ulasan buku

22
ULASAN BUKU HAMAS DAN BRIGED AL- QASSAM SITI NURAZIRA BT ISMANB071410572 By

Upload: nuraziraisman

Post on 11-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

ULASAN BUKU HAMAS DAN BRIGED AL-QASSAM

PengenalanNama pengarang buku Hamas dan Briged Al-Qassam ialah Maszlee Malik dan Syarafuddin Sulaiman.Buku ini banyak membincangkan tentang siapakah HAMAS,apakah hubungan antara HAMAS dan Fatah dan PA.,dan siapakah zionis yang sebenarnya.Pada pendapat saya buku ini sangat bagus bagi seseorang yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang siapakah HAMAS dan Briged Al-Qassam dan apakah yang sedang berlaku di bumi Palestin.Banyak ilmu yang boleh diperolehi apabila kita membaca buku ini kerana ia dapat membuka mata dan minda kita kepada keadaan sebenar yang berlaku di Gaza,Palestin.

Ulasan

Bab 1: Bermulanya Perang 2014Bab 1 mengisahkan peperangan yang bermula pada tahun 2014,apabila berlakunya penculikan tiga remaja Israel yang dikatakan bahawa HAMAS yang melakukannya.Pada pendapat saya,Israel sangat tidak rasional kerana bukan sahaja HAMAS yang mempunyai motif untuk menculik remaja tersebut tapi sebaliknya mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan HAMAS maka mereka cuba untuk memerangkap pihak HAMAS.Selain itu,jika dilihat dari satu sudut lain,mungkin Israel sendiri yang melakukan penculikan tersebut kerana mempunyai muslihat yang tersendiri.Ini disebabkan Israel tidak pernah mengiktiraf HAMAS,jadi Israel ingin menjadikan HAMAS sebagai kambing hitam supaya HAMAS dipandang sebagai orang jahat dan secara tidak langsung kerjasama HAMAS dengan Fatah akan tersekat.Pihak Israel telah melancarkan operasi yang sangat tidak wajar bagi saya kerana disebabkan tiga orang remaja,mereka sanggup mengorbankan orang-orang yang tidak bersalah.Hanya disebabkan tiga orang rakyatnya diculik,habis Gaza dibomnya.Isreal sangat licik dalam memutar belitkan keadaan yang menyebabkan kebanyakan orang nampak seolah-olah HAMAS adalah penganas tapi sebenarnya merekalah penganas yang telah berjaya memusnahkan kehidupan penduduk Gaza.

Bab 2: Asal Usul HAMASDalam bab 2,saya dapat mengetahui dari manakah asal usul HAMAS. Meraka berasal daripada gerakan Ikhwan Al-Muslimin(IM).IM sangat komited dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.Seperti biasa setiap pertubuhan pasti akan mempunyai ada masalah,itulah yang terjadi kepada IM.Daripada situ lahirnya penubuhan Fatah yang memperjuangkan nasib ahli-ahli IM.Mereka berjuang untuk membebaskan Palestin dari rejim Zionis,malangnya kebanyakan orang mereka ditangkap oleh pihak rejim Zionis.Oleh kerana penangkapan secara besaran dilakukan oleh rejim Zionis ini telah menaikkan semangat IM untuk berjihad di Palestin.Dari sini tertubuhnya HAMAS DAN Intifadah rakyat Palestin untuk kali pertamanya,akhirnya penubuhan HAMAS dan Intifadah ini tersebar keseluruh Gaza,seluruh ahli IM dan rakyat Palestin.Bermulanya perjuangan jihad IM bersama rakyat bumi Palestin secara besar-besaran dengan nama baru iaitu HAMAS.

Bab 3: HAMAS & Ikhwan Al-MusliminBab 3 mengisahkan perbualan antara Al-Jazeera bersama Syeikh Ahmad Yassin semasa hidup beliau.Perbualan ini berkisarkan HAMAS dan IM. Perbualan ini menerangkan apakah hubungan HAMAS dan IM,mengapa HAMAS dianggap pengganas manakala IM tidak.Pada saya Amerika tiada bezanya dengan Israel sangat licik dalam menindas golongan yang lemah dan pandai memanipulasi keadaan.

Bab 4: Ideologi HAMASBab 4 ini berkisar tentang pemikiran politik dan ideologi HAMAS. Secara ringkasnya terdapat 13 idealogi yang cuba dibawa oleh HAMAS semuanya berdasarkan ajaran Islam dan khazanah fikah Islam.Berdasarkan ideologi yang cuba diketengahkan oleh HAMAS,bagi saya tiada langsung berunsurkan ciri-ciri keganasan malah mereka cuba untuk berdamai dengan semua masyarakat Palestin tidak mengira agama.Ini jelas dinyatakan dalam ideologi HAMAS yang ke 13 iaitu HAMAS mengiktiraf hak kebebasan beragama.

Bab 5: Matlamat PerjuanganMatlamat perjuangan HAMAS dapat dibahagikan kepada dua iaitu matlamat strategik dan matlamat jangka pendek.HAMAS sangat bijak dalam mengatur langkahnya bermula dengan visi dan misi mereka.Visi mereka yang utama adalah untuk memerdekakan bumi Palestin termasuk tanah yang dinamakan Israel dan mendirikan negara berdsarkan prinsip-prinsip Islam.Manakala matlamat jangka pendek adalah langkah-langkah mereka untuk mencapai visi utama mereka.

Bab 6: Sikap HAMAS pada Fraksi LainPada pandangan saya,HAMAS sangat bijak memainkan peranan mereka dalam berjuang demi kemerdekaan.HAMAS bersikap rasional dalam menawarkan kerjasama dan penyelarasan kepada mana-mana fraksi yang wujud bagi memastikan momentum perjuangan mereka terus hidup.Oleh kerana sikap inilah HAMAS berjaya menarik minat pelbagai pihak untuk berkerjasama dengan mereka. Bab 7: Intifadah Pertama (1987-1993)Pada saya kesan dari intifadah pertama ini sangat memberi kesan yang positif kerana populariti HAMAS melonjak secara mendadak.Secara tidak langsung mereka mendapat sokongan dari orang awam seluruh dunia.Sokongan ini berbentuk program social dan kebajikan bagi membantu nasib pelarian pelarian Palestin di Gaza.HAMAS juga berkembang di university dan pusat-pusat pengajian tinggi.Pengaruh mereka mula meluas dalam kalangan professional Muslim.

Bab 8: Oslo 1993Perjanjian Oslo bukan sebagai titik mula tetapi melanjutkan kesengsaraan.Bukan juga memadamkan api pejuangan. HAMAS tetap HAMAS. Tiada istilah kekalahan, yang ada dua konsep dalam perjuangan menegakkan syiar Islam iaitu mati syahid atau menang. Perjanjian Oslo merupakan hasil pertemuan sulit pemimpin PLO dan rejim Zionis. September 1993 berlangsung perjanjian yang menjahanamkan Palestin ini.Menurut Dr. Muhsen Salleh di dalam tulisannya 'Masyari' al-Taswiyah al-Silmiyah li al-Qadiyah al-Filistiniyah (1937-2001). Perjanjian Oslo digerakkan semenjak 1990. Disolekkan dengan nama memberi hak kepada rakyat Palestin yang menyebabkan suasana tidak aman kepada warga Zionis. Kononnya sebagai usaha komited Zionis untuk kedamaian di Palestin. Lalu ditandatangani oleh Mahmoud Abbas mewakili pihak Palestin dan Zionis diwakili Shimon Perez, bertempat Washington pada 13 September 1993. Abbas ketika itu Setiausaha Kerja PLO dipilih oleh Arafat mewakilinya.Bab 9: Intifadah Kedua (2000)Pihak berkuasa Palestin (PNA) telah berjaya dijadikan boneka rejim Zionis melalui usaha damai untuk menangkap dan membenteras pejuang pejuang Palestin yang bangkit menentang rejim tersebut. Namun, dengan izin Allah, selepas kebiadaban Ariel Sharon pada September 2000 yang memasuki masjid al-Aqsa dengan 2,000 tenteranya yang lengkap bersenjata telah mencetuskan sekali lagi gelombang Intifadah versi kedua.Di kala itu, gerakan Fatah, yang merupakan tonggak pihak berkuasa Palestin bagaikan terketuk untuk berfikir dan akhirnya rasional untuk menyertai Intifadah tersebut (ini kerana, dahulunya mereka adalah tonggak kepada PNA yang berusaha membenteras pejuang ? pejuang Palestin yang kebanyakkannya dating dari gerakan Hamas dan Jihad Islamiy).Mereka bagaikan menemui jawapan kepada kemelut yang mereka hadapi, iaitu hanya melalui perlawanan habis ? habisan dan bahasa peluru sahajalah yang dikenali oleh bangsa Yahudi demi memerdekakan tanah air mereka yang tercinta dan juga masjid al-Aqsa.Bagaikan jawapan muktamad, semuanya bersetuju hanya Intifadhah dan perlawanan bersenjata sahajalah yang menjadi jawapan dan menjadi pilihan yang paling strategik bagi bangsa rakyat Palestin. Pilihan yang penuh risiko ini adalah sangat tepat dalam usaha mengembalikan hak-hak rakyat Palestin yang dirampas oleh penjajah Israel.Hasilnya, seramai 255 orang Yahudi telah menjadi korban manakala sekitar 1500 lainnya pula telah tercedera sehingga tahun 2002. Semenjak itu juga lebih kurang 10.000 aksi serangan berjaya dilancarkan ke atas sasaran-sasaran musuh yang membuatkan mereka hidup dalam keadaan ketakutan sepanjang masa. Satu natijah yang tidak akan diperolehi melaui meja ? meja rundingan damai.Berikut ini adalah beberapa kejayaan yang diraih oleh Intifadahh selama 14 tahun, demi membuktikan keberhasilan gerakan tersebut :1. Berhasil mengembalikan penyatuan bangsa Palestin untuk mengumpulkan kembali kekuatan mereka, terutamanya sewaktu Intifadah gelombang kedua semenjak tahun 2000. Ianya juga dapat menyatukan di antara golongan nasionalis dan juga golongan Islamis, setelah sekian lama panji kesatuan mereka dirobek-robek oleh perundingan yang bernama Oslo. Ianya juga telah berjaya mengembalikan hak-hak kependudukan di kaca mata rakyat antarabangsa yang telah sekian lama terhakis.2. Mengembalikan nostalgia perjuangan pembebasan Palestin pada tahun 1948 ketika mana mereka melawan penjajah Israel demi mempertahankan tanah air mereka. Ianya juga berhasil menentukan arah dan corak politik di dalam pentadbiran entiti haram Israel itu sendiri. Entiti haram tersebut bagaikan kehilangan arah dan menumpukan seluruh agenda mereka untuk menangkis serangan ? serangan dari para pejuang dan juga lobi mereka di peringkat antarabangsa.3. Melumpuhkan sistem keamanan dan kerajaan musuh:Ini berjaya dilakukan melalui serangan secara habis-habisan yang tidak ada penyelesaian secara gerila mereka sehinggakan pihak rejim Israel tidak terdaya untuk menghadapinya lagi. Ini telah diakui oleh tokoh-tokoh politik, ketenteraan dan keamanan entiti haram tersebut.Fakta ini juga telah diakui sendiri oleh Menteri Luar Negeri AS, yang berperanan sebagai sekutu antarabangsa mereka merangkap mentor serta pelindung mereka, Collin Powel (23/05/2001) dengan mengatakan:Sekarang telah dapat dilihat dengan jelas sepanjang beredarnya waktu , bahawa kebangkitan mereka ( rakyat Palestin) tidak akan dapat diselesaikan secara ketenteraan (untuk menghentikan intifadah).

4. Memaksa Pihak Israel membuat taktik pemisahan kawasan (memisahkan kawasan penduduk berbangsa Yahudi dengan bangsa Palestin) seperti yang mereka pernah lakukan di Lebanon.Hal ini disebabkan oleh hilangnya rasa aman di dalam jiwa setiap individu berbangsa Yahudi dan juga disebabkan oleh taraf kehidupan yang semakin tinggi untuk pihak Yahudi meneruskan usaha memperhebatkan pendudukan ? pendudukan baru. Inilah pilihan yang dilaung laungkan oleh para pemimpin tertinggi Parti Buruh, diantaranya adalah Barak, Ramon, Eitsek, Menteri Perencanaan Strategi di pemerintahan Sharon, Meridor dan Michael Eitan dari Partai Likud.5. Penempatan Baru : jumlah pembangunan penempatan baru bangsa Yahudi pada 6 bulan pertama tahun 2001 mengalami penurunan peratusannya sehingga 63% dari tahun sebelumnya, iaitu tahun 2000. Hal yang sama juga berlaku kepada penurunan secara mendadak di jumlah penempatan di beberapa penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Gaza di tahun 2001 yang angkanya mencapai 80% jika dibandingkan dengan peratusan pada tahun 2000.6. Penurunan peratusan Imigrasi : Bilangan imigran bangsa Yahudi yang berhijrah dari Negara ? Negara luar ke Palestin pada tahun 2000 mengalami penurunan hingga 22% jika dibandingkan dengan tahun 1999. Dan yang menarik lagi ialah selama Intifadahh berlangsung, seorang dari lima orang Yahudi berkeinginan untuk pulang dan meninggalkan negeri Palestin dan kembali ke tanah air asal mereka.7. Jalan-Jalan lengkungan : Projek jalan lengkungan (jalan yang berbelok ? belok) dihentikan karena dianggap merbahaya dan berpotensi digunakan oleh pejuang Palestin untuk aksi berani mati mereka jika mereka menaiki bas bersama dengan rakyat Yahudi yang lain.8. Normalisasi:Selama sepuluh tahun terakhir ini usaha Yahudi untuk mengadakan pernormalisasi hubungan secara diplomatik di peringkat antarabangsa dan nasional semakin mengalami kegagalan yang hanya akan berakhir dengan keruntuhan negara haram Israel di bumi Palestin.Hal ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Hamas kerana mereka adalah ibarat tulang belakang kepada gelombang Intifadahh Al Aqsa dan juga sebagai pelopornya.Atas dasar inilah kita melihat kenapa mereka melalui wakil mereka, Abdul Aziz Rantisi menolak cadangan Kaherah agar mereka memberhentikan gerakan Intifadahh yang telah berlangsung selama 14 tahun ini.

Bab 10: Pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin & Ar-RantissiSyeikh Ahmad Yassin: syahid pada 22 hb Mac 2004, antara tokoh pengasas Hamas dan seorang yang alim dan warak. Sebahagian hidupnya dihabiskan dlm penjara Israel. Dr Abdul Aziz Ar Rantisi: syahid pada 17 hb April 2004, seorang pemimpin Hamas yang dihormati dan disayangi rakyat. Dilantik selepas pembunuhan Sheikh Ahmad Yassin oleh Israel. 40 hari selepas perlantikan, beliau menemui ajal akibat dibunuh oleh tentera Israel.Saya sangat mengagumi HAMAS kerana mereka terus bergerak walaupun apa yang terjadi.Ini menunjukkan bahawa institusi dan cara kerja mereka sangat unik dan tidak tertumpu pada individu ataupun pemusatan kuasa menjadikan mereka dapat bergerak dengan dinamik.Bab 11: HAMAS Sebelum Pilihan Raya 2006HAMAS masih relevan dan menjadi pilihan rakyat Palestin kerana kekuatan HAMAS, iaitu mereka dikenali sebagai orang-orang yang bersih dari korupsi dan juga sebagai makhluk-makhluk yang pedulikan nasib rakyat Palestin secara ikhlas, jujur dan bersungguh-sungguh. Baik dari segi kebajikan para pelarian, pendidikan, dan kesihatan, perkhidmatan HAMAS amat dihargai oleh rakyat Palestin. HAMAS juga mula menjadi pilihan selepas rakyat tidak tahan lagi melihat keganasan rejim Zionis dan sudah tidak percaya lagi kepada apa-apa janji perdamaian yang mereka laungkan.

Bab 12: HAMAS & Public OpinionHAMAS sangat tulus dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin tidak seperti PLO dan Fatah.HAMAS sangat mementingkan nasib rakyat Palestin yang berada dalam tahanan rejim Zionis.Kesimpulannya HAMAS bertungkus lumus bagi menegakkan nasib rakyat Palestin.

Bab 13: Masa Depan PalestinMasa depan HAMAS seemakin cerah kerana kebanyakan rakyat Palestin mula berpihak kepada mereka.Ini disebabkan ketelusan HAMAS dalam memperjuangkan kemerdekaan Palestin semakin mendapat perhatian dunia.Zionis juga semakin gentar dengan HAMAS namun pemimpin Zionis sangat licik.Disini kita dapat lihat bahawa sokongan rakyat Palestin terhadap PLO dan Fatah semakin goyah sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam organisasi Fatah.

Bab 14: HAMAS Selepas Pilihan Raya 2006Kehadiran negara-negara Arab dan Islam di satu pihak pula hanya akan merumitkan lagi kemelut yang dihadapi oleh rakyat Palestin kerana ia secara tidak langsung mengesahkan pendudukan Isreal dan pelanggaran berterusan Israel ke atas hak rakyat Palestin. Pihak Israel telah menegaskan bahawa mereka hanya akan bersetuju dengan syarat-syarat umum ke arah perdamaian dan tidak akan memberi komitmen kepada apa-apa tuntutan khusus dari Palestin. Dalam kata lain konferens ini tidak lebih dari usaha untuk memulihkan Perjanjian Oslo1993 dan Perjanjian Damai 2003 yang menemui kegagalan.Pilihan raya yang dilalui oleh HAMAS disifatkan bersih dan kemenangan HAMAS adalah atas usaha mereka sendiri.Namun rejim Zionis bersikap kejam dan tidak mempunyai belas kasihan terhadap rakyat Palestin,mereka terus membunuh insan yang tidak bersalah atas alasan mereka tidak berurusan dengan orang yang bersenjata iaitu HAMAS.

Bab 15: Fenomena yang Menggegarkan DuniaKemenangan HAMAS dalam pilihan raya Israel telah megemparkan dunia kerana dari situ kita dapat lihat bahawa ramai rakyat Zionis mengingginkan satu perundingan dibuat di antara HAMAS dan Zionis namun pemimpin Zionis tidak mempunyai sifat simpati terhadap HAMAS dan rakyat Palestin.

Bab 16: Mengapa HAMAS Menang?Kerana Hamas pimpinan Ismail Hanieya berjuang di atas dasar dan nama Islam.Manakala PLO dan Fattah pimpinan Mahmud Abbas berjuang di atas dasar dan nama perkauman Arab.Namun begitu,hubungan HAMAS dan Fatah masih lagi baik. Hasrat untuk menghancurkan kerajaan HAMAS melalui perang saudara dengan FATAH masih belum jadi kenyataan.

Bab 17: Unity Government: HAMAS dan FatahHasrat Israel ialah untuk terus menjajah rakyat Palestin. Kebetulan adanya isu persaingan HAMAS-Fatah, isu ini dijadikan alasan, lebih-lebih lagi dalam usaha meletakkan kesalahan kepada HAMAS.HAMAS menyedari tentang keperluan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat Palestin. Lantaran itulah sebaik-baik sahaja memenangi pilihan raya pada tahun 2006 HAMAS menunjukkan kesediaan berkongsi kuasa dengan Fatah yang kalah. Ini termasuklah dengan memberikan separuh jawatan menteri seperti Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Luar dan lain-lain kepada Fatah dan anggota bebas.Malangnya, persetujuan mewujudkan kerajaan perpaduan yang diusahakan oleh Raja Abdullah, Raja Arab Saudi dan ditandatangani di depan Kaabah tidak diiktiraf Israel, Kesatuan Eropah dan AS kerana tidak ingin melihat HAMAS berjaya. Lebih malang lagi Fatah pula sanggup bersekongkol dengan agen Israel dan penjenayah di Gaza bagi melemahkan kerajaan yang diketuai oleh HAMAS. Akhirnya HAMAS tidak mempunyai pilihan selain daripada mengusir Fatah keluar dari Gaza sebelum mereka sendiri ditindas yang sudah pasti kalau berlaku tanpa belas kasihan.Masalah yang berlaku di Palestin tidak banyak bezanya yang berlaku di sesetengah negara dunia ketiga apabila pihak yang kalah gagal menghormati pihak yang menang dan cuba mengekalkan kuasa, walaupun bersekongkol dengan musuh. Inilah yang berlaku di Palestin apabila Fatah enggan menerima hakikat bahawa mereka ditolak rakyat.Dengan sebab itulah apabila berlakunya gempuran ke atas Gaza kenyataan yang dikeluarkan Mahmud Abbas ialah menyalahkan HAMAS. Fatah mengharapkan Israel memusnahkan HAMAS, tetapi tidak mahu dilihat sebagai menjadi proksi Israel. Dengan senario yang ada tidak mungkin HAMAS dan Fatah dapat membenamkan perbezaan sesama mereka kerana prasyarat kepada kerjasama di antara keduanya ialah menghormati pilihan rakyat dan menjauhkan diri daripada menjadi alat Israel dan rejim diktator Arab.

Bab 18: Kami Tidak akan Menjual Rakyat Palestin Hanya Kerana Bantuan Asing!HAMAS hanya bersedia berunding dan berdamai dengan mereka yang serius hendak berdamai berdasarkan prisip keadilan.Ini menunjukkan bahawa HAMAS sangat berpegang teguh kepada prinsip mereka dan mempunyai harga diri yang tinggi kerana mereka tidak boleh dibeli dengan wang atau pun janji-janji palsu.

Bab 19: HAMAS Bukan Al-Qaeda & Bab 20: HAMAS Bukan ISISAl-Qaeda, ISIS dan para militan simpatisan mereka mempunya tujuan yang sama: menciptakan sebuah kekhalifahan yang dijalankan dibawah interpretasi mereka yang ekstrim atas hukum Islam atau Syariah.Mereka secara umum adalah para Salafi jihadi, kelompok ekstrim minoritas Sunni yang mengatakan bahwa merekalah pengikut sejati Nabi Muhammad, dalam tradisi awal umat Islam, dan menganjurkan perang suci atau jihad untuk mencapai tujuan. Mereka biasanya sangat membatasi perempuan, melarang musik dan menghukum pencuri dengan hukum potong tangan.Mereka menentang demokrasi kerana mereka percaya bahawa hukum diciptakan oleh Tuhan, bukan oleh rakyat atau pemilih.Namun mayoritas Sunni di dunia tidak setuju dan mengecam tindakan brutal mereka.HAMAS tidak seperti Al- Qaeda dan ISIS kerana cara dan matlamat perjuangan mereka agak berbeza.Bagi saya cara perjuangan ISIS sangat tidak rasional dan terlalu banyak keganasan yang digunakan bagi mencapai matlamat mereka. ISIS menggunakan media sosial untuk merekrut tentera dan banyak pemuda yang berfahaman radikal, tidak matang dan tidak cukup ilmu akhirnya tertipu dengan lambaian jihad oleh ISIS. Mereka ini akhirnya dipergunakan oleh musuh untuk memecahkan kesatuan umat Islam sendiri.

Bab 21: HAMAS dan Briged Al-Qassam & Bab 22: Briged Al-Qassam: Pejuang ataupun PengganasSaya sangat tertarik dengan syarat untuk menjadi ahli Briged Al-Qassam iaitu gigih berpegang dengan ajaran Islam,kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw,menjaga solat 5 waktu secara berjamaah,Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin,berdisiplin dan mentaati kepimpinan,mencintai dan bersedia untuk syahid dan briged ini juga mempunyai skuad wanita meski pun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan.Berdasarkan syarat-syarat ini,sudah tentu mereka ini bukan pengganas seperti yang dikatakan oleh rejim Zionis.Mereka adalah insan yang terpilih yang dapat berjihad di jalan Allah S.W.T. Pada pendapat saya,kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.

Bab 23: Briged Al-Qassam Selepas Pilihan Raya & Bab 24: Inovasi Al-QassamSelepas pilihan raya,kedudukan briged Al-Qassam semakin stabil.Apabila berlakunya inovasi yang sangat hebat berbanding dengan Israel kerana Israel mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang sangat sempurna berbanding dengan briged Al-Qassam yang serba kekurangan.Namun begitu,briged Al-Qassam tidak mengundur diri dari meneruskan perjuangan kerana itu mereka terus berjuang dan telah melakukan beberapa inovasi yang tidak diduga oleh Israel.Iaitu telah mencipta teknologi roket baru R-160 yang berupaya mencapai sasaran lebih jauh,menghasilan senjata penembak tepat Ghoul buatan sendiri,inovasi roket yang berupaya mengelak sistem pertahanan Iron Dome yang mana penganalisis tentera Israel sendiri mengakui bahawa inovasi Al-Qassam telah berjaya menghasilkan roket Jaabari 80 dengan teknologi yang mampu mengelak daripada Iron Dome. Pergerakan roket

Bab 25: Boikot Itu Berkesan & Bab 26: Kenapa Perlu Boikot? & Bab 27: Isu-Isu BoikotSebagai manusia yang beragama dan bertamadun, sudah tentu kita tidak suka menggunakan cara keganasan yang digunakan oleh Amerika dan israel untuk menegakkan pendirian (dengan menjadi pembunuh dan pemusnah). Boikot adalah salah satu cara untuk meluahkan penentangan terhadap kezaliman, ketidakadilan dan keganasan zionis; tanpa perlu kita bertindak ganas. Sebagai pengguna, kita mampu memainkan peranan untuk merubah keadaan. Kalau tak mampu boikot semua produk keluaran Amerika dan syarikat yang menyokong israel, kita bermula dengan beberapa item yang kita mampu dulu, InsyaAllah. Kita sebagai Insan yang lemah hanya merancang, mencari ikhtiar dan berusaha, Allah Taa'la yang Maha menentukan segalanya. Walau apapun, perjalanan 1000 batu bermula dengan satu langkah.Bagi kita rakyat Malaysia yang merdeka, kita masih mampu mengubah keadaan dengan lidah dan tangan. Sebagai pengguna pula, kita masih mampu untuk berbuat sesuatu dengan kuasa membeli yang ada pada kita. Kita juga mampu menggunakan lisan kita untuk memberi penerangan dan pendidikan kepada orang lain. Kita boleh memboikot barangan syarikat yang menyokong dan membantu kekejaman Rejim Zionis. Ini tidak sama dengan memboikot syarikat yang dimiliki oleh bangsa yahudi. Jika ada syarikat melayu yang membantu kekejaman rejim zionis pun wajib kita boikot. Perkata tuntasnya adalah syarikat ini membiayai, membantu dan menyokong kekejaman Zionis ataupun tidak.Isu-isu boikot selalu diperkatakan di Malaysia,bagi saya boikot ini kuasa individu dan tiada paksaan yang dibuat, jika kita rasa kita seorang orang Islam yang ingin menolong saudara sesame Islam maka kita laksanakannya.Boikot tidak semestinya waktu peperangan sahaja,sepatutuny kalau kita boleh elak dari membeli barangan mereka kita patut elakkan kerana Palestin masih lagi dijajah oleh Israel.Apa-apa pun,sebelum kita memboikot kita perlu tahu dulu latar belakang syarikat itu kerana kita hanya memboikot syarikat yang menjadi tulang belakang Israel sahaja.

Bab 28: Apabila Lensa Kabur... & Bab 29: Truce of DummiesMedia massa memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada serata dunia,namun HAMAS tidak diberi kesempatan untuk keluar memberi keterangan yang sebenar.Ini disebabkan sikap media massa barat yang berat sebelah.Mereka hanya menampakkan keburukan HAMAS sahaja walhal pengganas yang sebenar adalah Israel yang mana dianggap sebagai mangsa.Manakala bab 29,bagi saya kalau seseorang itu tidak mengikuti perkembangan isu Palestin dan HAMAS lebih baik mendiamkan diri daripada menampakkan kebodohan diri sendiri.

Bab 30: Kemenangan Buat GazaHAMAS berjaya mendapatkan kemenangan untuk rakyat Palestin setelah sekian lama.Banyak kemenangan pihak yang ditindas akhirnya berakhir,bukan kerana dikalahkan oleh pihak musuh tetapi kerana pergolakan dan perebutan kuasa antara mereka sendiri.Segala penat lelah dan pengorbanan rakyat Palestin akhirnya terbalas dengan kemenangan ini.

Bab 31: Mesir vs. TurkiMersi dan Turki sepatutnya dapat mempertahankan Palestin namun,mereka tidak berbuat sedemikian.Mungkin mereka ada alasan mereka tersendiri.

Bab 32: Wawancara Bersama Menteri Kristian HAMAS & Bab 33: Tokoh-Tokoh HAMASWawancara ini menunjukkan bahawa HAMAS bersifat terbuka terhadap organisasinya.Mereka juga mempunyai misi dan visi untuk masa kehadapan.HAMAS dan rakyat Palestin patut berbangga kerana mereka mempunyai tokoh pemimpin yang sangat bagus.Mereka sanggup berjuang bermati-matian demi menegakkan agama ALLAH S.W.T dan membebaskan Palestin dari terus dijajah oleh kuasa asing.

Bab 34: Ini Salah Islam?Saya sangat tidak bersetju dengan isu yang menyatakan pengganas itu lahir dari agama yang diamalkan kerana semua agama mengajar setiap insan manusia supaya menjadi seorang yang baik dan berperikemanusiaan.Cuma kekadang manusia akan melakukan kesilapan di atas sebab tertentu seperti mereka terlalu tertekan dengan sesuatu,maka mereka bertindak diluar kawalan.Agama Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan.

Kesimpulan Buku HAMAS dan Briged Al-Qassam ini sangat bagus untuk dibaca kerana banyak informasi yang saya dapat.Ia banyak membantu saya dalam memahami isu sebenar yang terjadi di Palestin.Penulisan buku ini banyak menyedarkan mata kita tentang perkara sebenaryang terjadi tanpa kita sedar akannya.Kita kena sedar yg apa yg berlaku di palestin merupakan isu kemanusiaan dimana manusia dibunuh sesuka hati, rumah di rampas dan tanah di tarah. HAMAS, kerajaan yg memimpin Palestin sekarang, di pilih oleh rakyat palestin dari pelbagai latar agama. zionis bunuh islam,kristian. ini bukan isu agama! ini isu kemanusiaan! sedangkan yahudi sendiri menentang tindakan zionis.Oleh itu,kita perlu menolong saudara kita di sana walaupun kita tidak mampu untuk berperang sekali tetapi sekurang-kurangnya kita berdoa untuk kerdekaan mereka.

13