ujian kecergasan fizikal

Upload: imie-evo

Post on 16-Oct-2015

144 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UJIAN KECERGASAN

TRANSCRIPT

  • Siri Kampus Sejahtera (Bil. 7)

    Promosi Kesihatan: Penilaian danPerundingan Kecergasan Fizikal

    Ahmad Tajuddin Othman, Ph.D. (Purdue)

    Universiti Sains Malaysia

    bagi pihak Sekretariat Kampus Sejahtera

  • Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2003

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan caraapa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lainsebelum mendapat izin bertulis daripada Penerbit Universiti Sains Malaysia.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Ahmad Tajuddin OthmanPromosi kesihatan : penilaian dan perundingan kecergasanfizikal / Ahmad Tajuddin Othman.(Siri Kampus Sejahtera ; bil. 7)

    ISBN 983-2514-54-1

    1. Public health - Evaluation. 2. Universities and colleges - Healthpromotion services. I. Judul. II. Siri.613 RA427.8

    Penerbit Universiti Sains Malaysia11800 USM Pulau Pinang, Malaysia

    Ketua Pegawai Penerbitan: Akhiar SallehEditor Pengurusan: Awatif AhmadPereka Bentuk dan Susun Atur Komputer: Rosman Ahmad, Pusat Racun NegaraPembaca Pruf: Rosni Habib

    Dicetak oleh Sinaran Bros Sdn. Bhd.

  • KUMPULAN PROMOSI KESIHATAN

    Ahli Kumpulan

    Dr. Ahmad Tajuddin Othman (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan)Profesor Madya Abas Hj. Hussin (Pusat Pengajian Sains Farmasi)Profesor Madya Noryati Ismail (Pusat Pengajian Teknologi Industri)

    iii

  • KAMPUS SEJAHTERA

    Program Kampus Sejahtera wujud atas kesedaran akan kepentingan aspek kesihatanserta persekitaran fizikal dan sosial yang kondusif kepada masyarakat kampus. Iamerupakan satu proses yang dinamik dimana proses pembangunan danpenambahbaikan berlaku secara berterusan dengan menggunakan sumber dankepakaran yang sedia ada. Masyarakat kampus melakukan tugas dan fungsi hariandengan semangat sukarela, berganding bahu serta komitmen yang tinggimenggunakan potensi sedia ada secara maksimum.

    Kampus yang sejahtera adalah tempat di mana:

    ! Tubuh dan minda pelajar-pelajar dapat dipelihara dan dididik! Persekitaran yang sesuai (seperti aspek prasarana dan keselamatan) untuk

    aktiviti pembelajaran dan bekerja! Masyarakat kampus bekerja dan menghabiskan usia mereka dengan penuh

    ketenangan dan sentiasa dihargai! Keseimbangan ekologi sebagai sumber kebanggaan dan kepuasan

    Proses untuk mencapai tahap kampus yang sejahtera memerlukan komitmenyang tinggi daripada pihak pengurusan universiti, kekuatan organisasi dan tindakanyang inovatif. Tambahan lagi ia memerlukan penglibatan serta kerja sama daripelbagai lapisan masyarakat kampus dan bidang kepakaran.

    Projek-projek kampus sejahtera yang telah dan sedang dijalankan ataupun yangdirancang untuk masa hadapan bertujuan untuk memperbaiki kesihatan (dalamkonteks yang lebih luas) serta kesejahteraan masyarakat kampus melaluipenambahbaikan kualiti dalam aspek-aspek seperti:

    ! kesihatan dan kecergasan ! pembangunan kampus! keadaan tempat tinggal ! keadaan tempat kerja! makanan dan premis makanan ! keselamatan dan sekuriti! sistem jalan raya dan pengangkutan ! prasarana bagi orang kurang upaya! persekitaran ! prasarana sukan dan rekreasi! lanskap dan ekosistem ! aktiviti komunikasi dan dokumentasi

    Matlamat serta aspirasi universiti dalam membangunkan Kampus yang Sejahteraakan tercapai dengan adanya komitmen yang tinggi serta semangat sukarela danrasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat kampus.

    KOMITMEN DAN SEMANGAT SUKARELA ASASKESEJAHTERAAN KAMPUS

    Profesor Madya Mohamed Izham Mohamed IbrahimPenyelarasSekretariat Kampus SejahteraUniversiti Sains Malaysia

    iv

  • Kampus Sejahtera di Universiti Sains Malaysia adalahsatu usaha perintis yang unik. Dimulakan pada tahun2001, ia berhasrat menarik perhatian seluruh wargakampus bersama-sama memusatkan tanggungjawabkepada USM. Program ini menjadi satu pelantar untukmembolehkan setiap seorang anggota Universitimenyumbang secara langsung kepada pembangunankampus melalui pembudayaan lima ciri utama.

    Pertama, kesukarelaan. Setiap orang perlu mengambilinisiatif secara peribadi untuk memikirkan bagaimana iaboleh, secara positif dan proaktif, membantu dalamproses membangunkan kampus ini terutamanya tempatia bekerja dan/atau belajar, tanpa disuruh atau dipaksa.

    v

    DARI HATI KE HATI

    Kedua, bekerjasama dan berpasukan. Program Kampus Sejahtera menggalakkan setiapwarga USM berbincang sesama mereka dalam satu pasukan tentang hal-hal pembangunankampus, merentasi jabatan mahupun kedudukan dan status. Penekanannya adalah kepadaidea-idea baru.

    Ketiga, bersumberkan data dan maklumat. Setiap usaha yang ingin diambil perlubersendikan data dan maklumat yang tepat dan jitu; dan bukan tanggapan kasar sahaja. Inibermaksud satu kajian teliti perlu dijalankan sebagai asas kepada tindakan dan syor yangakan dikemukakan untuk pertimbangan pihak Universiti.

    Keempat, insourcing, iaitu menggunakan apa saja kepakaran yang sedia ada di USM untukmemantapkan lagi kajian dan tindakan yang mempunyai nilai praktis dan bukan dari aspekteori sahaja, ataupun hanya sebagai satu usaha akademik semata-mata.

    Kelima, pentingnya dokumentasi yang lengkap. Ini untuk membolehkan langkah susulandiambil serta dipantau secara berterusan. Melalui dokumentasi perkongsian maklumat dapatdiperluaskan dan pada masa yang sama mempermudahkan maklum balas daripada semuapihak untuk meningkatkan keberkesanan Program Kampus Sejahtera.

    Maka, berdasarkan kelima-lima asas utama ini, usaha untuk menerbitkan monograf SiriKampus Sejahtera amat dialu-alukan dan tepat dengan tujuan untuk meletakkan pembangunanUSM sebagai tanggungjawab bersama ke arah sebuah Kampus Sejahtera.

    Profesor Dato Dzulkifli Abdul RazakNaib CanselorUniversiti Sains Malaysia

  • vi

  • KANDUNGAN

    Abstrak 1

    Objektif 2

    Pengenalan 3

    Definisi Kesihatan 3

    Kesejahteraan dan Kecergasan 4a. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan 5

    b. Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor 6

    Promosi Kesihatan 6a. Kontinum Kesihatan 7

    b. Tahap Pencegahan 8

    Penilaian Kecergasan Fizikal 101. Soal Selidik Maklumat Diri dan Tahap Kesihatan Am 10

    2. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular 11

    3. Ujian Kekuatan dan Daya Tahan Otot 13

    4. Ujian Fleksibiliti 16

    5. Analisis Komposisi Badan 17

    6. Analisis Darah 20

    7. Analisis Pemakanan 21

    Perundingan 22

    Rumusan 22

    Rujukan 23

    Lampiran 24

    vii

  • ABSTRAK

    Kesejahteraan merangkumi beberapa dimensi, iaitu dimensi fizikal, sosial, emosi,rohani, mental, persekitaran, dan pekerjaan. Keseimbangan antara kesemuadimensi ini dapat mewujudkan seorang insan yang harmonis. Bagi mencapaikeseimbangan ini, seseorang perlu mengubah tingkah laku kesihatan dan carahidup kepada yang lebih sihat. Salah satu dimensi yang selalu diutamakanialah dimensi fizikal.

    Kecergasan fizikal dikategorikan kepada dua, iaitu kecergasan fizikalberlandaskan perlakuan motor dan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan.Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor berkait rapat dengan prestasi,terutama di kalangan atlet. Kecergasan fizikal pula berlandaskan kesihatanyang lebih menitikberatkan tahap kecergasan dan kesihatan sebagai matlamatutama. Komponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan ialahdaya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dankomposisi badan.

    Perkhidmatan Penilaian dan Perundingan Kecergasan diwujudkan sebagaisuatu perkhidmatan kepada warga kampus Universiti Sains Malaysia.Perkhidmatan ini menawarkan suatu siri ujian kecergasan yang menilaikomponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Penilaiankecergasan ini merangkumi soal selidik maklumat diri, ujian kardiovaskularsubmaksimum, ujian kekuatan dan daya tahan otot, ujian fleksibiliti, analisisdarah, analisis komposisi badan dan analisis pemakanan.

    Penilaian kecergasan komprehensif ini dapat mengenal pasti keperluankecergasan seseorang serta menjadi asas kepada perundingan dan penasihatanbagi meningkatkan tahap kecergasan. Preskripsi senaman dan programkecergasan dapat direka bentuk dengan menggunakan maklumat yangdikumpul bagi memenuhi keperluan pelanggan yang datang mendapatkanperkhidmatan ini.

    1

  • Objektif

    i. Menilai tahap kecergasan diri dan gaya hidup seseorang sebagai titik mula sebelummemulakan program latihan kecergasan.

    ii. Memberi maklumat mengenai tahap kesihatan dan hubung kait dengan perlakuankesihatan seseorang.

    iii. Menyediakan perkhidmatan perundingan berkaitan dengan perlakuan kesihatan bagimemulakan gaya hidup sihat.

    2

  • Pengenalan

    Fokus kesihatan awam telah mengalami suatu perubahan semenjakkebelakangan ini. Ahli profesional dalam bidang kesihatan awam telahberganjak daripada usaha mengurangkan berlakunya penyakit dan mengelakkematian pramasa kepada mengutamakan atau menggalakkan promosikesihatan (US Department of Health and Human Services, 1996). Jika kita melihatkepada punca kematian di negara maju pada awal abad ke-20 danmembandingkan dengan punca kematian pada akhir abad ke-20, kita akanmendapati bahawa terdapat satu anjakan daripada penyakit berjangkit kepadapenyakit yang berkaitan dengan gaya hidup. Sebagai contoh, punca utamakematian di Amerika Syarikat pada awal 1900-an adalah penyakit-penyakitberjangkit seperti tuberkulosis, pneumonia dan influenza. Kini, penyakit-penyakit yang berkait rapat dengan gaya hidup seperti penyakit jantung, kanserdan penyakit serebrovaskular menjadi punca utama kematian di negara itu(Donatelle dan Davis, 2000). Anjakan punca kematian ini adalah sebagai hasilpeningkatan sistem sanitasi, penemuan vaksin dan antibiotik yang telahmengurangkan kematian sebagai akibat penyakit berjangkit dan juga telahmenambahkan jangka hayat manusia. Namun, ancaman baru yang berkait rapatdengan gaya hidup seperti kurang bersenam, makan makanan berlemak dantidak dapat mengurus stres dengan baik mula meningkat sebagai akibatkemewahan dan kesenangan yang kita alami sekarang.

    Definisi Kesihatan

    Kesihatan pada awalnya bermaksud seseorang itu tidak berpenyakit. Dalamerti kata lain, jika kita tidak mengalami sebarang penyakit, kita dianggap sebagaisihat. Namun pada tahun 1947, dalam satu persidangan kesihatan antarabangsa,Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinisikan kesihatan sebagaikeadaan fizikal, mental dan sosial seseorang yang menyeluruh, bukan hanyatidak berpenyakit atau tidak berdaya (World Health Organization, 1947). Dalamdefinisi ini, terdapat tiga komponen utama yang perlu kita lihat bagi memahamimaksud kesihatan. Komponen-komponen tersebut ialah kesihatan fizikal,kesihatan mental dan kesihatan sosial.

    Kesihatan fizikal merangkumi ketiadaan penyakit dan ketidakupayaan, sertabertenaga untuk melakukan kerja harian dan aktiviti waktu senggang tanpaberasa lesu. Kesihatan mental pula bermaksud kita tidak mempunyai masalahmental dan berupaya untuk berhadapan dengan cabaran harian serta

    3

  • berinteraksi dengan masyarakat tanpa sebarang masalah mental, emosi atautingkah laku. Kesihatan sosial dihuraikan sebagai keupayaan kita untukberinteraksi dengan orang lain dan persekitaran sosial secara berkesan sertamenikmati kepuasan hubungan peribadi (Nieman, 1999).

    Bagi mencapai kesihatan seperti yang ditakrifkan oleh WHO ini, kita perlumengambil langkah-langkah untuk mengubah tingkah laku kesihatan sertagaya hidup bagi memperbaiki keadaan diri kita. Oleh hal yang demikian, promosikesihatan dapat memainkan peranan yang penting dalam mencapai kesihatandiri yang optimum.

    Kesejahteraan dan Kecergasan

    Pada lewat tahun 1950-an, Dr. Halbert Dunn pertama kali menggunakan istilahwellness atau kesejahteraan dalam penulisan beliau mengenai pencapaiankehidupan optimum. Beliau mentakrifkan kesihatan sebagai sesuatu yang pasif,sebaliknya kesejahteraan ditakrifkan sebagai suatu proses pengembangan yangsentiasa berubah menuju ke arah menjadi seseorang yang berada di tahappaling optimum (Dunn, 1949). Kini, kesejahteraan didefinisikan sebagai satutahap fungsional yang dinamik dan bersepadu ke arah memaksimumkan potensiseseorang, bergantung kepada tanggungjawab kendiri. Kesejahteraan bukansahaja melibatkan perlakuan kesihatan preventatif, tetapi peningkatan darisegi pemikiran dan sikap. Kesejahteraan adalah satu ketetapan minda sepanjanghayat dan pencapaian dalam dimensi emosional, kerohanian, fizikal, intelektual,persekitaran, dan sosial (Robbins, Powers dan Burgess, 1999). Hal ini bermakna,konsep kesejahteraan perlu diterapkan seawal mungkin bagi seseorang itumenghayati dimensi-dimensi kesejahteraan.

    Dimensi fizikal dalam konsep kesejahteraan melibatkan keupayaan operasisistem tubuh badan. Secara amnya, dimensi kesejahteraan fizikal bolehdigolongkan kepada dua, iaitu:

    a. Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatanb. Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor

    Dimensi fizikal juga merangkumi penjagaan kesihatan kendiri seperti melakukanujian saringan berkala, mengambil langkah sepatutnya apabila sakit danpenggunaan sistem perubatan yang bersesuaian.

    4

  • a. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan

    Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan berkait rapat dengan penjagaankesihatan diri secara keseluruhan. Kecergasan ini merangkumi limakomponen utama, iaitu:

    1. Daya tahan kardiorespiratoriDaya tahan kardiorespiratori atau kardiovaskular ini didefinisikansebagai keupayaan untuk menghantar nutrien, terutama oksigen, keotot-otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketikakerja fizikal yang berterusan. Komponen ini melibatkan efisiensijantung, salur darah dan paru-paru.

    2. Daya tahan ototDaya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan otot menghasilkandaya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi rintangan ataumengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yangpanjang. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatujangka masa yang panjang pada intensiti yang rendah.

    3. Kekuatan ototKekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot ataukumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan.Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangkamasa yang pendek pada intensiti yang tinggi.

    4. FleksibilitiFleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakansepenuhnya. Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien,juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan pada bahagiansendi dan otot.

    5. Komposisi badanKomposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan denganberat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukurankegemukan yang lebih baik berbanding berat badan. Kelebihan lemakdalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.

    5

  • b. Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor

    Kecergasan berlandaskan perlakuan motor berkait rapat denganpencapaian kemahiran dalam aktiviti sukan. Kecergasan ini merangkumienam komponen, iaitu:

    1. Kepantasan

    Kepantasan didefinisikan sebagai keupayaan melakukan pergerakandalam suatu jangka masa yang singkat.

    2. Kuasa

    Kuasa berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja.

    3. Koordinasi

    Koordinasi berkait rapat dengan keupayaan menggunakan deriaseperti penglihatan dan pendengaran bersama dengan anggota badandalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat.

    4. KeseimbanganKeseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkankeseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak.

    5. KetangkasanKetangkasan berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan ataupergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang.

    6. Masa tindak balasMasa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulusdengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut.

    Promosi Kesihatan

    Promosi kesihatan ialah satu istilah yang baru digunakan dan sering bertukarganti dengan pendidikan kesihatan. Menurut Breckon, Harvey dan Lancaster(1994), promosi kesihatan banyak menggunakan kaedah pendidikan danpendekatan pengawalan. Jadi, promosi kesihatan ialah satu bidang yang lebihmeluas daripada pendidikan kesihatan.

    6

  • Promosi kesihatan didefinisikan sebagai sains dan seni untuk membantuseseorang mengubah gaya hidup mereka ke arah mencapai tahap kesihatanyang optimum (ODonnell, 2000). Kesihatan optimum yang dimaksudkan olehODonnell ialah mencapai keseimbangan yang merangkumi dimensi fizikal,mental, emosi, sosial dan kerohanian.

    Perubahan gaya hidup boleh berlaku dengan kombinasi usaha-usaha sepertimeningkatkan kesedaran, mengubah tingkah laku dan mewujudkanpersekitaran yang dapat menyokong amalan-amalan kesihatan yang baik. Bagimelengkapi definisi promosi kesihatan ini, kita mesti memahami konsep kontinumkesihatan yang dapat menjelaskan peranan promosi kesihatan dalammeningkatkan kesejahteraan diri.

    a. Kontinum Kesihatan

    Kontinum kesihatan seperti yang dipaparkan dalam rajah berikut telahdiubahsuai daripada kerja-kerja John Travis, M. D. (ODonnell, 2000).Bahagian sebelah kiri kontinum ini mewakili keadaan penyakit yang terukatau kematian pramasa. Bahagian sebelah kanan kontinum kesihatan pulamewakili keadaan kesihatan yang optimum atau kesejahteraan. Titikpertengahan kontinum ialah titik neutral yang menunjukkan seseorangitu berada dalam keadaan tidak berpenyakit ataupun tidak sejahtera.Perubatan biasanya berfokus pada bahagian sebelah kiri kontinum. Ahliprofesional dalam bidang perubatan akan bekerja dengan mereka yangberkeadaan tidak berupaya, atau yang menunjukkan tanda dan simptompenyakit. Matlamat perubatan adalah untuk membantu seseorang bagimengelakkan kematian pramasa dan mengurangkan atau belajar untukhidup dalam keadaan ketidakupayaan, atau mempunyai tanda dansimptom penyakit. Walau bagaimanapun, apabila seseorang pesakit telahkembali ke titik neutral sebagai hasil usaha ahli profesional perubatanmenyembuhkan penyakit atau masalah kesihatan, perubatan tidak banyakmembantu kita untuk terus maju ke sebelah kanan kontinum bagi menujuke arah kesihatan optimum. Di sinilah promosi kesihatan telahmenunjukkan impaknya. Ahli profesional dalam bidang promosi kesihatanbekerja dengan mereka yang kelihatan sihat, tetapi sering berisiko untukmendapat penyakit. Promosi kesihatan dapat memajukan kita ke arahkesihatan optimum dengan meningkatkan pengetahuan kita berkaitankesihatan, mengubahkan sikap kita terhadap kesihatan, dan yang palingpenting, mengubah tingkah laku kesihatan kita.

    7

  • Kontinum kesihatanSumber: ODonnell, 2000.

    Program promosi kesihatan mengenal pasti mereka yang sihat tetapiterlibat dalam tingkah laku yang berisiko atau tingkah laku yang akanmendedahkan diri kepada penyakit berbahaya. Selepas mengenal pastimasalah yang dihadapi, program promosi kesihatan cuba membantu danmemberi motivasi untuk mengubah tingkah laku kesihatan kepada yanglebih positif. Ahli profesional dalam bidang promosi kesihatanmenggalakkan mereka yang telah mempunyai tingkah laku kesihatan yangbaik untuk mengekalkan serta meningkatkan lagi kesihatan diri mereka.Program promosi kesihatan bukan sekadar mengadakan kempen informasisahaja, malah program ini melibatkan percubaan untuk mengubah tingkahlaku, meningkatkan kemahiran, mengubahkan sikap, meningkatkanpengetahuan, mempengaruhi nilai dan meningkatkan keupayaan untukmembuat keputusan berkaitan dengan kesihatan. Secara realistik, programpromosi kesihatan mempunyai harapan yang baik untuk berjaya dalamjangka masa panjang jika program dan perkhidmatan ini diadakan dalamkomuniti, organisasi, sekolah atau mana-mana tempat kita meluangkankebanyakan daripada masa kita.

    b. Tahap Pencegahan

    Apabila kita berbincang tentang promosi kesihatan, biasanyaperbincangan kita akan merangkumi pencegahan penyakit sebagaisebahagian daripada istilah promosi kesihatan. Secara am, pencegahanpenyakit bermaksud mengambil langkah-langkah positif untuk mengelakdaripada menjadi sakit kemudian hari. Terdapat tiga tahap pencegahanyang biasanya diterangkan dalam literatur.

    8

    OPTIMUM

  • i. Pencegahan primer (primary prevention) ialah tindakan-tindakan yang diambil untuk mengurangkan risiko dan mengelakdaripada penyakit sebelum ia bermula. Sebagai contoh,pengimunan daripada penyakit seperti polio, mengamalkanpemakanan sihat, mengamalkan seks selamat dan bersenamdengan kerap.

    ii. Pencegahan sekunder (secondary prevention) ialahmengenal pasti risiko kesihatan atau masalah awal sebelumkeadaan menjadi teruk atau menjadi penyakit dan mengambiltindakan-tindakan pencegahan, atau intervensi, untukmenghentikan tingkah laku tersebut atau mengurangkan risikosebelum penyakit itu dapat bertapak dalam diri seseorang. Sebagaicontoh, kita cuba menggalakkan remaja supaya berhenti merokokatau mengurangkan menghisap rokok pada peringkat awal tingkahlaku merokok melalui program intervensi atau program mengubahtingkah laku. Pencegahan sekunder juga dirujuk sebagaiintervensi. Pemeriksaan sendiri payu dara atau pemeriksaan sendiritestikular dan ujian saringan lain termasuk dalam pencegahansekunder.

    iii. Pencegahan tertiar (tertiary prevention) ialah rawatan ataupemulihan selepas seseorang itu telah menghidapi penyakit.Biasanya pencegahan tertiar ini dilakukan oleh pakar perubatan.Sebagai contoh, pesakit jantung koronari yang telah menjalanipembedahan pintasan perlu menjalani program pemulihan jantunguntuk meningkatkan keupayaan jantung mereka agar seranganjantung tidak berulang dengan melakukan senaman tetapi dikawalrapi oleh pakar pemulihan jantung agar mereka dapat bersenamdalam keadaan yang selamat.

    Ahli profesional dalam bidang promosi kesihatan perlu menganjak mindamereka daripada pencegahan tertiar dan berfokus kepada mempromosikankesihatan dan program pencegahan. Pendidik kesihatan pada peringkatsekolah mahupun komuniti perlu meningkatkan usaha untukmenggalakkan ahli masyarakat mengamalkan tingkah laku kesihatan yanglebih positif bagi mengelakkan risiko penyakit serta mengadakan programintervensi bagi mereka yang berisiko tinggi untuk mengurangkan peluangmereka menghidapi penyakit. Usaha-usaha ini melibatkan seseorang itumengubah gaya hidup mereka serta mengubah tingkah laku agar merekadapat mengamalkan gaya hidup serta tingkah laku yang lebih sihat.

    9

  • Penilaian KecergasanFizikal

    Program Penilaian dan Perundingan Kecergasan ini berfokus kepada dimensikecergasan fizikal berlandaskan perlakuan kesihatan. Penilaian kecergasan inimerangkumi beberapa ujian dan analisis yang berkaitan dengan komponen-komponen kecergasan berlandaskan kesihatan. Maklumat yang dikumpuldaripada siri ujian dan analisis ini digunakan untuk merangka programintervensi bagi meningkatkan tahap kecergasan subjek yang mengambilbahagian. Maklumat ini juga dijadikan bahan kajian bagi menentukankeberkesanan program intervensi dan hubung kait dengan status kesihatandiri seseorang. Ujian dan analisis yang dijalankan adalah seperti berikut:

    1. Soal selidik maklumat diri dan tahap kesihatan am2. Analisis darah3. Analisis pemakanan4. Analisis komposisi badan5. Ujian daya tahan kardiovaskular6. Ujian kekuatan dan daya tahan otot7. Ujian fleksibiliti

    Protokol Penilaian Kecergasan Fizikal

    1. Soal Selidik Maklumat Diri dan TahapKesihatan Am

    Subjek mengisi borang maklumat diri

    10

  • Setiap subjek dikehendaki mengisi borang maklumat diri yangmengandungi maklumat demografi, sejarah kesihatan, tahap senaman,amalan pemakanan, penggunaan dadah, alkohol, tembakau, stres,keselamatan dan perubatan. Subjek juga dikehendaki melengkapkan soalselidik tahap kesihatan am atau SF-36 Health Survey (Ware, 1993) bagimengukur tahap kesihatan am kendiri. Maklumat ini digunakan bagi tujuanpenyelidikan berkaitan dengan tingkah laku kesihatan dan tahapkesihatan diri sebenar.

    2. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular

    Ujian berbasikal submaksimum YMCA

    Ujian makmal yang terbaik bagi mengukur daya tahan jantung dan paru-paru ialah pengukuran langsung pengambilan oksigen ketika senamanpada tahap maksimum (Nieman, 1999). Senaman dilakukan denganmenggunakan cycle ergometer atau treadmill, yang membenarkan bebankerja ditambah secara beransur-ansur daripada ringan hingga senamanmaksimum. Pengukuran seperti ini melibatkan peralatan canggih danmahal. Sebagai alternatif, pengukuran submaksimum digunakan sebagaipenilaian daya tahan kardiovaskular dalam program ini. Ujiansubmaksimum digunakan bagi menganggar pengambilan oksigenmaksimum atau VO2 max. VO2 max didefinisikan sebagai kadar tertinggipengambilan oksigen pada tahap senaman maksimum. VO2 maxdiekspresikan dalam mililiter oksigen per kilogram berat badan per minitatau ml.kg

    1.min

    1.

    11

  • Ujian berbasikal submaksimum YMCA digunakan bagi menganggarkanVO2 max seseorang. Berikut adalah peralatan dan protokol bagipelaksanaan ujian berbasikal maksimum YMCA.

    PeralatanMonark 828E cycle ergometerPolar Vantage pemantau kadar nadi (heart rate monitor)Alat sphygmomanometer (pengukur tekanan darah)StethoscopeMetronomePerisian komputer ujian berbasikal MonarkKomputerJam randik

    Protokol" Subjek diberi taklimat mengenai ujian dan risiko ujian. Selepas taklimat ini, subjek

    dikehendaki menandatangani surat kebenaran untuk diuji." Siapkan subjek untuk mengambil ujian dengan menentukan tempat duduk dan

    pasangkan alat pemantau kadar nadi pada bahagian dada." Tetapkan metronome pada 100 detik seminit (100 dsm), bagi kadar kayuhan 50

    rpm (satu detik bagi setiap jatuhan kaki). Biarkan subjek membiasakan diri padakadar kayuhan yang ditetapkan, memanaskan badan selama 3 hingga 5 minit.

    " Tetapkan beban kerja dengan berpandukan kepada perisian komputer ujian berbasikalMonark.

    " Subjek berkayuh pada tahap beban kerja pertama selama 3 minit. Pantau kadarnadi ketika subjek mengayuh. Ambil bacaan kadar nadi yang terpapar pada pemantaukadar jantung dan rekodkan dalam komputer pada akhir peringkat itu. Jikalau berlakukeraguan tentang bacaan kadar nadi jantung, teruskan berkayuh pada tahap bebankerja yang sama selama 1 minit lagi. Objektif bacaan ini adalah untuk menentukankadar nadi dalam keadaan stabil (steady state) pada tahap beban kerja ini.

    " Lihat pada skrin komputer bagi menentukan tahap beban kerja yang berikutnya.Tahap beban kerja ditentukan berasaskan respons kadar nadi.

    " Sentiasa periksa seting beban kerja pada cycle ergometer pada setiap tahap bebankerja. Tali penggeser akan menjadi panas semasa ujian dijalankan dan seting bebankerja akan berubah. Seting perlu dilaraskan sepanjang masa ujian, terutama padatahap permulaan.

    " Sekali lagi, periksa kadar nadi selepas 3 hingga 4 minit berbasikal pada bebankerja yang baru. Rekodkan dalam komputer dan ikut arahan seting beban kerjapada tahap seterusnya.

    " Sepanjang masa ujian, perhatikan tanda kelesuan atau ganjil pada subjek. Hentikanujian jikalau subjek menunjukkan tanda-tanda yang beliau tidak dapat meneruskan

    12

  • ujian tersebut." Objektif ujian ini adalah untuk mendapatkan dua kadar nadi antara 110 dengan 150

    dsm. Terdapat perhubungan linear antara kadar nadi dengan beban kerja pada jedaini bagi kebanyakan orang. Dua bacaan kadar nadi antara 110 dengan 150 dsmpada dua beban kerja yang berlainan ini diperlukan bagi menetapkan hubunganlinear antara kadar nadi dengan beban kerja subjek yang diuji.

    " Pengiraan oleh komputer memberi anggaran VO2 max subjek yang diuji." Rujuk Lampiran 1 bagi pengelasan prestasi.

    3. Ujian Kekuatan dan Daya Tahan Otot

    Tiada satu ujian yang dapat digunakan bagi mengukur kekuatan dandaya tahan otot keseluruhan kerana kekuatan dan daya tahan otot adalahspesifik kepada kumpulan otot tersebut. Dua ujian yang sering digunakanbagi menguji kekuatan dan daya tahan otot seseorang ialah ujian curl-up 1 minit (abdominal) dan ujian tekan tubi.

    PeralatanJam randikTilam tangkasMetronomePita pelekatPita pengukurTali

    ProtokolI. Ujian Curl-Up 1 Minit

    " Ujian ini bertujuan mengukur daya tahan dan kekuatan otot abdomen." Ujian ini berpandukan protokol Canadian Physical Activity, Fitness &

    Appraisal (Canadian Society of Exercise Physiology, 1996)." Letakkan pita pelekat dan tali pada tilam tangkas dalam dua barisan selari

    berjarak 10 cm." Subjek berbaring di atas tilam tangkas dengan bahagian belakang kepala

    rapat pada tilam. Kedua-dua belah tangan berada di sisi tubuh dalam keadaanlurus, dengan telapak tangan menghadap ke tilam. Jari tengah kedua-duabelah tangan mencecah garisan pertama (tali dilekatkan bersama pita sebagaipenanda). Kedua-dua lutut dibengkokkan pada sudut 90 darjah. Tumit kedua-dua belah kaki sentiasa bersentuhan dengan tilam sepanjang ujian. Ujiandilakukan dengan subjek memakai kasut.

    13

  • " Set metronome pada rentak 50 detik seminit. Subjek akan melakukansebanyak mungkin curl-up dalam masa seminit pada kadar 25 curl-up seminittanpa henti. Bagi setiap curl-up, subjek akan bangun dengan menggulungbahagian atas badan ke hadapan agar jari tengah kedua-dua belah tangandapat mencecah garisan kedua di atas tilam tangkas. Tapak tangan sentiasabersentuhan dengan tilam semasa pergerakan dilakukan. Semasa baringsemula, kedua-dua belah tulang skapula mesti menyentuh tilam dan kedua-dua belah jari tengah mencecah garisan pertama. Pergerakan ini dilakukansecara perlahan dengan kadar 25 curl-up seminit.

    " Ujian ditamatkan belum cukup tempoh satu minit apabila subjek tidak berasaselesa atau tidak dapat mengikut rentak yang ditetapkan atau tidak dapatmelakukan teknik yang betul (sebagai contoh, tumit kaki tidak bersentuhandengan tilam sebanyak dua kali berturut-turut selepas diberi amaran olehpenyelia ujian).

    " Rujuk Lampiran 2 bagi pengelasan prestasi.

    II. Ujian Tekan Tubi (Lelaki)

    " Ujian ini bertujuan mengukur kekuatan dan daya tahan bahagian atas badan(triseps, deltoid dan pektoralis major).

    " Subjek dalam keadaan meniarap, bersedia untuk ujian tekan tubi dengankeadaan badan lurus dan tegak, kaki rapat dan menjengket, dan kedua-dua belah tangan berada di bawah kedua-dua belah bahu.

    " Seorang pembantu meletak tangan yang digenggam di atas lantai di bawah14

  • dada subjek. Subjek menurunkan badan sehingga dadanya bersentuhandengan genggaman pembantu tersebut sambil menentukan badannya lurus,kemudian mengangkat badannya kembali ke posisi asal.

    " Kesilapan lazim yang sering berlaku ketika melakukan tekan tubi ialah tidakmelurus dan menegakkan badan.

    " Skor ujian ialah jumlah tekan tubi yang dilakukan sehingga subjek berasalesu.

    " Rujuk Lampiran 3 yang disediakan bagi pengelasan prestasi.

    III. Ujian Tekan Tubi (Perempuan)

    " Cara melakukan tekan tubi adalah sama seperti yang dilakukan oleh subjeklelaki kecuali bagi subjek perempuan, tekan tubi dilakukan dengan posisilutut dibengkokkan.

    " Subjek perlu memastikan kedua-dua belah tangan diletakkan ke hadapanbahu sedikit semasa posisi atas supaya kedua-dua belah tangan beradabetul-betul di bawah bahu semasa posisi bawah.

    " Kesilapan lazim dilakukan subjek perempuan ialah tidak meluruskanbahagian belakang ketika melakukan tekan tubi.

    " Skor ujian ialah jumlah tekan tubi yang dilakukan sehingga subjek berasalesu.

    " Rujuk Lampiran 3 bagi pengelasan prestasi.

    15

  • 4. Ujian Fleksibiliti

    Ujian duduk dan jangkau

    Fleksibiliti ialah keupayaan sesuatu sendi itu bergerak lancar melaluijulat pergerakan sepenuhnya. Fleksibiliti sesuatu sendi adalah terhadsebagai akibat keketatan pada struktur tisu lembut (kapsul sendi, tendon,otot dan ligamen). Otot ialah struktur utama dan mudah diubah bagimeningkatkan fleksibiliti. Ujian duduk dan jangkau ialah ujian yang seringdigunakan bagi mengukur fleksibiliti. Ujian ini dipilih kerana kajianmenunjukkan bahawa orang yang mempunyai masalah bahagian belakangsering mempunyai pergerakan terhad pada bahagian otot hamstring danbahagian belakang badan. Ujian ini berpandukan protokol CanadianPhysical Activity, Fitness & Appraisal (Canadian Society of ExercisePhysiology, 1996).

    PeralatanKotak pengukur fleksibilitiPita pengukur

    Protokol" Subjek yang akan diuji perlu memanaskan badan dengan melakukan senaman

    regangan statik. Subjek juga digalakkan melakukan senaman ringan sepertiberkayuh basikal atau berjalan cepat. Otot yang panas dapat diregangkan denganlebih baik dan selamat.

    " Subjek dikehendaki menanggalkan kasut dan duduk dengan kaki berlunjur lurus,berjarak 1012 cm antara kedua-dua belah kaki. Kedua-dua belah tapak kaki

    16

  • dan tumit menyentuh kotak dengan rapat." Tangan subjek diluruskan ke hadapan dan diletakkan atas tangan yang satu lagi

    dengan kedua-dua belah jari tangan pada aras yang sama. Subjek menjangkauke hadapan, tapak tangan bersentuhan dengan kotak sejauh mungkin, dankemudian bertahan pada posisi jangkauan maksimum selama 2 saat.

    " Empat percubaan dilakukan dan skor terbaik dicatat pada cm yang hampir.Penyelia ujian memastikan tangan subjek sentiasa berada pada aras yang samadan juga memastikan lutut subjek tidak dibengkokkan dengan meletakkan sebelahtangan ke atas lutut subjek.

    " Rujuk Lampiran 4 bagi pengelasan prestasi.

    5. Analisis Komposisi Badan

    Pengukuran lipatan kulitmenggunakan angkup Lange

    Komposisi badan adalah salah satu komponen kecergasan yang penting.Komposisi badan merupakan jumlah lemak relatif kepada jisim tanpa lemakdalam badan. Manusia yang mempunyai komposisi badan yang optimumtampak sihat, bergerak dengan lebih efisien dan berasa yakin terhadapdiri mereka sendiri. Untuk mencapai kesejahteraan, kita mesti menetapkantahap komposisi badan yang sesuai untuk diri kita dan berusaha untukmencapai dan mengekalkan tahap komposisi badan yang optimum.Pengukuran tepat komposisi badan dapat membantu atlet mahupunindividu yang ingin menguruskan berat badan mereka. Analisis komposisi

    17

  • badan akan memberi maklumat yang lebih tepat berkaitan dengankandungan peratusan lemak dalam badan. Lemak yang berlebihan amatberkaitan dengan pelbagai penyakit. Terdapat pelbagai cara untukmengukur lemak dalam badan termasuk timbang pengukuran lipatan kulit.

    PeralatanAngkup lipatan kulit LangePita pengukurPenimbang berat Health-O-MeterPen penanda

    Protokol" Pilih dan kenal pasti bahagian badan yang perlu diukur. Semua ukuran dilakukan

    di sebelah kanan badan dengan subjek dalam keadaan berdiri. Bahagian yangperlu diukur ialah triseps, suprailiak, abdomen dan paha bagi kedua-dua lelakidan perempuan.

    " Pengukuran dilakukan di tempat berikut (Jackson & Pollock, 1989):

    Triseps Cubit lipatan kulit secara menegak padabahagian belakang lengan atas di titik pertengahandi antara bahu dengan siku. Lengan yang diukurhendaklah dibiarkan lurus dan tergantung secarabersahaja.

    Suprailiak Cubit lipatan kulit pada bahagianatas dan kehadapan sedikit dari tulang pinggulsebelah kanan badan. Lipatan kulit dicubit secaracondong sedikit mengikut alur lipatan semula jadikulit pada bahagian tersebut.

    18

  • Abdomen Cubit lipatan kulit secara menegak2.5 cm di sebelah kanan pusat.

    Paha Cubit lipatan kulit secara menegak padabahagian hadapan paha di titik pertengahan diantara pinggul (lipatan inguinal) dengan patela(lutut). Paha yang diukur hendaklah dibengkok-kan sedikit dan tergantung secara bersahaja.

    " Tandakan tempat yang akan diukur dengan pen penanda." Gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mencubit lipatan kulit. Tarik lipatan kulit

    tersebut ke atas supaya tisu otot tidak termasuk dalam lipatan kulit. Jangan cubitterlalu kuat. Letakkan rahang kaliper yang terbuka secara tegak lurus dan ukurlipatan kulit pada jarak 1 cm dari jari-jari yang mencubit. Biarkan rahang kalipermengepit lipatan kulit dan bacaan pada kaliper itu tidak berubah.

    " Lakukan tiga kali pengukuran bagi setiap tempat dan catatkan bacaan medianuntuk dijumlahkan.

    " Jumlahkan ketiga-tiga ukuran lipatan kulit dan gunakan formula yang disediakanbagi pengiraan anggaran peratusan lemak bagi lelaki dan perempuan.

    " LelakiPeratusan Lemak = 0.29288 (jumlah empat lipatan kulit) 0.0005 (jumlah empatlipatan kulit)2 + 0.15845 (umur) 5.76377

    " PerempuanPeratusan Lemak = 0.29669 (jumlah empat lipatan kulit) 0.00043 (jumlah empatlipatan kulit)2 + 0.02963 (umur) + 1.4072

    Rujuk Lampiran 5 bagi pengelasan komposisi badan.

    19

  • 6. Analisis Darah

    Analisis darah dapat memberi profil berkaitan dengan kandungan glukosa,kolesterol dan trigliserid dalam darah. Profil darah dapat memberi maklumatberkaitan dengan tahap kesihatan individu, juga sebagai ujian saringanbagi mengenal pasti risiko beberapa penyakit berbahaya seperti penyakitjantung, diabetis dan hiperkolesterolemia.

    PeralatanSarung tangan getahLanset pakai buangKapas beralkohol pakai buangAlat analisis darah Bioscanner 2000Strip ujian kolesterol, glukosa, trigliserid

    Protokol" Penyelia ujian dikehendaki memakai sarung tangan getah bagi tujuan keselamatan." Jari subjek yang dikenal pasti untuk dicucuk dengan lanset dicuci bersih dengan

    menyapu kapas beralkohol." Cucuk jari dengan lanset bagi mendapatkan setitik darah." Sapukan titik darah pada strip ujian memenuhi bulatan putih di atas strip ujian." Lap darah yang berlebihan pada jari dengan kertas tisu.

    20

  • " Masukkan Memo Chip yang betul pada alat analisis darah Bioscanner 2000 danhidupkan alat tersebut.

    " Masukkan strip ujian ke tempat yang disediakan dan tunggu." Rekod bacaan pada alat analisis Bioscanner 2000.

    7. Analisis Pemakanan

    Pemakanan seimbang amat penting dalam penjagaan kesihatan diri.Amalan pemakanan yang tidak sihat akan meningkatkan risiko pelbagaipenyakit yang berkaitan dengan gaya hidup seperti penyakit jantung,hipertensi dan diabetis. Analisis pemakanan akan memberi maklumatberkaitan pengambilan makronutrien dan mikronutrien. Maklumat ini akandijadikan panduan bagi merancang program pemakanan yang berkualitidan sihat bersesuaian dengan keperluan individu.

    Analisis pemakanan mengguna-kan perisian komputer Nutricalc

    PeralatanRekod Pengambilan Makanan 3 HariKomputerPerisian komputer Nutricalc

    Protokol" Subjek diberi Rekod Pengambilan Makanan 3 Hari." Subjek dikehendaki merekodkan jenis makanan dan amaun makanan yang

    dimakan selama 3 hari (2 hari biasa, 1 hari hujung minggu)." Rekod ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Nutricalc.

    21

  • Perundingan

    Semua maklumat yang dikumpul hasil daripada ujian yang dijalankandiserahkan kepada pakar perunding yang terlibat dalam program ini. Sebagaicontoh, pakar perunding kecergasan menggunakan maklumat ujian kecergasanbagi mereka bentuk program senaman yang sesuai untuk meningkatkan tahapkecergasan subjek yang diuji. Maklumat daripada analisis pemakanan pulamembantu pakar pemakanan membuat cadangan untuk meningkatkanpengambilan makanan yang lebih berkualiti. Cadangan dan perakuan yangdiberi oleh pakar perunding adalah khusus dan bersesuaian bagi subjek danmengambil kira had yang dihadapi oleh subjek tersebut.

    Rumusan

    Program Penilaian dan Perundingan Kecergasan Fizikal ini adalah asas kepadapeningkatan tahap kecergasan warga Universiti Sains Malaysia ke arahmencapai kesejahteraan. Program ini boleh dijadikan sebagai pengukur tahapkecergasan warga kampus dan dapat membantu pihak penyelaras KampusSejahtera membuat perancangan program-program mempromosikan kesihatandi kalangan warga kampus. Sokongan daripada semua pihak menjayakanprogram ini akan mengukuhkan kejayaan projek Kampus Sejahtera danmenjadikan Universiti Sains Malaysia sebagai sebuah universiti terunggul diMalaysia.

    22

  • RujukanBrekon, D. J., Harvey, J. R. dan Lancaster, R. B. (1994). Community Health Education:

    Setting Roles and Skills for the 21st Century. Gaithersburg, MD: Aspen Publication.Canadian Society for Exercise Physiology. (1996). The Canadian Physical Activity, Fitness

    & Lifestyle Appraisal. Ottawa, Ontario: Author.Donatelle, R. J. dan Davis, L. G. (2000). Access to Health. Ed. ke-6. Needham Heights,

    MA: Allyn and Bacon.Dunn, H. L. (1949). High-level wellness for man and society. American Journal of

    Public Health, 49: 786792.Jackson, A. S. dan Pollock, M. L. (1989). Practical assessment of body composition.

    Physician and Sports Medicine, 13: 7690.Nieman, D. C. (1999). Exercise Testing and Prescription: A Health Related Approach.

    Ed. ke-4. Mountain View, CA: Mayfield Publishing Company.ODonnell, M. P. (2000). How to Design Worksite Health Promotion Programs. Ed. ke-5.

    Rochester Hills, MI: American Journal of Health Promotion.Robbins, G., Powers, D. dan Burgess, S. (1999). A Wellness Way of Life. Boston, MA:

    WCB/McGraw-Hill.US Department of Health and Human Services. (1996). Physical Activity and Health: A

    Report of the Surgeon General. Atlanta, GA: USDHHS (PHS) 91-50212.Ware, Jr., J. E. (1993). SF-36 Health Survey: Manual and Interpretation Guide. Boston,

    MA: Nimrod Press.World Health Organization. (1947). Constitution of the World Health Organization. New

    York: World Health Organization.

    23

  • Lampiran 1. Norma VO2 max dalam ml.kg-1.min-1 (Nieman, 1999)

    Lampiran 2. Norma ujian curl-up 1 minit (Canadian Society forExercise Physiology, 1996)

    Lampiran

    24

  • Lampiran 3. Norma ujian tekan tubi (Canadian Society for ExercisePhysiology, 1996)

    Lampiran 4. Norma ujian duduk dan jangkau dalam cm (CanadianSociety for Exercise Physiology, 1996)

    25

  • Lampiran 5. Norma peratusan lemak badan (Nieman, 1999)

    26