universiti teknologi malaysia borang pengesahan … nur rohazrien binti...i universiti teknologi...

37
i UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ELEMEN KEMAHIRAN EMPLOYABILITI DAN PEMILIHAN PEKERJA DALAM INDUSTRI PEMBUATAN DI NEGERI JOHOR SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya SITI NUR ROHAZRIEN BINTI JUHARI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan dimana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PELAJAR) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:Encik Kamalularifin Subari No 314 Felda Keratong 4 Nama Penyelia 26900 Bandar Tun Abd Razak Pahang Darul Makmur Tarikh: Tarikh:

Upload: doananh

Post on 09-Aug-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

i

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ELEMEN KEMAHIRAN EMPLOYABILITI DAN PEMILIHAN

PEKERJA DALAM INDUSTRI PEMBUATAN DI NEGERI JOHOR SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya SITI NUR ROHAZRIEN BINTI JUHARI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang

telah ditentukan oleh organisasi/badan dimana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PELAJAR) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:Encik Kamalularifin Subari No 314 Felda Keratong 4Nama Penyelia 26900 Bandar Tun Abd Razak Pahang Darul Makmur Tarikh: Tarikh:

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)”

Tandatangan : ..................................................

Nama Penyelia 1 : ..................................................

Tarikh : ...................................................

Tandatangan : ..................................................

Nama Penyelia 2 : ..................................................

Tarikh : ..................................................

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

i

ELEMEN KEMAHIRAN EMPLOYABILITI DAN PEMILIHAN

PEKERJA DALAM INDUSTRI PEMBUATAN DI NEGERI JOHOR

SITI NUR ROHAZRIEN BINTI JUHARI

Disertasi ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUNE 2013

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ..............................

Nama Penulis : Siti Nur Rohazrien Binti Juhari

Tarikh : Jun 2013

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

iii

DEDIKASI

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan

Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W”

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan KurniaanNya memanjangkan usiaku hingga

ke saat ini dalam menempuh ranjau dan duri pencarian ilmu demi kejayaan dunia dan

akhirat.

Ku titipkan ucapan ribuan terima kasih kepada kdua ibu dan bapaku Juhari bin Ali dan Rohaya Binti Husain

kerana tidak pernah jemu memberi sokongan dan membantu diri ini dalam menempuh setiap dugaan yang melanda

Teristimewa juga ucapan terima kasih kepada suamiku

Lokman bin Abdullah yang sentiasa berada disisi menyokong dan membantuku.

Tidak lupa untuk kedua puteri dan puteraku

Siti Nur Qisyriena Lokman dan Muhammad Iman Qasyrien Lokman yang sabar dengan kesibukkan mama dan kurang meluangkan masa untuk mereka

dalam mengharungi kehidupan sebagai pelajar.

Seterusnya buat penyelia yang disanjungi Encik Kamalularifin Subari

yang tidak pernah jemu membantudan memberi nasihat serta teguran kepada ku dalam menyiapkan tesis ini.

Tidak di lupakan teman seperjuangan yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan membantu di saat diri ini memerlukan pertolongan dalam menyiapkan tesis ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua. Semoga kejayaan ini menjadi

milik kita semua, InsyaAllah.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat saya

menyiapkan penyelidikan ini sebagaimana yang telah dirancangkan.

Setinggi penghargaan buat Encik Kamalularifin Subari selaku penyelia di atas

segala tunjuk ajar, sokongan, komen, teguran, pandangan, idea serta nasihat yang

membina yang telah diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa, suami, anak dan semua ahli

keluarga yang banyak memberi sokongan, bantuan dan dorongan sepanjang proses

penyelidikan ini dijalankan.

Sekalung penghargaan kepada majikan-majikan industri pembuatan di Negeri

Johor yang sudi memberikan kerjasama sewaktu kajian ini dijalankan.

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajiani ni.

Akhir kata semoga Allal melimpahkan rahmatNya kepada semua dan dengan

terhasilnya laporan ini di harap memberikan manfaat kepada semua pihak.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

v

ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti elemen–elemen kemahiran employabiliti dan mengkaji kriteria-kriteria pemilihan pekerja dalam industri pembuatan di Negeri Johor. Antara kemahiran employabiliti yang dikaji adalah kemahiran akademik asas (komunikasi dan berfikir), kemahiran pengurusan diri, kemahiran kerja berpasukan, kualiti personal dan kemahiran menggunakan teknologi. Manakala kriteria pemilihan pekerja yang dikaji dalam kajian ini adalah jantina, kelayakan akademik, pengalaman, ketrampilan diri dan personaliti.Kajian ini melibatkan seramai 97 majikan industri pembuatan. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Data kuantitatif di analisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Manakala data kualitatif dikumpulkan melalui temubual, di analisis berdasarkan tematik dan kod data. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua elemen kemahiran employabiliti yang dikaji penting pada anggapan majikan industri pembuatan. Tahap kepentingan setiap elemen kemahiran employabiliti mengikut kedudukan terpenting dan ke bawah adalah kemahiran akademik asas (komunikasi), kemahiran kerja berpasukan, kualiti personal, kemahiran akademik asas (berfikir), kemahiran pengurusan diri dan yang terakhir kemahiran menggunakan teknologi. Manakala kriteria pemilihan pekerja mengikut kedudukan terpenting dan kebawah adalah pengalaman, personaliti, ketrampilan diri,kelayakan akademik dan jantina. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara jenis industri pembuatan dengan kriteria pemilihan pekerja.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

vi

ABSTRACT

This study is to identify the elements of employability skills and study the criteria for selection of employees in the manufacturing industry in Johor. Some of employability skills were surveyed in this study is basic academic skills (communication and thinking), self-management skills, teamwork skills, personal qualities and skills use the technology. While the criteria for selection of employees surveyed in this study were gender, qualification, experience, self-competency andpersonality. This study involved 97 manufacturing employers. Data were collected using questionnaires and interviews. Quantitative data was analyzed using descriptive and inferential statistics. While the qualitative data collected through interviews, based on thematic analysis and code the data. The results showed that all of the elements employability skills are very important based on opinion and data from the manufacturing industry employers. The level importance of each element employability skills according most important to least important is the basic academic skills (communication), teamwork skills, personal qualities, basic academic skills (thinking), self-management skills and the final is skills use of technology. While the employee selection criteria according to the most important to least important are experience, personality, self-competency, qualifications and gender. The results also showed there is no difference between the types of manufacturing industries with employee selection criteria.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA

SURAT

TAJUK i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

DEDIKASI iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN

xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.6.1 Pelajar IPT 11

1.6.2 Pensyarah IPT 11

1.6.3 Institut Pengajian Tinggi 11

1.6.4 Pusat Pembangunan Kurikulum 11

1.6.5 Majikan Industri Pembuatan 12

1.7 Batasan dan Skop Kajian 12

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

viii

1.8 Kerangka Konsep Kajian 13

1.9 Definisi Terminologi 16

1.9.1 Kemahiran Employabiliti 16

1.9.2 Kemahiran Akademik 16

1.9.3 Kemahiran Pengurusan Diri 17

1.9.4 Kemahiran Kerja Berpasukan 17

1.9.5 Kemahiran Komunikasi 18

1.9.6 Kemahiran Berfikir 18

1.9.7 Kemahiran Kualiti Personal 19

1.9.8 Kemahiran Menggunakan Teknologi 19

1.9.9 Amalan Pemilihan Pekerja 20

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 21

2.2 Konsep kemahiran employabiliti dan

pengertian

21

2.3 Model kajian kemahiran employabiliti 24

2.3.1 Model HRD Practice McLagan 25

2.3.2 Model Kajian SCANS 25

2.3.3 Model Profil Rangka Kerja The

Conference Board of Canada

26

2.3.4 Model Mansfield dan Mitchel 27

2.3.5 Model Kajian De Leon dan Borchers 28

2.3.6 Model kajian Zirkle 28

2.4 Kemahiran employabiliti yang diperlukan

majikan

29

2.5 Kemahiran komunikasi 34

2.6 Kemahiran berfikir 35

2.7 Kemahiran pengurusan diri 37

2.8 Kemahiran kerja berpasukan 38

2.9 Kemahiran kualiti personal 39

2.10 Kemahiran menggunakan teknologi 41

2.11 Kajian lepas kemahiran employabiliti 41

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

ix

2.12 Amalan pemilihan pekerja 44

2.13 Industri pembuatan di Malaysia 46

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 48

3.2 Reka bentuk kajian 48

3.3 Populasi dan Sampel kajian 50

3.4 Instrumen kajian 50

3.4.1 Soal selidik 51

3.4.2 Temubual 53

3.4.3 Kesahan instrumen kajian 54

3.4.4 Kajian rintis 54

3.4.5 Kebolehpercayaan soal selidik 55

3.5 Kaedah pemarkatan 56

3.6 Prosedur pengumpulan data 56

3.6.1 Langkah pertama 57

3.6.2 Langkah kedua 57

3.6.3 Langkah ketiga 57

3.6.4 Langkah keempat 57

3.6.5 Langkah kelima 58

3.6.6 Langkah keenam 58

3.7 Analisis data 58

3.7.1 Analisis data untuk kaedah kuantitatif 58

3.7.2 Analisis data untuk kaedah kualitatif 60

3.9 Penutup 62

Bab 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 63

4.2 Soal selidik Bahagian A 64

4.2.1 Analisis demografi majikan 64

4.3 Soal selidik Bahagian B 65

4.3.1 Analisis persoalan kajian i 65

4.4 Soal Selidik Bahagian C 78

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

x

4.4.1 Analisis persoalan kajian ii 78

4.5 Analisis Persoalan Kajian iii 82

4.6 Analisis Temubual 83

4.6.1 Analisis persoalan kajian iv 84

4.6.2 Analisis persoalan kajian v 85

4.6 Rumusan keseluruhan dapatan kajian 86

4.7 Penutup 89

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 90

5.2 Rumusan kajian 91

5.3 Perbincangan 92

5.3.1 Elemen kemahiran employabiliti yang

dianggap penting oleh pihak majikan

industri pembuatan

92

5.3.2 Kriteria pemilihan pekerja oleh

majikan industri pembuatan

97

5.3.3 Perbezaan antara jenis industri

pembuatan dengan kriteria pemilihan

pekerja

99

5.3.4 Pengaruh jantina dalam pemilihan

pekerja di kalangan majikan industri

pembuatan

100

5.3.5 Pengaruh kelayakan akademik terhadap

pengalaman kerja

101

5.4 Cadangan kajian 102

5.4.1 Pelajar Institusi pengajian tinggi 102

5.4.2 Pusat Pembangunan Kurikulum 103

5.4.3 Majikan Industri pembuatan 103

5.5 Cadangan kajian lanjutan 104

5.6 Kesimpulan 105

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

xi

RUJUKAN 107

LAMPIRAN 118

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

xii

SENARAI JADUAL

No TAJUK M/S

2.1 Kemahiran-kemahiran yang diperlukan majikan

daripada perspektif majikan organisasi kecil dan

sederhana

29

2.2 Permintaan kemahiran employabiliti mengikut

industri

31

2.3 Kemahiran employabiliti dari perspektif majikan

menurut Cotton (2001)

31

2.4 Industri pembuatan berasaskan sumber dan bukan

berasaskan sumber

47

3.1 Pengkelasan item mengikut aspek kemahiran

employabiliti

52

3.2 Pekali Alpha Cronbach 55

3.3 Skala Lima Aras 56

3.4 Statistik Analisis item soal selidik 59

3.5 Analisis skor bagi setiap nilai min 60

4.1 Taburan responden mengikut jawatan 64

4.2 Taburan responden mengikut jenis industri 65

4.3 Deskriptif statistik kemahiran komunikasi 66

4.4 Deskriptif statistik kemahiran berfikir 67

4.5 Deskriptif statistik kemahiran pengurusan diri 71

4.6 Deskriptif statistik kemahiran kerja berpasukan 72

4.7 Deskriptif statistik kemahiran kualiti personal 74

4.8 Deskriptif statistik kemahiran menggunakan

teknologi

76

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

xiii

4.9 Deksriptif statistik kriteria pemilihan pekerja 78

4.10 Kenyataan kriteria-kriteria pemilihan pekerja di

industri pembuatan

81

4.11 Ujian t perbezaan jenis industri pembuatan dengan

kriteria pemilihan pekerja

82

4.12 Rumusan keseluruhan analisis persoalan kajian (i) 87

4.13 Rumusan dapatan kajian persoalan kajian (ii) 88

4.14 Rumusan dapatan kajian persoalan kajian (iii), (iv)

dan (v)

88

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

xiv

SENARAI RAJAH

No TAJUK M/S

1.1 Kerangka Konsep Kajian 15

2.1 Model Kemahiran Berfikir 36

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK M/S

LAMPIRAN 1 Surat pengesahan Status Pelajar 118

LAMPIRAN 2 Set Soal Selidik 119

LAMPIRAN 3 Pengesahan soal selidik 1 126

LAMPIRAN 4 Pengesahan soal selidik 2 127

LAMPIRAN 5 Transkrip temubual 128

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Negara dengan ekonomi yang berpendapatan tinggi hanya boleh direalisasikan

dengan kejayaan Program Transformasi Kerajaan dan juga Model Baru Ekonomi

negara yang mana ia berteraskan kepada pendapatan tinggi, keterangkuman dan juga

kemampanan (Muhyiddin Yasin,2012). Program transformasi ini menjadi harapan

baru negara dalam melahirkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri

tempatan iaitu sekurang-kurangnya 33% pekerja mahir menjelang tahun 2015, (Unit

Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan PEMANDU, 2011). Menurut PEMANDU

lagi, negara ini memerlukan 3.3 juta pekerja mahir menjelang tahun 2020.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Ahmad Nabil (2012) dalam

mempertahankan kadar produktiviti negara dan memenuhi kehendak industri yang

memerlukan kepada tenaga kerja yang mahir, berpendidikan dan berkualiti, negara

ini benar-benar bergantung kepada keupayaan generasi muda yang berkebolehan.

Oleh yang demikian, permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga kerja

mahir menjadi satu cabaran besar kepada dunia pendidikan negara ini (Ahmad Nabil,

2012). Justeru itu, kerajaan telah menjalankan Program Transformasi Pendidikan

dalam usaha memenuhi keperluan tenaga kerja di negara ini. Sistem pendidikan

negara menjadi tunjang utama dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran

dan berkebolehan dalam setiap bidang (Saedah & Norhayati, 2006).

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

2

Di samping melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan,

negara juga memerlukan tenaga kerja yang memenuhi ciri-ciri Modal Insan. Modal

insan adalah individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral

yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, kreatif, sihat,

berdaya saing, patriotik, adil dan progresif. Tenaga kerja yang memiliki ciri-ciri

inilah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan (Jabatan

Penerangan Malaysia, 2006). Ini kerana dengan memiliki ciri-ciri modal insan yang

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi merupakan salah satu faktor untuk

menjayakan program transfomasi ekonomi negara dan mencapai status negara maju

dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 (Muhammad Hazrul, 2012).

Menyedari keperluan negara yang memerlukan lebih ramai tenaga kerja yang

memiliki ciri-ciri modal insan ini, kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan

bilangan enrolmen pelajar di semua institusi pendidikan tinggi. Jika dilihat statistik

kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi terus meningkat setiap tahun untuk

merealisasikan impian negara dan memenuhi keperluan dan kehendak negara.

Namun begitu, pertambahan bilangan graduan tidak akan memenuhi keperluan

negara jika graduan tersebut tidak dilengkapi dengan kemahiran semasa yang

diperlukan oleh pihak industri dan majikan dalam negara ini.

1.2 Latar belakang Masalah

Kepesatan pembangunan teknologi dan era globalisasi selalu diperkatakan

berkait rapat dengan permintaan pekerjaan dan juga keperluan tenaga kerja yang

tinggi. Perkara yang sama juga melanda negara ini di mana keperluan kepada tenaga

kerja mahir dan separa mahir semakin meningkat dari masa ke semasa. Oleh kerana

pertumbuhan ekonomi dan industri yang berkembang pesat, maka majikan mula memilih

dalam mencari pekerja (Fitrisehara, Ramlah dan Rahim, 2008).

Disebabkan majikan negara ini mulai memilih dalam mencari pekerja baru

maka kadar pengganguran negara ini semakin meningkat. Menurut Jabatan

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

3

Perangkaan Malaysia (2012), peratus penganggur di Malaysia kini meningkat kepada

3.1% dan kebanyakkan penganggur adalah merupakan graduan dan individu yang

mempunyai sijil dalam akademik. Isu pengangguran di kalangan graduan merupakan

isu utama dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara (Norhayati Baharin et al.

2012). Menurut Norhayati Baharin lagi, sekiranya negara mempunyai kadar

pengangguran yang tinggi itu bermakna negara mengalami masalah pembaziran

sumber tenaga dan dikatakan tidak mempunyai pertumbuhan ekonomi yang

mampan.

Kajian yang telah dijalankan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara, MTEN

dalam Muhammad Hazrul (2012), menunjukkan beberapa faktor yang menyebabkan

berlakunya peningkatan kadar pengangguran di Malaysia. Antara faktor tersebut

adalah kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja, ketidak sepadanan antara

keperluan industri dengan bidang pengajian serta lemah dalam aspek komunikasi

terutamanya kebolehan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Hasil dapatan

kajian Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (2003), juga menunjukkan

antara faktor yang menyebabkan berlakunya pengangguran dikalangan

graduannegara ini adalah disebabkan oleh kurangnya kemahiran berkomunikasi

dalam Bahasa Inggeris, tiada pengalaman kerja dan kurang kemahiran dalam

menggunakan teknologi maklumat (ICT). Jika dilihat dari dapatan kedua kajian ini

menunjukkan bahawa punca utama graduan negara ini menganggur adalah kerana

kurang dalam kemahiran komunikasi, tidak mempunyai pengalaman kerja dan tidak

mahir menggunakan teknologi.

Peratus pengangguran dikalangan siswazah ini akan terus meningkat jika

negara ini terus mengeluarkan tenaga kerja yang tidak dapat memenuhi kehendak

pasaran kerja, tenaga kerja yang tidak mahir bekerja dan tenaga kerja yang tidak

mempunyai kelayakan untuk membuat sesuatu jenis kerja yang sepatutnya mereka

lakukan (Mohd Nor Ghani, 1985). Hasil kajian tinjauan oleh National Association of

Manufacturers melaporkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara di antara

kehendak majikan dengan kemahiran pekerja. Daripada kajian tersebut dapat dilihat

banyak permohonan kerja terpaksa ditolak kerana gagal dalam ujian membaca dan

menulis serta lemah dalam kemahiran Matematik. Dato’ Fong Chan Onn dalam Abd.

Rashid et al. (2006), menyatakan rakyat Malaysia masih lagi lemah dan kurang

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

4

kemahiran berkomunikasi, bersosial dan sebagainya walaupun mereka merupakan

lepasan institut pengajian tinggi.

Sejak dua abad yang lalu kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di tempat

kerja telah berubah (Yahya Buntat, 2004). Walaupun kemahiran teknikal masih

penting namun begitu majikan mula berpendapat terdapat kemahiran baru yang

membolehkan pekerja bekerja secara bijak dan tidak terbeban iaitu kemahiran bukan

teknikal atau kemahiran employabiliti (Murnane dan Levy, 1996). Fenomena pasaran

kerja masa kini juga menunjukkan kebanyakkan majikan pada masa kini tidak lagi

hanya mementingkan kompentensi akademik dalam pemilihan pekerja mereka malah

mereka mula meminta institusi pengajian tinggi mengeluarkan graduan yang

dilengkapi dengan kemahiran employabiliti (Ahmad Rizal et al. 2008). Nur Huda

Nizar (2006) pula menyatakan antara kehendak majikan sekarang dalam memilih

pekerja, mereka mengharapkan mendapat tenaga kerja yang serba lengkap untuk

memastikan apabila diambil bekerja, sasaran prestasi organisasi dapat dicapai.

Pendapat ini di sokong oleh Yahya Buntat dan Juliana Rahman (2006) dalam

kajian mereka, yang menyatakan majikan memerlukan pekerja yang mahir dan

berkebolehan dari pelbagai aspek untuk membantu meningkatkan kualiti kerja.

Menurut Sattar et al. (2009), kebanyakan majikan berpendapat kemahiran yang

diperlukan oleh seseorang individu untuk menjamin tempat di pasaran kerja selain

kemahiran teknikal adalah kemahiran employabiliti.

Kemahiran employability adalah kebolehan yang dipamerkan dalam bentuk

perlakuan dalaman dalam diri seseorang individu yang sama tahap kepentingannya

dengan kemahiran teknikal bagi melahirkan individu pekerja yang trampil dalam

bidang pekerjaannya (Yahya dan Rashid, 2001). Sattar et al.(2009) menyatakan

pihak majikan dalam sektor industri berpendapat aspek kemahiran employabiliti ini

adalah amat penting dan perlu dimiliki oleh graduan yang ingin memasuki pasaran

kerja bagi memastikan mereka benar-benar trampil dalam pekerjaan. Pernyataan ini

disokong dengan hasil dapatan kajian oleh Ramlee (2002) yang mana beliau

menyatakan kebanyakan majikan di negara ini memberi pandangan bahawa

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

5

kebanyakan graduan dan siswazah institusi pendidikan sekarang mempunyai

kemahiran teknikal yang bagus tapi kurang dalam kemahiran employabiliti.

Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skill’(SCANS) dalam Sattar

et al. (2009) telah mengenal pasti tujuh kompetensi utama kemahiran employabiliti

yang diperlukan dalam peringkat kemasukan awalpekerjaan iaitukemahiran asas,

kemahiran berfikir, kemahiran sumber, kemahiran informasional, kemahiran

interpersonal, kemahiran sistemdan teknologi serta kualiti personal. Manakala

Yahya dan Rashid (2001) dalam penulisannya telah merumuskan aspek kemahiran

employability berdasarkan model-model dan kajian terdahulu kepada tiga aspek

utama iaitu kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan juga kemahiran

berkumpulan.

Menurut Yahya dan Rashid (2001) lagi, para majikan hari ini mahukan para

belia yang mempunyai kemahiran akademik sebelum mereka menerima mereka

sebagai pekerja di syarikatnya. Kemahiran akademik ini merupakan kemahiran dan

kebolehan seseorang dari segi kemahiran tertentu iaitu kemahiran berhubung dan

kemahiran berfikir. Manakala kemahiran mengurus diri pula adalah kemahiran yang

menyentuh aspek-aspek sikap dan perlakuan yang positif, bertanggungjawab, serta

kemahiran membuat penyesuaian (Yahya dan Rashid, 2001). Seterusnya yang

terakhir adalah kemahiran berkumpulan yang mana ia merupakan kemahiran yang

menyentuh aspek-aspek berkaitan dengan kebolehan seseorang individu bekerja

dengan individu lain.

Antara elemen kualiti lain yang harus ada pada setiap graduan dan siswazah

adalah seperti berkeupayaan untuk berkomunikasi, berinisiatif dan fleksibel bagi

menghadapi cabaran masa hadapan yang dinamik dan mencabar (Yahya,2004).

Majikan pada masa kini juga memerlukan kemahiran motivasi diri, komunikasi,

interpersonal, pemikiran yang kritikal, penyelesaian masalah dan juga kemahiran

keusahawanan (Sattar et al., 2009).

Manakala menurut Jamal dalam Nur Huda Nizar (2006), graduan yang ingin

memasuki pasaran kerja haruslah mempunyai semangat, kemahiran yang tinggi serta

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

6

berbakat dalam bidang yang mereka ingin ceburi. Kajian yang telah dijalankan oleh

Handler dan Healy dalam Ahmad Nabil (2012), keatas industri di Amerika Syarikat

mendapati bahawa pekerja industri disana perlu mempunyai kemahiran bukan

teknikal iaitu kemahiran employabiliti yang tinggi sebagai kesepaduan dengan

kemahiran teknikal yang dimiliki. Handler dan Healy juga menyatakan kemahiran

employabiliti yang penting kepada pekerja industri di Amerika Syarikat ialah

mempunyai kebolehan membuat keputusan tanpa kebergantungan, bekerja secara

berkumpulan, mempunyai kebolehan berkomunikasi dan berhubung dengan baik. Di

samping itu, kebolehan berfikir secara cepat, tepat dan pantas juga antara kemahiran

yang perlu ada pada seseorang pekerja mahir di sektor industri Amerika Syarikat

(Handler dan Healy dalam Ahmad Nabil, 2012).

Bagi graduan teknikal dan vokasional pula menurut Brian L.Hawkins et. al

(2002) terdapat tiga aspek kemahiran yang diperlukan iaitu kemahiran teknikal

seperti pengetahuan tentang prinsip-prinsip kerja, kemahiran asas employabiliti

seperti penyelesaian masalah, kerja berpasukan, fleksibel dan kemahiran yang

terakhir adalah kemahiran spesifik yang di perlukan industri. Antara kemahiran lain

yang diperlukan graduan teknikal adalah memiliki kemahiran penyelesaian masalah

yang tinggi, pengurusan pelanggan, kemahiran kepimpinan dan penyeliaan serta

mempunyai semangat kerjasama dan mempunyai kemahiran komputer dan IT (Geoff

Mason,2004).

Majikan pada masa kini juga memerlukan pekerja teknikal yang memiliki

kemahiran seperti berfikiran kreatif, bersosial dan bekerjasama (Brown,2002).

Wisconsin Technical College System (2011) pula berpendapat, graduan teknikal

haruslah mempunyai kebolehan “on-the-job”, berfikiran kritikal dan kritis serta

mahir dalam penyelesaian masalah. Menurut Salah (2001), pengetahuan teknologi,

memahami kaedah, proses dan prosedur, pengetahuan tentang sesuatu projek,

pengetahuan tentang teknik dan alat serta kemahiran menggunakan komputer

amatlah diperlukan dalam diri graduan teknikal yang ingin memasuki alam

pekerjaan.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

7

Kesimpulannya didapati bahawa kemahiran employabiliti memang penting

dalam melahirkan pekerja yang berketrampilan dalam bidang pekerjaan yang mereka

ceburi (Yahya Buntat, 2004). Kemahiran ‘employability” juga penting untuk pekerja

dalam meningkatkan kualiti kerja mereka serta menjamin tempat mereka di pasaran

kerja sekarang yang mana sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan perubahan

teknologi (Sattar et al, 2009).

Kemahiran–kemahiran yang telah diperkatakan di atas menjadi salah satu

faktor yang dilihat ketika proses pemilihan pekerja. Proses pemilihan pekerja dalam

sesebuah organisasi merupakan fungsi yang amat penting untuk menjamin kejayaan

pengurusan sumber manusia (Zafir dan Fazilah, 2007). Menurut Ishak Md Shah

(2002) dalam bukunya yang bertajuk “Pengenalan Psikologi Industri dan

Organisasi”, pemilihan pekerja yang tidak memenuhi keperluan pekerjaan, misalnya

tidak mempunyai kemahiran dan ciri-ciri yang dikehendaki akan mendatangkan

ketidak puasan kerja oleh pekerja dan akhirnya pekerjaan yang dijalankan secara

tidak berkesan. Pemilihan pekerja yang dirancang dan dibuat secara teliti dapat

mengenalpasti individu yang layak menjawat sesuatu jawatan dan mempunyai

komitmen yang tinggi terhadap kerja (Zuraida dalam Chek Mat, 2000).

Pengurusan sumber manusia merupakan nadi kepada sesuatu organisasi yang

mana ingin memastikan kelebihan kompetetif terus memihak kepada mereka (Mohd

Faizol dalam Zafir dan Fazilah, 2007). Menurut Mohd Faizol lagi, pengurusan

sumber manusia yang efektif menjadi satu mekanisme bagi membolehkan organisasi

menjamin keberkesanan operasi dan produk yang lebih berkualiti. Manakala menurut

kertas kerja Bahagian Pengurusan Teknikal Majlis Bandaraya Ipoh (MBI, 2012),

pengurusan sumber manusia yang tidak efektif boleh menyebabkan sesuatu

organisasi itu gagal, dan sekiranya pekerja yang diambil hanyalah seorang yang ala

kadar “mediocre” sahaja kebolehannya, kemungkinan dia hanya mampu

membuatkan sesuatu organisasi itu itu beroperasi ditahap optimum terutama didalam

pelaksanaan sasaran kerja.

Namun sekiranya pekerja yang diambil adalah yang terbaik, adalah tidak

mustahil pekerja itu mampu mengubah sesuatu organisasi yang gawat menjadi

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

8

sebuah organisasi yang cemerlang. Dalam erti kata lain, kepentingan sumber

manusia dalam sesebuah organisasi adalah kritikal kerana ia merupakan kunci

kepada tinggi atau rendahnya produktiviti dan keuntungan sesebuah organisasi (MBI,

2012). Disebabkan kesedaran inilah organisasi hari ini begitu teliti memilih pekerja

masing-masing.

Dalam mendapatkan pekerja yang berkualiti terdapat beberapa kriteria yang

dilihat oleh majikan. Menurut Zafir dan Fazilah (2007), salah satu kriteria yang amat

penting dalam pemilihan pekerja adalah pengalaman disamping faktor demografi

seperti jantina dan kelayakan akademik serta personaliti. Hasil kajian Nicholson dan

West, Rigg dalam Zafir dan Fazilah (2007) juga mendapati sesetengah industri

menggunakan faktor jantina dalam pemilihan pekerja mereka. Universiti Kebangsaan

Maynooth (2006) telah menggariskan beberapa faktor dalam proses pemilihan

pekerja iaitu berdasarkan kelayakan akademik, kemahiran yang dimiliki serta

pengalaman dalam bidang tertentu.

Manakala menurut East Sussex County Council (2006), amalan pemilihan

pekerja mereka adalah berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman yang sesuai

untuk jawatan, pengetahuan dan kemahiran, kualiti peribadi dan kemahiran khusus

yang diperlukan industri serta keperibadian yang lain yang menjadi kriteria tambahan

yang akan membantu seseorang melaksanakan peranan mereka.

Pekerja mahir negara maju dilihat dilengkapi dengan kemahiran yang baik,

namun begitu Malaysia selaku negara yang menuju ke arah negara maju 2020 masih

dilihat ketinggalan dalam melahirkan pekerja mahir yang baik dalam penguasaan

kemahiran employabiliti(Ahmad Nabil, 2012). Perkara ini menjadi salah satu

masalah dan cabaran dalam amalan pemilihan pekerja pada masa kini. Disebabkan

cabaran dan masalah inilah menyebabkan majikan semakin berhati-hati dalam

amalan pemilihan pekerja mereka (Zafir dan Fazilah, 2007).

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

9

1.3 Pernyataan Masalah

Memenuhi kehendak para majikan merupakan perkara yang perlu dititik

beratkan oleh setiap graduan yang mencari tempat dalam pasaran kerja. Pekerja yang

memenuhi kehendak akan memberi manfaat kepada majikan di mana ia dapat

menyelamatkan para majikan dari mengeluarkan kos untuk menyediakan latihan

untuk para pekerja baru mereka. Oleh demikian itu, kajian ilmiah atau kajian

mengenai kemahiran employabiliti yang diperlukan majikan pada masa kini harus

dilakukan dari masa ke semasa dalam memastikan kemahiran tersebut sentiasa selari

dengan perubahan teknologi masa kini.

Jika dilihat, kajian mengenai faktor atau kriteria pemilihan pekerja dalam

industri kurang dijalankan. Justeru itu, pengkaji ingin melakukan satu kajian untuk

mengkaji elemen-elemen kemahiran employabiliti yang diperlukan oleh majikan di

sektor industri pembuatan pada masa kini dan juga melihat kriteria atau faktor dalam

amalan pemilihan pekerja dalam industri pembuatan.

1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen-elemen kemahiran

employabiliti, amalan pemilihan pekerja dan hubungannya mengikut perspektif

majikan industri pembuatan. Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti elemen-elemen kemahiran employabiliti yang dianggap

penting oleh pihak majikan industri pembuatan.

ii. Mengenal pasti amalan pemilihan pekerja oleh majikan industri

pembuatan.

iii. Meninjau perbezaan antara jenis industri pembuatan dengan kriteria

pemilihan pekerja.

iv. Mengenal pasti hubungan antara pemilihan pekerja dengan jantina

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

10

v. Mengenal pasti hubungan antara kelayakan akademik dengan

pengalaman bekerja

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, 5 persoalan kajian telah ditetapkan dan perlu

dijawab oleh kajian ini adalah seperti berikut:

i. Apakah elemen-elemen kemahiran employabiliti yang dianggap penting

oleh pihak majikan industri pembuatan?

ii. Apakah kriteria pemilihan pekerja oleh majikan industri pembuatan?

iii. Adakah terdapat perbezaan antara jenis industri pembuatan dengan

kriteria pemilihan pekerja?

iv. Adakah jantina mempengaruhi pemilihan pekerja di kalangan majikan

industri pembuatan?

v. Adakah kelayakan akademik mempengaruhi pengalaman pekerja?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini harap dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang

berkaitan seperti pelajar IPT, Pensyarah IPT dan majikan industri pembuatan. Antara

kepentingan kajian ini ialah:

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

11

1.6.1. Pelajar IPT

Kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberikan maklumat-maklumat

berkenaandengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan di sektor industri

pembuatan. Maklumat yang diperolehi dari hasil kajian ini dapat membantu pelajar

IPTmeningkatkan potensi diri dan juga meningkatkan kemahiran yang diperlukan di

industri pada masa kini.

1.6.2 Pensyarah IPT

Dapatan kajian ini dapat digunakan oleh pensyarah IPT dalam merancang

proses pengajaran dan pembelajaran dan menerapkan kemahiran-kemahiran yang

diperlukan industri pembuatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

1.6.3 Institusi Pendidikan Tinggi

Hasil kajian ini dapat digunakan semua institusi pendidikan tinggi untuk

merancang dan menyusun latihan serta program yang bersesuaian untuk pelajar

mereka dalam meningkatkan kualiti pembelajaran. Kualiti pembelajaran yang baik

akan meningkatkan kebolehpasaran pelajar IPT di pasaran kerja apabila mereka

tamat pembelajaran nanti.

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

12

1.6.4 Pusat Pembangunan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Tinggi

Maklumat dan hasil kajian ini diharapkan boleh memberi beberapa informasi

yang berguna dan seterusnya dapat digunakan bagi membolehkan penilaian dan

analisis terhadap modul dan kurikulum dapat dilakukan oleh pihak Pusat

Pembangunan Kurikulum atau Kementerian Pendidikan Tinggi. Penambahan

elemen-elemen kemahiran employabiliti ke dalam setiap modul dan kurikulum dapat

dilakukan. Selain itu, hasil kajian ini juga diharap dapat membolehkan berlakunya

penambahbaikkan terhadap kurikulum teknikal yang sedia ada dapat dipertingkatkan

supaya mengikut kehendak industri dan seterusnya melahirkan tenaga kerja yang

mempunyai setiap kemahiran yang dikehendaki majikan.

1.6.5 Majikan Industri Pembuatan

Hasil dapatan kajian ini diharap dapat memberikan faedah kepada majikan

industri pembuatan. Antara faedah yang dapat diperolehi majikan melalui dapatan

kajian ini adalah mereka akan memperoleh pekerja yang mempunyai semua elemen

kemahiran employabiliti yang diperlukan dan memenuhi setiap kriteria yang

diperlukan dalam pemilihan pekerja.

1.7 Batasan dan Skop Kajian

Terdapat beberapa batasan dan skop kajian yang mempermudahkan perjalanan

kajian ini. Antara batasan dan skop kajian adalah seperti berikut:

i. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan

responden dari pihak industri di sekitar negeri Johor.

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

13

ii. Kajian ini bertujuan hanyalah untukmengenalpasti elemen-elemen

kemahiran employabiliti yang diperlukan majikan industri pembuatan.

iii. Kajian ini mengkaji elemen-elemen kemahiran employabiliti yang

diperlukan majikan industri pembuatan berdasarkan persepsi pihak

industri.

iv. Kajian ini mengkaji amalan pemilihan pekerja di sektor industri

pembuatan berdasarkan persepsi pihak industri.

v. Kajian ini hanya mengkaji lima elemen kemahiran employabiliti iaitu

kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran pengurusan diri,

kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kualiti personal dan kemahiran

menggunakan teknologi.

vi. Kajian ini hanya mengkaji lima kriteria pemilihan pekerja iaitu jantina,

kelayakan akademik, pengalaman, ketrampilan dan personaliti.

1.8 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian telah di bentuk merujuk kepada beberapa model dan

teori mengenai kemahiran employabiliti untuk pekerjaan yang telah dihasilkan oleh

penyelidk terdahulu. Penyelidik telah menggabungkan beberapa teori dan model

yang berkaitan dengan kemahiran employabiliti yang diperlukan oleh bakal pekerja

yang akan memasuki industri.

Antara model kajian terdahulu yang berkaitan dengan kemahiran employabiliti

yang dikenal pasti penting dan diperlukan majikan industri secara amnya adalah

seperti model SCANS (1991). Model ini membahagikan kemahiran employabiliti

kepada dua bahagian utama iaitu kemahiran asas dan ketrampilan di tempat kerja.

Kemahiran asas merangkumi kemahiran komunikasi iaitu membaca, menulis,

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

14

mengira, mendengar, bercakap, kemahiran berfikir (berfikir secara kreatif, kdan

kualiti personal. Manakala ketrampilan di tempat kerja merangkumi kemahiran

mengenal pasti, mengurus, merancang, interpersonal atau kerja berpasukan,

kemahiran maklumat, kemahiran sistem dan kemahiran teknologi.

Azami et al. (2009) dalam kajiannya telah mengenalpasti kemahiran

employabiliti yang dikehendaki oleh majikan kejuruteraan di 4 buah negara iaitu

Hong Kong, Singapura, Jepun dan Malaysia. Terdapat 4 kemahiran employabiliti

yang telah dipersetujui oleh majikan industri dari keempat-empat negara tersebut. 4

kemahiran tersebut ialah kemahiran komunikasi, kemahiran penyelesaian masalah,

kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menggunakan teknologi.

Yahya dan Rashid (2001) dalam artikelnya mengenai kemahiran employabiliti

telah merumuskan kemahiran employabiliti kepada 3 aspek iaitu kemahiran

akademik asas, kemahiran mengurus diri dan kemahiran kerja berpasukan.

Kemahiran akademik asas merangkumi elemen-elemen kemahiran komunikasi

seperti bercakap, menulis, mendengar dan membaca. Ia juga merangkumi kemahiran

berfikir seperti penyelesaian masalah dan berfikiran kritikal. Kemahiran mengurus

diri pula merangkumi sikap dan pelakuan positif pekerja, sikap tanggungjawab pada

kerja dan juga fleksibel. Manakala bagi kemahiran kerja berpasukan ia merupakan

kemahiran seorang individu berhubung dan bekerja dengan individu lain.

Daripada ketiga-tiga kajian mengenai elemen kemahiran employabiliti ini,

penyelidik telah membuat satu kerangka konsep kajian untuk melihat elemen-elemen

kemahiran employabiliti dan kriteria pemilihan pekerja yang di perlukan pihak

majikan industri pembuatan. Kerangka konsep kajian ini melibatkan hubungan di

antara majikan, kemahiran employability danamalan pemilihan pekerja. Kerangka

konsep kajian yang dibentuk oleh pengkaji untuk merangka kesinambungan di antara

kesemua objektif utama kajian ini.

Berdasarkan Rajah 1.1, anak panah dua hala di antara elemen kemahiran

employabiliti dan kriteria pemilihan pekerja adalah untuk melihat hubungan di antara

2 perkara tersebut berdasarkan persepi majikan industri pembuatan. Terdapat 5

elemen besar kemahiran employabiliti yang akan dikaji oleh penyelidik dalam kajian

ini. 5 elemen kemahiran tersebut ialah kemahiran akademik asas, kemahiran

Page 32: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

15

pengurusan diri, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kualiti personal dan

kemahiran menggunakan teknologi. Manakala untuk kriteria pemilihan pekerja

penyelidik mengkaji 5 kriteria iaitu jantina, kelayakan akademik, pengalaman,

ketrampilan dan personaliti. Lima kriteria ini adalah berdasarkan kajian Zafir dan

Fazilah (2007) serta kriteria yang telah ditetapkan oleh Universiti Kebangsaan

Maynooth (2006) dalam memilih pekerja baru.

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian

Kemahiran employabiliti 1) Kemahiran Akademik Asas

- Kemahiran Komunikasi � Mendengar � Bertutur � Membaca � Menulis

- Kemahiran Berfikir � Pemikiran kritikal � Penyelesaian masalah � Analitik � Matematik � Belajar

2) Kemahiran Pengurusan Diri

- Sikap dan perlakuan positif - Bertanggungjawab - Menyesuaikan diri

3) Kemahiran Kerja Berpasukan

- Kemahiran bekerja dengan individu lain

4) Kemahiran kualiti personal

5) Kemahiran menggunakan teknologi SCANS (1991), Yahya Buntat (2004), Azami et al. (2009)

Amalan Pemilihan Pekerja - Jantina - Kelayakan Akademik - Pengalaman - Ketrampilan - Personaliti

Zafir dan Fazilah (2007), Universiti Kebangsaan Maynooth (2006)

Majikan industri

pembuatan

Page 33: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

16

1.9 Definisi Terminologi Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah kajian yang digunakan. Bagi

memberi pengertian yang jelas dan bersesuaian dengan tujuan kajian ini terdapat

beberapa definisi terminologi penting yang terdapat dalam kajian ini adalah seperti

berikut:

1.9.1 Kemahiran employabiliti

Kemahiran employabiliti didefinisikan sebagai kemahiran yang meliputi

personaliti, interpersonal, sikap dan tingkah laku yang baik (Lankard, 1990).

The Conference Board of Canada (1996) mendefinisikan kemahiran

employabiliti sebagai satu istilah untuk menggambarkan kemahiran dan

kualiti individu yang dikehendaki majikan terhadap pekerja baru.

Untuk kajian ini kemahiran employabiliti didefinisikan sebagai kemahiran

yang selain dari kemahiran akademik dan kemahiran teknikal yang mana

diperlukan majikan industri pembuatan terhadap pekerja yang bakal bekerja

di industri pembuatan. Kemahiran employabiliti ini dibahagikan kepada lima

elemen besar iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran

pengurusan diri, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kualiti personal dan

kemahiran menggunakan teknologi.

1.9.2 Kemahiran akademik

Kemahiran akademik menurut Yahya Buntat (2004), merupakan kemahiran

dan kebolehan seseorang dari segi kemahiran tertentu seperti kemahiran

berhubung iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran

membaca. Menurut Yahya Buntat (2004) lagi kemahiran akademik juga

adalah merupakan kemahiran berfikir. Antara elemen kemahiran berfikir

Page 34: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

17

adalah pemikiran kritikal, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran

analitik, kemahiran matematik dan kemahiran belajar.

Untuk kajian ini kemahiran akademik didefinisikan sebagai kemahiran yang

merangkumi kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir individu.

1.9.3 Kemahiran pengurusan diri

Kemahiran pengurusan diri menurut Yahya Buntat (2004) adalah kemahiran

yang menyentuh aspek-aspek sikap dan perlakuan yang positif seperti jujur,

ikhlas, belajar dari kesilapan yakin pada diri sendiri dan mengetahui nilai diri

sendiri. Antara lain kemahiran mengurus diri adalah bertanggungjawab serta

mahir membuat penyesuaian.

Kemahiran mengurus diri untuk kajian ini adalah merupakan kemahiran

pekerja dalam bersikap dan berkelakuan positif dalam kerja,

bertanggungjawab serta dapat menyesuaikan diri dengan setiap perubahan

yang berlaku.

1.9.4 Kemahiran kerja berpasukan

Kemahiran kerja berpasukan menurut Lussier dan Achua (2007) adalah satu

komitmen kepada matlamat yang sama di kalngan semua ahli pasukan.

Manakala menurut Musliha Salma (2012), kemahiran kerja berpasukan

adalah kebolehan individu berinteraksi dengan inidvidu yang lain dalam

menyelesaikan sesuatu kerja atau masalah.

Untuk kajian ini, kemahiran kerja berpasukan didefinisikan sebagai

kemahiran yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan kebolehan

seseorang individu bekerja dengan individu lain. Antara elemen di bawah

kemahiran kerja berpasukan ini adalah dapat membuat rundingan dengan

Page 35: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

18

orang lain, menghormati pemikiran dan pendapat orang lain, bekerja dalam

satu pasukan, boleh bergaul dengan orang lain dan sentiasa memberi

kerjasama dan bersepadu.

1.9.5 Kemahiran Komunikasi

Kemahiran komunikasi adalah satu kemahiran untuk berinteraksi dengan

individu lain atau interaksi sosial melalui berita atau pesanan (Fiske, 1990).

Kemahiran komunikasi juga adalah satu cara pengongsian maklumat antara

seseorang dengan seseorang yang lain dalam meningkatkan kefahaman

tentang sesuatu perkara (Rogers, 1995).

Untuk kajian ini kemahiran komunikasi adalah merujuk kepada kemahiran

individu untuk berhubung dengan inidividu lain melalui percakapan,

penulisan, pendengaran dan juga pembacaan.

1.9.6 Kemahiran Berfikir

Menurut Meyer (1977), kemahiran berfikir adalah satu proses yang

melibatkan pengelolaan operasi mental yang tertentu yang mana ia berlaku

dalam minda atau sistem kognitif seseorang untuk tujuan menyelesaikan

sesuatu masalah. Kemahiran berfikir juga adalah pembentukan idea dan

pembentukan semula pengalaman serta penyusunan maklumat dalam bentuk

tertentu (Fraenkel, 1980).

Definisi kemahiran berfikir untuk kajian ini adalah kemahiran yang ada pada

seseorang pekerja yang dapat berfikir secara kritikal, dapat menyelesaikan

masalah, mempunyai kemahiran analitik, matematik dan kemahiran belajar

dari kesilapan.

Page 36: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

19

1.9.7 Kemahiran kualiti personal

Menurut Knight dan Yorke (2002) kemahiran kualiti personal adalah

kesediaan individu untuk belajar dari kesilapan yang telah dilakukan,

kesedian untuk bertolak ansur dengan tekanan dalam mencapai kejayaan.

Kemahiran kualiti personal juga merupakan kemahiran sosial, keyakinan pada

diri sendiri, mempunyai sikap kerja yang baik, mampu bekerjasama dan kerja

berpasukan serta bertanggungjawab (Robinson, 2000).

Definisi kemahiran kualiti personal untuk kajian ini adalah kemahiran yang

merangkumi kemahiran pengurusan masa, kewangan, sumber,

profesionalisma, fleksibel dan mempunyai sikap positif dan sentiasa

bertenaga ketika bekerja.

1.9.8 Kemahiran Menggunakan Teknologi

Kemahiran menggunakan teknologi merupakan satu kemahiran yang ada

pada individu menggunakan teknologi maklumat untuk membantu dalam

komunikasi dan pengurusan sokongan serta perancangan fungsi (Clearly et al,

2007). Novient (2011) pula mendefinisikan kemahiran menggunakan

teknologi boleh ditakrifkan sebagai satu kebolehan individu untuk

mempelajari sesuatu perkara baru dan memperoleh pengetahuan tanpa

mengharapkan bantuan individu lain.

Untuk kajian ini kemahiran menggunakan teknologi didefinisikan sebagai

kemahiran yang ada pada individu untuk menggunakan semua aplikasi

teknologi baru dalam mendapatkan maklumat mengenai kerja mereka serta

mahir menggunakan perisian komputer dalam menyiapkan tugasan.

Page 37: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … Nur Rohazrien Binti...i universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: elemen kemahiran employabiliti dan pemilihan

20

1.9.9 Amalan Pemilihan Pekerja

Scholarlos, Lockyer dan Johnson (2003) telah mentakrifkan amalan

pemilihan pekerja sebagai satu proses untuk mengumpul dan menilai

maklumat mengenai individu dalam proses menawarkan sesuatu pekerjaan.

Untuk kajian ini amalan pemilihan pekerja ditakrifkan sebagai kriteria yang

diambil kira oleh majikan dalam proses pemilihan pekerja baru.