ucapan aluan forum perdana ehwal islam · forum perdana ehwal islam 5 januari 2017 (khamis)...
TRANSCRIPT
1
UCAPAN ALUAN
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
5 Januari 2017 (Khamis)
Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya
DATO’ HAJI ABDUL FATTAH HAJI
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
2
Bismillahhirrahmannirrahim,
Assalamulaikum WBT dan Salam
1Koperasi
Terima Kasih Pengacara Majlis
3
(Senarai salutasi disediakan oleh
urusetia majlis)
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang
dihormati sekelian.
4
Pertama sekali saya bagi pihak
ANGKASA mengucapkan rasa
syukur kepada Allah SWT di atas
limpah dan kurniaNya, dapat kita
bersama-sama hadir ke Forum
5
Perdana Ehwal Islam yang akan
bersiaran langsung menerusi TV1
RTM dengan tajuk “Ukur Baju Badan
Sendiri”.
6
Tidak terlewat di sini untuk saya
mengucapkan Selamat tahun baru
2017 dan Forum Perdana ini yang
diadakan ini merupakan agenda
7
utama yang diadakan sebagai
pembuka tirai tahun baru 2017.
Pertama sekali, saya bagi pihak
ANGKASA dan gerakan koperasi
8
negara mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Yang
Berhormat Dato’ Seri Hamzah
Zainudin, Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan
9
Kepenggunaan yang telah
bekerjasama secara langsung untuk
menjayakan Forum Perdana yang
diadakan pada hari ini.
10
Yang Berhormat Dato’ Seri dari awal
telah menunjukkan minat dan
komitmen untuk menjayakan Forum
Perdana ini dengan mengambil
inisiatif mengadakan beberapa siri
11
perbincangan dan mesyuarat untuk
menentukan forum yang diadakan
ini memberi impak kepada
masyarakat secara keseluruhannya.
12
Tahniah Yang Berhormat Dato Seri
atas keprihatinan untuk membawa
isu ”Ukur Baju Badan Sendiri”
sebagai satu tajuk yang boleh
dibincangkan secara terbuka untuk
13
membuka minda masyarakat
tentang kaedah menangani kos
sara hidup yang meningkat.
14
Saya juga mengucapkan terima
kasih kepada Suruhanjaya Koperasi
Malaysia yang memberi sokongan
berterusan kepada ANGKASA untuk
melaksanakan Forum Perdana
15
sebagai wadah menyebarkan
peranan dan kepentingan
berkoperasi dalam masyarakat.
16
ANGKASA juga berterima kasih
kepada Radio Television Malaysia
(RTM) dan Jabatan Kemajuan Islam
Malausia (JAKIM) yang memberi slot
kepada gerakan koperasi negara
17
melalui ANGKASA untuk
menyampaikan agenda koperasi
melalui pendidikan berunsurkan
Islam.
18
Kesedaran dan pendidikan
berterusan merupakan kaedah
terbaik yang boleh diadakan seperti
hadis dari Riwayat Bukhari:
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu
ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi
19
shallallaahu ‘alaihi wa sallam
bersabda, “Sampaikanlah dariku
walau hanya satu ayat” (HR.
Bukhari)
20
Yang Berhormat Dato’ Seri, Dato’-
Dato’, Datin-datin, pada koperator
yang dihormati sekelian.
21
Saya bagi pihak ANGKASA sekali
lagi mengucapkan terima kasih
kepada semua yang hadir dan
akan mengikuti Forum Perdana
22
Ehwal Islam yang bersiaran
langsung di TV1.
23
Semoga program ini dapat berjalan
dengan lancar dan di bawah
lindungan Allah S.W.T
Sekian, terima kasih.
24
Wabillahitaufik wal hidayah,
Assalamualaikum w.b.t
- TAMAT -