universiti putra malaysia - akademik.upm.edu.my€¦ · 3.1 yuran sebanyak rm200.00 (ringgit...

20
Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015) 1 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETERANGAN MENGENAI MAJLIS KONVOKESYEN KE-39 (TAHUN 2015) 1. Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Ke-39 (Tahun 2015) Tarikh : 31 Oktober hingga 3 November 2015 Tempat : Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM; Hari/Sesi: Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa (4 hari/8 sesi) 2. Maklumat Majlis Konvokesyen termasuk susunan graduan mengikut program dan sesi [rujuk Lampiran 1 (A&B)] melalui laman web rasmi Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik: http://www.akademik.upm.edu.my. Kehadiran Graduan 2.1 Sebagaimana termaktub dalam Acara Konvokesyen UPM, Ijazah dan Diploma hendaklah biasanya dikurniakan hanya kepada graduan yang hadir pada sesuatu Konvokesyen dengan syarat bahawa Senat, boleh dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya sesuatu Ijazah atau Diploma dikurniakan tanpa hadir. 2.2 Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sesi yang ditetapkan. 2.3 Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen. 3. Yuran Graduan 3.1 Yuran sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua ratus sahaja) adalah diwajibkan kepada semua graduan (sepenuh masa/ separuh masa, PJJ / eksekutif) sama ada graduan yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau sebaliknya. 3.2 Graduan yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah menjelaskan yuran selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum mengambil jubah akademik dengan kaedah pembayaran seperti berikut:

Upload: others

Post on 08-Oct-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETERANGAN MENGENAI

MAJLIS KONVOKESYEN KE-39 (TAHUN 2015)

1. Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Ke-39 (Tahun 2015)

Tarikh : 31 Oktober hingga 3 November 2015 Tempat : Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM; Hari/Sesi: Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa (4 hari/8 sesi)

2. Maklumat Majlis Konvokesyen termasuk susunan graduan mengikut program dan sesi [rujuk Lampiran 1 (A&B)] melalui laman web rasmi Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik: http://www.akademik.upm.edu.my.

Kehadiran Graduan

2.1 Sebagaimana termaktub dalam Acara Konvokesyen UPM, Ijazah dan Diploma hendaklah biasanya dikurniakan hanya kepada graduan yang hadir pada sesuatu Konvokesyen dengan syarat bahawa Senat, boleh dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya sesuatu Ijazah atau Diploma dikurniakan tanpa hadir.

2.2 Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sesi yang ditetapkan.

2.3 Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen.

3. Yuran Graduan

3.1 Yuran sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua ratus sahaja) adalah diwajibkan kepada semua graduan (sepenuh masa/ separuh masa, PJJ / eksekutif) sama ada graduan yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau sebaliknya.

3.2

Graduan yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah menjelaskan yuran selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum mengambil jubah akademik dengan kaedah pembayaran seperti berikut:

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

2

Saluran Bayaran Langkah

Cawangan CIMB Bayaran pada UPM COLLECTION nombor akaun

8002155042. Serahkan salinan pendua slip bayaran tersebut di Kaunter Bendahari III atau imbas dan emel kepada [email protected] atau [email protected]

melalui internet banking CIMB Clicks

Melalui modul: Bill Payment→Education→Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang. Manual bagi bayaran secara internet banking boleh dirujuk

melalui url berikut:- http://www.bursar.upm.edu.my/dokumen/90032_Manual_CIMBClicks.pdf. [Sila pastikan anda memilih ”UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS SERDANG” ketika membuat pilihan penerima bayaran].

melalui Kad Debit, Kad Kredit (Visa / Mastercard) dan Bankcard (ATM Card)

Bayaran dilakukan di Kaunter Bendahari III di Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM.

Kad Bank (Kad ATM)

Kad Kredit OnLine

Proses: Muatnaik dan lengkapkan borang yang boleh dilayari melalui

url: http://www.bursar.upm.edu.my/dokumen/90032_directdebit.pdf, Fax the particulars to: 03-89472048 or email to [email protected] or [email protected]

[Bayaran melalui kad kredit secara online hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum mengambil jubah akademik]

PERINGATAN tentang cara bayaran yang TIDAK DIBENARKAN ialah melalui:-

i. Fund Transfer dalam internet banking CIMB Clicks ii. Cash Deposit Machine (CDM) iii. Tunai/Cash

DILARANG MENGHANTAR SLIP BAYARAN BANK MELALUI POS bagi mengelakkan dokumen tersebut hilang atau tidak dapat dikesan.

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

3

3.3 a) Graduan yang tidak dapat menghadiri Majlis Konvokesyen boleh menjelaskan bayaran pada bila-bila masa (waktu bekerja) di Kaunter Bendahari III (Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM).

b) Skrol/Transkrip graduan hanya akan dikeluarkan selepas tarikh konvokesyen

dan segala yuran yang terlibat dijelaskan (yuran graduan, yuran pengajian, denda & saman lalulintas dll), jika ada.

4. 4.

Kajian Pengesanan Graduan

Graduan juga dikehendaki melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2015 secara ‘On-line’ bermula 1hb Oktober 2015 (Khamis) melalui sistem kajian seperti berikut: Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Kementerian Pendidikan Tinggi) (Laman Web: http://graduan.mohe.gov.my)

Note:

Sila cetak Slip Pengesahan di laman terakhir borang kajian dan bawa bersama semasa minggu pengambilan jubah akademik untuk disemak dan disahkan oleh CEM di kaunter semakan. Jubah akademik tidak akan diberikan sekiranya graduan gagal mengemukakan slip pengesahan.

* sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak CEM di talian 03-89471020 / 1409

5. 5.

Pinjaman dan Pemulangan Jubah Akademik

5.1 Graduan hendaklah: a) jelaskan yuran graduan berdasarkan kaedah pembayaran yang dihuraikan

seperti di item 3.2 di atas; b) lengkapkan borang pinjaman jubah akademik secara ‘online’ melalui

portal pelajar di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) di menu ‘Mykonvokesyen’ (borang jubah akademik);

Nota: Guna browser IE atau Mozella Firefox sahaja. Google Chrome adalah tidak dibenarkan

c) cetak dan bawa borang pinjaman jubah akademik (yang telah dilengkapkan

dan diberikan status ‘BERJAYA’ dalam ‘semak permohonan’ pada borang jubah akademik di bawah menu Mykonvokesyen SMP) semasa mengambil jubah akademik di Kompleks Akademik Pusat, UPM pada tarikh yang telah ditetapkan.

d) hubungi Bahagian Urus Tadbir Akademik sekiranya mempunyai masalah

untuk mengakses sistem MyKonvokesyen e-SMP di talian 03-8946 6026/6141/03-8947 1464 untuk kenalpasti masalah berkaitan.

e) menghubungi pihak Bendahari sekiranya terdapat masalah berkaitan

pembayaran yuran di talian 03-8946 4156/4161/6215/6225 atau emel ke

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

4

[email protected] atau [email protected] . 5.2 Graduan diminta memastikan Jubah akademik yang lengkap dan dalam keadaan

baik dan sempurna dipinjam dari UPM adalah seperti berikut: a) Ijazah Bacelor:

- jubah (warna maroon), - hood (mengikut warna rasmi fakulti), dan - mortar board;

b) Diploma:

- jubah (warna maroon), dan - mortar board.

5.3 Graduan diminta memastikan: a) jubah adalah betul mengikut program pengajian sama ada jubah Ijazah

Lanjutan, Ijazah Bacelor atau Diploma;

b) jubah akademik yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna.

5.4 Graduan tidak dibenarkan meminda atau mengubah suai mana-mana bahagian jubah akademik yang dipinjam.

5.5

Urusan pinjaman Jubah akademik akan dilaksanakan di Kompleks Akademik Pusat, UPM sebagaimana berikut:

Date Time Graduates

24–29 Oktober 2015 (Sabtu – Selasa)

9.00 pagi hingga 5.00 petang

Pastikan semua Kaunter yang disediakan oleh Urus Setia diikuti bagi mengelakkan sebarang masalah ketika menyertai Majlis Konvokesyen kali ke 39 berlangsung.

Kaunter pengambilan Jubah akan DITUTUP semasa sesi raptai pada 28 dan 29 Oktober 2015 jam 9.00 hingga 12.00 tengahari dan akan DIBUKA selepas sesi raptai pada jam 2.30 hingga 6.00 petang

5.6 Maklumat Pemulangan terdapat di dalam album/skrol.

Bayaran denda lewat memulangkan jubah akademik akan dikenakan mulai 9 November 2015 (Isnin) seperti berikut: hari pertama RM10.00 seterusnya ditambah RM5.00 setiap hari

berikutnya;

Bayaran denda hendaklah dibuat di Kaunter Pelanggan Bendahari III, Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM dan resit bayaran hendaklah dikemukakan

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

5

semasa memulangkan jubah akademik; Graduan atau wakil yang memulangkan jubah akademik hendaklah memastikan telah memdapatkan pengesahan pemulangan sebelum meninggalkan kaunter

5.7 Graduan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan jubah akademik yang dipinjam.

5.8 Jika jubah akademik yang dipinjam itu rosak atau hilang, bayaran denda akan dikenakan dan skrol/transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut dijelaskan.

6. 6.

Pakaian Graduan

6.1 Graduan adalah DIWAJIBKAN mematuhi etika berpakaian seperti berikut semasa menghadiri Majlis Konvokesyen (rujuk contoh di Lampiran 2 (A&B) ):-

Wanita: a) Baju kurung moden/traditional/pakaian kebangsaan/Pantsuit atau skirt labuh

hingga buku lali dan blaus lengan panjang menutupi dada dan seterusnya memakai jubah akademik.

b) Warna pakaian adalah bebas.

c) Bagi yang memakai tudung, dicadangkan agar menggunakan tudung warna

cerah supaya mudah disesuaikan dengan warna hood fakulti masing-masing.

d) Sarung tangan hendaklah dipakai pada kedua-dua belah tangan.

e) Kasut berwarna gelap dan bertutup pada bahagian hadapan dan belakang.

TIDAK DIBENARKAN

Memakai skirt pendek, pakaian yang menutup muka (jilbab) dan kasut sukan/sandal/terbuka di belakang/berwarna cerah atau putih.

Lelaki: a) Kemeja lengan panjang berkolar, berseluar slack berwarna gelap, bertali

leher dan memakai kot, atau lengkap memakai Lounge Suit berwarna gelap, berstoking dan berkasut gelap dan seterusnya memakai jubah akademik.

b) Potongan rambut hendaklah pendek dan kemas TIDAK DIBENARKAN c) Memakai seluar jeans dan seluar pendek. d) Kasut sukan/sandal/kasut berwarna cerah atau putih.

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

6

6.2 Majlis Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi Universiti. Graduan diingatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di atas. Graduan yang TIDAK MEMATUHI peraturan pakaian TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Ijazah Lanjutan, Ijazah Bacelor dan Diploma.

7. 7.

Kad Jemputan

7.1 Kad jemputan dan arahan lain akan diedarkan pada graduan/wakil graduan semasa meminjam jubah akademik.

7.2 Pihak Universiti tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti.

7.3 a) Setiap graduan akan diberikan satu (1) kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu;

b) Lengkapkan dua (2) nama tetamu pada keratan kad dan dibawa untuk diserahkan kepada penyambut tetamu semasa masuk ke dewan.

8. 8.

Taklimat dan Raptai Konvokesyen

8.1 Taklimat dan Raptai Konvokesyen akan diadakan di PKKSSAAS seperti maklumat berikut:

Tarikh Perkara Masa

28 Oktober 2015 (Rabu)

Graduan untuk sesi 1,2,3 dan 4 (rujuk Lampiran 1A)

9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

29 Oktober 2015 (Khamis)

Graduan untuk sesi 5,6,7 dan 8 (rujuk Lampiran 1B)

9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

8.2 Dua (2) sesi taklimat dan raptai akan diadakan kepada semua graduan supaya lebih memahami acara yang akan dijalankan pada hari Konvokesyen dan kerjasama graduan amat dialu-alukan agar menyertai taklimat dan raptai yang diadakan.

9. 9.

Parkir Ibu bapa – sila ikut arahan kawalan lalulintas (peta laluan - Lampiran 5)

10. Perarakan Graduan

Graduan hendaklah berkumpul di tempat letak kereta Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM seperti berikut:

10.1 Sesi Pagi - 7.30 pagi bagi perarakan pada jam 8.00 pagi; Sesi petang - 1.45 petang bagi perarakan pada jam 2.10 petang.

10.2 Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, graduan diminta mematuhi arahan-

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

7

arahan yang diberikan kelak oleh pegawai-pegawai bertugas dan berkumpul pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.

10.3 Elakkan membawa beg tangan atau barang berharga semasa berkumpul untuk sesi perarakan graduan..

10.4 Graduan yang lewat tidak dibenarkan masuk bagi menyertai Majlis Konvokesyen.

10.5 Ibu bapa/tetamu dinasihati untuk makan sebelum masuk ke dewan. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dewan.

10.6 Ibu bapa/tetamu tidak dibenarkan membawa masuk jambangan bunga atau cenderamata ke dalam dewan kerana ia akan mengganggu kedudukan tetamu lain.

10.7 Graduan kelainan upaya (OKU)/mempunyai masalah lain yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Urus Setia pada masa raptai atau hubungi 03-8946 6026/6141/03-8947 1464.

10.8 Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai petugas semasa majlis berlangsung.

10.9 Graduan dan tetamu graduan tidak dibenarkan meninggalkan Dewan sehingga majlis selesai.

11. 11.

Peraturan Tetamu Graduan untuk masuk ke Dewan

11.1 Pakaian: Tetamu Lelaki: Kebangsaan/Lounge Suit/Batik/Tertib(Bersongkok bagi Sesi 1) Tetamu Wanita: Kebangsaan/Sopan Kasut: Kasut bertutup (selipar, kasut sukan dan sandal TIDAK DIBENARKAN)

11.2

Tetamu graduan boleh memasuki Dewan PKKSSAAS melalui pintu yang ditetapkan oleh pegawai petugas (sila rujuk Pelan Dewan di LAMPIRAN 6).

11.3 Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan PKKSSAAS, UPM semasa Majlis Konvokesyen berlangsung.

12. 12.

Atur Cara Pengurniaan

12.1 Kedudukan barisan dan susunan graduan adalah ditentukan oleh pihak Jawatankuasa/Urus Setia/Petugas.

12.2 Album/skrol akan disampaikan oleh samada DYMM Tuanku Canselor atau Pro Canselor.

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

8

13. 13.

Mengambil Skrol dan Transkrip Ijazah, Bacelor dan Diploma

13.1 Tunjukkan resit bayaran yuran graduan sebagai bukti yuran telah dijelaskan;

13.2 Dapatkan, isi dan serahkan borang permohonan pengambilan skrol/transkrip semasa pemulangan jubah akademik universiti (borang pengambilan skrol/transkrip akan hanya diserahkan kepada graduan semasa memulangkan jubah akademik)

13.3 13.4 13.5 13.6 13.7 13.8

Skrol/transkrip graduan boleh diambil di Kompleks Akademik Pusat, UPM pada tarikh yang ditetapkan sebagaimana maklumat dalam album selepas majlis.

Skrol/transkrip graduan program Ijazah Lanjutan/PJJ/Eksekutif, boleh diambil dari Sekolah Pengajian Siswazah, UPM Education & Training Sdn. Bhd. atau Unit Program Eksekutif Fakulti berkenaan.

Graduan yang berhutang dengan UPM/UPM Education & Training Sdn. Bhd./Unit hendaklah menjelaskan hutang bagi mengeluarkan skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma dan Program Eksekutif Fakulti berkenaan (kemukakan resit pembayaran)

Graduan yang mewakilkan untuk mengambil skrol/transkrip hendaklah mengemukakan surat akuan yang di alamatkan kepada Ketua Pentadbiran Akademik dan Anratabangsa, Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UPM dengan nama, nombor kad pengenalan dan lampiran salinan kad pengenalan wakil (tertaluk pada perkara (13.1 hingga 13.6) perlu dipatuhi sebelum menyerahkan skrol dan transkrip; dan

Bagi graduan program Eksekutif maklumat yang sama dikemukakan kepada Pengarah Program Eksekutif di Fakulti berkenaan. Pihak UPM tidak bertanggungjawab sekiranya skrol/transkrip yang dituntut oleh graduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak.

14. .

Lain-lain Maklumat:

14.1 Tarikh-tarikh penting yang berkaitan Majlis Konvokesyen Ke-39 UPM (2015) (Lampiran 3).

14.2 Senarai semak pelaksanaan yang diperlukan bagi memastikan Majlis Konvokesyen berjalan lancar (Lampiran 4).

14.3 Arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mesyuarat Penyelarasan Integrasi Sistem Pengambilan dan Penempatan Graduan Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Ogos 2014, menghendaki semua graduan Pendidikan mendaftar di JobsMalaysia melalui url www.jobsmalaysia.gov.my bagi penempatan graduan pendidikan oleh pihak KPM.

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

9

14.4 Graduan/ibu bapa/tetamu adalah DILARANG meletak Buku Program di lantai bagi menghormati maklumat yang terkandung.

14.5 Surau disediakan di Tingkat 1 Bangunan Pentadbiran, kiri dan kanan PKKSSAAS.

Kerjasama para graduan mematuhi atur cara dan maklumat konvokesyen ini adalah amat diharapkan bagi memastikan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 berjalan lancar.

URUS SETIA MAJLIS KONVOKESYEN Bahagian Urus Tadbir Akademik, Universiti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor 03-8946 6026/6141/03-8947 1464

Kerjasama para graduan mematuhi atur cara dan maklumat konvokesyen ini adalah amat diharapkan bagi memastikan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 berjalan lancar. URUS SETIA MAJLIS KONVOKESYEN Bahagian Urus Tadbir Akademik, Universiti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor 03-8946 6026/6141/03-8947 1464 The English Version Notice for the 39th Convocation Ceremony may be accessed at www.akademik.upm.edu.my

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

10

LAMPIRAN 1A

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SUSUNAN SESI GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-39

Sesi 1 (Sabtu) 31 Oktober 2015 – Pagi

Sesi 2 (Sabtu) 31 Oktober 2015 – Petang

Nama Program

Doktor Falsafah (A ke H) SPS

Master Perubatan Veterinar Master Komunikasi Korporat PJJ

Master Kejuruteraan Air Master Sains - FH Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi FBSB Bacelor Sains (Kepujian)(Biologi Sel dan Molekul) FBSB

Bacelor Pend.(Pend. Sek. Rendah) Dgn. Kepujian Bacelor Sains Teknologi Kayu Bacelor Sains Hortikultur Bacelor Kej. (Aeroangkasa) Bacelor Sains (Kepujian) - Sains Instrumentasi Bacelor Sastera (Kesusasteraan Inggeris) Bacelor Muzik (Persembahan Muzik) Bacelor Sains (Dietetik) Bacelor Pengurusan Alam Sekitar Bacelor Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian Bacelor Sains (Pengajian Makanan) Diploma Kejuruteraan Pertanian UPMKB

Nama Program

Doktor Falsafah PBS

Master Sains - FEP,FPSK,HALAL Master Kesihatan Awam Master Kejuruteraan Struktur dan Pembinaan Master Patologi Master Bahasa Melayu Master Penderiaan jauh & Sistem Maklumat Geografi Master Alam Sekitar Master Kejuruteraan Alam Sekitar Bacelor Sains (Kepujian) - Matematik Bacelor Sains (Kepujian) - Sains Bahan Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan) Bacelor Pentadbiran Perniagaan Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) Bacelor Komunikasi Bacelor Sains (Kepujian) - Biokimia FBSB Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) Bacelor Sains dan Teknologi Makanan Diploma Perniagaantani UPMKB

Sesi 3 (Ahad) 1 November 2015 – Pagi

Sesi 4 (Ahad) 1 November 2015 – Petang

Nama Program

Doktor Falsafah (I ke Z) Master Pengurusan PBS

Master Kesusasteraan Melayu Master Statistik Gunaan Master Pembangunan Sumber Manusia Master Sains - FBMK Doktor Perubatan Bacelor Perakaunan Bacelor Sains (Kepujian) - Kimia Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik) Bac. Pend. (Peng. Bah. Malaysia Sbg. Bah. Pertama) Bacelor Sains (Perniagaatani) Bac. Sains (Pemb. Manusia & Teknologi Maklumat) Diploma Perladangan Makanan UPMKB

Nama Program

Master Sains - FK, FPP Master Ekonomi Master Komunikasi Korporat Master Sains Pertanian (Dengan Tesis) Bacelor Sains (Kepujian) – Mikrobiologi FBSB

Bacelor Sains Taman dan Rekreasi Bacelor Pertanian (Akuakultur) Bacelor Sains (Kepujian) - Kimia Petroleum Bacelor Kejuruteraan (Awam) Bacelor Pend. (Peng. Bah. Inggeris Sbg. Bah. Kedua) Bacelor Sains Dan Teknologi Alam Sekitar Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti) Bacelor Sains Bioindustri Diploma Pertanian UPMKB

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

11

LAMPIRAN 1B

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SUSUNAN SESI GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-39

Sesi 5 (Isnin) 2 November 2015 – Pagi

Sesi 6 (Isnin) 2 November 2015 – Petang

Nama Program

Master Sains - FS, INTROP, FPV Master Sains Veterinar - Dengan Tesis Master Senibina Landskap Master Pengurusan Kejuruteraan Master Kejuruteraan Sistem Pembuatan Master Linguistik Terapan Master Sains Komputer Doktor Perubatan Veterinar Bacelor Sains Pertanian Bacelor Kejuruteraan (Kimia) Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan) Bacelor Sains Seni Bina Bacelor Senibina Landskap Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) Bacelor Senibina Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Bacelor Sains (Pemb. Manusia dan Pengurusan) Bacelor Sains Komputer - Multimedia Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan UPMKB

Nama Program M. Sains – FP, FEM, IBS, FRSB, FSPM BINTULU,INSPEM SPS

Master Pengurusan Perladangan Master Pendidikan Master Pengurusan Air Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) Bac. Sains (Kepujian) - Kimia Perindustrian Bac. Sains Dgn. Pend. (Kepujian) - Fizik Bac. Kej. (Sistem Komputer dan Komunikasi) Bac. Sains (Pembangunan Sumber Manusia) Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu Bacelor Sains Komputer - Sistem Komputer Bacelor Ekonomi Bacelor Pengajian Pengguna Bacelor Sains Perhutanan Diploma Perhutanan UPMKB

Sesi 7 (Selasa) 3 November 2015 – Pagi

Sesi 8 (Selasa) 3 November 2015 – Petang

Nama Program Master Pentadbiran Perniagaan PBS

M. Keselamatan Proses & Pencegahan Kehilangan Master Pengurusan Teknologi Alam Sekitar Master Perancangan dan Respon Kecemasan Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) PJJ Master Pend. Bah. Melayu Sbg. Bah. Pertama PJJ

Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal) Bacelor Sains (Kepujian) - Fizik Bac. Pend. (Peng. B. Ing. Sbg. B. Kedua) - Sandwich Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga) Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia) PJJ Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) PJJ

Bacelor Sastera (Bahasa Asing) Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) UPEFBMK Bacelor Komunikasi UPEFBMK Bacelor Pentadbiran Perniagaan PJJ Bacelor Pentadbiran Perniagaan UPEFEP Bacelor Perakaunan UPEFEP

Bacelor Sains Komputer - Rangkaian Komputer Bacelor Sains (Sains Bioperubatan) Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan PJJ

Nama Program

M. Sains - FBSB, FPAS,FSTM, FSKTM, IPSAS, ITA, ITMA Master Sains - PBS Master Teknologi Makanan Master Inovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan Master Kesusasteraan Dunia Master Pengurusan Sumber Tanah Master Sastera (Dengan Tesis) Master Kej. Lebuhraya dan Pengangkutan Master Pembangunan sumber Manusia Master Bahasa Melayu PJJ Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem) PJJ

Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Bacelor Pend. (Peng. B. Inggeris Sbg. B. Kedua) Bacelor Sastera (Bahasa Inggeris) PJJ

Bacelor Sastera (Bahasa Inggeris) Bac.Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) PJJ Bacelor Komunikasi PJJ Bacelor Sains Pertanian PJJ Bac. Sains Dgn. Pend. (Kep.) - Matematik PJJ

Bacelor Sains (Kepujian) - Statistik - Biologi Diploma Perikanan UPMKB

Singkatan:

SPS : Sekolah Pengajian Siswazah PBS : Putra Business School

FS : Fakulti Sains FBSB : Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul

SPSP : Sek. Pengajian Siswazah

Pengurusan

UPEFEP : Unit Program Eksekutif, Fakulti Ekonomi dan

Pengurusan

PJJ : Pengajian Jarak Jauh UPEFBMK : Unit Program Eksekutif, Fakulti Bahasa Moden dan

Komunikasi

UPMKB : UPM Kampus Bintulu FSPM (Bintulu) : Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (Bintulu)

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

12

LAMPIRAN 2A

ETIKA PEMAKAIAN GRADUAN

ETIKA PEMAKAIAN YANG DICADANGKAN SEBELUM MENGENAKAN JUBAH AKADEMIK

ETIKA PEMAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN

GRADUAN WANITA

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

13

ETIKA PEMAKAIAN YANG DICADANGKAN SEBELUM MENGENAKAN JUBAH

AKADEMIK

POTONGAN RAMBUT KASUT

ETIKA PEMAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN

GRADUAN LELAKI

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

14

LAMPIRAN 2B

CONTOH PAKAIAN DAN CARA BERPAKAIAN

GRADUAN WANITA GRADUAN LELAKI

Hood (untuk Ijazah

Bachelor sahaja)

Kain/skirt labuh

hingga buku lali

Kasut warna gelap yang bertutup/bertali di bahagian

hadapan dan belakang

Jubah

Mortar Board(untuk Ijazah

Bachelor sahaja)

Contoh potongan rambut

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

15

CONTOH PAKAIAN DAN CARA BERPAKAIAN

GRADUAN WANITA

Jubah

Mortar Board(untuk Ijazah Bachelor

sahaja)

Hood (untuk Ijazah

Bachelor sahaja)

Kain/skirt labuh

hingga buku lali

Kasut warna gelap yang bertutup/bertali di bahagian

hadapan dan belakang

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

16

LAMPIRAN 3

TARIKH-TARIKH PENTING PELAKSANAAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-39 TAHUN 2015

BIL TARIKH PERKARA/ AKTIVITI

1. 24 hingga 29 Oktober 2015

24 (Sabtu) hingga 27/10/2015 (Selasa)

- 9.00 pagi hingga 5.00 petang; 28 hingga 29/10/2015

Pengambilan jubah akademik oleh graduan di Kompleks Akademik Pusat (KAP)

2. 27 Oktober 2015 (Selasa, 9:00 pagi)

Raptai Pegawai di PKKSSAAS

3. 28 Oktober 2015 (Rabu, 9.00 pagi)

Raptai Graduan di PKKSSAAS - bagi Sesi 1 hingga 4

4. 29 Oktober 2015 (Khamis, 9.00 pagi)

Raptai Graduan di PKKSSAAS - bagi Sesi 5 hingga 8

** (Rabu dan Khamis – kaunter ditutup semasa sesi raptai dan akan dibuka pada jam 2.30 hingga 6.00 petang)

5. 30 Oktober 2015 (Jumaat, 2.30 petang)

Raptai Majlis Konvokesyen UPM-IPTS di PKKSSAAS

6. 30 Oktober hingga 4 November 2015 (Jumaat hingga Rabu)

Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM di Bukit Ekspo

7. 31 Oktober hingga 3 November 2015 (Sabtu hingga Selasa)

Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (4 hari/8 sesi)

8. 4 November 2015 (Rabu, 2.00 petang)

Majlis Konvokesyen UPM-IPTS Ke-17 di PKKSSAAS

9. 31 Oktober hingga 7 November 2015 (Sabtu hingga Sabtu)

Pemulangan jubah akademik oleh graduan di Kompleks Akademik Pusat (KAP)

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

17

LAMPIRAN 4 SENARAI SEMAKAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-39 TAHUN 2015

1. ( ) Terima, baca dan memahami Keterangan

2. ( ) Melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2015 dan cetak Slip Pengesahan di laman terakhir borang kajian dan bawa bersama semasa pengambilan jubah akademik untuk disemak dan disahkan di kaunter semakan (Kaunter CEM).

3. ( ) Menyemak bayaran yuran/denda yang masih tertunggak dan menjelaskan selewat -lewatnya dua (2) hari sebelum mengambil jubah akademik.

4. ( ) Membuat bayaran yuran graduan mengikut cara bayaran yang diterangkan sebelum mengambil jubah akademik.

5. ( ) Melengkapkan borang pinjaman jubah akademik secara ‘online’ melalui portal pelajar di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) di menu ‘Mykonvokesyen’ (borang jubah akademik) dan mencetak borang yang telah diisi.

6. ( ) Kemukakan pengesahan bayaran bila graduan/wakil meminjam pakaian akademik si Dewan Kuliah Pusat seperti dijadualkan.

7. ( ) Jubah akademik yang dipinjam adalah mengikut kelulusan (PhD/MS/Bacelor/Diploma), warna hood betul dan berkeadaan baik/sempurna.

8. ( )

Taklimat dan Raptai Majlis Konvokesyen Ke-39

Tarikh Sesi Masa

28 Oktober 2015 (Rabu)

1,2,3 dan 4

9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

29 Oktober 2015 (Khamis)

5,6,7 dan 8

9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

9. ( ) Graduan: bawa kad sebutan nama; Tetamu: kad jemputan (2 tetamu bagi seorang graduan)

11. ( ) Tiba lebih awal sebelum majlis bermula.

12. ( ) Jubah akademik dipulangkan mulai 31 Oktober hingga 8 November 2015. Denda akan dikenakan kepada graduan yang lewat memulangkan jubah akademik mulai tarikh 9 November 2015 (Isnin) mengikut kadar yang ditetapkan.

13. ( ) Terima pengesahan jubah akademik yang dipinjam telah dipulangkan; dan

14. ( ) membawa borang pemulangan jubah akademik semasa mengambil skrol dan transkrip.

Lampiran 1 SUSUNAN GRADUAN MENGIKUT PROGRAM DAN SESI Lampiran2A ETIKA PAKAIAN (WANITA) Lampiran2B ETIKA PAKAIAN (LELAKI) Lampiran2C GRADUAN BERJUBAH AKADEMIK Lampiran 3 TARIKH-TARIKH PENTING Lampiran 4 SENARAI SEMAK GRADUAN Lampiran 5 PETA LALUAN DAN TEMPAT LETAK KENDERAAN IBU BAPA Lampiran 6 PELAN LANTAI DEWAN

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

18

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

19

[Grab your reader’s attention with a great quote from the document or use this space to emphasize a key point. To place this text box anywhere on the page, just drag it.]

LAMPIRAN 5

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-39 (2015)

20

LAMPIRAN 6