tutorial qs glul 3033 1 ipts

Upload: prince-dedyy

Post on 10-Jul-2015

132 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tutorial Qs

Undang Undang Syarikat GLUL 3033 Kamini ShanBA(Hons) Business Mgt( Int Mgt), LLB(Hons) University of London, LLM ( Int Trade and Commercial Law) Oxford Brookes Uni

Contoh Soalan 1 : PengarahSoalan 1 Analisa senario di bawah berdasarkan kepada Akta Syarikat 1965 Dayakuasa Pte Ltd(Dayakuasa) telah diperbadankan pada 5 Julai 2009. Dayakuasa menjalankan perniagaan mengimport dan mengeksport makanan yang siap diproses antara Malaysia dan Brunei. Sunny, Amir dan Lee merupakan pengarah-pengarah Dayakuasa semenjak Julai 2009. Syarikat memperuntukkan di dalam artikelnya yang mengkehendaki setiap pengarah mengambil 50,000 unit saham dalam masa 1 bulan selepas perlantikan bagi melayakkan mereka sebagai pengarah-pengarah. Sunny telah gagal untuk mendapatkan saham kelayakannya dalam tempoh yang telah ditetapkan di dalam artikel. Sementara Amir pernah menjadi pengarah Zeno Pte Ltd dan Chery Pte Ltd, di

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah

Isu 1: Adakah Sunny layak menjadi pengarah syarikat Dayakuasa/bagaimana tentang kelayakan menjadi pengarah? Isu 2: Adakah Amir layak memegang jawatan sebagai pengarah untuk syarikat Dayakuasa.

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah Isu 1: Seksyen yang relevan: seksyen124 Akta Syarikat 1965 :Kelayakan Pengarah 124 (1) : Tiap-tiap pengarah yang oleh perkara-perkara diperlukan untuk memegang kelayakan saham tertentu dan yang tidak lagi layak, hendaklah mendapatkan kelayakan di dalam masa 2 bulan selepas perlantikannya atau apa-apa tempoh masa yang lebih pendek seperti yang ditetapkan oleh perkara-perkara. 124(3) Pengarah hendaklah mengosongkan jawatannya jika ia tidak di dalam tempoh yang dirujuk di dalam subseksyen(1) mendapatkan kelayakannya atau jika selepas mendapatkannya berhenti pada bila-bila masa memegang kelayakannya. Penalti : RM 1 ribu 124(4) Seseorang yang mengosongkan jawatan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi tidak layak untuk dilantik semula sebagai pengarah sehingga ia memperolehi kelayakannya.

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah

Isu 1: Rumusan seksyen 124: Sesebuah syarikat mungkin menetapkan dalam artikel persatuan bahawa pengarah-pengarahnya mesti memperolehi sejumlah syer yang tertentu bagi melayakkan dirinya sebagai pengarah. Apabila kelayakan syer(qualifying shares) seperti yang sedemikian telah ditetapkan, maka seseorang yang dilantik sebagai pengarah syarikat mesti memperolehi kelayakan syernya dalam masa 2 bulan. (jika masih tidak kosongkan jawatannya..kesalahan

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah

Isu 1 Aplikasi: Seperti yang dinyatakan dalam permasalahan, Sunny telah gagal untuk mendapatkan saham kelayakannya dalam tempoh yang ditetapkan oleh artikel , iaitu gagal memperolehi 50,000 unit saham dalam masa satu bulan selepas perlantikannya sebagai pengarah. Oleh itu perlantikannya menjadi tidak sah di mana beliau perlu mengosongkan jawatannya. Sunny boleh dilantik semula selepas mendapat kelayakan sahamnya seperti yang diperuntukkan dalam artikel.

Isu 2: Seksyen yang relevan : Seksyen 130A Akta Syarikat 1965 130 A. Hilang kelayakan pengarah-pengarah syarikatsyarikat yang tak solven. (a) bahawa seseorang yang menjadi atau pernah menjadi seorang pengarah sebuah syarikat yang telah pada sesuatu masa dikenakan tindakan penyelesaian (sama ada semasa ia telah menjadi pengarah atau kemudiannya) dan telah tak solven pada masa itu; dan (b) bahawa kelakuannya sebagai pengarah mana-mana daripada syarikat-syarikat itu membuat ia tidak layak untuk menumpukan perhatian kepada pengurusan sebuah syarikat. [Mahkamah boleh membuat suatu perintah bahawa orang itu tidaklah boleh, tanpa kebenaran mahkamah, menjadi seorang pengarah atau walau bagaimanapun, sama ada secara langsung atau tidak langsung, menumpukan perhatian kepada atau mengambil bahagian dalam pengurusan sebuah syarikat bermula pada tarikh perintah

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah

Aplikasi : Amir pernah menjadi penharah dua syarikat(Zeno Pte Ltd dan Chery Pte Ltd) di mana kedua-dua syarikat telah dibubarkan atas alasan syarikat tak solven. Oleh itu Amir tanpa kebenaran mahkamah tidak boleh menjadi seorang pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan sebuah syarikat kerana penglibatan beliau dalam syarikat Dayakuasa tidak melebihi lima tahun (i.e menjadi pengarah Dayakuasa sejal Julai 2009, dan pernah menjadi pengarah sebelum dan syarikat tak solven [pada tahun

Guideline Answer Soalan 1:Pengarah

Rumusan 1) Sunny tidak layak untuk memegang jawatan pengarah di Dayakuasa.kehilangan kelayakan sebab gagal untuk mendapatkan saham kelayakan seperti yang diperuntukkan dalam artikel. 2) Amir tidak layak untuk memegang jawatan pengarah di Dayakuasa disebabkan dua syarikat di mana Amir adalah pengarah

Soalan 2 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c)

Soalan 2 (a) Bincangkan prinsip berkaitan dengan ahli syarikat sebagaimana yang diputuskan dalam kes-kes berikut: i) Kes : John Shaw & Sons (Salford) Ltd Iwn Shaw [1909] (b) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bahawa adalah menjadi hak setiap ahli untuk hadir, bersuara dan mengundi dalam mana-mana mesyuarat agung

Soalan 2 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c) Soalan 2 (c) Sheriff, Campa, Lotus dan Zigzy telah dilantik sebagai pengarah TV10 Bhd( TV10) sejak 2004. Manakala Sifu, Fifi dan Jojo masing-masing adalah pemegang saham berdaftar 15%, 16% dan 19% di TV10. Pada 22 Ogos 2008, Jojo yang bertindak mewakili pemegang saham berdaftar TV 10, telah menyerahkan kepada TV10 suatu rekuisisi untuk mesyuarat agung luar biasa bersama-sama notis khas cadangan resolusi bagi menyingkirkan dua orang pengarah TV10 Walau bagaimanapun, pada 22 October 2008, Sheriff memberitahu Jojo bahawa hanya lembaga pengarah yang mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat agung luar biasa dan lembaga pengarah enggan mengadakan mesyuarat tersebut. Selepas 21 hari, Jojo terus mengambil langkah-langkah bagi mengadakan mesyuarat agung luar biasa seperti yang telah direkuisisikan dengan mengisukan suatu notis untuk mengadakan mesyuarat berkenaan pada 7 Disember 2008. Pada 24 November 2008 Sheriff telah menulis sepucuk surat kepada Jojo memaklumkan bahawa lembaga pengarah TV10 akan mengambil tindakan menyekat Jojo dari mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 7 Disember 2008 atas alasan tempoh masa

Soalan 2(a) Prinsip dalam kes John Shaw & Sons (Salford) Ltd Iwn Shaw(1909) seperti: [Apabila kuasa secara spesifiknya diberikan kepada Pengarah, persoalan yang timbul adalah sama ada mesyuarat agung pemegangpemegang syer akan mengatasi atau boleh menjalankan kuasa pengarah tersebut.] Keputusan dalam kes John Shaw : bermaksud ahli dalam syarikat tidak boleh campur tangan dalam pengurusan syarikat sekiranya kuasa pengurusan syarikat diserahkan kepada

Guideline Answer Soalan 2 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c)

Guideline Answer Soalan 2 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c)

Soalan 2(b) Setiap ahli syarikat mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat agung syarikat dan bersuara dalam mesyuarat tersebut. [seksyen 148(1)] Hak ini tidak boleh dihadkan oleh memorandum dan artikel persatuan. Dengan itu, setiap ahli yang mempunyai hak menghadiri dan mengundi dalam suatu mesyuarat

Guideline Answer Soalan 2 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c)

Soalan 2(b) Hak ahli untuk mengundi hanya boleh digantung oleh artikel persatuan dalam situasi di mana: syer yang dipersoalkan adalah syer keutamaan.[seksyen 148(2)]. Tetapi isu berkaitan pemulangan balik modal hak mengundi boleh diberi kepada pemegang syer keutamaan.

Guideline Answer Soalan 2 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c)

Soalan 2(c) Apabila ahli syarikat Jojo memberi notis untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa, adakah wajar apabila Lembaga Pengarah TV10 enggan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa? Adakah Sheriff/Lembaga Pengarah TV10 boleh menghalang tindakan Jojo dari mengadakan mesyuarat agung luar biasa?

Guideline Answer Soalan 4 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c) Soalan 4 (c) Isu 1: Jika ahli syarikat meminta atau menuntut mesyuarat agung luar biasa diadakan , pengarah terikat untuk mengadakannya. Ahli yang berhak untuk meminta mesyuarat agung biasa diadakan ialah ahli yang mempunyai satu per sepuluh daripada modal berbayar syarikat dan mempunyai hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung. [seksyen 144(1)Akta Syarikat 1965. Aplikasi:- Jojo yang mempunyai 1/10 modal berbayar syarikat berhak mengundi dalam mesyuarat agung luar biasa pada 22 Ogos 2008. Pengarah EGM perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa dalam masa 2 bulan selepas menerima tuntutan ahli .. (i.e 22 October 2008)

Soalan 2 (c) Isu 2: Sekiranya gagal, ahli-ahli yang menuntut boleh memanggil mesyuarat itu,dengan syarat ia mestilah dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas dari tarikh tuntuan tersebut [seksyen 144(3) Akta Syarikat 1965 Aplikasi: - Lembaga Pengarah TV10 harus panggil EGM dalam tempoh hari 21 hari selepas menerima notis (22 Ogos -12 September 2008) - Pengarah TV10 gagal memanggil mesyuarat dalam tempoh 21 hari, jadi Jojo boleh memanggil mesyuarat agung luar biasa dalam tempoh 3 bulan( 22 Ogos- 22 November 2008.tidak lewat dari 22 November 2008) - Tetapi Jojo hanya mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 7 Disember 2008(tamat tempoh 3 bulan) - Jadi Sheriff/Lembaga Pengarah TV10 boleh menghalang Jojo daripada mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 7 Disember 2008 selepas gagal untuk memenuhi syarat dalam tempoh 3 bulan. Kesimpulan: -Jojo boleh memanggil EGM TV10. -Sheriff/Lembaga Pengarah boleh menghalang Jojo

Guideline Answer Soalan 2 Keahlian & Mesyuarat (a), (b) dan (c)

Contoh Soalan 3 : Keahlian dan Mesyuarat Soalan 3

Artikel persatuan XYZ Sdn Bhd memperuntukkan bahawa kuasa pengurusan dan kawalan perniagaan syarikat diserahkan kepada lembaga pengarah syarikat. Pengarah mempunyai kuasa nyata untuk menjual harta syarikat. Dalam mesyuarat agung tahunan syarikat bertarikh 1 Mac 2008, ahli-ahli syarikat sebulat suara telah bersetuju dan mengeluarkan satu ketetapan khas untuk mengarahkan pengarah jual sebidang tanah milik syarikat kepada sebuah syarikat lain. Walau bagaimanapun, lembaga pengarah enggan melaksanakan ketetapan tersebut. Kebiasaaanya XYZ Sdn Bhd akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya antara bulan Mac dan Mei. Namun sehingga hari ini I Julai 2009, syarikat masih belum menghantar notis panggilan mesyuarat. Azrul, salah seorang ahli syarikat dan pemegang saham biasa, tertanya-tanya mengapa syarikat masih tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan seperti kelazimannya. Nasihatkan lembaga pengarah dan Azrul berdasarkan peruntukan dalam Akta Syarikat 18

Guideline Answer Soalan 3 :

Isu 1: Bolehkah ahli syarikat mengeluarkan ketetapan untuk mengarahkan pengarah XYZ untuk menjual harta syarikat, di mana dalam artikel XYZ kuasa pengurusan dan kawalan perniagaan syarikat diberi kepada lembaga pengarah syarikat? Isu 2 : Bolehkan syarikat XYZ tidak memanggil mesyuarat agung tahunannya seperti yang diperuntukkan dalam Akta Syarikat

19

Guideline Answer Soalan 3 :

Isu 1: Apabila kuasa secara spesifiknya diberikan kepada Pengarah, persoalan yang timbul adalah sama ada mesyuarat agung pemegangpemegang syer akan mengatasi atau boleh menjalankan kuasa pengarah tersebut. Kes John Shaw & Sons (Salford) Ltd Iwn Shaw(1909) Keputusan : bermaksud ahli dalam syarikat tidak boleh campur tangan dalam pengurusan syarikat

20

Guideline Answer Soalan 3 :

Isu1: Kes yang selaras dengan keputusan kes John Shaw&Sons : Automatic Self-Cleansing Filter Syndicate Co Ltd Iwn Cunninghame (1960) Keputusan kes: Artikel persatuan telah memberi satu mandat kepada pengarah, dan pemegang syer tiada mempunyai kuasa untuk memberikan arahan bagi perkara yang terletak dalam kuasa lembaga pengarah

21

Guideline Answer Soalan 3 :

Aplikasi/Rumusan (Isu 1) Kuasa telah diberi kepada lembaga pengarah XYZ dalam artikel persatuan jadi mereka tidak perlu mengikut ketetapan ahli syarikat dalam mesyuarat agung tahunan pada 1 March 2008, seperti mana yang dapat dilihat dalam kes John Shaw &Sons dan Automatic Self-Cleansing. Selain itu, pengeculian dalam prinsip kes Barron Iwn Potter tidak selaras dengan permasalahan yang diberi sebab dalam situasi ini, tiada menyatakan perbalahan antara lembaga pengarah syarikat atau

22

Guideline Answer Soalan 3 :

Isu 2: Seksyen yang relevan: S 143(1) Akta Syarikat 1965 seperti berikut: Mesyuarat agung tiap-tiap syarikat yang dipanggil mesyuarat agung tahunan hendaklah diadakan sekali tidak lebih dari lima belas bulan selepas mesyuarat agung tahunan yang lepas. Seksyen 143(2) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan: 143(2) Pendaftar di atas permohonan syarikat, mempunyai kuasa untuk buat perlanjutan tempoh lebih dari lima belas bulan atau lapan belas bulan23

Guideline Answer Soalan 3 :

Isu 2: Tanggungjawab untuk memanggil mesyuarat agung tahunan biasanya terletak pada pengarah. Walau bagaimanapun mahkamah boleh memanggil mesyuarat agung tahunan jika ahli membuat perintah untuk mengadakan mesyuarat tersebut.[seksyen 143(4)(b) Akta Syarikat 1965. Gagal untuk mengadakan mesyuarat: syarikat dan pegawai

24

Guideline Answer Soalan 3 :

Isu 2: Aplikasi/Rumusan: - Lembaga pengarah XYZ hendaklah memanggil mesyuarat agung tahunan(AGM) dalam tempoh yang ditetapkan. - Sebelum ini, AGM diadakan pada 1 Mac 2008 dan tempoh 15 bulan berakhir pada I Julai 2009. (akhir bulan Jun 2009). - Oleh sebab tiada permohonan oleh syarikat XYZ untuk membuat perlanjutan tempoh berdasarkan

25

Guideline Answer Soalan 3 : Kesimpulan: Isu 1: Lembaga pengarah tidak perlu mematuhi ketetapan yang dibuat oleh ahli dalam mesyuarat agung tahunan syarikat sebab artikel telah memberikan kuasa kepada pengarah Isu 2: Ahli boleh memohon kepada mahkamah untuk satu perintah memanggil AGM.26

Contoh Soalan Syer dan Dividen (Q4) Lahm Bhd (LB) merupakan syarikat yang diperbadankan pada

tahun 2000 dan mempunyai modal saham yang dibenarkan sebanyak RM100 juta. Lembaga pengarah LB bercadang mengambil tindakan berikut: LB berhasrat membeli semula saham yang telah dijual disebabkan kegawatan ekonomi baru-baru ini. Walau bagaimanapun artikel 14 syarikat menyatakan bahawa syarikat tidak boleh membeli semula saham samada secara langsung atau tidak langsung. LB juga bercadang mengisytiharkan pembayaran dividen berdasarkan keuntungan anak syarikat mereka iaitu Adler Sdn Bhd (ASB). Walau bagaimanapun ianya ditentang oleh lembaga pengarah ASB. LB telah mengisytiharkan pembayaran dividen pada tahun 2009 sebanyak 10 peratus. Jumlah tersebut adalah melampaui keuntungan syarikat pada tahun berkenaan. Selaku pemegang syer syarikat, En Klose mendakwa tindakan membayar dividen berlebihan boleh merugikan syarikat di masa hadapan.

Isu isu: 1. adakah syarikat boleh membeli semula syer mereka selepas dijual. 2. adakah keuntungan dividen boleh di isytiharkan melalui keuntugan anak syarikat 3. adakah lembaga pengarah boleh mengisytiharkan jumlah dividen yang melebihi kadar keuntungan syarikat. Isu pertama: Pembelian semula mengikut s 67A adalah dibenarkan jika tiada larangan didalam artikel persatuan Oleh kerana artikel melarang pembelian semula syer, maka artikel perlu dipinda Syarikat perlu membuat notis untuk resolusi khas. Notis dihantar sekurang-kurangnya 21 hari. Mesyuarat mesti dihadiri oleh 75 percent ahli pemegang syer dan mendapat undi majoriti. Oleh itu, pembelian semula artikel boleh dibuat dengan mematuhi syarat-syarat dan meminda artikel syarikat.

Guideline Answer Soalan 4: Isu kedua: S 365 (1) Pembayaran dividen mestilah berdasarkan keuntungan dari syarikat yang membuat perisytiharan. Kes industry equity lwn Blackburn Pengisytiharan dividen anak syarikat tidak dibenarkan Maka syarikat LB tidak boleh membayar dividen bedasarkan keuntungan ASB

Guideline Answer Soalan 4 : Isu ketiga Pembayaran dividen mestilah berdasarkan keuntungan syarikat, jika dibayar berlebihan sehingga merugikan syarikat. Maka pengarah-pengarah akan dipertangung jawabkan S 365(2)(b) Kes Hilton international ltd lwn Hilton Dividen dibayar walaupun syarikat tidak mempunyai lembaran imbangan untuk masa hadapan. Mahkamah memutuskan dividen berkenaan tidak sah. Dividen mestilah pada kadar berpatutan sesuai dengan keuntungan syarikat. Jika tiada keuntungan syarikat, maka dividen bukanlah perkara yang wajib dibayar. Kesimpulan

Contoh Soalan Pengarah &Penggulungan(Question 5) Question (i)

Talib, seorang pengarah Syarikat Kurma Arab Sdn Bhd (SKA) telah melakukan perkara-perkara berikut: a) Gagal mendedahkan kepentingan peribadinya dalam kontrak syarikat. b) Memohon pinjaman sebanyak RM2 juta daripada SKA. Nasihatkan Talib tentang tindakan yang perlu dilakukan dan adakah pinjaman itu akan diluluskan oleh syarikat?

Contoh Soalan Pengarah &Penggulungan(Question 5) Question ii)

Mila, seorang pengarah Syarikat Home Dcor Sdn. Bhd. (SHD) telah memohon petisyen penggulungan ke atas SHD atas alasan berikut: a) Matlamat SHD terpesong jauh daripada fasal objek syarikat b) SHD telah memulaukan Mila sebagai pengarah dan memecatnya tanpa sebarang sebab Nasihatkan SHD berdasarkan peruntukan Akta Syarikat 1965 dan keskes mahkamah.

5(i) Isu 1 : Sama ada Talib langgar kewajipan statutori s.133 Akta Syarikat 1965? Isu 2 : Sama ada Talib langgar kewajipan statutori s. 133AS? Isu 1 -Kewajipan statutori seorang pengarah Seksyen : s131- pengarah mestilah mendedahkan kepentingan kontrak peribadi dengan syarikat Isu 2: - s 133 syarikat tidak boleh memberi pinjaman kepada pengarah - c) pinjaman yang dibuat kepada pengarah yang berkhidmat sepenuh masa dengan syarikat@syarikat induk : di mana pinjaman kepada pekerja syarikat diluluskan dalam mesyuarat agung - Aplikasi: Prinsip umum : Syarikat tidak boleh memberi pinjaman kepada pengarah -Pengecualian : Hanya jika pinjaman diluluskan dalam mesyuarat agung.

Guideline Answer Soalan 5 :

Guideline Answer Soalan 5 : 5(ii) Isu 1: sama ada SHD boleh digulung kerana objek syarikat terpersong? Isu 2: sama ada SHD boleh digulungkan oleh Mila yang dikecualikan drp pentadbiran SHD? Isu 1: - s.218(1)(i) AS 1965-penggulungan atas dasar mahkamah : alasan adil dan berekuiti - Kes : Re German Date Coffee(Fakta & Kesimpulan/Held Aplikasi : SHD boleh digulungkan oleh sebab objek syarikatnya terpesong..kehilangan tujuan perniagaan.

Guideline Answer Soalan 5 : 5(ii) Isu 2: - s.218(1)(i) AS 1965 : gulung atas dasar adil dan berekuiti - Kes : Ebrahimi v Westbourne Galleries ltd - Aplikasi: SHD boleh digulungkan : sebab tidak memberi peluang kepada Mila untuk melibatkan diri dalam pentadbiran syarikat.