ucapan perasmian penutup -...
TRANSCRIPT
![Page 1: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/1.jpg)
1
UCAPAN PERASMIAN
YBHG. DATO ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
![Page 2: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/2.jpg)
2
MAJLIS PERASMIAN HARI WANITA
DESA ANTARABANGSA (HWD)
2018
“SEMINAR PESONA WANITA”
7 DISEMBER 2018 (JUMAAT)
![Page 3: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/3.jpg)
3
KINTA RIVERFRONT HOTEL & SUITES
IPOH, PERAK
Bismilahirrahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh Dan Salam Sejatera
![Page 4: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/4.jpg)
4
(SALUTATION PENUH AKAN
DIBERIKAN PADA SEBELUM MAJLIS
PERASMIAN)
Yang Dihormati Saudara
Pengacara Majlis
![Page 5: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/5.jpg)
5
Ketua-Ketua Jabatan
Pegawai-Pegawai Kanan
ANGKASA, Datuk-Datuk dan
Datin-Datin, Dif-Dif Jemputan,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Saya Hormati Sekalian.
![Page 6: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/6.jpg)
6
1. Marilah kita bersama-sama
memanjatkan rasa kesyukuran
yang tidak terhingga ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnia
dan rahmat-Nya pada hari
berbahagia ini dapat kita sama-
sama berhimpun di dewan yang
![Page 7: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/7.jpg)
7
indah ini bagi menjayakan Hari
Wanita Desa Antarabangsa 2018
– Seminar Pesona Wanita.
2. Seperti yang semua maklum,
majlis ini merupakan acara
tahunan anjuran ANGKASA yang
![Page 8: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/8.jpg)
8
mendapat pengiktirafan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Pelbagai tema
diketengahkan setiap tahun yang
menjurus kepada peranan wanita
dalam koperasi sebagai tanda
kedudukan tersendiri golongan
![Page 9: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/9.jpg)
9
wanita yang jelas mengiktiraf
peranan wanita dalam proses
perubahan yang berlaku di
seluruh dunia. Ini secara tidak
langsung mengangkat martabat
wanita ke satu tahap yang lebih
tinggi. Wanita adalah makhluk
![Page 10: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/10.jpg)
10
yang unik, indah dan menawan
yang dicipta Allah dengan penuh
keistimewaan.
3. Dalam Al-Qur’an banyak
diceritakan perihal wanita
bahkan ada surah khusus untuk
![Page 11: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/11.jpg)
11
wanita iaitu surah An-Nisa’. Islam
itu indah dan amat menyukai
perkara-perkara yang indah.
Islam tidak melarang kecantikan,
keindahan dan hiburan, malah
menyuruh umat Islam supaya
bersenang-lenang dan hidup
![Page 12: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/12.jpg)
12
dengan penuh aman damai.
Dalam beberapa hadis baginda
Rasullah S.A.W. ada menyebut
bahawa baginda amat
menyenangi wanita, bauan
harum dan perkara-perkara yang
menghiburkan keluarga.
![Page 13: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/13.jpg)
13
4. ALLAH S.W.T. berfirman
(dengan maksudnya): “Dihiasi di
dunia itu (pada pandangan
manusia) dengan kecintaan
pada wanita.” (Ali Imran: 14).
Bahkan di dalam Al-Quran, Allah
SWT menjanjikan kepada orang
![Page 14: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/14.jpg)
14
lelaki yang beriman dan beramal
soleh dengan ganjaran Syurga
dan bidadari sebagai peneman
bagi menggalakkan mereka
beribadah. Bidadari merupakan
wanita yang sempurna sifatnya
dan teramat cantik jasadnya
![Page 15: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/15.jpg)
15
serta dipenuhi dengan segala ciri
keperluan yang merupakan
idaman kaum lelaki.
5. Sebagai Presiden ANGKASA,
saya amat berbesar hati dan
berbangga dengan usaha
![Page 16: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/16.jpg)
16
berterusan dan penghargaan
yang diberikan oleh ANGKASA
melalui Jawatankuasa Wanita di
peringkat negeri dengan
penganjuran sambutan
seumpama ini. Selain hari wanita
desa, ANGKASA melalui
![Page 17: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/17.jpg)
17
jawatankuasa wanitanya sentiasa
merangka program-program
khusus untuk wanita yang diharap
mampu memberi nilai tambah
seterusnya melonjakkan potensi
golongan wanita khususnya
![Page 18: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/18.jpg)
18
warga koperator agar setanding
dengan koperator lelaki.
Hadirin dan Hadirat Yang
Dihormati Sekalian
![Page 19: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/19.jpg)
19
6. Di Malaysia, populasi wanita
telah menjangkau lebih 15.3 juta
orang dari keseluruhan populasi
iaitu sebanyak 32.4 juta orang.
Statistik SKM sehingga Jun 2018
menunjukkan 2.5 juta dari 6.1 juta
anggota koperasi adalah
![Page 20: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/20.jpg)
20
koperator wanita. Manakala
sebanyak 229 buah koperasi atau
1.6% dari jumlah 14,094 koperasi
di seluruh negara adalah adalah
100% golongan wanita. Ini tidak
termasuk koperasi yang mana
keanggotaannya adalah majoriti
![Page 21: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/21.jpg)
21
dari golongan wanita. Jadi tidak
keterlaluan jika saya katakan
bahawa koperator wanita antara
penyumbang utama kepada
ekonomi koperasi serta menjadi
tulang belakang gerakan
koperasi di negara ini.
![Page 22: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/22.jpg)
22
7. Golongan wanita bukan
setakat menjadi suri dalam rumah
tangga semata. Kini wanita turut
diberi peluang sama rata sama
ada dalam bidang pendidikan
mahupun pekerjaan. Semuanya
berdiri dan duduk sama tinggi
![Page 23: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/23.jpg)
23
dan sama-sama penting dalam
memajukan ekonomi keluarga
dan negara. Wanita adalah multi-
tasker yang hebat dengan
peranan sebagai ibu, isteri, anak,
pekerja, malahan turut bergelar
usahawan berjaya.
![Page 24: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/24.jpg)
24
8. Dalam gerakan koperasi pula,
golongan wanita merupakan
pengguna setia dan tenaga kerja
utama sektor ini. Aktiviti koperasi
banyak digerakkan oleh tenaga
wanita yang kebanyakannya
![Page 25: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/25.jpg)
25
terlibat dalam pentadbiran dan
kewangan koperasi.
9. ”Pesona Wanita ” yang
diketengahkan pada kali ini
mencakupi pelbagai aspek
penilaian kepada personaliti
![Page 26: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/26.jpg)
26
seseorang wanita. Seimbang dari
pelbagai segi meliputi ruang
cakup emosi, pendidikan, agama,
kesihatan, sosio-ekonomi dan
pelbagai lagi. Wanita yang sihat
emosi dan fizikalnya mampu
menjadi perancang kepada
![Page 27: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/27.jpg)
27
ekonomi keluarga dan
membawa bukan sahaja
keluarga mencapai taraf hidup
yang lebih baik bahkan menjadi
penggerak kepada ekonomi
masyarakat dan negara. Wanita
yang berjaya bukan saja
![Page 28: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/28.jpg)
28
mempunyai sokongan dan
penghormatan tinggi daripada
orang sekeliling malahan wanita-
wanita berjaya ini pasti memiliki
aura dan karakter tersendiri yang
menjadikan mereka begitu
dikagumi. Penceramah motivasi
![Page 29: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/29.jpg)
29
terkenal, Azizan Osman turut
menyenaraikan beberapa
karakter untuk menjadi wanita
luar biasa seperti perwatakan
positif, mampu mengharungi
cabaran, pemikiran yang cergas,
![Page 30: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/30.jpg)
30
berhati lembut dan mempunyai
matlamat.
Hadirin dan Hadirat Yang
Dihormati Sekalian
![Page 31: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/31.jpg)
31
10. Pelantikan Datuk Seri Dr. Wan
Azizah Ismail sebagai Timbalan
Perdana Menteri (TPM) wanita
yang pertama di Malaysia
dijangka mampu mengukuhkan
lagi kedudukan wanita dalam
politik arus perdana negara ini.
![Page 32: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/32.jpg)
32
Kedudukan tinggi wanita dalam
pentadbiran kerajaan akan
membolehkan isu-isu wanita yang
dipandang sepi sebelum ini
dapat didengari dan diselesaikan
secara tuntas. Ini merupakan
![Page 33: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/33.jpg)
33
perkembangan yang amat positif
kepada wanita seluruh negara.
11. Berdasarkan kepada
Laporan Perangkaan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat 2016,
35.6% wanita terbabit dalam
![Page 34: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/34.jpg)
34
pengurusan tertinggi kerajaan,
13.2% wanita dilantik sebagai
anggota pentadbiran manakala
20.3% wanita dilantik menjadi Ahli
Dewan Negara. Statistik ini boleh
dijadikan penanda aras bagi
koperator wanita di seluruh
![Page 35: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/35.jpg)
35
Malaysia agar mereka termasuk
antara golongan yang
dinyatakan pada masa hadapan.
Ini kerana, ANGKASA pada
dasarnya membuka banyak
peluang kepimpinan serta
mengharapkan koperator wanita
![Page 36: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/36.jpg)
36
mampu berdaya saing dalam
pembangunan koperasi dengan
merebut peluang-peluang dalam
lapan sektor utama koperasi
antaranya sektor pemborongan
peruncitan, pertanian,
![Page 37: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/37.jpg)
37
perladangan, hartanah, komuniti
dan kewangan.
Hadirin dan Hadirat Yang
Dihormati Sekalian
![Page 38: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/38.jpg)
38
12. Pengumuman belanjawan
kerajaan bagi tahun 2019 baru-
baru dilihat mampu memberi
sinar baru kepada golongan
wanita dan peluang tersebut
seharusnya bijak direbut. Tujuan
kerajaan merangka dasar ini
![Page 39: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/39.jpg)
39
adalah untuk menggalakkan
wanita kembali bekerja dengan
menyediakan banyak
kemudahan khusus untuk wanita
seperti memperuntukkan RM10
juta untuk tambahan 50 Taman
Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di
![Page 40: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/40.jpg)
40
bangunan kerajaan bagi
membantu meredakan kerisauan
ibu bekerja untuk menempatkan
anak-anak mereka semasa waktu
kerja.
![Page 41: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/41.jpg)
41
13. Selain itu kerajaan turut akan
menggalakkan penglibatan
golongan wanita di peringkat
pembuat keputusan di sektor
swasta kerana hanya 23.2%
wanita menjadi ahli Lembaga
Pengarah bagi 100 syarikat
![Page 42: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/42.jpg)
42
utama yang tersenarai di Bursa
Malaysia. Oleh itu, syarikat swasta
disaran untuk meningkatkan
penglibatan wanita di peringkat
pembuat keputusan, ke arah
mencapai sasaran 30%
menjelang tahun 2020. Ini adalah
![Page 43: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/43.jpg)
43
dasar-dasar kerajaan yang patut
golongan wanita pertimbangkan
demi mempelbagaikan karakter
seseorang wanita itu agar
menjadi super women kepada
negara.
![Page 44: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/44.jpg)
44
14. Untuk menjadi idola, seorang
wanita pesona mestilah memiliki
ciri-ciri individu yang baik untuk
mendukung watak harian yang
dibawa agar boleh membawa
pengaruh sihat dalam
masyarakat. Individu yang baik
![Page 45: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/45.jpg)
45
zahir dan batin pasti akan
mempesonakan orang lain.
Setiap insan yang dikasihi Tuhan
pasti akan turut dikasihi oleh
makhluk-makhluk-Nya.
Adakalanya kita melihat wanita
yang hodoh, tidak cantik dan
![Page 46: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/46.jpg)
46
tidak menarik, namun kebaikan
hatinya kadangkala boleh
meninggalkan kesan di hati
setiap individu yang
mengenalinya.
![Page 47: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/47.jpg)
47
Hadirin dan Hadirat Yang
Dihormati Sekalian
15. Sebagai mengakhiri ucapan,
saya sekali lagi mengucapkan
terima kasih kepada semua
peserta dan hadirin sekalian.
![Page 48: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/48.jpg)
48
Gunakanlah peluang yang diberi
ini dengan sebaik-baiknya untuk
menambahkan pengetahuan
dan saling bertukar-tukar idea
supaya pengalaman yang dilalui
dapat dikongsi demi kebaikan
bersama. Tangan yang
![Page 49: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/49.jpg)
49
menghayun buaian mampu
menggoncang dunia.
Dengan lafaz suci
Bismillahirrahmanirahim saya
dengan sukacitanya merasmikan
![Page 50: UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/disember/HWD---071218.pdf · majlis ini merupakan acara tahunan anjuran ANGKASA yang . 8 mendapat](https://reader030.vdocuments.mx/reader030/viewer/2022012314/5d673b9a88c99332158b567b/html5/thumbnails/50.jpg)
50
Hari Wanita Desa Antarabangsa
2018 – Seminar Pesona Wanita ini.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiq Walhidayah,
assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.