ucapan bajet 2013 - sabah.gov.my filetuan speaker, 03. seperti yang kita sedia maklum, pembentangan...

43
1 UCAPAN BAJET 2013 OLEH Y.A.B DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ. AMAN KETUA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN SABAH DI PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA 19 OKTOBER 2012 (JUMAAT) “PENYATUAN USAHA KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT YANG BERTERUSAN

Upload: trandang

Post on 19-Mar-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

1

UCAPAN BAJET 2013

OLEH

Y.A.B DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ. AMAN KETUA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN SABAH

DI

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

PADA

19 OKTOBER 2012 (JUMAAT)

“PENYATUAN USAHA KE ARAH

KESEJAHTERAAN RAKYAT YANG BERTERUSAN”

Page 2: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

2

Bismillahir Rahmannir Rahim,

Tuan Speaker,

01. Saya mohon mencadangkan Bajet Negeri Sabah bagi tahun 2013

untuk kelulusan Dewan yang mulia ini.

Pendahuluan 02. Alhamdulillah, sukacita saya merafakkan setinggi-tinggi

kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan

kehendak dan izin-Nya jua, dapatlah saya menyempurnakan amanah

serta tanggungjawab dalam membentangkan Bajet Negeri Sabah bagi

tahun 2013 di Dewan yang mulia ini.

Tuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara

telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi

pengetahuan umum bahawa Bajet Negara 2013 menyediakan pelbagai

manfaat kepada semua golongan masyarakat. Tidak ketinggalan, negeri

Sabah juga telah diberikan fokus melalui strategi-strategi dan

peruntukan-peruntukan khusus dalam usaha meningkatkan lagi

pembangunan dan kemajuan negeri ini. Untuk itu, saya bagi pihak

Kerajaan Barisan Nasional Negeri, ingin mengucapkan terima kasih

yang tidak terhingga kepada Kerajaan Pusat di bawah kepimpinan Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk

Seri Panglima Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang kita kasihi di atas

segala bantuan yang telah diberikan kepada kita selama ini. Jumlah

Page 3: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

3

peruntukan besar yang disediakan untuk negeri Sabah melalui Bajet

Negara tahun 2013 dan tahun-tahun sebelumnya amat besar ertinya

kepada rakyat di negeri ini dalam mana mereka dapat bersama-sama

mengecapi nikmat pembangunan berterusan yang sentiasa

diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

04. Negeri Sabah, bumi bertuah yang kita warisi turun temurun ini,

bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian dan keharmonian suku

kaum dan etniknya, tetapi juga tersohor dengan kekayaan khazanah

alamnya yang unik dan menarik. Dengan keindahan dan

keistimewaannya yang tersendiri, Sabah termasyhur kerana puncak

Kinabalunya dan juga gugusan pulau-pulaunya yang indah. Sabah

begitu sinonim dengan kehijauan khazanah hutan tropika dan kebiruan

khazanah samuderanya. Lebih daripada itu semua, Sabah tersohor

kerana kekayaan budaya, adat resam, keramahan, perpaduan dan

kemuliaan pekerti rakyatnya.

05. Keamanan, keharmonian dan sikap toleransi di kalangan

penduduk negeri ini merupakan suatu keunikan dan kelebihan bagi

negeri Sabah yang boleh kita banggakan. Faktor-faktor ini juga adalah

antara penyumbang kemakmuran dan kemajuan di negeri ini. Dengan

kepesatan pembangunan yang telah dan sedang berlaku sekarang,

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat akan terus menggembleng usaha

dan perancangan bagi mempertingkatkan lagi kemajuan dan kualiti

hidup rakyat di negeri yang tercinta ini.

Page 4: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

4

Tuan Speaker,

06. Sesungguhnya, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan

mengutamakan kepentingan rakyat semasa menentukan sasaran dalam

program-program pembangunan yang dirancang. Pelaksanaan

program-program secara telus, efisien dan yang membawa manfaat

kepada rakyat, adalah agenda utama Kerajaan Negeri. Kekayaan

sumber alam semulajadi dimantapkan lagi dengan Dasar Halatuju dan

dasar pembangunan kerajaan yang padu dan jitu, membolehkan kita

membuat perancangan yang teratur dan strategik selaras dengan visi

dan misi kerajaan negeri. Dengan Akaun Hasil Disatukan yang kukuh

melebihi RM3 bilion, ditambah pula dengan rekod hasil negeri yang

tertinggi dalam tahun 2011 sebanyak RM4.369 bilion serta disokong

oleh jentera pentadbiran awam yang cekap, membolehkan kita untuk

meningkatkan tahap pembangunan secara berterusan. Kapasiti

Kerajaan Negeri untuk membelanjakan peruntukan yang disediakan

memberi jaminan bahawa setiap program dan projek yang dirancang

dapat dilaksanakan secara berkesan demi kebaikan dan faedah kepada

rakyat. Ini telah terbukti melalui pencapaian pada tahun 2011 di mana

Kerajaan Negeri telah merekodkan perbelanjaan mengurus tertinggi

berjumlah RM4.4bilion. Inilah prestasi cemerlang dan komitmen tinggi

Kerajaan Barisan Nasional dalam memastikan “Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”. Justeru, dengan berlatar belakangkan

keistimewaan, keunikan dan kemakmuran bumi bertuah ini, bajet yang

akan saya bentangkan ini adalah untuk memastikan kesinambungan

kemakmuran dan kesejahteraan hidup yang kita nikmati selama ini,

insyaAllah.

Page 5: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

5

Tuan Speaker,

Ekonomi Dunia

07. Kadar pertumbuhan ekonomi dunia dijangka meningkat daripada

3.5 peratus pada tahun 2012 kepada 3.9 peratus pada tahun 2013.

Ekonomi Amerika Syarikat dijangka berkembang pada 2.3 peratus pada

tahun 2013 berbanding dengan 2 peratus pada tahun 2012. Disebabkan

krisis hutang di beberapa negara Kesatuan Eropah (EU), kadar

pertumbuhan ekonomi di negara-negara berkenaan secara

keseluruhannya diramal agak lembab bagi sebahagian besar tahun

2012 dan mungkin hanya meningkat 0.7 peratus pada tahun 2013.

08. Pertumbuhan ekonomi Jepun dijangka berkembang sederhana

pada kadar 1.5 peratus untuk tahun 2013 berbanding 2.4 peratus pada

tahun 2012. Secara keseluruhannya, ekonomi negara-negara maju

dijangka meningkat daripada 1.4 peratus pada tahun 2012 kepada 1.9

peratus pada tahun 2013. Pertumbuhan ini adalah disebabkan oleh

dasar-dasar kewangan yang liberal ( liberal monetary policies ) dan

langkah-langkah pelonggaran kuantitatif yang dilaksanakan oleh

beberapa negara.

09. Negara-negara ekonomi baru muncul dijangka berkembang pada

kadar 5.9 peratus pada tahun 2013, berbanding 5.6 peratus pada tahun

2012. Dalam kes negara China, ekonominya diunjurkan meningkat

daripada 8 peratus pada tahun 2012 kepada 8.5 peratus pada tahun

2013. Sementara itu, kadar pertumbuhan ekonomi India dijangka

meningkat daripada 6.1 peratus pada tahun 2012 kepada 6.5 peratus

pada tahun 2013. Pertumbuhan ekonomi ASEAN 5 (Indonesia,

Page 6: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

6

Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam) diunjurkan pada 6.1 peratus

dalam tahun 2013, berbanding 5.4 peratus pada tahun 2012.

Tuan Speaker,

Ekonomi Malaysia

10. Malaysia sebagai sebuah negara dengan ekonomi terbuka adalah

dipengaruhi oleh keadaan pasaran yang tidak menentu dan berhadapan

dengan cabaran ekonomi global. Namun, Malaysia mampu mencapai

kemajuan seterusnya ke arah negara berpendapatan tinggi pada tahun

2020. InsyaAllah, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka

berkembang pada kadar 4.5 hingga 5 peratus pada tahun 2012.

Peningkatan ini disebabkan oleh prestasi yang stabil bagi semua sektor

kecuali sektor pertanian. Sektor pembinaan merupakan sektor utama

yang memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini dengan

kadar pertumbuhan 15.5 peratus, diikuti dengan sektor perkhidmatan

pada kadar 5.5 peratus dan 4.2 peratus untuk sektor pembuatan.

Pencapaian ini telah meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap

Malaysia dengan kemasukan pelaburan langsung asing (Foreign Direct

Investment ) berjumlah RM13.6 bilion pada suku pertama tahun ini.

11. Ekonomi negara dijangka kukuh dengan unjuran pertumbuhan

antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun 2013. Pertumbuhan

ekonomi negara didorong oleh peningkatan pelaburan swasta sebanyak

13.3 peratus dan penggunaan swasta dengan kadar 5.7 peratus. Kadar

pengangguran juga dijangka menurun daripada 3.1 peratus pada tahun

2012 kepada 3 peratus pada tahun 2013. Penekanan akan diberikan

kepada beberapa usaha, termasuk meningkatkan aktiviti pelaburan,

Page 7: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

7

menggiatkan inovasi dan produktiviti, memajukan pendidikan dan latihan

serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Tuan Speaker,

Ekonomi Negeri Sabah

12. Ekonomi negeri Sabah berorientasikan perdagangan yang

didorong oleh eksport komoditi khususnya minyak sawit dan petroleum

mentah. Bagi sektor makanan dan tenaga pula, permintaan untuk

kedua-dua komoditi ini dijangka akan kekal stabil walaupun ekonomi

global adalah lembab. Pertumbuhan ekonomi bagi rakan-rakan

perdagangan eksport terbesar Sabah iaitu China, Australia dan India

juga diramal akan kekal stabil. Untuk tempoh lima bulan pertama pada

tahun ini, eksport negeri terus berkembang pada kadar 7.2 peratus

dengan nilai mencecah RM20.7 bilion, manakala import pula telah

meningkat pada kadar 30 peratus dengan jumlah mencecah RM16

bilion. Import bagi jentera serta kelengkapan pengangkutan dan barang-

barang keluaran kilang, masing-masing telah berkembang sebanyak 45

peratus dan 65 peratus. Pertumbuhan tinggi tersebut mencerminkan

pelaburan besar oleh sektor swasta iaitu sebanyak RM10 bilion pada

suku tahun pertama tahun ini yang mana ianya juga merupakan

pelaburan swasta yang tertinggi di Malaysia. Jumlah pelaburan yang

diluluskan di bawah sektor pembuatan untuk tujuh bulan pertama pada

tahun ini ialah sebanyak RM5.7 bilion. Sebahagian besar daripada

jumlah pelaburan ini disumbangkan oleh Petronas melalui projek

Ammonia Dan Urea Sabah (SAMUR). Pelaburan dalam Koridor

Pembangunan Sabah juga semakin aktif dengan jumlah pelaburan

terkumpul direalisasikan (cummulative realized investment) melalui

Page 8: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

8

Projek-projek Permulaan (Entry-Point Projects) setakat bulan Julai 2012

sebanyak RM9.43 bilion.

Tuan Speaker,

13. Berdasarkan unjuran, senario ekonomi negeri pada masa hadapan

adalah cerah dan mempunyai prospek yang baik di mana beberapa

projek swasta berimpak tinggi yang dibiayai melalui kerjasama awam

dan swasta dijangka akan memainkan peranan dan menjadi pemangkin

dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Pada masa ini, terdapat

pelbagai projek berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan yang

merangkumi beberapa sektor termasuklah sektor minyak, gas dan

tenaga, pelancongan, pertanian dan pembangunan hartanah bersepadu

berkos tinggi (high end integrated real estate development). Pada masa

yang sama, dengan pelaksanaan pelbagai program seperti Program

Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP),

Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan mengambil kira pelbagai

inisiatif seperti yang telah diumumkan dalam Bajet Nasional 2013,

pertumbuhan ekonomi Negeri dijangka akan dapat ditingkatkan lagi.

14. Walaupun pertumbuhan sektor luaran diramalkan akan tumbuh

sederhana di sebalik cabaran-cabaran ekonomi global, ekonomi negeri

Sabah dijangka akan kekal stabil disebabkan oleh sokongan daripada

pelaburan awam dan swasta serta penggunaan domestik yang kukuh.

Oleh yang demikian, ekonomi negeri diunjurkan berkembang di antara 5

hingga 6 peratus pada tahun 2013.

Page 9: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

9

PRESTASI KEWANGAN NEGERI SABAH Tuan Speaker,

15. Selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan,

sumber dan perbelanjaan kewangan negeri ini sentiasa diurus secara

berhemat, berkesan dan efisien. Ketua Audit Negara telah mengiktiraf

negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod

terbaik dalam pengurusan kewangan. Dengan kecemerlangan ini, bagi

tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa

Teguran” ( Clean Bill ) yang menjadikan penganugerahan ini

mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.

16. Bilangan Jabatan dan Agensi yang mencapai penarafan empat

bintang di bawah Indeks Akauntabiliti telah meningkat dua kali ganda

untuk penilaian tahun 2011. Ini menunjukkan lebih banyak

jabatan/agensi yang telah mengamalkan sistem pengurusan kewangan

yang baik dan teratur. Sukacita saya memaklumkan di Dewan yang

mulia ini bahawa enam (6) jabatan/agensi yang telah berjaya mendapat

penarafan empat (4) bintang pada tahun 2011 ialah:

i. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri;

ii. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri;

iii. Jabatan Bendahari Negeri Sabah;

iv. Jabatan Cetak Kerajaan;

v. Lembaga Bandaran Kudat; dan

vi. Korporasi Pembangunan Desa.

Page 10: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

10

Syabas dan tahniah diucapkan kepada jabatan/agensi berkenaan dan

sesungguhnya mereka inilah yang akan menjadi ‘role model’ kepada

Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi lain untuk menambahbaik

pengurusan kewangan masing-masing.

17. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, negeri Sabah adalah

sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Khazanah

itu termasuklah bahan mineral, biodiversiti tanah pertanian dan warisan

budaya yang merupakan asas atau tulang belakang terhadap

pertumbuhan ekonomi negeri ini. Dengan mengambilkira kekayaan

berkenaan serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti

untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali

lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri

Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. Manakala, untuk pengurusan dan

proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody

International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan

MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang

selama 4 tahun berturut-turut.

18. Dengan galakan, pengiktirafan dan rekod pencapaian yang

cemerlang seperti dinyatakan tadi, kita perlu terus berusaha untuk

memacu ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi untuk manfaat

semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, umur, gender,

status, kedudukan, sektor dan kawasan.

Page 11: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

11

OBJEKTIF DAN STRATEGI BAJET 2013

Tuan Speaker,

19. Dalam memastikan matlamat untuk memberi kesejahteraan dan

kemakmuran kepada rakyat dan negeri ini melalui Bajet 2013, saya

meminta semua Kementerian dan Jabatan untuk mengurus dan

melaksanakan bajet 2013 demi mencapai objektif utama seperti berikut:

i. mengukuhkan kedudukan kewangan negeri ;

ii. menambah baik infrastruktur asas dan prasarana awam;

iii. mempercepatkan pencapaian halatuju;

iv. membangunkan belia dan modal insan yang bernilai dan

berkualiti tinggi;

v. membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kualiti hidup

rakyat; dan

vi. mencapai pembangunan wilayah yang seimbang.

HASIL NEGERI

Tuan Speaker,

20. Hasil Negeri Sabah dianggarkan berjumlah RM3.828 bilion pada

tahun 2013 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 3.73 peratus

dibandingkan dengan anggaran asal tahun ini berjumlah RM3.690

bilion. Dengan mengambilkira bahawa hasil purata Negeri Sabah bagi

tempoh tiga tahun yang lalu (2009-2011) yang berjumlah dalam

lingkungan RM3.8 bilion setahun, maka Kerajaan Barisan Nasional

Page 12: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

12

Negeri yakin bahawa sasaran kutipan hasil yang ditetapkan pada tahun

hadapan adalah munasabah. Oleh yang demikian, Kerajaan tidak

berhasrat untuk memperkenalkan cukai baru atau meningkatkan kadar

cukai sedia ada.

21. Berdasarkan prestasi kutipan hasil negeri setakat ini, anggaran

hasil disemak bagi tahun 2012 dijangka mencapai RM4.022 bilion iaitu

meningkat sebanyak 8.97 peratus berbanding anggaran asal. Royalti

Petroleum yang merupakan salah satu sumber utama hasil negeri telah

merekodkan penerimaan berjumlah RM941.25 juta berbanding

anggaran asal berjumlah RM774.6 juta. Di samping itu, beberapa

sumber hasil yang dijangkakan dapat menyumbang lebih daripada

anggaran asal termasuklah Cukai Jualan, Hasil Tanah, Terimaan

Daripada Pejabat-pejabat Daerah dan Pemberian daripada Kerajaan

Persekutuan. Sekiranya keadaan seperti ini berterusan ke tahun

hadapan maka kita berkeyakinan penuh bahawa Kerajaan Negeri akan

terus menikmati kutipan hasil negeri pada tahap RM4 bilion.

22. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Hasil Negeri Sabah

diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan

Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Hasil Cukai dijangka menyumbang

sebanyak RM1.225 bilion atau 32 peratus. Sumber utama dalam

kategori ini ialah Cukai Jualan atas Minyak Sawit Mentah yang

dijangka menyumbang sebanyak RM1.05 bilion atau 27.43 peratus

daripada jumlah keseluruhan hasil negeri pada tahun 2013. Hasil

Bukan Cukai dianggarkan berjumlah sebanyak RM2.26 bilion atau

59 peratus. Dua penyumbang utama dalam kategori ini ialah

Royalti Petroleum dengan anggaran sebanyak RM1 bilion atau 26.2

peratus serta Faedah dan Perolehan dari Pelaburan sebanyak

Page 13: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

13

RM691.56 juta atau 18.06 peratus daripada jumlah hasil. Selebihnya

sebanyak RM343.28 juta atau 9 peratus lagi adalah dari kategori

Terimaan Bukan Hasil yang sebahagian besarnya adalah

Pemberian dan Sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan.

Tuan Speaker,

23. Sejak tahun 2008, penyumbang utama kepada hasil negeri

Sabah adalah Cukai Jualan atas Minyak Kelapa Sawit dan Royalti

Petroleum yang mana kedua-dua sumber ini dijangka menyumbang

sebanyak 51.33 peratus pada tahun ini dan 53.63 peratus daripada

jumlah hasil pada tahun hadapan. Usaha Kerajaan Negeri memberi

lebih fokus dalam pengurusan pelaburan agar tidak terlalu

bergantung kepada kedua-dua sumber tersebut, sedikit sebanyak

telah membuahkan hasil. Ini terbukti dengan kutipan hasil sebanyak

RM928.03 juta pada tahun 2011 melalui "Faedah dan Perolehan dari

Pelaburan". Untuk tahun ini pula, hasil melalui sumber ini dijangkakan

dalam lingkungan RM820 juta diikuti dengan anggaran sebanyak

RM691.56 juta pada tahun hadapan.

TEMA BAJET 2013 “PENYATUAN USAHA KE ARAH

KESEJAHTERAAN RAKYAT YANG BERTERUSAN”

Tuan Speaker,

24. Hasil kesinambungan usaha pembangunan yang dibuat melalui

Bajet tahun-tahun sudah, negeri Sabah semakin makmur dan kualiti

kehidupan rakyat kini bertambah baik dan bertambah sejahtera. Dengan

Page 14: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

14

unjuran hasil berjumlah RM3.828 bilion bagi tahun 2013 yang

merupakan satu anggaran yang tertinggi dalam sejarah penyediaan

bajet negeri ditambah lagi dengan kedudukan Akaun Hasil Disatukan

negeri yang kukuh melebihi RM3 bilion, maka kita mampu merancang

dan menyediakan satu bajet yang besar demi pembangunan,

kesejahteraan dan kemakmuran berterusan negeri yang dicintai ini.

Untuk siapakah semua ini kalau bukan untuk rakyat dan warga Sabah

yang kita kasihi !

Tuan Speaker,

25. Momentum pembangunan negeri ini bukan sahaja perlu

dikekalkan malah hendaklah diperhebatkan. Sehubungan itu,

Kerajaan Barisan Nasional Negeri menyediakan peruntukan yang

terbesar dan lebih tinggi pada tahun 2013 berbanding Bajet Tahun

2012. Strategi Bajet 2013 telah disusun dan dirangka dengan

memberi penekanan kepada usaha-usaha murni yang akan

menjamin kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat yang

berterusan. Maka dengan itu Tuan Speaker, bertepatan dengan

tema Bajet 2013 iaitu “PENYATUAN USAHA KE ARAH

KESEJAHTERAAN RAKYAT YANG BERTERUSAN”, izinkan saya

membentangkan Perbelanjaan Perbekalan bagi tahun 2013 yang

merupakan satu bajet yang terbesar dalam sejarah kewangan

negeri ini iaitu sebanyak RM4.088 bilion!

Page 15: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

15

ANGGARAN PERBEKALAN DAN PEMBANGUNAN TAHUN 2013

ANGGARAN PERBEKALAN Tuan Speaker,

26. Cadangan Anggaran Emolumen bagi tahun 2013 adalah sebanyak

RM663.17 juta, pertambahan sebanyak RM39.51 juta atau 6.34 peratus

berbanding dengan anggaran sebanyak RM623.66 juta dalam tahun

2012. Peningkatan perbelanjaan emolumen ini adalah berpunca dari

keperluan pelarasan gaji kakitangan kerajaan yang dilaksanakan pada

tahun 2012.

27. Sebanyak RM1,087.93 juta adalah disyorkan untuk Perbelanjaan

Berulang bagi tahun 2013. Anggaran Perbelanjaan Berulang bagi tahun

hadapan berkurangan sebanyak RM32.92 juta atau 2.94 peratus

berbanding dengan anggaran Perbelanjaan Berulang Tahun 2012

sebanyak RM1,120.85 juta. Pengurangan ini adalah disebabkan

pendekatan perbelanjaan yang lebih berhemat melalui pengawalan

perbelanjaan yang tegas dan pengurusan perbelanjaan yang cekap.

28. Bagi Perbelanjaan Khas, sebanyak RM2,337.38 juta adalah

dicadang untuk dibelanjakan pada tahun 2013. Peningkatan peruntukan

bagi Perbelanjaan Khas antaranya disebabkan oleh peningkatan dalam

jumlah Caruman Wang Pembangunan daripada RM500 juta dalam

tahun 2012 kepada RM800 juta dalam tahun 2013. Ini merupakan

caruman terbesar yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

Page 16: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

16

ANGGARAN PEMBANGUNAN

Tuan Speaker,

29. Seperti yang telah saya sebutkan sebentar tadi, momentum

pembangunan negeri ini bukan sahaja perlu dikekalkan malah

hendaklah terus diperhebatkan. Sehubungan itu, sejumlah RM2.42

bilion adalah disediakan untuk Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun

2013. Anggaran ini melibatkan sebanyak RM1bilion pembiayaan

Kerajaan Negeri dan RM1.42bilion adalah sumbangan peruntukan

daripada Kerajaan Persekutuan.

30. Sumbangan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan

melibatkan Peruntukan Imbuh Balik Persekutuan sebanyak RM

35.4 juta, Pinjaman Persekutuan sebanyak RM186.07 juta dan

Pemberian Secara Langsung (Geran) berjumlah RM1.19bilion. Saya,

bagi pihak Kerajaan Negeri mengambil kesempatan di sini untuk

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Pusat di

atas sumbangan ini.

Tuan Speaker,

31. Sebahagian besar daripada Anggaran Pembangunan tahun 2013,

iaitu sebanyak RM2.07 bilion atau 85.71 peratus adalah diperuntukkan

kepada sektor ekonomi yang mana di antaranya adalah untuk

kemudahan asas yang diperuntukkan sebanyak RM988.23 juta,

RM763.7 juta untuk infrastruktur dan perhubungan manakala sebanyak

RM234.9 juta lagi untuk pertanian dan pembangunan tanah.

Page 17: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

17

32. Daripada jumlah RM988.23 juta anggaran pembangunan yang

dicadangkan untuk kemudahan asas, RM480.67 juta adalah untuk

program bekalan air, RM400 juta untuk bekalan elektrik luar bandar dan

RM95.56 juta untuk projek-projek pembetungan. Sementara peruntukan

sebanyak RM12 juta adalah untuk menampung perbelanjaan

Sumbangan Modal berkaitan dengan projek-projek bekalan air dan

elektrik.

Tuan Speaker,

33. Pembangunan infrastruktur dan perhubungan disediakan

sebanyak RM763.7 juta. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak

RM742.95 juta adalah untuk jalanraya dan jambatan, RM13.5 juta untuk

pelabuhan dan dermaga dan RM7.25 juta untuk perkhidmatan keretapi.

34. Antara program utama di bawah pertanian dan pembangunan

tanah ialah program pengairan dan saliran diperuntukkan sebanyak

RM72.72 juta, projek-projek pengembangan pertanian sebanyak

RM42.06 juta dan program perkhidmatan haiwan sebanyak RM34.87

juta.

35. Sejumlah RM291.16 juta atau 12.03 peratus daripada jumlah

anggaran pembangunan tahun 2013 adalah diperuntukkan untuk sektor

sosial. Sebanyak RM181.92 juta daripada jumlah berkenaan adalah

untuk pembangunan luar bandar dan masyarakat yang akan

dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan

Jabatan Ketua Menteri. Manakala sejumlah RM71.66 juta

diperuntukkan untuk pembinaan dan penaiktarafan bangunan

keagamaan, kompleks-kompleks sukan dan pusat-pusat kebudayaan.

Page 18: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

18

36. Sektor Pentadbiran Am diperuntukkan sebanyak RM29.75 juta

atau 1.23 peratus untuk pembiayaan projek-projek yang dilaksanakan

oleh Jabatan Tanah & Ukur dan pembinaan bangunan-bangunan

kerajaan.

37. Selaras dengan peranan, tanggungjawab dan fungsi masing-

masing sebagai agensi pelaksana utama Kerajaan, agihan peruntukan

Perbekalan dan Pembangunan 2013 yang dicadangkan mengikut

Kementerian adalah seperti berikut:

Kementerian Agihan

Perbekalan (RM) juta

Pembangunan (RM) juta

01. Kementerian Kewangan 1,893.57 27.00

02. Kementerian Pembangunan Infrastruktur 716.50 368.51

03. Jabatan Ketua Menteri 443.97 203.43

04. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan 306.88 156.13

05. Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

139.49 8.50

06. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

108.25 17.53

07. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan

87.92 32.20

08. Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

87.89 6.93

09. Kementerian Pembangunan Luar Bandar 68.00 103.92

10. Kementerian Belia dan Sukan 58.34 29.60

11. Kementerian Pembangunan Perindustrian 10.38 21.26

12. Perbelanjaan yang tidak termasuk dalam Kementerian-kementerian

23.63

13. Perbelanjaan Tanggungan 143.66

14. Simpanan Luar Jangka 25.00

Jumlah 4,088.48 1,000.01

Page 19: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

19

PERUNTUKAN MENGIKUT SEKTOR Tuan Speaker,

38. Bajet 2013 akan terus memberi penekanan dan keutamaan

kepada program-program yang bertujuan memakmurkan negeri dan

mengukuhkan lagi kesejahteraan rakyat. Program-program berkenaan

termasuklah pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas, program-

program dalam sektor Halatuju Negeri yang meliputi sektor pertanian,

pelancongan dan pembuatan, program pembangunan luar bandar

(membasmi kemiskinan), program pembangunan modal insan serta

program-program sosial dan kebajikan am.

Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas

Tuan Speaker,

39. Peruntukan sebanyak RM1.412 bilion adalah disediakan pada

tahun hadapan untuk membiayai pelbagai program pembangunan

infrastruktur dan kemudahan awam yang akan memberi impak

maksima ke arah meningkatkan lagi kualiti hidup masyarakat, khasnya

para penduduk di luar bandar. Ini juga sekaligus membantu merapatkan

jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar.

40. Program pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam

termasuk projek-projek jalanraya untuk memberi kemudahan asas

kepada kawasan-kawasan yang dikenalpasti boleh merangsang

pertumbuhan sosio-ekonomi di samping memperluaskan lagi aksesibiliti

ke kawasan-kawasan terpencil. Prasarana bekalan air pula akan

dipertingkatkan untuk menampung peningkatan keperluan bekalan air di

Page 20: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

20

samping mengatasi masalah-masalah bekalan air di beberapa kawasan

di negeri ini. Usaha juga akan diambil untuk meningkatkan

pembangunan infrastruktur maritim, baik dalam penyediaan kemudahan

maritim awam mahupun kemudahan pemunggahan kargo yang lengkap

di pelabuhan-pelabuhan utama di Sabah. Fokus ini adalah sejajar

dengan hasrat untuk membolehkan pelabuhan-pelabuhan di negeri ini

berdaya saing di kalangan pelabuhan-pelabuhan di rantau Asia.

Perkhidmatan keretapi sebagai pengangkutan alternatif yang moden

dan selesa juga akan terus dipertingkatkan.

Pembangunan Sektor Pembuatan

Tuan Speaker,

41. Bajet 2013 akan menyediakan peruntukan sebanyak RM97.27 juta

untuk membiayai usaha-usaha yang akan memacu pertumbuhan sektor

pembuatan negeri. Usaha-usaha ini termasuklah pelaksanaan projek-

projek sokongan sektor pembuatan seperti penyediaan infrastruktur

asas pembuatan di kawasan-kawasan perindustrian sedia ada seperti

Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Palm Oil Industrial Cluster (POIC)

di Lahad Datu dan Sandakan, serta Sipitang Oil and Gas Industrial Park

(SOGIP). Sukacita saya memaklumkan bahawa dari bulan Januari

hingga Jun 2012, 24 syarikat perkilangan telah diluluskan dengan

jumlah pelaburan sebanyak RM4.86 bilion dan kesan daripada ini,

sebanyak 1,765 peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Daripada jumlah

pelaburan ini, RM4.69 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan

RM177.44 juta adalah daripada pelaburan asing.

Page 21: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

21

Pembangunan Sektor Pertanian

Tuan Speaker,

42. Kerajaan Barisan Nasional Negeri amat komited untuk

memantapkan sektor pertanian negeri. Kementerian Pertanian dan

Industri Makanan selaku pemangkin dalam pembangunan sektor

pertanian memikul tanggungjawab yang besar untuk memastikan

kelangsungan projek pembangunan pertanian yang dilaksanakan oleh

kementerian itu dan yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi di

bawahnya.

43. Pelaksanaan program pembangunan pertanian yang akan dapat

meningkatkan produktiviti komoditi pertanian, meningkatkan tahap sara

diri komoditi makanan dan perluasan syer pasaran produk di pasaran

domestik dan antarabangsa akan diteruskan. Ini termasuklah program

pertanian yang dapat meningkatkan keluaran produk pertanian yang

ditambah nilai; pengeluaran produk-produk pertanian yang baru;

meningkatkan eksport produk-produk pertanian dan mengurangkan

import terutamanya produk makanan; meningkatkan produktiviti,

kecekapan, dan kemahiran para petani; serta meningkatkan program

inovasi dan pemprosesan produk. Pada masa yang sama juga, adalah

dijangkakan program pertanian yang dilaksanakan akan dapat

memberikan galakan terhadap penyertaan sektor swasta dalam aktiviti

pertanian dan diharapkan lebih ramai lagi usahawan sektor pertanian

yang mempunyai daya saing di peringkat global dapat diwujudkan.

Page 22: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

22

44. Sebanyak RM375.58 juta diperuntukkan untuk pembangunan

sektor pertanian yang meliputi perikanan, haiwan dan pengairan.

Daripada jumlah tersebut, RM185.91 juta adalah untuk perbelanjaan

mengurus dan RM189.67 juta untuk pembiayaan program

pembangunan. Dengan peruntukan yang disediakan dan

penggemblengan usaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

dan jabatan/agensi di bawahnya, kerajaan yakin sektor pertanian negeri

akan terus agresif, berorientasikan komersial, berdaya saing dan dapat

menjamin kelestarian bekalan makanan negeri. Usaha ini dimantapkan

lagi dengan program-program yang dibiayai oleh kerajaan Persekutuan

seperti pewujudan ‘jelapang padi’ di Kota Belud yang diumumkan oleh

YAB Perdana Menteri dalam Bajet Negara baru-baru ini.

Pembangunan Sektor Pelancongan

Tuan Speaker,

45. Sektor pelancongan akan terus memainkan peranan penting

sebagai salah satu penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi

negeri. Bagi tahun 2012, Sabah menyasarkan seramai 2.93 juta

ketibaan pelawat dengan anggaran pendapatan sejumlah RM 5.191

bilion. Jumlah ketibaan pelawat ke Sabah untuk tempoh Januari hingga

Jun 2012 adalah seramai 1,372,525 orang. Jumlah tersebut

mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 1.7 peratus berbanding

tempoh yang sama pada tahun sebelumnya dengan anggaran terimaan

daripada sektor pelancongan sebanyak RM 1.088 bilion. Dengan

pertumbuhan yang memberangsangkan ini, kita yakin sasaran ketibaan

pelancong tahun ini akan tercapai.

Page 23: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

23

46. Bagi tahun 2013, Sabah menyasarkan seramai 3.105 juta ketibaan

pelawat dengan anggaran pendapatan berjumlah RM5.51 bilion. Bagi

mencapai sasaran ini, kerajaan akan terus berusaha dalam meyakinkan

syarikat penerbangan untuk meningkatkan jaringan aksesibiliti udara

dengan menambah penerbangan antarabangsa ke negeri Sabah sama

ada penerbangan terus (direct flights), penerbangan terus sewa khas

berjadual (Scheduled chartered flights) mahupun penerbangan terus

sewa khas (chartered flights).

47. Hasil daripada usaha yang berterusan melalui Lembaga

Pelancongan Sabah, Sabah kini mempunyai 116 penerbangan terus

antarabangsa dengan 16,210 kapasiti tempat duduk seminggu yang

menghubungkan Sabah dengan destinasi seperti Brunei, Hong Kong,

Shenzhen, Jakarta, Manila, Clark, Singapura, Seoul, Taipei dan Tarakan

yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysia

Airlines (MAS), AirAsia, Royal Brunei Airlines, Dragon Air, Silk Air, Cebu

Pacific, Eastar Jet, Aseana, Korean Air, Tiger Air dan MASwings.

Pemeliharaan Alam Sekitar

Tuan Speaker,

48. Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, kita harus peka

dan prihatin terhadap perlindungan alam sekitar dan memastikan

dimensi alam sekitar disepadukan sepenuhnya dalam perancangan

pembangunan dan eksploitasi sumber-sumber semulajadi selaras

dengan prinsip pembangunan lestari. Ini penting kerana alam sekitar

bukan sahaja merupakan aset utama kepada sektor pelancongan negeri

tetapi ianya juga mendukung sektor ekonomi lain seperti pertanian dan

Page 24: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

24

pembuatan dalam mencapai kestabilan dan kemajuan yang berterusan

di Sabah. Kerajaan juga akan terus berusaha bagi memantapkan lagi

langkah-langkah atau tindakan-tindakan yang wajar dalam melindungi

kelestarian alam sekitar dan sumber-sumber asli di Sabah. Usaha murni

kerajaan ini dalam memelihara dan melindungi keindahan khazanah

hutan dan alam sekitar, telah menarik ramai pelancong dan para

penyelidik dari dalam dan luar negara. Ini termasuklah kunjungan

daripada pasangan diraja Britain, Duke and Duchess of Cambridge iaitu

Putera William dan isterinya Kate Middleton. Tujuan mereka

mengunjungi Sabah semata-mata hendak melihat sendiri dan menikmati

keindahan alam semulajadi yang terdapat di Lembah Danum dalam

daerah Lahad Datu. Pasangan diraja berkenaan telah terpegun dan

memuji usaha-usaha konservasi hutan hujan tropika yang sedang

dijalankan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan dengan

kerjasama Royal Society of London, United Kingdom. Sesungguhnya,

lawatan diraja tersebut telah memperkukuhkan lagi posisi negeri Sabah

di persada antarabangsa sebagai destinasi pelancongan yang bertaraf

dunia.

Perkembangan Kebudayaan

49. Kebudayaan merupakan satu komponen penting bukan sahaja

sebagai pembentuk sahsiah diri dan tamadun suatu kaum tetapi juga

berperanan untuk membentuk jati diri serta mendorong ke arah bangsa

yang bersatu padu, cintakan seni budaya serta menghargai warisan

bangsa. Justeru, usaha pemeliharaan dan memperkasakan khazanah

warisan budaya akan dimantapkan lagi. Dengan itu, kerajaan melalui

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar bersama-

sama jabatan dan agensinya, iaitu Jabatan Muzium Sabah dan

Page 25: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

25

Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah akan meneruskan usaha

mempertahan, mengekalkan dan memelihara khazanah warisan

budaya, sejarah dan tamadun negeri Sabah serta menerapkan nilai-nilai

murni budaya etnik Sabah kepada masyarakat umum, terutamanya

generasi muda.

50. Bagi memantapkan sektor pelancongan, perkembangan

kebudayaan dan pemeliharaan alam sekitar, Bajet tahun 2013

menyediakan peruntukan sebanyak RM159.13 juta yang meliputi

RM141.6 juta perbelanjaan mengurus dan RM17.53 juta bagi

pembiayaan program pembangunan berkaitan pelancongan,

kebudayaan dan alam sekitar yang akan diagihkan kepada

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta enam

(6) agensi di bawahnya dan juga kepada Jabatan Perhutanan serta

Pusat Biodiversiti Sabah.

Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Luar Bandar Dan Membasmi

Kemiskinan Tegar

Tuan Speaker,

51. Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah

Rolling Plan ke tiga RMKe 10. Dalam Bajet 2013, peruntukan sebanyak

RM202.12 juta disediakan untuk pelaksanaan program-program

pembasmian kemiskinan dengan matlamat sasaran pensifaran miskin

tegar dan pengurangan miskin relatif.

Page 26: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

26

52. Sukacita saya menekankan bahawa program-program

pembasmian kemiskinan tegar seperti program Mini Estet Sejahtera

(MESEJ) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar

Bandar dan Ladang-Ladang PPRT, satu program usahasama kerajaan

negeri dengan Kumpulan Sawit Kinabalu yang diperkenalkan sejak

beberapa tahun yang lalu telah menampakkan impak yang ketara dan

kini sedang mengeluarkan hasil .

53. Peserta-peserta Ladang PPRT Tongod dan Ladang PPRT

Kalabakan terdiri daripada 1,167 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT)

kini sedang menerima dividen masing masing bernilai RM400 sebulan

yang merupakan tambahan kepada pendapatan bulanan mereka

sekaligus membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan tegar.

54. MESEJ Sungai Laba, Pulau Sebatik di daerah Tawau dan MESEJ

Bunang 1 di daerah Keningau sudah mengeluarkan hasil sejak akhir

tahun 2011. MESEJ Bunang 2 (Liawan) di Keningau; MESEJ Labang

di Nabawan dan MESEJ Balat di Kinabatangan dijangka akan

mengeluarkan hasil dalam masa terdekat. Memandangkan

keberkesanan MESEJ sebagai mekanisme pembangunan

kesejahteraan rakyat khususnya Ketua Isi Rumah Miskin Tegar,

kerajaan akan terus memberikan keutamaan kepada program tersebut.

Pada tahun 2013, 4 buah MESEJ baru masing-masing di daerah

Beaufort, Kinabatangan, Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut akan

dilaksanakan sebagai tambahan kepada 44 buah MESEJ yang sedia

ada di seluruh negeri Sabah.

Page 27: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

27

55. Selain program-program pembasmian kemiskinan yang saya

sebutkan tadi, kerajaan melalui Yayasan Usaha Maju (YUM),

menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan miskin, mudah

miskin dan miskin tegar yang sebahagian besarnya melibatkan

golongan wanita. Kemudahan pinjaman diberikan untuk menjalankan

aktiviti keusahawanan dalam sektor pertanian, penternakan, perikanan,

perniagaan jual beli, pemprosesan, pertukangan, jahit menjahit dan

perkhidmatan. Sehingga kini, YUM telah mengeluarkan pinjaman

kepada seramai 22,861 orang peminjam wanita termasuk ibu tunggal

yang melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM149 juta dengan kadar

bayaran balik pinjaman melebihi 95%. Syabas saya ucapkan kepada

golongan peminjam wanita ini. YUM akan terus membantu usahawan

wanita dengan menyasarkan penyerahan pinjaman berjumlah RM40 juta

pada tahun hadapan yang bakal dimanfaatkan oleh hampir 10,000

orang peminjam. Untuk membolehkan YUM memperluaskan

operasinya, maka dalam Bajet 2013, pemberian sebanyak RM7.5 juta

dicadangkan kepada YUM.

56. Kerajaan yakin dengan pelaksanaan pelbagai program

pembasmian kemiskinan ini dan disokong lagi oleh program-program

pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan

di negeri ini, masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri

Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan.

Page 28: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

28

Pembangunan Modal Insan Dan ICT

Tuan speaker,

Modal Insan

57. Sesungguhnya Kerajaan amat menitikberatkan pembangunan

Modal Insan. Modal Insan yang berkualiti, yang berkemahiran dan

terlatih adalah amat penting untuk memastikan pembangunan negeri ini

berjalan lancar. Pada tahun 2013, Kerajaan memperuntukkan sebanyak

RM261.27 juta untuk melaksanakan program-program latihan untuk

semua golongan rakyat khususnya belia. Kajian Sabah Manpower

Planning Requirement 2010-2025 Fasa 2 yang akan dilaksanakan

bertujuan untuk merangsang pembangunan modal insan yang lebih

kompeten dan memenuhi keperluan industri dan pembangunan negeri.

58. Dalam memupuk minat membaca di kalangan masyarakat,

Kerajaan akan terus mempergiat dan memantapkan pelaksanaan

program dan aktiviti ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan dalam

bidang keilmuan untuk pelbagai golongan masyarakat. Sebanyak

RM18.9 juta diperuntukkan kepada Jabatan Perpustakaan Negeri untuk

memantapkan dan meningkatkan koleksi perpustakaan sesuai dengan

keperluan maklumat kepada rakyat.

59. Kerajaan juga akan membina beberapa buah bangunan

Perpustakaan baru pada tahun hadapan, antaranya di Tambunan dan

Kota Kinabalu. Cadangan pembinaan Perpustakaan baru Wilayah Kota

Kinabalu yang canggih, bercirikan teknologi hijau dan mesra pengguna,

dianggarkan menelan belanja dalam lingkungan RM40 juta. Pembiayaan

Page 29: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

29

bagi pembinaannya adalah secara pembiayaan bersama antara

Kerajaan dengan syarikat konsesi air, Lahad Datu Water Supply Sdn.

Bhd, yang merupakan suatu tanggungjawab sosial korporat syarikat

berkenaan. Bangunan perpustakaan tersebut yang bakal dibina

bersebelahan dengan pusat riadah Taman Perdana Tanjung Aru, akan

menjadi pusat tumpuan ramai, sama ada mereka yang datang untuk

beriadah atau menimba ilmu pengetahuan di perpustakaan yang moden

itu.

60. Sebagaimana yang kita ketahui, Kementerian Pelajaran Malaysia

menyediakan Skim Bantuan Buku Teks untuk subjek akademik di

semua sekolah rendah dan menengah. Oleh kerana sekolah agama

islam yang ditadbir oleh kerajaan negeri tidak diliputi dalam skim

tersebut, maka saya mencadangkan peruntukan berjumlah RM3.625

juta dalam Bajet 2013 bagi pembelian buku teks untuk kegunaan

sekolah agama Islam di Sabah. Disamping itu, kerajaan juga akan

mengkaji masalah kekurangan guru-guru agama untuk sekolah-sekolah

agama di Sabah.

Pembangunan ICT

Tuan Speaker,

61. Sebanyak RM73.49 juta disediakan untuk pembangunan ICT pada

tahun 2013. Seiring dengan kemajuan teknologi masakini, penumpuan

dan penekanan akan terus diberikan untuk mempertingkatkan kualiti

perkhidmatan maklumat khusus untuk memenuhi permintaan yang

meningkat daripada masyarakat yang mendambakan maklumat dan

ilmu dengan cepat dan efisien. Dengan peruntukan sebanyak RM28

Page 30: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

30

juta, kerajaan akan meneruskan usaha untuk merapatkan jurang digital

antara bandar dan luar bandar melalui penganjuran Latihan dan Kursus

ICT; Program memperkasakan Usahawan Tekno serta Program Kreatif

Arama-IT di semua daerah. Satu kajian awal mengenai pewujudan

Knowledge Park juga akan dijalankan. Di samping itu, usaha

peningkatan rangkaian Sabah.Net ke semua pejabat Kerajaan di seluruh

negeri akan diteruskan. Untuk itu, sejumlah RM29.5 juta diperuntukkan

bagi meneruskan Program E-government.

Pembangunan Belia dan Sukan

Negeri Sabah aman sentosa

Masyarakat hidup seia sekata

Belia progresif harapan bangsa

Mereka pewaris negeri tercinta

Tuan Speaker,

62. Dalam Bajet 2013, sebanyak RM80.07 juta disediakan untuk

program pembangunan belia dan sukan di bawah Kementerian Belia

dan Sukan. Dengan memfokuskan kepada pembangunan sukan untuk

semua dan sukan berprestasi tinggi, teras utama Perkhidmatan

Pembangunan Kecemerlangan Sukan adalah: Penglibatan aktif

Persatuan Sukan Peringkat Negeri; Pengukuhan Sukan Berprestasi

Tinggi; Pembangunan Industri Sukan; Pembangunan Kejurulatihan dan

Kepegawaian Sukan, serta penyediaan kemudahan dan kelengkapan

sukan. Ini adalah seiring dengan harapan kerajaan untuk mewujudkan

generasi yang terdiri daripada ahli sukan yang mampu mengharumkan

Page 31: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

31

nama negeri dan negara di persada sukan kebangsaan dan juga

antarabangsa.

Tuan Speaker,

63. Kerajaan menyedari hakikat bahawa belia adalah aset terpenting

dan pewaris pucuk kepimpinan negeri di masa hadapan. Komuniti belia

adalah kelompok terbesar yang berpotensi memacu pembangunan dan

kemakmuran negeri khususnya dan negara amnya. Justeru, kita

mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan landasan dan asas

yang kukuh serta persekitaran yang kondusif untuk mencetuskan

transformasi pembangunan belia perkasa dan modal insan yang

mempunyai mindset yang tepat. Peruntukan sebanyak RM14.46 juta

disediakan kepada Kementerian Belia dan Sukan khusus bagi

pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia pada tahun 2013,

seperti Program Pembangunan Kepimpinan, Program Pembangunan

Kemahiran dan Keusahawanan; Program Jaringan Kerjasama dan

Program Pembangunan Sosial dan Perpaduan. Kerajaan juga

menyediakan peruntukan sebanyak RM240.68 juta untuk pelaksanaan

pelbagai program yang melibatkan belia yang akan dilaksanakan oleh

kementerian dan jabatan lain seperti Kementerian Pembangunan

Sumber dan Teknologi Maklumat, Jabatan Pembangunan Sumber

Manusia, Jabatan Pertanian dan lain-lain lagi.

Page 32: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

32

Pembangunan Sosial Dan Kebajikan Am

Tuan Speaker,

64. Kerajaan juga amat prihatin untuk meringankan beban rakyat yang

memerlukan bantuan. Bajet 2013 memperuntukkan sejumlah RM87.05

juta untuk membiayai program Pembangunan Sosial dan Kebajikan Am

serta pelaksanaan pelbagai skim bantuan kepada rakyat. Daripada

jumlah tersebut, sebanyak RM57.95 juta disalurkan kepada Jabatan

Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk melaksanakan pelbagai

program seperti Skim Bantuan Am, Skim Bantuan Anak Yatim dan

Miskin, bantuan untuk orang kurang upaya dan kanak-kanak istimewa,

bantuan alat-alat ortopedik, tabung derma dan penyelenggaraan

bangunan warga emas.

Tuan Speaker,

Pembangunan Wanita

Bersukaria di kebun nyonya

Bawa sejambak bunga Melati

Golongan wanita apa kurangnya

Sentiasa menyumbang menabur bakti

65. Sumbangan wanita memberi impak yang besar dalam pelbagai

aspek pembangunan negeri. Sebagai sumber modal insan yang penting,

kerajaan adalah komited dalam usaha memperkasa kaum wanita yang

meliputi semua golongan termasuklah ibu-ibu tunggal, ibu-ibu bekerja,

suri rumah dan pelajar. Melalui jentera sedia ada termasuk pertubuhan

Page 33: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

33

atau persatuan-persatuan wanita, pelbagai program telah dirancang

untuk dilaksanakan supaya wanita terus aktif dalam pembangunan dan

memacu pertumbuhan ekonomi di negeri ini. Bajet 2013

memperuntukkan sebanyak RM10.96 juta untuk melaksanakan

program-program pembangunan wanita. Program-program kepimpinan,

keusahawanan, keilmuan, perundangan, akan terus dilaksanakan di

samping memperkukuh aspek kesihatan dan sosio-ekonomi golongan

wanita. Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk sokongan

merangkumi bantuan kewangan, khidmat bimbingan dan nasihat serta

kemudahan berniaga dan perlindungan untuk kesejahteraan wanita.

Kuasa Tempatan

Tuan Speaker,

66. Dalam Bajet 2013, peruntukan sejumlah RM109.08 juta disediakan

kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Daripada jumlah peruntukan

tersebut, sebanyak RM76.88 juta adalah untuk perbelanjaan di bawah

perbekalan dan RM32.2 juta untuk program pembangunan. Kerajaan

akan memastikan peruntukan yang disediakan ini dibelanjakan dengan

lebih berhemat dan menumpukan kepada enam strategi utama iaitu:

Memantapkan pembangunan dan penyediaan infrastruktur serta

kemudahan-kemudahan asas; Meningkatkan program sosio-ekonomi

untuk membantu golongan kurang bernasib baik; Memartabat dan

memperkasakan Institusi Mahkamah Anak Negeri; Menyediakan

program-program perumahan untuk golongan berpendapatan rendah;

dan Membangunkan pekan-pekan baru di beberapa daerah.

Page 34: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

34

67. Kerajaan juga akan mengkaji semula keberkesanan dan

seterusnya mengemas kini Pelan Struktur Sabah 2020 sebagai

instrumen meminda-arah pembangunan secara makro di Sabah serta

menjalankan kerja dan menyediakan dasar dan strategi mengenai

Pengurusan Zon (Zone Management) untuk memastikan habitat dan

khazanah alam semulajadi di sepanjang kawasan pesisir pantai dan

negeri ini sentiasa terpelihara dan terjamin selamat.

Badan Berkanun, Syarikat Kerajaan Negeri Dan Syarikat Berkaitan

Kerajaan

Tuan Speaker,

68. Setakat hari ini, dividen yang diterima oleh Kerajaan Negeri ialah

sebanyak RM655.91 juta. Antara badan berkanun negeri, syarikat

kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan negeri yang membayar

dividen pada tahun 2012 ialah Kumpulan Sawit Kinabalu, Sabah

Development Bank Berhad, Innoprise Corporation Sdn. Bhd,

Perbadanan Pinjaman Sabah, Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd., Sabah

Energy Corporation Sdn. Bhd., Progressive Insurance Berhad, Saham

Sabah Berhad, Desa Plus Sdn. Bhd.; Desa Lestari Sdn. Bhd. dan Suria

Capital Holdings Bhd. Saya amat berbangga kerana mereka telah

menunaikan dan melaksanakan tanggung jawab mereka kepada

kerajaan. Untuk itu, sukacita saya mengucapkan syabas kepada

syarikat-syarikat yang telah saya sebutkan tadi. Saya menjangkakan

beberapa agensi yang lain juga akan mengisytiharkan dividen kepada

kerajaan negeri sebelum penghujung tahun ini.

Page 35: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

35

69. Dalam usaha berterusan untuk menerapkan amalan baik tadbir

urus korporat, kursus untuk ahli lembaga pengarah yang pertama kali

dianjurkan oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada tahun 2011,

kini dijadikan program tahunan. Program ini bertujuan untuk

memperkasakan dan meningkatkan kefahaman serta keupayaan

(capability) ahli-ahli tentang hala tuju dan pengurusan strategik badan

berkanun selaras dengan amalan terbaik (best practices) tadbir urus

korporat.

Tuan Speaker,

70. Selain itu, Jawatankuasa Polisi dan Pengawasan Tadbir Urus

Korporat untuk Badan Berkanun Negeri telah ditubuhkan dan berfungsi

sepenuhnya. Jawatankuasa ini bertujuan untuk menilai kesesuaian dan

seterusnya mencadangkan kajian semula ke atas enakmen, pekeliling

dan garispanduan yang sedang digunapakai oleh Badan-badan

Berkanun Negeri. Ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk

menambahbaik tadbir urus badan berkanun negeri.

Tuan Speaker,

Pengumuman Khas

71. Terdapat sepotong pepatah Melayu lama yang berbunyi "Sebahar

Budi Kedapatan, Sepanjang Hayat DiSanjung Kenang". Justeru saya

gembira kerana Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya para wakil rakyat

Barisan Nasional telah menjalankan tanggungjawab mendengar,

menyuarakan, memperjuangkan dan seterusnya sentiasa berusaha

untuk mengatasi setiap permasalahan masyarakat di kawasan yang

Page 36: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

36

mereka wakili. Saya juga amat berterima kasih kepada setiap peringkat

kepimpinan masyarakat seperti Pengerusi JKKK/JKDB, Ketua-ketua

Daerah, Ketua-ketua Anak Negeri, Ketua-ketua Kampung, Ketua-ketua

Masyarakat Cina, Ketua-ketua Agama, Kepimpinan Belia dan Wanita

serta seterusnya kalangan masyarakat yang sentiasa berjuang bersama

wakil rakyat Barisan Nasional untuk membangunkan negeri Sabah yang

kita cintai ini. Oleh yang demikian, sebagai salah satu pemangkin

kejayaan dalam melaksanakan pembangunan dan sebagai

kesinambungan usaha membantu meringankan bebanan rakyat di

setiap kawasan, maka saya mencadangkan supaya Peruntukan Khas

sejumlah RM1 juta dikekalkan kepada setiap kawasan Dewan

Undangan Negeri. Di samping itu, melalui Bajet 2013 ini, sukacita saya

mencadangkan agar peruntukan Sentuhan Kasih sebanyak RM500 ribu

diagihkan sekali lagi kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

Semoga inisiatif murni ini akan menyemarakkan lagi semangat dan

iltizam Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus berkhidmat dan berbakti

kepada rakyat, khususnya terhadap golongan akar umbi yang kita

kasihi.

72. "Umpama aur dengan tebing" – demikianlah kata perumpamaan

untuk menggambarkan hubungan baik dan jalinan kerjasama antara

pemimpin kerajaan dengan para penjawat awam. Jika tidak kerana

penjawat awam, maka tiadalah pelaksana atau penggerak program-

program pembangunan yang kita rancangkan. Penjawat awam

merupakan tonggak utama dan nadi dalam pengurusan negeri ini. Jasa

dan sumbangan mereka amat dihargai dan disanjung tinggi. Justeru,

bagi menghargai penat lelah serta pengorbanan mereka selama ini, dan

sebagai suatu suntikan semangat agar mereka terus berkhidmat dan

berbakti dengan lebih berdedikasi, beramanah dan berintegriti, maka

Page 37: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

37

setiap penjawat awam yang berjasa ini sewajarnya diberikan ganjaran

yang sepadan dan setimpal. Selain daripada pemberian bonus setengah

bulan gaji yang telah dibayar pada bulan Ogos yang lepas, maka saya

dengan sukacitanya mengumumkan pemberian bonus satu bulan gaji

lagi kepada mereka. Pembayaran Bonus ini akan dilaksanakan dengan

dua kali ansuran iaitu pada bulan Disember tahun ini dan Januari 2013.

Inilah kelebihan dan keistimewaan Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan

yang prihatin, jujur dan ikhlas dalam perjuangan, telus dan realistik

dalam pentadbiran. Kebolehpercayaan inilah yang menjadikan Barisan

Nasional sebuah parti dan Kerajaan yang menjadi pilihan dan harapan

rakyat pada keseluruhannya.

Tuan Speaker,

73. Dengan mengambil kira kenaikan harga kenderaan pada masa ini

dan bagi memberi peluang dan kemampuan kepada anggota

perkhidmatan awam untuk memiliki kenderaan, maka had kelayakan

maksima Skim Kemudahan Pinjaman Kenderaan anggota perkhidmatan

awam negeri perlulah disemak semula. Sehubungan dengan itu, saya

mencadangkan agar had pinjaman maksima bagi pembelian kenderaan

oleh anggota perkhidmatan awam negeri dinaikkan antara 15 hingga 33

peratus mengikut kategori pegawai. Selain itu, kadar faedah pinjaman

juga akan diturunkan daripada 4 kepada 3 peratus dan had maksima

tempoh pinjaman dipanjangkan daripada tujuh kepada sembilan tahun,

berkuatkuasa mulai 01 Januari 2013.

Page 38: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

38

Mari melancong ke Pantai Timur

Bersama keluarga membeli belah

Negeri ditadbir aman dan makmur

Penjawat awam tetap dibela!

PENUTUP Tuan Speaker,

74. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, sesungguhnya Bajet 2013

adalah merupakan bajet yang terbesar dalam sejarah negeri Sabah.

Rakyat perlu menghakimi dan menilai secara jujur dan ikhlas

kemampuan dan prestasi Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa

berhati-hati, berhemat dan telus dalam mengurus kewangan negeri

Sabah. Oleh yang demikian, saya ingin mengimbau dan menyoroti

prestasi pengurusan kewangan negeri Sabah bagi tempoh 12 tahun

yang lepas.

75. Pada tahun 2001 Akaun Hasil Disatukan hanya berjumlah lebih

kurang RM100 juta sahaja. Teringat saya pada suatu ketika dahulu di

mana kita tidak berupaya untuk membayar kenaikan gaji dan bayaran

bonus kepada anggota perkhidmatan awam negeri sebagaimana yang

dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Alhamdullillah, dengan

Pengurusan Bajet dan Pengurusan Hasil yang berhemat dan bijak,

Akaun Hasil Disatukan telah meningkat dari tahun ke tahun dan semakin

kukuh. Pada tahun 2011, Akaun Hasil Disatukan telah meningkat

kepada RM3.3 bilion dan ini merupakan catatan tertinggi dalam sejarah

kewangan negeri Sabah.

Page 39: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

39

76. Kedudukan hasil pada awal tahun 2001 pula ialah sebanyak

RM1.2 bilion sahaja. Hasil tahun 2011 telah meningkat empat kali ganda

iaitu mencecah jumlah RM4.4 bilion. Untuk makluman Dewan yang

mulia ini, jumlah hasil yang telah dikutip sejak tahun 2001 hingga tahun

2011 adalah berjumlah RM28.14 bilion.

Tuan Speaker,

77. Manakala bagi rekod perbelanjaan negeri pula, pada tahun 2001

jumlah perbelanjaan hanya berjumlah RM1.15 bilion sahaja. Sejak dari

itu perbelanjaan negeri terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga

mencecah RM4.36 bilion pada tahun 2011. Ini membawa jumlah

keseluruhan Perbelanjaan sepanjang tempoh tersebut sebanyak

RM24.93 bilion. Walaupun dengan perbelanjaan yang meningkat setiap

tahun namun kita masih berjaya mengukuhkan Akaun Hasil

Disatukan negeri melebihi RM3 bilion.

78. Dengan izin Allah SWT dan dengan sokongan padu serta

dukungan rakyat Sabah khasnya dan Malaysia amnya, alhamdullillah,

Kerajaan Barisan Nasional telah melakarkan sejarah kegemilangan

seperti yang dijelaskan tadi. Rakyat sendiri boleh menilai prestasi dan

kecemerlangan yang dihasilkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama

ini.

Tuan Speaker,

79. Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang prihatin dan peka

terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Tidak akan wujud Kerajaan

ini jika tidak dengan sokongan dan dukungan rakyat. "Umpama air

Page 40: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

40

dicincang tidak akan putus, ibarat isi dengan kuku" – demikianlah

dekatnya kerajaan dengan rakyat dan rakyat dengan kerajaan.

80. Namun Kerajaan sedar akan wujudnya dalang-dalang tertentu

yang sentiasa menghasut, mengadu domba dan mengapi-apikan rakyat,

supaya rakyat membenci dan memusuhi Kerajaan dengan membuat

tuduhan, tohmahan, hasutan serta menabur fitnah. Niat jahat mereka ini

termasuklah yang disebarkan menerusi media siber dengan tujuan

untuk menjatuhkan pemimpin dan kerajaan. Ini ditambah lagi dengan

janji-janji manis pembangkang melalui pembentangan bajet mereka

yang bercita-cita besar atau ‘ambitious’ kononnya Sabah akan

menikmati kadar royalti minyak yang berlipat kali ganda serta pelbagai

janji kosong yang mengasyikkan. Hakikatnya janji-janji populist itu bukan

sahaja tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata umpama angan-

angan Mat Jenin yang boleh memufliskan serta menghancurkan masa

depan negeri dan negara, akibatnya rakyat juga yang akan sengsara

dan menderita.

Apa diharap padi seberang

Padi disemai rosak binasa

Apa diharap pada pembangkang

Janji manisnya bohong belaka

Apa diharap padi seberang

Tidak berisi bertangkai condong

Apa diharap pada pembangkang

Bercakap bohong berjanji kosong

Page 41: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

41

Tuan Speaker,

81. Kerajaan Barisan Nasional tidak menjanjikan bulan dan bintang.

Kerajaan Barisan Nasional juga tidak berani berjanji kepada rakyat jika

kerajaan tidak mempunyai kesanggupan atau kemampuan untuk

menunaikan janji. Lagi pun, apa guna berjanji jika tidak boleh ditepati?

Kita berjanji berdasarkan keupayaan dan pertanggungjawaban. Walhal

pembangkang berjanji hanya untuk menyedapkan telinga rakyat

sedangkan janji mereka adalah janji palsu yang sebenarnya mustahil

untuk dipenuhi.

Tuan Speaker,

82. Rakyat adalah segala-galanya dalam perjuangan ini. Rakyatlah

yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Pada masa

sama, negeri tercinta ini adalah warisan turun temurun yang wajib dijaga

dan dipelihara daripada para petualang yang ingin menghancurkan

segala kemajuan dan pencapaian yang telah kita bina sejak sekian

lama.

83. Kita akan pastikan bahawa keharmonian, keamanan, kemakmuran

dan kemajuan pesat yang sedang kita nikmati kini kekal terpelihara demi

masa depan anak-anak dan cucu cicit kita. Tidak ada lagi warisan yang

paling berharga untuk kita hadiahkan kepada generasi akan datang,

melainkan sebuah daerah, negeri dan negara yang aman sentosa, maju

dan permai, yang dapat menjamin sebuah masa depan yang

menjanjikan kemakmuran dan kebahagiaan yang berkekalan hasil

daripada titik peluh serta perjuangan bangsa yang merdeka, berdaulat

dan berjaya.

Page 42: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

42

Tuan Speaker,

84. Sempena pembentangan Bajet ini juga, saya mengambil

kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih kepada semua pihak; para pemimpin, warga perkhidmatan awam,

sektor swasta, NGOs dan seluruh lapisan rakyat di seluruh pelosok

negeri ini di atas sokongan, kerjasama dan muafakat yang telah

diberikan sehingga kita berupaya melonjakkan pembangunan dan

kemajuan negeri Sabah ke tahap yang membanggakan pada hari ini.

85. Sesungguhnya, kami sedar dan menginsafi betapa rakyat telah

memberikan harapan tinggi dan mandat besar kepada kita dalam PRU-

12 2008. Sebagaimana tingginya harapan dan besarnya mandat rakyat

itu, begitu jugalah tingginya komitmen dan iltizam kami untuk

menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan

oleh rakyat kepada kita selama ini.

86. Oleh itu, sekali lagi kami dengan penuh tanggungjawab dan

keinsafan memohon kepada seluruh rakyat untuk terus meletakkan

harapan dan memberikan kepercayaan, mandat dan sokongan yang jitu

dan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional bagi meneruskan

kesinambungan perjuangan membela nasib rakyat dan memacu

pembangunan negeri ini ke tahap yang lebih tinggi lagi untuk

kesejahteraan dan kemakmuran kita bersama serta generasi yang akan

datang.

Page 43: UCAPAN BAJET 2013 - sabah.gov.my fileTuan Speaker, 03. Seperti yang kita sedia maklum, pembentangan Bajet Negara telah disempurnakan pada 28 September 2012. Telah menjadi pengetahuan

43

Berkilau indah batu permata

Tinggi nilainya jadi idaman

Demi rakyat dan negeri tercinta

BN berjuang sepanjang zaman

Tuan Speaker,

Saya mohon mencadang.