ulasan artikel

Upload: ain-aiman

Post on 16-Oct-2015

344 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU(EDU 3108)

TARIKH HANTAR: 31 Ogos 2013 TARIKH MULA: 1 Ogos 2013SEMESTER: SEMESTER 8(AMBILAN JANUARI 2010) TAJUK KURSUS: EDU 3108(Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru) NAMA GURU PELATIH: AINIL FATIEHA BINTI ABD RAZAK(900604065280)TAJUK PROGRAM: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

BIODATA

AINIL FATIEHA ABD RAZAK900604-06-5280PISMP PENGAJIAN SOSIALSEMESTER 8

KANDUNGAN

MUKA SURATBIODATA1KANDUNGAN2PENGHARGAAN3HALAMAN PENGAKUAN 4 - 5HALAMAN JUDUL61.0 ULASAN KRITIS ARTIKEL 7-122.0 PENULISAN AKADEMIK 13 - 173.0 PENULISAN REFLEKTIF 18 21BIBLIOGRAFI22LAMPIRAN23

PENGHARGAANAssalamualaikumwarahmatullahwabarakatuh....Bismillahirrahamnirrahim... Alhamdulillah. Jutaan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini mengikut jangka masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah matapelajaran ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU kelas saya Dalam melaksanakan tugasan ini, saya diminta untuk menyiapkan tugasan ini selewat-lewatnya 31 Ogos 2013.Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU kelas kami iaitu Encik Ab Karim bin Abdullah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang melaksanakan tugasan ini. Tanpa sokongan yang kuat daripada beliau, saya pasti tidak akan dapat melaksanakan tugasan ini seperti yang diharapkan..Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan unit Pengajian Sosial yang telah banyak membantu saya dalam menjalankan tugasan ini. Kerjasama dan sokongan yang erat dan padu antara rakan-rakan sekalian dalam menghaslkan tugasan ini amat saya hargai.Sekian, terima kasih.

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :...

Nama Penulis :

Tarikh:

Halaman Judul

ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3108)

Bahagian satu :Ulasan kritis

Ulasan Artikel Masalah Guru Ponteng di SekolahDewasa ini kita melihat masyarakat kita dihidangkan dengan pelbagai kes-kes salah laku guru di dada-dada akhbar yang sebenarnya sedikit sebanyak telah mencalarkan imej perofesion keguruan ini. Hari demi hari masyarakat mula memandang serong kepada kerjaya mulia ini dek kerana terdapat segelintir guru yang membuat salah laku-salah laku tertentu yang sudah terang lagi bersuluh yang memburukkan lagi keadaan. Namun perlu kita lihat bahawa guru juga merupakan seorang manusia biasa yang mempunyai latar belakang dan kehidupan peribadi mereka sendiri. Oleh yang demikian, guru juga tidak lepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.

Antara kes salah laku yang kerap dilaporkan kini ialah kes-kes seperti kes jenayah seksual, kes guru membelasah murid, kes guru terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan kes guru yang mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dan perkauman di laman-laman sosial. Namun, tanpa kita sedari, terdapat satu kes salah laku guru yang kian menular dan membiak umpama racun dalam profesion keguruan kini iaitu gejala guru ponteng di sekolah. Sebenarnya masalah ini sudahpun bermula sejak dahulu lagi. Semasa belajar lagi, saya telah berhadapan dengan seorang guru subjek yang kerap kali tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan yang diberikan sehingga tersebar di sekolah tersebut bahawa guru itu merupakan seorang kaki ponteng. Hal ini membuktikan bahawa gejala salah laku ini telah wujud sejak dari dahulu lagi.

Menurut kamus Dewan edisi ketiga (2002),ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kecoh,tipu,lari daripada tugas yakni tanggungjawab dan lain-lain.Manakala dari segi istilah ponteng membawa maksud tidak hadir bertugas tanpa sebab ataupun dengan sebab yang tidak munasabah. Menurut Cascio (2005),ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun.Ini menunjukkan apabila seseorang itu tidak dapat hadir ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir.Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, maka ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja. Ini jelas menunjukkan bahawa gejala ponteng dalam kalangan guru ini akan lambat laun menyebabkan penurunan kualiti kerja seorang guru. Hal ini sudah tentu akan memberi impak dan kesan yang negatif kepada diri mereka sendiri, pihak sekolah dan yang paling terkesan sudah tentulah kepada pembelajaran murid yang ditinggalkan.Faktor yang membawa kepada gejala ini ialah faktor pengaruh rakan sebaya ataupun rakan sejawat semasa bekerja di sekolah.Perkara ini banyak berlaku kepada guru-guru baru yang dilihat terpengaruh dengan sifat rakan guru yang malas,membuat kerja sambil lewa dan juga ponteng kerja.Besar kemungkinan ponteng sudah menjadi kebiasaan bagi guru-guru yang berada di sekelilingnya dan ini menjadikan guru tersebut terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan sahsiah negatif guru lain lebih-lebih lagi jika pihak pentadbir sekolah tersebut tidak menangani isu ponteng ini dengan lebih serius. Selain daripada itu, pelbagai masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah juga menyebabkan guru kehilangan semangat untuk pergi mengajar dan mengambil keputusan untuk ponteng dan lari dari masalah yang mereka hadapi.

Gejala ponteng ini secara seriusnya membawa impak dan kesan yang negatif kepada profesion keguruan di Malaysia. Walaupun tidak seteruk dan sebesar kes-kes salah laku yang lain namun gejala ponteng dalam kalangan guru ini perlu dibincangkan secara serius oleh semua pihak bagi membendung kesan dan akibat yang buruk gejala ponteng ini. Yang pertamanya, gejala ponteng ini memberi kesan yang buruk kepada profesion perguruan melalui guru itu sendiri. Ini kerana apabila memegang tugas sebagai penjawat awam,etika kerja haruslah dipenuhi.Namun apabila guru sudah hilang minat untuk mengajar dan selalu ponteng kerja,maka perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan prestasi kerjanya semakin merosot.Atas sebab inilah munculnya istilah burn out untuk guru-guru yang sudah kehilangan rasa minat terhadap profesion keguruan.

Selain itu,gejala ponteng dalam kalangan guru juga boleh menyebabkan murid-murid akan tercicir di dalam pelajaran mereka.Ini berikutan pelajaran yang sepatutnya dikuasai oleh murid tidak dapat diaplikasikan terutamanya dalam menjawab soalan-soalan ujian dan peperiksaan.Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan masalah pembelajaran dalam kalangan murid di sekolah.Perkara ini sememangnya boleh dikaitkan dengan kenyataan Finlayson (2003) yang menyatakan sekirannya seorang guru membuat masalah dan masalahnya tidak bertambah baik,maka ianya akan memberikan kesan yang negatif terhadap tahap pendidikan dan juga pengalaman murid yang terlibat. Ini sudah tentu akan merugikan murid dan juga meningkatkan kemarahan pihak lain sebagai contohnya guru lain yang terpaksa menggantikan kelas guru yang memonteng dan kemarahan golongan ibu bapa yang mahukan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka.

Apabila isu ponteng membawa kesan kepada murid,ia juga secara tidak langsungnya memberi impak kepada pihak sekolah.Ini kerana masalah murid dalam pelajaran akan menyebabkan kemerosotan yang ketara dalam peperiksaan.Situasi ini seterusnya akan menjejaskan prestasi sekolah di dalam bidang akademik.Kemerosotan peratus peperiksaan akan menyusahkan pihak sekolah yang terpaksa menjawab dengan pihak jabatan mengenai punca kemerosotan prestasi.Sekolah pastinya akan dikategoikan sebagai sekolah berprestasi rendah.

Perkara ini sememangnya akan menjatuhkan imej sekolah dan juga pentadbiran seterusnya akan dibebankan dengan pelbagai program untuk memperbaiki serta memulihkan imej sekolah yang tercalar. Tambah memburukkan keadaan apabila terdapat sesetengah golongan masyarakat yang terus membuta tuli melabelkan sekolah yang terlibat sebagai tidak produktif dan tidak bagus sedangkan hanya terdapat segelintir guru sahaja yang bermasalah. Hal ini saling tidak ubah umpama kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kesan daripada tidakan segelintir guru tadi akan merosakkan serta mencemarkan imej profesion keguruan.Ini bertepatan dengan kenyataan Datuk Muhiddin Yusin dalam mengulas mengenai isu guru ponteng yang berlaku di Sabah.Datuk Muhiddin dalam kenyataannya menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya. Kenyataan Datuk Muhiddin ini menunjukkan betapa isu salahlaku guru boleh merosakkan serta mencalar imej profesion keguruan.Tambahan pula masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk melihat serta menilai sesuatu perkara yang negatif berbanding perkara yang positif apatah lagi kalau ianya melibatkan profesion keguruan.Isu salah laku ini akan menyebabkan masyarakat terutamanya pihak ibu bapa akan memandang sinis profesion perguruan serta menjadi tidak yakin dengan kebolehan guru-guru dalam mendidik anak-anak mereka.

Selain itu, kita melihat pula masalah ponteng ini daripada segi kesantunan guru itu sendiri. Guru perlulah menerapkan murni seperti prihatin kepada anak-anak murid di dalam kelas. Dalam isu ponteng ini sebagai contohnya, guru dipertanggungjawabkan untuk masuk ke kelas mengikut jadual waktu yang telah disediakan oleh pihak pentadbir sekolah. Maka apabila mereka mengambil keputusan untuk ponteng, siapakah yang akan dipersalahkan jika terjadi apa-apa kejadian buruk ke atas murid sewaktu ketiadaan mereka di dalam kelas? Oleh itu, guru sentiasa perlu cakna akan hal ini dan mengamalkan kesantunan tingkahaku guru itu sendiri sebagai amalan hidup mereka sehari-hari.

Dalam era modenisasi sekarang pula, masyarakat terutamanya ibu bapa tegar untuk mencari kesalahan para guru. Mereka lebih suka menyebarkan perkara-perkara negatif berbanding dengan perkara positif apabila timbul satu-satu isu. Tetapi dalam pada itu, sesetengah daripada mereka tetap meletakkan guru sebagai pengganti untuk menjaga anak mereka. Tambahan pula, murid sekarang menghabiskan purata daripada masa mereka dengan berada di sekolah menyertai pelbagai aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu, Sebagai ibu bapa kedua kepada murid di sekolah, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada anak didiknya kerana segala tingkah laku guru sentiasa diperhatikan oleh murid-murid dan secara tidak langsung tingkah laku positif ini akan diterapkan ke dalam diri murid-murid. Sekiranya guru gagal mempamerkan nilai-nilai serta sahsiah yang positif sudah pasti murid-murid akan mengikut perlakuan yang dipamerkan oleh guru. Dan di sinilah akan sekali lagi tercetus pandangan serong masyarakat terhadap profesion keguruan di Malaysia.

Kita sedia maklum bahawa tugas seorang guru itu sendiri memerlukan mereka sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat. Hal ini tidak akan sama sekali berjaya jika seseorang guru itu tidak dapat mengatasi masalah yang mereka hadapi khususnya apabila terlibat dalam gejala ponteng kerja ini. Lebih memburukkan keadaan apabila, hubungan antara guru dan masyarakat bertambah teruk dan terjejas.

Oleh yang demikian, seorang guru perlulah sedaya upaya mengelakkan diri daripada terlibat dengan masalah-masalah khususnya gejala ponteng sekolah ini. Ini kerana dalam dunia globalisasi pada hari ini,kerjaya perguruan dilihat menjadi semakin mencabar dan ia sememangnya memerlukan pengorbanan yang tinggi jika seseorang itu mahu menempuhinya. Isu-isu etika atau salah laku guru yang berlaku pada hari berkemungkinan besar berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan persediaan yang rapi daripada bakal-bakal guru yang bakal berkhidmat.Isu ponteng dalam kalangan guru ini sudah menjadi satu wabak yang serius yang mengjangkiti sistem perguruan bidang pendidikan di Negara kita.Jika ianya dibiarkan tanpa sebarang langkah rawatan,sudah tentunya ia akan melumpuhkan system pendidkan di negara kita.

Sebagai seorang guru,kita hendaklah mengambil iktibar terhadap isu-isu keguruan yang timbul ini supaya kita dapat mengorak langkah bagi menaikkan martabat profesion perguruan ini sekaligus menjadi kerjaya guru sebagai satu kerjaya yang profesional. Dan jika direnungkan kembali, apabila kita ingin menyeru murid agar tidak terlibat dengan gejala ponteng, tidakkah kita cuba melihat kembali akan diri kita sendiri. Tidakkah malu jika kita menjadi seperti ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan. Untuk itu,bagi menjadi guru yang berkualiti,seseorang guru perlulah menjauhkan diri daripada sebarang isu yang boleh menjatuhkan martabat profesion perguruan.

Bahagian dua :Penulisan Akademik

Perbandingan Antara Peranan Dan Kepimpinan Guru Dahulu Dan Guru Sekarang Dalam Konteks Pendidikan Di Malaysia.

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Tidak seperti guru-guru pada zaman terdahulu, guru pada zaman kini menggalas tanggungjawab yang lebih besar untuk memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Di bawah merupakan satu jadual untuk menunjukkan perbezaan antara peranan dan kepimpinan guru dahulu dan guru sekarang dalam konteks pendidikan di negara kita.

Guru DahuluGuru Sekarang

Guru-guru pada zaman dahulu di hormati oleh masyarakat. Mereka menyanjung guru lebih daripada apa-apa pekerjaan lain sekalipun. Umpama pada ketika itu, jika terdapat anak yang bergelar guru, mereka akan merasa teramat bangga.Guru pada zaman sekarang tidak lagi dipandang sebagai profesion kelas pertama yang mampu membuka mata banyak pihak. Masyarakat kini lebih menganggungkan kerjaya yang memberikan pendapatan yang lebih besar

Guru pada zaman dahulu sangat garang kepada anak-anak murid yang diajar. Hukuman rotan dan menampar murid seringkali dijalankan tetapi tidak menimbulkan isu yang besar kepada masyarakat.Guru pada masa kini terikat dengan pelbagai alasan yang menghalang mereka daripada mengenakan apa-apa tindakan kepada murid walaupun murid tersebut melakukan kesalahan yang besar. Hukuman rotan kini tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya.

Guru pada zaman dahulu ada yang hanya berkelulusan sehingga menamatkan pelajaran sehingga tahun lima sahaja. Namun semangat dan kesungguhan mereka dalam mengajar harus dipuji oleh semua pihak.Pada zaman kin, ada antara guru yang melanjutkan pelajaran sehingga mendapat Ijazah sarjana(master) namun begitu, semangat dan kepakaran mereka tidak selaras dengan kelulusan yang dimiliki.

Guru pada zaman dahulu amat dihormati dan ditakuti oleh anak murid mereka. Sehinggakan jika bertembung diluar, murid sedaya upaya mengelak kerana terasa akan kredibiliti guru tersebut.Murid pada zaman kini sudah tidak lagi menghormati guru seperti dahulu. Silap-silap jika mereka tidak berpuas hati dengan guru di dalam sekolah, mereka akan mencari pasal di luar sekolah.

Guru pada zaman dahulu berimej bersih dimana kita melihat tiada kes salah laku yang melibatkan mereka dilaporkan di media-media.Imej guru-guru sekarang tercalar kerana ada antara mereka yang terlibat dengan salah laku yang menjatuhkan profesion keguruan. Antaranya seperti kes guru melakukan gangguan seksual ke atas pelajar seperti yang dilaporkan oleh media.

Guru dahulu mempunyai skop kerja yang sedikit iaitu hanya bertumpu kepada mengajar murid di dalam kelas sahaja.Guru sekarang terbeban dengan bebanan tugas yang terlalu banyak sehinggakan tugas-tugas pengkeranian pun terpaksa diselesaikan oleh mereka

Guru dahulu tanggungjawab mereka hanya semata-mata terhadap murid sahaja.Realiti guru pada zaman sekarang sudah berubah. Mereka bertanggungjawab ke atas segala hal sehinggakan tugas untuk mencari belanjawan tambahn sekolah pun harus mereka fikirkan.

Guru dahulu, setelah habis mengajar, menjelang tengah hari sudah boleh pulang ke rumah masing-masing.Guru kini sehingga malam pun terpaksa berada di sekolah atas urusan kerja seperti kelas tambahan dan sebagainya

Jadual di atas menerangkan perbezaan antara peranan dan kepimpinan guru dahulu dan sekarang dalam konteks pendidikan di Malaysia. Di sini saya akan menghuraikan satu demi satu alasan yang membawa kepada perbezaan di atas. Pertama kita melihat pada zaman dahulu, berlaku kesukaran untuk kita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kekangan wang dan sebagainya. Oleh yang demikian, untuk berjaya menjadi seorang guru sekalipun sudah cukup untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa kita mampu untuk meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Dek kerana itulah, masyarakat pada zaman dahulu cukup memandang tinggi kepada profesion keguruan ini.

Guru-guru pada zaman dahulu mendapat mandat dan kepercayaan yang sepenuhnya daripada ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. Disebabkan itulah, apabila guru menghukum murid sebagai contoh merotan mereka apabila mereka melakukan satu-satu kesalahan, ibu bapa tidak terus menunding jari menyalahkan pihak guru. Malahan mereka berterima kasih kepada guru yang membantu mereka mendidik anak-anak di sekolah. Berlawanan jika kita melihat situasi ini dalam konteks pendidikan zaman kini. Guru-guru tidak boleh lagi menghukum murid sesuka hati kerana bimbang akan timbul pelbagai isu dikemudian hari yang akan mencetuskan rasa tidak puas hati pihak ibu bapa. Ibu bapa kini tegar menyebelahi anak-anak mereka walaupun sudah terang lagi bersuluh anak mereka melakukan kesalahan. Jadi inilah antara perbezaan besar yang perlu dihadapi oleh golongan guru masa kini.

Kelulusan guru-guru pada masa dahulu dan kini juga adalah sangat-sangat jauh berbeza. Guru pada zaman dahulu berkelulusan darjah lima sahaja namun semangat mereka untuk mendidik anak bangsa adalah sangat menebal dan membanggakan. Tetapi guru-guru pada masa kini ada yang melanjutkan pelajaran sehinggan berkelulusan Ijazah Sarjana(Master). Apa tidaknya jika dilihat dalam konteks pendidikan zaman kini yang memerlukan guru-guru menaiktarafkan tahap pendidikan mereka kerana murid-murid kini sudah jauh terkehadapan dengan pelbagai sumber maklumat yang dapat boleh diakses di mana-mana sahaja.

Perlu diakui oleh semua pihak bahawa guru-guru pada masa dahulu lebih dihomati dan ditakuti oleh murid-murid kerana kredibiliti mereka yang sangat tinggi. Tetapi kita juga perlu faham bahawa dewasa ini bukanlah silap guru semata-mata jika murid sudah hilang rasa hormat dan takut kepada guru. Ini di sebabkan oleh sikap murid dalam konteks pendidikan zaman sekarang sendiri yang meletakkan guru seumpama musuh mereka. Mereka juga pantang ditegur dengan alasan katanya guru tidak memahami kehendak jiwa merdeka mereka.

Guru dulu tegas dan komited sewaktu menjalankan tugas, namun di sebalik ketegasan itu ada hati yang bersih dan ikhlas mendidik pelajar menjadi anak bangsa berjaya. Disebabkan sikap bertanggungjawab itu, mereka bukan saja dihormati malah mulia kedudukannya dalam kalangan masyarakat. Kini, ketegasan, integriti, profesionalisme, hak bersuara serta taraf guru semakin suram dan merudum di mata masyarakat malah menyedihkan kerana golongan itu mudah diperkotak-katikkan pelajar sendiri. Lebih malang lagi apabila profesion keguruan mula tercalar dengan kes-kes salah laku guru terbabit sendiri. Kesannya, semangat guru kian pudar melaksanakan tanggungjawab lebih dedikasi.

Tanggungjawab dan peranan guru pada masa kini secara khususnya lebih meluas daripada golongan guru terdahulu. Beban tugas guru dalam konteks pendidikan pada masa kini umpama satu bom jangka masa panjang yang menunggu masa untuk meletus. Namun guru-guru kini tetap berusaha untuk menjalankan segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh mereka dengan sebaik yang mungkin. Masih ada segelintir pihak yang cuba untuk mempertikaikan skop kerjaya guru yang dikatakan mudah dan tidak berpadanan dengan jumlah gaji yang diberikan. Namun, golongan-golongan sebegini tidak dapat mematahkan semangat yang ada dalam kalangan guru untuk berkerja. Masyarakat yang berfikiran sebegini sebenarnya harus membuka mata dan melihat kembali konteks pendidikan kini yang ingin mengeluarkan pelajar yang bersifat holistik. Dalam menghasilkan pelajar yang holistik, guru-guru juga mestilah serba boleh dan berpengetahuan dalam segenap bidang.

Bahagian tiga :Penulisan Reflektif

NAMA: AINIL FATIEHA BT ABDUL RAZAKNO I/C: 900604-06-5280

Assalamualaikum.Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan projek bagi matapelajaran EDU 3108 Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ini dengan jayanya. Walaupun kami sedang menghadapi tekanan untuk menyiapkan Kajian Tindakan bagi menyempurnakan pengajian selama lima tahun setengah, namun dalam pada itu, tugasan ini telah berjaya saya siapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kami telah mendapat soalan tugasan projek ini pada 1 Ogos 2013. Pensyarah kami iaitu En Ab Karim telah memberi penerangan lanjut kepada saya dan rakan-rakan Pengajian Sosial tentang tugasan projek yang perlu kami laksanakan agar kami lebih memahami kehendak soalan. Beliau memberi pendedahan awal dan bimbingan yang sangat membantu. Setelah mendapat soalan, saya dan rakan-rakan yang telah telahpun bergerak secara kolaboratif untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini.Didalam tugasan projek ini, terdapat tiga skop utama yang perlu saya laksanakan. Bagi soalan pertama, saya perlu mendapatkan satu artikel berkaitan dengan salahlaku guru yang melanggar kod etika perguruan dan membuat ulasan secara kritis bagaimana salahlaku tersebut memberi kesan terhadap profesion keguruan di Malaysia. Soalan tugasan pertama ini mungkin nampak mudah namun hakikatnya ia bukanlah semudah yang disangka. Walaupun terdapat pelbagai artikel berkaitan dengan salahlaku guru, namun cabarannya adalah untuk membuat ulasan yang berkesan. Dalam membuat ulasan yang berkualiti, saya telah banyak membaca bagi menambahkan input saya terhadap isu ini. Sumber rujukan kami untuk mencari maklumat tersebut juga telah membuka mata saya akan betapa seriusnya isu salah laku guru dalam kalangan masyarakat kini. Dan jika hal ini tidak dibendung, saya percaya kredibiliti profesion ini akan dipertikaikan. Soalan pertama berjaya diselesaikan setelah membuat ulasan yang mengcakupi segala aspek yang saya kira perlu diberi penekanan.Bagi soalan kedua pula, saya merasakan bahawa soalan ini agak sukar berbanding soalan-soalan yang lain. Merujuk kepada pernyataan yang telah disediakan, kami perlu membanding bezakan peranan dan kepimpinan guru dahulu dan guru sekarang dalam konteks pendidikan di negara kita. Untuk menjawab soalan ini, saya telah menjawab dalam bentuk jadual agar dapat difahami dnegan ringkas oleh pensyarah terlibat dan membuat sedikit huraian agar soalan dapat dijawab dengan lebih jelas. Bagi menjawab soalan kedua ini, saya dan rakan-rakan telah berbincang bersama kerana skop soalan kedua ini agar besar.

Selain itu, saya juga telah menemubual beberapa orang guru-guru lama di sekolah secara tidak formal bagi mendapatkan pendapat mereka dalam menjawab soalan ini. Dalam proses untuk menyiapkan soalan kedua ini, saya telah dapat melihat perbezaan guru dahulu dan sekarang dalam konteks yang lebih meluas. Ini secara tidak langsung telah memberikan saya satu dimensi dan pandangan baru berkaitan dengan dunia pendidikan dan secara tidak langsung menyiapkan diri secara mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran dunia pendidikan yang semakin getir hari demi hari.

Selain itu, kami jgua perlu menyelesaikan soalan ketiga. Iaitu menulis satu penulisan reflektif untuk menggambarkan keseluruhan pengalaman kami dalam menyiapkan tugasan ini. Sememangnya tugasan ini telah membuka mata saya bahawa profesion keguruan dalam konteks pendidikan di Malaysia kini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang mudah oleh semua para guru yang menggalas tanggungjawab ini. Sebagai guru kita hendaklah sentiasa memastikan bahawa martabat profesion keguruan kita ini dipandang tinggi oleh segenap lapisan masyarakat.

Daripada kaca mata sesetengah pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas yang ada kalanya bentuk tugasan ini sebagai bukan satu tugasan yang terancang tetapi sesuatu yang tidak terduga. Hal ini akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang selama ini sentiasa dipandang tinggi dan mulia akan terjejas. Sebagai seorang guru pelatih yang akan memasuki alam keguruan sebenar tidak lama lagi, saya harus lebih peka dan berhati-hati.

Sebagai seorang guru,kita hendaklah mengambil iktibar terhadap isu-isu keguruan yang timbul ini supaya kita dapat mengorak langkah bagi menaikkan martabat profesion perguruan ini sekaligus menjadi kerjaya guru sebagai satu kerjaya yang profesional.Untuk itu,bagi menjadi guru yang berkualiti,seseorang guru perlulah menjauhkan diri daripada sebarang isu yang boleh menjatuhkan martabat profesion perguruan.Oleh itu,guru perlu sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan diri dan melaksanakan tanggungjawab mendidik generasi agar golongan itu bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran bahkan dari segi akhlak dan tingkahlaku.

Hakikatnya, tugasan ini bukanlah tugasan yang mudah. Terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada pensyarah saya iaitu En Ab Karim atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi kepada kami dalam melaksanakan tugasan ini. Hal ini kerana tanpa penerangan lanjut daripada beliau, tugasan ini tidak dapat dibuat dengan baik. Terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada rakan-rakan Pengajian Sosial yang lain atas bantuan-bantuan yang diberikan kepada kami sepanjang kami sama-sama menyiapkan tugasan ini. Secara keseluruhannya, tugasan ini banyak memberi pendedahan baru kepada kami terutamanya dalam meningkatkan jati diri bagi memartabatkan profesion keguruan di mata umum. Yang benar....................................... (Ainil Fatieha bt Abdul Razak)PISMP PENGAJIAN SOSIALSEMESTER 8Bibliografi

Di petik daripada laman sesawang:http://annlma1011.blogspot.com/2012/08/salah-laku-guru-mencalar-kewibawaan.htmlhttp://duniakucikgu.blogspot.com/2011/04/berita-harian-9-april-artikel-beza.htmlwww.amaljaya.com/guru/.../tajuk-7_struktur-organisasi-pendidikan.pdf http://groupmimi.blogspot.com/2012/09/masalah-guru-ponteng-di-sekolah.html

Rujukan daripada buku:Yahaya Mahamood (penterjemah), (2003), Dadah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdullah Hassan & Ainon Mohd.(2000) Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.Abdul Rahman Haji Abdullah (2005), Wacana Falsafah Ilmu: Analisis Konsep-Konsep Asas dan Falsafah Pendidikan Negara, Kuala Lumpur: Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.(Disember ,2009) Jilid 19 Bil.02. Institut Aminuddin Baki (IAB). Kementerian Pelajaran Malaysia

Lampiran

MASALAH GURU PONTENG DI SEKOLAHOleh:Mohd Zahiruddin Bin Abd Halim

1.0 PENGENALAN

Profesion sebagai guru adalah profesion yang sungguh mencabar memandangkan tugasnya yang begitu banyak dan tanggungjawabnya yang begitu berat. Di Malaysia, persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru - guru juga menjadi topik hangat yang sering diperkatakan. Basinun (1995) menyatakan antara masalah utama guru adalah masalah kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban kerja guru yang keterlaluan. Selain daripada tugas mendidik murid - murid, guru-guru perlu berdepan dengan karenah disiplin murid yang menambahkan lagi beban kerja guru. Muhamad (1995) memetik laporan Kongres Kesatuan Guru - Guru Malaysia menyatakan bahawa guru-guru menghadapi tekanan dengan kerja - kerja persediaan mengajar seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Di dalam bilik darjah, guru juga menghadapi tekanan dengan karenah dan bilangan murid yang ramai. Faridah dan Zubaidah (1999) juga mengakui profesion guru amat mencabar kerana mereka bukan setakat mengajar, malah terpaksa menangani masalah pelajar nakal dan kerja-kerja perkeranian yang menuntut masa yang banyak untuk diselesaikan. Beberapa reformasi yang berlaku dalam pendidikan adalah seperti KBSR, KBSM dan KSSR dilihat seperti menambahkan lagi bebanan kerja guru yang sedia bertimbun. Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dan tekanan kerja di kalangan guru sekolah dan hubungan interpersonal. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia seperti mana yang dinyatakan oleh Faridah dan Zubaidah (1999) di mana guru berhadapan dengan masalah sosial, anak muda yang terbiar dan masalah disiplin yang menakutkan serta disusuli pula oleh tekanan kerja yang kuat. Di samping itu, faktor beban tugas juga banyak mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru - guru di sekolah menengah menghadapi tekanan. Guru - guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang suka membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas.Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan merupakan faktor yang boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan, pendapat dan suara guru-guru terhadap kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru - guru itu menjadi kurang proaktif lagi. Terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak seimbang dengan tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan tugas-tugas yang ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru - guru tersebut memegang sesuatu jawatan atau tugas yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani kerja yang banyak.

Profesion keguruan merupakan satu profesion yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjulang martabat pendidikan di negara kita Malaysia.Ini kerana golongan guru merupakan golongan utama yang diamanahkan untuk bertanggungjawab membantu negara dalam mencapai matlamat utama pendidikan di Negara kita iaitu untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan Negara melalui perkembangan bersepadu individu yang menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek,dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Dalam menyempurnakan hasrat (FPK),para guru bukan sahaja dituntut untuk sekadar menyebarkan ilmu semata-mata bahkan mereka juga bertanggungjawab dalam pembentukan sahsiah dan tingkahlaku anak didik mereka.Untuk itu,dalam mencapai hasrat (FPK) ini,golongan guru seharusnya sedar bahawa tugas mereka bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya mereka memikul tanggungjawab yang sangat besar.Ini kerana tugas menyampaikan ilmu serta mendidik bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan satu perancangan jangkamasa panjang disamping perlu berhadapan dengan karenah anak-anak murid dan juga mesyarakat di sekeliling. Disamping itu,mereka juga perlu peka dengan perubahan semasa serta bijak menyesuaikannya dalam tugas terutamanya bagi menangani masalah pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar yang sememangnya semakin menular pada masa kini.Secara umumnya,kita boleh mengatakan bahawa sememangnya para guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan juga profesional dalam semua bidang.Menurut Robiah (1998),untuk menjadi seseorang guru yang profesional,seseorang guru itu perlu menekankan kepada tiga aspek penting yang perlu ada di dalam dirinya iaitu kepakaran,pengetahuan,dan juga pembentukan sahsiah.

Ini menunjukkan bahawa dalam menjadi guru yang profesional,amat penting bagi seseorang guru dalam mempunyai sahsiah dan keperibadian yang mantap disamping mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang.Sebenarnya pihak kerajaan sudah lama mahu meningkatkan martabat bidang perguruan ini supaya menjadi satu bidang ataupun kerjaya yang profesional.Namun apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat menyedihkan di mana ada sahaja kes-kes ataupun isu-isu yang berkaitan dengan salah laku guru yang sering kita dengar melalui dada televisyen mahupun akhbar-akhbar malah ianya semakin meningkat dari hari ke hari.

Sebenarnya isu guru-guru yang melanggar etika perguruan ini bukanlah satu perkara yang baru dalam bidang pendidikan di negara kita ini malahan ianya sudah wujud sejak dari dahulu lagi.Walaupun sistem pendidikan pendidikan di Negara kita dilihat semakin maju dan berkembang,namun sedar atau sedar kita bahawa kes-kes atau isu-isu guru yang melanggar etika adalah didapati semakin meningkat.Situasi ini dapat dilihat apabila semakain hari semakin banyak berita-berita ataupun laporan yang tersiar di dada akhbar mahupun berita mengenai salah laku guru-guru dari seluruh pelosok Negara.Tidak kira siapa pun guru tersebut malahan guru yang memegang gelaran ustaz sekalipun tidak terlepas daripada terlibat daripada terlibat di dalam gejala pelanggaran etika dan tingkahlaku ini.Fenomena ini secara tidak langsung telah mencalar imej perofesion perguruan yang semakin tidak disenangi oleh ramai pihak ini.