universiti hakmilik universiti universiti€¦ · satu pembangunan perisian e-peta minda dalam...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS T
JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN C.PETA MINDABERTAJUK .THERMOCI{EMISTRY' UftlTUK MAIA PELAJARAN KIMIA TINGKATANLIMA
Saya
SESI PDNGAJIAN: 2010/2011
WAN ZALIHA BINTI WAN YUSOF(HURUTBESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSMiSafma,zDek+erFakafth)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
l. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ({ )
ST]LIT
TERHAD
TIDAKTERHAD
Alamat Tetap:439 KAMPUNG BUKIT PUTERI.22OOO JERTEH.TERENGGANU.
Tarikh: 09Mei 2011
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termakhrb di dalam(AKTA RAHSIA RASMr 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan Oleh
ntlE
ENCIK MUSLIM BIN JONIDNama penyelia
Tarikh: 09 Mei 2011
(TANDATANGAN PENYELIA)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkeaaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT
atau TERHAD.o Tesis dinraksudkan sebagai tesis bagi tjazah Doktor Falsafah dan Satjana secara penyelidikan,
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dal penyelidikan, atau Laporan Projek Sa{ana
Muda (PSM).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini danpadapandangan saya karya ini adalahmemadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahanljazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Kimia)"
Tandatangan :
Nama Penyelia : TUAN HAII MUSLM BIN JONID
Tarikh : 09 MEI2011
PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN e-PETA
MINDA BERTAJUK “THERMOCHEMISTRY” UNTUK MATA
PELAJARAN KIMIA TINGKATAN LIMA
WAN ZALIHA BINTI WAN YUSOF
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
PENGAKUAI{
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."
Nama Penulis : WAN ZALIHA BINTI WAN YUSOF
Tarikh : 09 MEI2011
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani;
Kupanjatkan setinggi – tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat
dan kurniaMu. Alhamdulillah...
Kudedikasikan khas buat :
Bonda Tercinta,
Doa dan pengorbananmu tiada ternilai dan tidak mampu untuk kumembayarnya
dengan segala benda di dunia ini. Dikaulah ibu, juga pengganti ayah. Kasih
sayangmu padaku tidakkan luntur, meskipun masa kian berlalu. Semoga dirimu
sentiasa dalam kerahmatan, keredhaan, peliharaan, dan keberkatan Allah...
Arwah Ayahanda Tercinta,
Meskipun jasadmu telah tiada, namun harapanmu tetap terus membakar
semangatku untuk meneruskan perjuangan menjadi insan bergelar pendidik.
Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas Rohmu...
Ahli Keluarga Tercinta,
Terima kasih atas dorongan kalian. Sesungguhya, air dicincang takkan putus.
Semoga ikatan kasih sayang kekeluargaan antara kita kian terjalin kukuh...
Pensyarah yang dihormati,
Terima kasih diatas segala ilmu serta tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan.
Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan.
Sahabat-sahabatku Tersayang,
Tunjuk ajar kalian amat bernilai buat diriku. Terima kasih untuk persahabatan
yang terjalin. Terima kasih untuk segalanya...
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta
salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya
yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih.
Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana
keizinan, rahmat dan hidayatNya membolehkan saya menyempurnakan pembinaan e-
peta minda sebagaimana yang dirancang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muslim Bin Jonid, yang telah sabar menyelia
saya dan memberi tunjuk ajar, bimbingan, nasihat serta tunjuk ajar tanpa jemu. Tidak
dilupakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang menaja pengajian saya
selama di UTM.
Dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan merakam jutaan terima
kasih dan seribu penghargaan kepada rakan sepasukan yang turut sama-sama
menbangunkan e-peta minda yang telah banyak berkongsi ilmu dan menyumbangkan
idea dalam meyiapkan projek ini.
Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada
semua ahli keluarga saya terutamanya kepada ibu saya, Maimunah Binti Md Salleh
serta ahli keluarga yang lain yang telah banyak memberi galakan dan dorongan
kepada saya.
Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu saya sepanjang pembinaan e-peta minda ini, saya juga
mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran
daripada Allah SWT.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
v
ABSTRAK
Bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam menggunakan teknologi masa
kini untuk memastikan pendidikan di Malaysia maju seiring dengan kepesatan
teknologi pada hari ini. Pembangunan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta
minda adalah salah satu aplikasi teknologi dalam pendidikan. Bahan bantu
pengajaran yang bermutu amat diperlukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&P. Justeru,
satu pembangunan perisian e-peta minda dalam matapelajaran Kimia Tingkatan
Lima bertajuk Thermochemistry dibangunkan sejajar dengan keperluan pendidikan
masa kini yang memerlukan lebih banyak bahan pengajaran berbentuk elektronik.
Perisian ini mengandungi pelbagai bahan pembelajaran seperti nota, video, dan
gambar berikutan perisian ini menyediakan kemudahan kepada para pengguna. Di
dalam perisian ini, Microsoft Powerpoint 2007 digunakan sebagai platform utama
dan berdasarkan teori Kognitif. Selain itu, Adobe Photoshop CS4, Ulead Cool 3D,
Sony Sound Forge 8.0, Ulead GIF animator 5.0, Sound recorder serta Windows
Movie Maker telah digunakan dalam membangunkan perisian multimedia ini. Proses
pembangunan perisian bahan bantu mengajar ini menggunakan model ADDIE
sebagai panduan untuk mereka bentuk perisian ini. Tujuan pembangunan perisian e-
peta minda ini ialah untuk membangunkan satu perisian modul bahan bantu mengajar
yang disusun berpandukan sukatan pelajaran. Perisian ini telah dinilai oleh guru
Kimia yang berpengalaman. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pembangun
telah membuat rumusan tentang projek dan beberapa cadangan telah dikemukakan
sebagai rujukan untuk pembangunan pada masa hadapan.
vi
ABSTRACT
The education sector is not lagging behind in using the latest and current
technology to ensure that education in Malaysia is developed in parallel wih rapid
development of today’s technology. The development of teaching aids based on e-
mind mapping is one of the latest applications of technology in education. Quality
teaching aids are needed in teaching and learning (T&L) processes to overcome the
incompatibility of teaching and learning materials. Thus, an e-mind mapping
software was developed in Chemistry subject entitled, Thermochemistry for Form
Five which is in line with the current educational needs that require more teaching
materials in electronic form. This software contains variety of learning materials
such as notes, video, and pictures as the purpose of this software is to provide facility
to users. Microsoft PowerPoint 2007 is used as the main platform of the
software and was developed based on the theory of cognitive. Besides, other
softwares like Adobe Photoshop CS4, Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 8.0, Ulead
GIF Animator 5.0, Sound Recorder and Windows Movie Maker has been used to
develop this multimedia software. ADDIE model was used as a guide in
designing this software. The purpose of this project is to develop a software module
on teaching aids which designed according to the syllabus. This software has been
evaluated by experience chemistry teachers. Based on the feedback obtained, from
the evaluation the developer has made a few improvement on the software and
proposed a few suggestions as reference for future development.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN
xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Projek
1
3
6
7
viii
1.5 Kepentingan Projek
1.6 Skop Projek
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk
1.8 Definisi Tajuk
1.8.1 Bahan Bantu Mengajar
1.8.2 Multimedia
1.8.3 Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)
1.8.4 Pengajaran Dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK)
1.9 Penutup
7
8
9
10
11
11
12
13
13
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Multimedia
2.3 Pengajaran Dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK)
2.4 Teori Pengajaran Dan Pembelajaran
2.4.1 Teori Pembelajaran
Kognitif.
2.4.1.1 Pembelajaran Kognitif
Berdasarkan Model Ausubel.
2.4.1.2 Aplikasi Teori Kognitif Model
Ausubel Dalam e-Peta Minda
2.5 Bahan Bantu Mengajar
2.5.1 Kepentingan Bahan Bantu
Mengajar
14
15
16
18
20
21
23
24
26
ix
2.6 Peta Minda (Mind Mapper)
2.6.1 Kebaikan Peta Minda
2.7 Penutup
27
29
30
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Pemilihan Rekabentuk Model
Pembangunan
3.2.1 Fasa Analisis (Analysis)
3.2.2 Fasa Rekabentuk (Design)
3.2.3 Fasa Pembangunan
(Development)
3.2.4 Fasa Perlaksanaan
(Implementation)
3.2.5 Fasa Penilaian ( Evaluation)
3.3 Prosedur Pembinaan Perisian
3.3.1 Penentuan Tajuk Dan Skop
3.3.2 Objektif Pembelajaran
3.3.3 Senarai Isi Kandungan
Pelajaran
3.3.4 Kumpulan Sasaran
3.4 Pemilihan Perisian Pembangunan
3.5 Pemilihan Perisian Multimedia
3.5.1 Adobe Photoshop CS4
3.5.2 Ulead GIF Animator 5
31
32
33
33
34
34
35
35
36
36
37
38
38
39
41
42
x
3.5.3 Ulead Cool 3D Studio
3.5.4 Sound Forge 7.0
3.5.5 Windows Sound Recorder
3.5.6 Windows Movie Maker
3.5.7 Hotpotatoes 6
3.5.8 Sony Vegas 8
3.6 Pemilihan Perkakasan
3.7 Persekitaran Pengguna
3.8 Penutup
42
42
43
43
43
44
44
44
45
4 HASIL PEMBANGUNAN
4.1 Pengenalan
4.2 e-Peta Minda
4.3 Perisian e-Peta Minda
4.4 Corak Mindmapper 2008
4.5 Laman Tajuk Utama Mindmapper
4.6 Laman Bagi Subtopik
4.7 Laman Bagi Setiap Subtopik
4.7.1 Introduction
4.7.2 Lesson
4.7.3 Games
4.7.4 Summary
4.7.5 Experiment
46
47
47
48
49
49
50
51
52
52
53
53
xi
4.7.6 Links
4.8 Laman Di Dalam Bagi Setiap Subtopik
4.8.1 Introduction
4.8.2 Learning Outcomes
4.8.3 Lesson
4.8.4 Test Yourself
4.8.5 Tutorial
4.8.6 Video
4.8.7 Games
4.8.8 Glossary
4.8.9 Summary
4.8.10 Links
4.9 Penilaian Oleh Guru Matapelajaran Kimia
4.10 Penutup
53
54
54
55
56
57
59
60
60
61
62
63
63
65
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan Projek
5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi
5.3.1 Masalah Masa
5.3.2 Masalah Teknikal
66
67
68
69
69
xii
5.3.3 Masalah Kepakaran
5.4 Rintangan Yang Dihadapi Dalam
Pembangunan e-Peta Minda
5.5 Kekuatan Dan Kelemahan e-Peta Minda
Dan Bahan Bantu Mengajar
(Powerpoint)
5.5.1 Kekuatan
5.5.2 Kelemahan
5.6 Cadangan
5.7 Kesimpulan
5.8 Penutup
70
70
71
71
72
73
74
75
RUJUKAN
76
Lampiran A
79
Lampiran B
84
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Senarai isi kandungan 37
3.2 Pemilihan perisian multimedia 40
xiv
SENARAI GAMBAR RAJAH
NO RAJAH PERKARA MUKA
SURAT
2.1 Contoh peta minda 28
4.1 Ikon Mindmapper 2008 48
4.2 Tajuk utama 49
4.3 Laman Utama Mindmapper 50
4.4 Laman subtopik Mindmapper 51
4.5 Skrin ikon Introduction 51
4.6 Skrin ikon Lesson 52
4.7 Skrin ikon Games 52
4.8 Skrin ikon Summary 53
4.9 Skrin ikon Experiment 53
4.10 Skrin ikon Links 53
4.11 Skrin Introduction 54
4.12 Skrin Learning Outcomes 55
4.13 Skrin Lesson 57
4.14 Skrin Test Yourself 58
xv
4.15 Skrin Tutorial 59
4.16 Skrin Video 60
4.17 Skrin Games 61
4.18 Skrin Glossary 62
4.19 Skrin Summary 62
4.20 Skrin Links 63
xvi
SENARAI SINGKATAN
AVI - Audio Video Interleave
BBM - Bahan Bantu Mengajar
CBI - Computer Based Learning
GIF - Graphic Interchange Format
ICT - Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MPEG - MP3- MPEG-1 Audio Layer 3
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PDD - Photoshopdeluxe
PPBK - Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
PSD - Photoshop Document
WAV - Waveform Audio File Format
WMV - Window Media Video
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A
Borang Pengesahan Tajuk (Projek Sarjana Muda)
79
B
Borang Senarai Semak
84
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah
awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat
Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu
mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain
ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi
perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendatangkan kebaikan kepada semua
pihak. Selaras dengan itu, kurikulum abad ke-21 menjadi agenda
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha memartabatkan pendidikan
ke arah kecemerlangan. Penekanan kurikulum sains edisi bestari dan abad
ke-21 adalah pada penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
Salah satu objektif dalam kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah
untuk “membolehkan pelajar memilih, menganalisis dan menilai maklumat
berkenaan dengan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan” (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1998, h2 ).
Oleh yang demikian, sejajar dengan kepesatan penggunaan ICT, bidang
pendidikan turut tidak ketinggalan mengalami perubahan yang sama iaitu
penggunaan ICT dalam proses pendidikan masa kini. Faharol Razi (1998)
menyatakan istilah komputer dalam pengajaran dan pembelajaran diambil daripada
istilah asalnya dalam bahasa Inggeris iaitu Computer Based Instruction (CBI) yang
bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Selain itu, terdapat beberapa
contoh yang menunjukkan penggunaan teknologi moden dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) sama ada di sekolah-sekolah mahupun di institut-institut
pengajian tinggi seperti kelas maya (virtual class), pembelajaran e-learning dan
pendidikan melalui talian (online education). Secara tidak langsung, aplikasi-
aplikasi kesemua teknologi ini akan mengubah imej seorang guru daripada sebagai
sumber ilmu pengetahuan dan kebijaksaan kepada „facilitator of knowledge’. (Abu
Bakar Abd Majeed et. al, 2000 : 17).
Pada masa kini, semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
para guru banyak menggunakan bahan bantu mengajar yang berasaskan komputer.
BBM yang berdasarkan e-peta minda bukan sahaja bertujuan untuk memberikan
kemudahan kepada para pendidik menguruskan bahan pengajaran serta
menghasilkan persekitaran pembelajaran yang efektif malah ia juga melibatkan
penyertaan aktif dalam kalangan pelajar semasa proses P&P. Proses
mengoptimumkan penggunaan bahan bantu mengajar ini adalah bagi
mempertingkatkan hasil pengajaran serta pengintegrasian P&P dengan melibatkan
penemuan dan penerimaan sumber, komunikasi, melakukan aktiviti P&P serta
menghasilkan e-peta minda ini. Oleh itu, untuk mengoptimumkan penggunaan BBM
ke arah pengajaran yang lebih berkesan, guru harus merancang aktiviti pembelajaran
di samping mengambil kira isi kandungan, penilaian formatif dan sumatif terhadap
pelajar, melihat keperluan dan pengalaman pelajar semasa membina dan menerbitkan
bahan bantu mengajar serta mewujudkan unsur kolaboratif dan koperatif melalui
BBM yang digunakan.
Kecanggihan teknologi dan media elektronik serta program aplikasi telah
mendatangkan kesan yang besar dalam pencapaian bidang pendidikan. Penggunaan
teknologi bukanlah bertujuan mengambil alih peranan guru sebagai pendidik, malah
ia di jadikan sebagai media utama pengajaran dan pembelajaran dengan guru
bertindak sebagai pemudah cara dalam proses tersebut. (Jaya Kumar C.Koran,
2001). Pada hari ini, di antara aplikasi teknologi yang boleh dilihat ialah
pembelajaran e-learning. Mark Nichols (2005) mendefinisikan e-learning sebagai
pembelajaran yang disokong oleh penggunaan isi kandungan dan alatan digital
melalui akses internet dan teknologi lainnya seperti komputer, cakera padat dengan
penglibatan interaktiviti secara online antara pelajar dengan guru dan sesama pelajar.
Oleh yang demikian, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu
anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi
(Wan Zahid,1996). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu
dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan
pemikiran kita sendiri, tanpa perlu bersandar dan berharap pada orang lain. Selagi
kita bertaraf pengguna, selagi itulah kita tidak mampu mengubah sesuatu perkara.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, era perkembangan teknologi mempengaruhi setiap bidang
kehidupan masyarakat kita. Selari dengan perkembangan ini, aspek teknologi telah
digabungjalinkan dalam kurikulum di sekolah dan penggunaannya semakin meluas
dari semasa ke semasa. Ini adalah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan
memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya
persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada
yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan
teknologi terkini (KPM, 1997).
Bagi konteks kajian ini, pembangun memfokuskan kepada permasalahan
yang dihadapi oleh para guru yang mengajar mata pelajaran Kimia Tingkatan Lima
secara am dan secara khusus bagi topik Thermochemistry dalam subtopik Heat of
reaction (heat of precipitation, heat of displacement, heat of neutralisation and heat
of combustion). Dalam topik ini, para guru dikehendaki mendedahkan para pelajar
dengan fakta, konsep, hukum dan teori yang berkaitan dengan Termokimia. Para
guru juga perlu mendedahkan pelajar untuk mempelajari subtopik ini dengan lebih
mudah serta secara berkesan lagi.
Cara pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas memainkan
peranan penting untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu. Pelajar
akan merasa bosan dan jemu jika pengajaran yang disampaikan tidak menarik. Oleh
yang demikian, dengan adanya teknologi pada masa kini, pembangun memfokuskan
untuk membangunkan satu modul perisian yang boleh menarik minat para pelajar
untuk mempelajari topik ini tanpa rasa bosan. Ini juga membolehkan sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas lebih berkesan dan menarik lagi.
Di samping itu juga, kekangan masa yang dihadapi oleh para guru pada masa
kini menyebabkan guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan
bahan bantu mengajar yang baik untuk pelajar. Ini adalah kerana, untuk
menyediakan satu bahan bantu mengajar yang baik dan bermutu, ia memerlukan
masa dan komitmen yang tinggi dari guru. Ini adalah bagi merungkai kemelut dan
kesukaran yang dihadapi oleh para pelajar dalam mempelajari topik
Thermochemistry di sekolah di mana mereka boleh mempelajari topik ini dengan
lebih berkesan.
Selain daripada itu, masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar dalam
topik Thermochemistry adalah sukar memahami konsep asasnya dengan jelas dan
baik. Para pelajar tidak dapat memahami konsep yang sebenar kerana topik ini
adalah abstrak dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi daripada pelajar untuk
memahami konsep ini. Penggunaan video, grafik dan animasi mampu menolong
para guru untuk menerangkan konsep asas topik Thermochemistry ini dengan baik
dan seterusnya membantu pelajar untuk memahaminya dengan mudah. Manson Niaz
dan William R.Robinson menyatakan, sungguhpun para pelajar mampu
memanipulasikan dan menerbitkan persamaan serta mengaplikasikan algoritma
dalam penyelesaian masalah, mereka masih tidak berupaya untuk menerangkan
secara kualitatif fenomena yang berlaku dalam dunia realiti. Ini berkait dengan topik
Thermochemistry yang mana melibatkan tindak balas haba yang berbeza.
Di samping itu, menurut J.C Adidwe (1981) kemahiran penyelesaian masalah
adalah sukar dikuasai oleh para pelajar sekolah menengah kerana ianya melibatkan
struktur intelektual yang kompleks. Malahan, penguasaan kemahiran penyelesaian
masalah yang berada pada tahap rendah ini adalah merupakan penyebab utama
kegagalan pelajar dalam subjek Sains dan Matematik di sekolah. Ini berkait dengan
topik Thermochemistry yang mana melibatkan pengiraan. Subjek Kimia bukan
sahaja mengandungi fakta, konsep, hukum atau teori semata-mata. Sebaliknya,
subjek ini mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan ilmu dan kemahiran
Matematik. Oleh itu, perisian e-peta minda ini adalah untuk merungkai kemelut dan
kesukaran yang dihadapi oleh para guru dan pelajar.
Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar ini menyediakan kemudahan
dengan menyokong persekitaran pembelajaran alternatif yang mempunyai ciri
interaktif yang amat memuaskan melalui pembelajaran informal, sama ada terhadap
pendidik, mahupun para pelajar. Kepelbagaian penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) membawa kesan yang positif kepada para pelajar. Namun begitu, harus
diingat bahawa tidak semua bahan bantu mengajar adalah berkesan dan bermanfaat
kepada para pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Pada zaman yang serba canggih dan moden ini, penggunaan komputer
semakin meluas dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Sejajar dengan
perkembangan ini, terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang berasaskan
komputer dihasilkan. Ini adalah kerana ia menghasilkan banyak kebaikan kepada
semua pihak, sama ada kepada golongan pendidik mahupun para pelajar.
Namun begitu, terdapat pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh para guru
dan pelajar yang perlu diatasi oleh pembangun dalam pembinaan perisian modul
bahan bantu mengajar ini. Di antaranya ialah :
i) Alat bantu mengajar kurang menarik boleh menyebabkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas membosankan.
ii) Guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan bantu
pengajaran yang baik kepada pelajar.
iii) Guru sukar untuk menerangkan konsep pengiraan dengan jelas kepada pelajar
tanpa bantuan bahan bantu mengajar.
iv) Untuk merungkai kemelut dan kesukaran yang dihadapi oleh para pelajar
dan guru dalam mempelajari topik Thermochemistry ini.
Lantaran itu, pembangun merasakan perlunya sebuah perisian multimedia
berasaskan e-peta minda bagi subjek Kimia Tingkatan Lima untuk topik
Thermochemistry yang memiliki ciri-ciri pembelajaran aktif, konstruktif dan
interaktif dihasilkan.
1.4 Objektif Projek
Objektif utama projek ini direkabentuk ialah untuk :
i. Membangunkan satu perisian modul bahan bantu mengajar dalam
pendidikan berasaskan e-peta minda yang bertajuk Thermochemistry
yang disusun berpandukan sukatan pelajaran untuk subjek Kimia
Tingkatan Lima.
ii. Menghasilkan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda yang
menggabungkan unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik,
animasi,audio dan video.
1.5 Kepentingan Projek
Pembangunan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan e-peta minda ini
dikenal pasti mempunyai beberapa kepentingan yang secara tidak langsung memberi
kemudahan dan kelebihan kepada pengguna. Antara pihak yang dikenal pasti
mendapat kepentingannya ialah :
a) Guru
i. Membolehkan guru menarik minat pelajar untuk mempelajari topik
Thermochemistry dengan mudah dan efektif.