universiti teknologi malaysia - fp.utm.my fileini dibina untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan ke...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK KBSM TINGKATAN TIGA –
TRIGONOMETRI
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya FRANKIE THIEN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANDATANGAN PENYELIA) (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: No.124, Foochow Road No.2, 96000 SIBU, SARAWAK.
Tarikh: Tarikh:
EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN HJ SIDEK(Nama Penyelia)
Disahkan Oleh,
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : ……………………………………….......................
Nama Penyelia : EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN HJ SIDEK
Tarikh : ……………………………………….......................
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK KBSM
TINGKATAN TIGA - TRIGONOMETRI
FRANKIE THIEN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………….............
Nama Penulis : FRANKIE THIEN
Tarikh : ………….....................
UUnnttuukk yyaanngg iissttiimmeewwaa ddaann tteerrssaayyaanngg......
DDaattuukk,, aayyaahh ddaann iibbuu,,
sseerrttaa aaddiikk--aaddiikk..
TTeerriimmaa kkaassiihh aattaass sseeggaallaa ggaallaakkkkaann,, ssookkoonnggaann ddaann
ddoorroonnggaann sseerrttaa ppeennggoorrbbaannaann aannddaa sseemmuuaa!!
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, En Rosni Zamuddin Shah bin Hj. Sidek, kerana tanpa
kesanggupan serta dedikasi beliau dalam memberikan bimbingan, nasihat serta
cadangan di sepanjang tempoh penyelidikan pasti projek ini tidak dapat dijalankan
dengan lancar.
Penghargaan juga ditujukan kepada ahli keluarga saya yang tersayang. Tanpa
sokongan dan galakkan serta doa yang diberikan oleh mereka pasti saya tidak dapat
menyiapkan penyelidikan ini dengan setabah yang mungkin.
Tidak terlupa juga kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
atas kerjasama yang telah diberikan bagi memudahkan kerja-kerja penyelidikan
dijalankan.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
saya, khasnya Nan Chong, Sing Nguong, Chee Hong, Hieng Wee, dan juga saudara
Jin Oon atas komen, tunjuk ajar dan bantuan yang telah diberikan kepada saya.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek ini.
ABSTRAK
Golongan pendidik sentiasa mencari ilham serta alternatif Pengajaran dan
Pembelajaran yang lebih berkesan serta lebih interaktif dengan berbantukan
komputer dalam menghasilkan PBK. Projek sarjana muda ini bertujuan untuk
menghasilkan satu perisian dalam topik Trigonometri Matematik Tingkatan 3.
Bahasa Inggeris telah dipilih sebagai bahasa pengantar dalam perisian ini. Perisian
ini dibina untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan ke atas. Perisian ini dibina
berpandukan Model Hanaffin & Peck. Perisian dibina lebih bertumpu ke arah
tutorial. Perisian dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Authorware 6.5
sebagai alat pengarangan utama disokong dengan perisian Adobe Photoshop 7.0,
Sonic Foundary Sound Forge 7.0 serta Macromedia Flash MX. Perisian yang dibina
akan dipakejkan dan disimpan dalam bentuk cakera padat (CD). Diharap perisian ini
dapat membantu meningkatkan mutu Pengajaran dan Pembelajaran sehaluan dengan
perkembangan teknologi semasa.
ABSTRACT
Educators had been seeking for more effective and interactive method in the
process of teaching and learning aided with computer. This project was to develop a
courseware on Trigonometry in Form 3 Mathematics. English language was chosen
as the main medium of instruction in this software. This software was developed for
Form 3 students and above. Software was developed according to the Hanaffin &
Peck Model. This software was developed more towards tutorial approach. Software
was developed using Macromedia Authorware 6.5 as main authoring tool supported
by other software such as Adobe Photoshop 7.0, Sonic Foundary Sound Forge 7.0
and Macromedia Flash MX. This software will be packaged in the form of compact
disc (CD). It is hope that with the development of this software will help to improve
the quality of teaching and learning process parallel with the technologies which
were growing from days to days.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
Borang Pengesahan Status
Pengesahan Penyelia
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Halaman Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual x
Senarai Rajah xi
Senarai Singkatan xiii
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Projek 5
1.4 Objektif Perisian 6
1.5 Skop Projek 7
1.6 Kepentingan Projek
7
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 9
2.1 Komputer Dalam Pendidikan 10
2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
2.2.1 Sejarah Perkembangan PBK
2.2.2 Perkembangan PBK Di Malaysia
2.2.3 Jenis-jenis PBK
2.2.4 Kebaikan PBK
12
14
15
17
19
2.3 Teori Konstruktivisme
2.3.1 Aplikasi Teori Konstruktivisme
Dalam PBK
20
23
3 METODOLOGI PERISIAN
3.0 Pengenalan 25
3.1 Fasa Analisis Keperluan
3.1.1 Pemilihan Topik Pengajaran
3.1.2 Pembahagian Isi Pelajaran
3.1.3 Pemilihan Perkakasan, Alat
Pengarang Dan Perisian Sokongan
3.2 Fasa Rekabentuk
3.2.1 Menentukan Cara Pelaksanaan
3.2.2 Membina Carta Alir
3.3 Fasa Pembangunan Dan Pelaksanaan
27
27
28
28
32
32
33
36
4 HASIL PEMBANGUNAN
4.0 Pendahuluan 37
4.1 Isi Kandungan Topik Pengajaran 37
4.2 Ciri-ciri Perisian
4.2.1 Nota
4.2.2 Rumus
4.2.3 Latihan
38
41
42
44
4.2.4 Panduan
4.2.5 Penghargaan
4.2.6 Keluar
4.3 Pempakejan Perisian
45
46
47
48
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 49
5.1 Perbincangan 49
5.2 Masalah-masalah Yang Dihadapi 50
5.3 Cadangan
5.3.1 Menjalankan Pengujian dan Penilaian
Perisian
5.3.2 Menambahkan Penilaian
5.3.3 Menyediakan Pangkalan Data
5.3.4 Menambahkan Ciri Mesra Pengguna
5.3.5 Penyebaran Melalui Internet
5.3.6 Projek Dilakukan Secara Berkumpulan
51
51
52
52
52
53
53
5.4 Kesimpulan 53
RUJUKAN 54
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pembahagian Isi Pelajaran 28
3.2 Perkakasan Yang Diperlukan 29
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem
Hanaffin & Peck 26
3.2 Carta Alir Perisian PBK Trigonometri 34 & 35
4.1 Paparan Tajuk 38
4.2 Paparan Masukkan Nama Pengguna 39
4.3 Paparan Objektif Perisian 39
4.4 Paparan Set Induksi 40
4.5 Paparan Menu Utama 40
4.6 Paparan Menu Nota 41
4.7 Paparan Nota 1 41
4.8 Paparan Nota 2 42
4.9 Paparan Nota 3 42
4.10 Paparan Menu Rumus 43
4.11 Paparan Rumus Tangen 43
4.12 Paparan Rumus Sinus 43
4.13 Paparan Rumus Kosinus 44
4.14 Paparan Soalan 44
4.15 Paparan Respon Positif 45
4.16 Paparan Respon Negatif 45
4.17 Paparan Panduan 46
4.18 Paparan Penghargaan 46
4.19 Paparan Meminta Kepastian Pengguna Untuk
Keluar Dari Perisian 47
SENARAI SINGKATAN
CAI - Computer Aided Instruction
CAL - Computer Aided Learning
CAT - Computer Assisted Testing
CBI - Computer Based Instruction
IBM - International Business Machine
IT - Information Technology
KBSM - Kurikulum Bersatu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPEG - Joint Photographic Experts Group
MIT - Massachusetts Institute of Technology
MCE - Malaysia Council Of Computer In Education
MPEG - Motion Picture Expert Group
MSC - Multimedia Super Corridor
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
RMKe – 7 - Rancangan Malaysia Ketujuh
SENARAI SINGKATAN
CAI - Computer Aided Instruction
CAL - Computer Aided Learning
CAT - Computer Assisted Testing
CBI - Computer Based Instruction
IBM - International Business Machine
IT - Information Technology
KBSM - Kurikulum Bersatu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPEG - Joint Photographic Experts Group
MIT - Massachusetts Institute of Technology
MCE - Malaysia Council Of Computer In Education
MPEG - Motion Picture Expert Group
MSC - Multimedia Super Corridor
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
RMKe – 7 - Rancangan Malaysia Ketujuh
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Permulaan teknologi bermaklumat ialah melalui telefon yang dicipta oleh
Alexander Graham Bell. Daripada penciptaan alat komunikasi inilah berlakunya
perubahan kepada pencapaian teknologi maklumat. Perubahan yang berlaku dengan
begitu pesat dan pantas sehingga abad ini dikenali sebagai ‘Zaman Revolusi
Teknologi Maklumat’. Menurut Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad, “masyarakat
yang menguasai maklumat akan menguasai dunia”. Di sini jelaslah teknologi
maklumat berupaya memberi pelbagai kemajuan dan perubahan kepada manusia.
(Sazali Din, 1996).
Pada masa kini, penggunaan komputer bukan lagi merupakan sesuatu yang
asing kepada kita. Penggunaan komputer semakin meluas dalam pelbagai bidang.
Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan untuk melengkapkan masyarakat dengan
ilmu komputer supaya dapat bersaing dalam dunia teknologi ini. Bidang pendidikan
memainkan peranan yang penting untuk menjayakan usaha ini. Dengan ini,
pendekatan pengajaran yang sedia ada perlu dipertimbangkan semula manakala
pendekatan pengajaran yang baru pula perlulah dicari untuk mencabar minda pelajar
dan menyesuaikan pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan komputer.
Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukan merupakan sesuatu
yang baru dan asing dalam sejarah perkembangan komputer. Kini, mikrokomputer
merupakan sebuah mesin yang canggih, mudah diperolehi dan juga digunakan.
Selain daripada itu, mikrokomputer pada masa kini juga mempunyai ciri-ciri
multimedia yang dapat mengaplikasikan interaksi di antara teks, grafik, suara
animasi dan video dengan menarik. Dengan dilengkapi ciri-ciri tersebut,
mikrokomputer dapat digunakan secara meluas sebagai alternatif dalam era
Teknologi Maklumat (IT) dalam bidang pendidikan.
Di Malaysia pula, penggunaan komputer dalam pendidikan hanya bermula
pada lewat 70-an. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
menyarankan Projek Perintis Literasi Komputer (Computer Literacy Pilot Project)
dan aktiviti ko-kurikulum Kelab Komputer Sekolah (School Computer Club Co-
Curricular Activities) dalam usaha untuk mempergiatkan penggunaan komputer di
peringkat sekolah (Ng,1989).
Usaha lain bagi mewujudkan masyarakat yang celik komputer, KPM dan
syarikat swasta seperti New Straits Times, ESSO dan Malaysian-Council of
Computers in Education (MCCE) telah menganjurkan Pertandingan Penulisan
Perisian setiap tahun sejak tahun 1985. Pada tahun 1990 pula, projek ‘Pembelajaran
Dengan Komputer’ telah dilancarkan untuk menggalakkan pendidik menggunakan
komputer dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
Reformasi pendidikan juga betapa kecil sekalipun akan membawa konotasi
perubahan iaitu sekurang-kurangnya dari segi teknik, strategi dan pendekatan dalam
pendidikan. Y.A.B Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad
menegaskan “Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di
Dunia Ketiga. Namun sebagai bekal kita mengharungi perjalanan pada generasi
yang kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru
hendaklah dicapai” (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1993).
Pada 27 Ogos 1995, Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor,
MSC) secara rasminya telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr.
Mahathir Mohammad dalam ucapan beliau semasa merasmikan pelancaran
Putrajaya. Untuk menjayakan MSC, kerajaan telah menggariskan 7 aplikasi perdana.
Antaranya termasuklah projek penbentukan Sekolah Bestari. Sejajar dengan
perkembangan ini KPM telah menggubal konsep Sekolah Bestari iaitu berpusatkan
pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif pada tahun 1996.
Kerajaan berusaha menubuhkan sekolah bestari yang dilengkapi dengan perkakasan
IT dan multimedia. Perubahan ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang celik
teknologi dan berupaya menghadapi cabaran zaman maklumat. Alat teknologi
sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari.
Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi
komputer yang membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem
pendidikan (Tengku Zawawi, 2000).
Dengan adanya MSC, maka teknologi maklumat dan multimedia dapat
diserapkan menjadi satu budaya hidup masyarakat Malaysia. Dengan secara tidak
langsung, penggunaan komputer dan penglibatan masyarakat dengan teknologi
maklumat dan multimedia akan mewujudkan golongan masyarakat yang celik
komputer dan seterusnya akan menjadi pemangkin kepada negara untuk membangun
dan menjadi sebuah negara yang berteraskan perindustrian dengan aplikasi sains dan
teknologi yang tinggi selaras dengan misi dan visi negara.
1.1 Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bukan sahaja
memberikan penekanan pada perkembangan individu pelajar secara menyeluruh
dengan memberi fokus bukan sahaja pada domain intelektual tetapi juga domain
afektif. Dengan itu, teknologi terbaru digunakan untuk membantu melicinkan dan
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ada banyak alat
teknologi yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaan di dalam kelas, dan salah satu daripadanya adalah perisisan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).
Pengenalan dan penggunaan komputer di dalam bidang pendidikan di
Malaysia bukanlah merupakan sesuatu senario yang baru tetapi ia masih di tahap
yang kurang memuaskan berbanding dengan negara-negara yang maju.
Kehadiran komputer dan kaedah pembelajaran berbantukan komputer yang
mempunyai ciri-ciri yang ramah, tidak jemu, interaktif, menarik, boleh digunakan
bila-bila masa dan bersifat multimedia mampu menggantikan guru untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran berbantukan
komputer merupakan alternatif baru untuk mengatasi kekurangan tenaga dan
mengurangkan beban tugas guru. (Zaharah, 2000).
Penggunaan PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi
semua bidang dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), termasuk
bidang sains. Dibawah KBSM, bidang sains dibahagikan kepada dua mata pelajaran
sains teras dan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras ialah Sains
untuk sekolah menengah bawah dan Sains untuk sekolah menengah atas. Mata
pelajaran elektif cuam ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran
ini ialah Fizik, Kimia, Biologi, dan Sains Tambahan. (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2001).
1.2 Pernyataan Masalah
Projek ini adalah untuk menghasilkan satu perisian PBK bagi mata pelajaran
Matematik Tingkatan 3 KBSM. Perisian ini diharapkan dapat membantu
memudahkan pemahaman dan penguasaan pelajar dalam topik Trigonometri.
Perisian juga diharap dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dengan menambahkan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran
yang sedia ada dan masih serba kekurangan.
Semasa guru mengajar topik Trigonometri, guru perlu melukis dahulu
bentuk-bentuk segitiga sebelum meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Maka dengan menggunakan perisian yang dibina guru boleh
menjimatkan masa untuk melukis bentuk-bentuk segitiga di papan hitam. Selain
daripada itu, pelajar sering terkeliru antara rumus sinus dan kosinus. Diharap dengan
perisian yang mengandungi grafik dapat membantu mengurangkan kekeliruan
pelajar.
Perisian akan dibina dan dilengkapi dengan interaksi, animasi dan grafik yang
menarik, serta suara yang dapat menarik minat dan merangsang minat pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mempunyai ciri-ciri teknologi multimedia
yang selaras dengan prinsip interaktif bagi memudahkan pemahaman konsep oleh
pelajar.
1.3 Objektif Projek
Objektif projek ini adalah seperti berikut :
i) Membangunkan satu perisian PBK untuk topik Trigonometri dalam
matapelajaran Matematik Tingkatan 3 yang membantu melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
ii) Perisian PBK dapat dijadikan sebagai bahan pengukuhan atau bahan
ulangkaji untuk pelajar dari pelbagai aras (tingkatan 3 dan ke atas).
iii) Menghasilkan satu perisian PBK yang dapat menghasilkan interaksi
dan suasana yang lebih menarik dan menyeronokkan serta dapat
membantu mempersembahkan bahan pengajaran dengan lebih
menarik dan lebih pelbagai untuk menarik perhatian dan
meningkatkan motivasi pelajar.
1.4 Objektif Perisian
Perisian ini dibina dengan objektif untuk :
i) Menerangkan definisi tangen, sinus, dan kosinus.
ii) Membezakan dan mengenal rumus untuk tangen, sinus, dan kosinus.
iii) Penggunaan tangen, sinus, dan kosinus dalam penyelesaian soalan
masalah.