unit 9 geografi ting 1:pergerakan bumi..iklim & cuaca

51
UNIT 9 : PERGERAKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA SERTA PENGARUHNYA TERHADAP CUACA DAN IKLIM Geografi Tingkatan 1 by mrrem mremgeo.blogspot.com

Upload: ramli-rem

Post on 16-Apr-2017

2.077 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

UNIT 9 : PERGERAKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA SERTA PENGARUHNYA TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Geografi Tingkatan 1by mrrem

Page 2: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Objektif :Dalam unit ini anda akan dapat :- Memahami putaran dan peredaran bumi- Memahami kesan pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklim- Memahami serta faktor-faktor yang mempengaruhinya

Page 3: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 4: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Putaran Bumi serta Kesannya

Bumi senantiasa berputar. Bumi berputar seperti gasing pada paksinya. Paksi bumi ini menganjur dari Kutub Utara ke Kutub Selatan secara condong pada sudut 66½° dengan rataan londar matahari. Bumi berputar dari barat ke timur. Setiap satu putaran bumi mengambil masa selama 24 jam atau sehari. Putaran bumi ini menyebabkan kejadian siang dan malam di muka bumi.

Page 5: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 6: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 7: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Pada waktu siang, kita melihat matahari seolah-olah bergerak dari timur dan terbenam di barat. Sebenarnya, yang bergerak ialah bumi, bukan matahari. Semasa berpusat, sebahagian permukaan bumi akan menghadap matahari dan sebahagian lagi akan terlindung. Bahagian yang menghadap yang terlindung akan mengalami waktu malam. Kejadian ini silih berganti kerana bumi sentiasa berputar.

Page 8: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 9: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 10: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Peredaran Bumi serta Kesannya

Dalam sistem suria terdapat matahari dan Sembilan planet. Bumi adalah satu daripada planet itu. Setiap planet akan beredar mengelilingi matahari mengikut laluannya yang tertentu. Laluan itu disebut sebagai orbit.

Bumi bukan saja berputar pada paksi tetapi dalam masa yang sama beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Peredaran bumi adalah secara lawan pusingan jam. Bumi mengambil masa selama 365 hari, 6 jam dan 9 minit atau setahun untuk melengkapkan satu edaran.

Page 11: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 12: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 13: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Jumlah hari dalam setiap tahun biasanya dinyatakan sebagai 365 hari saja. Oleh itu, bagi setiap empat tahun, jumlah hari dalam setahun akan bertambah sehari. Tahun ini disebut sebagai tahun lompat. Tahukah anda mengapa jumlah hari itu bertambah? Cuba bincangkan sebabnya dengan rakan-rakan anda.

Page 14: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Peredaran bumi dan keadaan bumi yang condong (kecondongan paksi bumi 66½°) menyebabkan sebahagian kawasan di permukaan bumi mengalami iklim empat musim. Musim itu ialah musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Kejadian ini berlaku ada kaitannya dengan kedudukan bumi semasa beredar mengelilingi matahari.

Page 15: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Peredaran Bumi dan Kejadian Empat Musim

Sebelum memahami kejadian empat musim, eloklah kita memahami bahagian-bahagian bumi. Garisan Khatulistiwa adalah garisan membahagikan bumi kedapa dua. Bahagian ke utara Garisan Khatulistiwa disebut sebagai hemisfera utara dan bahagian ke selatannya disebut sebagai hemisfera selatan. Terdapat juga garis lintang atau latitude utama yang lainnya. Perhatikan Rajah Kedudukan garis lintang utama

Page 16: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Semasa berputar dan beredar mengelilingi matahari, bumi adalah dalam keadaan condong. Pancaran matahari tegak ke bumi berubah-ubah mengikut masa

Page 17: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Solstis Musim Panas

Pada 21 Jun, anda dapat melihat Kutub Utara Bumi condong ke arah matahari. Seluruh bahagian Kutub Utara menerima pancaran matahari. Oleh itu waktu siangnya adalah sepanjang hari, iaitu 24 jam. Pada masa ini juga, matahari kelihatan berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari di Garisan Sartan. Lihat Rajah

Page 18: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Selain itu, pada kedudukan ini hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malamnya kerana lebih banyak kawasannya yang menghadap matahari. Oleh itu, hemisfera utara mengalami musim panas. Keadaan ini disebut sebagai solstis musim panas. Sebaliknya hemisfera selatan mengalami musim sejuk. Waktu malamnya lebih panjang daripada waktu siangnya.

Page 19: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Di Kutub Selatan dan kawasan yang hampir dengannya pula akan mengalami waktu malam yang lebih panjang. Oleh sebab terlindung daripada matahari, bahagian Kutub Selatan mengalami waktu malam sepanjang hari, iaitu selama 24 jam. Hanya kawasan-kawasan yang hampir dengan Khatulistiwa yang akan mengalami waktu siang dan waktu malam yang sama panjang.

Page 20: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 21: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Ekuinoks Musim Luruh

Pada 23 September, matahari akan kelihatan berada tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa pada waktu tengah hari. Pada masa ini, semua kawasan di bumi mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam. Pada masa yang sama, hemisfera utara mengalami musim luruh. Keadaan ini disebut sebagai ekuinoks musim luruh. Kawasan-kawasan di hemisfera selatan pada ketika ini pula akan mengalami musim bunga.

Ekuinoks musim luruh (23 Sept.) dan ekuinoks musim bunga (21 mac)

Page 22: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 23: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Solstis Musim Sejuk

Pada 22 Disember, Kutub Selatan bumi berkeadaan condong ke arah matahari. Bahagian ini menerima pancaran matahari sepenuhnya (24 jam), manakala Kutub Utara terlindung sepenuhnya (24 jam) daripada matahari. Bahagian di Garisan Jadi berada tepat menghadap matahari dan matahari kelihatan tegak di atas kepala pada waktu tengah hari. Oleh itu, hemisfera selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malamnya dan menyebabkan kawasan ini mengalami waktu panas.

Hemisfera utara pula mengalami musim sejuk. Waktu malamnya lebih panjang daripada waktu siangnya. Keadaan ini disebut sebagai solstis musim sejuk.

Page 24: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 25: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Ekuinoks Musim Bunga

Pada 21 Mac, bahagian di Garisan Khatulistiwa berada tepat menghadap matahari dan matahari kelihatan berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari. Pada masa ini, semua kawasan di bumi mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam. Pada masa yang sama, hemisfera utara mengalami musim bunga. Keadaan ini disebut sebagai ekuinoks musim bunga. Kawasan-kawasan di hemisfera selatan pada ketika ini pula mengalami musim luruh.

Page 26: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 27: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 28: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Sumber slide share

Page 29: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Sumber slide share

Page 30: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Cuaca dan Iklim di Malaysia

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Jenis iklim ini dialami di kawasan-kawasan yang terletak di antara 0o hingga 10o utara dan selatan Garisan Khatulistiwa.

Page 31: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 32: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Ciri Iklim di Malaysia

Suhu

Min suhu tahunan Malaysia ialah 27oC. Suhu di negara ini sentiasa tinggi dan sekata sepanjang tahun. Julat suhu tahunan iaitu perbezaan di antara shu bulan yang tinggi dengan suhu bulan yang terendah adalah kecil, di antara 1oC hingga 3oC. Jadual 9.1 ini menunjukkan min suhu bulanan untuk setiap bulan di Kuala Lumpur. Min suhu tahunan bagi dua belas bulan kemudian dibahagikan dengan 12 ialah 26.4oC.

Page 33: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 34: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Angin

Sistem angin utama yang membawa hujan ke Malaysia ialah Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut. Sistem angin yang lain ialah Angin Sumatera, bayu laut, dan bayu darat.

Page 35: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) berasal dari benua Australia. Pada masa ini, benua Australia mengalami musim sejuk, manakala benua Asia mengalami musim panas. Udara benua Australia akan menjadi sejuk dan menjadi kawasan tekanan udara tinggi. Udara benua Asia akan dipanaskan dan suatu kawasan tekanan udara rendah akan terbentuk. Udara dari kawasan tekanan tinggi akan bergerak ke kawasan tekanan rendah. Oleh itu, udara bergerak dari Australia merentas Lautan Hindi dan melalui Malaysia ke benua Asia. Angin bertiup dari arah tenggara di Australia dan terbias ke arah barat daya apabila merentasi Garisan Khatilistiwa. Angin ini terbias akibat putaran bumi. Oleh itu, angin monsun yang sampai ke Malaysia dikenal sebagai Angin Monsun Barat Daya

Page 36: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Angin Monsun Barat Daya bertiup merentasi Pulau Sumatera dan Kalimantan sebelum sampai ke Malaysia. Angin ini kurang membawa hujan lebat kerana terhalang oleh tanah tinggi di Sumatera dan Kalimantan. Antara kawasan yang menerima hujan (melebihi 1 500 mm) di kawasan pergunungan di pendalaman Sarawak, pantai barat Sabah, Bukit Larut, Gunung Jerai, kawasan Gunung Batu Pulih di Banjaran Titiwangsa dan tanah tinggi di Terengganu. Daerah Kuala Pilah yang terletak di kawasan lindungan hujan menerima hujan yang sedikit saja (kurang daripada 500 mm

Page 37: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Angin Monsun Timur Laut berasal dari benua Asia dan bertiup antara bulan November hingga Mac. Pada masa ini, benua Asia mengalami musim sejuk, manakala benua Australia mengalami musim panas. Udara di benua Asia disejukkan dan suatu kawasan tekanan tinggi terbentuk. Pada masa yang sama, udara di benua Australia dipanaskan dan suatu kawasan tekanan rendah terbentuk. Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Oleh itu, angina bertiup dari benua Asia ke benua Australia. Angin bertiup dari arah timur laut dan terbias kea rah barat laut apabila merentas Garisan Khatulistiwa. Oleh itu, angin monsun yang sampai ke Malaysia pada waktu itu dikenal sebagai Angin Monsun Timur Laut.

Page 38: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Angin MonsunTimur Laut bertiup merentasi Laut China Selatan sebelum sampai ke Malaysia. Angin yang lembap ini banyak membawa hujan. Kawasan-kawasan yang menerima hujan lebat melebihi 1 500 mm ialah pantai timur semenanjung Malaysia, bahagian selatan Banjaran Titiwangsa, sebahagian tengah Banjaran Titiwangsa, pantai utara dan timur Sabah, dan hampir seluruh Sarawak

Page 39: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 40: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Angin Sumatera bertiup antara bulan April hingga Mei dan antara bulan September hingga Oktober. Kelajuannya mencapai 80 km sejam. Angin ini berasal dari Pulau Sumatera dan dikenal sebagai skual. Angin ini membawa hujan lebat ke pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya antara Pelabuhan Klang hingga Johor. Angin ini bertiup kencang membawa hujan lebat secara tiba-tiba pada waktu malam sehingga subuh. Hujan lebat biasanya disertai petir dan kilat.

Page 41: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Bayu laut dan bayu darat terbentuk akibat perbezaan tekanan udara di laut dan di darat. Pada waktu siang, kawasan daratan yang berhampiran dengan pantai menjadi lebih cepat panas daripada laut. Suhu udara di permukaan laut lebh rendah daripada suhu di permukaan daratan. Hal ini menyebabkan udara di permukaan daratan mengalami tekanann rendah, manakala udara di permukaan laut mengalami tekanan tinggi. Oleh sebab udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah, maka udara bergerak dari laut ke darat sebagai bayu laut. Bayu laut menyamankan udara di kawasan yang berhampiran dengan pantai pada waktu siang.

Page 42: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Pada waktu malam, kawasan darat lebih cepat kehilangan haba daripada kawasan laut. Udara di permukaan daratan lebih sejuk daripada udara di permukaan laut. Udara di permukaan laut mengalami tekanan rendah, manakala udara di permukaan darat mengalami tekanan tinggi. Oleh itu, udara bergerak dari darat ke laut sebagai bayu laut.

Page 43: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Hujan

Malaysia menerima banyak hujan sepanjang tahun. Jumlah hujan tahumam ialah kira-kira 2 600 mm. Hujan peliang lebat di negara kita turun semasa peralihan (perantaraan) monsoon, iaitu pada bulan April dan Oktober. Keadaan ini berlaku selepas kejadian ekuinoks. Malaysia mengalami hujan maksimum dalam bentuk hujan perolakkan. Biasanya, permukaan bumi dipanaskan oleh pencaran matahari yang terik dari pagi hingga petang. Air tersejat dan bertukar menjadi wap. Udara yang panas bersama-sama dengan wap air naik ke angkasa sehingga sampai di paras yang tinggi dan menyebabkan menjadi sejuk. Wap air akan bertukar menjadi titisan air dan pemeluwapan berlaku. Titisan air bercantum menjadi awan, aitu jenis awan komulonimbus yang tebal. Hujan lebat turun pada lewat petang dengan disertai kilat dan petir. Taburan hujan di Malaysia tidak sekata kerana dipegaruhi oleh keadaan bentuk muka bumi. Kawasan tanah tinggi menerima hujan dalam bentuk hujan bukit atau hujan relief.

Page 44: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 45: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Page 46: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Cuaca dan Iklim di Malaysia

1. Kedudukan

Pada umumnya, kawasan yang terletak di Garisan Khatulistiwa atau yang berhampiran dengannya mempunyai suhu yang tinggi sepanjang tahun. Di kawasan ini pancaran matahari adalah tegak di atas kepala. Haba tertumpu di kawasan yang lebih kecil dan menyebabkan suhu tinggi. Itulah sebabnya Malaysia yang terletak berhampiran Garisan Khatulistiwa mengalami suhu yang tinggi sepanjang tahun. Semua negara di kawasan khatulistiwa menerima hujan perolakkan. Hujan ini terbentuk akibat sejatan yang tinggi pada waktu siang. Malaysia banyak menerima hujan daripada jenis hujan ini. Kedudukan Malaysia dilaluan tiupan Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut juga menyebabkan jumah hujan tahunan yang diterima di Malaysia adalah tinggi.

Page 47: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

2. Angin Monsun

Angin Monsun Barat Laut dan Angin Monsun Timur Laut mempengaruhi jumlah hujan yang diterima pada bulan Mei hingga September dan November hingga Mac. Hujan yang dibawa oleh kedua-dua angin monsun ini menambahkan jumlah hujan tahunan Malaysia. Hampir seluruh kawasan di Malaysia mengalami suhu terendah antara bulan Disember hingga Februari. Suhu menurun sebagai akibat tiupan Angin Monsun Timur Laut yang membawa udara nyaman dari utara. Hujan lebat daripada angin monsun ini juga merendahkan suhu terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.

Page 48: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

3. Ketinggian

Kawasan yang tinggi mengalami suhu yang rendah. Manakala, kawasan yang lebih rendah mengalami suhu yang lebih tinggi. Keadaan ini berlaku kerana lapisan udara di kawasan rendah dan dekat dengan bumi lebih banyak dipanaskan oleh haba dari bumi. Selain itu, suhu akan menurun dengan kadar 1 oC bagi setiap tambahan ketinggian 165 meter. Oleh itu, purata suhu tahunan di Tanah Rata di Tanah Tinggi Cameron (1 545 m) ialah kira-kira 18.6 oC.

Page 49: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

4. Kepulauan Kawasan pinggir laut dan pulau dipengaruhi oleh laut yang berhampiran. Pada waktu siang, air laut lambat menyerap haba. Oleh itu suhu adalah rendah di kawasan pinggir pantai. Pada waktu malam, air laut lambat kehilangan haba. Oleh itu, kawasan pinggir laut dan kepulauan adalah kurang panas pada waktu siang. Manakala, pada malamnya suhu tidak begitu rendah. Laut menyederhanakan suhu kawasan yang terletak berhampirannya. Bayu laut yang bertiup pada waktu siang ke kawasan-kawasan pinggir laut juga merendahkan suhu. Julat suhu hariannya lebih kecil jika dibandingkan dengan kawasan di pendalaman. Kawasan di pendalaman yang terletak jauh dari pengaruh kesederhanaan laut dan bayu laut mengalami suhu yang lebih panas pada waktu siang dan yang lebih sejuk pada waktu malam. Julat suhu hariannya adalah lebih tinggi.

Page 50: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

5 .Bebas daripada Taufan dan Kemarau Panjang

Angin siklon terbentuk di kawasan antara garislintang 5oU hingga 20o U. Di bahagian-bahagian yang lain angina ini dikenal dengan nama yang berbeza-beza. Di Amerika Syarikat dikenal sebagai hurikan, di Australia sebagai willy-willys, dan di Asia Timur sebagai taufan. Taufan melanda Jepun, China, Hong Kong, Taiwan, pantai Vietnam, dan Filipina Utara. Angina bertiup antara Mei hingga November degan kelajuan 200 hingga 300 km sejam. Singin ini dapat menyebabkan kemusnahan secara meluas. Di Malaysia yang direntasi oleh kedua-dua Angin Monsun Timur Laut dan Angi Monsun Barat Daya menyebabkan Negara kita banyak menerima hujan. Kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran khatulistiwa pula menyebabkan suhu yang panas diterima sepanjang tahun. Keadaan ini menggalakkan pembentukkan hujan perolakkan, terutamanaya pada peralihan monsun. Ciri ini menyebabkan Malaysia menerima hujan sepanjang tahun.

Page 51: Unit 9 geografi  ting 1:Pergerakan bumi..iklim & cuaca

mremgeo.blogspot.com

Sekian..jumpa lagi

Surat Al-Furqan ayat 62

” Dan Dia yang

menjadikan malam dan

siang silih berganti

bagi siapa yang ingin

mengambil pelajaran

atau bagi yang ingin

bersyukur.”Malam dan siang

merupakan salah satu

dari sekian banyak

tanda-tanda yang

membuktikan bahwa

alam ini pasti diatur oleh

suatu zat yang amat luar

bisa