ucapan ksu-majlis amanat ksu

6
1 TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ SRI AZIZAN BIN AHMAD KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR DI MAJIS AMANAT KHAS KSU TEMPAT : DEWAN BAIDURI TARIKH : 5 OGOS 2016 (JUMAAT) JAM: 3.00 PETANG BISMILLAHIRAHMANIRAHIM Terima kasih Saudara/ri Pengacara Majlis. YBHG. DATO’ DR. NADZRI BIN YAHYA, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli); YBHG. DATO’ SR DR. AZIMUDDIN BIN BAHARI, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Alam Sekitar); YANG BERUSAHA TUAN HAJI SUHAIMI BIN MAMAT, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan); Setiausaha-Setiausaha Bahagian; Ketua-Ketua Unit; Tuan-tuan dan Puan-Puan para hadirin sekalian. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARKATUH DAN SALAM 1NRE. 1. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah serta kurniaNya dapat kita bersama-sama di Majlis Amanat Khas saya pada petang ini.

Upload: duongngoc

Post on 15-Jan-2017

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan KSU-Majlis Amanat KSU

1

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ SRI AZIZAN BIN AHMAD KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

DI MAJIS AMANAT KHAS KSU

TEMPAT : DEWAN BAIDURI TARIKH : 5 OGOS 2016 (JUMAAT)

JAM: 3.00 PETANG

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Terima kasih Saudara/ri Pengacara Majlis.

YBHG. DATO’ DR. NADZRI BIN YAHYA, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli); YBHG. DATO’ SR DR. AZIMUDDIN BIN BAHARI, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Alam Sekitar); YANG BERUSAHA TUAN HAJI SUHAIMI BIN MAMAT, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan); Setiausaha-Setiausaha Bahagian; Ketua-Ketua Unit; Tuan-tuan dan Puan-Puan para hadirin sekalian. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARKATUH DAN

SALAM 1NRE.

1. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama mengucapkan

kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah serta kurniaNya

dapat kita bersama-sama di Majlis Amanat Khas saya pada petang ini.

Page 2: Ucapan KSU-Majlis Amanat KSU

2

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan

ribuan terima kasih kepada semua pihak Urusetia yang terlibat dalam

menjayakan majlis ini yang saya anggap amat penting untuk warga NRE

secara keseluruhan. Selain daripada Forum Morning Prayers saya

bersama-sama Setiausaha-Setiausaha Bahagian dan Ketua-ketua Unit,

majlis-majlis perjumpaan seperti ini juga membolehkan saya bertemu

dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian bagi membolehkan kita

berkongsi pandangan serta bertukar buah fikiran dalam situasi yang lebih

santai lagi.

Tuan-tuan dan Puan-Puan Para Hadirin Sekalian 2. Masa berlalu begitu pantas, sama ada kita sedari atau tidak,

sebenarnya sudah genap setahun saya menjadi Ketua Setiausaha di

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama-sama YB Dato Sri

Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar selaku Menteri Sumber Asli dan

Alam Sekitar dan YB. Datuk Haji Ir. Hamim bin Samuri selaku Timbalan

Menteri.

3. Seperti yang kita semua maklum, YB Dato Sri Menteri adalah

seorang menteri yang mempunyai komitmen yang sangat tinggi terhadap

tugas dan tanggungjawab beliau selaku seorang Menteri. Sudah

semestinya kalau Menteri mempunyai komitmen yang tinggi terhadap

tugas dan tanggunjawabnya maka saya selaku Ketua Setiausaha perlulah

mengandakan tugas tersebut agar ia selari dengan inspirasi YB Menteri.

Page 3: Ucapan KSU-Majlis Amanat KSU

3

4. Dalam konteks ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

kedua-dua Timbalan saya, YBhg. Datuk Dato Dr. Nazri bin Yahya,

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli), YBhg. Dato’ Sr

Dr. Azimuddin bin Bahari, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Alam

Sekitar), Tuan Haji Suhaimi bin Mamat, Setiausaha Bahagian Kanan

(Khidmat Pengurusan), Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Ketua-Ketua

Unit, Tuan-Tuan dan Puan yang telah bersama-sama saya dalam

memastikan inspirasi YB Menteri kita menjadi kenyataan demi

kepentingan dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Ucapan terima kasih

juga saya ingin panjangkan kepada Ketua-Ketua Pengarah, Jabatan-

Jabatan di bawah NRE yang telah banyak membantu dari segi

pengoperasian dalam memastikan Misi, Visi dan Objektif NRE itu dapat

dicapai.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 5. Selaku Ketua Pegawai Pengawal Kementerian, menjadi

tanggungjawab saya agar memastikan pentadbiran kementerian ini dapat

dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Dalam keadaan semasa yang

bukan sahaja dihadapi oleh kementerian kita bahkan juga kementerian

lain, selain daripada berhemah dalam bebelanja, kita juga perlu

memikirkan bagaimana kita boleh memastikan agar SKT yang telah

ditetapkan dapat dilaksana dan dicapai seperti yang diucapkan oleh

William Feather – “A budget tells us what we can’t afford, but it

doesn’t keep us from buying it”.

Page 4: Ucapan KSU-Majlis Amanat KSU

4

6. Pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan adalah amat dihargai.

Sewaktu kita sedang diuji dengan sedikit ujian ini, setiap dari kita mestilah

memainkan peranan. Selaku penjawat awam, kita masih bernasib baik

walaupun di saat ekonomi tidak begitu “cantik” namun kita semua

beruntung kerana telahpun menerima kenaikan gaji dua kali pada tahun

ini. Tuan-tuan dan puan-puan boleh semak dalam slip gaji masing-masing

bagi bulan Julai. Jadi kalau sewaktu mesyuarat sudah tidak dihidangkan

dengan nasi lemak hanya dihidangkan dengan biskut kering dan air

mineral, kita redhalah. Kita masih menerima bantuan khas hari raya

tempoh hari. Walaupun ia hanya sebanyak RM500.00 seorang namun itu

adalah lebih baik dan beruntung berbanding dengan mereka yang

terpaksa dipotong gaji malah ada yang hilang pekerjaan akibat

kedudukan ekonomi sekarang. Apa yang penting ialah kita perlu sentiasa

bersyukur dengan apa yang kita ada.

7. Sehubungan dengan itu, bagi mengucapkan rasa kesyukuran kita

dengan segala nikmat yang kita perolehi ini ialah dengan meningkatkan

azam dan bersungguh-sungguh dalam melakukan tugas yang

diamanahkan yang akhirnya diharapkan agar dapat meningkatkan lagi

mutu penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Kita tanam azam dalam diri

kita. Kalau dulu selalu ada masalah displin, ponteng kerja, suka curi

tulang, tidak ikut prosedur, tidak menepati masa dan sebagainya kini kita

harus nekad dan berusaha agar itu semua tidak berlaku lagi. Apabila

terlintas di fikiran kita untuk melakukannya, kita fikirkan semula nasib

orang-orang di luar sana yang tidak sebaik nasib kita. Kalau kesedaran

ini ada dalam diri kita, In Sha Allah saya berkeyakinan, tugas Unit Intergriti

bakal menjadi ringan.

Page 5: Ucapan KSU-Majlis Amanat KSU

5

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian 8. Tugas kita di NRE sama jua seperti di kementerian-kementerian

lain. Walaupun NRE ini dianggap sebagai salah satu Kementerian yang

‘muda’ yang hanya dibentuk pada tahun 2004, namun tugas dan

tanggungjawab yang dipikul sangat meluas dan berat. Kita

bertanggungjawab memastikan apa yang di udara, tanah, hutan, sungai,

dan laut dapat diuruskan secara lestari selaras Visi, Misi dan Objektif

Kementerian itu sendiri. Sudah semestinya ia tidak akan dapat

dilaksanakan tanpa bantuan dan sokongan daripada 12 buah Jabatan-

Jabatan yang berada di bawah NRE. Manakala Bahagian-Bahagian

Dasar di NRE pula bertindak sebagai ‘focal point’ bagi Jabatan-Jabatan

tersebut dengan dibantu oleh Bahagian-Bahagian Bukan Dasar dan

dengan sokongan daripada Unit-Unit.

9. Setiap satu mempunyai peranan yang sama penting dan tiada satu

pun yang boleh mendakwa Bahagian merekalah yang penting berbanding

Bahagian atau Unit lain. Kita diibaratkan sebagai sebuah rumah yang

mempunyai tiang, tingkap, pintu, bumbung yang saling perlu di antara

satu sama lain agar ia dapat berfungsi sebagai sebuah rumah yang

memberikan tempat perlindungan kepada penghuninya.

10. Sehubungan itu, saya amat berharap agar kerjasama yang sedia

terjalin antara Bahagian dengan Bahagian, Bahagian dengan Jabatan

dan Jabatan dengan Jabatan dapat diperkukuhkan lagi. Begitu juga saya

ingin melihat agar kita di NRE dapat meningkatkan lagi kerjasama yang

telah sedia terjalin dengan kementerian-kementerian lain sebagaimana

yang disarankan oleh YB Menteri kita agar kita sentiasa mengeratkan

kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

Page 6: Ucapan KSU-Majlis Amanat KSU

6

dalam menangani isu-isu alam sekitar yang kebanyakannya melibatkan

undang-undang atau Enekmen Negeri.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

11. Sebelum mengakhiri amanat saya ini, saya ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepada pihak Urusetia yang telah menganjurkan sesi

amanat saya bersama tuan-tuan dan puan-puan pada petang ini. Terima

kasih juga diucapkan kepada semua hadirin yang sudi melapangkan

masa dan hadir ke majlis kita pada petang ini. Sesungguhnya yang baik

itu datangnya daripada Allah SWT yang kurang adalah daripada diri saya

sendiri.

WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASALAMUALAKUM

WARAHMATULLAHI WABARAKKATUH

Sekian, terima kasih.