ujian-rintangan-penebat (insulation tester)

5
UJIAN RINTANGAN PENEBATAN Rintangan penebatan merupakan rintangan yang diukur dalam unit ohm antara bahagian hidup bagi pemasangan dengan bumi. Rintangan akan disukat menerusi penebatan yang menutupi konduktor. Ujian rintangan penebat pula digunakan untuk menguji samada terdapat litar pintas serta untuk menguji ketebalan penebat pada kabel. Antara alat untuk menguji litar pintas adalah penguji rintangan penebatan.Dalam ujian rintangan penebatan, beberapa ujian ke atas pemasangan perlu dibuat sebelum pemasangan disambungkan kepada bekalan. Menguji Voltan diperlukan bagi menguji voltan yang digunakan untuk ujian rintangan penebatan. Sekiranya voltan yang digunakan merupakan voltan arus terus, ia perlulah tidak kurang daripada dua kali voltan arus terus normal dan sekiranya ia merupakan voltan arus ulang alik, tidak kurang daripada dua kali voltan p.m.k.d normal; tetapi tidak perlu melebihi 500 V bagi litar voltan sederhana. Menguji pemasangan kepada bumi merupakan ujian yang dibuat dengan semua fius berada di tempatnya. Semua suis termasuk suis utama ditutup. Jika diperlukan, semua lampu dan alat boleh dikeluarkan dan boleh diuji secara berasingan. Penebatan yang disukat ke bumi hendaklah tidak kurang daripada 1 MΩ manakala sukatan bagi alat yang

Upload: cyborg85

Post on 10-Aug-2015

193 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

pengujian litar & beban elektrik

TRANSCRIPT

Page 1: ujian-rintangan-penebat (insulation tester)

UJIAN RINTANGAN PENEBATAN

Rintangan penebatan merupakan rintangan yang diukur dalam unit ohm antara bahagianhidup bagi pemasangan dengan bumi. Rintangan akan disukat menerusipenebatan yang menutupi konduktor.

Ujian rintangan penebatpula digunakan untuk menguji samada terdapat litar pintas sertauntuk menguji ketebalan penebat pada kabel. Antara alat untuk menguji litar pintas adalahpenguji rintangan penebatan.Dalam ujian rintangan penebatan, beberapa ujian ke ataspemasangan perlu dibuat sebelum pemasangan disambungkan kepada bekalan.

Menguji Voltan diperlukan bagi menguji voltan yang digunakan untuk ujian rintanganpenebatan. Sekiranya voltan yang digunakan merupakan voltan arus terus, ia perlulah tidakkurang daripada dua kali voltan arus terus normal dan sekiranya ia merupakan voltan arusulang alik, tidak kurang daripada dua kali voltan p.m.k.d normal; tetapi tidak perlumelebihi 500 V bagi litar voltan sederhana.

Menguji pemasangan kepada bumimerupakan ujian yang dibuat dengan semua fiusberada di tempatnya. Semua suis termasuk suis utama ditutup. Jika diperlukan, semualampu dan alat boleh dikeluarkan dan boleh diuji secara berasingan. Penebatan yangdisukat ke bumi hendaklah tidak kurang daripada 1 MΩ manakala sukatan bagi alat yangdibuat secara berasingan hendaklah tidak kurang daripada 0.5 MΩ ke bumi dan 0.5 MΩantara kutub atau fasa.Rajah 7.3 menunjukkan sambungan untuk menguji rintangan penebatan ke bumi bagi suatupemasangan 2-dawai yang telah siap dengan lampu serta alatan lain yang ditanggalkan.Kabel-kabel bagi kedua-dua kutub ke suis utama dipintalkan bersama dan disambungkankepada terminal ‘talian’ pada ohmmeter. Terminal ‘bumi’ bagi ohmmeter puladisambungkan kepada terminal pembumian pengguna. Ketiga-tiga terminal bagi suis-suisdua hala hendaklah disambungkan bersama untuk sementara waktu. Alat-alat pemanashendaklah diuji secara berasingan dan Rajah 7.4 menunjukkan contoh ujian yang di buatke atas cerek elektrik.

Page 2: ujian-rintangan-penebat (insulation tester)

Rajah 7.3 : Ujian Rintangan Penebatan Bagi Pemasangan Yang Telah siap.

Rajah 7.4 : Ujian Rintangan Penebatan terhadap Cerek Elektrik

Menguji antara pengalir dibuat di antara semua pengalir yang disambungkan kepadamana-mana satu kutub atau fasa bekalan dan di antara semua pengalir kepada mana-manasatu kutub atau fasa lain pada bekalan. Rintangan penebatan hendaklah tidak kurangdaripada 1MΩ. Rajah 8.5 merupakan satu contoh ujian rintangan penebatan antara pengalir.

Page 3: ujian-rintangan-penebat (insulation tester)

Rajah 7.5 : Menguji di antara konduktor-konduktor bagi satu pemasangan 2-dawai