universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri...

25
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN RENDAH DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT: SATU TINJAUAN DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI KELANTAN ASRAM BIN MAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN RENDAH

DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK DI

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT: SATU TINJAUAN DI TIGA

BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI KELANTAN

ASRAM BIN MAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri
Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri
Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

ii

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN RENDAH

DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK DI

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT: SATU TINJAUAN DI TIGA

BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI KELANTAN

ASRAM BIN MAMAT

LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA INI DISAMPAIKAN SEBAGAI

MEMENUHI SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN ( KEJURUTERAAN ELEKTRIK )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri
Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

iv

DEDIKASI

Untuk ayahanda dan ibudanda yang tercinta,

Mamat Wok dan Fatimah Ahmad,

Jasamu dalam mendidik daku di dalam mengharungi kehidupan ini akan ku

kenang untuk selamanya,

Keringat peluhmu dalam mencari rezeki untuk bangunkan keluarga begitu

ternilai harganya,

Impianmu untuk anakmu ini berjaya di menara gading telah kutunaikan,

Buat saudara-saudaraku yang tersayang,

Bantuan dan doa kalian, kejayaan jua yang dapat ku tunjukkan,

Untuk Teristimewa,

Farah Nadia Bt. Mohd Basar,

Untuk teman-teman yang dikasihi,

Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan dorongan,

Mudah-mudahan keberkatanNya menjelma

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah S.W.T dan selawat serta salam

kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W kaum keluarga dan para sahabatnya.

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana taufiq dan hidayatNya, saya telah menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini. Disini saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak

terhingga kepada beberapa pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini.

Pertama sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pensyarah Pembimbing Cik Narina Binti A. Samah yang telah memberi

bimbingan dan tunjuk ajar, teguran serta pandangan yang membolehkan saya

menyiapkan kajian ini.

Penghargaan ini turut ditujukan kepada Pengetua Sekolah Menengah Teknik

Tanah Merah, Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa dan Sekolah Menengah

Teknik Kuala Krai serta guru-guru yang telah memberi kerjasama semasa kajian ini

dijalankan. Begitu juga kepada sahabat-sahabat dan orang perseorangan yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Mudah-

mudahan segala sumbangan kalian akan diberkati Allah S.W.T.

Akhir kata, saya mengharap penyelidikan yang saya jalankan ini dapat

memberi manfaat kepada semua pihak. dan semoga kita sentiasa dicucuri Rahmat

dari Allah S.W.T.

Sekian, wassalam.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

vi

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi

pencapaian rendah dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik di tiga buah sekolah

Menengah Teknik di Negeri Kelantan, iaitu Sekolah Menengah Teknik Tanah

Merah, Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa dan Sekolah Menengah Teknik

Kuala Krai. Faktor-faktor yang dikaji ialah sikap pelajar, minat pelajar, kemudahan

asas sekolah dan pengajaran guru. Seramai 80 orang sampel dipilih dalam kajian ini,

yang mengambil Mata Pelajaran Teknologi Elektronik di sekolah tersebut. Kajian ini

dijalankan menggunakan kaedah soal selidik Skala Likert dan mengandungi soalan-

soalan yang memenuhi kehendak objektif kajian. Data-data yang diperolehi daripada

kajian ini diproses menggunakan program SPSS Versi 11.5. Hasil kajian ini faktor

sikap pelajar dan minat pelajar menunjukkan skor analisa min yang sederhana

manakala faktor kemudahan asas sekolah dan pengajaran guru menunjukkan skor

analisa min yang tinggi. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini boleh membantu

untuk kajian lanjutan dan seterusnya mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam

Mata Pelajaran Teknologi Elektronik.

vi

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

vii

ABSTRACT

The objectives of this study was to obtain the factors effecting the low

achievement in Electronic Technology Subject in three Technical Secondary Schools

in Kelantan; Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Sekolah Menengah Teknik

Pengkalan Chepa and Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai. The factors that have

been studied were student’s behaviors, interest, school’s facilities and teachers’

teaching methods.In this study, 80 students who were taking Electronic Technology

Subject in the schools were chosen as the sample. The study was conducted by the

use of Likert Scale Questionaire Method that consists of 24 questions. The collected

data were processed using SPSS Version 11.5 program. Results showed that

student’s behaviors and interest shown average min score whereas school’s facility

and teaching method shown higher analysis min score. The findings of this study

could be an assistance for further studies in related subject and as the guide line as to

increase student’s achievement in Electronic Technology Subject.

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Terminologi 10

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

ix

1.8.1 Faktor 10

1.8.2 Mempengaruhi 10

1.8.3 Mata Pelajaran 11

1.8.4 Teknologi Elektronik 11

1.8.5 Sekolah Menengah Teknik 11

1.8.6 Pencapaian Rendah 11

1.8.7 Sikap 12

1.8.8 Minat 12

1.8.9 Kemudahan Asas 12

1.8.10 Pengajaran 13

1.8.11 Guru 13

1.9 Kesimpulan 13

BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 14

2.2 Sikap Pelajar 14

2.3 Minat Pelajar 16

2.4 Kemudahan Asas Sekolah 18

2.5 Pengajaran Guru 19

2.6 Kesimpulan 22

BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 23

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 25

3.4 Instrumen Kajian 25

3.5 Prosedur Kajian 27

3.5.1 Peringkat Pertama 27

3.5.2 Peringkat Kedua 27

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

x

3.6 Kajian Rintis 28

3.7 Kajian Sebenar 28

3.8 Analisa Data 29

3.9 Kesimpulan 31

BAB IV ANALISA KAJIAN 4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisa Bahagian A : Biodata Responden 33

4.2.1 Responden Mengikut Jantina 33

4.2.2 Responden Mengikut Bangsa 34

4.2.3 Responden Mengikut Agama 34

4.2.4 Responden Mengikut Tempat Belajar 35

4.2.5 Responden Mengikut Gred Pencapaian 35

4.2.6 Responden Mengikut Tempat Tinggal 36

4.2.7 Responden Mengikut Kursus Pilihan Pertama 37

Semasa Memohon Masuk Ke Sekolah Menengah

Teknik

4.2.8 Responden Mengikut Pendapatan Penjaga 37

4.3 Analisa Bahagian B : Persoalan Kajian 38

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 38

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 42

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 45

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 49

4.3.5 Rumusan Dapatan 52

4.4 Kesimpulan 53

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan Kajian 55

5.2.1 Latar Belakang Pelajar 56

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

xi

5.2.2 Faktor Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran 57

Teknologo Elektronik

5.2.3 Faktor Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran 58

Teknologi Elektronik

5.2.4 Faktor Kemudahan asas Sekolah Terhadap Mata 59

Pelajaran Teknologi Elektronik

5.2.5 Faktor Pengajaran Guru Terhadap Mata Pelajaran 60

Teknologi Elektronik

5.3 Rumusan 61

5.3.1 Latar Belakang Pelajar 62

5.3.2 Persoalan Kajian 62

5.4 Cadangan Tindakan 63

5.4.1 Pelajar 64

5.4.2 Ibu Bapa 65

5.4.3 Sekolah 65

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.6 Penutup 67

RUJUKAN 68

LAMPIRAN A : Borang Soal Selidik 71

LAMPIRAN B : Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 78

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Pencapaian pelajar dalam Mata Pelajaran Teknologi 4

Elektronik bagi pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah

Menengah Teknik Kuala Krai

1.2 Pencapaian pelajar dalam Mata Pelajaran Teknologi 4

Elektronik bagi pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah

Menengah Teknik Tanah Merah

1.3 Pencapaian pelajar dalam Mata Pelajaran Teknologi 5

Elektronik bagi pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah

Menengah Teknik Pengkalan Chepa

3.1 Item soalan mengikut persoalan kajian 26

3.2 Skala Likert 26

3.3 Tahap penilaian berdasarkan peratus 30

3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan min 30

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

xiii

4.1 Bilangan responden mengikut jantina 33

4.2 Bilangan responden mengikut bangsa 34

4.3 Bilangan responden mengikut agama 34

4.4 Bilangan responden mengikut tempat belajar 35

4.5 Bilangan responden mengikut gred pencapaian 35

4.6 Bilangan responden mengikut tempat tinggal 36

4.7 Bilangan responden mengikut kursus pilihan pertama 37

semasa memohon masuk ke Sekolah Menengah Teknik

4.8 Bilangan responden mengikut pendapatan penjaga 37

4.9 Min dan bilangan (peratus) responden bagi item-item 39

berkaitan sikap pelajar

4.10 Min dan bilangan (peratus) responden bagi item-item 42

berkaitan minat pelajar

4.11 Min dan bilangan (peratus) responden bagi item-item 46

berkaitan kemudahan asas sekolah

4.12 Min dan bilangan (peratus) responden bagi item-item 49

berkaitan pengajaran guru

4.13 Menunjukkan min keseluruhan persoalan kajian setiap faktor 52

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

xiv

SENARAI SINGKATAN

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KBSM - Kurikulum baru Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PKBS - Penilaian Kemajuan Kemajuan Berasaskan Sekolah

SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

SPSS - Statistical Packages For Social Science

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 71

B Surat kebenaran menjalankan kajian 78

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada 28 Februari1991, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mahathir Bin

Mohammad telah mengutarakan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara perindustrian dan maju sepenuhnya pada 2020 (Kamaruddin & Ee,1995).

Bagi merealisasikan wawasan 2020, sistem pendidikan negara mempunyai peranan

penting bagi memenuhi dan menentukan kejayaan ini. Pendidikan teknikal

memainkan peranan yang penting untuk melahirkan satu genarasi baru yang bukan

sahaja berkemahiran, malah bertrampilan serta memiliki nilai-nilai murni. Ini juga

selaras dengan dasar pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang mengalami pembangunan

yang pesat. Dalam menuju Wawasan 2020 bagi mencapai negara berstatus negara

maju, Malaysia memerlukan ramai tenaga mahir bertujuan mengendalikan serta

mengurus jentera pembangunan negara. Kemajuan yang dingini oleh negara ialah

kemajuan yang meliputi semua aspek kehidupan manusia yang seimbang dari segi

fizikal dan kerohanian. Tidak dapat dinafikan bahawa bidang kerjaya yang

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

2

berasaskan kemahiran yang diperlukan oleh negara pada masa kini adalah bidang

industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan

maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri perkapalan.

Oleh yang demikian, kemahiran mestilah ditingkatkan mengikut

perkembangan semasa. Kerjasama yang lebih erat diantara individu dan pihak

sekolah perlu dipupuk supaya kemahiran dapat terus berkembang sejajar dengan

kemajuan teknologi dan keperluan tenaga kerja menjelang tahun 2020.

Lantaran itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah

drastik untuk menerapkan komponen-komponen baru dalam kurikulum sistem

pendidikan negara mengikut peredaran waktu dan keperluan semasa. Pada awal

penstrukturan pendidikan teknik dan vokasional pada tahun 1964, tujuan utamanya

adalah untuk memperkenalkan pendidikan teknik dan vokasional serta menyediakan

kemahuan pelajar-pelajar yang bakal memasuki bidang pekerjaan. Disamping itu,

pendidikan teknik dan vokasional menyokong usaha kerajaan melahirkan tenaga

mahir bagi memajukan bidang ekonomi dan perindustrian negara berasaskan

pengetahuan teknik dan vokasional. Usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam

perkembangan pendidikan teknik dan vokasional menunjukkan negara amat

memerlukan masyarakat yang berkelulusan dengan cemerlang dalam bidang ini.

1.2. Latar Belakang Masalah

Pengajian Teknologi Elektronik ialah salah satu matapelajaran teras kepada

pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil jurusan Teknologi Elektronik.

Sukatan Mata Pelajaran Pengajian Teknologi Elektronik direka bentuk supaya

mencapai matlamat iaitu melengkapkan pelajar dengan maklumat, prinsip asas dan

kemahiran amali dalam teknologi elektronik. Tumpuan utamanya adalah untuk

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

3

memberi pemahaman terhadap konsep, prinsip asas dan teori. Aktiviti bengkel, kelas

dan amali yang terancang akan memastikan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Konsep ini adalah sangat penting dalam membentuk satu ciri urutan

kefahaman yang jelas dan tepat mengenai teknologi elektronik. Kelemahan

menguasai konsep asas dan prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran akan

memberi kesan kepada prestasi dalam peperiksaan.

Pada amnya, seseorang yang berpendidikan tinggi akan mempunyai peluang

yang lebih baik untuk mendapatkan pekerjaan. Malah, dengan pencapaian kelulusan

akademik ikhtisas yang lebih tinggi, peluang bagi meningkatkan pekerjaannya akan

terbuka luas, sama ada memperolehi kenaikan pangkat dalam bidang yang sama,

ataupun bergerak ke bidang pekerjaan yang lain (Mok,1993). Di samping itu,

heirarki dan status pekerjaan ditentukan berdasarkan kepada kelulusan ikhtisas dan

akedemik seseorang pekerja.

Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang

pelajar haruslah tekun dan berusaha bersungguh-sungguh. Kejayaan bukan datang

bergolek tetapi pelajar perlulah sentiasa berusaha dengan mengambil perhatian

semasa guru mengajar, rajin mengulangkaji, membuat kerja rumah dan sentiasa

bertanya jika tidak faham sesuatu isi kandungan pelajaran. Namun demikian,

terdapat juga pelajar yang tidak mahu menjadikan perkara ini sebagai rutin atau

tabiat dalam penbelajaran mereka di sekolah.

Jadual di bawah menunjukkan analisis keputusan peperiksaan penggal

pertama 2003 bagi Mata Pelajaran Teknologi Elektronik Tingkatan Empat bagi

Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai, Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah dan

Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

4

Jadual 1.1 : Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik

bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik

Kuala Krai

Tingkatan

Bilangan

Calon

%

Cemerlang

(A1 – A2)

%

Sederhana

(B3 – C6)

%

Rendah

(D7 – 8)

%

(Gagal)

%

(Lulus)

Tingkatan

Empat 31 0% 3.2% 38.7% 58.1% 41.9%

Sumber : Guru Mata Pelajaran Teknologi Elektronik Sekolah Menengah Teknik

Kuala Krai

Jadual 1.2 : Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik

bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik

Tanah Merah

Tingkatan

Bilangan

Calon

%

Cemerlang

(A1 – A2)

%

Sederhana

(B3 – C6)

%

Rendah

(D7 – E8)

%

(Gagal)

%

(Lulus)

Tingkatan

Empat 37 0% 24.3% 29.7% 46.0% 54.0%

Sumber : Guru Mata Pelajaran Teknologi Elektronik Sekolah Menengah Teknik

Teknik Tanah Merah

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

5

Jadual 1.3 : Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik

bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik

Pengkalan Chepa

Tingkatan

Bilangan

Calon

%

Cemerlang

(A1 – A2)

%

Sederhana

(B3 – C6)

%

Rendah

(D7 – 8)

%

(Gagal)

%

(Lulus)

Tingkatan

Empat 22 0% 31.8% 27.3% 40.9% 59.1%

Sumber : Guru Mata Pelajaran Teknologi Elektronik Sekolah Menengah Teknik

Pengkalan Chepa

Jadual 1.1 menunjukkan pencapaian pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala

Krai dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik bagi pelajar tingkatan empat.

Berdasarkan jadual tersebut, didapati hanya 41.9% sahaja pelajar lulus. Namun

peratus pencapaian yang rendah adalah kira-kira 96.8% iaitu mewakili 30 orang

pelajar daripada jumlah 31 orang pelajar. Daripada jumlah pelajar tingkatan empat,

lebih daripada 50% (58.1%) didapati gagal dalam mata pelajaran ini.

Jadual 1.2 pula, memaparkan prestasi pencapaian pelajar tingkatan empat

dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik bagi Sekolah Menengah Teknik Tanah

Merah. Jadual tersebut menunjukkan bahawa peratus lulus agak memuaskan. Namun

daripada peratus lulus tersebut didapati hanya 9 orang sahaja pelajar tingkatan empat

berada pada kedudukan yang baik (A1 – C6). Bagi pelajar tingkatan empat, hampir

75.7% yang mewakili 28 orang pelajar mendapat pencapaian yang rendah daripada

jumlah 37 orang.

Bagi Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa, Jadual 1.3 menunjukkan

peratus lulus yang agak baik iaitu 59.1% bagi tingkatan empat. Namun, jika dilihat

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

6

kepada jumlah sebenar pelajar, tiada seorang pun pelajar yang mendapat keputusan

A1 –A2 bagi pelajar tingkatan empat. Daripada jumlah ini juga, seramai 15 orang

daripada 22 orang pelajar bagi tingkatan empat berada di tahap pencapaian yang

rendah.

Berdasarkan analisis ke atas tiga buah sekolah tersebut, ditunjukkan gred

peratus pelajar yang cemerlang dan peratus pelajar yang lulus adalah tidak ramai.

Berikutan daripada itu, pengkaji merasakan perlu dibuat satu tinjauan yang teliti

terhadap pencapaian yang ditunjukkan, untuk mengetahui faktor-faktor yang

menyebabkan pencapaian yang rendah ini. Dengan itu, matlamat pendidikan dan

keperluan tenaga kerja manusia dalam bidang teknikal terbantut jika keadaan

pencapaian yang rendah dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik ini berterusan,

jika tidak diatasi.

1.3 Pernyataan Masalah

Mata Pelajaran Teknologi Elektronik merupakan mata pelajaran teras di

dalam bidang elektronik aliran vokasional di Sekolah Menengah Teknik. Dari

peratusan yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1, 1.2 dan 1.3 jelas bahawa pencapaian

adalah rendah jika dibandingkan dengan target pencapaian sekolah. Di dalam kajian

ini, pengkaji ingin mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian

yang rendah di dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik.

Faktor-faktor yang akan dikaji dalam kajian ini adalah sikap pelajar, minat

pelajar, kemudahan asas sekolah dan kaedah pengajaran guru dalam Mata Pelajaran

Teknologi Elektronik ini. Tidak dinafikan sememangnya terdapat pelbagai faktor

telah mempengaruhi berlakunya pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran ini.

Namun, empat faktor ini telah dipilih sebagai fokus utama kajian memandangkan

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

7

ianya memberikan pengaruh yang besar dalam menentukan pencapaian pelajar dalam

Mata Pelajaran Teknologi Elektronik.

Pencapaian dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik sememangnya

bergantung kepada kehendak dalaman pelajar seperti sikap dan minat mereka dalam

mata pelajaran tersebut. Begitu juga dengan faktor kemudahan asas dan persediaan

guru iaitu dari segi kaedah pengajaran dan penyebaran maklumat yang dipilih oleh

guru. Terdapat sesetengah masyarakat menganggap kedua-dua faktor ini adalah tidak

penting kerana apa yang lebih penting adalah kehendak pelajar itu sendiri. Dengan

ini penyelidik merasakan faktor-faktor ini mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

Mata Pelajaran Teknologi Elektronik.

Oleh sebab itu, penyelidik cuba untuk mengkaji adakah faktor-faktor ini

mampu mempengaruhi berlakunya pencapaian yang rendah dalam Mata Pelajaran

Teknologi Elektronik mengikut sekolah-sekolah yang telah dipilih.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Untuk mengenalpasti sama ada faktor sikap merupakan faktor yang

menpengaruhi pencapaian yang rendah di kalangan pelajar dalam Mata

Pelajaran Teknologi Elektronik.

1.4.2 Untuk mengenalpasti sama ada faktor minat merupakan faktor yang

mempengaruhi pencapaian yang rendah di kalangan pelajar dalam Mata

Pelajaran Teknologi Elektronik.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · industri permotoran, industri elektronik, industri teknologi komunikasi dan maklumat, industri gas, industri pengeluaran dan industri

8

1.4.3 Untuk mengenalpasti sama ada faktor kemudahan asas sekolah merupakan

faktor yang mempengaruhi pencapaian yang rendah di kalangan pelajar

dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik.

1.4.4 Untuk mengenalpasti sama ada faktor kaedah pengajaran guru merupakan

faktor yang mempengaruhi pencapaian yang rendah di kalangan pelajar

dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Adakah faktor sikap merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian yang

rendah di kalangan pelajar dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik?

1.5.2 Adakah faktor minat merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian yang

rendah di kalangan pelajar dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik?

1.5.3 Adakah kemudahan asas sekolah merupakan faktor yang mempengaruhi

pencapaian yang rendah dalam Mata Pelajaran Teknologi Elektronik?

1.5.4 Adakah faktor pengajaran guru merupakan faktor yang mempengaruhi

pencapaian yang rendah di kalangan pelajar dalam Mata Pelajaran Teknologi

Elektronik?