ulasan artikel konflik etnik luar negara (kyrgyzstan : surviving ethnic conflict oleh david l....

55
Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan pada 6 Mac 2012. Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern Pengenalan Artikel yang telah saya pilih untuk dianalisis ialah sebuah artikel berbahasa Inggeris yang bertajuk Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern. Secara umumnya, artikel ini menceritakan mengenai sebuah konflik etnik yang telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda yang berlaku di Osh, Kyrgyzstan. Etnik yang terlibat dalam konflik ini ialah etnik Kyrgyz yang merupakan etnik majoriti dan etnik Uzbek iaitu etnik minoriti di kawasan tersebut. Tragedi etnik ini telah bermula beberapa tempoh sebelum itu dengan beberapa peristiwa kecil dan ketegangan antara kedua-dua pihak sehingga mencapai kemuncaknya pada 10 Jun 2010. Antara punca konflik yang dapat saya fahami melalui artikel ialah konflik ini dikatakan berlanjutan daripada peristiwa penggulingan kuasa pemimpin mereka sebelum ini iaitu Kurmanbek Bakiyev. Peristiwa itu sendiri telah mengorbankan hampir seratus nyawa penduduk dan berlaku hanya dua bulan sebelum rusuhan etnik ini terjadi. Penggulingan kuasa ini telah meninggalkan kekosongan jawatan tertinggi dan sebuah kerajaan sementara telah ditubuhkan di bawah pimpinan Rosa Otunbayeva. Selain itu, kawasan terjadinya konflik itu sendiri 1

Upload: nurhi-akin

Post on 29-Jul-2015

4.374 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara- Assigment Hubungan Etnik Semester 3)

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern

Pengenalan

Artikel yang telah saya pilih untuk dianalisis ialah sebuah artikel berbahasa Inggeris

yang bertajuk Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern. Secara

umumnya, artikel ini menceritakan mengenai sebuah konflik etnik yang telah

mengorbankan banyak nyawa dan harta benda yang berlaku di Osh, Kyrgyzstan.

Etnik yang terlibat dalam konflik ini ialah etnik Kyrgyz yang merupakan etnik majoriti

dan etnik Uzbek iaitu etnik minoriti di kawasan tersebut. Tragedi etnik ini telah

bermula beberapa tempoh sebelum itu dengan beberapa peristiwa kecil dan

ketegangan antara kedua-dua pihak sehingga mencapai kemuncaknya pada 10 Jun

2010.

Antara punca konflik yang dapat saya fahami melalui artikel ialah konflik ini

dikatakan berlanjutan daripada peristiwa penggulingan kuasa pemimpin mereka

sebelum ini iaitu Kurmanbek Bakiyev. Peristiwa itu sendiri telah mengorbankan

hampir seratus nyawa penduduk dan berlaku hanya dua bulan sebelum rusuhan

etnik ini terjadi. Penggulingan kuasa ini telah meninggalkan kekosongan jawatan

tertinggi dan sebuah kerajaan sementara telah ditubuhkan di bawah pimpinan Rosa

Otunbayeva. Selain itu, kawasan terjadinya konflik itu sendiri iaitu di Lembah

Ferghana. Lembah ini mengalami lebihan populasi iaitu sebagai kawasan

pendudukan etnik Uzbek, Kyrgyz, dan Tajik turut menjadi puncanya.

Satu lagi faktor yang berpotensi yang dinyatakan dalam artikel ialah

penguasaan politik dan perniagaan oleh salah satu etnik melebihi etnik yang lain.

Kedua-dua pihak saling mendakwa bahawa mereka dipinggirkan dalam kedudukan

politik dan begitu juga halnya dalam penguasaan ekonomi.

1

Page 2: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Hal yang didakwa menjadi pencetus kepada kemuncak konflik etnik ini dan

menurut artikel kedua-dua pihak saling menuduh menjadi pencetus kepada rusuhan.

Dari pihak puak Kyrgyz, mereka mendakwa pada malam 10 Jun tersebut,

sekumpulan orang Uzbek telah menceroboh masuk sebuah asrama dan telah

memperkosa beberapa orang pelajar di situ dan perkara ini membuatkan etnik

Kyrgyz bertindakbalas secara negatif dengan menyerang orang-orang Uzbek.

Ulasan

Saya akan mengulas artikel ini dengan menerangkan kesemua faktor konflik

dan diikuti dengan cara dan pengurusan konflik dengan memberi contoh konflik-

konflik hampir sama yang pernah berlaku di negara lain dan cara mereka

menyelesaikannya.

Berdasarkan pemahaman saya, kesemua faktor yang disebutkan dalam

artikel mampu menyumbang kepada konflik etnik antara etnik Uzbek dan Kyrgyz dan

hanya berbeza pada kadar ia mempengaruhi kedua-dua etnik. Jika dilihat pada

faktor pertama iaitu penggulingan kuasa, ianya jelas menunjukkan bahawa

masyarakat di kawasan tersebut iaitu etnik Uzbek dan Kyrgyz sama-sama tidak

meyakini pucuk pimpinan mereka. Hal ini pada pandangan saya telah melemahkan

perpaduan dan struktur masyarakat itu sendiri. Menurut Modul Hubungan Etnik

(2007), salah satu ciri-ciri utama masyarakat ialah mempunyai kepimpinan dan

kedua-dua etnik ini mengalami kepincangan daripada ciri tersebut dan ini berupaya

mencetuskan konflik. Peristiwa penggulingan kuasa ini juga telah meninggalkan

ruang kosong dalam pentadbiran dan membawa kepada penubuhan pemerintahan

kerajaan sementara yang dilihat tidak berupaya dalam menangani kesan daripada

krisis penggulingan kuasa tersebut dan sekaligus kurang berjaya mengawal konflik

etnik yang berlaku. Malah, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Otunbaveya

telah menuduh Bakiyev sebagai dalang kepada rusuhan tersebut kerana ingin

menimbulkan kekacauan di bawah pemerintahan kerajaan sementara. Hal ini pada

2

Page 3: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

pandangan saya juga menampakkan kelemahan pada pihak kerajaan sementara

dengan meletakkan beban punca masalah di bahu orang lain dan bukan memikirkan

cara terbaik untuk menyelesaikan konflik tersebut.

Saya berpendapat bahawa faktor ini dapat ditangani dengan memilih pucuk

pimpinan yang berwibawa dan dipercayai oleh rakyat. Hal ini hanya dapat dicapai

dengan menubuhkan kerajaan pilihan rakyat dan dapat direalisasikan melalui proses

pilihanraya dan demokrasi. Hal ini dapat dilihat pada ketika usia pemerintahan

presiden Amerika ke-43 (2001-2009) George W. Bush yang dilihat menjadi pemula

kepada Perang Iraq pada tahun 2003 sebagai tindakbalasnya kepada peristiwa 11

September 2001. Majoriti penduduk dunia dan lebih khususnya penduduk Amerika

sendiri membantah dasar Bush ketika itu yang mencari keamanan dengan

peperangan dan pada waktu yang sama telah menghilangkan kepercayaan rakyat

kepada pucuk pimpinan negara mereka sendiri. Kepercayaan rakyat negara

tersebut kembali pulih sekaligus memadamkan percikan-percikan kecil

ketidakpuashatian rakyat kepada negara melalui pemilihan Barrack Obama dalam

pilihanraya 2008 yang dilihat menjadi harapan baru rakyat ke arah negara yang lebih

telus dan maju. Dengan wujudnya kepimpinan yang dipercayai rakyat, mereka akan

menjadi lebih bersatu-padu dan bertindak atas satu pucuk pimpinan yang sama dan

adil. Kewibawaan pemimpin akan melenyapkan terus atau sekurang-kurangnya

melemahkan perasaan perkauman antara pelbagai etnik.

Faktor kedua ialah faktor geografi yang mana lokasi terjadinya konflik ini iaitu

Lembah Ferghana yang mengalami lebihan populasi. Hal ini seringkali mencetuskan

konflik antara etnik yang melibatkan tanah yang terhad dan sumber air untuk

pertanian dan kegunaan seharian (Bisig, 2002). Kedua-dua etnik ini sememangnya

telah mempunyai masalah dan konflik dari awal dan hal ini sahaja boleh merebak

daripada sekadar masalah-masalah kecil lain dan seterusnya menjadi satu

penyebab konflik yang lebih kompleks.

3

Page 4: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Pada pandangan saya, masalah perebutan sumber-sumber ini dapat diatasi

dengan cara rundingan damai dan persepakatan. Dalam kajian oleh Md. Sabri dan

Paeza, rundingan damai mengandungi elemen-elemen seperti berlaku pertikaian di

antara dua pihak, campurtangan pihak ketiga yang bertindak secara sistematik

sebagai

pendamai, keperluan menyelesaikan secara sukarela tanpa sebarang unsur-unsur

paksaan, dan persetujuan serta kesediaan kedua-dua pihak yang bertikai untuk

berunding melalui rundingan damai. Semua pihak yang terbabit dalam perebutan

sumber di Lembah Ferghana ini boleh melantik pihak ketiga dalam menyelesaikan

pertikaian mereka. Sebagai contoh, proses rundingan antara Palestin dan Israel

dalam masalah pertikaian keselamatan dan sempadan. Walaupun proses rundingan

damai ini menghadapi halangan-halangan yang besar dan memakan masa yang

panjang, ia dilihat sebagai langkah yang positif dan nyata lebih baik dari berlakunya

rusuhan mahupun peperangan yang merugikan semua pihak.

Faktor terakhir yang dinyatakan dalam artikel iaitu faktor sosial yang

merangkumi penguasaan politik dan ekonomi. Faktor ini pada saya merupakan

faktor utama yang mendahului dua faktor yang lain dan paling bepengaruh dalam

mencetuskan konflik antara etnik terlibat. Kedua-dua etnik iaitu Uzbek dan Kyrgyz

dilihat bersikap prejudis iaitu pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik

lain dan ia tidak diluahkan secara terbuka. Hal ini ditunjukkan dengan jelas melalui

artikel ini apabila kedua-dua pihak meluahkan bahawa mereka merasakan diri

mereka ditindas sama ada dari segi politik mahupun perniagaan. Mereka kelihatan

hidup secara harmoni dalam satu masyarakat tetapi pada masa yang sama mereka

menyimpan prejudis antara satu sama lain. Perkara ini amat berbahaya dalam

mana-mana masyarakat pelbagai etnik di seluruh dunia kerana tiada gejala yang

jelas untuk ditangani kecuali apabila konflik yang mengorbankan nyawa benar-benar

tercetus. Faktor yang hampir sama telah menyebabkan konflik etnik terburuk yang

pernah berlaku dalam sejarah Malaysia iaitu peristiwa 13 Mei. Peristiwa tersebut

4

Page 5: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

bermula dengan prejudis sesama kaum diikuti dengan pencampuran isu politik

dengan isu sensitif perkauman dan menghasilkan ramuan lengkap untuk

mencetuskan konflik. (Zainal, 1992).

Dalam kes ini, saya berpandangan bahawa ianya boleh diselesaikan dengan

merangka satu pelan ekonomi yang mengambilkira semua etnik dalam sesebuah

masyarakat yang bebas dari unsur berat sebelah dan memberi peluang sama rata

untuk semua rakyat memajukan ekonomi masing-masing. Begitu juga dalam bidang

politik. Isu-isu perkauman tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan politik.

Seseorang pemimpin tidak sepatutnya dinilai dari etniknya malah patut dinilai dari

kewibawaannya sebagai pemimpin. Sebagai satu contoh penyelesaian untuk faktor

ini, saya melihat langkah penyelesaian Malaysia dalam kes yang hampir sama

merupakan contoh terbaik yang boleh dikemukakan. Kerajaan Malaysia menghadapi

peristiwa 13 Mei yang mempunyai sebab yang mirip kepada konflik etnik di

Kyrgyztan dan pemerintah ketika itu amat resposif dalam mengatasi masalah

tersebut dan mengelakkannya dari berulang. Merujuk kepada buku ‘ Malaysia :

Warisan dan Perkembangan’ tulisan Zainal Abidin, antara langkah utama yang

dilaksanakan ialah pengenalan Dasar Ekonomi Baru yang mengurangkan

ketidakseimbangan dalam semua bidang dan menghapuskan pengenalan kaum

mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Dalam bidang politik pula, Tun Abdul Razak selaku

Perdana Menteri pasca peristiwa 13 Mei telah mengambil langkah menubuhkan

Barisan Nasional yang mengabungkan parti-parti dari pelbagai kaum mahupun

pegangan dalam mengelakkan persaingan politik yang keterlaluan dan mewujudkan

perpaduan kebangsaan. Langkah ini dilihat memberi kesan positif dalam

memadamkan unsur-unsur ketidakpuashatian antara etnik dan wajar dicontohi oleh

negara Kyrgyzstan dalam menangani konflik yang mereka hadapi.

Pihak berkuasa di Kyrgyzstan sememangnya telah melaksanakan langkah

penyelesaian konflik mereka seperti melancarkan perintah berkurung dari pukul 6

petang sehingga pukul 8 malam untuk mengakang sebarang aktiviti yang berisiko..

5

Page 6: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Pada pandapat saya, langkah ini akan sememangnya akan dapat menyelesaikan

konflik yang berlaku dan melahirkan kemanan sekali lagi tetapi kesannya hanyalah

untuk jangka masa pendek. Tidak mustahil dalam tempoh kurang dari 10 tahun

masalah yang sama akan berulang kerana punca akar bagi konflik ini tidak

diselesaikan. Pucuk pimpinan seharusnya mengambil langkah yang asas tetapi tidak

mudah untuk dilaksanakan iaitu dengan merealisasikan konsep integrasi (Ting Chew

Peh, 1987). Dalam kes etnik Uzbek dan Kyrgyz, konsep akomodasi merupakan yang

paling sesuai untuk diterapkan kerana kedua-dua etnik ini sangat memegang teguh

kepada budaya masing-masing. Akomodasi merupakan satu proses yang

menyebabkan sesebuah etnik saling menghormati dan mengenali norma dan nilai

etnik lain dan pada masa yang sama tetap mempertahankan budaya mereka sendiri

(Modul Hubungan Etnik, 2007).

Artikel ini turut menerangkan bahawa walau apapun faktornya, mahupun

siapa yang mencetuskannya, pada akhirnya etnik Uzbek dilihat menjadi mangsa

dalam konflik etnik ini. Hal ini diakui sendiri oleh individu dari etnik Kyrgyz dengan

tidak mendedahkan identitinya. Pihak polis dan tentera Kyrgyz dilaporkan

menyerang orang Uzbek yang tidak bersenjata dan turut membantu para penyerang

Kyrgyz mengganggu orang Uzbek. Serangan juga hanya tertumpu di kawasan

kediaman etnik Uzbek di mana rumah-rumah dan kedai-kedai mereka dibakar dan

dimusnahkan. Menurut laporan dari Amnesty International yang bertajuk ‘ Masih

Menunggu Keadilan’, kedua-dua etnik yang telibat dalam rusuhan ini menanggung

kerugian tetapi sebanyak 74 peratus orang yang dibunuh adalah dari etnik Uzbek.

Pasukan keselamatan Kyrgyz juga didakwa mngenakan kekerasan berlebihan

kepada tahanan Uzbek. Pasca rusuhan konflik etnik pula, mahkamah telah

menjatuhkan hukuman bunuh ke atas sekurang-kurangnya 27 orang dari etnik

Uzbek. Menurut perspektif saya, kebanyakan pernyataan laporan dan berita telah

menunjukkan dengan jelas bahawa konflik ini lebih berat sebelah kepada etnik

Kyrgyz. Perkara ini saya dapati lazim berlaku kerana etnik Uzbek merupakan etnik

6

Page 7: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

minoriti berbanding etnik Kyrgyz. Perkara yang mirip juga berlaku di seluruh dunia

contohnya pada etnik Kurdish di Iraq, kaum Han di China, dan etnik Tutsi dan Hutu

di Rwanda.

Kesimpulannya, dalam sesebuah komuniti ataupun masyarakat yang

berbilang etnik sikap positif mestilah sentiasa menundukkan sebarang perasaan

negatif yang mampu menjurus kepada berlakunya sebarang konflik antara sesama

etnik. Tidak dinafikan bahawa pencampuran beberapa etnik dalam satu penempatan

pasti akan menimbulkan konflik, tetapi manjadi tanggungjawab setiap ahli

masyarakat untuk menguruskan konflik-konflik yang timbul walaupun hanya

percikan-percikan halus kerana tidak mustahil perkara yang kita anggap remeh akan

menjadi puca kepada pertumpahan darah yang akan merugikan semua pihak.

Persefahaman dan mengamalkan konsep integrasi secara akar umbi akan

membantu dalam menyatupadukan walau seberapa banyak etnik mahupun

pegangan yang berbeza demi kepentingan bersama. Jadikan perbezaan-perbezaan

yang ada sebagai satu kelebihan dan bukannya kelemahan.

7

Page 8: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

REFLEKSI

Untuk tugasan Hubungan Etnik (WAJ 3106), tugasan diberikan dalam dua

bahagian iaitu analisis artikel mengenai konflik etnik untuk individu dan tiga bahagian

tugasan untuk berkumpulan iaitu peta minda mengenai konsep integrasi,

penerangan mengenai faktor pemangkin dan penghalang integrasi nasional dari

tahun 1957 sehingga tahun 1969.

Saya telah memilih sebuah artikel mengenai konflik etnik di Kyrgyzstan.

Cabaran saya dalam menyiapkan analisis ini ialah proses pemilihan artikel. Saya

telah memilih satu jurnal mengenai konflik di Selatan Thailand dan malangnya artikel

yang sama digunakan untuk rakan yang lain tidak boleh digunakan dalam tugasan

saya. Saya mengalami kesukaran untuk mencari artikel yang lain kerana walaupun

saya maklum bahawa terdapat banyak konflik etnik yang berlaku di seluruh dunia,

tidak banyak yang didokumentasikan secara rasmi. Dengan bantuan rakan-rakan

dan halangan yang ada, akhirnya saya dapat menemui artikel yang sesuai dan

menyempurnakan analisis saya tepat pada waktunya.

Dalam tugasan berkumpulan, kami telah membahagikannya kepada tiga

orang ahli kumpulan kami supaya tugasan tersebut dapat disiapkan dengan lebih

teratur dan cepat. Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tajuk faktor pemangkin

dan penghalang integrasi nasional pada tahun 1957-1969. Kekangan utama untuk

bahagian ini ialah untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor pemangkin

integrasi nasional pada tahun yang terlibat kerana kebanyakan maklumat yang ada

ialah faktor penghalangnya kerana kebanyakan artikel menumpukan kepada

peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun tersebut. Dalam menyiapkan tugasan ini,

saya telah mendapat banyak pengajaran dan ilmu baru sedikit sebanyak mengenai

sejarah kita terutamanya yang berkaitan dengan hubungan etnik. Saya juga

mempelajari bahawa betapa pentingnya untuk menjaga keseimbangan dan

8

Page 9: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

hubungan etnik dalam sebuah negara yang majmuk demi keamanan dan kestabilan

negara yang kita cintai ini.

Secara keseluruhannya, saya telah berjaya mengatasi segala kekangan

sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan kerjasama, perbincangan dengan

rakan, dan bimbingan yang optimum dari pensyarah pembimbing, Puan Yeoh Siok

Tee. Tugasan ini telah mendalamkan penghayatan dan kefahaman saya dalam

subjek Hubungan Etnik dan aplikasinya dalam kehidupan sebenar di negara yang

berbilang kaum ini. Saya juga telah belajar untuk menganalisis sesebuah artikel

secara ilmiah dengan rujukan-rujukan yang boleh dipercayai dan menulisnya dengan

cara yang ringkas tetapi bermaklumat. Saya juga belajar untuk menyiapkan tugasan

saya secara sistematik dan menguruskan masa dengan baik. Segala pengetahuan,

pengalaman, dan pengetahuan baru yang saya perolehi sepanjang proses

menyiapkan tugasan ini akan saya manfaatkan dengan baik dalam kehidupan saya

sebagai seorang pelajar dan bakal guru yang kompeten di masa hadapan.

9

Page 10: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

BIBLIOGRAFI

Buku

Adam, R. (2005). Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Covey, Stephen R. (2004). The 7 Habits of Highly Effective People. New York: Free

Press.

Ira Meilita [et.al]. (2009). Pengajian Malaysia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur:

Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keow, C. L. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda

Perguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Manaf, A. A. (2005). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors.

Mohd Syariefudin. M. K. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan. Shah Alam: Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

10

Page 11: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Shamsul Amri Baharuddin. (2011). Modul Hubungan ETNIK. Shah Alam: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA).

Zahid Emby. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putera

Malaysia.

Zaid Ahmad [et.al]. (2010). Buku Teks Hubungan Etnik di Malaysia: Edisi Kedua.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Ahmad, M. Z. (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Petaling Jaya:

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Zurinah Hassan. (1994). Wawasan 2020: Huraian 9 Cabaran. Penerbitan Perwarna:

Shah Alam.

Artikel dalam Akhbar dari Sumber Eletronik

Arkib. (2010, Jun 20). Pertempuran Etnik Cubaan Cetus Perang Dua Negara.Berita

Harian Online. Retrieved February 2012 from http://www.bharian.com.my

Arkib. (2012, Januari). Rundingan Israel-Palestin dalam Suasana Positif. Utusan

Malaysia. Retrieved Februari 2012, from: http://www.utusan.com.my

Stern, D. L. (2010, Jun 17). Kyrgyzstan: Surviving Ethnic Conflict. Globalpost.

Retrieved February 2012, from:

http://www.oecd.org/dataoecd/49/20/35114534.pdf

Artikel dari Sumber Elektronik

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. (2011). Pembangunan Ekonomi.

Retrieved Februari 2012 from http://www.epu.gov.my/

11

Page 12: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Tony Vaux, J. G. (2001, Julai). The Conflict, Security, and Development Group :

Conflict Asessment Disturbing connections: Aid and Conflicts in Kyrzygstan

Retrieved Februari 2012, from:

http://peacedividendtrust.org/en/data/files/download/EIP_library/Analysis

%20of%20the%20Effects%20of%20Aid%20Flows/

ConflictAssessment_Kyrgyzstan.pdf

Bisig, N. (2002, Mac). Working With Conflicts in Kryrgyzstan.Retrieved February

2012, from http://www.oecd.org/dataoecd/49/20/35114534.pdf

Michael Beschloss (2009). George W. Bush. Retrieved February 2012, from

http://www.whitehouse.gov/about/presidents/georgewbush

“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”

Pengenalan

Dalam membincangkan konsep pembinaan negara bangsa, istilah etnik

sering diperkatakan dalam melahirkan sesuatu bangsa. Etnik sangat sinonim

dengan istilah kaum yang merujuk kepada kaum-kaum tertentu dalam masyarakat

majmuk (Mohd Syariefudin, 2009). Shamsul Amri (2011) mengelaskan etnik melalui

perbezaan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, orientasi politik,

kegiatan ekonomi dan hiburan.

12

Page 13: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Dalam melahirkan bangsa yang berkolaborasi secara penuh keharmonian

dan perpaduan, persamaan kaum adalah tunjak utama yang perlu digapai. Namun,

konflik etnik yang juga sering dierti sebagai persengketaan kaum pasti wujud kerana

tidak ramai yang memahami makna sedalamnya persamaan kaum. Merujuk

pandangan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dalam artikel Dilema Melayu (1970) yang

diterjemahkan oleh Dr. Ibrahim Saad, persamaan kaum dirujuk sebagai nilai-nilai

yang tertentu, dan nilai-nilai itu berbeza mengikut taraf yang diterima oleh sesuatu

masyarakat. Untuk memahami makna persamaan kaum adalah penting mengetahui

apakah nilai-nilai yang dibandingkan atau yang dijadikan ukuran. Ia akan menjadi

lebih terang lagi jika nilai-nilai ini dibandingkan dengan nilai-nilai di negara-negara

lain.

Dalam membincangkan permasalahan dalam persamaan kaum ini, saya telah

membuat analisis berkaitan konflik etnik yang berlaku di Amerika Syarikat merujuk

kepada artikel Kertas Kerja Seminar Pembangunan dan Isu-isu Global (MTP 3012)

yang membincangkan “Konflik Etnik dan Ras di Amerika Syarikat”.

Secara abstraknya, konflik etnik yang tercetus di Amerika Syarikat wujud dari

sifat diskriminasi dalaman yang tercetus antara kaum kulit hitam yang dikenali

sebagai orang Negro dan kaum kulit putih. Diskriminasi dirujuk sebagai perlakuan

membezakan-bezakan warna kulit, keturunan dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi

Empat, 2005). Diskriminasi yang dibangkitkan kaum kulit putih ini telah

membangkitkan semangat orang-orang Negro dalam mendapatkan kesamarataan

hak mereka sebagai warganegara Amerika Syarikat.

Bagi sebuah negara yang memperjuangkan demokrasi dan hak asasi

manusia, di Amerika Syarikat semua warganegara, tidak kira warna, kaum atau

agama adalah sama di sisi undang-undang. Ini merujuk kepada Perlembangaan

Amerika dalam Pindaan yang ke 13, 14 dan 15 yang menyatakan pemberian orang-

orang Negro status yang sama dengan warganegara lain di Amerika Syarikat.

13

Page 14: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Jika dirujuk kembali sejarah awal kedatangan kaum kulit hitam terdapat dua

faktor kedatangan mereka di Amerika Syarikat yang telah dinyatakan oleh

ensiklopedia bebas, Wikipedia. Pada awalnya, kemasukan orang-orang Negro

bermula melalui urusan sistem buruh untuk bekerja di ladang dan di rumah-rumah

peneroka Amerika. Namun bermula pada tahun 1618, sistem perhambaan telah

digantikan apabila koloni Inggeris pertama kali mendirikan penempatan di Virginia.

Pergantian sistem perhambaan terhadap kaum kulit hitam ini telah

mencetuskan Perang Saudara (1861-1865) yang disebabkan oleh penentangan dari

wilayah yang mahukan perhambaan dilenyapkan terhadap kawasan yang mahukan

perhambaan dikekalkan. Hasilnya, Amerika Syarikat telah mula sedar dan melalui

era Pembentukan Semula. Akhirnya, pada 18 Disember 1865, Pindaan ke 13 dalam

Perlembagaan Amerika telah diluluskan dan telah memansuhkan sistem

perhambaan yang telah mencetuskan isu di Amerika Syarikat secara undang-

undang. Selain jaminan terhadap kebebasan hamba abdi, rang Undang-undang Hak

yang termaktub dalam Pindaan 14 dan 15 Perlembagaan Amerika iaitu yang

menerangkan dengan lebih lanjut hak-hak warganegara telah memberikan

kesamarataan hak terhadap kaum kulit hitam di Amerika Syarikat dan yang baiknya

negeri-negeri selatan telah menerimanya.

Oleh kerana Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Amerika Syarikat

dan mahkamah tertinggi mempunyai kuasa ke atas semua negeri dalam

Persekutuan itu, maka undang-undang dan amalan diskriminasi dalam sesuatu

negeri yang tertentu boleh dimansuhkan dengan merujuk kepada Perlembagaan

Persekutuan. Dengan lain-lain perkataan, kesamarataan hak dalam kaum di

Amerika Syarikat tidak dapat dinafikan dari segi undang-undang.

14

Page 15: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Ulasan Faktor Yang Mencetuskan Konflik Etnik, Kesan dan Penyelesaian

Konflik

Melalui analisa pembacaan yang telah dilakukan, saya membahagikan faktor yang

telah mencetuskan konflik etnik yang terjadi kepada kaum kulit hitam di Amerika

Syarikat kepada tiga sub utama iaitu diskriminasi sosial dan diskriminasi ekonomi

daripada kaum kulit putih serta gerakan sosial yang dilakukan oleh kaum kulit hitam.

Diskriminasi Sosial daripada Kaum Kulit Putih

Permasalahan utama etnik yang berlaku adalah disebabkan kewujudan

diskriminasi sosial terhadap kaum kulit hitam walaupun secara undang-undang yang

sah, orang-orang Negro telah diberikan taraf kesamarataan hak dalam

Perlembagaan Amerika. Keadaan ini telah membawa kepada implikasi kewujudan

satu penempatan yang dikenali sebagai ghetto iaitu kawasan pengasingan kaum.

Roxbury di Boston merupakan salah satu bahagian bandaraya yang diduduki oleh

kaum kulit hitam. Pada mulanya, kawasan ini adalah tempat tinggal biasa di

kawasan yang terbuka kepada semua warganegara dan ia bukanlah dibina khas

sebagai ghetto orang Negro, namun diskriminasi sosial yang wujud ini telah

mendorong orang kulit putih untuk bertindak keluar secara senyap dari sesuatu

kawasan di mana orang kulit hitam berpindah masuk. Perpindahan keluar orang kulit

putih yang lebih kaya dari orang kulit hitam telah menjadikan bangunan-bangunan

yang ditinggalkan tersebut mengalami penurunan harga dan orang kulit hitam yang

miskin akan masuk menetap di kawasan tersebut. Kesannya, kawasan bandar

tersebut kemudian menjadi kawasan meleset Negro.

Pada pendapat saya, keadaan ini tidak harus berlaku kerana kaum kulit hitam

telah diberikan taraf kesamarataan hak yang sama di Amerika Syarikat dan ini

secara jelasnya telah termaktub dalam Perkara 2 Hak Asasi Manusia Sejagat iaitu

setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan tanpa sebarang

apa jua pembezaan, seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman

15

Page 16: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

politik atau lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau sosial harta-benda,

kelahiran atau apa-apa taraf lain (SUHAKAM, 2005). Malah kewujudan penempatan

“ghetto” telah membuktikan bahawa wujudnya jurang antara kaum kulit hitam dan

kaum kulit putih di Amerika Syarikat iaitu pengagihan kawasan untuk suatu kaum

dari sudut status bergolongan berada dan golongan miskin. Oleh kerana Amerika

Syarikat adalah sebuah negara demokrasi dan memperjuangkan segala bentuk

kebebasan termasuklah kebebasan memilih penempatan, dapat saya rumuskan

bahawa banyak pihak merasakan permasalahan sosial yang melibatkan kawasan

“ghetto” adalah suatu yang normal dan tidak menjadi suatu kesalahan dari segi

undang-undang. Saya sangat pasti kandungan dalam Perkara 13 Hak Asasi

Manusia Sejagat (Setiap orang diberi kebebasan dari segi penempatan sama ada

dalam negara atau berpindah ke negara lain dan kembali semula ke negaranya)

telah menjadi pegangan kepada kaum kulit putih sehingga bertindak mewujudkan

diskriminasi sosial terhadap orang-orang Negro.

Bagi menyelesaikan permasalahan ini, kerajaan telah melaksanakan “Civil

Right Act” undang-undang sivil yang menghapuskan segregasi iaitu pengasingan

atau pemencilan antara satu kelompok dengan kelompok yang lainnya dari aspek

sosial (Kamus Dewan Edisi Empat, 2005) dan diskriminasi. Selain itu, undang-

undang perumahan yang adil “Fair Housing” iaitu undang-undang yang

menghapuskan kawasan pengasingan kaum serta transaksi-transaksi perumahan

juga dilaksanakan. Namun, pelaksanaan ini kurang praktik kerana telah banyak

menimbulkan masalah serta mendapat penentangan yang kuat dari kaum kulit putih.

Pada pendapat saya, penyusunan semula etnik antara semua kaum di

Amerika Syarikat haruslah dilaksanakan. Saya sangat bersetuju dengan pendekatan

yang telah diambil oleh Malaysia bagi penyusunan semula masyarakat melalui

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat utama dalam mencapai perpaduan

negara dengan membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara

kaum dan wilayah termasuk antara kawasan wilayah yang sama dengan strategi

16

Page 17: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

utamanya adalah membasmi kemiskinan. Pendekatan ini pada pendapat saya amat

sesuai untuk dilaksanakan kerana ia sangat bertepatan dengan masalah kemiskinan

yang dihadapi oleh kaum kulit hitam di kawasan “ghetto”. Dalam mencapai integrasi

nasional yang melibatkan semua kaum, pembasmian kemiskinan merupakan

perkara asas yang perlu dititik beratkan oleh semua pemerintah. Ranjit Singh Malhi

(2006) dalam mengulas berkaitan pergaduhan etnik iaitu Peristiwa 13 Mei 1969 yang

pernah terjadi di Malaysia ada menyatakan satu perpaduan nasional tidak akan

tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin.

Diskriminasi Ekonomi daripada Kaum Kulit Putih

Selain pemulauan sosial yang berlaku kepada kaum kulit hitam, mereka juga

berhadapan dengan pemulauan ekonomi yang telah menyebabkan berlakunya

kedudukan yang tidak seimbang antara kaum di Amerika Syarikat. Orang-orang

Negro dikatakan lebih inferior, tidak cerdas, tidak berupaya mengetahui tentang nilai

wang, tidak berupaya memperolehi kemahiran dan tidak dapat membuat

penyesuaian kepada cara-cara dan idea-idea baru, tidak ada orang yang mahu

mengambil mereka bekerja kecuali jika sudah terpaksa. Dalam lain-lain perkataan

yang dapat saya rungkaikan adalah dalam jangka panjang adalah lebih murah untuk

mengambil orang-orang kulit putih bekerja sebab daya kerja mereka adalah lebih

baik dan taraf kerja mereka lebih tinggi. Dan memandangkan tiada berkemungkinan

dalam kekurangan pekerja-pekerja kulit putih dalam apa bidang pun maka keperluan

untuk mengambil orang-orang kulit hitam adalah kecil.

Rumusnya, saya dapat simpulkan bahawa jika orang-orang Negro kini

ketinggalan dalam kemahiran dan kecekapan, ini adalah kerana mereka disingkirkan

secara sosial dan ekonomi sejak beberapa generasi. Generasi orang kulit putih telah

maju mengikut masa, mengubah cara hidup mereka, mendapat pelajaran yang

sesuai dan memperolehi kemahiran kemahiran yang baru ketika Amerika Syarikat

bergerak dari ekonomi pertanian ke ekonomi perindustrian yang lebih

17

Page 18: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

memberangsangkan. Apabila jurang antara orang-orang Negro dengan orang orang

kulit putih bertambah besar, maka orang-orang Negro mula bersikap tidak apa dan

dengan itu menjadikan mereka semakin tidak mahu menyesuaikan diri dan

mengurangkan jurang perbezaan tadi. Sikap tidak apa dan apa yang dianggap pada

zahirnya sebagai tiada keupayaan untuk belajar dan menyesuaikan diri itu kini

dijadikan sebagai satu sebab untuk mengasingkan orang-orang Negro dari segi

ekonomi dan dengan itu semakin berterusan dan semakin meluaslah lagi jurang

perbezaan mereka dengan orang-orang kulit putih.

Dalam permasalahan ini, kerajaan Amerika sedar akan tanggungjawabnya

untuk menolong orang-orang Negro mengurangkan jurang ini dan berjuta-juta ringgit

telah diperuntukkan serta berbagai projek dan rancangan baru telah dimulakan

untuk memberi peluang kepada orang-orang Negro mendapat jenis latihan yang

perlu untuk menyesuaikan mereka kepada corak kemewahan ekonomi Amerika.

Namun, melalui pembacaan dan pemerhatian saya, segala usaha-usaha Kerajaan

ini kurang berhasil kerana wujudnya rakyat Amerika sendiri secara keseluruhannya

masih tidak berhenti daripada mendiskriminasikan orang-orang Negro. Oleh itu saya

berpendapat apa yang mustahak adalah satu peruntukan khas haruslah diadakan

bagi kaum kulit hitam dalam masa permulaan penyesuaian ini. Apa yang diperlukan

bukanlah hanya semata-mata layanan yang sama tetapi satu usaha yang besar

untuk memulihkan kedudukan kaum kulit hitam ini serta penghapusan prasangka

dan diskriminasi dalam diri kaum kulit putih terhadap oramg-orang Negro.

Gerakan Sosial Yang Dilakukan Oleh Kaum Kulit Hitam

Sungguhpun wujudnya idea mengenai individualisme dan kebebasan hak,

masyarakat Amerika rata-rata masih menilai kemampuan seseorang mengikut

kaum, etnik dan kelas sosial. Kesedaran yang tinggi dalam kaum kulit hitam dalam

hal ini telah mencetuskan pelbagai bentuk perjuangan bagi mendapatkan hak-hak

mereka. Antara gerakan sosial yang terjadi adalah rusuhan kaum pada tahun 1992

18

Page 19: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

yang tercetus akibat daripada kes kekasaran ke atas Rodney King oleh dua orang

anggota polis kaum kulit putih, pengaruh fenomena “Hate Crime” (jenayah yang

bermotifkan unsur perkauman terhadap seseorang atau harta bendanya) melalui kes

pembunuhan James Byrd Jr. serta pengaruh media penyebaran dalam kes

pembunuhan terhadap O. J. Simpson.

Dari penjelasan di atas, saya dapat simpulkan bahawa walaupun setelah

lebih daripada dua abad Amerika Syarikat mencapai kemerdekaan, namun

hubungan antara etnik masih begitu rapuh dan peristiwa-peristiwa tersebut

membuktikan bahawa perjuangan-perjuangan yang pernah terjadi dalam

mendapatkan persamaan hak di antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam

seperti yang diperjuangkan oleh Dr. Martin Luther King masih belum cukup untuk

menghapuskan diskriminasi daripada kaum kulit putih.

Kebijaksanaan dan sikap tidak mudah putus asa yang diambil oleh orang-

orang Negro dalam menyuarakan ketidakpuasan hati dan melahirkan tanda protes

terhadap layanan yang diterima telah membuka mata kerajaan agar tidak hanya

berdiam diri dan mendorong mereka mencari penyelesaian yang terbaik agar

gerakan sosial yang berlaku tidak akan berterusan mencetuskan konflik demi konflik

dalam negara sehingga boleh menjamin kestabilan dan keamanan Amerika Syarikat.

Pada pendapat saya sendiri, dalam menyelesaikan masalah ini, kerajaan hendaklah

melakukan perubahan drastik dalam dua aspek utama iaitu dari segi politik dan

pembangunan bidang pendidikan kepada kaum kulit hitam. Penjelasan ini telah

dibuktikan melalui tindakan pelaksanaan “Voting Right Act”, “Selective Service Art”

dan “Affirmatif Act”.

“Voting Right Act” dan “Selective Service Art” merupakan dua undang-undang

baru yang membuka peluang untuk kaum kulit hitam terutamanya melibatkan diri

dalam bidang polotik dan pentadbiran serta kebebasan dan pemberian hak untuk

mengundi. Manakala status pendidikan yang sama taraf pula diberikan melalui

19

Page 20: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

pelaksanaan “Affirmatif Act”. Walaupun undang-undang yang dilaksanakan ini

kurang mendapatkan persetujuan daripada kaum kulit putih atas dasar berlaku

ketidak adilan terhadap hak prioriti mereka ke atas Amerika Syarikat, namun

kehadiran undang-undang ini memberi sinar kepada orang-orang Negro yang hak

mereka telah diperakui oleh kerajaan secara sah.

Secara keseluruhan, dapat saya rumuskan bahawa walaupun terdapat

penentangan pada awal perubahan sepenuhnya peraturan “Separate but Equal”

menjadi “Equality” bagi Amerika Syarikat terutamanya bagi kaum kulit putih yang

masih wujud diskriminasi dan prasangka terhadap kaum kulit hitam dan pelaksanaan

undang-undang ini pula umpama memberi peluang kebebasan hak kepada kaum

kulit hitam. Namun, sedikit demi sedikit, kebijaksanaan kerajaan dalam pelaksanaan

undang-undang tersebut telah menampakkan kejayaan dalam mengubah sikap

orang-orang kulit putih yang biasa iaitu mengamalkan diskriminasi dan menganggap

diri mereka superior dan eksklusif kepada kaum yang berfahaman liberal. Apabila ini

berlaku, maka barulah persamaan kaum yang tulen akan terlaksana menjadi

kenyataan dan membawa kepada pembentukan evolusi pembinaan negara bangsa

yang gemilang.

Kesimpulan

Konflik etnik yang berlaku terhadap kaum kulit hitam di Amerika Syarikat ini

membuktikan bahawa persamaan di sisi undang undang adalah tidak mencukupi.

Persamaan bermakna berkongsi dalam segala perkara, termasuk perkara-perkara

yang baik dalam hidup dan juga tanggungjawab. Perkongsian yang adil dalam

menikmati kehidupan yang sempurna tidak seharusnya menjadi hasrat kerajaan

sahaja, ia mestilah juga menjadi hasrat atau cita-cita rakyat keseluruhannya. Dan

hasrat atau cita-cita itu hendaklah dibuktikan dengan amalan. Kerajaan dan orang-

orang Amerika berikrar kepada seluruh dunia bahawa mereka tidak mempunyai

tujuan untuk menganggap orang-orang Negro sebagai warga negara yang inferior.

20

Page 21: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

REFLEKSI

21

Page 22: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Pertamanya, segala kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi kerana dapat

menyempurnakan tugasan pada kali ini dengan masa yang telah ditetapkan.

Tugasan Hubungan Etnik (WAJ 3106) ini memberi peluang dan pendedahan

untuk saya dan rakan sekumpulan memahami konsep-konsep asas budaya dan

hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Selain

mendapat pendedahan mengenai hubungan etnik di Malaysia, kami juga dapat

menjana pengetahuan mengenai hubungan etnik yang terdapat di luar negara.

Tugasan WAJ 3106 ini telah dibahagikan kepada dua sub tugasan iaitu

secara individu dan berkumpulan. Tugasan secara individu memerlukan saya

membuat ulasan artikel berkaitan konflik etnik yang berlaku di luar negara. Selepas

melakukan carian di akhbar, majalah dan jurnal, saya telah berminat untuk membuat

analisis konflik etnik yang berlaku di Amerika Syarikat dengan merujuk kepada

artikel Kertas Kerja Seminar Pembangunan dan Isu-isu Global (MTP 3012) yang

membincangkan “Konflik Etnik dan Ras di Amerika Syarikat”. Permasalahan etnik

yang berlaku ini telah dapat membuka mata dan pemikiran saya terhadap

pembinaan sebuah negara bangsa yang mantap dan unggul tidaklah sesenang yang

kita gambarkan, malah banyak pengorbanan dan toleransi yang perlu dilalui

sebelum mengecapi sesuatu kebahagiaan dan keamanan serta kestabilan

sementelah negara bangsa yang ingin dibangunkan didiami oleh kepelbagaian

masyarakat yang berbeza kaum, etnik, bangsa, agama, bahasa, fahaman, pemikiran

dan pegangan hidup. Namun, kekurangan dalam tugasan ini adalah kekurangan

maklumat yang tulen dan sah berkaitan konflik etnik di luar negara. Hal ini boleh

menyebabkan keterpesongan dan penyelewengan terhadap fakta berkaitan konflik

etnik yang sebenar-benarnya berlaku di negara terbabit. Oleh itu, seharusnya

pengkaji-kaji dalam bidang sejarah, sosial dan politik perlulah melakukan perubahan

dalam perkongsian data dan maklumat hasil kajian yang telah dijalankan dengan

lebih terbuka untuk memberi kemudahan interaksi maklumat yang tepat dalam

masyarakat kita sendiri terutamanya.

22

Page 23: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Seterusnya bagi tugasan secara berkumpulan, saya dan rakan sekumpulan

hendaklah menyempurnakan tiga tugasan yang melibatkan konsep integrasi dan

perpaduan, unsur-unsur integrasi, faktor-faktor pemangkin dan penghalang kepada

perpaduan kaum dan integrasi nasional serta dasar dan pelan tindakan yang

dilaksanakan oleh kerajaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Tugasan ini

sangat bermakna untuk kami kerana melalui pembacaan dan kajian yang

dilaksanakan sepanjang menyiapkan tugasan ini membantu kami dalam memahami

Malaysia secara keseluruhan meliputi aspek susur galur pembangunan Malaysia

dari sebelum Merdeka sehingga ke proses modenisasi hari ini. Tugasan ini

membangkitkan perasaan bangga saya sebagai salah seorang warganegara

Malaysia.

Kesimpulannya, tugasan yang diberikan memberikan kami seribu satu

pengalaman serta pengetahuan yang berharga dan mungkin tidak dapat dicari di

mana-mana.

Terima kasih.

23

Page 24: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

BIBLIOGRAFI

Buku

Adam, R. (2005). Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Covey, Stephen R. (2004). The 7 Habits of Highly Effective People. New York: Free

Press.

Ira Meilita [et.al]. (2009). Pengajian Malaysia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur:

Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keow, C. L. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda

Perguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Manaf, A. A. (2005). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors.

Mohd Syariefudin. M. K. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan. Shah Alam: Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin. (2011). Modul Hubungan ETNIK. Shah Alam: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA).

24

Page 25: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Zahid Emby. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putera

Malaysia.

Zaid Ahmad [et.al]. (2010). Buku Teks Hubungan Etnik di Malaysia: Edisi Kedua.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Ahmad, M. Z. (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Petaling Jaya:

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Zurinah Hassan. (1994). Wawasan 2020: Huraian 9 Cabaran. Penerbitan Perwarna:

Shah Alam.

Artikel Seminar dari Sumber Elektronik

Konflik Etnik dan Ras. Kertas Kerja Seminar Pembangunan dan Isu-isu Global (MTP

3012). Retrieved Februari 2012 from http://sarjana.tripod.com/konflik1.html

Modul dari Sumber Elektronik

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). (2005). Pengisytiharan Hak

Asasi Manusia Sejagat. Retrieved Februari 2012 from

http://www.suhakam.org.my/c/document_library/get_file?

p_l_id=10408&folderId=24703&name=DLFE-1904.pdf

Artikel dari Sumber Eletronik

Institut Peradaban Melayu. (2009). Pengertian Persamaan Kaum: Terjemahan

Dilema Melayu: Mahathir Mohamad 1970. Retrieved Februari 2012 from

http://ipm.upsi.edu.my/index.php?

25

Page 26: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

option=com_content&view=article&id=326%3A5-pengertian-persamaan-

kaum&catid=39%3Areviu-buku&Itemid=71

FOMCA. (2010). Hak Asasi Manusia. Retrieved Februari 2012 from

http://www.fomca.org.my/v2/index.php/portal-pengguna/hak-asasi-manusia/

apa-itu-hak-asasi-manusia

KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI KONFLIK ETNIK DI SRI LANKA

Apakah itu konflik etnik? Perkataan konflik itu sendiri telah membawa satu

makna yang negatif dan mampu memberi kesan buruk tidak kira terhadap individu

mahupun masyarakat dan juga Negara. Etnik merupakan satu kelompok yang boleh

dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik

bolehlah didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya

yang hampir seragam , termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan juga kegiatan

ekonomi. Etnik tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada

golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Konflik etnik

dapatlah didefinisikan sebagai persaingan yang berlaku antara satu kelompok etnik

dengan kelompok etnik yang lain.

26

Page 27: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Selanjutnya etnik dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu etnik majoriti

dan juga etnik minoriti. Seperti yang berlaku di Sri Lanka dimana Rakyat Etnik Tamil

yang menganuti agama hindu dan sebahagiannya menganuti agama Islam yang

dikenalis sebagai Muslim Sri Lanka merupakan minoriti iaitu 18 peratus berbanding

kumpulan 74 peratus Rakyat Sri Lanka yang majoritinya merupakan Etnik Singhala

yang menganuti agama Buddha. Etnik singhala yang merupakan etnik majoriti atau

lebih dikenali sebagai kumpulan dominan mempunyai kawalan terhadap kuasa dan

mendominasi dari segi saiz kumpulan dalam sesebuah konteks, manakala etnik

minoriti pula iaitu etnik Tamil tidak memiliki kedua-dua kawalan tersebut . Perkataan

‘minoriti’ itu sendiri melambangkan kategori manusia yang mempunyai bilangan ahli

yang sedikit dalam populasi yang lebih besar menyebabkan kumpulan minoriti ini

sering di abaikan .

Persaingan antara etnik dalam merebut peluang-peluang yang ada

sememangnya wujud. Ini kerana setiap kumpulan etnik memperjuangkan

kepentingan masing-masing dengan gelagat tertentu. Selalu ditimbulkan persaingan

dibimbangi akan menimbulkan konflik etnik yang memusnahkan. Ada pihak yang

begitu takut kesan-kesan negatif persaingan antara etnik. Hakikatnya

persaingan etnik dalam mengekalkan kepentingan masing-masing berterusan.

Seperti yang berlaku di Sri Lanka dimana semasa pemerintahan Inggeris, Etnik

Tamil menjadi lapisan masyarakat yang diistimewakan oleh pemerintah ketika itu.

Mereka telah diberi pekerjaan di kebun, diberi pendidikan kepada kanak-kanak juga

meraka telah dilatih melakukan kerja-kerja pejabat untuk diserap masuk ke dalam

sistem pentadbiran Inggeris di Sri Lanka. Ini telah menimbulkan kemarahan kepada

Etnik Singhala yang merupakan majoriti rakyat sri lanka. Mereka berpendapat

bahawa mereka sepatutnya menerima dan menikmati faedah yang lebih daripada

etnik tamil.

Namun sejak kemerdekaan dari pihak inggeris pada tahun 1948 telah

mengubah Sri Lanka menjadi satu Negara baru yang telah didominasi oleh etnik

27

Page 28: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Singhala kumpulan majoriti di sana. Ini telah mengubah situasi Sri Lanka dimana

sistem pemerintahannya telah diambil alih oleh etnik Sighala. Ini sekaligus

menjadikan etnik Singhala sebagai identiti tunggal bangsa Sri Lanka. Penguasaan

etnik Sighala terhadap Sri Lanka ini sedikit sebanyak telah membawa pelbagai

kesan terhadap etnik Tamil yang merupakan kumpulan minoriti di situ. Sistem

pendidikan yang dahulunya di utamakan kepada etnik Tamil oleh pemerintah

Inggeris kini telah diperuntukkan kepada warga etnik Sighala. Ini sekaligus telah

menutup jalan kepada etnik Tamil untuk menerima ilmu pendidikan. Akibatnya

mereka ketinggalan dalam apa jua perkembangangan dunia pendidikan. Anak-anak

etnik Tamil juga tidak dapat menerima pendidikan dengan sempurna. Tidak cukup

sahaja dengan penguasaan pendidikan etnik Sighala juga telah mendominasi

pekerjaan-pekerjaan dan mereka juga telah memenuhi jawatan-jawatan dalam

sistem pemerintahan. Ini telah menutup peluang warga etnik Tamil untuk masuk ke

dalam sistem pemerintahan Sri Lanka.

Kesannya keistimeawaan dan kepentingan pihak etnik Sighala dapat dijaga

dan di utamakan berbanding etnik lain. Bagi etnik Sighala mereka layak menerima

keistimewaan-keistiwaan ini kerana mereka merupakan etnik majoriti Sri Lanka.

Pemerintahan Sri Lanka menjadikan identiti Sighala sebagai pihak tertindas selama

pemerintahan Inggeris dilupuskan. Golongan elit parti politik Etnik Sighala iaitu Sri

Lanka Freedom Party (SFLP) bertanggungjawab untuk mengangkat martabat etnik

Sighala dan seterusnya menjadikan sighala sebagai identiti Sri Lanka.

Kesannya pula dirasai terutamanya bagi golongan Etnik Tamil. Mereka

telah di abaikan secara besar-besaran tiada keistimewaan atau kemudahan yang

diberikan kepada golongan ini kerana penguasaan Etnik Sighala telah menghalang

golongan etnik ini daripada mendapat keistimewaan tersebut. Hakikat golongan ini

menerima tekanan sebagai mangsa prejudis dan diskriminasi pihak-pihak tertentu

dalam menjalani kehidupan seharian. Hasil pendiskriminasian ini menyebabkan

etnik tamil mengambil tindakan dengan menubuhkan satu badan pertubuhan iaitu

28

Page 29: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Harimau Tamil Eelam (LTTE). Pergerakan ini telah membawa satu misi iaitu

mendirikan Negara tamil Eelam, di wilayah Sri Lanka dibahagian utara timur.

Hasil ringkasan diatas, beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada

konflik etnik ini berlaku dapat dikenalpasti. Faktor yang pertama ialah kelainan etnik

dan budaya telah membawa kepada salah faham dan menimbulkan semangat

perkauman etnik di Sri Lanka. Faktor yang kedua persaingan antara etnik telah

menimbulkan pendiskriminasian terhadap etnik yang lebih lemah iaitu Etnik Tamil

tidak mendapat peluang pekerjaan sama seperti etnik Sighala telah meningkatkan

kadar kemiskinan etnik Tamil. Faktor yang ketiga ialah penguasaan etnik Sighala

telah menutup hak kebebasan bersuara bagi pihak etnik Tamil. Faktor yang keempat

ialah etnik Sighala dan etnik tamil telah mewujudkan jurang antara mereka yang

menyebabkan konflik etnik berlaku. Faktor yang kelima pula ialah penukaran sistem

pemerintahan oleh parti politik telah mewujudkan ketidakadilan dalam sistem

pendidikan kepada golongan minoriti. Dan akhir skali ialah faktor politik yang tidak

adil dan mementingkan etnik sendiri seperti yang dilakukan etnik Sighala.

Berikut merupakan langkah penyelesaian kepada konflik etnik yang berlaku di

Sri Lanka. Pada pandangan saya langkah pertama yang dapat dilakukan ialah

penyatuan budaya atau lebih dikenali sebagai multiculture. Perkataan multiculture ini

membawa maksud kepelbagaian budaya yang teradun didalam sesebuah

masyarakat yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Sememangnya multiculture

ini wujud di kalangan masyarakat di Amerika Syarikat pada hari ini dan

membolehkan penyatuan dilakukan. Dengan penyatuan ini, pelbagai bangsa dapat

hidup bersama dan sama-sama berinteraksi antara satu sama lain dalam kehidupan

seharian walaupun pada zahirnya mereka berbeza dari segi ras dan keturunan.

Contohnya masyarakat Amerika Syarikat hari ini kita boleh melihat pelbagai, etnik

yang wujud seperti, Hisponic, Natherland, Indian, Cina, dan sebagainya yang telah

bersasimilasi di kalangan penduduk di Amerika Syarikat yang telah membentuk

budaya yang tersendiri.

29

Page 30: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Selain itu, saya percaya rakyat Sri Lanka perlu menghormati budaya serta

agama antara satu sama lain. Contohnya di Malaysia, bila British menjajah, mereka

memberi ruang kepada kaum Cina masuk ke negara ini untuk mengusahakan

lombong bijih timah dan kaum India untuk bekerja di estet. Mereka masuk ke

sesebuah negara itu bersama adat, budaya dan agama masing-masing. British

membawa agama Kristian, Cina dengan kepercayaan Taoisme atau Buddha,

manakala orang India dengan Hindu. Penghormatan kepada setiap agama menjadi

penting kerana ia adalah satu elemen yang boleh menyebabkan pertelingkahan

sekiranya isu yang membabitkan agama tidak diberi perhatian. Setiap kaum mestilah

menghormati agama kaum lain, walaupun negara itu mempunyai agama rasminya

sendiri. Disebabkan setiap kaum beramal mengikut kepercayaan kepada agama

masing-masing, mereka menerima hakikat hidup dalam sebuah negara yang

mempunyai perbezaan kepercayaan agama yang sangat ketara. Mereka bukan saja

berbeza dari segi warna kulit dan bangsa, tetapi juga kepercayaan beragama.

Agama adalah isu yang dianggap paling sensitif kerana ia mudah menjadi punca

perbalahan sesama rakyat dan jika membabitkan negara, boleh mencetuskan

peperangan.

Saya juga dapat melihat bahawa kemiskinan merupakan suatu fenomena

yang dihadapi oleh setiap negara, samada di negara-negara utara mahupun negara-

negara selatan. Hairi (1984) menerangkan definisi kemiskinan sebagai

ketidakmampuan memenuhi keperluan hidup yang asas seperti pakaian, makanan

dan tempat berlindung. Kemiskinan merupakan antara faktor yang menyumbang

kepada berlakunya pertelingkahan etnik di dalam sesebuah negara akibat dari

ketidakpuashatian berkenaan proses pengagihan kekayaan negara kepada rakyat.

Kemiskinan juga telah menjadi punca kepada tercetusnya konflik di Sri Lanka

bilamana dominasi etnik Sighala di dalam politik negara telah menyebabkan

kawasan selatan negara tersebut yang didiami oleh etnik Tamil telah mengalami

keciciran di dalam proses pembangunan dan ia telah membuahkan kemunculan

30

Page 31: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

pergerakan pemisah Liberation Tigers Of Tamil Ellam (LTTE)..Di antara langkah-

langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi kemiskinan tanpa mengira

perbezaan etnik dan ras. Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan semula

untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan

menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan kawasan tempat

tinggal. Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih diutamakan

daripada kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu.

Selain itu, saya berpendapat kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam

sesebuah negara harus di wujudkan dalam sesebuah perlembagaan negara .

Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya mempunyai

peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka, kekayaan negara

pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan berlaku pemerasan

manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan

etnik perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk

mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat. Bekas Presiden Amerika

Syarikat, Franklin Roosevelt ketika mengemukakan empat perkara dalam gagasan

kebebasan menegaskan bahawa, ”Hak pertama ialah kebebasan bersuara dan

mengeluarkan pendapat di mana saja mereka berada di dalam dunia ini”. Inilah yang

berlaku di negara British dan juga United Kingdom dimana mereka juga mendapat

hak bersuara. Oleh itu, rakyat Sri Lanka juga perlu mendapat hak kebebasan

bersuara agar mereka dapat memelihara kepentingan etnik masing-masing.

Saya juga berpendapat bahawa, kerajaan dan rakyat Sri Lanka harus

mengurangkan perbezaan antara kaum. Garis pemisah antara kaum sedaya upaya

harus dikecilkan. Perbezaan dari segala segi ini seharusnya dikurangkan. Bahkan

mereka harus cari titik persamaan yang lebih banyak antara etnik Sighala dan Tamil.

Dengan adanya persamaan yang banyak, bangsa yang bersatu dapat di bentuk.

Dalam menjana usaha ini, mentaliti dan sikap perkauman yang sempit juga harus

diubah.. Justeru, seperti yang dinyatakan tadi, rakyat Sri Lanka harus mencari

31

Page 32: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

persamaan itu sebanyaknya dan mengurangkan perbezaan antara mereka

sebolehnya. Contohnya pendekatan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib adalah

penyelesaian jangka panjang bagi membina perpaduan yang jitu di Malaysia yang

boleh di contohi negara Sri Lanka.

Pada pandangan saya, sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan

yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara yang mempunyai

pelbagai golongan etnik dan ras. sistem pendidikan ini boleh menjadi agen

sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan kesedaran bersama di kalangan rakyat

negara-negara yang terlibat. Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat

melahirkan perpaduan dan persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan

pemikiran perkauman di kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan

dengan pendidikan yang berkesan . Pendidikan merupakan asas penting kepada

masa hadapan yang cemerlang bagi setiap kanak-kanak. Peluang untuk belajar dan

memperolehi manfaat daripada pembangunan merupakan hak setiap kanak-kanak,

tanpa mengira jantina, bangsa, latar belakang kewangan, kecacatan, kerakyatan.

Hanya apabila setiap kanak-kanak mampu membaca dan menulis, dapat

mengurangkan kadar kemiskinan dan menjamin pembangunan kemanusian dalam

semua komuniti. Contoh terbaik dapat dilihat di Jepun. Sistem pendidikan di Jepun

mewajibkan kanak-kanak untuk mempelajari ilmu dan bersekolah dari usia enam

hingga 12 tahun (peringkat sekolah rendah) dan 13 hingga 15 tahun (peringkat

sekolah menengah rendah). Keinginan ibubapa untuk anaknya berjaya di sekolah

amat ketara sekali, sehingga mereka dikenali sebagai Kyoiku Mama, yang

bermaksud ibu pendidikan.

Akhir sekali saya berasa bahawa sebilangan besar parti-parti politik yang

berasaskan kepada perjuangan kepentingan kumpulan etnik masing-masing perlu

dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik yang lebih besar. Pembentukan politik

campuran ini menyenangkan sesebuah kerajaan dalam proses pembentukan

bangsa yang bersatu. Setiap permasalah yang timbul dalam kumpulan-kumpulan

32

Page 33: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

etnik boleh dibawa berbincang. Politik campuran ini boleh mencari jalan

penyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik. Justeru, aktor-aktor politik

perkauman ini harus berhati-hati dalam segala tindakan mereka. Bahkan mereka

harus mengurangkan agenda-agenda perjuangan perkauman mereka yang tidak

terlalu mendesak dan memfokuskan usaha untuk memastikan integrasi rakyat Sri

Lanka akan tercapai.

Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing

mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat

tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud.

Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan

masyarakat itu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa

konflik etnik dan ras cuma akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya

sahaja. Terpulanglah kepada rakyat di sesebuah negara untuk membuat pilihan

yang bijak agar peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku. Oleh kerana itu faktor-

faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan perkauman itu mestilah

dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu .

33

Page 34: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

REFLEKSI

Pada kerja kursus kali ini, saya dikehendaki membuat tugasan tentang konflik

etnik , konsep perpaduan dan integrasi, faktor-faktor pemangkin dan penghalang

proses integrasi dan laporan kronologi perpaduan nasional kerajaan Malaysia

untuk menjamin kestabilan negara. Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya mencari

pelbagai maklumat serta informasi tentang konsep-konsep tersebut melalui sumber

daripada buku dan internet.

Pelbagai pengalaman yang dilalui untuk menyiapkan kerja kursus ini. Untuk

menghasilkan kerja kursus yang baik saya perlu mendalami ilmu-imu tentang

34

Page 35: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

perpaduan dan integrasi. Saya jugak perlu betul-betul memahami konsep yang

ditekankan dalam hubungan etnik ini .

Semasa menyiapkan kerja kursus ini pelbagai ilmu telah saya perolehi. Dahulunya

saya tidak tahu bahawa pelbagai tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan

Malaysia untuk menjamin kestabilan serta keharmonian negara. Kini saya sedar

adalah penting bagi saya untuk menjaga serta menghormati hubungan etnik antara

kaum melayu , cina dan india di negara ini supaya keharmonian negara dapat terus

dijaga serta di pelihara. Saya juga berasa sangat bersyukur kerana dapat hidup

dinegara yang aman serta terhindar daripada keganasan kaum.

Semasa menelaah artikel konflik etnik yang berlaku di Sri Lanka, saya mula

menyedari bahawa tidak semua rakyat mendapat hak yang sepatutnya di berikan.

Perkara ini terjadi kerana berlakunya banyak diskriminasi serta ketidakadilan dalam

mendapat hak individu mahupun hak masyarakat. Pada pendapat saya, mereka

seharusnya menilai kembali sifat-sifat kemanusiaan yang telah hilang dalam diri

mereka sehingga menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan diskriminasi antara

satu sama lain. Mereka juga harus saling bersatu padu serta tidak mementingkan

diri serta kaum etnik sendiri agar keamanan dapat dibentuk di negera meraka.

Selain itu, saya juga mendapat pelbagai info tentang sejarah serta perlembagaan

negara yang telah banyak berjasa dan berjaya membentuk sebuah negara Malaysia

yang maju , aman serta makmur.

Saya juga dapat memperbaiki kemahiran saya dalam penggunaan ICT. Saya telah

belajar membuat peta minda menggunakan microsoft ppt dan lain-lain lagi. Saya

juga telah belajar bagaimana untuk menghasilkan ulasan dengan cara yang betul

dan lebih tersusun. Semua kemahiran ini amat berguna untuk saya pada masa kini

mahupun pada masa hadapan. Kerja kursus ini benar-benar membari banyak

pengalaman serta informasi kepada saya. Sekian terima kasih.

35

Page 36: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

BIBLIOGRAFI

36

Page 37: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Buku

Adam, R. (2005). Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Covey, Stephen R. (2004). The 7 Habits of Highly Effective People. New York: Free

Press.

Ira Meilita [et.al]. (2009). Pengajian Malaysia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur:

Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keow, C. L. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda

Perguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Manaf, A. A. (2005). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors.

Mohd Syariefudin. M. K. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan. Shah Alam: Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin. (2011). Modul Hubungan ETNIK. Shah Alam: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA).

Zahid Emby. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putera

Malaysia.

Zaid Ahmad [et.al]. (2010). Buku Teks Hubungan Etnik di Malaysia: Edisi Kedua.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Ahmad, M. Z. (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Petaling Jaya:

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

37

Page 38: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Zurinah Hassan. (1994). Wawasan 2020: Huraian 9 Cabaran. Penerbitan Perwarna:

Shah Alam.

Artikel dari Laman Web

Kamaludin, N. A. (2010). Lite Benci Penduduk Islam Sri Lanka. Retrieved Februari 20, 2012, from

Malaysian Relief Agency: http://www.mra.my/bm/index.php?

option=com_content&view=article&id=22:keratanakhbar&catid=12:keratanakhbar&Itemid=

19 BIBLIOGRAPHY

Mahmud, Z. (2009, Mac 19). Selesaikan Konflik Sri Lanka Secara Islam Hadhari.

Retrieved Februari 20, 2012, from Ummatan Wasatan.Net:

http://ummatanwasatan.net/2009/03/selesaikan-konflik-sri-lanka-secara-islam-

hadhari/

Rais, A. H. (2009, Mei 25). Mengakhiri Konflik Etnis Di Sri Lanka. Retrieved Februari

20, 2012, from Suara Merdeka:

http://suaramerdeka.com/v1/index.php/read/cetak/2009/05/25/64878/Mengak

Kita Tak Prihatin N asib Pelarian Umat Islam Di Sri Lanka. (n.d.). Retrieved Februari

21, 2012, from Tranung Kite Online:

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=print&sid=797

Penculikan Di Sri Lanka Masih Terjadi. (2012, Mei 5). Retrieved Februari 21, 2012,

from Klik Head: http://www.klikheadline.com/in/berita/berita.asp?

id=news226201223103pygmz45awur5bv921254090

Sri Lanka: Menumpas Macan Tamil Disebut Kejahatan Perang? Itu Propaganda.

(2011, Oktober 28). Retrieved Februari 22, 2012, from Repblika.Coid:

http://www.republika.co.id/berita/internasional/global/11/10/28/ltqyop-sri-

lanka-menumpas-macan-tamil-disebut-kejahatan-perang-itu-propaganda

38

Page 39: Ulasan Artikel Konflik Etnik Luar Negara (Kyrgyzstan : Surviving Ethnic Conflict oleh David L. Stern), (“KONFLIK ETNIK DAN RAS DI AMERIKA SYARIKAT”), (KONFLIK ETNIK : MENGAKHIRI

Ulasan artikel oleh: Ainil Husna bt Muhamad Muis, Nurhidayatul Asyikin bt Mat

Refin, Rashidatul Kamilah bt Samsury. Pelajar PISMP Sains/PJK/PSV Semester 3

Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Disiapkan

pada 6 Mac 2012.

Akhbar Online

Pandian, S. (2005). Kemenangan Rajapakse Lambatkan Proses Damai. Utusan

Online.

Tanti, F. (2010). PBB Serukan Penyelidikan Konflik Sri Lanka. Waspada Online .

39