ulasan jurnal obesiti

18
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 PPG PJJ SEMESTER 7 SESI 2014/2015 QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN (TUGASAN 2) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK Sayani binti Markam D20102043728 PUSAT PEMBELAJARAN Dapatkan 5 artikel ilmiah dalam bentuk digital / online resources berkaitan Obesiti yang memberi tumpuan kepada gejala obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. PEMARKAHAN

Upload: ruzinaamrun

Post on 02-May-2017

710 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

Page 1: ULASAN JURNAL OBESITI

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPG PJJ SEMESTER 7 SESI 2014/2015

QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

(TUGASAN 2)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

Sayani binti Markam D20102043728

PUSAT PEMBELAJARAN

UPSI17

NAMA TUTOR E-LEARNING: Encik Mohd Izwan bin ShahrilTARIKH SERAH: 5 MEI 2013

Dapatkan 5 artikel ilmiah dalam bentuk digital / online resources berkaitan Obesiti yang memberi tumpuan kepada gejala obesiti

dalam kalangan pelajar sekolah.

PEMARKAHAN

Page 2: ULASAN JURNAL OBESITI

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Pengenalan 3

1.1 Definisi Obesiti 3

2.0 Ringkasan Lima Artikel Ilmiah 4

3.0 Rumusan 7

Rujukan 8

2

Page 3: ULASAN JURNAL OBESITI

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Obesiti

Obesiti ditafsirkan sebagai ketidakseimbangan pengumpulan lemak berlebihan yang

menimbun dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi

apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan

mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang

serius. Individu yang mengalami obesiti juga dikatakan dapat menyebabkan risiko penyakit-

penyakit yang serius seperti HINI dan beberapa jenis kanser. Selain itu, obesiti juga

mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial,dan menghadapi jangka hayat hidup yang lebih

pendek.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat (2010 :1092), mentafsirkan bahawa obesity adalah

masalah kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Menurut

Dictionary of Biology, obesiti adalah lebihan berat badan.Obesiti adalah hasil daripada

lebihan simpanan tenaga untuk satu jangka masa yang lama yang menyebabkan peningkatan

jisim badan. Menurut satu sumber iaitu buku World of Health obesiti adalah berat yang

melebihi 20 peratus daripada berat ideal seseorang. Pendapat ini disokong oleh Mayo Clinic

Staff (2006) yang menyatakan “ Childhood obesity is a serious medical condition that affects

children and adolescents. It occurs when a child is well above the normal weight for his or

her age and height”. (Obesiti kanak-kanak adalah keadaan penyakit yang serius dan memberi

kesan kepada kanak-kanak dan remaja. Ia berlaku apabila berat kanak-kanak adalah jauh

melebihi berat yang biasa bagi umur dan ketinggian beliau ").

Ini bermaksud, tenaga melebihi keperluan dan mempunyai berat badan sekurang-kurangnya

dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal. Justeru,kandungan lemak yang terdapat di

dalam badan seseorang yang obes adalah melebihi daripada had yang ada pada seseorang

yang normal.

3

Page 4: ULASAN JURNAL OBESITI

2.0 RINGKASAN LIMA ARTIKEL ILMIAH MENGENAI GEJALA OBESITI

Menurut artikel Makanan Segera Punca Obesiti Kanak-kanak yang ditulis oleh Sam Wong

Chin Kah dalam konsumerkini.net.my pada 29 April 2011 ,menyatakan bahawa menteri

kesihatan Malaysia, Dato’ Liow Tiong Lai sebagai berkata lebih daripada 76 peratus kanak-

kanak di Malaysia menghabiskan masa mereka untuk menonton televisyen dan bermain

komputer tanpa bersenam menyebabkan masalah kegemukan dalam kalangan pelajar

semakin serius. Beliau turut menyatakan bahawa hanya 28.5 peratus pelajar mengamalkan

diet yang sihat, manakala 14.5 peratus kanak-kanak berumur tujuh hingga 13 tahun

mengalami masalah kekurangan zat makanan dan hanya 10 peratus pelajar tidak mengambil

sarapan manakala 70 peratus pula mengambil sarapan.

Artikel ini turut menyentuh tentang makanan segera seperti burger, ayam goreng dan pizza

yang sangat popular dan menjadi kegemaran kanak-kanak ekoran daripada pengaruh iklan di

televisyen. Masalah kegemaran makanan segera oleh kanak-kanak ini juga dapat dilihat pada

artikel yang ditulis oleh Syed Azwan Syed Ali dalam bharian.com.my yang menyenaraikan

15 jenis makanan “tidak sihat” yang dilarang dijual di kantin sekolah. Makanan segera seperti

mi segera, gula-gula dan coklat,aiskrim dan lain-lain dilarang dijual berdasarkan Garis

Panduan Pemakanan Sihat di Sekolah oleh Kementerian Kesihatan yang telah diputuskan

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit tidak Berjangkit(NCD), dipengerusikan oleh

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Timbalan Menteri

Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata “ Larangan penjualan makanan tidak

sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesity dan diabetes yang

semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah

peringkat awal”.

Seterusnya, artikel “Amalan Gaya Hidup Sihat” yang ditulis oleh Rosmaliana Aida Mohd

Adnan dalam hmetro.com.my pada 7 May 2013 pula menjelaskan, data kajian di seluruh

dunia tentang masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berada dalam lingkungan 2.6 peratus

hingga 3.6 peratus di Finland, 15 peratus di United Kingdom, 10.8 peratus di amerika

Syarikat, 11.2 peratus hinnga 12.5 peratus di Navajo India, 7.56 peratus di India, 16.1 peratus

di Singapura, 14.3 peratus di Thailand dan 7.8 peratus kanak-kanak luar Bandar di Malaysia.

4

Page 5: ULASAN JURNAL OBESITI

Ini bermakna kadar peratusan obesiti ini di setiap negara berada di dalam keadaan yang

agak/membimbangkan jika tidak dikawal bagi menggelakan ianya bertambah buruk. Fakta ini

disokong oleh Penasihat Pediatrik Hospital Colombia Asia Setapak, Dr Margaret Kannimmel

sebagai berkata bahawa obesity di kalangan kanak-kanak adalah satu wabak yang perlu ditan-

gani segera. Menurutnya, kanak-kanak yang obes cenderung untuk menjadi dewasa obes dan

berisiko tinggi berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius seperti serangan jantung,

angin ahmar, diebeties, beberapa jenis kanser usus dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, menurut artikel ini juga, faktor gaya hidup kanak-kanak menjadi salah satu faktor

penyumbang kepada masalah obesiti di kalangan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak ini

mengamalkan diet yang tidak seimbang dan tidak melakukan aktiviti fizikal seperti senaman

dan bermain di luar rumah. Mereka lebih senang menghabiskan masa di hadapan televisyen

dan komputer. Malah, kanak-kanak juga suka mengambil makanan berkalori tinggi seperti

makanan segera dan gula-gula yang banyak dipromosikan di TV. Pendapat yang sama juga

turut dikeluarkan dalam artikel yang ditulis oleh Syed Azwan Syed Ali dalam bharian.-

com.my pada 4 November 2011, di mana kajian mendapati masalah obesity kanak-kanak

berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus

pada 2007. Peningkatan ini dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti

fizikal tidak aktif yang melibatkan 76 peratus kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar

masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Artikel “Trends of obesity and underweight in older children an adolescents in the United

States, Brazil, China, and Russia Youfa Wang, Carlos Monteiro, and Barry M Popkin 1–3”

yang ditulis oleh Mayo Clinic Staff dan disiarkan pada 31 Mac 2006 menyokong bahawa

pengambilan makanan tidak sihat menyumbang kepada obesiti. Contoh makanan adalah

makanan yang mengandungi tinggi tahap kalori seperti makanan segera dan juga minuman

ringan ataupun bergas.

Artikel ini turut menyentuh mengenai obesiti iaitu faktor genetik dan juga hormon. Selain

itu, pertambahan berat badan disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlebihan oleh

kanak-kanak dan kurang bersenam. Faktor lain yang turut dinyatakan juga ialah tentang fak-

tor diet iaitu makanan diet yang mempunyai nilai kalori yang tinggi seperti makanan segera, 5

Page 6: ULASAN JURNAL OBESITI

faktor kurang melakukan aktiviti yang aktif dan seperti menonton televisyen, faktor genatik

dan faktor keluarga dan persekitaran.

Tambahan lagi, di dalam artikel ini juga menyatakan beberapa penyakit yang disebabkan oleh

gejala obesiti di kalangan kanak-kanak. Antaranya kanak-kanak yang obes berisiko tinggi un-

tuk mendapat penyakit diabetes type 2, tekanan darah tinggi, masalah metabolism dan

penyakit jantung. Penyakit diabetes type 2 ialah kegagalan metabolism badan yang dise-

babkan oleh kurangnya insulin. Selain itu, turut juga dinyatakan di dalam artikel ini tentang

masalah emosi dan sosial mereka yang obes. Kanak-kanak dan remaja yang obes sering kali

dibuli atau diejek oleh rakan-rakan sebaya. Mereka kebiasaanya tidak melawan kerana ku-

rang keyakinan diri dan merasakan diri tidak dihargai.

Di samping itu juga, kanak-kanak obes juga mengalami masalah sikap dan masalah pembela-

jaran kerana kurang kemahiran sosial. Oleh itu mereka mudah mengalami masalah kemurun-

gan dan suka menjauhkan diri dan hilang minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti

sosial dan menjadi seorang yang sensitif iaitu mudah bersedih.

Seterusnya gejala obesity di kalangan kanak-kanak juga terdapat pada artikel yang bertajuk

Prevalence and Prediction of Overweight and Obesity Among Elementary School Stu-

dentsyang disiarkan pada Januari 2001, menyatakan bahawa kanak-kanak dan remaja obes

adalah sebanyak 16 hingga 33 peratus.Pertambahan berat badan bergantung kepada diet yang

tidak sesuai dan kurang melakukan senaman menyebabkan lebih 300,000 kematian setiap

tahun. Di dalam artikel ini juga ada menyarankan cadangan untuk mengurangkan masalah

obesiti bagi remaja antaranya adalah peranan ibu bapa. Ibu bapa perlu meningkatkan tahap

keyakinan diri pada anak-anak dengan memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat

positif. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengamalkan pengurusan diet yang baik dan aktiviti

fizikal yang dapat membantu kanakkanak-dan remaja obes. Penglibatan yang positif daripada

ahli keluarga dalam memberikan bimbingan secara tidak langsung dapat meningkatkan se-

mangat kanak-kanak dalam menangani masalah obes.

6

Page 7: ULASAN JURNAL OBESITI

3.0 Rumusan

Secara rumusannya, gejala obesiti ini merupakan satu penyakit yang harus diambil

perhatian yang serius kerana ia boleh mengancam nyawa jika dibiarkan. Berdasarkan banyak

kajian yang telah dijalankan, obesiti ini dikatakan sebagai satu penyakit kerana ia boleh

menyebabkan pengidapnya terdedah kepada risiko penyakit yang kronik seperti serangan

jantung, angin ahmar, kanser, diebetes, darah tinggi dan sebagainya yang boleh membunuh

manusia secara senyap. Kegemukan atau obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang

berlebihan tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi berlaku apabila kalori terkumpul dan

tersimpan selama beberapa bulan atau setahun. Walaupun dikatakan amalan pemakanan yang

tidak sihat menjadi punca kepada gejala obesiti, namun peraturan baru yang diperkenalkan

oleh Kementerian Kesihatan melalui Garis Panduan Pemakanan Sihat di Sekolah merupakan

satu permulaan yang baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan yang sihat dan

seimbang di sekolah. Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan

bersenam dan berjalan lebih kerap. Waktu menonton TV atau video perlu dihadkan kepada

tidak lebih daripada dua seharri. Aktiviti lain yang terluang dapat diisi dengan aktiviti luar

yang berfaedah serta mengeluarkan peluh. Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan di

rumah dengan memastikan amalan baik ini diteruskan.

7

Page 8: ULASAN JURNAL OBESITI

RUJUKAN

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/660-makanan-segera-punca-obesiti-kanak-kanak diperoleh pada 20 Mac 2014 http://www.hmetro.com.my/articles/2013050721564020130507215640/Article/ Diperoleh pada 23 Mac 2014

http://www.smktebobon.net/v2/index.php?option+com_content&view=articles&id=127&ite mid=1 Diperoleh pada 23 Mac 2014

http://www.aacap.org/AACAP/Families_and_Youth/Facts_for_Families/Facts_for_Families_ Pages/Obesity_In_Children_And_Teens_79. spx Diperoleh pada 27 Mac 2014

http://www.mayoclinic.com/print/childhood-obesity/DS00698/DSECTION Diperoleh pada 27 Mac 2014-03-28

Dewan Bahasa dan Pustaka .(2010). Kamus Dewan dan Pustaka ,Kuala Lumpur :DBP

Nor Hairul Palal, Rahimawati Abdul Rahim, Nor Hashina Bahrudin. ( 2010). Panduan Pemakanan Sihat , Batu Caves : PTS Profesional Publication Sdn. Bhd.

8

Page 9: ULASAN JURNAL OBESITI

LAMPIRAN JURNAL 1

9

Page 10: ULASAN JURNAL OBESITI

LAMPIRAN : JURNAL 2

10

Page 11: ULASAN JURNAL OBESITI

LAMPIRAN : JURNAL 3

11

Page 12: ULASAN JURNAL OBESITI

LAMPIRAN : JURNAL 4

12

Page 13: ULASAN JURNAL OBESITI

LAMPIRAN : jurnal 5

13