universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga &...

28
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: KEMAHIRAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH: KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PASIR GUDANG SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya SALMAH BINTI ISMAIL (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: buihanh

Post on 29-Apr-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KEMAHIRAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH: KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PASIR GUDANG

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya SALMAH BINTI ISMAIL

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

 

 

 

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam).”

 

 

Tandatangan :

Nama Penyelia : SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD

Tarikh : 23 April 2010

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

KEMAHIRAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH: KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI

DAERAH PASIR GUDANG

  

 

SALMAH BINTI ISMAIL 

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

23 April 2010

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

Sblsal{ binti Ismail

23 April2010

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

iii

DEDIKASI

Pada yang Maha Agung hanya kepadaMu ku panjatkan kesyukuran,

Pada Mu jua Ku pohon tetapkanlah imanku dalam mengecapi nikmat dunia &

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad dan para sahabat baginda &

Ayahanda Ismail bin Darus doa dan restumu penggerak kejayaanku &

Ibunda Almarhumah Salmiah bt Mat (*al-Fatihah) Biarpun Hanya Sedetik Kita Bersama Namun Tetap Bersemi Belaian Kasih Sayangmu

Ku Doakan Moga Dikau Bahagia Di Sana &

Abang-abang, kakak-kakak dan adikku : Zulkifli, Sazali, Sahabudin, Almarhum Saiful Nazri, Saufiah, Sabirin, Shahril, Sabariah dan Saadiah..abang-abang ipar&kakak-kakak ipar

Segala Nasihat Dan Dorongan Kalian Akan Ku Kenang Selamanya &

Buat insan teristimewa Mohd. Muzaidi bin Muzamil Terima kasih kerana menyuntik semangatku sejak dari bangku sekolah hingga kini

Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga &

Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas Bimbingan Dan Nasihat Yang Diberikan

Hanya Allah Yang Dapat Membalas Jasamu &

Para Pensyarah Fakulti Tamadun Islam & Fakulti Pendidikan Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan

Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan &

Buat Sahabat-Sahabat Seperjuangan Khususnya 4 SPI Terima Kasih Di Atas Segala-galanya

Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini &

dengan doa & harapan kalian, ku hadiahkan segulung kejayaan…

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya

serta kekuatan yang diberikan dapatlah saya menyempurnakan laporan Projek Sarjana

Muda (PSM) ini dengan jayanya. Dengan iringan doa, setinggi-tinggi penghargaan dan

jutaan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad selaku

penyelia projek, di atas segala ilmu, bimbingan, tunjuk ajar, pandangan, sokongan dan

dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh kajian dilaksanakan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pusat sumber Fakulti Tamadun Islam dan

Fakulti Pendidikan serta Perpustakaan Sultanah Zanariah yang telah membenarkan saya

menggunakan bahan rujukan untuk melengkapkan kajian ini. Ucapan terima kasih yang

tidak terhingga kepada warga Sek. Men. Keb. Bandar Seri Alam, Masai dan Sek. Men.

Keb. Permas Jaya yang berkerjasama dan memberi keizinan untuk mendapatkan

maklumat.

Terima kasih juga buat seisi keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan

dorongan dalam setiap kerja yang dilakukan. Tidak lupa juga, buat teman seperjuangan

kesudian anda dalam membantu serta berkongsi idea amat saya hargai dan sahabat di

Universiti Kebangsaan Malaysia yang sudi berkongsi maklumat. Akhirnya, ribuan

terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak

langsung. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasa kalian, merahmati kita

semua dan diberi keampunan serta keberkatan. Amien

Salmah binti Ismail

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

v

ABSTRAK

Kajian Ilmiah ini berkaitan dengan “Kemahiran Membaca dan Menulis Tulisan Jawi

dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah”. Responden dipilih secara rawak mudah

yang terdiri daripada 70 orang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan

Bandar Seri Alam, Masai. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap

penguasaan dan punca kelemahan tulisan Jawi serta persepsi pelajar dalam

meningkatkannya. Metodologi kajian adalah dengan menggunakan tiga set soalan yang

terdiri daripada soal selidik, ujian penulisan dan ujian bacaan. Segala data yang telah

diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social

Sciences Version 14.0 (SPSS Version 14.0) dan Microsoft Excel 2007. Pengkaji

menganalisis data dengan menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian dipaparkan

dalam bentuk jadual (kekerapan, peratusan dan min) dan rajah (graf). Nilai

kebolehpercayaan bagi set soal selidik ialah α = 0.838. Hasil kajian menunjukkan tahap

penguasaan pelajar dalam kemahiran tulisan Jawi berada di tahap yang sederhana

dengan min 3.02. Manakala min keseluruhan bagi punca ialah 3.46 yang berada pada

tahap sederhana. Punca utama yang menyumbang kepada kelemahan kemahiran tulisan

Jawi dalam kalangan pelajar ialah ibubapa dengan min 4.30. Walaubagaimanapun

pelajar telah menunjukkan sikap positif terhadap tulisan Jawi melalui persepsi mereka

dengan min keseluruhan 3.91 dalam meningkatkan penguasaan tulisan Jawi. Ini

sebenarnya mampu memartabatkan dan memperkasakan tulisan Jawi jika dilaksanakan

secara teliti dan serius oleh semua pihak yang terlibat.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

vi

ABSTRACT

The study is about "Jawi writing and reading skills among students in Secondary

Schools”. The respondent of this study were randomly chosen from 70 numbers of

students in Form Four from Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai.

The objective of this study is to determine level of competency in understand and write

Jawi, factors contribute towards students lack of competency in Jawi and students

perceptions/opinion to overcome this problem.The findings were obtained through three

research instruments; surveys, reading test and writing test. The data was analyzed using

Statistical Package for Social Sciences Version 14.0 (SPSS Version 14.0) and Microsoft

Excel 2007 software. This raw data was then transferred into statistic descriptions. The

interpreted data were presented in the forms of tables (frequency, percentage and min)

and graphs. The reliability value for this questionnaire α = 0.838. The study revealed

that most of the students are in the intermediate level to understand and write in Jawi

with the min of 3.02. Hence, overall min for factors and causes is in intermediate which

is 3.46. The main factor brings to lack of competency in Jawi is parents which brings to

min 4.30. However, the respondents give a positive response in many ways towards

enhancing Jawi with overall min reached 3.91. This action may improve the

understanding and writing skills in Jawi if all related parties take action to enhance it

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

DAFTAR AKSARA JAWI xix

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

viii

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Penutup 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Sejarah Tulisan Jawi 12

2.3 Perkembangan Tulisan Jawi 15

2.4 Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Bukan Melayu 16

2.5 Tokoh Tulisan Jawi 18

2.6 Kepentingan Tulisan Jawi 21

2.7 Punca Kelemahan Tulisan Jawi 22

2.8 Memartabatkan Tulisan Jawi 28

2.9 Kemahiran Membaca dan Menulis 34

2.10 Kajian Lepas Yang Berkaitan 39

2.11 Kesimpulan 43

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 44

3.2 Rekabentuk Ujian 45

3.3 Tempat Kajian 46

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 46

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

ix

3.5 Instrumen Kajian 46

3.6 Prosedur Kajian 51

3.7 Analisis Data 52

3.8 Kajian Rintis 54

3.9 Penutup 54

BAB IV DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 55

4.2 Analisis Data Bahagian A 56

4.3 Analisis Data Bahagian B 59

4.4 Pencapaian Terjemahan dan Pembacaan Teks Jawi 64

4.5 Analisis Data Bahagian C 67

4.6 Analisis Data Bahagian D 77

4.7 Penutup 86

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 87

5.2 Ringkasan Kajian 88

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 88

5.3.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 89

5.3.2 Bahagian B: Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap

Tulisan Jawi 91

5.3.3 Bahagian C: Punca-punca yang Membawa

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

x

kepada Kelemahan Pelajar dalam Membaca

dan Menulis Tulisan Jawi 94

5.3.4 Bahagian D: Persepsi Pelajar dalam Meningkatkan

Penguasaan Kemahiran Tulisan Jawi 99

5.4 Rumusan 104

5.5 Cadangan

5.5.1 Cadangan kepada Pihak Sekolah 106

5.5.2 Cadangan kepada Guru 107

5.5.3 Cadangan kepada Ibubapa 107

5.5.4 Cadangan kepada Pelajar 108

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 108

5.7 Penutup 109

RUJUKAN 110

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Jadual Kriteria Penilaian Tahap Menulis Jawi 39

3.1 Pengkelasan maklum balas (skala Likert) 48

3.2 Jadual Kriteria Penilaian Tahap Menulis Jawi 49

3.3 Jadual penilaian ujian bacaan 50

3.4 Nilai skor min 52

3.5 Aras persetujuan 53

4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 56

4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

penyertaan di SAK Negeri Johor

56

4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

kelulusan di SAK Negeri Johor

56

4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

pencapaian subjek Pendidikan Islam dalam PMR

57

4.5 Taburan responden mengikut jenis pekerjaan bapa 57

4.6 Taburan responden mengikut jenis pekerjaan ibu 58

4.7 Pecahan responden dari aspek pendidikan bapa 58

4.8 Pecahan responden dari aspek pendidikan ibu 59

4.9 Taburan Skor Bagi Item 1 Berkaitan dengan

Kemampuan Membaca Al-Quran dengan Baik

60

4.10 Taburan Skor Bagi Item 2 Berkaitan dengan

Pengenalan dan Pembelajaran Jawi Ketika Tadika

60

4.11 Taburan Skor Bagi Item 3 Berkaitan dengan

Kebolehan Mengenali dan Menyebut Huruf Jawi

60

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

xii

dengan Baik

4.12 Taburan Skor Bagi Item 4 Berkaitan dengan

Kebolehan Membaca dan Memahami Petikan dengan

Baik

61

4.13 Taburan Skor Bagi Item 5 Berkaitan dengan

Kebolehan Menulis Karangan Pendek dengan Baik

61

4.14 Taburan Skor Bagi Item 6 Berkaitan dengan

Menjawab Soalan Peperiksaan Pendidikan Islam

dalam Jawi

62

4.15 Taburan Skor Bagi Item 7 Berkaitan dengan Anggaran

Bacaan Bahan Bertulisan Jawi

62

4.16 Taburan Skor Bagi Item 8 Berkaitan dengan Proses

P&P Pendidikan Islam dalam Jawi

63

4.17 Taburan Skor Bagi Item 9 Berkaitan dengan

Penggunaan Tulisan Jawi dalam Kehidupan Seharian

63

4.18 Taburan Skor Bagi Item 10 Berkaitan dengan

Penggunaan Tulisan Jawi dalam Menulis Nota

64

4.19 Kesimpulan yang diperolehi daripada tahap

penguasaan pelajar terhadap tulisan Jawi

66

4.20 Taburan Skor Bagi Item 11 Berkaitan dengan Minat

Tulisan Jawi dalam Proses P&P

67

4.21 Taburan Skor Bagi Item 12 Berkaitan dengan Faktor

Guru Yang Kurang Mahir

67

4.22 Taburan Skor Bagi Item 13 Berkaitan dengan Faktor

Ibubapa dalam Penyediaan Sumber Bacaan Jawi

68

4.23 Taburan Skor Bagi Item 14 Berkaitan dengan

Penguasaan dan Galakan Ibubapa dalam Tulisan Jawi

68

4.24 Taburan Skor Bagi Item 15 Berkaitan dengan Faktor

Kekurangan Penerbitan

69

4.25 Taburan Skor Bagi Item 16 Berkaitan dengan 69

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

xiii

Kekangan Masa untuk Tulisan Jawi

4.26 Taburan Skor Bagi Item 17 Berkaitan Kesuntukkan

Waktu dalam Mempelajari Tulisan Jawi

70

4.27 Taburan Skor Bagi Item 18 Berkaitan dengan dengan

Kebebasan Menggunakan Dwitulisan dalam

Peperiksaan

70

4.28 Taburan Skor Bagi Item 19 Berkaitan dengan

Pengaruh Persekitaran

71

4.29 Taburan Skor Bagi Item 20 Berkaitan dengan

Kepentingan Menguasai Tulisan Jawi

71

4.30 Taburan Skor Bagi Item 21 Berkaitan dengan

Perkembangan Pembelajaran Tulisan Jawi

71

4.31 Taburan Skor Bagi Item 22 Berkaitan dengan Peluang

Bertanya Jika Menghadapi Masalah dalam Tulisan

Jawi

72

4.32 Taburan Skor Bagi Item 23 Berkaitan dengan Karya

Bertulisan jawi di Pasaran

72

4.33 Taburan Skor Bagi Item 24 Berkaitan dengan Masa

untuk Membaca dan Menulis Jawi

73

4.34 Taburan Skor Bagi Item 25 Berkaitan dengan Bekalan

Latihan Bertulisan Jawi oleh Guru

73

4.35 Taburan Skor Bagi Item 26 Berkaitan dengan

Pemansuhan Penggunaan Tulisan Jawi dalam Subjek

Bahasa Melayu

74

4.36 Taburan Skor Bagi Item 27 Berkaitan dengan

Kesungguhan Menguasai Tulisan Jawi

74

4.37 Taburan Skor Bagi Item 28 Berkaitan dengan Bebanan

Mengikuti Isi Kandungan Jawi dalam Subjek

Pendidikan Islam

75

4.38 Keseluruhan min bagi punca yang membawa kepada 75

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

xiv

kelemahan pelajar dalam membaca dan menulis

tulisan Jawi

4.39 Kesimpulan yang diperolehi daripada punca-punca

yang membawa kepada kelemahan pelajar dalam

membaca dan menulis tulisan Jawi

76

4.40 Taburan Skor Bagi Item 29 Berkaitan dengan

Penggunaan Tulisan Jawi Sepenuhnya dalam Subjek

pendidikan Islam

77

4.41 Taburan Skor Bagi Item 30 Berkaitan dengan

Papantanda Bertulisan Jawi yang Cantik dan Menarik

77

4.42 Taburan Skor Bagi Item 31 Berkaitan dengan Syarat

Wajib Menggunakan Tulisan Jawi dalam Peperiksaan

78

4.43 Taburan Skor Bagi Item 32 Berkaitan dengan

Kewujudan Subjek Tulisan Jawi Bukan Hanya di

Peringkat Rendah dan Menengah

78

4.44 Taburan Skor Bagi Item 33 Berkaitan dengan

Penguasaan Guru dalam Tulisan Jawi

79

4.45 Taburan Skor Bagi Item 34 Berkaitan dengan Seminar

dan Bengkel Tulisan Jawi

79

4.46 Taburan Skor Bagi Item 35 Berkaitan dengan

Kemudahan Laman Web

80

4.47 Taburan Skor Bagi Item 36 Berkaitan dengan Minggu

Tulisan Jawi

80

4.48 Taburan Skor Bagi Item 37 Berkaitan dengan

Program-program Pembelajaran Tulisan Jawi di

Televisyen

80

4.49 Taburan Skor Bagi Item 38 Berkaitan dengan Bahan

Bacaan Ringan Versi Tulisan Jawi

81

4.50 Taburan Skor Bagi Item 39 Berkaitan dengan Kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran Yang Menarik dan

81

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

xv

Bersesuaian

4.51 Taburan Skor Bagi Item 40 Berkaitan dengan

Kepelbagaian Perisian Komputer untuk Mempelajari

Jawi

82

4.52 Taburan Skor Bagi Item 41 Berkaitan dengan Slot

Khas Edisi Jawi

82

4.53 Taburan Skor Bagi Item 42 Berkaitan dengan

Kemudahan Capaian Melalui Internet

83

4.54 Taburan Skor Bagi Item 43 Berkaitan dengan

Penerbitan Bahan Bacaan Jawi yang Menarik

83

4.55 Taburan Skor Bagi Item 44 Berkaitan dengan Bahan

Bantu Mengajar yang Menarik dan Bersesuaian

84

4.56 Taburan Skor Bagi Item 45 Berkaitan dengan

Kemudahan Laman Web yang Menyemak Ejaan

Tulisan Jawi

84

4.57 Taburan Skor Bagi Item 46 Berkaitan dengan Pakej

Jualan Buku Melalui Sekolah

84

4.58 Kesimpulan yang diperolehi daripada persepsi pelajar

dalam meningkatkan penguasaan tulisan Jawi

85

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1 Pencapaian Terjemahan Teks Jawi 64

4.2 Peratusan Tahap Terjemahan Teks Jawi 64

4.3 Pencapaian Bacaan Teks Jawi 65

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

xvii

SENARAI SINGKATAN

% = Peratus

ABM = Alat bantu mengajar

DBP = Dewan Bahasa

FTI = Fakulti Tamadun Islam

GAPENA = Gabungan Persatuan Penulis Nasional

HSC = Higher School Certificate

ICT = Teknologi komunikasi maklumat

j-QAF = Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain

KJMR = Kaedah Jawi Mesra Rumi

LCE = Lower Certificate Education

MCE = Medium Certificate Education

PMR = Penilaian Menengah Rendah

PPJ = Persatuan Penulis Johor

PPPBPM = Persatuan Peminat Bahasa dan Penulis Muar

RTM = Radio dan Televisyen Malaysia

SAKNJ = Sekolah Agama Negeri Johor

SMK = Sekolah Menengah Kebangsaan

SPM = Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS = Statistical Package for The Social Science

SRP = Sijil Rendah Pelajaran

STAM = Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM = Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

TERUJA = Transliteration Engine for Rumi to Jawi.

UIAM = Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

UKM = Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM = Universiti Teknologi Malaysia

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

xviii

SENARAI LAMPIRAN

BIL LAMPIRAN HALAMAN

1 Surat Kebenaran A

2 Instrumen Kajian B

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

xix

DAFTAR AKSARA JAWI

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi

(http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/3-02_abjad.htm).

Bentuk huruf Nama Tunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata

Padanan Rumi

alif ا ا a

ba بـ ب ب بـ b

ta تـ ت ت تـ t

sa ثـ ث ث ثـ s, (th)

jim جـ ج ج جـ j

ha حـ ح ح حـ h, (ḥ)

ca چـ چ چ چـ c

kha خـ خ خ خـ kh

dal ـد د d

zal ـذ ذ z, (dh)

ra ـر ر r

zai ـز ز z

sin سـ س س سـ s

syin شـ ش ش شـ sy

sad صـ ص ص صـ s, (ṣ)

dad ضـ ض ض ضـ d, (ḍ)

ta طـ ط ط طـ t, (ṭ)

za ظـ ظ ظ ظـ z, (ẓ)

ain ـعـ ع ع عـ awal: a, i, u; akhir: k, (‘)

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

xx

ghain ـغـ غ غ غـ gh

nga ـ ڠ ـ ng ـ ـ

fa فـ ف ف فـ f

pa ڤـ ڤ ڤ ڤـ p

qaf قـ ق ق قـ k, q, (q)

kaf كـ آ ک k ـک

ga ـ ـ ـ ـ ـ g ـ

lam لـ ل ل لـ l

mim مـ م م مـ m

nun ن نـ ن n ن

wau ـو و w, u, o

va ـ ۏ v

ha هـ ه ه h ه

ya ـيـ ي ي y, i, e taling ي

ye ـى ى e pepet hujung

nya ـ ـپـ پـ ڽ ny

hamzah ء ء awal: gugur; akhir: k, (’)

ta marbutah ـة ة t, h, (ṯ)

Catatan:

1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.

2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.

3. Huruf ۏ diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v.

4. Huruf ء imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti ساءن . کبNamun, tiada fon dewasa ini yang mempunyai kemampuan untuk memaparkan huruf ء pada kedudukan yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan ء .

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tulisan Jawi adalah salah satu seni penulisan dan merupakan tulisan warisan

bangsa Melayu yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya

berkait rapat secara langsung dengan kedatangan Islam ke Nusantara sekitar abad ke-10

Masihi bersamaan tiga Hijrah hingga ke masa kini. Sejarah perkembangan kerajaan

Melayu Melaka, Jambi, Batawi, Majapahit, Pattani, Riau, Acheh dan Mataram telah

membuktikan bahawa tulisan Jawi merupakan tulisan yang digunakan di seluruh alam

Melayu. Terlalu banyak bahan tulisan Jawi dalam pelbagai aspek ilmu telah berkubur

tanpa dapat dikesan kerana tiadanya kesedaran masyarakat dan kerajaan pada masa kini

terhadap intipati, ilmu dan nilai khazanah tersebut. Pelbagai bukti yang telah dijumpai

menunjukkan bahawa sememangnya tulisan Jawi mempunyai pengaruh yang besar di

kalangan masyarakat Melayu, antaranya pada Batu Bersurat Terengganu, manuskrip

Aqa’id an-Nasafi, surat-surat perjanjian, buku undang-undang, hukum kanun, sejarah,

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

 

 

2

hikayat, surat khabar dan majalah jelas membuktikan kepada kita bahawa tulisan Jawi

telah mengambil peranan yang penting serta memberi sumbangan yang besar kepada

kebudayaan, bahasa, kesusasteraan dalam tamadun Melayu. Tulisan Jawi pada peringkat

awalnya mengalami perkembangan yang cukup pesat melalui sistem pendidikan agama.

Menurut Noriah (1999:78) dalam bukunya Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama

menyebutkan :

“Secara am, dengan kedatangan Islam, orang Islam mempelajari ilmu dasar

Islam iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Dengan menginsafi akan kewajipan dalam fardu

ain maka orang Melayu telah masuk Islam belajar pelajaran agama. Hal inilah yang

membezakan situasi zaman Hindu – Buddha dengan zaman Islam. Di dalam Islam setiap

individu wajib belajar membaca, terutama membaca kitab suci al-Quran. Maksudnya di

dalam masyarakat Islam tidak ada orang yang jahil tentang agamanya tidak kira orang

tersebut bangsawan atau rakyat jelata. Bertitik tolak daripada keperluan belajar

membaca ini maka di Melaka pada abad ke-14 telah diwujudkan tempat-tempat belajar

agama. Sesuai dengan semangat Islam, ilmu pengetahuan juga disebarluaskan di

kalangan rakyat jelata. Sebab itu, selain istana, pusat pengajaran- pembelajaran juga

diwujudkan di rumah ulama atau maulana, di madrasah, di pondok, di masjid, di surau

dan sebagainya. Di Acheh stuktur pendidikannya lebih tersusun. Pendidikan dasar

bermula di madrasah dan pada peringkat ini murid-murid diajar menulis dan membaca

aksara Arab, membaca al-Quran, cara beribadat, akhlak, kisah-kisah daripada sejarah

Islam, rukun iman serta nyanyian pada setiap malam Jumaat”. Beliau juga menambah,

kedatangan agama Islam telah membawa aksara Arab dan adaptasi aksara ini

kemudiannya telah menghasilkan aksara Melayu yang menjadi mangkin perkembangan

bahasa Melayu klasik. Aksara ini dinamakan aksara Jawi. (Noriah 1999:84). Pendidikan

agama Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan ejaan Jawi kerana pendidikan

agama menekankan pengajian al-Quran yang menggunakan bahasa Arab.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

 

 

3

Menurut Amat Johari Moain dalam Konvensyen tulisan Jawi pada enam hingga

lapan November 1991 menyatakan bahawa pada tahun 1963 dasar menggunakan tulisan

Rumi sebagai tulisan Rasmi bagi bahasa Melayu di Malaysia diperkukuhkan oleh Akta

Bahasa 1962. Dengan itu tersungkur terus kedudukan tulisan Jawi untuk bahasa

Melayu. Implikasi besar kepupusan tulisan Jawi menyebabkan generasi muda tidak

mampu membaca dan menulis Jawi apatah lagi membaca al-Quran. Kesemua pihak

samada pelajar, guru, masyarakat dan pentadbiran pendidikan bertanggungjawab untuk

memartabatkan tulisan Jawi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Merujuk kepada sistem pendidikan di Malaysia, Mok Soon Sang (2001:1)

menyatakan bahawa perkembangan pendidikan negara kita berlaku dalam dua tahap

iaitu sebelum kedatangan British (1400-1786) dan sistem pendidikan semasa

pemerintahan British (1786-1956). Sebelum kedatangan British, sistem pendidikan

orang Melayu berlandaskan pengajian al-Quran semata-mata. Menurut Wilkinson yang

dipetik dari buku Pendidikan di Malaysia karya Mok Soon Sang (2001:1) mengatakan

“murid di pondok mula belajar perkataan Arab dan selepas sudah menguasainya, mereka

akan terus mempelajari dengan cara menghafaz huruf abjad Arab supaya menjadi

panduan membaca doa dari teks Arab. Hal ini menunjukkan bahawa sebelum

kedatangan British orang Melayu telah mempunyai institusi pendidikan samada di surau,

masjid, pondok madrasah dengan menggunakan bahasa perantaraannya bahasa Melayu

dan Arab. Tulisan Jawi pula telah digunakan sesuai dengan matapelajaran yang bercorak

keagamaan. Dengan kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan yang ada

telah bertukar kepada sistem sekolah Vernakular Melayu, Vernakulakar Cina dan

Vernakular Tamil. Stuktur sistem pendidikan dibentuk mengikut kesesuaian masyarakat

berbilang kaum dan pengaruh tulisan Rumi atau Latin telah mula berkembang. Keadaan

ini telah menyumbang kepada kemerosotan tulisan Jawi. Hal ini semakin ketara

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

 

 

4

menjelang tahun 1957 di mana peranan tulisan Rumi semakin penting dan menjadi

media utama dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, kebudayaan dan sektor

swasta.

Menurut Amat Juhari Moain (1992) dalam tulisan Mohd Rizal Ismail yang

bertajuk “Tulisan Jawi dan Isu-Isunya” (www.scribd.com/doc/2582591/tulisanjawi)

menyatakan bahawa semasa wujudnya sekolah Melayu, tulisan Jawi menjadi tulisan

utama di sekolah-sekolah, sekurang-kurangnya di Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu. Tetapi apabila sekolah-sekolah Melayu telah dihapuskan dan digantikan

dengan sekolah umum dan kemudiannya sekolah kebangsaan, maka peranan tulisan Jawi

semakin berkurangan di sekolah-sekolah. Tulisan Jawi menjadi mata pelajaran sahaja

dan dimasukkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu. Bagaimanapun keadaaan ini tidak

bertahan lama, kerana guru yang berkemahiran dalam mata pelajaran Jawi berkurangan.

Akhirnya mata pelajaran Jawi berpindah ke dalam pengajaran pengetahuan Agama

Islam. Namun ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya, kerana pelajaran Jawi

telah mengurangi waktu untuk pengajaran isi pengajaran pengetahuan Agama Islam.

Keadaan yang tidak menentu ini wujud sehingga sekarang. Dan serentak itu, kedudukan

tulisan Jawi terus menerus malap dan merosot.

Menurut Abd Rahman Hamzah (2008:149) menyatakan bahawa identiti orang

Islam sebenar ialah al-Quran. Sesungguhnya, cubaan untuk memisahkan umat Islam

daripada Tulisan Arab merupakan usaha untuk menyisihkan identiti Islam daripada diri

individu Muslim. Usaha demikian dirancang dan dilaksanakan oleh para musuh Islam

menerusi penjajahan yang begitu halus sehingga hilang rasa sayang dan hormat umat

Islam terhadap tulisan Jawi. Sebelum kemerdekaan negara, rakyat negara ini dilaporkan

ramai yang buta huruf iaitu tidak tahu membaca dan menulis khususnya tulisan Rumi

tetapi mereka masih celik al-Quran dan fasih dalam membaca dan menggunakan tulisan

Jawi. Namun apa yang berlaku hari ini, masih ramai rakyat yang berkeadaan buta huruf

tetapi ianya bukan lagi buta huruf dalam tulisan Rumi sebaliknya buta huruf dalam

tulisan Jawi lantaran tulisan Jawi tidak lagi menjadi tulisan pengantar bagi orang

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

 

 

5

Melayu. Sinonimnya orang Melayu dikaitkan dengan agama Islam yang berpegang

kepada al-Quran, di mana di dalam al-Quran mengandungi aksara Arab yang

kemudianya diadaptasi aksara ini untuk menghasilkan aksara Melayu yang lebih

dikenali sebagai aksara Jawi.

1.3 Penyataan Masalah

Kelemahan penggunaan tulisan Jawi di kalangan pelajar dapat dilihat bilamana

proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam tidak dapat dilaksanakan

menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya. Ketidakupayaan pelajar menggunakan tulisan

Jawi melambatkan proses pengajaran dan guru terpaksa menggunakan tulisan rumi

meskipun dalam subjek Pendidikan Islam. Amat menyedihkan bilamana pelajar

tingkatan menengah atas tidak boleh membaca al-Quran dan menulis Jawi. Melalui

pengamatan pengkaji juga, penggunaan tulisan Jawi kurang diberi perhatian dan tulisan

Jawi ini hanya diajar secara formal di sekolah rendah melalui program perintis j-Qaf dan

di peringkat sekolah menengah pula ianya hanya sekadar disisipkan di dalam

matapelajaran Pendidikan Islam. Berdasarkan kepada situasi dan senario yang di

jelaskan pengkaji terdorong untuk mengkaji kemahiran tulisan dan bacaan Jawi dalam

kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai.

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga & Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas

 

 

6

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis tulisan Jawi

dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai

1.4.2 Mengenalpasti punca-punca yang membawa kepada kelemahan pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai dalam membaca dan menulis tulisan

Jawi

1.4.3 Mengenalpasti persepsi pelajar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran

membaca dan menulis tulisan Jawi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri

Alam, Masai

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, pengkaji telah mengemukakan beberapa persoalan kajian

iaitu:

1.5.1 Apakah tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis tulisan Jawi dalam

kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai?

1.5.2 Apakah punca-punca yang membawa kepada kelemahan pelajar dalam membaca

dan menulis tulisan Jawi?

1.5.3 Apakah persepsi pelajar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca

dan menulis tulisan Jawi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai?