tutorial 3 sce3114

6
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU SCE 3114: Sains, Teknologi dan Masyarakat Tutorial 3 : Pemuliharaan a) Pemuliharaan air 1. Sumber: New Sunday Times, 3 Oktober 2010 Rajah1 Rajah 1 menunjukkan dapatan kajian domestik penggunaan air dalam sebuah rumah di Malaysia. Menurut kajian tersebut rakyat Malaysia menggunakan 225 liter air, Singapura 155 liter air dan Thailand 90 liter air sehari. Kajian juga mendapati 70% daripada responden yang ditemui tidak akan mengurangkan penggunaan air dalam tempoh 3 tahun akan datang. i Apakah yang dimaksudkan pemuliharaan air? ____________________________________________________ ___ 1

Upload: naimah57

Post on 04-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sk

TRANSCRIPT

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJOHOR BAHRU

SCE 3114: Sains, Teknologi dan Masyarakat

Tutorial 3 : Pemuliharaana) Pemuliharaan air

1.

Sumber: New Sunday Times, 3 Oktober 2010Rajah1Rajah 1 menunjukkan dapatan kajian domestik penggunaan air dalam sebuah rumah di Malaysia. Menurut kajian tersebut rakyat Malaysia menggunakan 225 liter air, Singapura 155 liter air dan Thailand 90 liter air sehari. Kajian juga mendapati 70% daripada responden yang ditemui tidak akan mengurangkan penggunaan air dalam tempoh 3 tahun akan datang.i Apakah yang dimaksudkan pemuliharaan air?_______________________________________________________

iiBerikan dua sebab mengapa rakyat Malaysia menggunakan air yang lebih banyak berbanding negara jiran?__________________________________________________________________________________________________________________

iiiBerikan dua cadangan bagaimana kita boleh menjimatkan penggunaan air. ________________________________________________________________________________________________________________ivBerikan dua pendekatan yang boleh digunakan untuk mengubah sikap 70% responden dalam kajian ini yang tidak akan mengurangkan penggunaan air?________________________________________________________________________________________________________________

2.aPenuaian air hujan ialah salah satu usaha dalam pemuliharaan air.

iApakah yang dimaksudkan dengan Penuaian Air Hujan?

iiBagaimana Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) berfungsi?

3.Pemulihan sungai adalah usaha mengembalikan sungai kepada ekosistem yang paling hampir dengan keadaan asal sebelum berlakunya gangguan seperti pencemaran sungai. Antara langkah utama dalam usaha memulihara sungai adalah melakukan pembetulan terhadap amalan semasa dan melaksanakan program pencegahan pencemaran sungai.

aHuraikan lima amalan buruk masyarakat yang perlu dihentikan serta-merta bagi membantu proses pemulihan sungai kepada keadaan asalnya.

bCadang dan huraikan satu rancangan menyeluruh bagi menjayakan usaha pemulihan sungai yang tercemar agar sungai kembali indah dan bersih.

b) Pemuliharaan tanah

4. Rajah 2 menunjukkan keratan rentas profil tanah yang terdiri daripada lapisan O, A, B dan C.

Rajah 2iLapisan yang manakah mengandungi kandungan bakteria dan mikroorganisma pereput yang paling banyak.________________________________________________________ii Rajah 3 menunjukkan salah satu kaedah yang digunakan oleh petani untuk memulihara tanah.

Rajah 3

Namakan kaedah ini dan mengapakah ia digunakan?

________________________________________________________________________________________________________________

BRIS adalah singkatan dari perkataan "Beach Ridges Interspersed with Swales' iaitu tanah endapan pasir laut yang terdapat di kawasan permatang pasir berselang seli dengan paya dan selari dengan pantai. Tanah Bris dikategorikan sebagai salah satu daripada tanah bermasalah kerana ciri-ciri fizikal dan kimia tanah Bris memberi limitasi kepada pembangunan pertanian.Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Perak5

i Apakah maksud tanah bermasalah dalam petikan di atas?

ii Bagaimana tanah BRIS boleh dipulihara untuk pertanian?

c) Pemuliharaan hutan

6.Hutan tadahan hujan meliputi kurang daripada enam peratus kawasan bumi. Setiap saat kawasan seluas padang bola hilang dalam hutan tadahan hujan bagi membekalkan kayu bagi industri perabut serta pembangunan.

Bincangkan kepentingan hutan tadahan hujan kepada alam sekitar.

7.Sebuah pulau yang baru ditemui mempunyai saiz yang hampir sama dengan Pulau Pangkor. Pulau itu boleh menampung kehidupan 200 keluarga kerana mempunyai sumber hutan yang asli, sebuah tasik dan beberapa anak sungai yang membekalkan sumber air bersih. Anda telah dilantik sebagai Ketua Peneroka di pulau tersebut. Pertimbangkan langkah-langkah yang anda ambil untuk memastikan sumber- sumber asli di pulau itu dipelihara untuk kegunaan 10 hingga 20 tahun akan datang.

d) Pemuliharaan hidupan liar

8.Huraikan dengan contoh mengapa hidupan liar boleh pupus atau hampir pupus .

9.Bincangkan dengan contoh-contoh yang sesuai, lima langkah terbaik dalam memulihara haiwan-haiwan yang hampir pupus dari bumi Malaysia akibat kemusnahan hutan.

1