tutorial instagram ads nurazianis zulkefli

Upload: effa-azmin

Post on 06-Mar-2016

48 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Free Tutorial by Nurazianis Zulkefli. Founder of Azanis Scar Serum.

TRANSCRIPT

  • Siapa saya?

    Terima kasih kerana sudi download dan baca ebook percuma ni.

    Nama saya Nurazianis Zulkefli. Pengasas produk Azanis Scar Serum (Link) dan Krim Jerawat

    Datang Bulan (Link).

    Saya buat ebook percuma tentang Instagram Ads ni bagi membantu peniaga online di luar sana

    yang masih tidak tahu cara beriklan di Instagram.

    Tutorial ini sesuai untuk yang ada pengalaman buat iklan Facebook sebelum ini.

    Semoga bermanfaat untuk anda.

    SHARE-kan pada yang lain juga ya!

  • Perlu ke beriklan di Instagram?

    Jika tanya pada Anis, Anis akan kata perlu! Sebab apa?

    1. Ia medium yang fresh untuk kita beriklan dengan cara lebih kreatif melalui gambar.

    Instagram Ads ni baru dilancarkan pada orang ramai pada awal Oktober baru ni. Jadi ia

    ladang yang baru untuk semua bercucuk tanam.

    2. Sebab kita buat iklan Instagram di platform Facebook. Maksudnya, kita boleh target

    siapa yang akan lihat iklan Instagram Ads kita. Caranya sama macam kita buat iklan

    Facebook sebelum ni. Cuma ladang saja berbeza.

    Fresh & Targeted, dua sebab ini saja dah cukup kukuh untuk kita cuba beriklan di Instagram!

  • Pastikan objektif anda betul!

    Sama ada beriklan di Facebook mahupun di Instagram. Objektif yang betul akan pastikan anda

    sentiasa berada di jalan yang betul dan tidak kecewa di kemudian hari.

    1. Beriklan di Instagram BUKAN untuk dapatkan jualan terus.

    2. Beriklan di Instagram hanyalah untuk dapatkan DATABASE!

    Bila beriklan, sentiasa ingat yang kita nak kumpul DATABASE. Dalam konteks ni, kita nak kumpul

    nombor telefon supaya kita boleh close sale di Whatsapp.

    Jika anda tahu ini objektif anda, anda tidak akan kecewa bila ramai hanya whatsapp tapi tidak

    membeli terus. Sebab objektif anda beriklan dah tercapai.

    Close sale di Whatsapp adalah satu tajuk berbeza, seninya juga berbeza. Ini insyaAllah nanti

    akan saya kongsikan.

  • Langkah demi langkah.

    Langkah 1

    Masuk dalam page perniagaan anda. Klik pada Settings.

    Langkah 2

    Di bahagian Settings ini, klik pada Instagram Ads

  • Langkah 3

    Di bahagian ini, sila klik Add an Account.

    Langkah 4

    Di bahagian ini, sila pilih Add an existing account jika anda dah ada akaun Instagram. Sila pilih

    Create a new account jika anda masih belum ada akaun Instagram.

    Dalam contoh ni, Anis andaikan anda dah ada akaun Instagram. Isikan Username dan Password

    akaun IG anda.

  • Langkah 5

    Selepas anda berjaya masukkan akaun Instagram anda, ia akan kelihatan seperti di bawah ini.

    Langkah 6

    Iklan di Instagram hanya boleh dibuat di Power Editor, bukan di Ads Manager. Jadi sekarang kita

    perlu masuk ke Power Editor. Sila klik link berikut untuk ke Power Editor.

    Link - https://www.facebook.com/ads/manage/powereditor

    Jika anda masih bingung tentang apa itu Power Editor, berikut adalah link kepada semua

    persoalan tentang Power Editor yang disediakan oleh pihak Facebook sendiri.

    Link - https://www.facebook.com/business/help/162528860609436

  • Langkah 7

    Seperti biasa, sila download dulu data ke Power Editor anda. Pilih akaun iklan anda dan klik

    Download.

    Langkah 8

    Sila klik pada Create Campaign.

  • Langkah 9

    Pada saat ebook ini dibuat, tidak semua orang dah dapat fungsi Instagram Ads di Power Editor

    mereka. Jika anda masih tidak dapat lihat paparan seperti di bawah, besar kemungkinan anda

    masih belum terima fungsi ini.

    Jika anda dah ada, boleh teruskan membaca.

    Isikan nama Campaign anda di ruang yang disediakan. Abaikan Buying Type.

    Berkenaan Objective, bagi Instagram Ads, hanya TIGA pilihan objective saja yang anda boleh

    pilih iaitu Clicks to Website, Mobile App Installs dan Video Views.

  • Sekiranya anda ingin tarik trafik ke link website anda, anda boleh pilih Clicks to Website.

    Sekiranya anda ada ingin tarik pengguna Instagram untuk install mobile app anda sendiri, boleh

    pilih Mobile App Installs.

    Sekiranya anda ingin tarik pengguna Instagram untuk tonton video pendek anda, boleh pilih

    Video Views.

    Dalam contoh ini, kita pilih Clicks to Website.

    Teruskan dengan isi nama Ad Set dan nama Ad anda. Kemudian klik Create.

  • Langkah 10

    Klik pada Ad Set seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

    Langkah 11

    Isikan Budget, Schedule dan Audience sama seperti anda buat iklan Facebook macam biasa.

    Letak mengikut strategi anda.

  • Di bahagian Placement, anda perlu pilih Instagram. Sebenarnya, ini adalah perbezaan utama

    dalam membuat iklan Facebook dan iklan Instagram. Mudah kan?

    Untuk Optimization & Pricing, anda boleh letak mengikut strategi anda.

  • Langkah 12

    Sila klik pada bahagian Ads seperti gambar di bawah.

    Langkah 13

    Sila pilih page yang anda ingin gunakan. Selepas itu klik pada link seperti yang ditunjukkan.

    Facebook akan terus gunakan akaun Instagram yang dah kita daftarkan awal tadi.

  • Langkah 14

    1. Sila letakkan URL website anda.

    2. Sila letakkan ayat caption gambar iklan Instagram anda.

    3. Sila upload gambar iklan Instagram anda.

    4. Sila pilih button Call To Action anda.

  • Langkah 15

    Selesai dah setting semua. Sekarang kita perlu klik button Upload Changes seperti gambar di

    bawah.

    Klik Continue.

  • Selesai! Sekarang anda baru saja siap buat iklan Instagram! Anda boleh lihat iklan anda di Ads

    Manager. Semuanya sama seperti anda analisa dan uruskan iklan Facebook biasa.

  • Di bawah ni Anis tunjukkan contoh iklan yang kita cuba buat di atas tadi.

    Anis buat iklan bawah ni sebagai contoh untuk tunjukkan step by step buat iklan IG saja. Bawah

    ni bukan iklan terbaik, ada beberapa yang perlu anda masukkan lagi, termasuklah ayat Call to

    Action dan #. Sila rujuk bahagian seterusnya untuk 10 tips Instagram Ads yang berkesan.

  • Tips buat iklan Instagram yang berkesan!

    Anis nak share sikit beberapa tips untuk buat iklan Instagram yang berkesan. InsyaAllah.

    1. Gunakan gambar yang TIDAK TERLALU nampak macam iklan.

    Instagram adalah tempat orang ramai suka tengok gambar yang nampak cantik. Gambar

    yang organik, maksudnya gambar yang nampak macam gambar orang biasa upload,

    bukan gambar iklan.

    Jika anda edit gambar dengan terlalu banyak grafik merapu, akan buat iklan anda lagi

    nampak macam iklan. Pengguna IG sama seperti di FB, mereka berInstagram untuk

    bersosial, lihat gambar yang cantik, bukan untuk membeli dan lihat iklan.

    2. Cuba gunakan gambar yang ada paparkan pengguna sedang menggunakan produk.

    Jika produk anda adalah krim jerawat, cuba letak gambar yang ada seorang wanita yang

    selfie sambil wajahnya diletakkan krim itu.

    Jika produk anda adalah jus kesihatan, cuba letak gambar seorang pengguna sedang

    memegang botol dan menuangkan jus itu ke sudu.

    Jika produk anda adalah tudung, tangkap gambar model yang sedang pakai tudung

    anda. Jangan hanya letak gambar tudung yang diletakkan atas meja.

    3. Pastikan gambar iklan anda ada Focal Point.

    Ini penting. Anda dah faham nak guna gambar yang tidak nampak macam iklan. Tapi

    anda terlupa sesuatu. Anda letak gambar produk dengan background yang sangat

    serabut.

    Contoh, ada gambar wanita sedang minum produk jus anda. Tapi background di

    belakang wanita tu, penuh dengan objek dengan pelbagai warna. Terus produk anda

    tenggelam dalam gambar. Lihat gambar di bawah, jelas kan gambar produk?

  • 4. Pastikan gambar anda tidak serabut dengan teks.

    Jika ada teks, jangan letak teks yang terlalu mengarah prospek. Contoh, jika anda letak

    teks Whatsapp sekarang!. Lebih baik anda letak satu ayat pendek yang fokuskan

    kelebihan produk anda. Biarkan ayat Call to action anda ada di caption gambar.

    Contoh, anda jual produk minyak lebatkan rambut. Letak ayat pendek pada gambar

    anda, Rambut lebat, mudahnya!.

  • 5. Targeting mesti betul!

    Ini asas yang sama seperti Facebook Ads. Anda perlu kenal siapa target market anda.

    Siapa yang ada masalah yang produk anda cuba selesaikan, siapa yang sanggup bayar.

    Cuba kaji target market anda. Gambar dan ayat caption yang bagaimana dapat menarik

    perhatian mereka.

    6. Jangan selalu tukar targeting setiap masa.

    Contoh, anda dah pilih satu target market ni. Anda baru cuba buat 1 iklan, kurang

    respon, anda terus tukar targeting. Ini agak kurang berkesan. Kenapa?

    Sebab biasanya orang ramai takkan terus beli lepas sekali nampak pasal produk kita.

    Mereka biasanya akan rasa nak beli lepas berkali-kali nampak iklan kita.

    Kalau kita sentiasa tukar targeting, iklan baru keluar sekali pada mereka, belum sempat

    minat membeli mereka timbul, kita dah tukar targeting lain. Fokus pada satu target

    market dulu, cuba dapatkan kekerapan/frequency yang agak tinggi, jika tiada respon

    juga, baru tukar targeting lain.

    7. Tahu apa objektif anda dan pastikan ada Call to Action.

    Maksudnya, jika objektif anda untuk pastikan prospek Whatsapp anda, jangan lupa

    letakkan ayat Call To Action dalam caption gambar yang arahkan sedemikian.

    Tapi jangan arahan yang rumit, buat sesimple boleh.

    Contoh, Minat? Whatsapp KJHR ke 012-3456789!

    Jangan campurkan dua tiga arahan dalam satu iklan. Jika nak Whatsapp, fokuskan pada

    Whatsapp saja. Jangan suruh Whatsapp, pada masa sama ada arahan minta komen, ada

    lagi arahan ke website. Nanti prospek pening.

    Keep It Simple & Stupid.

  • 8. Jangan lupakan Hashtag! #

    Konsisten dengan # anda. Pilih satu # yang anda akan gunakan pada seluruh kempen

    iklan anda. Selitkan juga beberapa # yang popular tapi berkaitan dengan produk anda.

    Jangan suka letak berpuluh # yang merapu dan tiada kena mengena. Prospek akan rasa

    sakit kepala dengan iklan anda!

    9. Kerap tukarkan gambar iklan anda.

    Jika anda nak buat iklan untuk satu produk, jangan hanya guna 1 saja gambar sama

    untuk semua iklan.

    Cuba konsisten dengan targeting yang sama, tapi perbanyakkan gambar yang berbeza.

    Maksudnya, setiap prospek anda nampak produk anda, kenal produk anda melalui

    pelbagai gambar. Ini akan pastikan CTR iklan anda sentiasa tinggi. Iklan anda sentiasa

    relevan pada target market anda. Jika gambar sama saja, orang akan bosan dan mereka

    akan abaikan iklan kita.

    10. Pastikan anda patuh rules yang anda dah biasa tahu ketika buat iklan Facebook.

    Jangan ingat beriklan di Instagram, anda boleh abaikan rules yang biasa kita kena patuh

    ketika di Facebook. Dari apa yang Anis cuba buat baru ni, iklan di IG lagi lambat untuk di

    approved kan. Itu tanda mereka pasti sangat berhati-hati dalam memilih iklan yang ingin

    dilepaskan di IG.

    Mereka taknak IG jadi tempat yang penuh dengan iklan merapu. Jika anda abaikan dan

    banyak kali disapproved, jangan menangis bila FB flagged akaun ads anda.

  • SHARE PLEASE. ^_^

    Alhamdulillah. Selesai Anis share cara simple buat iklan di IG dan 10 tips Instagram Ads. Anis

    pun masih belajar-belajar lagi nak mahir dalam Instagram Ads ni. Kita belajar sama-sama ya.

    InsyaAllah, semoga perkongsian simple ni dapat bantu anda yang masih tidak tahu cara nak

    beriklan di IG.

    Mohon SHARE ebook ni pada rakan-rakan ya!

    Nurazianis Zulkefli.

    Pengasas Azanis Scar Serum dan Krim Jerawat Datang Bulan (Hajah Ramlah).