uitm (perak) | manual pementoran pensyarah … pementoran pens… · 4.6.1 pembentangan laporan ......

of 37 /37
UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP) HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) i|

Author: vanthuy

Post on 06-Feb-2018

399 views

Category:

Documents


24 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) i|

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 2 |

    EDISI PERTAMA 2013

    Bahagian Hal Ehwal Akademik | Universiti Teknologi MARA, Perak

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 3 |

    Universiti Teknologi MARA, Perak, 2013

    Edisi Pertama 2013

    Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian dalam penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

    pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

    dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu

    daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA, Perak.

    Manual Pementoran Pensyarah (MaPP) ini diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti

    Teknologi MARA (Perak), Bandar Baru Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak Darul Ridzwan.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 4 |

    PRAKATA

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Cetusan idea untuk membukukan amalan terbaik sistem mentor-menti untuk para pensyarah UiTM Perak adalah salah satu usaha mengukuhkan kualiti dan kelestarian Kecemerlangan Akademik UiTM Perak. Pensyarah adalah aset universiti, apabila cemerlang seseorang pensyarah maka secara langsung akan cemerlanglah UiTM Perak. Ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta kompetensi pensyarah yang telah lama berkhidmat amat perlu disuburkan dengan menyalurkan bantuan dan berkongsi amalan terbaik dengan pensyarah muda secara sistematik dan objektif . Program Pementoran Berstruktur (Structured Mentoring Program) yang dibangunkan oleh Bahagian Hal-Ehwal Akademik, UiTM Perak, adalah berpandukan kepada kajian, maklum-balas pensyarah UiTM Perak serta amalan-amalan terbaik beberapa buah universiti ternama. Hasil rumusan telah diadaptasi serta disesuaikan dengan keperluan dan objektif UiTM. Syabas kepada Ahli Jawatan kuasa kerja yang telah berjaya menghasilkan manual ini. Manual ini merupakan simbol kepada komitmen pengurusan UiTM Perak untuk membangunkan potensi para pensyarah muda serta memperluaskan peluang perkongsian pintar di kalangan pensyarah melalui kaedah mentor-menti. Adalah diharapkan agar manual ini akan menjadi panduan bagi meleraikan isu-isu berbangkit serta memberi jawapan kepada maklum balas hasil kajian. Di samping itu, ia juga diharap akan turut membantu pembangunan kerjaya setiap pensyarah. Usaha Taqwa Mulia Sekian. Profesor Ir Dr Zainab Mohamed. P.Eng Rektor Universiti Teknologi Mara (Perak) November 2013

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 5 |

    1.0 Latar Belakang

    Kecemerlangan sesebuah universiti disokong oleh kecemerlangan para

    pensyarah. Justeru, salah satu mekanisme yang dilaksanakan oleh UiTM (Perak)

    bagi merealisasikan kecemerlangan tersebut adalah melalui pembentukan

    Structured Mentoring Program (SMP).

    Program Pementoran ini dilaksanakan sebagai satu program latihan dan

    pendidikan yang terancang untuk membangunkan potensi pensyarah muda yang

    kurang pengalaman, pendedahan dan kemahiran. Program Pementoran ini

    diharap dapat menjadi sumber untuk bimbingan dan kerangka kepimpinan

    bidang profesional dan akademik yang lebih efektif seterusnya meningkatkan

    kompetensi para pensyarah.

    Program yang dibangunkan ini adalah berdasarkan daripada kajian, maklum-

    balas pensyarah UiTM Perak serta amalan-amalan terbaik beberapa buah

    universiti ternama (Emory University, Columbia University, California University

    dan Cambridge University) yang telah dimurnikan dan disesuaikan dengan

    keperluan dan objektif UiTM.

    Program ini diwujudkan untuk meningkatkan prestasi pensyarah baru melalui

    beberapa langkah utama;

    1. Pemadanan mentor dan menti yang bersesuaian;

    2. Penetapan matlamat dan objektif jangka masa pendek dan jangka masa

    panjang;

    3. Pertemuan berkala antara mentor dan menti;

    4. Penilaian berkala terhadap prestasi mentor-menti berpandukan matlamat

    yang ditetapkan; dan

    5. Maklum balas konstruktif yang berkesan.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 6 |

    2.0 Matlamat-matlamat Program Pementoran UiTM (Perak)

    2.1 Menyokong kejayaan dan kecemerlangan kerjaya di kalangan pensyarah

    baru melalui hubungan pementoran yang berstruktur dan bermatlamat.

    2.2 Menyediakan maklumat yang tepat dan cepat serta memberi bimbingan

    dan sokongan terhadap kemajuan dan kenaikan pangkat di UiTM (Perak).

    2.3 Membina satu budaya yang menghargai dan menyokong program

    pementoran, berdasarkan pengiktirafan bahawa peranan utama pensyarah

    kanan adalah untuk membimbing, membangun dan melatih generasi

    seterusnya.

    3.0 Objektif Program Pementoran UiTM (Perak)

    3.1 Objektif jangka masa pendek

    Membangunkan potensi pensyarah muda yang kurang pengalaman dan

    kemahiran dalam teknik pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan

    supaya mendapat bimbingan serta dorongan daripada pensyarah kanan

    untuk tujuan pengesahan jawatan.

    3.2 Objektif jangka masa panjang

    Memindahkan pengalaman, kepakaran dan kebolehan pengajaran dan

    pembelajaran (P&P), penulisan, inovasi, penerbitan, konsultasi dan

    penyelidikan yang berguna kepada perkembangan kerjaya pensyarah

    muda melalui perkongsian maklumat, kebolehan, kemahiran, inspirasi,

    pendedahan dan pengalaman dengan pensyarah kanan.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 7 |

    4.0 Komponen Teras Program Pementoran UiTM (Perak)

    4.1 Hal Ehwal Akademik UiTM (Perak)

    Menubuh dan mengkoordinasi program pementoran di UiTM (Perak).

    4.2 Fasilitator pementoran (KeF)

    Bertanggungjawab melaksana, menyelia dan menyelaras program

    pementoran di peringkat fakulti.

    4.3 Program pementoran One on One

    Semua pensyarah baru akan berpasangan dengan pensyarah kanan.

    4.4 Pengiktirafan untuk mentor-menti

    4.4.1 Anugerah Pementoran (Best Mentor Award & Best Menti Award).

    4.4.2 Kemajuan/kenaikan pangkat (Penyertaan pensyarah dalam program

    pementoran ini dikira sebagai salah satu aktiviti dalam Sasaran Kerja

    Tahunan (SKT) pensyarah pada tahun yang dinilai.

    4.5 Kursus dan latihan (dikendalikan oleh ILQaM)

    4.5.1 Bengkel/kursus dan seminar, penceramah jemputan, dll

    Cadangan taklimat/topik-topik/kursus yang akan dikendalikan;

    1. Sesi Orientasi Mentor-Menti;

    2. Taklimat Bagaimana untuk menjadi mentor dan menti yang

    berkesan;

    3. Penyediaan CV

    4. Penyediaan manuskrip/artikel/manual/modul;

    5. Permohonan pembiayaan penyelidikan;

    6. Keseimbangan kerjaya/kehidupan.

    4.6 Penilaian

    4.6.1 Pembentangan laporan pertemuan/pencapaian.

    4.6.2 Soal selidik program dan penilaian mentor/menti secara individu.

    4.7 Laman sesawang program pementoran

    4.7.1 Maklumat Program Pementoran, borang permohonan www.perak.uitm.edu.my/pementoran

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 8 |

    5.0 Carta Organisasi

    CARTA ORGANISASI STRUCTURAL MENTORING PROGRAM (SMP)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)

    Rajah 1: Carta Organisasi Program Pementoran Berstruktur, UiTM (Perak)

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 9 |

    6.0 Definisi Pementoran

    satu proses bimbingan dan merupakan kerangka atau panduan untuk

    kepimpinan bagi bidang profesional dan akademik yang lebih efektif

    (Aladejana A., et al, 2006).

    proses yang melibatkan seorang individu (mentor) yang berpengalaman,

    dipandang tinggi, dan memahami membimbing seorang individu lain (menti)

    dalam perkembangan dan pemeriksaan melalui penilaian mereka sendiri,

    pembelajaran dan peribadi dan perkembangan professional. Mentor

    kebiasaannya, tapi tidak semestinya, bekerja di dalam organisasi atau bidang

    yang sama seperti mentinya, membantu dengan mendengar dan bercakap

    dengan yakin kepada mentinya (Watkins dan Whalley, 1993).

    Rajah 2 : Attribut Pementoran

    [Sumber: Northcott, 2000; Oliver & Aggleton, 2002]

    7.0 Fungsi Pementoran

    7.1 Fungsi kerjaya

    Aspek-aspek dalam hubungan yang meningkatkan kemajuan dalam

    sesuatu organisasi (Azman et al, 2007) seperti membimbing,

    melindungi, berhubung, memperoleh pembiayaan.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 10 |

    7.2 Fungsi-fungsi psiko-sosial

    Aspek-aspek dalam hubungan yang meningkatkan kelayakan, identiti

    dan keberkesanan seseorang individu (Clutterbuck dan Megginson,

    1999; Azman et al, 2007) seperti menjadi role model, kaunseling,

    pengesahan, penerimaan, dan persahabatan.

    8.0 Faedah Pementoran

    8.1 Faedah untuk menti

    Dapat mempelajari sesuatu daripada pengalaman, kemahiran dan

    mencontohi cara pembelajaran mentor (membantu untuk pengesahan

    jawatan pensyarah). Mereka juga mendapat faedah daripada hubungan

    yang lebih luas dan peluang-peluang untuk bekerjasama, khidmat

    nasihat perancangan kerjaya, laluan untuk kritikan dan maklum balas

    yang jujur, nasihat tentang tanggungjawab dan keutamaan, pendedahan

    tentang peraturan-peraturan akademia yang formal dan tidak formal

    serta bantuan dalam mengembangkan kepakaran dan mendapat

    bahan-bahan yang diperlukan untuk berjaya.

    8.2 Faedah untuk mentor

    Mewujudkan sistem sokongan peribadi, maklumat dan maklum balas

    dari menti- kepuasan membantu satu sama lain, pengiktirafan (termasuk

    kenaikan pangkat), dan meningkatkan kepuasan bekerja/kerjaya.

    Secara tidak langsung, pengetahuan, pengalaman serta kemahiran

    mentor dapat dikembangkan melalui perkongsian amalan terbaik

    mereka menti

    8.3 Fakulti

    Meningkatkan produktiviti, kerjaya dan kepuasan bekerja ke tahap yang

    lebih tinggi, mengurangkan kemerosotan, dan meningkatkan kerjasama

    antara pensyarah dalam fakulti, dan seterusnya mewujudkan

    persekitaran yang lebih mesra.

    8.4 Universiti

    Mengukuhkan kualiti dan kelestariaan Kecemerlangan Akademik UiTM

    Perak.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 11 |

    9.0 Kepentingan Pementoran

    9.1 Pementoran telah terbukti berkesan untuk:

    1. Meningkatkan minat dalam kerjaya akademik (Azman et al, 2007);

    2. Mempromosikan perkembangan kerjaya dan kepuasan (Friday &

    Friday, 2002);

    3. Meningkatkan produktiviti fakulti (pementoran dikaitkan dengan

    pembiayaan dan penerbitan) (Azman et al, 2007);

    4. Menyokong prestasi kenaikan pangkat di kalangan akademia

    (ibid, 2007);

    5. Meningkatkan keberkesanan pengajaran, penyelidikan dan

    perkembangan profesional (ibid, 2007);

    6. Mengurangkan konflik antara kerjaya dan keluarga (Goldstein &

    Ford, 2002).

    10.0 Kerangka Structured Mentoring Program UiTM (Perak)

    Rajah 3 : Kerangka SMP UiTM (Perak)

    Rajah 1 menunjukkan kerangka sistem pementoran yang diamalkan di UiTM

    (Perak). Agenda/Strategi universiti hendaklah dijadikan sebagai panduan bagi

    membina strategi kemajuan pensyarah dan program pementoran UiTM (Perak).

    Amalan pementoran sama ada formal (mengikut prosedur yang ditetapkan) atau

    tidak formal (mengikut prosedur yang fleksibel) mestilah dilaksanakan untuk

    mencapai strategi pementoran UiTM (Perak). Amalan komunikasi antara mentor

    (pensyarah kanan) dan menti (pensyarah muda) adalah mekanisme yang sangat

    penting untuk memastikan proses perkongsian dan pemindahan pengetahuan,

    Agenda/Strategi UiTM

    Agenda/Strategi Kemajuan Pensyarah UiTM

    Amalan Pementoran Formal Amalan Pementoran Tidak Formal

    Strategi Pementoran Pensyarah UiTM (Perak)

    Amalan komunikasi antara mentor dan menti

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 12 |

    pengalaman, kemahiran dan kebolehan berlaku secara terancang dan memberi

    kesan positif terhadap sikap dan tingkah laku menti.

    11.0 Struktur dan Pentadbiran Program Pementoran

    Rajah 4 : Program Pementoran Berstruktur (Peranan dan Tanggungjawab)

    11.1 Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)

    Program pementoran dikoordinasikan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik.

    Peranan HEA;

    1. Menyediakan garis panduan program pementoran;

    2. Menyediakan kemudahan, latihan, kursus mahupun bengkel seperti

    Sesi Orentasi;

    3. Menyelaraskan aktiviti pelantikan, pemantauan dan penilaian seperti

    penyediaan borang penilaian dan pencapaian menti, menyediakan

    perjanjian (mentoring agreement), mengeluarkan surat pelantikan, dan

    juga memberi penghargaan kepada mentor dan menti yang berjaya

    contohnya Best Mentor/Menti Award.

    Menyediakan garis panduan program pementoran

    Menyediakan fasiliti, merancang aktiviti, latihan, kursus

    Mengkoordinasi dan menyelaras aktiviti pemantauan, dan penilaian program pementoran

    HEA

    Mengenal pasti pasangan mentor dan menti

    Memantau dan menilai aktiviti pementoran

    Mengkoordinasi dan menyelaras pertemuan mentor dan menti

    FAKULTI

    + Memindahkan pengalaman dan kepakaran: Mentor

    Menerima nasihat/perubahan: Menti

    Menggariskan sasaran (goal) yang ingin dicapai.

    Mengadakan perjumpaan berkala

    Menghasilkan perubahan make magic

    Menti

    e

    Mentor

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 13 |

    11.2 Fakulti

    Setiap jabatan akan mengenal pasti pasangan mentor dan menti yang

    bersesuaian berdasarkan bidang kepakaran dan minat mereka. Menti

    digalakkan memilih mentor mereka supaya wujud hubungan yang baik dan

    keserasian. Pihak fakulti juga bertanggungjawab menetapkan pertemuan

    antara mentor dan menti berdasarkan jadual berkala. Bagi memastikan

    program ini mencapai matlamat dan objektifnya, pihak fakulti dan HEA akan

    memantau pelaksanaan program menerusi sesi pembentangan pencapaian

    dan perkembangan menti oleh mentor (setiap 3 bulan pembentangan hasil

    akan dilaksanakan).

    11.3 Mentor dan menti

    Mentor dan menti adalah peserta yang perlu mencapai sasaran dan KPI yang

    digariskan. Mereka bertanggungjawab untuk mengadakan pertemuan berkala

    (sekurang-kurangnya sebulan sekali). Pada awal pertemuan, mereka perlu

    menetapkan sasaran yang ingin dicapai apabila menyertai program ini.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 14 |

    12.0 Proses Program Pementoran

    PROGRAM PEMENTORAN BERSTRUKTUR (SMP)

    (Proses Kerja Bermula Pada Awal Tahun)

    Rajah 5 : Carta Aliran Proses Kerja

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 15 |

    12.1 Pemilihan pasangan mentor dan menti

    12.1.1 Proses mengenal pasti pasangan mentor dan menti

    Pemilihan adalah berdasarkan kepakaran dan pengalaman. Menti

    boleh memilih mentor mereka mengikut keperluan sasaran. Mereka

    boleh memilih satu atau lebih bidang kepakaran seperti berikut:

    1. Pengajaran dan pembelajaran

    2. Penyelidikan

    3. Profesionalisma/konsultasi

    4. Inovasi

    5. Penerbitan

    Bidang pengajaran dan pembelajaran adalah wajib dan mereka boleh

    memilih salah satu bidang lagi seperti di atas.

    12.1.2 Pelantikan mentor dan menti (1 mentor :[email protected] menti)

    Surat pelantikan akan dikeluarkan oleh HEA dan cadangan pelantikan

    adalah selama 1 hingga 3 tahun.

    12.1.3 Perjanjian pementoran

    Menggariskan komitmen, tanggungjawab dan peranan mentor serta

    menti. Perjanjian ini akan disediakan oleh HEA.

    12.1.4 Penetapan sasaran (jangka masa pendek dan panjang)

    Pihak fakulti menetapkan sasaran kepada mentor dan menti. Borang

    sasaran akan disediakan oleh pihak HEA.

    Rajah 6 : Sasaran Kerjaya Pensyarah

    Kelestarian Universiti

    DM45 DM52 DM54 VK7

    6 bln 1 thn Pengesahan Jawatan (Tumpuan kepada P & P serta penyelidikan) 2 3 thn Pembangunan kerjaya

    Selepas 5 tahun 3 tahun

    Pembangunan Kerjaya

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 16 |

    Contoh: Rajah 4 menunjukkan sasaran kerjaya pensyarah dalam mencapai

    kecemerlangan universiti. Sasaran utama pensyarah bermula tahun

    pertama hingga tahun ketiga adalah untuk meningkatkan kemahiran

    pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Keperluan ini

    hendaklah dilengkapkan bagi tujuan pengesahan dalam jawatan.

    Selepas tiga tahun tumpuan pensyarah adalah pada proses

    pembangunan kerjaya mereka. Oleh itu, sasaran utama program ini

    dibahagi kepada:

    Sasaran jangka masa pendek (Sasaran utama untuk pengesahan

    jawatan)

    Dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun pertama menti boleh

    melengkapkan keperluan untuk pengesahan jawatan terutamanya

    dalam hal ehwal pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.

    Antaranya kemahiran dalam mengendalikan sesi pengajaran secara e-

    learning, pelaksanaan silibus berdasarkan sistem Outcome Based

    Education (OBE), penggunaan Jadual Spefikasi Ujian (JSU),

    penggunaan teknik pengajaran yang kreatif dan inovatif, penggunaan

    geran Dana Kecemerlangan, penyediaan cadangan penyelidikan atau

    langkah permulaan melaksanakan penyelidikan.

    Sasaran jangka masa panjang (Perkembangan Kerjaya)

    Dalam tempoh 2 hingga 3 tahun menti mendapat pengesahan

    jawatan, dapat menghasilkan kertas kerja, menubuhkan kumpulan

    inovasi (seperti KIK dan IID), memohon geran penyelidikan,

    menghasilkan log book, tugasan, atau mengambil peperiksaan untuk

    tujuan penganugerahan status profesional. Contohnya, bagi Pensyarah

    Pengurusan Hartanah mereka memperolehi Status Penilai Berdaftar

    dan menghasilkan kajian dalam jurnal berimpak dan sebagainya.

    (Lengkapkan Borang Matlamat Perkembangan Kerjaya di muka surat

    34)

    12.1.5 Taklimat/Kursus/Latihan/Bengkel Program Pementoran

    HEA (ILQAM) bertanggungjawab menyediakan kemudahan, latihan,

    kursus mahu pun bengkel. Taklimat berhubung peranan dan

    tanggungjawab mentor dan menti, garispanduan program dan objektif

    harus diadakan di peringkat awal program.

    12.1.6 Pertemuan berkala

    Pertemuan mentor dan menti hendaklah dilaksanakan sekurang-

    kurangnya sebulan sekali supaya proses latihan dan pembelajaran

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 17 |

    interaktif secara berterusan antara mentor dan menti dapat

    dilaksanakan. Menti akan menerima pandangan, nasihat, perkongsian

    pengalaman dan bimbingan khusus daripada mentor pada waktu

    pertemuan tersebut. Log perjumpaan akan disediakan oleh pihak HEA.

    (Lengkapkan Borang Log Perjumpaan SMP di muka surat 33)

    12.1.7 Pemantauan dan penilaian

    Pihak fakulti (Ketua Fakulti) hendaklah memantau pelaksanaan program

    pementoran ini. Panel penilai terdiri daripada KeF daripada setiap

    fakulti. Rajah 5 menunjukkan peringkat pembentangan laporan

    pencapaian menti. Pembentangan akan dibuat pada setiap peringkat

    dalam tempoh 3 bulan sekali. Setiap menti akan membentangkan

    perkembangan dan pencapaian matlamat mereka kepada mentor.

    Mentor pula akan membentangkan perkembangan menti mereka

    kepada KeF (fasilitator). Kemudian,KeF akan membentangkan laporan

    pencapaian program pementoran ini kepada Timbalan Rektor HEA

    (TRHEA). Akhirnya, pencapaian program tersebut akan dibentangkan

    oleh TRHEA kepada ahli pengurusan tertinggi UiTM (Perak) dalam

    Mesyuarat Eksekutif.

    Segala masalah berhubung pelaksanaan program ini akan dibincangkan

    semasa sesi pembentangan ini. Pihak HEA akan menyediakan borang

    penilaian dan pencapaian menti.

    Rajah 7 : Pembentangan laporan pencapaian menti

    (Per

    ak)Eksekutif HEA

    Fakulti

    Pembentangan menti kepada

    mentor

    UiTM (Perak)/ Mesyuarat Eksekutif

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 18 |

    12.1.8 Penghargaan

    Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mentor dan menti yang

    berjaya contoh Best Mentor Award dan Best Menti Award. Dengan

    adanya pengiktirafan ini mentor dan menti akan berusaha untuk

    mencapai tahap yang lebih baik.

    Penyertaan pensyarah dalam pementoran dicadangkan dimasukkan

    sebagai salah satu aktiviti dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

    pensyarah - pensyarah pada tahun ia dinilai.

    13.0 Skop Pementoran

    Rajah 8 : Skop Pementoran

    Perkongsian pengalaman yang mampu melahirkan pensyarah baru yang kompeten. Skop pementoran P&P adalah wajib dan boleh memilih satu bidang

    kepakaran lain

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 19 |

    13.1 Pembelajaran dan pengajaran

    1. Membimbing menti untuk mengajar dengan baik dan berkesan

    dengan menyalurkan kemahiran dan pengalaman mentor dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran kepada menti;

    2. Membimbing menti dalam pelaksanaan sesi pengajaran secara e-

    learning, melaksanaan silibus berdasarkan sistem Outcome Based

    Education (OBE) termasuklah Jadual Spefikasi Ujian (JSU), Closing

    The Loop (CDL), Continuous Quality Improvement (CQI) dll;

    3. Membimbing menti dalam pengurusan peperiksaan dan

    pemarkahan;

    4. Memperkenalkan menti tentang polisi dan agenda UiTM, peraturan

    akademik, pekeliling akademik, prosedur-prosedur dan peraturan-

    peraturan lain yang berkaitan.

    13.2 Penyelidikan/Penulisan

    1. Membantu dalam pembentukan visi dan matlamat kerjaya dan

    mengkaji hasil kerja menti termasuk kertas penyelidikan, dan

    manuskrip sebelum penghantaran ke jurnal, persidangan dan geran

    cadangan;

    2. Membantu mengenal pasti dan mendapatkan pembiayaan melalui

    bantuan komunikasi yang proaktif one-on-one secara penulisan

    dan lisan. Membimbing menti menghasilkan cadangan penyelidikan,

    dan membimbing menti memohon geran. Sekiranya cadangan

    penyelidikan atau geran tidak diterima, mentor perlu membaca

    ulasan-ulasan yang dinyatakan dan membimbing menti untuk

    memperbaikinya sebelum diserahkan kepada organisasi terbabit.

    13.3 Inovasi

    1. Membimbing menti menubuhkan kumpulan inovasi (seperti KIK dan

    IID);

    2. Menggalakkan menti menghasilkan idea inovasi yang kreatif.

    13.4 Penulisan

    Membimbing menti menghasilkan modul pengajaran, manuskrip,

    penulisan buku dan sebagainya.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 20 |

    13.5 Profesionalisma

    Membimbing menti menghasilkan log book, tugasan, atau mengambil

    peperiksaan untuk tujuan penganugerahan profesional contohnya bagi

    Pensyarah Pengurusan Hartanah mereka memperolehi Status Penilai

    Berdaftar.

    14.0 Garis Panduan Pementoran

    14.1 Pemilihan mentor dan menti

    1. Setiap jabatan mempunyai fleksibiliti dalam menentukan siapa yang

    perlu mempunyai mentor. Semua pensyarah muda (sebagai menti)

    hendaklah diletakkan di bawah tanggungjawab pensyarah kanan

    (sebagai mentor) untuk memberikan bimbingan intelektual dan

    kerjaya, serta sokongan social;

    2. Pasangan mentor/menti seharusnya bersetuju pada no-fault

    conclusion bagi hubungan mereka tidak kira daripada permintaan

    mana-mana pihak. Matlamat pasangan mentor dan menti adalah

    berdasarkan persetujuan bersama dan boleh berubah (jika perlu)

    setelah matlamat-matlamat dan keperluan-keperluan baharu dikenal

    pasti;

    3. Pasangan mentor dan menti akan ditentukan berdasarkan

    keperluan menti dan kekuatan mentor. Mentor boleh memilih dua

    menti untuk skop yang sama. Contohnya, skop penyelidikan: menti

    A dan B. Menti boleh memilih dua mentor bagi bidang yang berbeza

    (jika perlu) contoh bidang pengajaran dan pembelajaran (wajib);

    mentor A dan satu lagi skop adalah penyelidikan; mentor B.

    14.1.1 Pemilihan mentor

    1. Mentor hendaklah terdiri daripada pensyarah kanan yang telah

    berkhidmat lebih daripada 5 tahun;

    2. Mentor hendaklan mudah memberi dorongan dan sokongan, motivasi

    yang baik, berkeyakinan mempunyai nilai kerja dan organisasi yang

    baik berkeyakinan, baik, mencipta nilai dan memberi nilai tambahan;

    3. Mempunyai kualiti keperibadian yang baik seperti berdisiplin, daya

    kepimpinan serta kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik;

    4. Mempunyai minat untuk meningkatkan mutu, kreativiti, inovasi dalam

    pengajaran dan pembelajaran, minat dalam penyelidikan, penulisan

    dan lain-lain;

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 21 |

    5. Bagi pemilihan mentor untuk skop professionalism, mentor hendaklah

    dikalangan professionalism berdaftar seperti penilai berdaftar,

    perancang berdaftar, juru ukur berdaftar dan sebagainya;

    6. Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib.

    14.1.2 Pemilihan menti

    Melibatkan semua pensyarah muda yang baru dilantik (Berkhidmat kurang

    daripada 5 tahun)

    14.2 Peranan mentor

    1. Bertanggungjawab membimbing menti untuk memahami

    tanggungjawab sebagai pensyarah;

    2. Mengenal pasti dan menilai apa yang boleh mentor lakukan kepada

    menti;

    3. Menjelaskan jangkaan kepada menti tentang sejauh mana mentor

    boleh memberikan panduan mengenai isu peribadi dan juga isu

    professional seperti nasihat mengenai bagaimana mengimbangi

    masa untuk kerjaya dan keluarga;

    4. Memastikan kritikan (dan juga pujian) diberikan apabila diperlukan

    dan memastikan mentor memberikan cadangan terperinci untuk

    penambahbaikan;

    5. Membimbing menti dalam proses pembelajaran dan pengajaran

    seperti pelaksanaan e-learning, ISIS, Justifikasi Ujian (JSU), OBE,

    hal ehwal peperiksaan, pemarkahan, dan sebagainya;

    6. Membantu menti untuk memahami dan mematuhi peraturan,

    pekeliling, polisi dan agenda UiTM;

    7. Membantu menti untuk menggunakan kemudahan dan sokongan

    yang tersedia di UiTM untuk meneruskan perkembangan kerjaya

    (seperti dana untuk menghadiri persidangan atau bengkel,dana

    untuk melaksanakan penyelidikan, industrial attachement dll);

    8. Berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 22 |

    14.3 Model Kemahiran Mentor

    Rajah 9 : Model Kemahiran Mentor

    [Sumber: Young & Perrewe, 2000]

    14.4 Tips untuk mentor

    1. Buat pertukaran CV dengan menti untuk meransang perbincangan

    mengenai perjalanan kerjaya dan sebarang kemungkinan;

    2. Memupuk pencapaian dengan memberi komen yang membina,

    pujian dan memberi maklum balas spontan;

    3. Menggunakan pengetahuan, kepakaran, kemahiran dan

    pengalaman yang ada untuk membantu menti membina kekuatan

    mereka;

    4. Berkongsi maklumat tentang aktiviti-aktiviti penting universiti dan

    aktiviti profesional yang perlu dihadiri oleh menti;

    5. Melaksanakan perjumpaan secara berkala (satu kali sebulan) bagi

    membincangkan matlamat dan kaedah/usaha untuk mencapai

    matlamat/objektif tersebut serta membincangkan hal-hal kerjaya dan

    aktiviti menti;

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 23 |

    6. Memberikan komitmen dengan menghubungi menti sekerap yang

    mungkin untuk menunjukkan bahawa mentor prihatin terhadap

    kerjaya menti;

    7. Berbincang pencapaian tahunan bersama menti untuk

    dibentangkan kepada KeF dalam Mesyuarat Pembentangan

    Pencapaian Menti yang akan diadakan pada setiap 3 bulan;

    8. Menyemak laporan sebelum dihantar ke fakulti;

    9. Memaklumkan kepada fakulti/HEA jika ada sebarang masalah

    dalam melaksanakan program pementoran.

    14.5 Peranan menti

    1. Menerima bimbingan dan nasihat;

    2. Menyediakan satu senarai pendek berkenaan matlamat/sasaran kerjaya

    jangka panjang dan jangka pendek;

    3. Bertanggungjawab untuk merancang pertemuan dengan mentor melalui

    penetapan temu janji;

    4. Mewujudkan matlamat melalui perbincangan bersama mentor, dan

    mengenal pasti kekuatan yang dimiliki serta kemahiran yang diperlukan

    untuk mencapai matlamat tersebut;

    5. Memberi komitmen terhadap pertemuan yang ditetapkan dan memastikan

    tindakan yang dipersetujui dengan mentor pada pertemuan terdahulu telah

    diselesaikan;

    6. Menghargai masa dan tenaga mentor dan menggunakannya dengan

    sebaik mungkin;

    7. Bersikap terbuka dan jujur. Membenarkan mentor memberi cabaran

    membina dan bersikap terbuka menerima pandangan mentor. Selain itu,

    memberi maklum balas mengenai norma dan kualiti bimbingan yang

    diberikan oleh mentor.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 24 |

    14.6 Perkara yang perlu dilakukan dan perlu dielakkan oleh menti

    Lakukan Elakkan

    Ambil inisiatif

    Menghormati masa mentor

    Beritahu agenda dan matlamat

    sebelum pertemuan

    Perjelaskan matlamat dan

    jangkaan

    Rajin bertanya mentor terutamanya

    berhubung dengan peraturan,

    pekeliling, prosedur, polisi UiTM dll

    Menerima teguran mentor secara

    positif dan berubah untuk kebaikan

    Mengemaskini CV dll.

    Menjadi pasif-jangan tunggu

    mentor memulakan interaksi

    Lewat, tidak tepati temu janji

    Kekal dalam zon selesa

    Kekal dalam perhubungan

    pementoran sedangkan ia

    tidak membantu

    14.7 Tips untuk menti

    1. Menunjukkan inisiatif dalam perancangan kerjaya: Menulis pernyataan

    peribadi mengenai falsafah pendidikan, buat pertukaran dengan mentor

    untuk perbincangan;

    2. Mencari peluang untuk mempelajari bagaimana universiti beroperasi, dan

    merebut peluang yang ada seperti geran penyelidikan, persidangan dll;

    3. Pekai bahawa kejayaan bukan hanya penting untuk diri sendiri, tetapi juga

    untuk universiti, jabatan dan fakultii. Apabila cemerlang pensyarah maka

    akan cemerlanglah UiTM kerana pensyarah adalah aset kepada universiti;

    4. Menjadikan pertemuan berkala dengan mentor sesuatu yang penting dan

    mengambil peluang dengan menggunakan emel dan telefon untuk

    berhubung secara tidak formal;

    5. Bersedia untuk meminta bantuan dan menerima bimbingan;

    6. Menghubungi fakulti/HEA jika mempunya sebarang soalan serta masalah

    mengenai program ini;

    7. Mewujudkan hubungan yang baik dengan staf baru di jabatan sendiri dan

    juga dari jabatan dan fakulti lain;

    8. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada untuk menyokong dan

    mengukuhkan pengajaran dan penyelidikan.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 25 |

    14.8 Kekerapan pertemuan mentor-menti

    Komunikasi adalah penting untuk meningkatkan pertukaran dan perkongsian

    pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dalam program pementoran (Fiske,

    1992; Berscheid, 1994; Young & Perrewe, 2000). Oleh itu, untuk mencapai

    matlamat program pementoran ini, semua pasangan mentor-menti perlu

    membuat pertemuan rasmi sekurang-kurangnya sebulan sekali. Semasa

    pertemuan ini, matlamat-matlamat jangka pendek (6 bulan-1 tahun), perlu

    dibincangkan dan mula mengatur startegi untuk mencapai matlamat tersebut.

    Selain itu, halangan terhadap pencapaian matlamat-matlamat ini perlu dikenal

    pasti dan perlu diatasi secara proaktif. Perbincangan pada pertemuan-

    pertemuan tersebut juga perlulah berkisar tentang isu-isu yang dibawa oleh

    menti berkaitan penyelidikan, pengajaran, penulisan, hubungan akademik,

    dan kemudahan asas. Semasa pertemuan tersebut, mentor perlulah

    memberikan maklum balas yang aktif, galakan, kritikan yang membina serta

    berkongsi kemahiran dan pengalaman kerjaya dengan menti.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 26 |

    15.0 Borang Permohonan dan Perjanjian

    15.1 Borang Permohonan Mentor

    Nama : ____________________________________________ Jawatan : ________________________ No. Telefon : ________________________ Fak : ________________________ Jabatan : _____________________________________________ _____________________________________________ Alamat Emel : _____________________________ Tahun berkhidmat di UiTM : _____________________________ Jawab soalan-soalan di bawah untuk menentukan menti anda.

    Kelayakan Akademik

    Bidang kemahiran anda

    (spt Housing Development, Fashion

    Design, Fashion Ilustration, Building

    Technology, dll)

    Pengalaman dalam perkhidmatan

    1)Pengajaran & Pembelajaran: ________ tahun 2)Penyelidikan: ________ tahun Bidang____________________________________ Geran ____________________________________ 3)Penulisan/penerbitan:________________________ (Buku, artikel, manuskrip dll) 4) Profesionalisma: ___________________________ (Penilai Berdaftar, Perancang, Jurutera, Akauntan bertauliah, dll) 5) Inovasi : __________________________________

    Sila nyatakan kelebihan anda sebagai

    mentor (contoh: teknik pengajaran;

    pengurusan masa; professionalisma,

    penyelidikan, inovasi dll.).

    Sila nyatakan kriteria-kriteria

    pensyarah pilihan anda yg mungkin

    berpotensi untuk menjadi menti (i.e.,

    jantina, bangsa, bidang, dll). Adakah

    anda mahukan menti daripada

    jabatan yang sama ataupun jabatan

    yg berbeza?

    Sekiranya anda telah memilih menti

    anda, sila nyatakan nama dan jabatan

    menti anda di bawah:

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 27 |

    15.2 Borang Permohonan Menti

    Nama : _____________________________________________

    Jawatan : ________________________ No Telefon : ________________________ Faks : ________________________ Jabatan : _____________________________________________ `____________________________________________ Alamat Emell : _____________________________ Tahun berkhidmat UiTM : _____________________________ Jawab soalan-soalan di bawah bagi membantu kami untuk menentukan mentor anda

    Kelayakan Akademik

    Bidang kemahiran anda (spt Housing Development, Fashion Design, Fashion Ilustration, Building Technology, dll)

    Pengalaman dalam perkhidmatan

    1)Pengajaran & Pembelajaran: ________ tahun 2)Penyelidikan: ________ tahun Bidang____________________________________ Geran ____________________________________ 3)Penulisan/penerbitan:________________________ (Buku, artikel, manuskrip dll) 4) Profesionalisma: ___________________________ (Penilai Berdaftar, Perancang, Jurutera, Akauntan bertauliah, dll) 5) Inovasi : __________________________________

    Setiap mentor/menti akan bersetuju dengan pelan kerjasama antara mentor dan menti. Sila nyatakan 2 bidang yang anda rasakan mentor anda dapat membantu anda.

    Sila nyatakan kriteria-kriteria pilihan anda mengenai pensyarah yang mungkin berpotensi menjadi mentor anda (i.e., jantina, bangsa, kepakaran, dll). Andakah anda mahukan mentor daripada jabatan yang sama ataupun daripada jabatan yang berbeza?

    Sekiranya anda telah memilih mentor anda, sila nyatakan nama dan jabatan mentor anda di bawah:

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 28 |

    15.3 Perjanjian Mentor

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 29 |

    16.0 Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pementoran Pertemuan Pertama

    Pada pertemuan kali pertama, menti perlu menyenaraikan matlamat-matlamat

    kerjaya serta berbincang mengenai harapan dan jangkaan daripada program

    pementoran.

    16.1 Senarai semak pertemuan pertama

    16.1.1 Mengenali antara satu sama lain

    1. Berkongsi maklumat mengenai kehidupan peribadi dan professional

    mentor/menti;

    2. Belajar sesuatu yang baru mengenai menti/mentor.

    16.1.2 Mewujudkan garis panduan

    1. Bila dan di mana kita akan berjumpa?

    2. Bagaimana kita menjadualkan perjumpaan antara kita?

    3. Bagaimana cara kita berinteraksi di antara perjumpaan terdahulu

    sebelum perjumpaan yang berikutnya?

    4. Apakah agenda yang akan diguna pakai oleh kita?

    5. Adakah sesuatu agenda tetap yang akan dibincangkan di setiap

    perjumpuan kita?

    6. Bagaimana kita akan bertukar maklumbalas?

    7. Bagaimana kita mengukur kejayaan?

    16.1.3 Perjanjian Pasangan Mentor-Menti

    1. Mengkaji perjanjian pasangan mentor-menti, membuat

    pengubahsuaian jika perlu dengan menanda tangani dan membuat

    pertukaran;

    2. Mengkaji matlamat-matlamat daripada hubungan pementoran.

    16.1.4 Mengesahkan Langkah-langkah Seterusnya

    Penjadualan tarikh, masa dan tempat untuk seterusnya.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 30 |

    17.0 Mengaturkan Pertemuan Permulaan

    17.2.1 Permulaan bagi temujanji pertama

    Menti Mentor

    Mengaturkan temujanji

    Menjadualkan pertemuan pertama.

    Ambil langkah untuk menjadualkan

    temujanji pertama bersama mentor,

    dengan peruntukan kurang-kurangnya

    60 minit. Tujuan utama pertemuan ini

    adalah untuk sesi suai kenal dan juga

    untuk membuat perancangan tentang

    matlamat program pementoran ini.

    Tindakbalas kepada permohonan

    temujanji. Menti dikehendaki

    menghubungi mentor untuk

    mengaturkan pertemuan selama 60

    minit atau lebih. Walau

    bagaimanapun, jika mentor tidak

    dihubungi oleh menti selama

    sebulan setelah dipasangkan,

    mentor perlu menghubungi menti

    untuk menetapkan pertemuan.

    Tujuan utama pertemuan ini adalah

    untuk sesi suaikenal dan juga untuk

    membuat perancangan untuk

    mencapai matlamat program

    pementoran.

    Bertindakbalas terhadap matlamat perhubungan

    Memperjelaskan kemahuan dan

    keperluan anda.

    Kenalpasti matlamat peribadi dan

    profesional dalam hubungan

    pementoran. Pertimbangkan apa yang

    paling ingin dipelajari, dan sediakan

    senarai soalan untuk diutarakan

    kepada mentor. Menti boleh fokus

    kepada P&P, profesionalisma,

    penulisan, pengurusan masa dan

    penerbitan, bergantung kepada

    matlamat yang digariskan. Bersikap

    realistik.

    Kenal pasti nilai dan had

    perhubungan.

    Dalam pertemuan pertama, menti

    perlu berkongsi keperluan dan

    matlamat beliau.

    Ingat:

    Mentor tidak semestinya

    memenuhi semua keperluan

    menti

    Mempertimbangan langkah-

    langkah yang proaktif untuk

    memberikan bimbingan,

    dorongan dll.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 31 |

    Membuat draf matlamat pensyarah

    Menetapkan matlamat kerjaya

    perhubungan pementoran. salinan darf

    ini perlu dibawa semasa pertemuan

    pertama bersama mentor anda.

    Akur bahawa perubahan

    terhadap gaya dan pendekatan

    menti melalui bimbingan mentor

    adalah keputusan beliau sendiri.

    Kongsi pengalaman profesional

    Menghantar CV kepada mentor dan

    menetapkan temujanji. Seminggu

    sebelum pertemuan, salinan CV anda

    perlu dihantar kepada mentor.

    Meneliti CV menti. Sebelum

    pertemuan, menti perlu menghantar

    salinan CV beliau. CV menti perlu

    dibaca dan diteliti sebelum

    pertemuan pertama dan dapat

    difikirkan kaitan mengenai

    pengalaman dan kehendak menti

    dengan dan kehendak anda.

    17.2.2 Pertemuan pertama

    Berikut adalah contoh agenda dalam pertemuan pertama. Pastikan pada

    pertemuan ini, pasangan mentor/menti membincangkan matlamat menti.

    Menti Mentor

    Pengenalan

    dan bertukar-

    tukar CV

    (15 min)

    Berkongsi pengalaman

    profesional dan latar

    belakang akademik.

    Berkongsi pengalaman,

    terutamanya yang relevan

    dengan pengalaman dan

    aspirasi menti.

    Kaji matlamat

    (15 min)

    Berkongsi matlamat untuk

    perkembangan profesional

    dan perhubungan

    pementoran.

    Mengkai matlamat yang

    dapat anda bantu, dan

    jelaskan strategi yang akan

    digunakan.Beritahu menti jika

    ada perkara yang tidak dapat

    dibantu dan tunjukkan beliau

    sumber alternatif.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 32 |

    Perhalusi

    matlamat dan

    cipta strategi

    (15 min)

    Berbincang bersama mentor

    mengenai matlamat yang

    anda boleh usahakan

    bersama, dan langkah-

    langkah permulaan yang

    perlu. Tentukan fokus untuk

    pertemuan yang seterusnya.

    Memilih bersam menti

    beberapa matlamat dan

    langkah-langkah pertama.

    Wujudkan

    masa

    pertemuan

    (10 min)

    Berbincang tentang masa,

    tarikh, dan tempat

    pertemuan.

    Rancang untuk bertemu

    selama 60 minit, sekurang-

    kurangnya sekali sebulan.

    Berbincang bersama menti

    kaedah untuk berhubung (e-

    mail, pertemuan di pejabat,

    dll) dan juga keberadaan

    anda. Berbincang dengan

    mereka mengenai apa-apa

    halangan; (jangan membuat

    tanggapan bahawa mereka

    tidak mempunyai pilihan

    sendiri)

    Akhir

    pertemuan

    (5 min)

    Menyatakan penghargaan

    anda kepada mentor

    Berterima kasih kepada

    mentor untuk masa dan

    usaha beliau. Rumuskan apa

    yang akan dilakukan sebagai

    tindakan susulan, dan apa

    yang bakal dibincangkan

    dalam pertemuan yang

    seterusnya.

    Menilai dan mengesahkan

    komitmen anda bersama

    menti.

    17.2.3 Tindakan susulan dan pertemuan seterusnya

    Menti bertanggungjawab untuk menetapkan pertemuan-pertemuan

    seterusnya. walau bagaimanapun, jika mentor tidak mendapat khabar

    dari menti dalam beberapa minggu, mentor perlu hubungi menti bagi

    mengekalkan momentum perhubungan.

    Pada setiap pertemuan, mentor hendaklah mengkaji kemajuan terhadap

    matlamat kerjaya menti. Ia sewajarnya dilakukan pada awal setiap

    pertemuan.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 33 |

    17.2.3.1 Laporan pertemuan mentor-menti

    Agenda perbincangan dalam setiap pertemuan hendaklah dicatat dalam

    Borang A dan Borang B seperti berikut;

    Borang Log Perjumpaan SMP

    Tarikh:

    Perkara yang dibincangkan (e.g. P & P, kajian, isu penerbitan, mengimbangi

    kerjaya dan kehidupan, isu peribadi):

    Perbincangan Matlamat:

    Tindakan:

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 34 |

    Borang Matlamat Perkembangan Kerjaya

    Matlamat Jangkamasa Pendek (6 bulan-1 tahun)

    Senaraikan matlamat profesional untuk tahun mendatang. Bersikap spesifik

    seboleh yang mungkin, dan tunjukkan bagaimana anda akan membuat

    penilaian sekiranya matlamat dikecapi. Bincangkan dengan mentor anda

    mengenai strategi yang akan digunakan untuk mencapainya, dan bagaimana

    mentor anda dapat membantu.

    1. Matlamat:

    Hasil yang dijangka:

    2. Matlamat:

    Hasil yang dijangka:

    3. Matlamat:

    Hasil yang dijangka:

    ( cth: Lengkapkan penyelidikan untuk pengesahan jawatan, hantarkan

    penyelidikan tersebut kepada journal; manual penulisan dll)

    Matlamat Jangkamasa Panjang (2-3 Tahun)

    Senaraikan matlamat profesional untuk 2-3 tahun ke hadapan. Sekali lagi,

    bersikap spesifik dan tunjukkan bagaimana anda akan membuat penilaian

    sekiranya matlamat dikecapi.

    1. Matlamat:

    Hasil yang dijangka:

    2. Matlamat:

    Hasil yang dijangka:

    3. Matlamat:

    Hasil yang dijangka:

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 35 |

    18.0 Penutup

    Program pementoran ini merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan,

    sokongan dan bantuan kepada pensyarah muda melalui penerapan elemen

    psikologi dan kaunseling secara profesional yang diberikan oleh mentor. Ianya

    bertujuan untuk meningkatkan kompetensi profesional, pembangunan budaya,

    peribadi dan sosial bagi pensyarah lantikan baru. Setiap pensyarah kanan perlu

    membimbing para -pensyarah muda dalam usaha melahirkan generasi pensyarah

    yang cemerlang.

    Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada

    orang lain(Sabda Nabi Muhammad SAW).

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 36 |

    Rujukan

    Aladejana, A., Aladejana,F. dan Ehindero, S. (2006). An analysis of mentoring relationships among teachers: A case study of Obafemi Awolowo University, Ile-Ile, Nigeria.International Journal of Evidence Based Coaching and Mentoring, 4(1), 20-30.

    Azman Ismail, Kamsiah Hasbullah dan Rizal Abu Bakar (2007), Kesan pemindahan

    pengetahuan, kemahiran dan kebolehan ke atas amalan komunikasi dalam sistem mentoring di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22, 133160

    Berscheid, E. (1994). Interpersonal relationship. Annual Review of Psychology, 45, 79129

    Clutterbuck, D. dan Megginson, D. (1999), Mentoring Executives & Directors,

    Butterworth-Heinemann, Oxford. Fiske, A. P. (1992). The four elementary forms of sociality: Framework for a unified

    theory of social relations. Psychological Review, 99, 689723 Friday, E. dan Friday, S. S. (2002). Formal mentoring: Is there a strategic fit?

    Management Decision, 40(2), 152157. Goldstein, I. L. dan Ford, J. K. (2002). Training in organizations. Wadsworth:

    Thomson Learning.

    Northcott, N. (2000). Mentoring in nursing. Nursing Management, 7(3), 3032. Nunally, J. C. dan Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory. New York: McGraw-

    Hill. Oliver, C. dan Aggleton, P. (2002). Mentoring for professional development in health

    promotion: A review of issues raised by recent research. Health Education, 102(1), 3038.

    Watkins, C. dan Whalley, C. (1993) "Mentoring Beginner Teachers - Issues for

    Schools to Anticipate and Manage" in School Organisation, 13(2), pp. 129-138. Carfax Publishing Company, Abingdon: Oxon

    Young, A. M. dan Perrewe, P. L. (2000). The exchange relationship between mentors

    and proteges: The development of a framework. Human Resource Management, 10(2), 177209.

  • UiTM (PERAK) | MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP)

    HAL EHWAL AKADEMIK | Universiti Teknologi MARA (Perak) 37 |

    JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMEN MANUAL PEMENTORAN PENSYARAH (MaPP), UiTM (PERAK)

    PENASIHAT I Prof. Ir. Dr. Hajah Zainab Mohamed Rektor, UiTM (Perak) PENASIHAT II Prof. Madya Dr. Sr. Md. Yusof Hamid Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM (Perak) PENULIS UTAMA Sr. Dr. Thuraiya Mohd Koordinator Pembangunan dan Pengurusan Akademik, UiTM (Perak) SETIAUSAHA Mohd Rafizi Rahmad Penolong Pendaftar Kanan, Hal Ehwal Akademik, UiTM (Perak) RUJUKAN BAHASA Noraziah Azizan Koordinator Pusat Pengajian Bahasa UiTM (Perak) REKABENTUK DAN GRAFIK Nurul Akla Ahmad Khalil Juruteknik Komputer Kanan, Hal Ehwal Akademik, UiTM (Perak)