unsur kumpulan 18 (kumpulan gas adi)

Upload: felydf

Post on 10-Jan-2016

206 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kumpulan 18Kumpulan Gas AdiJadual Berkala

TRANSCRIPT

  • Bab 4.2: Unsur Kumpulan 18Hasil pembelajaran:

    Pada akhir P&P, pelajar sepatutnya tahu:Unsur-unsur Kumpulan 18. (Rujuk Jadual Berkala)Sifat fizikal unsur-unsur Kumpulan 18.Menerangkan perubahan sifat fizikal unsur Kumpulan 18 apabila menuruni kumpulan.Menerangkan mengapa unsur Kumpulan 18 bersifat lengai secara kimia. (Kaitkan dengan susunan elektron duplet dan oktet, petala terluar penuh bilangan elektron)Menyatakan 3 kegunaan Gas Adi.

  • Unsur Kumpulan 18Turut dikenali sebagai Kumpulan Gas Adi

  • Kedudukan Kumpulan Gas Adi dalam Jadual Berkala:

  • Unsur-unsur Kumpulan 18HeliumNeonArgonKriptonXenonRadonCara mengingat:HeNAKXeRa

  • Sifat fizikal Gas AdiGas tanpa warna.Ketumpatan rendah.Tidak larut dalam air.Bukan konduktor elektrik dan haba yang baik.

  • Sifat Fizikal Unsur Kumpulan 18

    UnsurJisimAtomRelatifNomborProtonJejari Atom(nm) TakatLebur(oC)Takat Didih(oC)Ketumpatan (g dm-3)Helium420.050-270-2690.17Neon20100.070-248-2460.84Argon40180.094-189-1861.66Krypton84360.109-156-1523.45Xenon131540.130-112-1075.45Radon22286 --71-62-

  • Apabila menuruni kumpulan,Saiz atom bertambahTakat lebur dan takat didih bertambahKetumpatan bertambah

  • Sifat Kimia Unsur Kumpulan 18Wujud sebagai gas monoatom pada suhu bilik.Bersifat lengai.

    Tidak reaktif secara kimia, iaitu tidak bertindakbalas dengan unsur lain untuk membentuk sebatian atau molekul.

  • Mengapa Unsur Kumpulan 18 bersifat lengai secara kimia?Semua unsur Kumpulan 18 mempunyai petala elektron terluar yang penuh berisi elektron.Helium mempunyai 2 elektron valens. Susunan elektron ini dipanggil susunan elektron duplet. Unsur kumpulan 18 yang lain pula mempunyai 8 elektron valens. Susunan elektron ini pula dipanggil susunan elektron oktet. Susunan elektron dengan petala terluar penuh dengan elektron adalah sangat stabil. Unsur Kumpulan 18 bersifat lengai secara kimia.

  • Kegunaan gas adiHelium digunakan untuk mengisi belon kaji cuacaMengisi belon helium untuk majlisArgon digunakan untuk menyediakan atmosfera lengai untuk mengimpalNeon digunakan untuk mengisi lampu iklanKripton digunakan dalam lampu kamera

  • 1. Salin dan lengkapkan jadual di bawah.Latihan (20 minit)

    Unsur Kumpulan 18SimbolNomborProtonSusunan ElektronBilangan elektron valens

    2.8.18.18.82.8.18.32.18.8

  • 2. Berdasarkan pembelajaran hari ini tentang unsur Gas Adi, lengkapkan jadual di bawah.

    Sifat fizikalSifat umum apabila menuruni kumpulanSaiz atom Takat didihTakat lebur Ketumpatan

  • 3. Unsur W mempunyai 10 proton. Mengapakah unsur W bersifat lengai secara kimia? (4 markah)

    4. Senaraikan 3 kegunaan gas adi.

  • JAWAPAN

  • 1. Salin dan lengkapkan jadual di bawah.

    Unsur Kumpulan 18SimbolNomborProtonSusunan ElektronBilangan elektron valensHeliumHe222NeonNe102.88ArgonAr182.8.88KriptonKr362.8.18.88XenonXe542.8.18.18.88RadonRn862.8.18.32.18.88

  • 2. Berdasarkan pembelajaran hari ini tentang unsur Gas Adi, lengkapkan jadual di bawah.

    Sifat fizikalSifat umum apabila menuruni kumpulanSaiz atom Bertambah apabila menuruni kumpulanTakat didihMeningkat apabila menuruni kumpulanTakat lebur KetumpatanBertambah apabila menuruni kumpulan

  • Jawapan:No. proton W = 10, maka bilangan elektron = 10. Susunan elektron W = 2.8 [1m]Susunan elektron W adalah oktet. [1m]Susunan elektron oktet adalah stabil kerana petala terluar penuh dengan elektron. [1m]Ia tidak perlu berkongsi, menderma atau menerima elektron untuk mencapai susunan elektron oktet. Oleh sebab itu, W tidak bertindak balas dengan bahan kimia lain, iaitu bersifat lengai secara kimia. [1m]

    3. Unsur W mempunyai 10 proton. Mengapakah unsur W bersifat lengai secara kimia? (4 markah)

  • 4. Senaraikan 3 kegunaan gas adi.Jawapan:Helium digunakan untuk mengisi belon kaji cuaca.Neon digunakan untuk mengisi lampu iklan.Argon digunakan untuk membekal atmosfera lengai bagi kerja mengimpal.

  • KesimpulanUnsur Kumpulan 18 turut dikenali sebagai

    Unsur-unsur Kumpulan 18 ialah Unsur Kumpulan 18 ialah Unsur Kumpulan 18 apabila menuruni kumpulan:Saiz atomTakat lebur dan takat didihKetumpatan

    Kumpulan Gas AdiHeNAKXeRaGas tanpa warnabertambahbertambahbertambah

  • Unsur Kumpulan 18 bersifat lengai secara kimia kerana

    Menyatakan 3 kegunaan Gas Adi.

    mempunyai susunan elektron duplet/oktet yang stabil. Petala valens mereka penuh berisi elektron. Mereka tidak perlu berkongsi, menderma atau menerima elektron. Itulah sebabnya mereka lengai secara kimia wujud sebagai gas monoatom.Helium dalam belon kaji cuaca Neon dalam papan tanda iklanKripton dalam lampu kamera

  • Kerja rumah:Siapkan nota unsur peralihan di buku nota.Modul (Unsur Kumpulan 18)Uji Kefahaman Anda B, buku teks Kimia, m/s 65

    **