udang galah103.8.163.254/document/upload/zajj6lmifkovjujuzv1chwaihhmkn2… · peladang yakin bahawa...

Download Udang Galah103.8.163.254/document/upload/Zajj6LMiFKOVjUJuZv1CHwaIHHMKn2… · Peladang yakin bahawa projek ternakan udang galah boleh dikormesialkan lagi, pada tahun 2003 hingga tahun

If you can't read please download the document

Upload: phamlien

Post on 06-Feb-2018

280 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 6

    Berita Transformasi Pertanian

    Lahir Peladang Progresif 7

    http

    ://w

    ww.

    lpp.

    gov.m

    y

    Lahir Peladang Progresif

    Oleh : Shahzunizam bin [email protected]

    Permintaan yang baik disamping harga pasarannya yang agak tinggi menjadikan ternakan udang galah diantara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir. Harga pasaran udang hidup telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada akhir tahun 80-an kepada sekitar RM38/kg hinggalah RM40/kg (harga pemborong). Pengurusan ternakan udang galah adalah mudah dan jarang diserang penyakit serta jangkamasa ternakan yang agak singkat. Udang galah boleh diternak secara sejenis atau monokultur/polikultur dengan ikan atau secara ternakan bersepadu bersama itik, lembu dan lain-lain. Ini juga menjadi ternakan udang galah salah satu bidang penternakan yang boleh menjadi pemacu menjana pendapatan Negara.

    Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii, adalah organisma iklim tropika dan hampir tropika yang merupakan haiwan asli kawasan Indo-Pasifik, iaitu kawasan antara benua India, Bangladesh, Republik

    Myanmar, Sri Lanka hingga ke Indo-China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina dan kepulauan Pasifik Selatan. Di Malaysia udang galah hidup di air tawar dan air payau seperti sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang biasanya mempunyai hubungan air dengan laut yang terbatas di kawasan perairan yang tidak tercemar serta di kolam ternakan.

    Di atas beberapa faktor yang berkesesuaian, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pilah Negeri Sembilan telah memilih untuk menceburi bidang ternakan udang galah. PPK yang diterajui oleh Encik Wira bin Ismail telah memulakan projek udang galah pada tahun 2001. Projek yang terletak di Kampung Seri Pilah, Mukim Pilah Kuala Pilah ini telah dipilih sebagai tempat sesuai untuk memulakan projek ternakan udang galah. Projek ini dijalankan di atas tanah sawah terbiar yang dimiliki oleh beberapa penduduk kampung yang telah di sewa oleh PPK selama 10 tahun dan akan berakhir pada tahun 2011. Diantara kelebihan tapak projek ini adalah kerana kolam yang dibina adalah berdekatan dengan punca air yang bersih iaitu daripada Empangan Sungai Gachong.

    Udang GalahSumber Pendapatan PPK

    7

    http

    ://w

    ww.

    lpp.

    gov.m

    y

    Lahir Peladang Progresif

  • 8

    Berita Transformasi Pertanian

    Lahir Peladang Progresif 9

    http

    ://w

    ww.

    lpp.

    gov.m

    y

    Lahir Peladang Progresif

    Pihak pengurusan PPK Pilah rasa bersyukur kerana pada tahun 2001 Lembaga Pertubuhan Peladang telah memberi peruntukan sebanyak RM100,000 didalam menaiktarafkan infraskutur kolam, bangunan, bekalan elektrik, sistem perairan untuk saluran air keluar dan masuk yang mengunakan paip jenis P.V.C. dan pengguna paddle wheel yang di kawal secara automatik serta peralatan lain. Pada tahun 2002, Lembaga Pertubuhan Peladang telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 sebagai tambahan kepada PPK bagi membina kemudahan prasarana serta pembelian anak benih udang untuk pembangunan pada Fasa 1.

    Tidak hanya setakat itu, Lembaga Pertubuhan Peladang yakin bahawa projek ternakan udang galah boleh dikormesialkan lagi, pada tahun 2003 hingga tahun 2010, PPK telah disalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM322,000 untuk membangunkan projek udang galah pada Fasa 2 bagi membangunkan 11 buah kolam berserta kemudahan yang diperlukan. Peruntukan ini juga melibatkan pembelian anak benih dan makanan udang. Ia merangkumi peralatan tambahan dan pagar keselamatan untuk mengelakkan serangan binatang liar seperti biawak dan memerang. Sehingga tahun 2010, PPK telah memiliki 18 buah kolam yang berkeluasan 5.46 hektar yang keseluruhannya telah beroperasi.

    PPK mendapatkan bekalan input benih udang galah daripada Manjung Aquabest Hatchery, Lumut Perak. Benihbenih udang galah yang sihat akan dihantar oleh pembekal melalui lori yang disewa khas oleh PPK. Benih yang diterima adalah mengikut kriteria dan syarat yang telah ditetapkan seperti pemilihan dan pembelian benih dari Hatchery yang dijamin oleh Jabatan. Benih yang diterima dalam keadaan post larva yang aktif. Pembekal juga dapat memberi jaminan bahawa ia bebas daripada penyakit dan yang paling utama benih udang galah daripada induk yang berkualiti.

    Pada peringkat permulaan sebelum benih udang galah dilepaskan kedalam kolam ia perlu dimasukkan kedalam kolam didik selama sebulan. Saiz benih udang galah ini adalah hanya berukuran 1 mm hingga 2 mm. Udang galah ini akan diberi makan palet (stater) yang mempunyai kandungan protein sebanyak 32% pada sebelah pagi dan petang bergantung kepada berat badan udang dan bilangan stok yang dilepaskan. Ia juga akan dijaga rapi agar tumbesaran mengikut masa yang dikehendaki oleh pengurusan PPK sebelum ia boleh dilepaskan ke kolam besar. Penjagaan benih udang galah ini adalah amat rumit sekali pada masa ini kerana kebersihan air dan kitaran udara didalam kolam didik perlu diselenggara dengan baik agar peratus kematian adalah rendah.

    8

    Berita Transformasi Pertanian

    Lahir Peladang Progresif

  • 8

    Berita Transformasi Pertanian

    Lahir Peladang Progresif 9

    http

    ://w

    ww.

    lpp.

    gov.m

    y

    Lahir Peladang Progresif

    Setelah benih udang galah ini benar cukup masa dan sihat, pihak pengurusan akan melepaskannya kedalam kolam besar. Setiap kolam akan dilepaskan sebanyak 9000 ekor hingga 18000 ekor yang bergantung kepada saiz dan keluas kolam. Statistik benih udang galah yang dilepaskan juga berbeza untuk kolam Fasa 1 dan Fasa ke-2 iaitu 10 hingga 19 ekor untuk 1 meter persegi. Pada masa ini, benih udang galah akan diberikan makanan palet pembesaran iaitu mempunyai kandungan protein sebanyak 28%. Makanan tambahan juga akan diberikan seperti jagung halus bagi mempercepatkan tumbesaran benih udang galah di dalam kolam tersebut. Makanan untuk benih udang galah ini hendaklah senantiasa mencukupi kerana apabila benih udang galah kekurangan makanan ia akan cuba membunuh benih udang galah yang lain untuk dijadikan makanannya.

    Berikut adalah jadual kadar peratusan makanan yang diberikan kepada udang galah mengikut umur.

    Jenis Makanan Umur Udang Purata Berat Ekor /gm Peratus Hidup Peratus Kadar Makan

    Permulaan Penebaran 0.01 100 100

    Permulaan Bulan pertama 0.2-1.0 95 10-20

    Permulaan Bulan Ke-2 2.0-6.0 90 6-10

    Tumbesaran Bulan Ke-3 10-15 80 3-4

    Tumbesaran Bulan Ke-4 26-28 60 2

    Tumbesaran Bulan Ke-5 34-37 50 2

    9

    http

    ://w

    ww.

    lpp.

    gov.m

    y

    Lahir Peladang Progresif

  • 10

    Berita Transformasi Pertanian

    Lahir Peladang Progresif 11

    http

    ://w

    ww.

    lpp.

    gov.m

    y

    Lahir Peladang Progresif10

    Berita Transformasi Pertanian

    Lahir Peladang Progresif

    PPK Pilah telah memilih satu kaedah didalam menentukan kadar hidup udang galah di setiap kolam dengan mengutip bilangan udang yang mati setiap hari dan ditolak dari bilangan asal bilang yang dilepaskan untuk mengetahui peratusan hidup udang galah pada setiap kolam yang diternak. Selain itu, penentuan kadar tumbesaran udang juga akan diambil kira melalui tangkapan jala secara rawak dan ditimbang. Ini adalah untuk mendapat purata berat badan udang bagi setiap ekor.

    Udang galah akan dituai apabila mencapai usia 150 hari hingga 160 hari. Pihak pengurusan akan mengambil contoh udang galah 30 ekor hingga 40 ekor untuk sekilogram yang bersaiz 4 inci sebelum keseluruhan kolam tadi dituai. Pihak pengurusan juga akan menggunakan jaring dan ditarik 1 atau 2 kali sahaja. Selepas itu, air kolam tersebut akan dikeringkan. Setelah udang tadi di tarik, proses pengutipan dan pengredan di lakukan dengan menggunakan bakul.

    Ciri-ciri udang-udang yang berkualiti adalah

    Berat : 30-40 gram. Warna : menarik dan tiada tompokan. Bentuk : bentuk badan seakan-akan bulat. Sisik : tidak tanggal. Sirip : baik dan tidak rosak. Isi : pejal. Insang : kemerahan dan tidak rosak. Tiada penyakit. Peratus badan udang melebihi 50% berbanding

    keseluruhan udang.

    Harga udang galah yang mati dan yang masih hidup serta saiznya juga akan berbeza. Pihak PPK juga menerima tempahan udang galah hidup daripada pengusaha tempatan untuk kolam memancing iaitu dari Daerah Batu Pahat dan Tangkak, Johor. Sehingga pada Jun 2010, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pilah telah dapat mengeluarkan hasil sebanyak 1.8 m/tan yang dianggarkan berjumlah RM65,299.28 dan mencapai keuntungan sebanyak RM12,582.76.

    PPK juga berharap, projek ini akan terus maju dan kukuh pada masa hadapan. Ini juga dapat membakar semangat kepada usahawan muda yang mahu mulakan projek ini walaupun modal yang tinggi tetapi semangat yang jitu dan terus berusaha akan membawa kejayaan pada suatu hari. Kepada sesiapa yang ingin membeli dan mendapat keterangan lanjut boleh menghubungi Pertubuhan Pertubuhan Kawasan Pilah di talian 06-4811 331.

  • 10

    Berita Transformasi Pertanian

    Lahir Peladang Progresif 11

    http

    ://w

    ww.

    lpp.

    gov.m

    y

    Lahir Peladang Progresif

    Oleh: Mohd Hafizatul Akmal bin IshakPPK Paya, [email protected]

    Sektor pertanian sering dibayangi oleh gambaran wajah-wajah tua yang telah dimamah usia. Wajah-wajah itulah yang sehingga kini masih memerah sisa-sisa keringat diladang, sawah dan juga menjalankan aktiviti pertanian. Golongan yang terlibat dalam sektor pertanian sangat sinonim dengan golongan berumur 50 tahun keatas secara puratanya. Tidak ramai golongan belia yang berminat untuk menceburi bidang ini. Keadaan ini adalah disebabkan bidang pertanian dilihat kurang popular berbanding sektor industri dan pembuatan yang tidak memerlukan seseorang itu perlu bergelut dengan lumpur dan berjemur di bawah terikan matahari.

    Persepsi golongan muda kini lebih terarah untuk bekerja kilang dan kebanyakan generasi muda berhijrah ke kawasan bandar dan mula meninggalkan bidang pertanian yang kebanyakkannya tertumpu di kawasan luar bandar. Fenomena ini telah berlaku sekian lama dikebanyakkan kawasan di Malaysia, terutama apabila kerajaan mula beralih daripada negara pertanian kepada industri bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara menjelang awal tahun 80-an sehingga pertengahan

    tahun 90-an. Menyedari hakikat bahawa semakin ramai generasi muda mula meminggirkan sektor yang sangat berharga dan mampu memberi impak besar kepada isi rumah dan mampu menjana pendapatan yang berganda, maka penumpuan yang lebih khusus mula diberikan oleh banyak pihak termasuklah kerajaan apabila meluluskan peruntukan besar pada Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) yang lalu terhadap sektor pertanian.

    Untuk Pertubuhan Peladang, keahlian muda dilihat begitu kekurangan dan melalui hasil daftar ahli sebelum ini menunjukkan sikap kurang minat golongan muda untuk menyertai Pertubuhan Peladang Kawasan yang agak ketara. Kebanyakkan ahli peladang adalah berusia setengah abad dan ke atas. Menyedari hakikat bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi menarik minat golongan muda untuk menyertai Pertubuhan Peladang sekaligus menjadi pelapis kepada pemimpin sedia ada. Di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perlis, banyak program telah, sedang dan akan diatur khusus untuk golongan muda bagi menyertai pertubuhan ini. Menyahut seruan Kerajaan Negeri, penubuhan Briged Pelapis Tani telah ditubuhkan khusus untuk golongan belia yang menyertai sektor pertanian di Perlis.

    Briged Pelapis Tani Negeri Perlis: Kesinambungan Pemimpin Peladang Masa Depan

    11

    http

    ://w

    ww.

    lpp.

    gov.m

    y

    Lahir Peladang Progresif

  • 12

    Berita Transformasi Pertanian

    Lahir Peladang Progresif 13

    http

    ://w

    ww.

    lpp.

    gov.m

    y

    Lahir Peladang Progresif

    Penubuhan Briged Pelapis Tani Negeri Perlis ini adalah hasil cetusan ilham oleh YB. Tuan Haji Sabry bin Ahmad, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis bagi memastikan adanya golongan pelapis dalam sektor pertanian sekaligus bakal melatih pemimpin masa depan dalam sektor pertanian. LPP Negeri Perlis diberi amanah untuk menjayakan penubuhan ini dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Paya telah diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab besar ini sebagai urusetia program yang melibatkan 8 Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di Negeri Perlis untuk turut sama berganding bahu bagi menjayakan transformasi besar ini. Antara Jabatan dan Agensi yang terlibat adalah seperti berikut;

    1. Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis2. MADA3. Jabatan Pertanian Negeri Perlis4. FAMA5. LKIM6. Jabatan Veterinar Negeri Perlis7. Jabatan Perikanan8. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

    Briged Pelapis Tani Negeri Perlis ini disasarkan kepada golongan belia yang berumur 40 tahun ke bawah yang bernaung di bawah Jabatan dan Agensi berkenaan untuk bergabung tenaga bagi menjayakan program ini. Sebagai perintis, Briged ini kini mepunyai 250 orang ahli yang mewakili 8 Jabatan dan Agensi berkenaan. Walaupun penubuhannya baru ditubuhkan pada bulan Julai yang lalu, namun kecemerlangan Briged Pelapis Tani ini telah

    dibuktikan apabila skuad ini telah menyertai perbarisan pada program Mini MAHA / HPPN peringkat Negeri Perlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis pada 28 Julai 2010 yang lalu.

    Selain itu juga, briged ini turut dihantar untuk menyertai kursus Kenegaraan dan Motivasi yang dikendalikan oleh pihak Biro Tata Negara (BTN) di Pusat Kegiatan KEMAS, Alor Tampang, Perlis pada 19 Julai 2010. Dengan tertubuhnya briged seperti ini, dijangka ianya akan menjadi platform kepada golongan muda untuk terlibat secara lebih aktif dalam pergerakkan peladang dan mampu memainkan peranan dengan lebih besar lagi dari aspek menyumbang idea dan buah fikiran demi memajukan lagi sektor pertanian. Disamping itu, dengan wujudnya platform seperti ini, secara tidak langsung kesemua jabatan dan agensi yang terlibat mampu bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mampu menjalankan aktiviti secara bersama khususnya bagi mencapai objektif dalam mentransformasikan sektor pertanian negara khususnya di Negeri Perlis. Secara amnya, melalui pendekatan yang diambil, hasrat bagi mewujudkan pemimpin pelapis peladang dapat diasah dari sini dengan mengenalpasti bakat-bakat yang ada dalam briged ini untuk memastikan kesinambungan pemimpin peladang untuk masa depan tercapai.

    Briged Pelapis Tani ini adalah idea yang sangat bernas apabila berjaya menghimpunkan para belia daripada pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membawa panji yang sama iaitu untuk memastikan golongan muda menyertai

    12

    Berita Transformasi Pertanian

    Lahir Peladang Progresif

  • 12

    Berita Transformasi Pertanian

    Lahir Peladang Progresif 13

    http

    ://w

    ww.

    lpp.

    gov.m

    y

    Lahir Peladang Progresif

    sektor pertanian dan penglibatan aktif mereka sangat perlu bagi melonjakkan pertumbuhan sektor ini jauh ke hadapan. Melalui penubuhan ini juga, banyak aktiviti dan program boleh dirangka untuk menggerakkan golongan muda ini supaya lebih mencintai dan mempunyai semangat sukarela yang tinggi di setiap jiwa nuraini mereka. Antaranya yang boleh dibuat untuk perancangan masa depan, iaitu untuk pengaktifan unit peladang. Penganjuran bengkel dan seminar serta aktiviti yang melibatkan akar umbi masyarakat peladang boleh digerakkan dengan penglibatan yang aktif oleh golongan muda termasuklah dengan penganjuran aktiviti sukan dan juga riadah diperingkat unit dan juga kawasan.

    Secara tidak langsung, ianya mampu menyuntik semangat golongan peladang sedia ada untuk terus meniup semangat dan bersama-sama berganding bahu demi kesejahteraan

    13

    http

    ://w

    ww.

    lpp.

    gov.m

    y

    Lahir Peladang Progresif

    bersama sekaligus menyakinkan mereka bahawa pelapis untuk mendokong sektor pertanian terus subur dan memberi sinar baru dalam agenda besar kerajaan untuk mentransformasikan sektor ini untuk tahap yang lebih baik lagi.

    Sebagai kesimpulannya, dengan penubuhan Briged Pelapis Tani ini dilihat sesuatu titik permulaan yang mampu memberi signifikan kepada golongan petani, penternak dan nelayan di Negeri Perlis untuk memastikan kecemerlangan terus diukir pada masa hadapan. Adalah menjadi harapan supaya briged pelapis tani Negeri Perlis mampu memainkan peranan yang lebih besar lagi pada masa depan dengan penglibatan aktif yang direncanakan melalui 8 Jabatan dan Agensi yang menganggotai jawatankuasa ini bagi melahirkan pelapis pemimpin peladang ke arah membina masa depan yang mampan.