universiti teknologi malaysia borang pengesahan … · penganugerahan ijazah sarjana muda sains dan...

24
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HALANGAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DAN ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P ) DI KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR DI DAERAH KULAI JAYA, JOHOR. SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya SITI NORAZLINA BINTI KAMISAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No. 236, Jalan Kemboja, HJ JOHARI BIN HASSAN Felda Sungai Sibol, (Nama Penyelia) 81440, Bandar Tenggara, Kulai Johor. Disahkan oleh CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: vomien

Post on 10-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HALANGAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DAN ICT DI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P ) DI KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR DI DAERAH KULAI JAYA, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya SITI NORAZLINA BINTI KAMISAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

No. 236, Jalan Kemboja, HJ JOHARI BIN HASSAN

Felda Sungai Sibol, (Nama Penyelia)

81440, Bandar Tenggara, Kulai Johor.

Disahkan oleh √

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

serta Pendidikan (Kimia).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Tn. Hj. Johari Bin Hassan

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

HALANGAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DAN ICT DI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P ) DI KALANGAN GURU DI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR DI DAERAH

KULAI JAYA, JOHOR

SITI NORAZLINA BINTI KAMISAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL , 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : Siti Norazlina Binti Kamisan

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat insan-insan tersayang yang amat bermakna dalam diri ini...

Suami tercinta,

Mohamad Shahrizal bin Rahmat

&

Cahaya mata pertama yang bakal dilahirkan

Semangat dan doronganmu menjadi kekuatanku

Ayahanda & Bonda yang dikasihi,

Kamisan bin Tamsir

Zainab binti Abdul Majid

Doa tulus ikhlas kalian menjadi azimat dan kujadikan pedoman untuk

mengharungi hidup ini

Pengorbanan, kasih sayang dan keikhlasan kalian tidak terbalas oleh diri ini

Moga sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia, taufiq

dan hidayahNya, penulisan ini dapat disempurnakan juga akhirnya.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Encik Johari bin

Hassan, selaku penyelia bagi kajian ini. Segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau

sepanjang menjalankan kajian ini tidak mungkin dapat dibalas.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada suami tersayang yang banyak

memberikan dorongan dan semangat di sepanjang perlaksanaan kajian ini.

Ribuan terima kasih ditujukan kepada ayahanda dan bonda tercinta yang telah

banyak berkorban sepanjang kehidupan saya sebelum bergelar isteri. Sokongan

moral, emosi dan material dari mereka amat bermakna buat diri saya. Terima kasih di

atas kasih sayang yang dicurahkan selama ini.

Ucapan terima kasih juga buat sahabat yang dikasihi, Nur Harlyana binti

Harun di atas segala bantuan, kritikan membina dan sumbangan idea yang bernas di

sepanjang perlaksanaan kajian ini. Kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Johor,

Pengetua dan guru-guru dari sekolah yang terlibat sebagai lokasi kajian amatlah

dihargai.

Kerjasama dari kalian semua amatlah dihargai sehingga kajian ini dapat

disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T. membalas segala jasa baik kalian

semua.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

v

ABSTRAK

Penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru pada masa kini sangat

mendapat perhatian para penyelidik. Dalam konteks kajian ini,hanya tiga objektif

sahaja yang dikaji iaitu tahap kemahiran dan bentuk penggunaan ICT, halangan-

halangan yang timbul terhadap penggunaan komputer dan ICT dan cara mengatasi

halangan-halangan tersebut. Seramai 87 orang guru di tiga buah sekolah menengah

luar bandar di daerah Kulai Jaya, Johor telah terlibat. Instrumen kajian yang

digunakan dalam penyelidikan ini ialah soal selidik yang telah dibina sendiri oleh

penyelidik. Ia mengandungi lima bahagian utama. Nilai kebolehpercayaan instrumen

kajian adalah α = 0.91. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara

menganalisis data. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan

bahawa tahap kemahiran para guru terhadap penggunaan komputer dan ICT masih

berada pada tahap sederhana. Para guru juga lebih cenderung menggunakan

komputer dan ICT hanya terhad kepada penggunaan peribadi sahaja dan bukan untuk

tujuan P&P. Antara halangan-halangan yang telah dikenalpasti ialah faktor masa,

faktor sikap, faktor latihan dan faktor kemudahan. Cadangan untuk mengatasi

halangan tersebut juga dikemukakan.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

vi

ABSTRACT

Nowadays, computers and ICT application among teachers has attracted

researchers’ attention that need to be considered and studied. This study focused only

on three objectives that are the level of computer skills and types of ICT application

among teachers, barriers in using computers and ICT and methods to overcome the

problems. Eighty seven teachers from three different rural schools in Kulai Jaya,

Johor were involved in this study. The instrument used to measure the data was a

questionnaire built by the researcher. It contained 5 main sections. Reliability value

of the instrument was α = 0.91. Descriptive statistics analysis in the form of

frequencies, mean and percentages was used in the data analysis. As a whole, the

results of this study showed that the computer skills level among teachers was still at

the average level. Teachers tend to use computer and ICT only for their personal

usage and not for teaching and learning processes. Among the identified barriers in

using computers and ICT were time factor, attitude factor, training factor and

facilities factor. Suggestions to overcome this barriers has also been included in this

study.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

1

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Batasan Kajian

1.8 Definisi Operasional

1.8.1 Penggunaan

1.8.2 Komputer

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xiii

xiv

1

1

3

6

7

8

8

9

10

10

10

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

viii

2

3

1.8.3 Sikap Guru

1.8.4 Penggunaan Komputer Dalam Profesion

1.8.5 Penggunaan ICT

1.9 Penutup

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.2 Kepentingan Komputer Dalam Pendidikan

2.3 Konsep Teknologi Pendidikan

2.4 Teori Sikap dan Pembelajaran

2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

2.6 Umur

2.7 Jantina

2.8 Latihan

2.9 Galakan Pentadbir

2.10 Kemudahan Komputer di Sekolah

2.11 Sikap Terhadap Komputer

2.12 Penutup

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Lokasi Kajian

3.4 Sampel Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Bahagian A

3.5.2 Bahagian B

3.5.3 Bahagian C

3.5.4 Bahagian D

3.5.5 Bahagian E

3.6 Prosedur Kajian

3.7 Kajian Rintis

3.8 Analisis Data

11

11

11

12

13

13

13

14

16

17

18

19

21

23

24

25

26

27

27

28

29

30

31

32

32

33

33

34

34

35

35

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

ix

4

5

3.9 Penutup

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Demografi Responden

4.2.1 Demografi Responden Mengikut Umur

4.2.2 Demografi Responden Mengikut Jantina

4.2.3 Demografi Responden Mengikut Status

4.2.4 Demografi Responden Mengikut

Kelulusan Akademik / Ikhtisas

4.2.5 Demografi Responden Dari Segi

Pemilikan Komputer Sendiri

4.2.6 Demografi Responden Dari Segi

Pengalaman Mengajar

4.2.7 Demografi Responden Dari Segi

Pengalaman Mengikuti Kursus Komputer

Dan ICT

4.2.8 Demografi Responden Dari Segi Bekalan

CD Perisian Komputer Berkaitan Subjek

Yang Diajar

4.3 Dapatan Persoalan 1

4.4 Dapatan Persoalan 2

4.5 Dapatan Persoalan 3

4.6 Penutup

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Ringkasan Kajian

5.2.1 Demografi Responden

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Persoalan Kajian 1

36

37

37

38

38

39

39

40

40

41

42

42

43

48

51

54

55

55 56 57

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

x

5.3.2 Persoalan Kajian 2

5.3.3 Persoalan Kajian 3

5.4 Rumusan Kajian

5.5 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian

5.6 Implikasi Kajian Lanjutan

5.7 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

LAMPIRAN D

LAMPIRAN E

59

61

63

63

65

66 67

71

80

84

87

89

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

Lokasi Kajian

Bilangan Responden di Setiap Sekolah

Pengkelasan Skala

Pengkelasan Skala

Tahap Penilaian dan Min

Demografi Responden Mengikut Umur

Demografi Responden Mengikut Jantina

Demografi Responden Mengikut Status

Demografi Responden Mengikut Kelulusan

Akademik / Ikhtisas

Pemilikan Komputer Sendiri

Pengalaman Mengajar

Pengalaman Mengikuti Kursus Komputer

Dan ICT

Bekalan Perisian Komputer Berkaitan Subjek

Yang Diajar

Taburan Responden Mengikut Peratus (%)

Dan Min Dari Segi Kekerapan Dan Bentuk

Penggunaan Semasa P&P

Taburan Responden Mengikut Peratus (%)

Dan Min Dari Segi Tahap Kemahiran

Menggunakan Komputer Dan ICT

29

30

32

33

36

38

39

39

40

41

41

42

42

43

45

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

xii

4.11

4.12

4.13

Taburan Responden Mengikut Peratus (%)

Dan Min Dari Segi Halangan-Halangan

Terhadap Penggunaan Komputer Dan ICT

Halangan Lain Yang Tidak Tersenarai Dalam

Borang Soal Selidik

Cadangan Untuk Mengatasi Halangan Bagi

Penggunaan Komputer Dan ICT Semasa P&P

Dilaksanakan

48

52

53

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

xiii

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

CD - Compact Disc

CD-ROM - Compact Disc-Read Only Memory

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

ICT - Information and Communication Technology

KDP - Komputer Dalam Pendidikan

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 71

B Data Kajian Rintis SPSS versi 11.5 80

C Surat Kebenaran Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pelajaran

84

D Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri 87

E Surat Pengesahan Fakulti Pendidikan,

UTM

89

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan

perubahan daripada era masyarakat industri (industrial society) kepada era

masyarakat bermaklumat (information society) menimbulkan cabaran baru kepada

institusi pendidikan. Perkembangan ini telah mempengaruhi dunia pendidikan

terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P). Justeru itu, beberapa

pengubahsuaian perlu dibuat dari segi penggunaan media pengajaran dan

pembelajaran.

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ( Information and

Communication Technology atau ICT) telah meningkatkan penggunaan internet,

laman web (web page) dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan

baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari

segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991).

Kementerian Pendidikan juga telah mengadakan beberapa reformasi pendidikan

dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem

pendidikan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2

Usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju hanya akan

tercapai sekiranya setiap golongan masyarakat kaya dengan maklumat dan bersedia

menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Maka golongan pelajarlah yang menjadi

sasaran penting kerana mereka merupakan penggerak sebenar kemajuan negara di

masa hadapan. Oleh itu, guru yang terlibat secara langsung dalam arena pendidikan

seharusnya memberikan komitmen dan tumpuan untuk mewujudkan masyarakat

bermaklumat ke arah merealisasikan matlamat tersebut.

Walaupun begitu, timbul keraguan tentang sejauh manakah guru-guru dapat

menggunakan komputer dan ICT dengan berkesan di dalam proses pengajaran dan

pembejarannya di dalam kelas. Menurut Zoraini Wati Abas (1996), tidak ada

gunanya jika komputer digunakan tetapi guru tidak mahu menggunakannya dengan

baik dan pelajar tidak mendapat manfaat. Menurutnya lagi, guru perlu memahirkan

diri dengan komputer supaya pengajaran yang disampaikan menjadi lebih berkesan.

Selain itu, guru mesti mampu mewujudkan suasana di mana pelajar lebih

seronok belajar dengan menggunakan komputer. Sebenarnya, ia berkaitan dengan

beberapa halangan yang timbul untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PPBK).

Keberkesanan dan kemantapan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi bergantung kepada keupayaan

serta kebolehan aplikasi media teknologi maklumat yang ada pada guru-guru dan

pelajar-pelajar yang terlibat. Isu ini memberi satu cabaran terhadap penerimaan dan

persiapan mental serta komitmen dalam penggunaan teknologi ini di kalangan guru-

guru secara amnya. Apakah mereka sudah bersedia menghadapi perubahan ini atau

bagaimana? Persoalan ini akan timbul apabila masih ada lagi di kalangan guru yang

tidak mahu langsung untuk menggunakan teknologi . Guru-guru akan bertukar

peranan, yang selama ini mereka melaksanakan pengajaran secara biasa kepada

pengajaran interaktif dengan menggunakan komputer sebagai alat bantu di dalam

kelas.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

3

Cabaran ke-6 Wawasan 2020 jelas menggambarkan penekanan terhadap sains

dan teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara perindustrian yang

gemilang, terbilang dan cemerlang menjelang tahun 2020. Oleh itu, pengetahuan

mengenai komputer adalah menjadi satu perkara yang wajib untuk membolehkan

negara maju bergerak ke hadapan.

Oleh yang demikian, para guru di alaf baru ini perlu bersiap sedia dengan

pengetahuan mengenai komputer. Ini adalah disebabkan satu hari nanti, tiada lagi

istilah bebanan dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa.

1.2 Latar Belakang Masalah

Di negara-negara maju, komputer digunakan dalam semua aspek kehidupan

dari bidang pengurusan pentadbiran hinggalah ke bidang penerokaan angkasa lepas.

Dari aspek pendidikan, komputer dikatakan mampu menyediakan pelajar untuk

hidup dalam masyarakat. Maka, program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) telah

diperkenalkan di sekolah-sekolah.

Projek Rintis Komputer Dalam Pendidikan telah mula dilaksanakan pada

tahun 1992. Di dalam projek ini, Literasi Komputer diwajibkan kepada semua pelajar

tingkatan 1 dan 2. Untuk membantu sekolah melaksanakan program ini, Pusat

Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan buku Garis Panduan Pelaksanaan

Program Literasi Komputer. Marry Jo Langhore. et. al (1989) telah menyatakan,

“Computer literacy might be conceptualized as having three components; knowledge

about computer, knowledge of computer application and knowledge about social

issues pertaining to computer”

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

4

Menurutnya, Literasi Komputer mempunyai beberapa konsep yang perlu

difahami sebagai asas pengetahuan dalam bidang ICT. Keupayaan untuk

memperkenalkan penggunaan komputer ke dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah membayangkan perubahan yang ketara di

kalangan guru-guru. Kajian-kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat di

antara tahun 1987 dan 1992 mendapati bahawa penggunaan media komputer masih

menjadi suatu matlamat yang eksklusif bagi kebanyakan guru-guru (Baker J.C.,

1982).

Dalam hal ini, Rushby (1980) telah merumuskan fenomena ini sebagai

“While the real world uses computers to move forward, educators too often look

studiously backward“

Semasa dunia menggunakan komputer untuk maju ke hadapan, pendidik selalu

ketinggalan di belakang.

Rushby juga mendapati bahawa walaupun pihak kerajaan telah memberi

dorongan yang kuat di samping sambutan oleh pihak swasta terhadap program

komputer dan ICT, namun tidak terdapat bukti yang menunjukkan penerimaan yang

kuat dari kalangan guru-guru sendiri. Oleh yang demikian, terdapat keperluan yang

amat tinggi untuk menilai status penerimaan guru-guru terhadap teknologi komputer

di dalam pengajaran dan pembelajaran (Bramble J., 1985).

Sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat, komputer dan ICT juga

telah digunakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran atau dikenali sebagai

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer Assisted Learning

(CAL). Menurut Rushby (1980:37),

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

5

“CAL, like other educational technologies and teaching methods, has various unique

qualities and should be seen in the context of alternative methods of learning, each of

which has its own useful qualities. It is one, but only one, of the tools that the teacher

can use to help with his teaching and learning problems”

Sikap terhadap komputer dan ICT adalah faktor yang menyumbang kepada

penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer dan ICT. Ia juga boleh

mempengaruhi motivasi seseorang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Sikap yang

positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa sahaja (Raja

Maznah Raja Hussain, 1995).

Sehubungan dengan itu, Menteri Pelajaran, Tan Sri Musa Muhamad (Utusan

Malaysia, 28 Jun 2001), telah mengingatkan para guru bahawa “Kerajaan telah

berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur teknologi di sekolah dan para guru

hendaklah menggunaan teknologi yang disediakan oleh kerajaan untuk menghasilkan

lebih ramai pelajar yang cemerlang”.

Tajul Ariffin (1997), mendapati dalam banyak hal, kerap diperhatikan masih

ramai pendidik yang mempunyai sikap fobia atau takut komputer serta negatif untuk

menggunakannya dalam pengajaran dn pembelajaran. Tanpa persiapan dari semua

aspek , segala program perubahan yang dicadangkan akan menghadapi halangan

yang paling besar untuk membentuk dan menggerakkan jentera utama perubahan

iaitu sumber manusia ke arah menjayakan program perubahan di dalam sesebuah

organisasi besar seperti Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

6

1.3 Pernyataan Masalah

Perubahan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan

dengan pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan. Maklumat

bertukar dalam mod digital, dan kurikulum pendidikan telah berkembang dengan

menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk membentuk satu suasana

pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan guru.

Menggabungkan multimedia dalam kelas telah menjadi satu trend yang global,

sokongan kuat dari pihak kerajaan Malaysia dalam menggabungkan teknologi di

bilik darjah (Mat, 2000). Seperti kenyataan Ketua Setiausaha di Kementerian

Pendidikan, Tan Sri Dr. Johari bin Mat, di satu persidangan e-pembelajaran pada Mei

2000 di Kuala Lumpur, “Teknologi telah dan akan menjadi satu komponen penting

pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita. Pendekatan

dalam pengajaran, menyediakan pengisian dan penyampaian bahan pembelajaran

perlu diubahsuai mengikut kewujudan teknologi. Guru sepatutnya dapat

mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran”. Dari

kenyataan tersebut, tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar. Adakah

guru –guru bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran teknologi khususnya

teknologi komputer untuk menghadapinya?

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menangani dengan segera

penyenggaraan komputer dari segi kemudahan peralatan dan integrasi sistem,

aplikasi, dan maklumat. Dalam era globalisasi ini, penggunaan ICT adalah suatu

keperluan yang amat penting dalam segala urusan. Ada sesetengah guru yang

dibekalkan dengan komputer riba (laptop), dan ada juga guru yang tidak dibekalkan

dengan komputer riba. Adakah ini menjadi punca sebenar mengapa guru tidak

mengaplikasikan penggunaan komputer dan ICT di dalam bilik darjah?

Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lepas, faktor-faktor seperti umur,

jantina, latihan, galakan pentadbir dan kemudahan komputer yang dibekalkan di

sekolah telah dikenalpasti menjadi halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

7

di kalangan guru-guru di sekolah. Dari itu, penyelidik ingin mengenalpasti halangan-

halangan baru yang timbul dan halangan utama yang menjadi penyumbang terbesar

terhadap penggunaan komputer di kalangan guru-guru, terutama sekali di kawasan

luar bandar. Selain itu, penyelidik juga akan mengkaji faktor-faktor baru yang

dikenalpasti seperti pengalaman mengajar, faktor kemahiran, faktor sikap dan faktor

masa. Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat perlunya ada kajian tentang

halangan-halangan yang mempengaruhi penggunaan komputer dan ICT di kalangan

guru di kawasan luar bandar.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk :

1.4.1 Mengenalpasti tahap kemahiran dan bentuk penggunaan ICT di

kalangan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan.

1.4.2 Mengenalpasti halangan-halangan yang timbul terhadap penggunaan

komputer dan ICT di dalam perlaksanaan proses pengajaran dan

pembelajaran.

1.4.3 Mengenalpasti cara mengatasi halangan-halangan terhadap

penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

8

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Sejauh manakah guru-guru di sekolah mahir menggunakan komputer

dan ICT serta apakah bentuk penggunaan ICT yang digunakan?

1.5.2 Apakah halangan-halangan yang timbul terhadap penggunaan

komputer dan ICT di dalam perlaksanaan proses pengajaran dan

pembelajaran?

1.5.3 Bagaimanakah cara menangani halangan-halanagn terhadap

penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap

penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan. Adakah mereka menggunakan teknologi komputer dan

ICT yang sedia ada untuk mengubah cara bekerja?

Kajian ini juga mengemukakan cara bagaimana untuk mengatasi halangan-

halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru. Ianya boleh

dijadikan panduan kepada guru-guru yang menghadapi masalah dalam menggunakan

komputer sebagai medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untuk mengatasinya.

Di samping itu juga, kajian ini boleh dijadikan rujukan tambahan kepada

bakal-bakal guru atau pun pelajar universiti. Pelajar-pelajar boleh menggunakan

maklumat-maklumat yang diperolehi di dalam kajian ini untuk menghasilkan sebuah

kajian yang lebih bermutu di samping boleh dijadikan bahan bacaan tambahan.