata - kata yang digunakan juga mencerminkan sikap, kepercayaan dan pandangan
seseorang. Dengan yang demikian, bahasa mencerminkan identiti budaya seseorang.
Sama seperti bahasa, dialek juga berupaya memainkan peranan sedemikian kerana
dialek adalah variasi sesuatu bahasa. Menurut Yeop Johari Yaakob (1994) dialek
Negeri Sembilan petani dan juga sebagai salah satu ciri budaya yang mencerminkan
keunikan masyarakat adat perpatih dan ini dapat dilihat dari kosa kata yang berkaitan
tegur sapa, istilah kekerabatan pertalian darah dan pekerjaan yang berkaitan dengan
aktiviti bersawah.
3.5 Dialek Melaka
Melaka ialah sebuah negeri kecil yang terletak di antara Negeri Sembilan di utara
dan Johor di selatan. Dengan itu sebahagian besar dri negeri itu merupakan kawasan-
kawasan peralihan: di utara terdapat kawasan peralihan yang memperlihatkan campur
aduk dialek Melaka degan Negeri Sembilan, dan di selatan kawasan peralihan yang
merupakan campur aduk dialek Melaka dengan dialek Johor.
Dialek Melaka yang sebenarnya ialah dialek yang dituturkan di sekitar Bandar
Melaka dan sebahagian dari Melaka Tengah. Melihat keadaan kebahasaan di Melaka,
tidaklah dapat dibahagikan kawasan dialek berkenaan kepada subkawasan-
subkawasan secara terperinci, kerana dengan berbuat demikian, subkawasan-
subkawasan yang timbul akan merupakan subkawsan-subkawasan dialek lain, iaitu
kawasan Melaka Utara merupakan subkawasan dialek Negeri Sembilan, sedangkan
kawasan Melaka Selatan, khususnya yang bersempadan dengan Johor, sudah
termasuk dalam subkawsan Muar-Batu Pahat.
19
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
Dengan ini kita dapat membahagikan negeri Melaka kepada tiga bahagian
seperti berikut:
i) Kawasan dialek Melaka
ii) Kawasan dialek Negeri Sembilan
iii) Subkawasan dialek Jhor, khususnya subdialek Muar-Batu Pahat
Di kawasan ii dan iii terdapat juga percampuran dialek-dialek yang berkenaan,
khususnya di kawasan peralihan. Di daerah Jasin, misalnya, ada kampung-kampung
yang berdekatan satu sama lain, tetapi yang satu menggunakan dialek Melaka.
Demikian juga halnya di daerah Alor Gajah di mana Kampung Jelatang menggunakan
dialek Negeri Sembilan dan Kampung Padang Keladi menggunakan dialek Melaka,
walaupun sebahagian besar dari Alor Gajah itu sendiri menggunakan dialek Negeri
Sembilan.
3.6 Dialek Johor
Menurut Asmah Haji Omar (2008), dialek Johor dapat dibahagikan kepada tiga
subkawasan iaitu (1) subkawasan Johor yang meliputi sebahagian besar negeri Johor
dari utara hingga selatan yang dinamakan sebagai subdialek Johor Bahru. (2)
Subkawasan Muar-Batu Pahat yang meliputi kawasan hingga ke Melaka – Selatan
yang dinamakan subdialek Muar-Batu Pahat, dan (3) Subkawasan Mersing.
Johor terkenal dengan suku-suku seperti Jawa, Bugis, Banjar, Melayu dan
beberapa suku kecil yang lain. Keunikan ini telah memperlihatkan pelbagai budaya
yang berbeza-beza. Antara keunikannya adalah dari segi makanan, perayaan, adat dan
kepercayaan. Apabila terdapat kenduri-kendara di kampung, masyarakat setempat
bersama-sama akan bekerjasama menjayakan kenduri itu. Selalunya di sini
masyarakat memanggil gotong-royong itu dengan nama "rewang". "Rewang" ini
termasuklah dalam kenduri perkahwinan, kenduri tahlil, upacara potong jambul
mahupun upacara-upacara seumpamanya. Selain itu, dalam budaya Bugis, apabila tiba
musim perayaan, makanan tradisi "burasak" dan "lepat" menjadi santapan utama.
20
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
Dalam pembicaraan mengenai dialek, masyarakat Johor juga mempunyai dialek
yang tersendiri. Walaupun masyarakat Johor dilihat banyak menggunakan bahasa
baku, namun sesetengah tempat terdapat penggunaan istilah tertentu. Oleh itu,
sesetengah masyarakat Johor juga tidak menggunakan bahasa baku
sepenuhnya. Jeda dan struktur penyususnan kata juga mempunyai perbezaan dengan
dialek negeri-negeri lain. Contohnya:
Almari - GerobokSelimut - GeboSelipar - SelipoKereta - Motoko (orang lama-lama dahulu)Tukar - TukoSabar - sabo
Contoh ayat :
Mak, tak pegi paso ke hari ni?Emak tidak ke pasarkah hari ini?
Aku belom abis blajo lagi kat UPSI.Saya belum habis belajar lagi di UPSI.
Adik aku slalu masok tido awal.Adik saya selalu masuk tidur awal.
Akak ngah bako sampah kat umah die.Akak sedang bakar sampah dirumahnya.
Oleh itu, variasi sesuatu bahasa itu hanya dikuasai oleh masayarakat yang
mendiami kawasan tertentu. Namun, dari segi penggunaan iaitu dialek ini mungkin
berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan.
3.7 Dialek Pahang
Dialek Pahang menempati kawasan negeri Pahang, khususnya mulai dari
kawasan pantai sehingga ke Raub dan dari Hulu Tembeling ke Rompin. Bahasa Melayu
yang dituturkan dalam kawasan ini mempunyai banyak ciri-ciri persamaan satu sama
lain tetapi di samping itu juga mempunyai ciri-ciri perbezaan. Dengan itu dapatlah
21
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
dibahagikan dialek Pahang itu kepada beberapa subdialek: antaranya ialah subdialek
Pekan, Benta, Raub, Kuala Lipis dan berbagai-bagai lagi. Di samping itu, kita dapat
nafikan bahawa di kawasan-kawasan sempadan terdapat dialek-dialek lain. Sebagai
contoh di Janda Baik sudah memperlihatkan pengaruh dari Negeri Sembilan dan
Selangor,sedangkan di Rompin terdapat campur aduk Pahang dan Johor.
Subdalek ini dituturkan di daerah Pekan, Pahang, dan dianggap sebagai dialek
Pahang yang standard. Hal ini tidaklah menghairankan memandangkan bahawa Pekan
merupakan kota diraja Pahang, dan dengan demikian segala yang berlaku di tempat itu
merupakan rujukan bagi daerah-daerah yang lain.
Yang dimaksudkan dengan kawasan subdialek Pekan itu ialah kawasan Pekan
dan sekitarannya, termasuk Kuantan. Kedua-dua bandar ini, iaitu Pekan dan Kuanta,
merupakan pusat pentadbiran, perniagaan dan kebudayaan bagi seluruh negeri
Pahang. Faktor ini ikut serta menjadikan subdialek tersebut sebagai subdialek yang
mempunyai kedudukan sosial yang tinggi di Pahang.
3.8 Dialek Terengganu
Yang dimaksudkan dengan dialek Terengganu ialah dialek yang mempunyai ciri-
ciri tertentu yang tersebar di kawasan Terengganu, dan ciri-ciri inilah yang
membezakan dialek ini dari dialek-dialek lain. Di bawah ini akan dibandingkan beberapa
subdialek untuk menentukan kawasan penyebaran dialek Terengganu itu, dan di
samping itu menentukan kawasan peralihan atau kawasan yang menerima pengaruh
dari luar. Subdialek-subdialek yang akan diperkatakan itu ialah yang dituturkan di Hulu
Telemong, Jerangau, Kuala Jengai, bandar Kuala Terengganu (khususnya Kampung
Manir), Hulu Nerus,dan Hulu Dungun.
Hulu Telemong ialah kawasan yang terletak di pedalaman Terengganu, di antara
daerah Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu. Kawasan ini dikatakan tidak banyak
menerima pengaruh dari luar.
22
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
3.9 Dialek Kelantan
Oleh sebab dialek Kelantan merupakan satu daripada dialek-dialek Bahasa
Melayu, maka banyak sekali kata-kata atau unsur-unsur leksikal dalam dialek Kelantan
yang sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun,
terdapat juga beberapa kelainan dalam bidang leksikal seperti berikut:
i. Kata-kata yang ada dalam dialek Kelantan tetapi tidak terdapat dalam Bahasa
Melayu.
ii. Kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata. Mengikut Ismail Hussein,
pengaruh daripada bahasa Thailand telah menyebabkan timbulnya kemiripan untuk
menunggalkan suku kata di dalam kata-kata yang bersuku kata dua. Beliau juga
menerangkan bahawa peminjaman unsur-unsur leksikal daripada bahasa Thailand
banyak sekali berlaku dalam dialek Kelantan.
iii. Kata-kata daripada Bahasa Melayu yang disesuaikan dalam dialek Kelantan.
mempunyai banyak kata yang sama dengan bahasa Melayu, tetapi kata-kata tersebut
mempunyai maksud yang berlainan sama sekali dengan Bahasa Melayu.
4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Unsur-unsur yang Unik dalam Dialek Perak
Menurut Za’ba, dialek ialah loghat yang diertikannya sebagai rupa bahasa yang
terpakai dalam percakapan di satu - satu daerah atau sebahagian negeri dengan pelat
sebutan yang terkhas bagi daerah itu dan berlainan daripada bunyi sebutan bahasa
umum yang rata-rata dipakai dalam hubungan percakapan atau suratan. Dalam konteks
ini, bahasa Melayu mempunyai kepelbagaian dialek mengikut lokasi geografi dan salah
satunya ialah dialek Perak yang dituturkan oleh sebahagian besar penduduk di
sepanjang Sungai Perak.
23
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
Dialek di Perak sudah dicatat oleh pengkaji sejak tahun 1920-an. Namun
demikian usaha Ismail Hussein merupakan usaha perintis untuk mengenal pasti
kawasan dialek di Perak (1973) khasnya dan di Semenanjung Malaysia khasnya.
Menurut beliau, dialek Perak yang mempunyai kerencaman kerencaman yang tersendiri
mempunyai kawasannya yang tersendiri. Bentuk - bentuk tertentu mempunyai
kawasannya tersendiri. Sebagai contoh, dialek Sungai Perak digambarkan dituturkan di
sepanjang Sungai Perak, iaitu dari Kampung Gajah hingga Parit, dialek Pulau Sayong
dituturkan di satu kawasan di seberang Sungai Perak dan bertentangan dengan Kuala
Kangsar dan dialek Perak Tengah dituturkan di sepanjang lebuh raya atau merentangi
bahagian tengah negeri Perak.
Dalam membicarakan kepelbagaian fonologi dialek Melayu di Semenanjung
Malaysia, Prof. Asmah membahagikan kawasan dialek kepada dua iaitu, kawasan yang
terletak di bahagian barat daya Semenanjung dan satu lagi ialah dialek yang termasuk
ke dalam kelompok selatan (Asmah Omar, 1977: 24-25)
Manakala dalam buku beliau yang berjudul Susur Galur Dialek Melayu (1985)
secara khusus membincangkan dialek Perak di dalam bab ke-14. Dialek Perak
dikatakan dituturkan di kawasan seperti di barat Kuala Kangsar “..yakni yang
bersempadan dengan daerah Parit” (Asmah,1985:219) dan satu lagi kawasan ialah
Parit dan kawasan sekitarnya dan dikatakan bahawa kawasan penyebaran dialek Perak
di Parit “jauh lebih luas daripada kawasan penyebarannya di Kuala Kangsar
(Asmah,1985:219). Kawasan dialek masih terus menjadi tumpuan pengkaji dialek
tempatan.
a. Unsur unik dalam budaya Melayu
Kosa kata dialek Perak merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti agama,
pergaulan, makanan, tempat tinggal, persekitaran dan sebagainya. Umpamanya kosa
kata seperti biot (degil), deruih (nakal), hakap (tamak), benak (dungu),rigap (rajin)
dan melangut (termenung). Penggunaan kosa kata dialek tersebut kemudiannya
dikaitkan dengan ungkapan yang unik dan simpulan bahasa. Misalnya ungkapan,
24
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
“Budak ini hakap, semua makanan ingin dihabiskannya, seperti anjing dengan bayang-
bayang” dan “Anak gadis Pak Mail itu rigap orangnya macam lipas kudung.
Untuk menjelaskan pada seseorang gadis yang cantik perkataan egik
digunakan. Misalnya, “Egik sungguh anak dara Pak Muaz tu, macam bidadari”. Walau
bagaimanapun, beregik membawa maksud bersolek. Sebaliknya, untuk menyatakan
warna kulit seseorang yang hitam atau terlalu hitam, kata bera digunakan. Misalnya,
kulit si Meon bera macam punggung kuali.
Untuk menyatakan susuk tubuh sesorang pemuda itu tegap atau sasa, kata yang
digunakan adalah ragah. Misalnya ungkapan, “badannya ragah macam gajah”.
Manakala, untuk menggambarkan tubuh seseorang yang kurus, biasanya selepas
sembuh daripada sesuatu penyakit kata rehek (merehek). Misalnya ungkapan, badan
si Dolah itu, rehek macam rangka.
Kata pijau pula merujuk kepada suhu badan seseorang yang panas (demam).
Misalnya, “badan budak itu pijau macam bara api”. Kata pijau juga digunakan untuk
menyatakan keadaan yang terlalu pedas kerana termakan sambal atau cili dalam
masakan. Misalnya, “mulutnya pijau macam api kerana termakan cili yang pedas itu”.
Kanak-kanak yang lambat bercakap, biasanya berusia antara dua hingga tiga
tahun, dikatakan mengap. Misalnya ungkapan “anak Pak Abu itu mengap budaknya
macam bisu walaupun sudah berumur tiga tahun.”
Ngelenyau merujuk kepada setiap lelaki yang mata keranjang atau miang.
Ungkapan yang digunakan bagi merujuk kepada lelaki sedemekian ialah Pak Musa
yang ngelenyau seperti keladi kemahang atau miang bulur haur tidak disukai oleh
penduduk kampung”.
Untuk menggambarkan suasana ramai dan riuh-rendah, kata bercemoyang
digunakan. Suasana bercemoyang yang sering berlaku di ruang rumah kayu bagi
masyarakat Melayu Perak. Ungkapan yang sering digunakan untuk menggambarkan
suasana demikian ialah “Setiap kali tiba hari raya, rumah Mak Timah bercemoyang
25
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
dengan suara kejor (larian) cucu-cucunya yang banyak itu. Kata sus senia pula
bermaksud sunyi. Misalnya, ungkapan “Suasasana rumah Mak Timah sus senia
macam malaikat lalu setelah anak cucunya kembali ke bandar”.
b. Unsur unik dalam alam sekitar
Terdapat beberapa perkataan yang dikaitkan dengan proses yang melibatkan
pokok buah-buahan dan buah-buahan. Misalnya, kata merepuh yang merujuk kepada
pokok durian yang telah berbunga. Ungkapan yang sering digunakan ialah “ Merepuh
bunga deroyan (durian) tu sampai tak nampak dahan”.
Kata mangko digunakan untuk merujuk kepada pokok durian yang tidak
berbunga atau berbunga sedikit. Mangko bermaksud isi durian yang keras seperti
durian muda (biasanya tidak sedap untuk dimakan). Ungkapan yang sering digunakan
ialah “Tahun ini nampaknya mangko le. Apah pun tak mandang”. Maksudnya, Tahun
ini durian tidak berbunga dan tidak mendatangkan hasil. Ungkapan mangko juga boleh
digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang gagal dalam peperiksaan.
c. Unsur unik dalam ekonomi
Bagi mengambarkan kekayaan seseorang pula, kata berkepuk-kepuk akan
digunakan. Kepuk ialah tempat menyimpan padi yang diperbuat daripada papan (kayu)
selepas musim menuai padi. Contoh ungkapan yang menggunakan kata berkepuk-
kepuk ialah “ Harta Uda Sudin itu berkepuk-kepuk banyaknya hingga tidak terkira”.
4.2 Unsur kelainan dialek Perak berbanding dengan dialek Melayu lain
Subdialek Parit ini mempunyai tujuh vokal, iaitu i,e,e,a,u,o,o. Kesemua vokal-
vokal ini adalah vokal kardinal utama. Vokal-vokal sempit i dan u boleh hadir pada
lingkungan awal kata, antara konsonan dan sebelum kesenyapan, seperti halnya
dengan bahasa standard. Kedua-dua vokal ini tidak dapat hadir dalam suku kata akhir
yang tertutup. Di tempatnya terdapat e dan o. Contohnya:
26
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
Dialek Perak Makna BMbiot degil
bolen telanjanggenyi jijiksoh nyenyak
mereloh tidurperongo terbuka luaspengau busuk
koi kuihenggot goyangjegela pelawak
Selain itu, penutur dialek juga mempunyai idiolek mereka tersendiri dalam usaha
mengukuhkan hujah. Contohnya, ‘he eh’ yang berfungsi seolah-olah membenarkan
apa-apa yang dituturkan. Contoh penggunaan idiolek dalam ayat ialah “Teruk bebeno
tidonye, he eh.” Jika dialek Kedah terkenal dengan idiolek ‘apa nama’, maka dialek
Perak juga mempunyai idiolek yang khusus seperti yang diperkatakan tadi.
Sistem panggilan hormat mengikut gender dalam dialek Perak juga unik.
Penggunaan ‘Yop’ sering digunakan untuk panggilan kepada kenalan lelaki walaupun
orang yang dipanggil itu bukanlah adik beradik atau saudara mara. Kata ‘Yop’
berfungsi sebagai ‘Encik’ dalam bahasa Melayu standard. Panggilan ‘Yop’ anakn
mengakrabkan lagi antara penutur pertama dengan penutur kedua yang dipanggil ‘Yop’
itu. Panggilan akrab untuk perempuan pula ialah ‘Yong’. Contohnya, “Yong nak ke
mana tu?”. Dalam ayat ini, panggilan ‘yong’ bukanlah bermakna nama orang yang
ditegur itu bernama Yong, tetapi panggilan umum yang bermaksud hormat.
Pemaparan serba sedikit ungkapan dan simpulan bahasa dalam dialek Perak
dalam penulisan ini membuktikan bahawa kosa kata atau dialek memerlukan
penyelidikan yang lebih mendalam dan lanjut untuk tujuan dokumentasi dan
pemeliharaan khazanah bahasa. Hal ini penting untuk memastikan kelangsungan dialek
dalam kalangan masyarakat. Jika usaha pendokumentasian dialek tidak dilakukan
segera, dikhuatiri generasi muda akan kehilangan kosa kata dialek yang amat bernilai.
Rata-rata, generasi muda kini jarang-jarang menggunakan dialek dalam pertuturan
kerana mereka lebih senang bertutur dalam bahasa slanga.
27
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
5.0 RUMUSAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, dialek Perak yang digunakan oleh
masyarakat Perak khasnya serta masyarakat berdekatan sekitar negeri Perak
sudah mula popular dalam kalangan masyarakat negeri lain. Faktor seperti
penghijrahan rakyat Perak ke negeri-negeri lain terutama kawasan Lembah
Klang banyak mempengaruhi pertuturan dialek ini. Selain itu, keunikan
bahasa ini turut menarik minat penutur negeri lain untuk bertutur
menggunakan dialek tersebut.
Walaupun dialek Perak agak berbeza dengan dialek negeri -negeri
lain, namun keindahan dialek ini dari sudut fonologinya banyak mempengaruhi
perluasan penggunaannya terhadap penutur daripada negeri-negeri lain. Terdapat
juga perkataan lain dalam dialek Perak yang mempunyai makna dalam bahasa
standard turut menjadikan dialek ini semakin popular. Drama-drama serta
dokumentari yang melibatkan suasana dan masyarakat Perak menjadikan dialek ini
semakin dikenali dalam kalangan masyarakat luar Perak. Masyarakat Perak
yang tidak malu menggunakan dialek mereka turut mempengaruhi perkembangan
dialek ini.
Namun begitu, kesukaran memahami beberapa patah perkataan dalam dialek
Perak ini menyebabkan dialek ini tidak dapat berkembang dengan lebih meluas.
Kebimbangan masyarakat luar Perak tentang sebutan dan semantik bagi
sesuatu perkataan dalam dialek ini turut membataskan penggunaan dialek ini.
Terdapat juga beberapa patah perkataan dalam dialek ini menimbulkan rasa kurang
enak dalam kalangan penutur bahasa standard kerana pada sangkaan mereka
mempunyai maksud yang tidak baik. Oleh itu, kajian yang lebih lanjut tentang keunikan
dialek Perak harus diteruskan bagi mengekalkan keunikannya untuk generasi penutur
yang akan datang.
28
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
BIBLIOGRAFI
Abdul Hamid Mahmood, 1994. Sintaksis dialek Kelantan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan, 1998. “Dialek Melayu supra untuk melangsungkan bangsa Melayu”. Sanat Md Nasir & Rogayah A. Razak (Ed.) Pengajian Bahasa Melayu Memasuki Alaf Baru. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Adi Yasran Abdul Aziz. “Suku kata dasar dialek Kelantan berdasarkan teori optimaliti”. GEMA Online Jurnal of Language Studies, Volume 11(2) May 2011.
Ajib Che Kob. 2002. “Dialek Melayu Negeri Sembilan : beberapa aspek linguistik”. Sastri Yunizarti Bakry & Media Sandra Kasih (Editor). Menelusuri Jejak Melayu-Minangkabau. Padang : Yayasan Citra Budaya, Indonesia.
Arbak Othman. 1994. “Fonologi dialek Negeri Sembilan : Satu teknik pengesanan kosa kata untuk leksikografi standard”. A. Samad Idris et.al. Adat merentas zaman. Seremban : Jawatankuasa Penyelidikan budaya Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.
Asmah Haji Omar, 1989. “Susur galur bahasa Melayu dalam gelombang tamadun”. Ismail Hussein, et.al (ed.), Tamadun Melayu Jilid 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan pustaka.
Asmah Haji Omar, 1995. Rekonstruksi fonologi bahasa Melayu induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 2005. Alam dan penyebaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 2006. Bahasa Melayu di samudera benih yang baik menjadi pulau. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 2008(a). Susur galur bahasa Melayu (ed.2). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 2008(b). Ensiklopedia bahasa Melayu. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 2010. Carik-carik bulu ayam kisah runding bahasa dunia Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
29
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
Asmad Haji Omar, 2010. Kajian dan perkembangan bahasa Melayu (ed.2). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Che Hasniza Che Noh. Dialek Kelantan vs bahasa Melayu: Tinjauan dari perspektif komunikasi silang budaya. International Conference on Miniority and Majority: Language, Culture and Identity. 23-24 November 2010. Hotel Hilton, Kuching Sarawak.
Chong, S. 2009. “Dialek-dialek Melayu di Lembah Baram”. Sari – International Journal of the Malay World and Civilization 27(2) 2009: 59-71.
Collins, J.T, 1986. Antologi kajian dialek Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Collins, J.T, 1996. Khazanah dialek Melayu. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dayang Sariah & Mary Fatimah. “Homonim antara dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melanau”. Issues In Language Studies (Vol. 1.no.1 – 2012).
Holmes, J. 2001. An Introduction to Sociolinguistics. London: Longman.
Ibrahim Mustapa & Ibrahim Daud. “Analisis dialek daerah Kuala Pilah daripada aspek fonologi”. Jurnal Dewan Bahasa, Disember 1990:hlm 975 -982.
Jamaludin Samsudin. “Dialek Negeri Sembilan – Satu pandangan”. Warisan : Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan 22, 1999. hlm: 46 – 57.
Khoo Kay Kim. 1994. Adat dan Perkembangan Politik: Pembangunan Masyarakat Negeri Sembilan. Dlm. A. Samad Idris, Norhalim Hj Ibrahim, Haji Muhammad Tainu & Dharmala N.S. (selenggara) Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram: Adat Merentas Zaman. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.
Kramsch, C. 1998. Language and Culture. Oxford: Oxford University Press.
Mario.A.Pei. 1949. The World’s Chief Languages. London : George Allen & UnWin LTD.
Mohd. Pilus Yunus. “Dialek Negeri Sembilan dan dialek umum bahasa Melayu : Suatu perbandingan dari sudut fonologi”. Dewan Bahasa, Ogos 1978. Hlm 589 – 597.
Newton, B. 1972. The generative interpretation of dialect : A study of modern Greek phonology. Cambridge:Cambridge University Press.
30
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan PersejarahanHuraikan Unsur-Unsur Yang Unik Dalam Dialek Melayu
Oleh : GS33858 Siti Salamah bt. Mohamad Yusof
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, 1990. “Masyarakat prasejarah dan perkaitannya dengan masyarakat pribumi semenanjung Malaysia”. Jebat 18, hlm: 3 – 14.
Norsimah Mat Awal, et.al. Pemerian semula dialek Negeri Sembilan: Satu laporan awal GEMA Online Jurnal of Language Studies, Volume 12(2) May 2012.
Nuwairi Haji Khaza’ai, 1998. “Kawasan geografi di dalam kajian dialek Melayu”.Sanat Md Nasir & Rogayah A. Razak (Ed.) Pengajian Bahasa Melayu Memasuki Alaf Baru. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Rabiana Syahid Badudu, 1998. “Beberapa hal yang menarik pada penggunaan dialek Melayu Manado”.Sanat Md Nasir & Rogayah A. Razak (Ed.) Pengajian Bahasa Melayu Memasuki Alaf Baru. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Yeop Johari Yaakub. 1994. Dialek Negeri Sembilan: Suatu Lambang Ciri Budaya Negeri Sembilan. Dlm. A. Samad Idris, Norhalim Hj Ibrahim, Haji Muhammad Tainu & Dharmala N.S. (selenggara) Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram: Adat Merentas Zaman. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan
Zaharani Ahmad. 1989. “Dialektologi generatif dan kepelbagaian dialek Melayu”. Jurnal Dewan Bahasa, 33 (6) : 402 – 414.
Zaharani Ahmad, 1991. The phonology & morphology of the Perak dialect. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalalludin & Shariffulizan Malek. “Fonologi rangkap vokal dan kepelbagaian dialek Melayu : Analisis teori optimaliti”. GEMA Online Jurnal of Language Studies, Volume 11(3) September 2011.
LAMPIRAN
31